beberapa persoalan tentang solat

170
BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAT

Upload: mahmudtumiran

Post on 08-Aug-2015

120 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

TRANSCRIPT

Page 1: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

BEBERAPA

PERSOALAN

TENTANG

SOLAT

Page 2: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Pendahuluan

Tidak Mengikut Mazhab Tertentu Dalam Tatacara Solat : 1

Tidak Melafazkan Niat Sebelum Memulakan Solat : 2

Cara Membaca Doa Iftitah : 3

Meletakkan Tangan Di Atas Dada Ketika Berdiri (Qiyam) : 4

Tidak Membaca Basmalah Sebelum Dibacakan Surah Al-Fatihah : 5

Makmum Tidak Membaca Surah Al-Fatihah : 6

Bacaan Sesudah Al-Fatihah : 7

Menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud (Tahiyat) : 8

Tambahan Sayyidina Dalam Selawat : 9

Tidak Berzikir Sesudah Solat : 10

Zikir-Zikir Sesudah Solat : 11

Tatacara Perlaksanaan Sujud Sahwi : 12

Meninggalkan Qunut Subuh : 13

Adakah Solat Perempuan Berbeza Dengan Lelaki? : 14

Penutup

Rujukan

Page 3: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

KATA PENGANTAR

ت غحفره ون عوذ باللو منح شرور أن حفسنا تعينو ونسح د للو نحمده ونسح مح إن الح

للح فال ىادي لو ده اللو فال مضل لو ومنح يضح ومنح سيئات أعحمالنا منح ي هح

ده شريي لو وأن مدا ع حده ورسولو هد أنح إلو إ اللو و ح .وأشح

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kita memuji, memohon pertolongan dan

kepada-Nya jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan

diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak

akan mendapatkan kesesatan. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat

memberikannya petunjuk kecuali hanya Dia. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah

yang maha Esa, tidak ada sekutu baginya dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-

benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.[1]

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan

kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu

pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat

keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang

kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan

(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati

(mengawas) kamu.[2]

Page 4: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah

perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan

menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah)

sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya dia telah berjaya

mencapai sebesar-besar kejayaan.[3]

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah

petunjuk Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam . Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang

diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua

yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah

kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu

bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati

kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu

dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah

berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah

selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah

menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk

hidayahNya.[4]

Page 5: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Sesungguhnya persaudaraan dan penyatuan antara sesama umat Islam merupakan satu nikmat

kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang seharusnya kita pertahankan dengan bersungguh-sungguh.

Kekuatan umat Islam banyak bergantung kepada kesatuan ini dan sekiranya umat Islam berpecah-

belah maka pasti akan timbul bencana yang boleh menyebabkan golongan kuffar mengambil

kesempatan untuk menewaskan atau melemahkan posisi umat Islam. Umat Islam pada zaman

Rasululllah shalallahu 'alaihi wasallam begitu memerhatikan konsep persaudaraan ini dan mereka

bersikap berkasih sayang sesama umat Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Nabi Muhammad (shalallahu 'alaihi wasallam) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang

bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang

(memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama

sendiri (umat Islam)...[5]

Dengan mempraktikkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas, maka Islam telah melalui

zaman gilang-gemilangnya sehinggakan Empayar Rom dan Parsi yang dianggap kebal pada masa itu

telah berjaya ditewaskan oleh tentera Islam. Tetapi malangnya keadaan sekarang sudah berubah malah

terbalik. Umat Islam lebih gemar mengampu dan berkasih sayang terhadap golongan kuffar dan

bersikap keras serta tegas ke atas saudaranya yang seagama. Lihatlah bagaimana negara-negara Islam

mengampu Amerika Syarikat dan sekutunya dan membiarkan dua buah negara Islam iaitu Afghanistan

dan Iraq diceroboh oleh tentera kuffar. Lihatlah bagaimana kegagalan negara-negara Arab untuk

bersatu sehingga tanah umat Islam di Palestin dirampas oleh orang Yahudi dihadapan mata mereka

tanpa mereka mampu untuk berbuat apa pun. Oleh itu kita harus sedar betapa pentingnya untuk kita

mengelakkan terjadinya perpecahan dan berusaha dengan gigih untuk mendamaikan pihak-pihak

sesama Islam yang bertelingkah. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala

Page 6: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di

antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya

kamu beroleh rahmat.[6]

Oleh itu segala ruang yang boleh menimbulkan perpecahan umat Islam di Malaysia harus kita

tutup serapat mungkin. Penulis melihat antara subjek yang sentiasa menjadi bahan polemik di dalam

masyarakat adalah berkaitan tatacara perlaksanaan ibadah solat. Umat Islam saling tuduh-menuduh

sesama mereka bahawa tatacara solat pihak yang lain sebagai tidak sah atau bertentangan dengan

sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Adakalanya polemik ini bertukar menjadi buruk sehingga ada

yang bermasam muka malah ada yang sampai ke tahap saling sesat-menyesatkan dan kafir-

mengkafirkan. Antara faktor yang menyumbang ke arah kekusutan kemelut ini adalah:

1. Kejahilan terhadap sunnah-sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

2. Sikap taklid buta iaitu hanya mengikut amalan kebiasaan yang diwarisi secara turun-

temurun tanpa ingin mengetahui samada amalan tersebut bersumber dari al-Qur’an

atau al-Sunnah. Termasuk dalam kategori ini adalah sikap hanya menerima sahaja

ajaran guru-guru agama tanpa ingin mengetahui dalil yang mereka pergunakan dalam

mengeluarkan pendapat masing-masing.

3. Sikap fanatik mazhab sehinggakan mengutamakan pendapat mazhab masing-masing

dari dalil yang datang dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini juga termasuk terlalu

mengagung-agungkan ajaran guru masing-masing sehinggakan mereka diletakkan ke

taraf maksum dan pendapat mereka seolah-olah tidak boleh dibantah langsung.

Page 7: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Di Malaysia sebagai contohnya kita telah melihat perdebatan hangat berkaitan dengan

tatacara solat di antara Golongan Muda dan Golongan Tua atau kelompok Wahhabiyah dan

Syafi’iyyah[7] yang telah berlarutan sekian lama. Melalui pengalaman penulis sendiri secara peribadi

dan di alam cyber, seringkali tatacara solat golongan Wahhabiyah atau Ahl al-Sunnah ini dipertikaikan

keabsahannya hanya kerana ianya tidak seperti kebiasaannya yang diamalkan oleh kebanyakan orang

Islam di Malaysia. Permasalahan ini adalah disebabkan oleh pemikiran yang tertutup kerana terlalu

terikat dengan amalan tradisi dan warisan serta kejahilan atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

dalam perkara berkaitan dengan tatacara solat tersebut. Pepatah Arab ada menyatakan ‘Faman jahila

shay-a’ ‘aadaahu’ yang bermaksud ‘’Maka sesiapa yang tidak kenal (mengetahui) sesuatu perkara itu,

nescaya dia akan berseteru (menolak) terhadap perkara itu.” Kejahilan adalah antara faktor utama yang

menyebabkan manusia mempertikaikan sesuatu perkara yang sebenarnya dicontohkan dari Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam melalui hadis-hadis baginda yang sahih. Penulis berkeyakinan jika dalil

yang membelakangi sesuatu amalan itu ditonjolkan dengan cara yang penuh hikmah pasti ianya akan

melapangkan dada umat Islam yang saling berselisih pendapat dan menerima perbezaan tersebut

kecuali mereka yang sememangnya taksub (fanatik) terhadap pendapat sendiri.

Penulis di dalam buku ini berusaha untuk membahaskan empat belas perkara berkaitan dengan

solat fardhu termasuk solat Jumaat yang sering terjadi perdebatan hangat tentang tatacara

perlaksanaannya dan penulis namakan buku ini “Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat”. Insya-Allah

penulis akan sedaya upaya untuk membahaskan topik-topik tersebut seadil mungkin dengan

menggunakan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai neraca kerana Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah

memberi jaminan bahawa selagi mana kita berpegang kepada keduanya kita tidak akan tersesat. Sabda

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Page 8: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Aku telah meninggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat

dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabinya.”[8]

Semoga melalui buku ini sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan pengetahuan para pembaca

berkaitan dengan ibadah solat agar dapat membanteras budaya taklid buta dan fanatik mazhab.

Sesungguhnya terdapat begitu banyak hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menjelaskan

tatacara solat baginda shalallahu 'alaihi wasallam yang sepatutnya lebih kita utamakan daripada

pendapat orang lain walaupun setinggi mana statusnya pada mata kita dan masyarakat.

Dalam mengusahakan buku ini, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

beberapa sahabat yang telah membantu menyempurnakannya: Khairul Amin dan Sakinah Ariff Johor

kerana telah menyemak terjemahan hadis-hadis yang dikemukakan, Maryati Mat Nasir kerana telah

membaca pruf dan Hafiz Firdaus Abdullah kerana telah memberikan rujukan dan kekuatan darjat

(takhrij) bagi hadis-hadis yang terdapat dalam buku ini.[9] Walaubagaimanapun seandainya terdapat

apa-apa kesilapan atau kekurangan dalam buku ini, maka ia adalah di atas tanggungjawab penulis.

Sebarang pembetulan dan pembaikan dialu-alukan. Ia boleh disampaikan kepada penulis sama ada

melalui talifon: 016-2640722 atau e-mel: [email protected]

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai wadah untuk kita sama-sama berusaha memperbaiki

tatacara solat kita agar bertepatan dengan Sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Penghargaan dan

terima kasih kepada guru-guru yang banyak mengajar penulis tentang sifat solat sebagaimana yang

Page 9: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

dikerjakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam seperti Ustaz Rasul Dahri, Dr. Abdullah Yassin dan

Ustaz Hussain Yee.

Setinggi penghargaan juga kepada kedua ibu bapa yang dihormati, seluruh ahli keluarga yang

dikasihi terutamanya isteri yang tercinta Wan Haslini Wan Kamaruzaman, rakan dan sahabat Tuan

Hassan Tuan Lah, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain (Alamghiri), Muhammad Khairul (Abu Adam),

Maryati Mat Nasir, Muhammad Rafiq (Saw Eng Sian), Zayed, Dr. Imran, Muhammad Affendi (Abu

Nurul), Fazila Sazali Fathoni, Saudara Mazlan (PERKIWIRA) dan seluruh ahli Fikrah Net, atas sokongan

dan dorongan yang kesemua mereka ini berikan sehingga tersusunnya buku ini.

Semoga Allah membalas jasa mereka dengan ganjaran pahala yang lebih baik di dunia dan

akhirat. Semoga amalan yang baik dan ilmu yang berfaedah ini diterima oleh Allah Subhanahu wa

Ta'ala.

Abu Iqbal Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus

Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

July 2005 / Jamadilakhir 1426H

[1] Aali-„Imraan (3):102

[2] al-Nisaa‟ (4): 1

[3] al-Ahzaab (33): 70-71

[4] Ali „Imran (3): 103

[5] al-Fath (48): 29

[6] al-Hujuraat (49): 10

Page 10: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[7] Kaum Muda atau Wahhabi ini adalah gelaran yang berbentuk negatif sebagai sindiran diberikan kepada mereka

yang ingin kembali kepada Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan diwarisi

oleh para sahabat dan seluruh generasi al-salaf al-Ummah yang diiktiraf sebagai generasi terbaik bagi umat Islam.

Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Bukhari rahimahullah (Shahih

al-Bukhari, hadis no. 3650):

ر أم رح ال ين ي لون ه ح ال ين ي لون ه ح ي ح

Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian

orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-Tabi’in).

Mereka tidak hanya terikat atau bertaqlid kepada satu mazhab malah mereka menganjurkan ittiba‟ iaitu menerima

dan mengikut sesuatu pendapat yang lebih tepat setelah mengetahui keterangan yang jelas dari kitab al-Qur‟an dan

Hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sabit. Ini bukan bermakna mereka menolak mazhab-mazhab yang

wujud dalam Islam, tetapi mereka menentang budaya taksub mazhab iaitu meletakkan pandangan mazhab lebih

tinggi daripada perintah Allah Subhanahu wa Ta‟ala dan Rasul-Nya shalallahu 'alaihi wasallam. Kaum Muda atau

Wahhabi ini secara yang lebih tepat dikenali sebagai Ahl al-Sunnah, Salafiyah, Firqah al-Najiyyah, al-Ta‟ifah al-

Mansurah, Ittiba‟ al-Sunnah dan Anshar al-Sunnah. Untuk mengkaji sejarah kemasukan dan perkembangan gerakan

ini di Malaysia, sila baca sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia yang

telah dibukukan, bertajuk ‟Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian Di Negeri Perlis Dan Hubung Kaitnya

Dengan Malaysia‟.

Kaum Tua atau Shafi‟iyyah pula adalah kelompok yang sentiasa mempertahankan amal ibadah yang telah diamalkan

secara turun-temurun sekalipun amalan tersebut tidak memiliki dalil yang sahih dari al-Qur‟an mahupun sunnah

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Mereka menggunakan gelaran Shafi‟iyyah untuk menunjukkan mereka bermazhab

al-Syafi‟i walaupun terdapat banyak amalan mereka yang sering dipolemikkan dengan kaum muda itu sebenarnya

tidak ada kena-mengena dengan ajaran al-Syafi‟i. Ada dari kalangan mereka yang begitu taksub dengan Mazhab al-

Syafi‟i dan menolak apa sahaja pandangan yang tidak selari dengannya. Walaupun begitu kedua-dua pihak adalah

Muslim yang bersaudara yang sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan perpecahan.

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwattha‟, hadis no. 1395. Beliau tidak menyebut sanadnya tetapi

sekadar berkata “disampaikan (kepadaku) bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda…”. Ini adalah kaedah

khusus di sisi Malik terhadap hadis-hadis yang diterimanya melalui jalan periwayatan yang banyak. Berkata Ibn

„Abd al-Barr: “Dan ini juga (adalah hadis yang) terpelihara, dikenali lagi masyhur daripada Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam dan para ahli ilmu, kemasyhurannya menyebabkan ia tidak memerlukan sanad.” [al-Tamhid, jld. 24, ms.

331]

[9] Catitan penyunting: Dalam menerangkan darjat hadis-hadis dalam buku ini, manhaj yang saya gunakan adalah:

Page 11: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

1. Hadis-hadis disebut rujukannya secara ringkas sahaja, paling kurang kepada sebuah kitab. Ini tidaklah

bermakna hadis tersebut tidak wujud dalam kitab-kitab hadis yang lain.

2. Hadis-hadis daripada Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah sahih dengan tersendirinya.

3. Adapun hadis-hadis selain kedua-dua kitab sahih tersebut, saya akan menerangkan darjatnya berdasarkan

penilaian ahli hadis masa kini seperti Muhammad Nashr al-Din al-Albani rahimahullah dan Syu‟aib al-

Arna‟uth hafizahullah.

4. Di mana boleh saya akan menyertakan juga penjelasan para ahli hadis masa lalu terhadap darjat hadis-hadis

tersebut.

5. Penomboran hadis adalah berdasarkan susunan para penelitiannya, dan ia adalah seperti berikut:

a): Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim dan Sunan Ibn Majah berdasarkan susunan Fu„ad „Abd al-Baqi‟.

b): Sunan Abu Daud berdasarkan susunan Muhib al-Din „Abd al-Hamid.

c): Sunan al-Tirmizi berdasarkan susunan Ahmad Syakir.

d): Sunan al-Nasa‟i berdasarkan susunan Abu Fattah Abu Ghudah.

e): Musnad Ahmad berdasarkan susunan Syu„aib al-Arna‟uth, disertai rujukan kepada edisi 6 jilid dalam

kurungan.

Page 12: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

PENDAHULUAN

Menurut Dr. Shalih bin Ghanim bin Abdillah al-Sadlani:

Makna solat dari Allah adalah Rahmat, sedangkan makna solat dari seseorang

adalah doa dan istighfar. Manakala dalam istilah syar‟i solat bererti, ...rukun-

rukun yang dikhususkan dan zikir yang telah dimaklumi dengan syarat-syarat

yang dibatasi dengan waktu-waktu tertentu, atau perkataan dan perbuatan

yang diawali dengan takbiratul ihram dan ditutup dengan salam disertai dengan

niat.[1]

Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah Subhanahu

wa Ta'ala. Ianya merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah.

Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang apakah Islam, lantas

baginda menjawab :

الم عل ح شهادة أنح إلو إ اللو وأن مدا رسول اللو وإ ام الصالة وإيتاء ب ااسح

. اة والح و وحم رمضان الل

Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke rumah Allah (Baitullah) dan puasa di bulan Ramadhan.[2]

Tidak seperti ibadah lain, kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi

Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pada malam berlakunya peristiwa Isra‟ Mi‟raj tanpa

melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas

radhiallahu‟anh:

ري بو الصلوات حس ن ص ح ل أسح فر ح عل الن ل اللو عليحو وسل لي ح

Page 13: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

حس : عل ح حسا نودي مح . يا مد إنو ي دل الح وحل لدي وإن لي ه ااح

Pada malam Isra‟ difardhukan kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali.[3]

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadah solat yang melebihi ibadah-

ibadah lain. Ibadah solat juga merupakan tiang yang asas bagi agama Islam dan sekiranya

tiang ini runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan dengan agama. Ini sebagaimana

sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

. ر أ س اراأ ر ار أ ر س ر ر س وس س الص ر س ر ر أ ر س ر ر ار ر اأ ر ر وس

Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad.[4]

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan bahawa ibadah solat adalah penentu keimanan

seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur

keimanannya. Ancaman ini pernah disuarakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

sebagaimana sabdanya:

ن ه ح الصالة فمنح ر ها ف دح فر ن نا وب ي ح د ال ي ب ي ح .الحعهح

Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir.[5]’

Page 14: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ر الشرحك والحكفح الر ل وب ح . رحك الصالة إن ب ح

“Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat.”[6]

Beginilah tingginya martabat ibadah solat di sisi Islam. Maka tidaklah menghairankan

sekiranya perkara yang mula-mula dihisab ketika di hari akhirat nanti adalah ibadah solat. Jika

seseorang itu tidak bersolat maka sia-sialah segala amal ibadahnya yang lain. Ini sebagaimana

sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang diperjelaskan oleh Abu Hurairah radhiallahu‟anh:

ح إن أول ما اس بو الحع حد ي وحم الح يام منح عملو ال و ف نح ل ح ف دح أف حل وأنح

وإنح

... فسدتح ف دح اب و سر

Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung...[7]

Oleh itu sepatutnya seluruh umat Islam memberi perhatian yang tinggi terhadap

kesempurnaan ibadah solat ini kerana implikasi ibadah solat terhadap diri kita semua

sebagaimana yang telah saya paparkan di atas adalah begitu besar. Oleh itu perlu wujud di jiwa

seluruh umat Islam untuk bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan ibadah solat dan

meningkatkan keperihatinan kita untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini

adalah kerana manusia yang paling sempurna cara solatnya di bumi Allah Subhanahu wa

Ta'ala ini adalah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Tidak mungkin ada yang berani

menyanggah kenyataan bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam adalah contoh ikutan

terbaik untuk semua manusia yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana

Page 15: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

baginda telah dididik oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala secara langsung melalui wahyu-wahyu-

Nya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[8]

Semoga perbahasan seterusnya di dalam buku ini dapat membawa kita lebih hampir

kepada sifat solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam Insya-Allah.

[1] Shalih bin Ghanim bin Abdillah al-Sadlani, Shalat Jama‟ah: Panduan Hukum, Adab, Hikmah, Sunnah dan

Peringatan Penting Tentang Perlaksanaan Shalat Berjema‟ah (edisi terjemahan oleh M. Nur Abrari, Pustaka

Arafah, Solo, 2002), ms. 17.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 8 dan Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 16.

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih gharib”. Ia juga

dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 213.

[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih”. Juga dinilai

sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 2616.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih gharib”. Juga

dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 2621.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 82.

