personaliti boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

28
PGA 101 PERSONALITI BOLEH MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR. BINCANGKAN DENGAN KRITIS

Upload: gibrail-chairy

Post on 26-Jun-2015

1.289 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bincangkan Secara Kritis Berkenaan Personaliti Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

PGA 101

PERSONALITI BOLEH MEMPENGARUHI

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR. BINCANGKAN

DENGAN KRITIS

Page 2: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

PEMBENTANG

MOHD IZZUDIN BIN

SAZALI

109712

MOHD KHUSAIRI BIN

MASUKIDAR

109679

Page 3: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

DEFINISI PERSONALITI

• Personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. (Habibah dan Noran; 1997)

• Faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah S.W.T. , interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.

Page 4: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Akhlak terpuji• Akhlak tercela. • Manusia yang berakhlak atau mempunyai

personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat (Husain t.th.).

Page 5: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang

PENGERTIAN PERSONALITI

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI

MISHEL (1968)

ALLPORT (1961)

WATSON (1919)

BAHASA LATIN

KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

EYSENCK

Page 6: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

BAHASA LATIN

• Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon–pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan.

Page 7: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI• Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu

secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut:• Perangai• Kecerdasan• Sentimen• Sikap• Minat• Kepercayaan• Cita-cita• Nilai-nilai• Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk

bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu.

Page 8: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

MISHEL (1968)

• Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing.

• Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar.

Page 9: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

ALLPORT (1961)

• Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.

• Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait.

• Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan

Page 10: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

HANS EYSENCK (1981)

• Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.

Page 11: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

• Kagen J dan Segal J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.

Page 12: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

WATSON (1919)

• Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.

Page 13: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

Klasifikasi Personaliti

• Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut :

• Ekstrovert• Introvert• Ambivert

Page 14: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

Ekstrovert

• Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti rileks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Page 15: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

Introvert

• Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.

Page 16: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

Ambibert • Bagi individu-individu yang mempunyai trait-

trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

Page 17: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

Pengaruh Personaliti Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar

Page 18: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

Perbezaan Personaliti Ekstrovert dan Introvert

• Psikologi menunjukkan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar (Orpen, 1976; Kay-Sandra 2001).

• Terman (1930), telah mengkaji perkembangan kanak-kanak pintar dan cerdas dengan menggunakan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Tests) yang telah diubah suai. Kajian awal oleh Terman ini mendapati bahawa pelajar pintar dan cerdas lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar bergaul dengan rakan sebaya.

• Sifat ini boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka (Fatanah, 1997).

Page 19: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah & Mariani, 2001).

• Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar pintar ini benar-benar mempunyai personaliti seperti yang dinyatakan itu? Menurut Nik Azis (1999), beliau mengatakan bahawa pada asasnya pelajar pintar cerdas juga adalah merupakan pelajar yang sama dengan pelajar-pelajar lain namun apa yang membezakan antara pelajar pintar cerdas dengan pelajar-pelajar normal yang lain adalah daya pemikiran mereka yang boleh membentuk helah bela diri dalam melindungi sifat negatif atau personaliti negatif yang ada dalam diri mereka.

Page 20: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Eysenck dan Cookson (1961) telah membuat kajian dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Staffordshire, dan mereka mendapati pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert.

• Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot, 1972; Anthony, 1977; dan Riding, 1979).

Page 21: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Dalam kajian lain, Johnson (1997) juga mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dengan pencapaian akademik. Walau bagaimanapun, pendapat pengkaji-pengkaji ini telah disangkal oleh Dunn et al. (1989) dan Williams (1992), yang telah menunjukkan bahawa pelajar pintar cerdas terdiri daripada pelajar yang introvert, di mana mereka lebih cenderung belajar bersendirian daripada belajar berkumpulan. Cara dan gaya pembelajaran sebegini mempengaruhi pencapaian akademik.

Page 22: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Terdapat juga beberapa kajian lain yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovert-introvert dengan jantina. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding dengan pelajar perempuan. Kajian awal Eysenck (1965) ke atas kanak-kanak berumur 7–16 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar perempuan.

• Mehryer dan Hosseini (1973) telah membuat kajian terhadap 707 pelajar lelaki dan 171 pelajar perempuan di Iran dan mendapati bahawa pelajar ekstrovert yang memperoleh pencapaian cemerlang terdiri daripada pelajar lelaki.

Page 23: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Meskipun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan dapatan yang berbeza. Sebagai contoh, kajian oleh Noran Fauziah (1988) menunjukkan perbezaan yang jelas di mana guru pelatih perempuan lebih ekstrovert berbanding dengan guru pelatih lelaki.

• Hasil kajian Abdul Rahim (1991) terhadap murid-murid di sekolah rendah mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dari aspek personaliti ekstrovert-introvert.

Page 24: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

Cara-Cara Guru Menolong Seorang Introvert

• Terdapat beberapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert.

• Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar tersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar tersebut akan bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa.

Page 25: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi.

• Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti ‘bodoh’ , ‘si gemuk’ atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya

Page 26: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan.

• Di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian.

• Sifat ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu.

Page 27: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan.

• Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform sebagai salah satu cara untuk pelajar berkenaan berpeluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain.

Page 28: Personaliti Boleh Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar

• Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.