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: “Hadis Abu Hurairah adalah hasan

gharib”. Juga dikeluarkan oleh Abu Daud dengan maksud yang sama dan ia disahihkan oleh Ibn Hajar al-„Asqalani

sebagaimana sebut al-Murakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadis di atas. Hadis ini disahihkan

oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 413.

[8] al-Ahzaab (33):21. Penulis sengaja mengulangi ayat ini di beberapa tempat dalam buku ini kerana ingin

menekankan betapa pentingnya untuk kita mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam amal ibadah

harian kita dan ianya juga adalah berbentuk perintah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Page 16: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

1

TIDAK MENGIKUT MAZHAB TERTENTU

DALAM TATACARA BERSOLAT

Antara isu yang sering diperdebatkan adalah tentang kewajipan untuk mengikuti hanya

satu mazhab di dalam segala perkara berkaitan dengan fiqh termasuk dalam ibadah solat. Di

dalam masyarakat Islam di Malaysia telah tersebarnya fahaman bahawa sekiranya seseorang

itu tidak mengikuti satu mazhab tertentu dalam ibadah solat maka dia telah dianggap

melakukan talfiq[1]. Pada tanggapan mereka mengamalkan talfiq adalah suatu perbuatan yang

diharamkan dan dengan itu solat yang tidak bertaklid kepada hanya pada satu mazhab adalah

tidak sah.

Sebelum penulis menjawab kekeliruan di atas, ingin penulis sisipkan beberapa firman

Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang kewajiban kita untuk mencontohi Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam dalam apa jua keadaan.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.[2]

Ayat ini merupakan pokok dan dasar yang agung dalam anjuran dari Allah Subhanahu

wa Ta'ala untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, baik dalam perkataan,

perbuatan mahupun keadaan atau keperibadian baginda shalallahu 'alaihi wasallam.

Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Page 17: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”[3]

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya

telah menentukan hukum ke atas sesuatu perkara, maka tidak diperbolehkan untuk sesiapapun

menentang hukum-hukum tersebut. Sesungguhnya manusia tidak memiliki pilihan selain tunduk

atas segala yang telah diputuskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya. Firman

Allah Subhanahu wa Ta'ala.

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”[4]

Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan bagi kita sekiranya terjadi

sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara yang pokok atau cabang dalam agama,

hendaklah dirujuk semula kepada al-Qur‟an dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian

tentang pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Keengganan melakukan sedemikian

mencerminkan sikap seseorang yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa

Ta'ala dan hari akhirat.

Maka dengan berdalilkan ayat-ayat di atas, Ahl al-Sunnah wa al-Jama‟ah berpendirian

untuk tetap berada di atas sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam apa jua bentuk

ibadah terutamanya dalam solat. Ini kerana Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah

bersabda:

" Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat”.[5]

Page 18: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam ini secara jelas mewajibkan kita semua

untuk mencontohi tatacara ibadah solat baginda. Ahl al-Sunnah berkeyakinan tidak ada

manusia yang lebih sempurna solatnya selain Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam kerana

baginda merupakan contoh ikutan terbaik sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa

Ta'ala dalam surah al-Ahzaab ayat ke 21 seperti yang telah penulis paparkan di atas.

Mencontohi insan yang sempurna (maksum) ini dapat menjaminkan perlaksanaan ibadah solat

yang sempurna. Kesempurnaan dalam ibadah solat ini pula akan memudahkan kita untuk

memperolehi keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala . Ini sebagaimana sabda Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam:

“Lima solat yang diwajibkan Allah, barangsiapa melakukan wuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat pada waktunya, ruku‟ dan sujudnya dengan khusyu‟ secara sempurna, mendapatkan janji dari Allah akan memperoleh ampunan-Nya. Barangsiapa yang tidak melakukan hal ini tidak akan mendapat janji ampunan dari Allah. Jika Allah berkehendak, dia akan diampuni atau dia akan diazab”.[6]

Berpijak atas dasar ini maka telah wujud kesepakatan antara keempat-empat imam

mazhab untuk mengutamakan al-Qur‟an dan hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari

pendapat mereka sendiri. Malah mereka melarang keras manusia untuk bertaklid kepada

mereka apabila pendapat mereka bertentangan dengan Kitabullah dan hadis-hadis tersebut.

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur‟an

dan Hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tinggalkanlah pendapatku

itu.[7]

Page 19: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Malik bin Anas rahimahullah pula berkata:

Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah, terkadang benar. Oleh itu,

telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, ambillah; dan

bila tidak sesuai dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[8]

Sementara itu Muhammad bin Idris al-Syafi‟i rahimahullah berkata:

Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah dari Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam menurut kalangan ahl al-Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya,

pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku

mati.[9]

Selanjutnya al-Syafi‟i rahimahullah juga pernah berkata:

Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis

Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.[10]

Ahmad bin Hanbal rahimahullah pula menyatakan sebagai berikut:

Barangsiapa yang menolak hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, dia

berada di jurang kehancuran.[11]

Oleh itu bolehlah kita rumuskan bahawa mazhab sebenar keempat-empat imam

rahimahumullah tersebut berdiri atas tiga prinsip utama iaitu:

1. Kesahihan hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasalaam.

2. Jika pendapat mereka bertentangan dengan sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam,

mereka menolak pendapat mereka sendiri dan mengambil sabda Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam.

Page 20: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

3. Jika ada hadis yang sahih dalam suatu masalah yang bertentangan dengan pendapat

mereka, maka mereka menarik kembali pendapat mereka, baik ketika mereka masih

hidup mahupun sesudah mereka meninggal.[12]

Abdullah Yassin menegaskan:

Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama‟ah tidak ada seorang imam atau ulama‟ pun

yang terpelihara daripada kesilapan dan kesalahan walaupun mereka telah

mencapai darjat ilmu yang sangat tinggi. Manusia yang maksum (tidak berbuat

salah) hanyalah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh itu semestinya, para

imam atau ulama‟ menyesuaikan pandangan mereka dengan sunnah Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam . Hakikat ini sungguh diyakini oleh imam-imam

mazhab. Semua mereka berkata, “Jika hadis itu sahih, itulah mazhabku”.[13]

Oleh itu bukanlah menjadi satu kesalahan untuk meninggalkan pendapat mazhab

masing-masing apabila terjumpa hadis yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.

Ini telah dipraktikkan oleh para pengikut imam-imam tersebut. Sebagai contohnya anak murid

Abu Hanifah iaitu Muhammad bin Hasan dan Abu Yusuf rahimahumullah telah menolak satu

pertiga dari pendapat gurunya. Begitu juga dalam ibadah solat ini yang mana ianya bukanlah

menjadi satu kesalahan untuk berittiba‟[14] kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan

meninggalkan pendapat mazhab rasmi negara kita iaitu Mazhab al-Syafi‟i kerana keempat-

empat imam mazhab termasuk Muhammad bin Idris al-Syafi‟i sendiri tidak rela pendapat

mereka lebih diutamakan dari al-Qur‟an dan al-Sunnah.

Mendahulukan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari pendapat mazhab masing-

masing bukanlah perbuatan talfiq yang tercela, malah telah menjadi kesepakatan bahawa

kewajipan dalam beribadah adalah dengan mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

dalam segala permasalahan apatah lagi dalam ibadah yang paling utama dalam Islam iaitu

solat. Mazhab-mazhab hanya bertindak sebagai sarana untuk memudahkan kita memahami

hukum-hukum yang terkandung dalam al-Qur‟an dan al-Sunnah.

Page 21: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

Sesungguhnya penyeruan untuk kembali kepada al-Sunnah tidak bermaksud

meninggalkan semua mazhab yang ada baik secara global mahupun secara rinci,

bahkan mereka (yang mengajak untuk kembali kepada sunnah Nabi shalallahu

'alaihi wasallam - Pen) senantiasa menghargai mazhab-mazhab tersebut dan

menghormati para imam mazhab sambil bergantung pada pandangan para imam

untuk memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka hanya meninggalkan pendapat

para imam apabila jelas bertentangan dengan al-Kitab dan al-Sunnah.[15]

Tentang amalan memilih-milih antara mazhab atau talfiq maka tidak ada satu nas dari

al-Qur‟an dan hadis yang mengharamkannya. Begitu juga tidak ada satu nas dari al-Qur‟an dan

al-Sunnah yang mewajibkan kita hanya mengikuti satu mazhab sahaja. Yang wajib kita patuhi

tanpa berbelah bagi adalah Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika

mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi

hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami

dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar

perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka

merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[16]

Berkata Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu‟ al-Fatawa (jld. 22, ms. 252):

Apabila seorang mengikut mazhab Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‟i atau Ahmad

lalu dia melihat dalam sebahagian masalah, mazhab lain ternyata lebih kuat lalu

dia mengikutinya, maka dia telah melakukan sesuatu yang baik. Dia tidak

menyalahi agama mahupun kredibilitinya. Bahkan sikap ini adalah lebih benar dan

lebih dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya shalallahu 'alaihi wasallam berbanding

Page 22: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

seorang yang taksub kepada tokoh tertentu selain Nabi, seperti orang yang

taksub kepada Malik atau al-Syafi‟i atau Ahmad atau Abu Hanifah serta

menganggap pendapat tokoh tersebut adalah benar yang mesti diikuti dan tidak

boleh mengikuti pendapat imam yang berbeza (pendapat) dengannya. Sesiapa

yang melakukan sedemikian, dia adalah orang jahil, sesat bahkan mungkin

menjadi kafir…[17]

Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah pula menerangkan:

Mazhab-mazhab adalah pendapat dan pemahaman orang-orang berilmu dalam

beberapa masalah serta ijtihad. Pendapat, ijtihad dan pemahaman ini tidak

diwajibkan Allah dan tidak pula diwajibkan oleh Rasul-Nya kepada seseorang

untuk mengikutinya. Di dalamnya (pendapat mazhab-mazhab tersebut – pen)

terdapat kemungkinan betul dan salah, dan tidak ada yang betul-betul benar

kecuali yang berasal dari Rasul shalallahu 'alaihi wasallam. Seringkali terjadi

para imam memiliki satu pendapat dalam sesuatu masalah lantas apabila mereka

melihat kebenaran yang berlawanan dengan pendapat tersebut, mereka menarik

kembali pendapat (yang awal).[18]

Yusuf al-Qaradhawi berkata:

Yang terpenting adalah, hendaklah engkau mengetahui bahawa taklid seorang

awam kepada salah seorang imam merupakan hal yang dibolehkan sesuai dengan

kaedah dan darjatnya dan ia bukan merupakan satu kewajipan sebagaimana yang

dikatakan oleh sebahagian ulama‟ kebelakangan. Ini kerana tidak ada satupun

yang wajib kecuali apa yang telah diwajibkan oleh al-Qur‟an dan al-Sunnah.

Kenyataannya, kedua-dua sumber tersebut tidak mewajibkannya. Berdasarkan

hal ini tidak ada larangan bagi seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu

mazhab tertentu atau bertanya kepada salah seorang ulama‟ yang mudah

Page 23: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

dihubunginya berkenaan sesuatu masalah yang dihadapinya tanpa harus terikat

kepada seorang imam sahaja sehingga tidak boleh bertanya kepada imam yang

lain.

Jalan inilah yang ditempoh oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti

jejak mereka pada abad-abad terbaik umat ini. Allah telah menghindari mereka

daripada praktik taklid yang tercela ini (iaitu terbatas kepada satu imam atau

mazhab sahaja).

Orang yang paling penting diberi kebebasan dalam menentukan mazhab mana

yang ingin diikutinya ialah orang-orang baru memeluk Islam. Mereka boleh

sahaja mengikuti apa yang sebenarnya tidak ditetapkan oleh Allah Ta„ala, iaitu

bertanya kepada mana-mana ulama‟ yang mereka kehendaki. Juga sebaiknya

untuk mereka dikarang buku-buku yang bersifat sederhana yang menjelaskan

ajaran Islam tanpa terikat kepada satu mazhab tertentu.[19]

Selanjutnya M. Said Ramadhan al-Buthi[20] pula berkata:

Tidaklah menjadi satu kewajipan bagi seseorang muqallid (orang yang bertaklid)

untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu, atau menjadi satu perkara yang

haram baginya untuk berpindah-pindah mazhab. Begitu pula telah menjadi satu

kesepakatan kaum muslimin, bahawa seorang muqallid dapat memilih atau

mengikuti salah satu mujtahid jika telah diyakini kebenaran mazhab-mazhab

dan pendapat-pendapatnya, seperti seseorang yang berpindah-pindah kepada

salah satu dari keempat imam mazhab.

Maka seandainya, pada masa sekarang ada yang melarang untuk berpindah-

pindah mazhab, orang itu telah masuk dalam kategori fanatik yang menyesatkan,

yang telah menjadi suatu kesepakatan kaum Muslimin untuk meniadakannya.

Page 24: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Suatu yang harus diketahui bagi seorang peneliti, tidak ada pertentangan

bahawa tidak ada hukumnya bagi seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu

mazhab sahaja, atau berpindah-pindah ke mazhab yang lain. Artinya tidak ada

kewajipan untuk terikat kepada salah satu mazhab tertentu, sama dengan tidak

ada pelarangan untuk terikat kepada salah satu mazhab.[21]

Tambah beliau lagi:

Seorang muqallid jika dapat memahami suatu permasalahan dengan memahami

dalil-dalilnya, baik dari al-Qur‟an, hadis, atau kaedah ushuliyyah, maka wajib

baginya untuk melepaskan diri dari mengambil pendapat imam-imam mazhab,

apabila telah mampu melakukan ijtihad sendiri berdasarkan keilmuan yang

dimiliki.[22]

Dengan ini boleh kita simpulkan bahawa Ahl al-Sunnah mencontohi Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam dalam segala bentuk ibadah termasuk solat. Sekiranya ada hadis

yang sahih berkaitan dengan tatacara solat, maka Ahl al-Sunnah tanpa ragu-ragu akan

mengamalkannya walaupun amalan tersebut berbeza dari amalan kebiasaan umat Islam di

Malaysia yang rata-ratanya bermazhab al-Syafi‟i. Sesungguhnya yang wajib dicontohi ialah

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, seorang yang terpelihara dari melakukan kesilapan

(maksum). Selain baginda shalallahu 'alaihi wasallam maka perkataan sesiapapun boleh ditolak

termasuklah keempat-empat imam mazhab tersebut. Ini sebagaimana yang diperkatakan oleh

Imam Malik rahimahullah sendiri: “Siapapun perkataannya boleh ditolak dan diterima, kecuali

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri.”[23] Oleh itu tindakan sesetengah pihak yang melihat

kesempurnaan ibadah solat itu hanya diiktiraf sekiranya ianya secocok dengan satu mazhab

adalah tindakan yang tidak tepat dan bertentangan dengan syari‟at. Pada hakikatnya Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam mewajibkan kita hanya mengikuti baginda dalam ibadah solat

sebagaimana sabdanya:

Page 25: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[24]

Budaya taksub mazhab ini harus dikikis dari jiwa setiap umat Islam. Apa yang penulis

ingin tekankan ialah sebenarnya tidak ada salah untuk mengikuti mazhab asalkan pendapat

mazhab itu tidak lebih diutamakan dari al-Qur‟an dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

Dalam ertikata lain sekiranya di dalam sesuatu mazhab itu terdapat amalan yang bercanggah

dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah maka hendaklah ditinggalkan pendapat mazhab tersebut.

Diakibatkan oleh bisikan syaitan, wujud di kalangan umat Islam yang begitu taksub terhadap

mazhab masing-masing sehingga mereka beranggapan hanya mazhab mereka sahaja yang

benar dan wajib ditaati dalam apa jua keadaan.

Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah berkata:

Dari sanalah (sikap fanatik mazhab – pen) munculnya saling membenci, saling

meninggalkan, saling menghasut dan takbur, hingga urusan umat Islam

berantakan dan persatuan menjadi cerai-berai. Jadilah mereka santapan orang-

orang Eropah dan penindas. Bukankah setiap imam Ahl al-Sunnah

rahimahumullah itu merupakan imam kita dan kita di barisan mereka? Sangat

disesalkan orang-orang fanatik ini! Ya Allah, tunjukilah kami dan mereka ke

jalan yang lurus.[25]

[1] Talfiq ialah mengikuti hukum tentang sesuatu perkara daripada pelbagai mazhab. [2] al-Ahzaab (33): 21 [3] al-Ahzaab (33): 36 [4] al-Nisaa‟ (4): 59 [5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no. 631. Penulis sengaja mengulangi

hadis ini di beberapa tempat dalam buku ini demi untuk menegaskan bahawa mencontohi Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat adalah wajib. [6] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no. 22704 (jld. 5, ms. 317) dan

sanadnya dinilai sahih oleh Syu„aib al-Arna‟uth dan rakan-rakan. [7] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam oleh Muhammad Nashiruddin al-

Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 55. Seterusnya

buku ini hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi. [8] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 55-56. [9] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 59. [10] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 58. [11] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 61.

Page 26: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[12] Abu Yusuf Abdurrahman, 13 Masalah Yang Tidak Pernah Selesai Diperdebatkan, (edisi terjemahan

oleh Munirul Abidin, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 203-204. [13] Abdullah Yassin, Manhaj Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar

Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan (ed: Hafiz Firdaus Abdullah, Jahabersa, Johor Bahru,

2004), ms. 83. [14] Taklid adalah mengambil sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalil yang menjadi landasannya.

Sedangkan ittiba‟ mengambil sesuatu pendapat bersertakan dalil yang memperkuatkan pendapat tersebut. [15] al-Albani, Risalah Ilmiah Albani, (edisi terjemahan oleh Abu Musyrifah dan Ummu Afifah, Pustaka

Azzam, Jakarta, 2002), ms. 42. [16] al-Nuur (24): 51-52 [17] Dinukil daripada buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam oleh Hafiz Firdaus Abdullah

(Jahabersa, Johor Bahru, 2004), ms. 135. [18] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab? (edisi terjemahan terbitan Aras

Sarana Widia, Jakarta, 1999), ms. 54. [19] Yusuf al-Qaradhawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama‟ Salaf (edisi terjemahan

oleh Ahrul Tsani & Muhtadi Abdul Mun‟im, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 118. [20] Beliau adalah seorang tokoh yang lantang mengkritik Wahhabiyah. Kitab beliau Madzhab Tanpa

Madzhab: Bid‟ah Dalam Syari‟at Islam sering dipergunakan oleh pihak yang fanatik mazhab untuk

mengharamkan talfiq. Namun begitu melalui kenyataan beliau sendiri kita dapati bahawa al-Buthi

sebenarnya tidak menolak talfiq. Ini secara tidak langsung menolak sikap mereka yang gemar menggunakan

nama al-Buthi untuk mengharamkan talfiq. [21] Sa„id Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bid‟ah Dalam Syari‟at Islam, (edisi terjemahan

oleh Gazira Abdi Ummah, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2001), ms. 9. [22] Sa„id Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bid‟ah Dalam Syari‟at Islam, ms. 9-10. [23] Dinukil daripada kitab Sifat Shalat Nabi, ms. 56 [24] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no. 631.

[25] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab?, ms. 86.

Page 27: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

2

TIDAK MELAFAZKAN NIAT

SEBELUM MEMULAKAN SOLAT

Antara isu yang sering dipolemikkan adalah penolakan sesetengah pihak terhadap melafazkan

niat “Usholli Fardhu (Sahaja aku solat fardhu)….” sebelum mengerjakan ibadah solat. Menurut

mereka tindakan ini boleh mencacatkan ibadah solat kerana niat itu adalah rukun dalam solat

dan jika ditingggalkan maka terbatallah solat tersebut menurut syara‟. Dalil wajibnya niat adalah

hadis daripada „Alqamah bin Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anhu , dia berkata:

عح عمر بحن ااح اب ر اللو عنحو عل الحمنح

ال عح رسول اللو ل اللو عليحو وسل ي ول

ا ااعحمال بالن يات وإ . ا لكل امحرئ ما ن وىإ

Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niat dan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”[1]

Page 28: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Definisi Niat

Menurut Rasul Dahri:

Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan: “Qasad (maksud yang digerak

dan dikehendaki oleh hati), azam (atau „azamul qalb, iaitu apa yang telah dicita-

citakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah, iaitu kehendak keinginan

hati dalam keadaan yang sedar).[2]

Adapun menurut syara‟, niat adalah: “Berazam (bertekad) untuk melaksanakan

ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.[3]

Qasad, azam dan iradah tempatnya di hati kerana ini kerja hati („amal al-Qalb)

bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah

yang disepakati oleh jumhur ulama‟ dan etimologis (ahli ilmu asal-usul kata). Niat

juga diertikan: “kehendak, maksud (tujuan) dan keazaman bukan paksaan.[4]

Dalam bukunya Ighatsatu‟l Lahfan, Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan:

Niat artinya menyengaja dan bermaksud sungguh-sungguh untuk melakukan

sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati, dan tidak ada sangkut-pautnya sama

sekali dengan lisan…[5]

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah tentang hadis “Tiap-tiap amal perbuatan

tidak lain berdasarkan niat..”:

Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan, “Seakan-

akan Rasulullah memberi pengertian bahawa niat itu bermacam-macam

Page 29: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

sebagaimana perbuatan. Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan

motivasi ingin mendapatkan redha Allah dan apa yang dijanjikan kepadanya, atau

ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.

Sebahagian riwayat menggunakan lafaz al-Niyat dalam bentuk mufrad (tunggal)

dengan alasan, bahawa tempat niat adalah dalam hati sedangkan hati itu satu,

maka kata niyat disebutkan dalam bentuk tunggal…[6]

Tambah Ibnu Hajar al-Asqalani lagi:

Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang

ada dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati

adalah melebihi maksud.[7]

…… Baidhawi berkata: “Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu

sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat,

sedangkan syari‟at adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang

diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.”[8]

Dari keterangan di atas dapatlah kita membuat rumusan bahawa: “Setiap amal

seseorang mukmin yang terbit dari kehendak, azam, cita-cita dan gerak hatinya yang

disedari dan tidak dipaksa, maka itulah yang dinamakan niat.”[9]

Page 30: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Bagaimana Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam Memulakan Solat

Antara hadis-hadis yang menggambarkan bagaimana baginda shallahu 'alaihi wasallam

memulakan solatnya adalah seperti berikut:

ان رسول اللو ل اللو عليحو وسل : عنح عااش ال ح

ت الصالة بالتكح ت فح . يسح

Dari Aishah dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam membuka solatnya dengan Takbir.”[10]

:عنح عل ي عنح الن ل اللو عليحو وسل ال

و حليلها الت ح تاح الصالة ال طهورو حر ها التكح . لي مفح

Dari Ali bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Kunci solat ialah

berwuduk, pembukaannya membaca takbir, dan penutupnya ialah memberi

salam.”[11]

هما ال أن ع حد :اللو بحن عمر ر اللو عن ح

تت التكح رأيح الن ل اللو عليحو وسل اف ح

. الصالة ف رف يديحو يك ر

Dari Abdullah ibn Umar radhiallahu‟anhuma, dia berkata: “Aku melihat

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka solatnya dengan takbir, lalu

mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir.”[12]

Page 31: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Masih banyak lagi dalil-dalil yang membuktikan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

memulakan solatnya dengan lafaz takbir. Hadis-hadis ini kesemuanya menunjukkan Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam tidak melafazkan apa-apa perkataan pun sebelum takbir. Maka

dengan ini Ahl al-Sunnah berpendirian untuk tidak melafazkan niat seperti “Ushollli Fardhu

(Sahaja aku solat fardhu)..” ketika memulakan solat sebagaimana yang kebiasaan diamalkan

oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. Ini adalah dalam rangka mencontohi Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat sepertimana yang diwajibkan ke atas kita

sebagaimana sabdanya:

صرل كر ر ر ري أتس س نري سصرلي

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[13]

Pandangan Al-Syafi’i Tentang Melafazkan Niat

al-Syafi‟i rahimahullah memang terkenal sebagai seorang imam yang teguh dalam

berpegang kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh sebab itu beliau telah diberi

gelaran al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Ahmad bin Hanbal rahimahullah yang juga

anak murid al-Syafi‟i pernah berkata: “Sungguh al-Syafi`i rahimahullah adalah seorang

pembela sunnah.” Menurut Ahmad lagi: “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih mengikut

sunnah seperti al-Syafi`i rahimahullah.” Ahmad seterusnya berkata: “Di antara kesungguhan

al-Syafi`i rahimahullah yang terpuji adalah apabila dia mendengar hadis yang belum ada

padanya, maka dia mengambilnya dan meninggalkan pendapatnya.”[14]

Dengan semangat beliau yang tinggi dalam mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam maka tidak aneh sekiranya pandangan beliau tentang apa yang perlu diucapkan

ketika hendak memulai solat adalah selari dengan sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam. Berkata al-Syafi‟i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm: “Siapa yang pandai

membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu

sendiri dan takbirnya ialah Allahu Akbar.”[15] Menurut Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli:

Page 32: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

“Adapun orang yang berkata sunat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya

menyalahi perkataan al-Syafi‟i sendiri.”[16]

Kekeliruan Tentang Pendapat Imam Al-Syafi’i Mewajibkan Lafaz Niat

Pendapat bahawa al-Syafi‟i rahimahullah telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat

berpunca dari kekeliruan Abu Abdulah al-Zubairi rahimahullah (seorang tokoh bermazhab

Syafi‟i) dalam memahami kata-kata al-Syafi‟i yang berbunyi: “Jika kamu berniat untuk haji dan

umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah

kecuali dengan al-Nuthq.” Bagi al-Zubairi al-Nuthq di sini bermaksud dilafazkan niat. Namun

begitu maksud al-Nuthq yang sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dengan

melafazkan takbir. Menurut al-Nawawi rahimahulah:

Berkata para sahabat kami: “Telah berlaku kekeliruan oleh orang yang

menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafi‟i dengan kata

al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan al-Nuthq oleh

beliau (al-Syafi‟i) adalah takbir.”[17]

Ibn Abi al-„Izz rahimahullah pula berkata:

Tidak ada seorang ulama‟ pun dari imam empat, tidak al-Syafi‟i mahupun yang

lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat

itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama‟ kebelakangan

mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini

digolongkan sebagai mazhab al-Syafi‟i. Al-Nawawi rahimahullah berkata: “Itu

tidak benar.[18]

Pendapat Ulama‟ Yang Menolak Memulakan Solat Dengan Melafazkan Niat

Berkata Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:

Page 33: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Jika Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri untuk solat, maka beliau

mengucapkan takbir, tanpa mengucapkan apa pun sebelumnya, tidak melafazkan

niat dan tidak seorangpun di antara sahabat, tabi‟in dan imam yang empat

pernah melakukannya. Kebiasaan beliau saat takbiratul ihram adalah melafazkan

„Allahu Akbar‟ tanpa ucapan lain.[19]

Sementara itu menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra (Jld. 1,

ms. 1):

Melafazkan niat secara jahrah (kuat) tidak pernah disyari‟atkan walaupun oleh

salah seorang ulama‟ Muslimin, tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu

„alaihi wasallam, tidak pernah dilakukan oleh salah seorang dari para khulafa‟‟

baginda, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda dan juga tidak

pernah dilakukan oleh para Salaf al-ummah dan para ulama‟nya.[20]

Abu ar-Rabii Sulaiman bin „Umar al-Syafi‟i rahimahullah berkata:

Mengeraskan suara ketika membaca lafaz niat dan membaca ayat-ayat al-

Qur‟an[21] di belakang imam bukanlah dari sunnah, sebaliknya makruh. Jika yang

dikerjakan itu boleh mengganggu orang lain yang sedang solat maka hukumnya

menjadi haram. Sesiapa yang mengatakan bahawa mengeraskan suara semasa

melafazkan niat itu sunnah, maka pendapat itu adalah salah. Tidak dihalal

kepada sesiapapun untuk mengatakan sesuatu dalam agama Allah tanpa ilmu.[22]

Berkata Abu Abdullah Muhammad bin al-Qasim at-Tunisi al-Maliki rahimahullah:

Niat adalah pekerjaan hati, mengeraskan lafaz niat adalah bid‟ah[23], selain itu

juga boleh mengganggu penumpuan orang lain.[24]

Berkata ‘Alauddin bin al-‘Attar rahimahullah:

Page 34: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Mengangkat suara semasa berniat sehingga mengganggu orang yang bersolat

adalah haram secara ijma‟ dan melakukannya adalah bid‟ah yang tercela. Jika hal

itu dilakukan kerana riak (menunjuk-nunjuk) berarti orang yang mengerjakannya

melakukan perkara yang haram sebanyak dua kali (melakukan perbuatan bid‟ah

dan riak – pen)…Perbuatan macam ini (mengeraskan lafaz niat) tidak pernah

dinukil dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tidak dari seorangpun sahabat

Nabi, mahupun ulama‟ yang benar-benar mengikuti ajaran Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam .[25]

Abu Daud rahimahullah pernah bertanya kepada Imam Ahmad rahimahullah: “Adakah

orang yang mendirikan solat wajib melafazkan sesuatu sebelum takbir?” Imam Ahmad

menjawab: “Tidak.”[26]

Antara perkara yang sering berlaku di dalam masyarakat kita adalah pengulangan

melafazkan niat dan mengangkat takbir berkali-kali kerana adanya perasaan was-was bahawa

niat yang dilafazkan itu tidak betul sehingga membatalkan solatnya. Tindakan ini boleh

menganggu kekhusyu‟kan jemaah lain yang solat berhampiran. Sikap sebegini sebenarnya

timbul di atas kejahilan seseorang dan ia merupakan satu perbuatan bid‟ah yang tercela.

Berkata al-Suyuti rahimahullah:

“… daripada bid‟ah itu adalah, was-was sewaktu berniat dalam solat. Hal ini

tidak pernah diperbuat oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun sahabat

beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat solat sedikitpun selain hanya

lafaz Takbir. Allah Ta‟ala telah berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik…[27] [28]

Page 35: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Al-Syafi‟i rahimahullah berkata:

Was-was dalam berniat semasa solat atau bersuci berpunca dari kejahilan atau

kerosakan akal.[29]

Ibnu al Jawzi rahimahullah dalam kitabnya Talbis Iblis (ms. 138) berkata:

Di antara kesan negatif mengeraskan lafaz niat adalah mengganggu orang lain.

Ada di antara mereka yang membaca „Ushali shalaata Kadzaa (aku niat

mengerjakan solat ini atau itu). Kemudian dia akan mengulang lafaz itu kerana

pada sangkaannya niat tersebut telah batal. Padahal niat itu sendiri tidak

pernah batal sekalipun tidak diucapkan. Di antara mereka ada yang bertakbir,

kemudian membatalkan takbirnya, lalu bertakbir lagi dan membatalkan

takbirnya. Jika imam sudah nak mulai rukuk, orang yang was-was ini akan segera

bertakbir dan ikut rukuk. Apa sebenarnya yang diperbuat olehnya? Itu semua

adalah godaan iblis yang menghendaki dia tidak mendapatkan keutamaan

(mengikut rakaat pertama bersama imam). Ada juga di antara orang yang

diserang penyakit was-was bersumpah untuk tidak bertakbir hanya sekali. Ini

semua sebenarnya godaan iblis. Syari‟at Islam sesungguhnya mudah dan bebas

dari hal-hal seumpama itu. Perbuatan seperti ini tidak pernah dikerjakan oleh

Nabi mahupun sahabatnya.[30]

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:

Ungkapan-ungkapan (lafaz niat - pen) yang dibuat-buat (direka – pen) dan

diucapkan pada permulaan bersuci (wuduk) dan solat ini, telah dijadikan oleh

syaitan sebagai arena pertarungan bagi orang-orang yang diliputi was-was, yang

menahan dan menyiksa mereka dalam lingkaran tersebut, dan menuntut mereka

untuk menyempurnakannya. Maka anda lihat masing-masing mereka mengulang-

ulanginya dan bersusah-payah untuk melafazkan padahal sedemikian itu sama

sekali tidak termasuk dalam ibadah solat.[31]

Page 36: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Semoga dengan penjelasan ini maka jelaslah bahawa tindakan Ahl al-Sunnah untuk

tidak melafazkan niat bukanlah termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan solat mereka

malah inilah yang lebih sesuai dengan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan mazhab al-

Syafi‟i rahimahullah. Semoga pembaca budiman dapat membuat pertimbangan yang

sewajarnya untuk mengikuti apa yang sesuai dengan sunnah Rasul shalallahu 'alaihi wasallam.

Firman Allah „Azza Wa Jalla:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[32]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1.

[2] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bid‟ah, ms. 2. Kertas kerja ini telah beliau

bentangkan di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.

[3] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bid‟ah, ms. 2-3

[4] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bid‟ah, ms. 3.

[5] Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory

Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jld.1, ms. 286.

[6] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari, (edisi terjemahan oleh Gazirah

Abdi Ummah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), jld.1, ms. 18. Seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai

Fathul Baari.

[7] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, ms. 19.

Page 37: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

3

CARA MEMBACA DOA IFTITAH

Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan

mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang

menunjukkan baginda shalallahu 'alaihi wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa

iftitah ini. Walaupun majoriti ulama‟ menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan

tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin

mengikuti sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam serta mempraktikkan suruhannya

sebagaimana sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku

bersolat.”[1] maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah

ada dalil dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah

termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

ع الحو وء ي عح موا عو يك ر و حمد اللو ت ط الة ا د منح الناس ي ت و ف ي

ل

رأ ا يسر منح . الح رح ن وعل وي ح عليحو وي ح

Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya

sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan

membaca ayat-ayat al-Qur‟an yang mudah baginya (dihafalnya)…[2]

Page 38: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Apa yang dapat kita fahami dari hadis di atas adalah, setelah kita bertakbir maka

hendaklah kita memuji dan menyanjungi Allah 'Azza wa Jalla melalui pembacaan doa iftitah.

Tanpanya maka tidak sempurnalah solat kita.

Kebiasaannya bagi umat Islam di Malaysia, doa iftitah yang diamalkan dalam solat

adalah seperti berikut:

رة وأ يال اللو أكح د للو ا وس ح ان اللو بكح مح ب ر ا والح

ه لل ي ف رالسماوات واارحض و ح و هح

ر نيفا وما أنا منح الحمشح

ين إن الا ونسك و حياي و اا للو رب الحعاا

لم شريي لو .وب لي أمرحت وأنا منح الحمسح

Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci

Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh

petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada

golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu

(apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam.[3]

Namun begitu, setelah diteliti doa iftitah di atas, maka dapati tidak wujud satu hadispun

yang sahih datangnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan baginda

shalallahu 'alaihi wasallam mengajar cara pembacaan sedemikian rupa. Setakat kajian penulis,

yang wujud hanyalah hadis-hadis yang seakan-akan sama dengan cara pembacaan di atas

tetapi ianya terpisah-pisah dan diambil sekerat sahaja. Mari kita lihat hadis-hadis tersebut:[4]

Page 39: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Pertama:

Dari Ibn 'Umar, dia berkata: “Sedang kami bersolat bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, salah seorang dari kami mengucapkan:

رة وأ يال د للو ا وس ح ان اللو بكح مح .اللو أ ح ر ا والح

“Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang.” Bersabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam: “Siapa yang telah mengucapkan kalimat begini dan begini?” Salah seorang dari kami menjawab: “Saya, wahai Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.” Baginda berkata: “Ianya (ucapan tersebut) telah membangkitkan rasa ajaib kepada aku kerana pintu-pintu syurga telah terbuka disebabkan oleh ucapan itu.” Ibn 'Umar berkata: “Aku tidak pernah meninggalkan ucapan tersebut semenjak mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkata begitu.”[5]

Kedua:

Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata: “Bila Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri hendak mengerjakan solat, diucapkannya takbir kemudian dibacanya:

ه لل ي ف ر ال و ح ماوات واارحض و هح

ر . نيفا وما أنا منح الحمشح

.إن الا ونسك و حياي و اا للو رب الحعالم

لم شريي لو . وب لي أمرحت وأنا منح الحمسح

أنح أنح ر الله أنح الحملي إلو إ

ن فحس وأنا ع حدك ظلمح

يعا واعحت رفح ب نح فاغحفرح ل ذنو ج

إنو ي غحفر ال طنوب إ أنح

Page 40: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

سنها إ أنح دي ا ح الق ي هح سن اا ح د ا ح واىح

ىا يصحر ع سيئ ها إ أنح وا حر ح ع سي

ر لطو يديحي والشرط ليح إليحي ي ح ل يحي وسعحديحي وااح

ت غحفرك وأ وب إليحي و عاليح أسح . أنا بي وإليحي ار ح

“Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh penyerahan dan bukanlah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah dan aku tergolong dari golongan Islam. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, aku telah membuat aniaya terhadap diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah dosaku kesemuanya, dan tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosaku itu melainkan Engkau. Dan tunjukilah aku kepada akhlak terbaik, tak ada yang akan menuntun kepada akhlak yang terbaik itu kecuali Engkau; dan jauhkanlah aku dari akhlak yang jelek, tak ada yang dapat menjauhkan aku dari akhlak yang jelek itu melainkan engkau. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan aku patuhi perintah-Mu. Dan kebaikan itu seluruhnya berada dalam Tangan-Mu sedangkan kejahatan itu tak dapat dipergunakan untuk menghampirkan diri kepada-Mu. Aku milik-Mu, kepada-Mu-lah yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi, aku meminta ampun dan bertaubat.”[6]

Cara pembacaan yang lazimnya dibacakan di Malaysia adalah hasil penggabungan

dan pemotongan kedua-dua hadis di atas. Sekiranya menggabungkan kedua-dua hadis di atas

adalah baik untuk dibacakan sebagai doa iftitah dalam solat tentu Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam akan mengajar kita cara yang sedemikian rupa dan tentu juga para sahabat

radhiallahu‟anhum serta para tabi‟ut at-Tabi‟in yang paling awal sekali mengamalkan cara

pembacaan tersebut. Namun hakikatnya ia tidak sedemikian rupa. Oleh itu sepatutnya kita

berusaha untuk mengamalkan doa iftitah sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi shalallahu

'alaihi wasallam dengan tidak merubahnya dengan penambahan atau pengurangan kepada

bentuk pembacaan yang lain. Ini selari dengan perintah baginda shalallahu 'alaihi wasallam

untuk mencontohi baginda sepenuhnya dalam tatacara bersolat sebagaimana sabdanya:

Page 41: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”[7] Tambahan lagi Allah

'Azza wa Jalla juga berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[8]

Oleh itu adakah wajar bagi kita untuk membelakangi cara yang ditunjukkan oleh

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam seorang manusia yang telah dijamin oleh Allah

Subhanahu wa Ta'ala sebagai contoh ikutan yang terbaik lantas memilih doa iftitah yang hanya

direka cipta oleh insan lain yang tidak terpelihara dari kesalahan (tidak maksum)? Firman Allah

Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.[9]

Selain dari dua cara pembacaan doa iftitah di atas, terdapat beberapa lagi bentuk

bacaan yang telah diajar oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam yang antaranya adalah

seperti berikut:[10]

Pertama:

Berkata Abu Hurairah: “Biasanya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam diam sejenak antara takbir dan bacaan (al-Fatihah).” Aku berkata: “Dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan bacaan, apakah yang engkau ucapkan?” Baginda bersabda: “Aku mengucapkan:

اياي الله باعدح ب يح وب ح

ر الحمشح ت ب ح . ق والحمغحرب ما باعدح

.الله ن منح ااح ايا ما ي ن ال وحب ااب حي منح الدن

Page 42: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

.الله اغحسلح اياي بالحماء وال لح والح رد “Ya Allah, jauhkanlah antara aku dengan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda. Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji dan air embun.”[11]

Kedua:

Dari Abdurrahman bin „Auf katanya: “Saya bertanya kepada „Aisyah doa apakah yang dibaca Nabi Allah shalallahu 'alaihi wasallam sebagai pembukaan solat bila dia melakukannya di waktu malam.” Jawab beliau: “Sebagai pembukaan bagi solatnya di waktu malam Nabi membaca:

رافيل فاار السماوات واارحض راايل وميكاايل وإسح الله رب ح

عاا الحغيح والشهادة

ع ادك فيما انوا فيو حتلفون أنح حك ب ح

تل فيو منح الح د لما ا ح اىح

ت ي دي منح شاء إ راط مسح .ب ذحني إني هح

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”[12]

Ketiga:

Dari Ibnu Abbas, katanya: “Bila Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melakukan solat tahajjud di waktu malam, dia membaca:

د أ مح نح ي السموات واارحض الله لي الح

د لي ملحي السموات واارحض مح ومنح فيهن ولي الح

د أنح نور السموات واارحض مح ومنح فيهن ولي الح

Page 43: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

د أنح ملي السموات واارحض مح ومنح فيهن ولي الح

د أنح الح ط ووعحدك الح ط ول ااك ق ولي مح الح

ن ق والنار ق والن يطون ق و وحلي ق وااح

. و مد ل اللو عليحو وسل ق والساع ق

وبي منح لمح وعليحي و لح الله لي أسح

وإليحي ا مح وإليحي أن ح وبي ا مح

ررحت وما أعحلنح فاغحفرح ل ما دمح وما أ رحت وما أسح

م وأنح الحم ر أنح الحم د

رك و . وحل و وة إ باللو إلو إ أنح أوح إلو غي ح

“Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Raja seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Nur seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemilik seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu, Engkaulah yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, dan Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam itu benar dan hari kiamat itu benar.

Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, dengan-Mu aku beriman dan kepada-Mu aku bertawakal. Hanya kepada-Mu aku bertaubat. Hanya kepada-Mu aku mengadu, dan kepada hukum-Mu aku berpedoman. Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan datang, yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan kecuali Engkau (atau selain Engkau) dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya dengan pertolongan-Mu.)”[13]

Terdapat beberapa lagi bentuk doa iftitah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam yang datang dari hadis-hadis baginda yang sahih.[14] Dengan

kepelbagaian cara bacaan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini, maka tidak sepatutnya kita

Page 44: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

mempunyai ruang untuk memilih cara pembacaan doa iftitah yang tidak diketahui siapa yang

mencipta kaedahnya atau daripada mana sumbernya. Malah al-Syafi‟i rahimahullah juga tidak

membaca doa iftitah sebagaimana yang lazimnya dibacakan di Malaysia yang mengaku

mazhab rasminya adalah mazhab al-Syafi‟i. Beliau dalam kitabnya al-Umm (Kitab Induk) telah

menggunakan doa iftitah yang diriwayatkan daripada Ali radhiallahu‟anh seperti yg telah saya

paparkan di atas.[15] Telah berkata al-Syafi‟i rahimahullah: “Kalau ditambah sesuatu padanya

atau dikurangkan (pada bacaan doa iftitah tersebut – pen), nescaya aku memandangnya

makruh.”[16] Sewajarnya bagi umat Islam di Malaysia yang mengaku bermazhab al-Syafi‟i untuk

akur dengan pendapat pembela sunnah (al-Nashir al-Sunnah) ini. Maka marilah kita sama-

sama mengamalkan pembacaan doa iftitah dalam solat kita sebagaimana yang benar-benar

diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam selari dengan perintah baginda shalallahu

'alaihi wasallam melalui sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku

bersolat.” [17]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[2] Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia

dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.

[3] Ismail Kamus, Panduan Fardhu „Ain (At Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur, 1997), ms. 57-58.

[4] Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan itu sendiri. Ini supaya para

pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan tersebut.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 601.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 771.

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[8] al-Ahzaab (33):21

[9] al-Hasyr (59): 7

[10] Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan itu sendiri. Ini supaya para

pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan tersebut.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 744.

Page 45: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 770.

[13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1120.

[14] Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam telah menurunkan duabelas cara bacaan doa iftitah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam manakala

Sayyid Sabiq rahimahullah dalam kitabnya Fikih Sunnah telah menurunkan tujuh contoh bacaan doa iftitah

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

[15] Shahih Muslim, hadis no. 771.

[16] al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 252.

[17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

Page 46: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

4

MELETAKKAN TANGAN

DI ATAS DADA KETIKA BERDIRI

Din: Assalaamu‟alaikum Shah

Shah: Wa‟alaikumussalaam Warahmatullah, apa khabar Din

Din: Baik Alhamdulillah. Shah, boleh aku tanya sikit tak?

Shah: Hmm, tentang apa?

Din: Aku tengok kau solat tadi masa berdiri kau letak tangan kat dadalah,

sedangkan sepatutnya kau letak tangan di pusat sebagaimana yang biasa

diamalkan.

Shah: Apa yang aku buat itu ada sandarannya dari hadis Nabi yang sahih Din.

Din: Aku bukan apa, Tok Guru aku kata amalan tersebut sesat.

Shah: Kenapa pula sesat?

Din: Menurut guru aku apabila meletakkan tangan di dada ia akan membentuk

huruf Lam (ل). Dari huruf lam ini timbulnya perkataan la‟ ( ال -Tiada). Jadi apabila

dengan meletakkan tangan di dada tanpa kau sedari kau sebenarnya menunjukkan

pernyataan La‟ Allah (ال هللا - Tiada Allah).

Shah: Tapi meletakkan tangan di atas dada itu ada hadis Nabi sebagai dalilnya.

Tak mungkin begitu.

Din: Itu apa yang Tok Guru aku cerita.

Shah: Tok Guru kau ada bagi dalil tak untuk menguatkan hujahnya itu?

Din: Ada.

Shah: Apakah dalilnya? Sebab kita dalam Islam jika kita nak bagi hujah mesti

dikuatkan dalil dari al-Qur‟an atau hadis yang sahih.

Din: Hmm. Nanti aku bagilah.

Page 47: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Beginilah satu kisah benar yang terjadi kepada seorang sahabat penulis sendiri.

Sehingga hari ini penulis dan sahabat penulis tersebut masih terfikir bagaimanakah dengan

meletakkan tangan di dada ketika berdiri dalam solat membentuk perkataan Lam (ل). Inilah

sikap ulama‟ su‟ (jahat) yang melakukan fitnah yang keji lagi hina. Bagi yang jahil, mereka

menerima sahaja tanpa usul periksa ajaran-ajaran yang pelik sebegini akibat telah terbiasa

dengan sikap taklid buta yang telah sebati dalam jiwa mereka. Apa sahaja amalan yang tidak

biasa mereka amalkan maka dikatakan sesat, “ini bukan dari mazhab kami” atau ungkapan

yang paling popular “ini adalah amalan Wahhabi”. Sesungguhnya amalan meletakkan tangan di

atas dada ketika berdiri dalam solat ini ada contohnya dari Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam. Maka dengan memperlekehkan perbuatan tersebut secara tidak langsung mereka

sebenarnya memperlekehkan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Tindakan

memperlekehkan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam satu bentuk istihza‟[1] tehadap Nabi

Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sendiri. Dan istihza‟ ini dicela oleh Allah Subhanahu wa

Ta'ala dalam Firman-Nya:

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman…[2]

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat, mereka

menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu

ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. [3]

Semoga kita menjauhkan diri dari sikap istihza‟ ini.

Dalil Yang Menetapkan Meletakkan Tangan Di Atas Dada

Page 48: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila berdiri (qiyam) dalam solat

baginda akan meletakkan tangan kanannya di atas belakang tangan kirinya. Adakalanya beliau

menggenggam tangan kanannya di pergelangan tangan kirinya. Sahl bin Sa‟ad radhiallahu 'anh

menerangkan:

رى الصالة عل ذراعو الحيسح . ان الناس ي حمرون أنح يض الر ل الحيد الحيمح

Manusia diperintahkan agar meletakkan tangan kanannya di atas lengannya yang

kiri dalam solat.[4]

Demikian juga oleh Wail bin Hujur radhiallahu 'anh:

.ثسمص رضرعر يردر س اأيس أ رى رلرى اأيسسأ رى

Kemudian meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya.[5]

Dalam sebuah riwayat yang lain beliau menyebut:

.ثسمص رضرعر يردر س اأيس أ رى رلرى كر ر اأيسسأ رى ر ا أ ر ر اسص ردر

Beliau (Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) meletakkan lengan kanan pada punggung

telapak kirinya, pergelangan, dan lengan kirinya.[6]

Tentang tempat perletakkan tangan pula maka terdapat beberapa pendapat yang

antaranya adalah di atas pusat, di bawah pusat, di perut dan di dada. Menurut al-„Utsaimin

rahimahullah: “Pendapat yang lebih dekat kebenarannya adalah meletakkan tangan di atas

dada.”[7] Dalilnya adalah hadis Wail bin Hujur radhiallahu 'anh:

Page 49: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

بي صرلصي هللس رلريأ ر ر رلصمر ر صرلصيأتس ارعر انص

.صردأ ر ر ف ر رضرعر يردر س أايس أ رى رلر يردر س أايسسأ رى رلرى

“Saya melakukan solat bersama Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam maka

diletaknya tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada.”[8]

Tentang diletakkan tangan di atas dada, Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

Para ulama‟ berpendapat bahawa hikmah yang dapat diambil adalah bahawa

meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri merupakan sifat orang yang

memohon dengan merendahkan diri, dan lebih mendekatkan kepada ke-khusyu‟-

an. Sepertinya Imam Bukhari memperhatikan hal ini, sehingga sesudahnya (Bab

meletak tangan kanan atas tangan kiri – pen) dia menyebutkan bab tentang

khusyu‟. Di antara pernyataan yang unik adalah pendapat sebahagian ulama‟

bahawa hati[9] merupakan tempat niat, dan telah menjadi kebiasaan seseorang

yang hendak menjaga sesuatu maka dia menempatkan tangannya di atas sesuatu

yang dijaga.[10]

Tambah Ibnu Hajar lagi bahawa Ibnu Abdil Bar berkata:

Tidak ada perbezaan riwayat dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mengenai hal

itu (yakni meletakkan tangan di atas dada – penerj), dan ini merupakan pendapat

majoriti sahabat dan tabi‟in serta pendapat yang disebutkan oleh Malik dalam

kitab al-Muwathta‟. Ibnu Mundzir dan lainnya tidak menukil dari Imam Malik

selain pendapat ini.[11]

Page 50: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Menurut Abu Ubaidah Masyhur:

Sedangkan para ulama‟ mazhab Maliki meriwayatkan tentang sunnahnya

meletakkan tangan di dada ketika solat fardhu mahupun solat sunat merupakan

hal yang bukan rahsia lagi. Sebab orang-orang hidup pada generasi awal Islam

telah diperintahkan untuk melakukannya.[12]

Al-Syaukani di dalam kitabnya Nail al-Awthaar (Jld. 1, ms. 204) berkata:

Tidak ada satu hadispun yang lebih sahih dalam masalah ini (tempat meletakkan

tangan – pen) kecuali hadis Wail (bin Hujur) di atas. Riwayat ini benar-benar

sesuai dengan perbuatan orang-orang salaf kami, yakni seperti pentafsiran Ali

dan Ibn Abbas tehadap firman Allah Ta‟ala:

Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan ber-nahar-

lah:[13]

Yang dimaksudkan dengan kata nahr dalam ayat tersebut adalah meletakkan

tangan kanan di atas tangan kiri di tempat nahr (menyembelih haiwan) dan di

dada.[14]

Maka dengan ini jelas bagi kita semua bahawa meletakkan tangan di atas dada ketika

berdiri dalam solat mempunyai dalil yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan

ianya juga merupakan salah satu dari pendapat ulama‟ Ahlus Sunnah wal Jamaah. Maka

seharusnya umat Islam di Malaysia berlapang dada dalam menerima sunnah Nabi shalallahu

'alaihi wasallam ini walaupun ianya tidak biasa diamalkan di sini.

Page 51: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[1] Istihza‟ ertinya mengejek, memperolok-olok atau mencemuh.

[2] al-Taubah (9): 65-66

[3] al-Maaidah (5): 58

[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 740.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no 401.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 726 dan al-Nasai dalam Sunannya, hadis no.

889. Al-Nawawi menyebut hadis ini dalam al-Majmu‟, jld. 2, ms. 269 dan beliau berkata: “Diriwayatkan oleh

Abu Daud dengan sanad yang sahih.” Turut dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no.

889.

[7] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Majmu‟ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan

Ibadah: Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka

Arafah, Solo, 2002) ms. 357. Selepas ini buku ini akan disebut sebagai “Majmu‟ Fatawa: Bab Ibadah”.

[8] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, hadis no. 479. Hadis juga disebut oleh

al-Nawawi dalam Al-Majmu‟, jld. 3, ms. 270; al-Zaila„i (الزيلعي) dalam Nasb al-Rayah ( fi Takhrij (نصب الراية

Ahadits al-Hidayah, jld. 1, ms. 433 dan Ibn Hajar al-„Asqalani dalam al-Talkhish al-Habir ( fi (التلخيص الحبير

Takhrij Ahadits al-Rifa„i al-Kabir (الرافعي الكبير), jld. 405 dan mereka pada zahirnya menerima pensahihan Ibn

Khuzaimah. Sanad hadis ini telah dinilai sahih oleh penyemak kitab Shahih Ibn Khuzaimah: Muhammad

Musthafa al-„Azhami.

[9] Qalb atau hati bukanlah organ hati di dalam badan kita tetapi ia adalah organ jantung. Pendapat inilah juga

yang di pegang oleh Ibnu Hajar rahimahullah kerana organ jantung terletak di dada.

[10] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 429.

[11] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 429.

[12] Dinukil daripada kitab Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 112.

[13] al-Kauthar (108): 2

[14] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 114.

Page 52: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

5

TIDAK MEMBACA BASMALLAH

SEBELUM DIBACAKAN SURAH AL-FATIHAH

Antara kritikan yang biasa dilontarkan kepada wahhabi atau Ahl al-Sunnah adalah

mereka tidak membaca Bismillahir rahmanir rahim sebelum membaca surah al-Fatihah.[1]

Seorang pengamal tareqat telah memberitahu penulis bahawa Guru Mursyidnya menganggap

solat golongan Wahhabi tertolak kerana tidak membaca Basmallah. Kekeliruan dan kejahilan ini

muncul hanya kerana kurangnya perhatian dalam mengkaji pendapat-pendapat ulama‟ Ahl al-

Sunnah wa al-Jama‟ah dalam hal ini. Sekiranya terdapat hanya sedikit usaha dari guru yang

kononnya mursyid itu untuk mengkaji, beliau hanya perlu pergi bersolat di mana-mana Masjid

India Muslim yang bermazhab Hanafi di Malaysia seperti yang berhampiran Jalan Tunku Abdul

Rahman di Kuala Lumpur. Pasti beliau akan mendapati bahawa imam di masjid tersebut juga

tidak membaca Basmallah secara kuat (jahr). Adakah solat mereka juga kurang sempurna?

Kenapa tidak bertanya dahulu apakah dalil yang dipegang oleh mereka yang tidak membaca

Basmallah secara kuat? Tanpa mengetahui dalil-dalil membelakangi perbezaan pendapat ini

pasti timbul sikap hanya mazhab aku sahaja yang betul dan yang lain semua tidak betul atau

tidak sempurna.

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah pengarang kitab Fikih Sunnah, secara umumnya

terdapat tiga pendapat berkaitan dengan pembacaan Basmallah ini.

Pertama: Bahawa ia merupakan salah satu ayat dari al-Fatihah dan dari setiap ayat.

Dan Berdasarkan ini maka membacanya dalam al-Fatihah hukumnya wajib, dan

mengenai sir ataupun jahr (disembunyikan pembacaannya atau dikeraskan – pen)

hukumnya sama sahaja dan tiada bezanya dengan al-Fatihah. Alasan terkuat bagi

mazhab ini ialah hadis Na‟im al-Mujammir radhiallahu‟anh, katanya:

Page 53: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

اللو الر حن الر ي ليح وراء أ ىري حرة ف رأ بسح

... رأ ب م الح رح ن

ال وال ي ن فحس بيده

.سول اللو ل اللو عليحو وسل إ اشح هك ح الة بر

Saya solat di belakang Abu Hurairah. Maka dibacanya Bismillahir rahmanir rahim lalu dibacanya Umm al-Qur‟an (al-Fatihah). Demikian seterusnya dimana akhirnya dia berkata: “Demi Tuhan yang nyawaku dalam Tangan-Nya! Saya ini adalah orang yang paling mirip solatnya dengan solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam!”[2]

Menurut (Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah) dalam al-Fath (Fathul Baari), hadis

ini merupakan hadis yang paling sah menyatakan dibacanya Basmallah secara jahar

(kuat).

Kedua: Bahawa ia (Bismillahir rahmanir rahim) merupakan suatu ayat yang berdiri

sendiri yang diturunkan untuk mengambil berkah dan pemisah antara surah-surah,

dan bahawa membacanya pada al-Fatihah hukumnya boleh bahkan sunat, dan tidak

disunatkan menjaharnya (mengeraskan bacaan Basmallah – pen). Hal ini berdasarkan

hadis Anas radhiallahu‟anh katanya:

Page 54: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ر وعمر وع حمان ر اللو ليح لح رسول اللو ل اللو عليحو وسل وأ بكح

اللو الر حن ه ح حهر ب بسح ه ح ف ل ح أ ح ح أ دا من ح .الر ي عن ح

Saya bersolat di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan di belakang Abu Bakar, Umar dan Uthman, dan mereka tidaklah membaca Bismillahir rahmanir rahim secara jahr (kuat – pen).[3] [4]

Ketiga: Bahawa ia bukan merupakan suatu ayat dari al-Fatihah atau dari surah yang

lainnya, dan bahawa membacanya (Bismillahir rahmanir rahim - pen) dimakruhkan

baik secara sir (disembunyikan) mahupun Jahr (dikeraskan), pada solat fardhu

ataupun sunat. Mazhab ini tidak kuat.[5]

Tentang pendapat yang ke tiga Ibnu Hajar rahimahullah telah menolak pendapat ini,

menurut beliau hadis-hadis yang menyatakan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam selepas takbir

mengucapkan surah Al-Fatihah atau riwayat yang menyatakan, “Mereka tidak biasa menyebut

Bismillahir rahmanir rahim” tidak menunjukkan mereka tidak membaca Basmallah secara

perlahan (sir). Maka untuk mengkompromi hadis-hadis ini (membaca secara sir dan tidak

membaca langsung), Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

“…penafian bacaan diartikan tidak mendengar, sedangkan penafian mendengar

diartikan tidak menjaharkan (mengeraskan bacaan Basmallah – pen). Pernyataan ini

didukung oleh lafaz riwayat Manshur bin Zadzan:

اللو الر حن الر ي معحنا راءة بسح .ف ل ح يسح

Page 55: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

“Beliau tidak memperdengarkan kepada kami bacaan Bismillahir rahmanir rahim.”

Lebih tegas lagi dinyatakan dalam riwayat al-Hassan dari Anas yang diriwayatkan

oleh Ibnu Khuzaimah dengan lafaz:

اللو الر حن الر ي . انوا يسرطون بسح

“Mereka biasa membaca lafaz Bismillahir rahmanir rahim dengan suara perlahan.”[6]

Dalam mengkompromikan hadis-hadis mengeraskan dan melembutkan bacaan

Bismillahir rahmanir rahim, Ibnu Qayyim rahimahullah menyatakan: “Adakalanya beliau

menyaringkan bacaan Basmallah, tapi yang lebih sering adalah baginda (shallahu 'alaihi

wasallam) menyembunyikannya.”[7]

Menurut al-„Utsaimin rahimahullah pula:

Yang lebih kuat adalah bahawa membaca Basmallah dengan keras tidak dianjurkan,

yang sunnah ialah dibacakan dengan suara perlahan kerana ia tidak termasuk dalam

surah al-Fatihah. Tetapi jika sekali-sekala dikeraskan maka tidaklah mengapa,

bahkan sebahagian ahli ilmu berpendapat ianya adalah lebih baik kerana ada riwayat

dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bahawa beliau membacanya dengan keras.

Tetapi riwayat yang lebih kuat dari baginda ialah, “baginda tidak membacanya

dengan keras.” Dalil ini lebih kuat. Namun jika membacanya dengan keras kerana ini

Page 56: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

melembutkan sesuatu golongan yang mazhabnya mengeraskan Basmallah

(sebagaimana di Malaysia – pen) maka saya berharap hal itu tidak mengapa.[8]

Menurut Abu Ubaidah Mashur bin Hassan:

Tidak benar jika pendapat yang menyatakan tidak mengeraskan suara ketika

membaca Basmallah dianggap sebagai bid‟ah, pendapat yang syadz (aneh) dan dhai‟f

(lemah) serta pendapat yang harus ditinggalkan. Malah sebaliknya, tidak membaca

Basmallah dengan suara keras inilah yang dipilih oleh kebanyakan sahabat, tabi‟in dan

para ahli fikah. Di antara mereka itu adalah Umar, Ali, „Ammar dan Ibn Abbas. Akan

tetapi masalah ini juga menjadi perselisihan pendapat di antara mereka (para

sahabat). Sebab ada sebahagian dari mereka yang membaca Basmallah dengan suara

keras. Namun Ibn Mas‟ud dulu tetap membacanya dengan lirih (suara perlahan).

Demikian pula dengan al-Hassan, Ibn Sirin dan Mazhab Sufyan (al-Thawri), seluruh

penduduk Kufah dan ahli hadis seperti Ahmad, Ishaq, Abu „Ubaid dan para

pengikutnya.

Kesimpulannya bahawa pendapat yang benar, sebenarnya masalah ini cukup longgar.

Membatasinya dengan pelbagai sekatan justeru adalah satu hal yang dilarang. Siapa

sahaja yang mengikuti sebuah riwayat sunnah, maka dia tidak boleh disalahkan. Ini

adalah kerana, dia sebenarnya telah mengikuti ajaran sunnah Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam yang kadang-kadang mengeraskan Basmallah dan pada waktu yang

lain melembutkan suaranya.[9]

Maka sewajarnya ada sikap berlapang dada dalam masalah dijaharkan atau disirkan

bacaan Basmallah ini. Hanya kejahilan sahaja yang menyebabkan kita terlalu berkeras dalam

perkara khilafiyah[10] sehingga menuduh mereka yang tidak sependapat sebagai tidak

Page 57: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

sempurna solatnya. Sepatutnya sebelum sesiapa mencela cara solat pihak lain, hendaklah

mereka ini terlebih dahulu meneliti hujah dan dalil yang dipakai oleh pihak lain kerana ada

kemungkinan pihak yang dicela itu mempunyai hujah yang lebih kuat dari pendapat yang

dipegangnya. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.[11]

[1] Sebelum membaca Basmallah disunnahkan bagi kita untuk membaca Ta‟awwudz secara sirr (perlahan).

Antara bacaan ta‟awwudz yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah seperti

berikut:

و و ون فح .أعوذ باللو السمي الحعلي منح الشيح ان الر ي منح حله ون فح

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari Syaitan yang

terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya dan dari hembusannya

(yang menyebabkan kerusakan akhlak. [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani

dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 775]

Page 58: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Cuma para ulama‟ berbeza pendapat samada ta‟awudz itu dibaca hanya pada rakaat pertama sahaja atau di

setiap rakaat. al-Syafi‟i rahimahullah membolehkan kedua-dua cara tersebut diamalkan. [al-Umm, jld.1, ms.

252]

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dalam Sunannya, hadis no. 905. Berkata Ibn Khuzaimah: “Maka adapun

menjaharkan Bismillahirrahmanirrahim di dalam solat, maka ia adalah sah lagi sabit daripada Nabi shallallahu

'alaihi wasallam dengan sanad yang sabit lagi bersambungan. Kesahihan sanadnya dan kebersambungannya tidak

disyaki dan tidak diragui di sisi para ahli yang mengetahui ilmu hadis (Ahl al-Ma’refah bi al-Akhbar).” Lalu

kemudian beliau (Ibn Khuzaimah) menyebut hadis Abu Hurairah di atas. Demikian dikemukakan oleh al-Nawawi

rahimahullah dalam Al-Majmu’, jld. 3, ms. 302.

Page 59: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

6

MAKMUM TIDAK MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Membaca surah al-Fatihah (Fatihat al-Kitab) secara umumnya merupakan salah satu

perkara yang rukun dalam solat. Hadis-hadis yang menunjukkan kefardhuan membaca al-

Fatihah dalam solat sememangnya begitu banyak sehingga tidak ada ruang untuk perbezaan

pendapat. Antaranya sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang dimaksudkan adalah:

رأح بفا الحكتاب . الة لمنح اح ي ح

Tidak ada (tidak sah) solat bagi orang yang tidak membaca Fatihat al-Kitab

(surah al-Fatihah).[1]

رأح فيها ب م الح رح ن فه داج (. ا الث )منح ل الة اح ي ح

Barangsiapa yang bersolat tidak membaca Umm al-Qur‟an (dalam riwayat

lain: Fatihat al-Kitab) maka solatnya kurang (diulangi tiga kali).[2]

Antara sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam solat yang semakin ditinggallkan

adalah membaca surah al-Fatihah ini ayat demi ayat. Ummu Salamah radhiallahu „anha pernah

ditanya tentang cara bacaan Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam solat maka dia

berkata:

Dulu Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam memutuskan bacaan al-

Qur‟annya ayat demi ayat[3]

Page 60: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Namun begitu apa yang sering kita lihat tentang tatacara pembacaan Fatihat al-Kitab

ini, seringkali ianya disambungkan dua atau tiga ayat sekaligus, malah ada yang boleh

menghabiskan bacaannya dengan sekali nafas sahaja terutamanya ketika solat Qiyam al-

Ramadhan (Solat Tarawih)Sesungguhnya amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang dikhabarkan oleh Ummu Salamah radhiallahu

„anha dalam riwayat di atas. Seharusnya bacaan Fatihat al-Kitab ini diperhatikan dengan

bersungguh-sungguh kerana setiap baris ayat yang diucapkan itu merupakan doa dan akan

Allah Subhanahu wa Ta'ala memperkenankan doa tersebut dengan ucapan-Nya yang sungguh

indah sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadis qudsi:

: ال اللو عا

ول ع حدي نصحف ح الصالة ب يح وب ح بحدي ما س ل سمح

د للو رب الحعالم مح ف ذا ال الحع حدالح

د ع حدي ال اللو عا

وإذا ال الر حن الر ي

ال اللو عا أ ح عل ع حدي

ين ال مد ع حدي وإذا ال مالي ي وحم الد

Page 61: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

و ال مرة ف وض إل ع حدي

تع ف ذا ال إياك ن عح د وإياك نسح

ع حدي ولع حدي ما س ل ال ى ا ب يح وب ح

دنا الصراط ا ت ي ف ذا ال اىح لحمسح

عليحه ح غ ح الحمغحضوب عليحه ح و الضال راط ال ين أن حعمح

. ال ى ا لع حدي ولع حدي ما س ل

Allah Ta‟ala berfirman: “Aku telah membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk-Ku dan untuk Hamba-Ku. Separuh untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku dan hamba-Ku akan mendapat bahagian dari permohonan yang diucapkannya.”

(Rasulullah meneruskan): “Bila hamba membaca Alhamdulillahirabbil‟alamiin, Allah Ta‟ala menyahut „Hamba-Ku memuji-Ku‟. Bila hamba membaca Arrahmaanirrahiim, Allah Ta‟ala menyahut „Hamba-Ku menyanjung-Ku‟. Bila hamba membaca Malikiyawmiddiin, Allah Ta‟ala menyahut, „Hamba-Ku memuliakan-Ku. Bila hamba membaca Iyyaakana‟budu Waiyyaakanasta‟iin, (Allah menyahut): „Ini bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku akan dapat apa yang dimintanya.‟ Bila hamba membaca Ihdinashiraathal mustaqiim Shiraathaldzina an‟amta‟alaihim ghairilmaghdhuubi ‟alaihim waladhdhaaliin, (Allah menyahut): „Itu adalah hak hamba-Ku, dia akan dapat apa yang dimintanya."

Hukum Membaca Fatihat Al-Kitab Di Belakang Imam

Page 62: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Menurut al-„Utsaimin rahimahullah[4] secara umumnya terdapat empat pandangan

tentang hukum membaca surah al-Fatihah dalam solat:

Pertama: Bacaan Fatihat al-Kitab itu tidak diwajibkan secara mutlak kepada imam dan

makmum, baik dalam solat sendirian (munfarid) atau dalam solat berjemaah yang

siriyah[5] mahupun jahriyah[6]. Bagi mereka yang diwajibkan hanyalah membaca apa

yang mudah dari al-Qur‟an. Dalil yang mereka pakai adalah firman Allah Subhanahu wa

Ta'ala:

… oleh itu bacalah mana-mana yang mudah bagi kamu dari Al-Quran

(dalam solat).[7]

Dan Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

ثسمص ا أ ر أ ار ريرسص ر ار ر ر ارنأ اأ س أ آر

Kemudian bacalah sesuatu yang mudah bagimu dari al-Qur‟an.[8]

Kedua: Bacaan al-Fatihah adalah salah satu dari rukun solat yang wajib dibaca dalam

semua keadaan oleh imam dan makmun dalam solat berjemaah siriyah dan jahriyah,

atas makmum yang masbuq[9] atau orang yang yang menjadi makmum dari awal solat

lagi dan kepada mereka yang solat sendirian (munfarid).

Ketiga: Bacaan al-Fatihah adalah rukun dan wajib dibaca bagi imam dalam solat

berjema‟ah dan mereka yang solat secara munfarid. Tetapi ianya tidak diwajibkan

secara mutlak kepada makmum dalam solat berjemaah siriyah dan jahriyah.

Page 63: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Keempat: Bacaan al-Fatihah adalah rukun solat dan wajib dibaca imam, dan mereka

yang bersolat munfarid, dan juga wajib dibaca bagi makmum dalam solat berjemaah

siriyah namun tidak wajib dibaca dalam solat berjemaah jahriyah.

Pendapat pertama dapat dibantah dengan wujudnya hadis-hadis Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam yang menunjukkan kefardhuan membaca al-Fatihah seperti yang telah saya

paparkan sebelum ini. Adapun yang dimaksudkan dengan “mudah” dalam hadis di atas, al-

Nawawi rahimahullah berkata:

Sabda baginda shalallahu 'alaihi wasallam “…sesuatu yang mudah…” difahami bahawa

ianya adalah al-Fatihah, kerana surah ini mudah bagi seseorang atau yang

dimaksudkan adalah surah yang dibaca setelah membaca al-Fatihah, atau khusus bagi

mereka yang tidak mampu membaca al-Fatihah.[10]

Berkata Ibnu Hajar rahimahullah:

… bahawa yang dimaksudkan dengan “… sesuatu yang mudah bagimu dari al-

Qur’an.” Adalah surah al-Fatihah, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari

Rifa‟ah bin Rafi‟ dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

ف ت و وح ل فك رح إذا مح ت إ الح ح

رأ ا حرأح ب م الح رح ن و ا شاء اللو أنح ح

ت يحي . وإذا ر عح فض ح را ت يحي عل ر ح

Page 64: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Apabila engkau telah berdiri dan menghadap kiblat maka takbirlah,

kemudian bacalah Umm al-Qur‟an dan apa-apa yang Allah kehendaki untuk

kau baca. Apabila engkau rukuk maka letakkanlah kedua telapak tanganmu di

atas kedua lututmu.[11]

Bagi al-‟Utsaimin rahimahullah:

“…pendapat yang terkuat padaku adalah: bahawa bacaan al-Fatihah adalah rukun

yang harus dikerjakan imam dan makmum serta munfarid dalam solat siriyah dan

jahriyah, kecuali jika masbuq dan dia mendapatkan imam sedang rukuk maka dia

tidak wajib membaca al-Fatihah.”[12]

Pendapat al-„Utsaimin ini lebih menghampiri amalan majoriti umat Islam di Malaysia.[13]

Dalil yang digunakan oleh al-„Utsaimin rahimahullah adalah hadis-hadis yang

menetapkan kefardhuan bacaan al-Fatihah seperti yang telah penulis paparkan di atas.

Sedangkan dalil khusus yang dipergunakan untuk menguatkan pendapat bahawa makmum

dalam solat berjemaah jahriyah juga wajib membaca surah al-Fatihah adalah:

:عنح ع ادة بحن الصام ال

ط ح ف ل ح عليحو الح راءة ل رسول اللو ل اللو عليحو وسل ال

رءون وراء إمامك ح؟: ف لما انحصر ال إ أرا ح ح

Page 65: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

.يا رسول اللو إي واللو : لحنا: ال

رأح ا: ال علوا إ ب م الح رح ن ف نو الة لمنح اح ي ح . فال فح

Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu‟anh bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mengerjakan solat Subuh lalu baginda terasa susah membaca (al-Qur‟an). Setelah selesai baginda berkata kepada sahabatnya: “Aku melihat kalian membaca sesuatu di belakang imam kalian?” Mereka menjawab: “Betul Ya Rasulullah.” Baginda bersabda: ”Janganlah hal itu kalian kerjakan kecuali membaca Umm al-Qur‟an, kerana tidak ada (tidak sah) solat bagi yang tidak membacanya.”[14]

Menurut al-„Utsaimin rahimahullah:

Pendapat inilah yang sahih menurutku, seandainya bukan kerana hadis Ubadah bin

Shamit radhiallahu‟anh...tentulah pendapat bahawa membaca al-Fatihah dalam solat

jahriyah tidak wajib bagi makmum adalah pendapat yang rajih (lebih tepat) kerana

orang yang mendengar itu seperti orang yang membaca dalam memperolehi pahala.[15]

Bagi mereka yang berpendapat makmum tidak wajib membaca surah al-Fatihah dalam

solat berjemaah yang jahriyah, mereka berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.[16]

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: “Kewajipan membaca bagi makmum jadi gugur

pada solat-solat (berjema‟ah – pen) jahriyah dan wajib dia mendengarkan bacaan Imam,

Page 66: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

kerana firman Allah Ta‟ala (al-A‟raaf (7): 204)…”[17] al-Albani rahimahullah juga menyatakan

ayat ini adalah yang paling pokok dalam hal ini.[18]

Dalil-dalil lain yang menunjukkan makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah dalam

solat jahriyah adalah hadis berikut:

ا عل اامام لي حت بو ف ذا ر فك روا وإذا رأ ف نحصتوا . إ

Dijadikan imam itu hanya untuk diikuti. Oleh kerana itu apabila imam

takbir, takbirlah kalian, dan apabila imam membaca, maka hendaklah kalian

diam mendengarkan (bacaan imam itu).”[19]

أن رسول اللو ل اللو عليحو وسل : عنح أ ىري حرة

بالح راءة انحصر منح الة هر فيها

ىلح رأ مع أ د منحك ح نفا؟: ف ال

.ن ع ح يا رسول اللو : ف ال ر ل

إ أ ول مال أنازع الح رح ن؟: ال

فان حت ه الناس عنح الح راءة : ال

Page 67: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

يحو وسل فيما هر م رسول اللو ل اللو عل

فيو رسول اللو ل اللو عليحو وسل منح الصلوات بالح راءة

. عوا ذلي منح رسول اللو ل اللو عليحو

Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam sesudah selesai mendirikan solat yang baginda keraskan bacaannya (jahriyah) di dalam solat itu, baginda bertanya: “Apakah ada seseorang di antara kamu yang membaca bersamaku tadi?” Maka seorang laki-laki menjawab, “Ada ya Rasulullah!” Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya aku berkata: Mengapakah (bacaan)ku dilawan dengan al-Qur‟an juga?” Berkata Abu Hurairah: “Kemudian berhentilah orang-orang dari membaca bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pada solat-solat yang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam keraskan bacaannya, ketika mereka sudah mendengar (larangan) yang demikian itu dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam”[20]

Menurut al-Albani rahimahullah berkenaan hadis ini, “Rasulullah melarang makmum

membaca semua bacaan al-Qur‟an dalam solat jahriyah.”[21] Disebabkan hadis ini diucapkan

oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam terkemudian berbanding hadis yang diriwayatkan

dari Abdullah bin Shamit radhiallahu‟anh, maka pengecualian terhadap bacaan Umm al-Kitab

bagi makmum dalam solat jahriyah telah dimansuhkan.

Berkata Abu Bakar Ibn al-Arabi rahimahullah:

Yang kuat menurut kita ialah diwajibkan membaca (al-Fatihah) pada solat siriyah,

kerana umumnya hadis-hadis (yang menunjukkan kefardhuan membaca al-Fatihah

Page 68: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

seperti yang telah saya paparkan di atas). Mengenai solat jahriyah, maka tidak ada

jalan untuk membacanya di sana kerana itu merupakan amalan penduduk Madinah.

Kedua, kerana itu adalah hukum al-Qur‟an sebagaimana firman-Nya:

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta

diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu

beroleh rahmat.[22]

Dan ia disokong oleh sunnah dengan dua buah hadis: salah satu di antaranya ialah

hadis Imran bin Hussain: “Sungguh, saya mengetahui beberapa orang di antara mu

telah mangacaukan saya!” Kedua ialah ucapan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: “dan

apabila imam membaca, maka hendaklah kalian diam mendengarkan (bacaan imam

itu).”[23]

Pendapat makmum tidak membaca al-Fatihah dalam solat jahriyah ini juga adalah menjadi

pilihan Ahmad bin Hanbal dan Malik bin Anas, al-Zuhri, Ibnul Mubarak, Ishak dan dikuatkan

oleh Ibnu Taymiyyah rahimahumullah.

Kesimpulannya, ternyata dalam bab makmum membaca atau tidak al-Fatihah dalam

solat berjamaah jahriyah adalah sebuah masalah khilafiyah. Memandangkan kedua-dua pihak

memiliki dalil dan hujah, sepatutnya kita berlapang dada dalam bab ini.

Page 69: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 756. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 395. [3] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 4001. Para perawinya adalah thiqah sebagai

dinyatakan oleh al-Nawawi dalam al-Majmu‟, jld. 3, ms. 303. Beliau juga mengemukakan lafaz

( ااك ك ع يكةة يكةة ا كرك ك يك ي ك ع برك لن ك إك لكيي ب ك ك ع ك لن هللان -yang dikeluarkan oleh al-Hakim, Ibn Khuzaimah dan al ( ك اك اللنببيي ك

Daraquthni dan seterusnya menukil kata-kata al-Daraquthni: “(Para perawi dalam) isnadnya thiqah

keseluruhannya, dan ia adalah isnad yang sahih.” Hadis ini turut dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih

Sunan Abu Daud, hadis no. 4001. [4] Sila rujuk kitab Majmu‟ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 360. [5] Solat berjemaah siriyah adalah solat di mana imam menyembunyikan bacaannya seperti solat Zuhur, Asar,

rakaat ke tiga solat Maghrib dan rakaat ketiga dan keempat solat Isyak. [6] Solat berjemaah jahriyah adalah solat di mana imam mengeraskan bacaannya seperti solat Subuh dan rakaat

pertama dan kedua solat Maghrib dan Isyak. [7] al-Muzzammil (73): 20 [8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 757. [9] Masbuq ialah makmum yang terlewat untuk menyertai solat berjemaah sehingga tidak dapat mengikut imam

dari awal. [10] Ibnu Hajar Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 479. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud,

hadis no. 856. [12] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Majmu‟ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 360. [13] Sengaja penulis membawa pendapat al-„Utsaimin rahimahullah ini kerana beliau merupakan ulama‟ Fiqh

dari Arab Saudi yang selalu digelar ulama‟ wahhabiyah. Ini secara tidak langsung menunjukkan keterbukaan

ulama‟ ahl al-Sunnah dalam berbeza pendapat selagi masih ada dalil mendukung sesuatu pendapat. Insya-Allah

penulis juga akan membawa pendapat ulama‟ ahl al-Sunnah yang lain seperti Sayyid Sabiq dan al-Albani yang

berbeza dengan al-„Utsaimin. [14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam kitab Sunannya, hadis no. 311 dan beliau berkata: “Hadis

Ubadah adalah hadis hasan.” Berkata Ibn Hajar al-„Asqalani dalam Nataij al-Afkar (نت ئج األفك ر) Litakhrij Ahadits

al-Azkar: “Hadis ini hasan.” Demikian dikemukakan oleh al-Murakfuri ketika mensyarahkan hadis di atas

dalam Tuhfah al-Ahwazi Syarh Jami‟ al-Tirmizi. [15] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Majmu‟ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 361. [16] al-A‟raaf (7): 204 [17] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.1, ms. 342 [18] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Fatwa-Fatwa Albani, (edisi terjemahan oleh Adni Kurniawan, Pustaka

At Tauhid, Jakarta, 2002) ms. 85. [19] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn

Majah, hadis no: 846. [20] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: “Hadis ini hasan.” Al-Albani menilainya sahih,

rujuk Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 312. [21] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Sifat Shalat Nabi, ms. 121. [22] al-A‟raaf (7): 204

[23] Dinukil daripada Fikih Sunnah, jld.1, ms. 342-343.

Page 70: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

7

BACAAN SESUDAH AL-FATIHAH

Tidak diperselisihkan lagi bahawa membaca mana-mana ayat al-Qur‟an setelah

membaca al-Fatihah itu sememangnya disyari‟atkan.[1] Antara dalil disyari‟atkan pembacaan

ayat-ayat al-Qur‟an setelah pembacaan al-Fatihah adalah hadis Abi Sa‟id radhiallahu 'anh:

رأ بفا الحكتاب وما يسر .أمرحنا أنح ن ح

Kami telah diperintah (oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) agar membaca

al-Fatihah dan apa-apa (ayat /surah) yang mudah (bagi kami).[2]

عنح ع حد اللو بحن أ تادة عنح أبيو

أن الن ل اللو عليحو وسل

ر رأ اللطهح ب م الحكتاب ان ي ح ااولي ح

ب م الحكتاب ري ح اا ح عت ح و الر ح . وسور ح

Page 71: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dari Abdullah bin Abi Qatadah, dari bapanya bahawasanya Nabi shalallahu

'alaihi wasallam biasa membaca pada solat Zuhur di dua rakaat pertama

dengan Umm al-Kitab (al-Fatihah) dan dua surah, lalu pada dua rakaat

terakhir membaca Umm al-Kitab.[3]

Menurut al-Syafi‟i rahimahullah:

Saya menyukai bahawa orang yang mengerjakan solat itu, membaca sesudah Umm al-

Qur‟an, akan satu surah dari al-Qur‟an. Kalau dibacanya setengah surah nescaya

memadai. Kalau hanya dibacakan Umm al-Qur‟an tanpa membaca apa-apa surah dari

al-Qur‟an maka tidak perlu diulangi rakaat tersebut. Saya tidak menyukai perbuatan

itu bagi mereka yang mengerjakan solat. Saya menyukai sekiranya paling kurang

dibacanya sesudah Umm al-Qur‟an surah yang terpendek dari al-Qur‟an seperti

surah al-Kautsar atau yang serupa dengan itu.[4]

Inilah panduan yang telah ditunjukkan oleh al-Syafi‟i rahimahullah dalam hal ini. Namun

terdapat ramai dari kalangan mereka yang mengaku bermazhab al-Syafi‟i tetapi tidak membaca

sebarang ayat al-Qur‟an setelah bacaan al-Fatihah samada dalam solat yang fardhu mahupun

solat sunat semata-mata kerana tergesa-gesa untuk menamatkan solat dan juga disebabkan

tanggapan bahawa amalan ini hanya satu perkara sunat yang tidak begitu penting.

Perhatikanlah kata-kata al-Syafi‟i: “Saya tidak menyukai perbuatan itu bagi mereka yang

mengerjakan solat”. Penulis beranggapan bahawa mereka yang meninggalkan pembacaan

ayat al-Qur‟an sesudah al-Fatihah dengan sengaja kerana malas adalah termasuk dalam

golongan yang mengambil sikap sambil-lewa[5] dalam mengerjakan ibadah dan sikap tersebut

merupakan antara sikap golongan munafik. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap

agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir

pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan

Page 72: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri

hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak

(memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka

orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan

mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).[6]

Seterusnya penulis akan membahaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan pembacaan ayat

atau surah sesudah al-Fatihah.

1) Membaca surah atau ayat al-Qur’an pada rakaat ketiga dan keempat.

Kebiasaannya masyarakat Islam di Malaysia hanya membaca surah atau ayat al-Qur’an pada rakaat

pertama dan ke dua sahaja. Dalil tentang hal ini adalah hadis yang dikemukakan sebelum ini:

Dari Abdullah bin Abi Qatadah, dari bapanya bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam biasa membaca pada solat Zuhur pada dua rakaat pertama dengan Umm

al-Kitab (al-Fatihah) dan dua surah, lalu pada dua rakaat terakhir membaca Umm

al-Kitab.[7]

Sebenarnya Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam juga pernah membaca ayat atau surah

dari al-Qur’an di rakaat ketiga dan keempat dalam solat Zuhur dan Asar. Ini sebagaimana yang

dikatakan oleh Abu Said al-Khudri radhiallahu’anh:

ااول عت ح ر الر ح رأ الة اللطهح يحن أن الن ل اللو عليحو وسل ان ي ح

رة ي ر ح عشح دح ري ح ر ال ي و اا ح ع دح ل ر ح

( أوح ال نصح ذلي ) ااولي ح عت ح ر الر ح و الحعصح

ري رة ي و اا ح ر راءة ح عشح ع دح ر نصح ذلي ل ر ح .يحن دح

Page 73: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam membaca (ayat) pada dua rakaat

yang pertama dalam solat Zuhur kira-kira 30 ayat pada setiap rakaat dan

pada dua rakaat yang akhir kira-kira 15 ayat. Dan pada dua rakaat yang

pertama dalam solat Asar pada setiap rakaatnya kira-kira 15 ayat. Sedang

pada dua rakaat (yang akhir) setengah dari itu.[8]

Hadis yang telah penulis sebutkan di awal bab ini juga menunjukkan kebolehan membaca ayat atau

surah dari al-Qur’an setelah pembacaan al-Fatihah dalam setiap rakaat solat fardhu:

Dari Abi Said, dia berkata: “Kami telah diperintah (oleh Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam) supaya kami membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat /surah) yang mudah

(bagi kami).

Hadis di atas tidak hanya membatasi pembacaan surah atau ayat al-Qur’an hanya di rakaat pertama

dan kedua, tetapi ianya membuktikan bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk membaca

ayat atau surah al-Qur’an di rakaat yang ketiga mahupun keempat dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib

dan Isyak malah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah melakukannya ketika solat Zuhur

dan Asar sebagaimana telah penulis buktikan di atas. Maka sewajarnya sunnah yang semakin

dilupakan ini dihidupkan semula sekali-sekala oleh kita semua.

2) Menetapkan cara atau bacaan surah tertentu dalam solat.

Pada dasarnya kita boleh memilih apa sahaja ayat-ayat dari al-Qur’an yang mudah untuk dibaca

setelah pembacaan Umm al-Kitab.[9] Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Abi Said

radhiallahu’anh:“Kami telah diperintah (oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) supaya kami

membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat /surah) yang mudah (bagi kami). Menurut Syaikh Sayyid

Sabiq rahimahullah: “Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tidaklah menentukan surah-

surah tertentu yang dibaca pada waktu solat tertentu hingga tidak boleh membaca yang

lain…”[10]

Memang terdapat beberapa riwayat yang mengisyaratkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam pernah membaca surah tertentu dalam solat pada waktu tertentu. Akan tetapi

Page 74: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

riwayat-riwayat tersebut bukanlah satu perintah untuk membatasi hanya pada ayat-ayat itu sahaja.[11] Contohnya baginda shalallahu 'alaihi wasallam selalu membaca surah al-Sajda (surah ke 32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (surah ke 76) pada rakaat ke dua solat Subuh pada hari Jumaat. Namun begitu baginda tidak pula melarang untuk kita membaca selain dari kedua surah tersebut. Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam juga pernah membaca satu surah yang sama dalam kedua-dua rakaat.

ن أ ح ره أن ر ال منح هي ح

الن ل اللو عليحو وسل أنو

عت ح رأ الصط ح إذا زلحلل ح اارحض الر ح ي ح

ه عليحو وسل لحت يحهما فال أدحري أنس رسول اللو ل الل

دا .أمح رأ ذلي عمحSeorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan bahawa dia mendengar Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam membaca pada waktu solat Subuh “Idza

zulzilati‟l ardhu” (al-Zalzalah) pada kedua rakaatnya.

Ulasnya pula: “Saya tidak tahu apakah Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam lupa ataukah dibacanya itu dengan sengaja.”[12]

Memadailah dengan contoh-contoh di atas bagi membuktikan hukum asal dalam hal

ini adalah dibenarkan untuk kita memilih apa sahaja dari al-Qur‟an setelah pembacaan

Umm al-Kitab ketika solat. Namun begitu mencontohi hadis-hadis Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam yang sahih ketika memilih ayat-ayat dari al-Qur‟an yang hendak dibaca

dalam solat merupakan perbuatan yang terpuji kerana baginda shalallahu 'alaihi wasallam

merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat manusia. Cuma janganlah hal ini

terlalu diberatkan sehingga ada dari kalangan kita yang mengelak untuk menjadi imam

Page 75: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ketika solat yang dibaca secara jahar (kuat) kerana tidak menghafal surah-surah yang

tertentu. Pernah terjadi di sebuah masjid ketika solat Subuh pada hari Jumaat dan ketika itu

imam rasmi masjid tersebut tidak dapat hadir kerana uzur, maka makmum agak keberatan

untuk menggantikan tempat imam tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak begitu lancar

dalam membaca surah al-Sajda dan al-Insan. Maka setelah tolak-menolak akhirnya seorang

telah bersetuju untuk menjadi imam tetapi beliau telah membaca surah-surah tersebut

secara merangkak-rangkak malah ada yang tersilap. Alangkah baik sekiranya beliau

memilih surah-surah lain yang beliau mampu membacanya dengan lancar dan baik.

3) Disunnahkan memanjangkan bacaan pada rakaat pertama berbanding rakaat

kedua.

Adalah disunnahkan ketika solat untuk dipanjangkan bacaan dalam rakaat pertama

berbanding dengan rakaat kedua. Dalilnya adalah hadis dari Abdullah bin Abi Qatadah dari

bapanya radhiallahu‟anhuma:

أن الن ل اللو عليحو وسل

ر ع ااو منح الة اللطهح ان ي ول الر ح

عل ذلي الة الصط ح .وي صر ال اني وي فح

Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam biasa memperpanjangkan rakaat

pertama pada solat Zuhur dan memendekkan pada rakaat kedua, dan baginda

melakukan yang demikian juga pada solat Subuh.[13]

ري ال عنح أ سعيد دح :ااح

اى إ الح ي ف ي حض ى ال ر ام ف ي ح ل دح ان ح الة اللطهح

Page 76: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ا تو ي ت و ي حا ورسول اللو ل اللو عليحو وسل

ع ااو ا ي ولا . الر ح

Dari Abu Sai‟d al-Khudri, dia berkata: “Sungguh solat itu telah diiqamati,

lalu ada seorang pergi ke Baqi‟ untuk menunaikan hajatnya, kemudian dia

wuduk dan datang lagi, sedang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam masih

di dalam rakaat pertama sebagai sebab baginda memperpanjangkannya.”[14]

Antara hikmahnya perbuatan ini adalah:

Pada rakaat pertama semangat para makmum adalah lebih tinggi jika

dibandingkan pada rakaat kedua maka lebih baik sekiranya bacaan pada rakaat kedua

dipendekkan untuk mengelakkan perasaan bosan.

Memanjang rakaat pertama dapat meramaikan bilangan orang yang

datang untuk berjemaah dan memberi kesempatan kepada orang ramai untuk bersama

imam semenjak rakaat pertama lagi.[15]

4) Memendekkan Bacaan Ayat al-Qur‟an Sekiranya Ada Keuzuran.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam ketika menjadi imam dalam solat begitu peka

dengan keadaan makmum dalam menentukan jumlah ayat yang ingin baginda bacakan.

Sekiranya ada keuzuran maka baginda akan memendekkan bacaan baginda dalam solat. Di

antara keuzuran tersebut adalah sekiranya baginda terdengar bayi yang sedang menangis,

keadaan cuaca yang mendung menunjukkan hari hendak hujan, dalam keadaan musafir dan

juga ketika solat khauf. Dalilnya adalah sebuah hadis dari Qatadah bahawa Anas bin Malik

radhiallahu‟anhma menceritakan kepadanya:

:أن الن ل اللو عليحو وسل ال

إ ادح ل الصالة وأنا أريد إاالت ها

ف ح بكاء الص ف توز الا

Page 77: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

د أمو منح بكااو ة و ح . ا أعحل منح شد

Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya aku

masuk dalam solat dan berkeinginan untuk memperpanjangkan solat tersebut.

Lalu aku mendengar tangisan anak kecil, maka aku pun meringankan[16]

solatku kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana

tangisannya.[17]

Kekhuatiran Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam memang sungguh berasas sekali

kerana bukan sahaja tangisan anak tersebut boleh mengganggu konsentrasi ibunya malah

makmum yang lain juga akan terjejas tumpuan mereka dalam solat.

Dalam riwayat yang lain Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam juga menasihati para

sahabat radhiallahu‟anhum agar jangan terlalu memanjangkan bacaan dalam solat sekiranya

mereka menjadi imam sehingga boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh makmum di

belakang:

عود أن ر ال ال :أ ح ر أبو مسح

يا رسول اللو إ ا ر عنح الة الحغداة واللو

ل فالن ا ي يل بنا . منح أ ح

فما رأيح رسول اللو ل اللو عليحو وسل

: موحعل أشد غض ا منحو ي وحمئ ال

من فرين ف يطك ح ما ل بالناس ف لحيت وزح إن منحك ح

ا ف ن فيه ح الضعي .والحك وذا الح

Page 78: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Telah dikhabarkan dari Abu Mas‟ud bahawa seorang lelaki berkata: “Demi

Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mengikuti solat Subuh

disebabkan si fulan memperpanjangkan solat atas kami.”

Maka aku tidak pernah melihat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

menyampaikan nasihat dengan kemarahan yang lebih hebat daripada hari itu.

Kemudian baginda bersabda:

“Sesungguhnya di antara kalian ada yang membuat orang menjauhkan (dari

solat berjemaah). Maka barangsiapa di antara kalian solat mengimami

manusia hendaklah dia meringankan (solatnya), kerana di antara mereka ada

yang lemah, orang tua dan ada yang memiliki kepentingan.”[18]

Beginilah perintah dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam supaya para imam jangan

terlalu memanjangkan bacaan dalam solat sehingga menyebabkan orang menjauhkan diri dari

melakukan solat berjemaah. Para imam harus prihatin bahawa di antara para makmum

mungkin terdapat mereka yang sakit, lemah, sudah lanjut usia dan juga mereka yang memiliki

urusan penting untuk dilakukan selepas solat tersebut. Menurut Ibnu Hajar rahimahullah:

Saya katakan, bahawa sumber paling tepat untuk menentukan batasan meringankan

solat adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasa‟i dari Utsman bin

Abu al-Ash bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya:

عفه ح , أنح إمام وحمي .وا حدرح الح وحم ب ح

Engkau adalah imam kaummu, maka jadikanlah orang yang paling lemah di

antara mereka sebagai kayu ukuran (dalam memperpanjangkan bacaan dalam

solat).[19]

Demikianlah secara ringkasnya beberapa perkara berkaitan tentang bacaan surah atau

ayat setelah membaca Umm al-Kitab dalam solat. Semoga kita sentiasa bercita-cita untuk

mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam walaupun ianya hanyalah perkara yang sunat

malah dianggap kecil oleh sesetengah pihak. Kerana sesungghnya baginda shalallahu 'alaihi

Page 79: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

wasallam adalah contoh ikutan yang terbaik bagi kita semua sebagaimana firman Allah 'Azza

wa Jalla:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang

baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik)

hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa

susah dan senang).[20]

[1] Hukum membaca Basmallah sebelum sesuatu surah dalam solat jahriyah adalah sama seperti yang telah

penulis bahaskan dalam bab “Tidak Membaca Basmalah Sebelum Dibacakan Surah Al-Fatihah” iaitu tidak

perlu dilafazkan dan cukup sekadar dibaca dalam hati. Manakala jika dibaca ayat-ayat al-Qur‟an yang bukan

dari permulaan surah (secara tidak lengkap) maka tidak perlu dibaca Basmallah.

[2]Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Berkata al-Nawawi dalam Majmu‟ Syarah al-

Muhazzab, jld. 3, ms. 285: “Sanadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim.” Juga dinilai sahih oleh al-

Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 818.

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 776.

[4] al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 260.

[5] Termasuk dalam sikap sambil lewa dalam beribadah adalah golongan yang membaca surah atau ayat dari al-

Qur‟an dengan laju dan tergesa-gesa. Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: “Bacaan Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam itu ialah secara panjang (perlahan-lahan). Baginda berhenti pada setiap ayat memanjangkan

suaranya.” (Fikih Sunnah, jld.1, ms 338). Disunnahkan juga membacanya dengan suara yang baik serta berlagu.

Al-Bara‟ bin „Azib radhiallahu 'anh berberkata:

وا ك ح : ال رسول اللو ل اللو عليحو وسل .زي نوا الح رح ن ب ح

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Hiasilah (bacaan) al-Qur’an dengan

suaramu.” (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i,

hadis no. 1015)

Page 80: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Menurut Abu Hurairah radhiallahu 'anh:

. ليح منا منح اح ي ت غن بالح رح ن : وسل ال رسول اللو ل اللو عليحو

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah termasuk golongan kami orang yang

tidak melagukan (bacaan) al-Qur’an.” (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 7527)

Hukum lain berkaitan dengan tatacara membaca ayat al-Qur‟an dalam solat jahriyah dan sirriyah ialah

sepertimana pembacaan al-Fatihah yang telah penulis bahaskan dalam bab "Makmum Tidak Membaca Surah

Al-Fatihah Dalam Solat Berjemaah Secara Jahar". Cuma apa yang ingin penulis tambahkan di sini adalah sikap

sesetengah imam yang berhenti sejenak setelah membaca al-Fatihah dalam solat jahriyah dan sebelum

memulakan pembacaan ayat al-Qur‟an bertujuan untuk memberi kesempatan makmun menghabiskan bacaan al-

Fatihah, sesungguhnya perbuatan ini tidak disyari‟atkan. Menurut al-Albani rahimahullah: “Sesungguhnya

diam seperti itu adalah bid‟ah dalam agama. Tidak ada dasarnya sama sekali dari Nabi shalallahu

'alaihi wasallam.” (Tamamul Minnah, jld.1, ms. 227)

[6] al-Nisaa‟ (4): 142

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 776.

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 452.

[9] Kebiasaan dalam solat siriyah apabila kita telah menghabiskan bacaan sesuatu surah atau ayat dari al-Qur‟an

dan imam pula masih belum rukuk maka kita akan hanya menunggu imam tersebut untuk menghabiskan

bacaannya tanpa membaca apa-apa. Maka dari hadis ini dapatlah kita fahami bahawa bukanlah menjadi satu

kesalahan untuk kita membaca beberapa surah sementara menunggu imam untuk rukuk. Malah perbuatan ini

adalah lebih baik kerana sekiranya kita tidak membaca apa-apa maka fikiran kita tentu akan mengelamun

tentang perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan ibadah solat.

[10] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.1, ms. 336.

[11] al-Bukhari sendiri telah menyusun beberapa bab yang menunjukkan bacaan Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam dalam waktu solat yang tertentu. Sila lihat kitab al-Azan dalam kitab Shahih al-Bukhari. Malah

kebanyakan kitab-kitab Fiqh juga mempunyai bab-bab membahaskan perkara yang sama.

[12] Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis

no. 816.

[13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 779.

[14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 454.

[15] Sila rujuk perbahasan Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Baari, jld.4, ms. 482 dan 532 dan juga al-

Syaukani rahimahullah dalam Nailul Authar (edisi terjemahan oleh Drs Hadimulyo dan Drs Kathur Suhardi,

CV. Asy-Syifa, Semarang 1994), jld.3, ms. 311).

[16] Ibnu Hajar rahimahullah menyatakan maksud meringankan atau menyingkatkan solat adalah dengan

membaca surah yang pendek. (Fathul Baari, jld.4, ms. 365)

[17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no 709.

Page 81: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[18] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 702

[19] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 355.

[20] al-Ahzaab (33): 21

Page 82: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

8

MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK

KETIKA TASYAHHUD (TAHIYAT)

Antara amalan sunnah dalam solat yang semakin dilupakan di Malaysia adalah

menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud awal dan akhir. Kerana perbuatan tersebut

begitu asing, maka ada di antara umat Islam di Malaysia yang menuduh amalan tersebut tidak

dicontohkan daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam malah boleh membatalkan solat

kerana terdapat pergerakan lebih dari tiga kali.

Untuk kita meneliti sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sebenar dalam

isu gerak atau tidak menggerakkan jari ketika tasyahhud ini, akan penulis paparkan beberapa

hadis yang berkaitan.

:عنح عامر بحن ع حد اللو بحن اللطب ح عنح أبيو

ان إذا عد التشهطد أن رسول اللو ل اللو عليحو وسل

رى وأشار بالس اب رى عل ف ه الحيسح و فو الحيسح

. اوز بصره إشار و

Daripada „Amir bin Abdullah bin al-Zubair, daripada ayahnya, (dia berkata), “Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk tasyahud, baginda

Page 83: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

meletakkan telapak tangan kirinya di atas paha kira baginda dan jari telunjuk (tangan kanan) dihalakan (ke kiblat). Mata baginda tidak terlepas daripada memandang ke arah ibu jarinya.”[1]

عنح ع حد اللو بحن اللطب ح

أنو ذ ر أن الن ل اللو عليحو وسل

عو إذا دعا و ر ها . ان يش ب ح

Abdullah bin Zubair radhiallahu‟anh berkata: “Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, adalah baginda ketika berdoa (tasyahhud), beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak menggerak-gerakkannya.”[2]

ر أ ح ره ال لح انحلرن إ الة :أن واال بحن ح

رسول اللو ل اللو عليحو وسل يح يصل ف نلرحت إليحو

...ف ام فك رورف يديحو اذ ا ب ذن يحو

منح أ ابعو و ل لح ا حنت ح

عو ا . رف إ ح عو ف رأي حتو ر ها يدح

Page 84: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dari Wail bin Hujur dia berkata: Sesungguhnya betul-betul aku telah melihat bagaimana caranya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam mendirikan solat. Aku melihat baginda berdiri kemudian bertakbir sambil mengangkat kedua tangannya sehingga setentang dengan kedua telinganya. Kemudian beliau duduk (tasyahhud), kemudian baginda membuat satu lingkaran bulat (dengan kedua-dua jarinya iaitu jari tengah dan ibu jarinya) kemudian baginda mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda terus menggerak-gerakkan jarinya dan baginda berdoa dengannya.”[3]

ر ال عنح واال بح رأيح الن ل اللو عليحو وسل : ن ح

عو ا ورف ال ليهما يدح دح ل بااب حهام والحوسح

. التشهطد

Dari Wail bin Hujur, dia berkata: “Aku melihat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melingkarkan ibu jari dan jari tengahnya, dia mengangkat (jari telunjuk) yang dekat keduanya, baginda berdoa dengannya pada waktu tasyahhud.”[4]

أنا أعحلمك ح بصالة رسول اللو ل اللو عليحو وسل ف ال أبو يحد

إن رسول اللو ل اللو عليحو وسل ل ي عح للتشهطد

لتو عل ح ر الحيمح ل بصدح رى وأ ح لو الحيسح ت رش ر ح فاف ح

Page 85: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ووض تو الحيمح عل ر ح ع فو الحيمح

عو ي عح الس اب رى وأشار ب ح تو الحيسح رى عل ر ح . و فو الحيسح

Abu Humaid radhiallahu‟anh berkata: “Akulah orang yang paling tahu di antara kalian tentang cara solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, (kemudian dia menerangkan), sesungguhnya Rasulullah duduk (untuk tasyahhud) baginda hamparkan kaki kirinya, dan baginda hadapkan kaki kanan ke arah kiblatnya, dan baginda letak telapak kanannya di lutut kanan dan telapak kirinya di lutut kiri, lalu baginda berisyarat dengan jarinya yakni jari telunjuk.”[5]

Ini adalah beberapa contoh sifat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ketika bertasyahhud.

Ternyata ada hadis yang menunjukkan baginda hanya menunjuk dengan jari telunjuknya tanpa

menggerakannya dan ada juga hadis yang menunjukkan beliau menggerak-gerakkannya

secara berterusan sehingga memberi salam.

Hadis riwayat Abdullah bin Zubair radhiallahu‟anh secara jelas menyatakan Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam hanya menunjuk dengan jari telunjuknya tanpa menggerakkannya

sebagaimana lafaz hadis tersebut “beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak

menggerak-gerakkanya.”

Manakala tentang Hadis dari Wail bin Hujur radhiallahu‟anh, Abu Ubaidah menyatakan:

Inilah riwayat sahih yang menerangkan tentang pergerakan jari telunjuk ketika

solat (dalam tasyahhud – pen). Di dalam hadis di atas disebutkan bahawa

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam “Yuharriku ashaabi’ahu (terus menggerak-

gerakkan jarinya)”. Kata Yuharriku di atas menggunakan fi‟il mudhaari‟ (kata

kerja yang digunakan untuk masa sekarang dan akan datang). Dalam kaedah

Page 86: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

tatabahasa arab, fi‟il mudhaari‟ memiliki pengertian istimrar, iaitu perbuatan yang

dilakukan secara terus-menerus. Jadi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah

menggerakkan jarinya secara terus-menerus hingga beliau melakukan salam.[6]

Manakala hadis-hadis yang menyatakan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berdoa dengan

jari telunjuknya dan berisyarat dengan jari telunjuknya maka ada ulama‟ yang menafsirkan ia

sebagai tidak menggerakkan dan ada juga ulama‟ yang menafsirkan sebagai menggerak-

gerakkan jari telunjuk. al-Albani rahimahullah umpamanya telah berpendapat bahawa hadis-

hadis tentang tasyahhud yang menyatakan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berisyarat dengan

jari telunjuknya membuktikan baginda shalallahu 'alaihi wasallam menggerak-gerakkannya.

Beliau telah menyatakan:

Isyarat yang diterangkan oleh riwayat-riwayat ini bukanlah nas (dalil) yang

meniadakan tahrik (menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud), kerana

menurut dari segi bahasa, kelaziman isyarat itu disertai gerakan. Misalnya,

seseorang akan memberi isyarat: „Dekatlah kepadaku‟ (dengan menggunakan

tangan – pen) kepada seseorang yang jauh. Dan memberi isyarat „duduklah‟

(dengan menunjuk ke tempat duduk – pen) kepada orang yang sedang berdiri.

Pada ilustrasi di atas, tidak seorangpun memahami bahawa orang (yang memberi

isyarat – pen) di atas tidak menggerakkan tangannya. Mengapa kita perlu pergi

begitu jauh. Contoh yang paling baik yang akan kami sampaikan kepada pembaca

ialah hadis dari „Aisyah mengenai solat para sahabat di belakang Nabi shalallahu

'alaihi wasallam sambil berdiri. Sedangkan baginda duduk. Beliau memberi isyarat

„Duduklah‟ kepada para para sahabat. Hadis ini disepakati kesahihannya.[7] Setiap

orang yang berakal tentu tahu bahawa isyarat Nabi tidak sekadar mengangkat

tangan seperti ketika Nabi menjawab salam kaum Ansar dan beliau sedang solat.

Isyarat ini tentu disertai gerakan tangan. Kerana itu, tidak selayaknya kita

memahami bahawa riwayat-riwayat ini bertentangan dengan riwayat tahrik,

tetapi justeru ada kesesuaian.[8]

Page 87: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Tambah al-Albani rahimahullah lagi:

Di antara riwayat yang menguatkan pendapat di atas adalah hadis sahih mengenai

isyarat Nabi dengan jari telunjuknya dalam khutbah Jumaat sebagaimana

diriwayatkan oleh Muslim dan yang lainnya dan ditakhrij dalam al-Irwa‟ (II/77).

Adalah satu kelaziman bahawa Nabi menggerakkan telunjuknya sebagai isyarat

ketauhidan, bukan sekadar isyarat tanpa menggerakkan telunjuk. Hal ini

disaksikan oleh riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya (II/35) dengan sanad

dha‟if (lemah) dari Sahl bin Saad, seperti hadis Imarah dengan lafaz:

.كس ر ر ر ر ر ببسصأ س ر ر اسص ص بر ر يس ر

Dan Nabi memberi isyarat dengan jari telunjuknya sambil menggerakkannya.

Ibnu Khuzaimah mentafsirkan hadis Imarah ini dengan menyatakan: “Bab Isyarat

khatib di atas mimbar dengan telunjuk ketika berada dalam khutbahnya dan

menggerakkannya ketika memberi isyarat itu.[9]

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai amalan kebiasaan umat Islam di Malaysia

ketika tasyahhud yang hanya mengangkat jari telunjuk ketika ع الك بلك ك بالن illallah (dari kalimah بالن هللان

ع laa ilaaha illallah) ketika bersyahadah. Sebenarnya amalan ini tidak ada contohnya dariهللان

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, para sahabat, tabi‟in dan tabi‟ut at-Tabi‟in malah amalan

ini juga bukannya ajaran al-Syafi‟i rahimahullah atau mana-mana ulama‟ bermazhab Syafi‟i

sebelum kurun ke 5 hijrah. al-Syafi‟i rahimahullah di dalam kitabnya al-Umm berpendapat jari

telunjuk diangkat secara terus-menerus dari awal hingga akhir tasyahhud:

Page 88: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dia menghamparkan tangannya yang kiri atas pahanya yang kiri. Dia menggenggam

anak jari tangannya yang kanan atas pahanya yang kanan, selain telunjuk dan ibu

jari. Dan dia menunjukkan (mengisyaratkan) dengan telunjuk.[10]

Al-Syafi‟i rahimahullah juga membawa riwayat dari Ibnu Umar radhiallahu‟anhuma lalu

beliau berkata:

Adalah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam apabila beliau duduk dalam solat (ketika

tahiyat – pen), beliau meletakkan telapak tangannya yang kanan atas pahanya yang

kanan. Beliau menggenggam seluruh anak jarinya dan beliau mengisyaratkan

dengan anak jarinya yang mengiringi ibu jari (telunjuk). Dan beliau meletakkan

telapak tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri.[11]

Demikianlah pendapat sebenar al-Syafi‟i rahimahullah dalam hal ini. Pendapat beliau ini

juga disokong oleh fuqaha‟ Syafi‟iyyah seperti al-Baihaqi, al-Mawarzi dan al-Mawardi

rahimahumullah. Malah al-Mawardi (dilahirkan di Basrah pada tahun 364 H) menyatakan dalam

kitabnya al-Hawi al-Kabir Syarah Mukhtasar al-Muzani (jld. 2, ms. 132-133) bahawa fuqaha‟

Syafi‟iyyah pada zamannya mengamalkan kedua-dua pendapat iaitu menggerak-gerakkan jari

telunjuk dan tidak menggerakkannya secara terus dari awal sehingga salam. Tidak ada

pendapat bahawa mereka mengangkat jari hanya ketika menyebut kalimah ع illallah dalam بالن هللان

tasyahhud.[12] Semoga dengan pendedahan ini umat Islam di Malaysia akan kembali kepada

mazhab al-Syafi‟i rahimahullah yang sebenar, yang sentiasa tegar atas sunnah Nabi shalallahu

'alaihi wasallam sesuai dengan gelaran beliau sebagai al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah).

Umat Islam di Malaysia harus membuang sikap taklid buta terhadap amalan yang mereka warisi

secara turun-temurun dan sepatutnya melakukan usaha yang gigih untuk meneliti sunnah-

sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Amalan hanya bertaklid buta kepada amalan nenek

moyang ini telah dicela dengan keras oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmannya:

Page 89: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada Rasul-Nya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?[13]

Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taklid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. Rasul itu berkata: Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya. Lalu Kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.[14]

Tentang dakwaan mereka bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk secara berterusan

dalam tasyahhud boleh membatalkan solat kerana terdapat pergerakkan lebih dari tiga kali,

berkata al-Nawawi rahimahullah dalam Syarh al-Muhadzdzab (jld. 3, ms. 454):

Haram hukumnya menggerak-gerakkan jari ketika solat. Jika tetap

menggerakkannya maka solatnya menjadi batal. Pendapat ini diceritakan dari Abu

Ali ibn Abu Hurairah. Namun pendapat tersebut dianggap syadz (bertentangan

dengan dalil yang lebih sahih) dan dha‟if (lemah).[15]

Kemudian al-Nawawi berkata lagi:

Disunnahkan menggerakkan jari ketika solat. Hal ini diceritakan oleh Syaikh Abu

Hamid, al-Bandaniji dan al-Qadhi Abu al-Thayyib serta beberapa ulama‟ lainnya.

Page 90: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Pendapat ini didasarkan pada hadis Wail bin Hujur: “kemudian beliau

mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda terus menggerak-

gerakkan jarinya dan beliau berdoa dengannya.” Hadis riwayat al-Baihaqi

dengan sanad yang sahih.[16]

Maka menurut al-Nawawi, dakwaan terbatalnya solat dengan gerakan sebanyak tiga kali

itu tidak ada dasarnya dari hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan sepatutnya kita

menolak dakwaan semacam ini. Jadi telah jelaslah bagi kita bahawa amalan tahrik ini memang

ada dasarnya melalui hadis-hadis dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Albani

rahimahullah:

Menggerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, dilakukan oleh Ahmad dan imam-imam Ahl al-

Hadis yang lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah bagi orang

yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, tidak patut dilakukan dalam solat.

Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan telunjuknya dalam solat,

padahal mereka tahu riwayatnya sah. Mereka mencari-cari alasan untuk

mentakwilnya (memberi tafsiran lain – pen) dengan menyalahi ketentuan bahasa

Arab dan pengertian yang difahami para imam.[17]

Kesimpulannya, dalam bertasyahhud, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

menggerak-gerakkan jari telunjuknya secara berterusan dan sesekali beliau hanya menunjuk

jari telunjuknya ke arah kiblat tanpa menggeraknya dari awal hingga salam. Oleh itu kedua-

duanya mempunyai dalil yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Maka bebas

bagi umat Islam memilih untuk beramal antara kedua-duanya tanpa ragu-ragu. Manakala

amalan mengangkat jari telunjuk ketika ع ع illallah (dari kalimah بالن هللان الك بلك ك بالن هللان laa ilaaha illallah)

ketika bersyahadah sememangnya tidak memiliki dalil yang sahih serta ianya bukan dari ajaran

al-Syafi‟i rahimahullah. Maka sewajarnya pembaca-pembaca yang budiman melakukan

penilaian semula ke atas amalan tersebut.

Page 91: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[1] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i,

hadis no. 1275. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, hadis no. 989 dan berkata al-Nawawi dalam Al-

Majmu‟, jld. 3, ms. 435: “Sanadnya sahih.” Lebih lanjut tentang darjat hadis ini, rujuk buku saya Kaedah Memahami

Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah (Jahabersa, Johor Bahru, 2002), ms. 118. [3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i, hadis no. 889.

Berkata al-Nawawi dalam Al-Majmu‟, jld. 3, ms. 435: “Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih.” [4] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.

912. [5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih”, juga dinilai sahih oleh al-Albani

dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 293. [6] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 168. [7] Hadis yang dimaksudkan oleh al-Albani adalah seperti berikut:

لسوا ل رسول اللو ل اللو عليحو وسل ب يحتو وىو شاك فصل السا و ل وراءه وحم . ياما ف شار إليحه ح أنح ا ح

Rasulullah solat di rumahnya, baginda di dalam keadaan kesulitan, maka baginda solat duduk, para sahabat solat di belakangnya berdiri, maka baginda memberi isyarat kepada mereka (untuk solat) duduk. (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 688) [8] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah, jld.1, ms. 268. [9] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah, jld.1, ms. 268. [10] Al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 277. [11] Al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 277. [12] Untuk melihat perbahasan yang bermanfaat tentang hal ini sila rujuk kupasan yang begitu baik dari Saudara

Hafiz Firdaus Abdullah dalam bukunya Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah, ms. 124-129. [13] al-Maaidah (5): 104 [14] al-Zukhruf (43): 23-25 [15] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 172. [16] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 172. Catitan penyunting: Walaubagaimanapun perlu diketahui bahawa pendapat yang dikuatkan oleh al-

Nawawi ialah tidak menggerakkannya. Beliau berkata: “Yang benar adalah apa yang diputuskan oleh jumhur

bahawa ia tidak digerak-gerakkan. Jika digerakkan maka ia adalah makruh namun tidak membatalkan solat

disebabkan ia adalah perbuatan yang kecil/sedikit.” Adapun riwayat Wail bin Hujur berkenaan digerak-gerakkan jari

telunjuk, maka al-Nawawi cenderung kepada takwilan al-Baihaqi bahawa yang dimaksudkan adalah isyarat dan

bukannya pergerakan berulang-ulang.” Rujuk Al-Majmu‟, jld. 3, ms. 435. [17] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Sifat Shalat Nabi, ms. 196

Page 92: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

9

TAMBAHAN SAYYIDINA DALAM SELAWAT

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, amalan kebiasaan yang dilakukan ketika

pembacaan selawat dalam tasyahhud atau ketika berdoa akan dilafazkan perkataan sayyidina

(tuan kami) sebelum nama Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sebagai tanda

penghormatan kepada baginda. Bagi mereka yang enggan menambah perkataan tersebut di

dalam tasyahhud ketika bersolat atau ketika berdoa seringkali dituduh sebagai golongan yang

tidak menghormati atau mencintai Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

Memang telah disepakati oleh semua ulama‟ bahawa selawat kepada Nabi shalallahu

'alaihi wasallam merupakan satu perintah dari Allah „Azza Wa Jalla sebagaimana firman-Nya:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala

penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad shalallahu 'alaihi

wasallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya

serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.[1]

Menurut al-Albani rahimahullah:

Pengertian selawat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang paling baik adalah

seperti yang di kemukakan oleh Abu „Aliyah, iaitu Allah berselawat kepada Nabi

maksudnya Allah memuji dan memuliakannya. Malaikat berselawat kepada Nabi

maksudnya mereka memohon kepada Allah untuk mengurniakan kedudukan

Page 93: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

terpuji dan terhormat kepada beliau. Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Baari

mengemukakan suatu pendapat yang popular tentang makna Allah berselawat

kepada Nabi ialah Allah memberi rahmat kepadanya.[2]

TM Hasbi al-Shiddiquey rahimahullah pula berkata:

“Adapun pengertian kita berselawat kepada Nabi ialah mengakui kerasulannya

serta memohon kepada Allah semoga Allah melahirkan atau mengurniakan

keutamaan dan kemuliaan kepada baginda.” [3]

Selanjutnya al-Syafi‟i rahimahullah menulis:

Maka tidak adalah berselawat pada tempat yang lebih utama daripada dalam

solat. Kami mendapat petunjuk dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dengan

yang saya terangkan, bahawa selawat kepada Rasul-Nya shalallahu 'alaihi

wasallam itu fardhu dalam solat.[4]

Oleh itu jelaslah bagi kita bahawa berselawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

adalah satu perkara yang disyari‟atkan di dalam solat. Maka ada baiknya untuk kita meneliti

hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang mengajar kita mengenai tatacara untuk

berselawat yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan tasyahhud. Mempelajari cara Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam dan mengamalkannya adalah satu kaedah yang dituntut dalam

Islam kerana beliau merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi kita semua sebagaimana firman

Allah „Azza Wa Jalla:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,

iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari

akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah

dan senang).[5]

Page 94: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Hadis-hadis tersebut adalah seperti di bawah:[6]

Pertama:

Abdurrahman bin Abi Lailah berkata: “Saya berjumpa dengan Ka‟ab bin Abi

Lailah lalu dia berkata: “Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah

yang aku pernah mendengarnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam?”

Jawabku: “Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku!” Dia berkata: “Kami (para

sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahlul bait, kerana

sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya)

kami memberi salam (kepadamu)?” Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh

kalian:

الله ل عل مد وعل ل مد

يد ميد ما ليح عل إب حراىي وعل ل إب حراىي إني

الله باركح عل مد وعل ل مد

عل إب حراى يد ميد ما بار ح .م وعل ل إب حراىي إني

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Page 95: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [7]

Kedua:

Dari Musa bin Talhah, dari bapanya (iaitu Thalhah bin „Ubaidullah) dia berkata: “Kami (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu?” Baginda bersabda: Ucapkanlah oleh kalian:

ى ل مد الله ل عل مد وعل

يد ميد ما ليح عل إب حراىي و ل إب حراىي إني

وباركح عل مد وعل ل مد

يد عل إب حراىي و ل إب حراىي إني .ميد ما بار ح

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.)” [8]

Ketiga:

Dari Abi Mas‟ud al-Anshari, dia berkata: “Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam datang kepada kami sedang kami berada di majlis Sa‟ad bin

Page 96: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

„Ubadah. Kemudian Basyir bin Sa‟ad bertanya kepada baginda: “Allah Ta‟ala telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?” Kata Abi Mas‟ud: “Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa‟ad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ucaplah oleh kalian:

الله ل عل مد وعل ل مد

ما ليح عل إب حراىي وعل ل إب حراىي

وباركح عل مد وعل ل مد

عل إب حراىي وعل ل إب حراىي ما بار ح

يد ميد . الحعالم إني

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, atas seluruh alam sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”[9]

Keempat:

Abu Humaid al-Saa‟idi dia berkata: “Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat kepada mu?” Jawab baginda: Ucapkanlah oleh kalian:

Page 97: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

الله ل عل مد وأزحوا و وذريتو ما ليح عل ل إب حراىي

يد ميد عل ل إب حراىي إني . وباركح عل مد وأزحوا و وذريتو ما بار ح

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.)” [10]

Selain dari selawat-selawat di atas terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar

oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang boleh kita dapati dari hadis-hadis yang sahih

dari baginda yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan untuk tasyahhud.[11] Maka sewajarnya kita

mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar sendiri oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam. Ini sesuai dengan anjuran baginda sendiri untuk mengikuti hanya baginda di dalam

ibadah solat sebagaimana sabdanya: “Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat

aku bersolat.”[12]

Setelah membaca hadis-hadis di atas mungkin para pembaca akan tertanya-tanya

tentang perbezaan lafaz selawat dalam bacaan tasyahhud awal dan tasyahhud akhir (bagi solat

yang lebih dari 2 rakaat). Keumuman hadis-hadis tentang lafaz selawat ini menunjukkan tidak

ada perbezaan bacaannya dalam kedua-dua tasyahhud. Inilah juga pendapat al-Syafi‟i

rahimahullah dalam kitab al-Umm: “Bacaan selawat pada tasyahhud awal dan tasyahhud

kedua adalah sama, tidak ada perbezaan.”[13] Semoga mereka yang mengaku bermazhab al-

Syafi‟i memperhatikan perkara ini demi untuk menjaga kesempurnaan tasyahhud dalam solat.

Setelah kita meneliti hadis-hadis yang sahih tentang bacaan selawat kepada Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam, maka jelaslah tidak ada satupun lafaznya yang disebutkan

perkataan Sayyidina. Sekiranya kita telah bersetuju bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

adalah Uswatun Hasanah (contoh ikutan terbaik) dan baginda juga memerintah kita untuk

mencontohi baginda dalam bersolat, maka patutkah kita memiliki cara bacaan selawat yang

berbeza atau menambah perkataan-perkataan tertentu dalam lafaz yang diajar oleh Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam sendiri seolah-olah apa yang diajar oleh baginda kurang sempurna?

Page 98: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Tentu sekali tidak! Apatah lagi Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri melarang kita memberi

gelaran-gelaran yang berlebihan kepada baginda (termasuk Sayyidina) dan hanya

mencukupkan kita dengan gelaran yang Allah „Azza Wa Jalla berikan kepadanya iaitu „abduhu

wa rasuluhu‟ (Hamba Allah dan Pesuruh Allah). Ini sebagaimana beberapa hadis berikut:

الحمنح عمر ر اللو عنحو ي ول عل

: ي ول عح الن ل اللو عليحو وسل

حرو ما أاحرتح النصارى ابحن مرح

ا أنا ع حده ف ولوا ع حد اللو ورسولو .ف

Umar al-Khattab radhiallahu‟anh berkata di atas mimbar, aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: “Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukan terhadap Isa anak Maryam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka berkatalah:

Hamba Allah dan Pesuruh Allah.”[14]

ال أ انح ل ح وفحد ب عامر : عنح م ر ال

: إ رسول اللو ل اللو عليحو وسل ف لحنا

Page 99: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

! السيد اللو ارك و عا : ف ال ! أنح سيدنا

. وأفحضلنا فضحال وأعحلمنا اوح : لحنا

ري نك ح الشيح ان ولوا ب وحلك ح أوح ب عح وحلك ح : ف ال ت ح .و يسح

Mutharrif bin Abdullah radhiallahu‟anh berkata bahawa ayahnya pernah bersama satu rombongan dari Banu Amir pergi berjumpa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Apabila mereka tiba, mereka berkata kepada Rasulullah: “Anta Sayyidina!” (Anda tuan kami). Nabi menjawab: “Tuan kamu adalah Allah Tabaraka wa Ta‟ala.” Mereka (Banu Amir) berkata lagi: “Engkau adalah yang paling mulia kemuliaannya, dan yang paling besar keutamaannya.” Rasulullah menjawab: “Berkatalah kamu dengan perkataan kamu itu, akan tetapi janganlah sampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya.”[15]

:عنح أن بحن مالي أن ر ال ال

نايا مد يا سيدن رنا وابحن ح ! ا وابحن سيدنا و ي ح

: ف ال رسول اللو ل اللو عليحو وسل

وا ح ! يا أي طها الناس وي نك ح الشيح ان ! عليحك ح بت ح ت هح ,و يسح

أنا مد بحن ع حد اللو ع حد اللو ورسولو واللو

Page 100: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

.ما أ ط أنح رحف عو ف وحق منحلل ال أن حلل اللو عل و ل

Anas bin Malik radhiallahu‟anh berkata seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam seraya berkata: “Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina! (Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuan kami), Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada yang terbaik di kalangan kami!” Rasulullah menjawab: “Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya; dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah 'Azza wa Jalla tentukan bagiku.”[16]

Ada pihak yang menyatakan larangan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tersebut

bukanlah secara mutlak, ini hanyalah kesempurnaan keperibadian baginda dalam bersifat

tawadhu‟ (merendah diri). Oleh itu penambahan Sayyidina dalam selawat itu adalah sebagai

tanda hormat kita kepada baginda dan memperbaiki lagi ibadah selawat tersebut.[17] Wahai

pembaca yang budiman, mustahil masih ada perkara berkaitan dengan kesempurnaan ibadah

yang yang terluput dari ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah Subhanahu wa

Ta'ala:

...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku

telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu

menjadi agama untuk kamu...[18]

Dengan terwahyunya ayat ini, maka segala bentuk ibadah yang disyari‟atkan oleh Allah

Subhanahu wa Ta'ala telah lengkap lagi sempurna sebagaimana yang telah diajar oleh

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam kepada para sahabatnya untuk diwarisi kepada generasi

kemudiannya. Maka apa sahaja amalan yang tidak dikerjakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi

Page 101: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

wasallam dan sahabatnya maka ia sememangnya bukan sebahagian dari ibadah termasuklah

amalan mengucapkan sayyidina dalam bacaan selawat. Ibnu Abbas radhiallahu‟anh ketika

menafsirkan ayat ini berkata (Tafsir Ibnu Kathir, jld. 2, ms. 12): “Allah memberi khabar kepada

Nabi-Nya, bahawa agama keimanan sudah disempurnakan tidak perlu ditambah, dan telah

dicukupkan tidak perlu dikurangi, kerana Allah meredhainya dan tidak murka selamanya.”[19]

Selain itu Nabi shalallahu 'alaihi wasallam juga telah bersabda:

لها ن هارىا تك ح عل الح يحضاء لي ح دح ر ح

ها ب عحدي إ ىالي يليغ .عن ح

Sesungguhnya aku telah meninggalkan kalian di atas ajaran yang putih bersih, yang malamnya laksana siangnya (akibat dari kejelasan ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam - pen), tidak seorangpun yang menyimpang darinya kecuali orang yang binasa.[20]

Sekiranya penambahan sayyidina dalam selawat ini adalah satu amalan mulia yang

boleh mendekatkan kita kepada syurga, mungkinkah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak

mengkhabarkan kepada kita hanya kerana baginda itu bersifat tawadhu‟? Tentu sekali tidak!

Tanggapan mereka menambahkan sayyidina itu sebenarnya mencantikkan lagi amalan selawat

adalah bercanggah dengan pegangan al-Syafi‟i rahimahullah kerana di dalam kitabnya al-

Risalah, beliau berkata: “Sesiapa yang mencipta istihsan (mencipta suatu perkara yang

disangka baik), maka dia telah mencipta syara‟, dan sesiapa yang mencipta syara‟ maka dia

telah kafir.”[21] Pernyataan al-Syafi‟i ini di sokong pula oleh firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Page 102: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dan mereka menyangka bahawa mereka telah melaksanakan perbuatan

perbuatan-perbuatan (ibadah yang mereka cipta mengikut cara mereka

sendiri) adalah baik.[22]

Yang sebenar adalah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam memang tidak pernah

mengsyari‟atkan kata-kata sayyidina dalam selawat kepada baginda. al-Albani rahimahullah

berkata:

Ibnu Hajar al-„Asqalani rahimahullah pernah ditanya orang tentang kalimat

selawat untuk Nabi yang dibaca dalam solat dan di luar solat, baik yang wajib

mahupun yang sunnah: “Apakah dalam ucapan selawat itu diisyaratkan

menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan “Allahumma shalli „ala

sayyidina Muhammad” atau “ „ala sayyidil khalqi” atau ” „ala sayyidi waladi” atau

hanya menggunakan kata-kata ”Allahumma shalli „ala Muhammad” . Manakah

yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid

atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.”

Jawab Ibnu Hajar al-„Asqalani: “Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat

sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sampai

ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam

bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu‟) sahaja

sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak

menyahut dengan ucapan shalallahu 'alaihi wasallam. Semua orang Islam

dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan

nama Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa

sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat

dari sahabat dan tabi‟in. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan

adanya riwayat semacam itu dari seorang sahabat atau tabi‟in pun, padahal

Page 103: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. al-Syafi‟i

rahimahullah Ta‟ala sebagai seorang yang paling menghormati Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal

pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi‟i adalah contoh ikutan para

pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi‟i) hanya menyebutkan ”Allahumma shalli

„ala Muhammad”.[23]

Tambahan lagi setelah dirujuk kitab al-Umm dalam Bab “Tasyahhud Dan Selawat

kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam“ ternyata al-Syafi‟i sendiri meriwayatkan hadis-hadis

bacaan selawat yang tidak terdapat perkataan sayyidina di dalamnya.[24]

Dewasa ini ramai orang yang tidak ambil peduli untuk benar-benar mencontohi

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam tatacara berselawat. Malah mereka bukan sekadar

menambah lafaz sayyidina atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang sampai ke tahap

menggubah tatacara atau lafaz-lafaz baru secara total tanpa ada contohnya dari Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam, para sahabat, generasi tabi‟in mahupun imam-imam mazhab yang

empat. Pada tanggapan mereka ini adalah satu perbuatan yang lebih bermanfaat dari lafaz

aslinya yang datang dari baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Tindakan sebegini sepatutnya

dihindari secara oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis baginda yang sahih. Ini kerana Nabi

Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam adalah makhluk yang paling sempurna ibadahnya dan

yang paling mulia di sisi Allah „Azza Wa Jalla. Maka sewajarnya untuk kita tidak mencontohi

ikutan yang lain selain dari baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata Abu Ubaidah:

Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam merupakan sebuah ibadah dan sesuatu bersifat tauqify (terhenti

sebagaimana ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) maka kita semua wajib

membaca selawat kepada beliau dengan lafaz yang telah ditetapkan...Kita tidak

boleh menambah mahupun menggubah lafaz yang telah ditetapkan dengan

bentuk formula selawat yang baru. Kerana tindakan itu merupakan salah satu

Page 104: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

bentuk pembangkangan terhadap pemilik syari‟at (iaitu Allah Ta‟ala) yang

sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati.[25]

[1] al-Ahzaab (33):56

[2] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Sifat Shalat Nabi, ms. 205.

[3] Dinukil daripada kitab Marilah Kita Berselawat Ke Atas Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam, Hafiz

Firdaus Abdullah, (Jahabersa, Johor Bahru, 1999), ms. 11.

[4] al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 280

[5] al-Ahzaab (33):21

[6] Catitan penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan selawat itu sendiri. Ini

supaya para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan selawat tersebut.

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3370.

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i, hadis no.

1290.

[9] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih”, juga dinilai sahih oleh al-

Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 3220.

[10] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3369.

[11] Dalam kitab al-Masaa-il, (Darul Qolam, Jakarta 2003), jld.2, ms. 11-29 karangan Abdul Hakim Amir

Abdat, beliau telah membawa 8 cara selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari hadis-hadis yang

sahih.

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[13] al-Syafi‟i, al-Umm, jld.1, ms. 282. Apa yang biasa diamalkan di Malaysia dan yang tertulis dalam kitab-

kitab fardhu „ain, terdapat perbezaan antara bacaan Tasyahhud awal dan akhir. Tasyahhud awal hanya memadai

dibacakan tahiyat sahaja. Pendapat al-Syafi‟i yang sebenar adalah kedua-dua tasyahhud awal dan akhir

hendaklah disempurnakan dengan tahiyat dan selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana

terdapat dalam hadis-hadis beliau yang sahih.

[14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3445.

[15] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis

no. 4806. Berkata Ibn Muflih dalam al-Adab al-Syar„iyyah wa al-Minah al-Mar„iyyah (الملح المر ية ), jld. 3, ms.

455: “Sanadnya baik (jayyid).”

Page 105: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[16] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no. 12551 (jld. 3, ms. 153) dan

sanadnya dinilai sahih oleh Syu„aib al-Arna‟uth dan rakan-rakan. Juga dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dalam „Amal

al-Lail wa al-Yaum dengan sanad yang baik (jayyid) sebagaimana nilai Ibn Muflih dalam al-Furu‟, jld. 3, ms.

568.

[17] Catitan penyunting: Agaknya alasan Syaitaniyah seperti inilah yang telah diperingatkan oleh Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam dalam sabda baginda: “Berkatalah kamu dengan perkataan kamu itu, akan tetapi

janganlah sampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya.”

[18] al-Maaidah (5): 3

[19] Dinukil daripada kitab Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid‟ah, Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili (edisi

terjemahan oleh Abu Ahmad Syamsuddin, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2002) ms. 29.

[20] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no: 17142 (jld. 4, ms. 126) dan ia dinilai sahih

oleh Syu„aib al-Arna‟uth dan rakan-rakan..

[21] Rasul Dahri, Bid‟ah dan Percanggahannya, (Jahabersa, Johor Bahru, 1998), ms. 74.

[22] Al-Kahfi (18): 104

[23] Dinukil dari kitab Sifat Shalat Nabi, ms. 216.

[24] al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 280-281.

[25] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 162.

Page 106: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

10

TIDAK BERZIKIR SESUDAH SOLAT

Baru-baru ini di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Malaysia,[1] penulis tetap di

dalam akhbar tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan: "Sesetengah ulama terutama dari

puak Wahhabi mengharamkan orang Muslim berwirid selepas solat kerana menganggapnya

sebagai bid‟ah atau perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah". Kenyataan yang

jahil lagi keliru ini sebenarnya memang sudah tersebar di kalangan umat Islam di Malaysia.

Walau pun begitu sepanjang kajian penulis, belum pernah lagi penulis terjumpa aliran-aliran

Islam yang mengharamkan secara keseluruhan zikir sesudah solat atau menganggap ianya

bid‟ah. Pada pendapat penulis pandangan yang jahil ini timbul kerana ada niat jahat dan si

penuduh sendiri tidak meneliti pandangan sebenar golongan yang dicemuh dengan gelaran

Wahhabiyah ini dalam permasalahan zikir selepas solat. Kebanyakan daripada mereka hanya

menggunakan sangkaan tanpa meneliti isu sebenar berkaitan dengan zikir setelah solat. Sikap

mereka ini telah dicela oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja,

(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak

menentukan sesuatu dari kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

akan apa yang mereka lakukan.[2]

Page 107: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Hukum Zikir Selepas Solat.

Telah menjadi satu kesepakatan bahawa zikir setelah solat adalah satu bentuk amal ibadah

yang disyari‟atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu

menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa

kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam

keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana

biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas

orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.[3]

Menurut Abdul Hakim bin Amir Abdat:

Zikir sesudah solat yang wajib/fardhu ialah satu bentuk zikir yang terikat

dengan bilangan dan waktunya … Oleh kerana itu wajiblah kita mengikuti apa-apa

yang Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah ajarkan kepada kita dengan tidak

membuat-buat atau menambah-nambah yang telah ada.[4]

Telah menjadi kesepakatan ulama‟ Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah akan sunnahnya zikir

setelah solat fardhu[5]. Cuma yang wujud perbezaan pendapat adalah berkaitan dengan

tatacara zikir itu dibacakan. Insya-Allah di mukasurat yang berikutnya penulis akan bentangkan

tatacara sebenar zikir setelah solat menurut sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan juga

al-Syafi‟i rahimahullah.

Page 108: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala Berkaitan Dengan Tatacara Bezikir

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan kepada hambanya tatacara berzikir yang

sepatutnya kita persembahkan kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah

diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula

menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau

menjadi dari orang-orang yang lalai.[6]

Dalam Tafsir al-Jalalain (Jld. 1, ms. 226) oleh al-Suyuti rahimahullah, disebutkan:

“Wadzkur Rabbaka Fi Nafsika ("Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu

dalam hatimu...) artinya secara rahsia atau sembunyi. Tadharru‟an artinya

merendah diri. Khifatan artinya rasa takut. Tingkatan di atas al-sirr ialah

perkataan, tapi tidak nyaring dan tidak terdengar (bisikan).”[7]

Dalam Ruhul-Ma‟any (Jld. 9, ms. 154) oleh al-Alusi rahimahullah, Ibnu Abbas

radhiallahu 'anh berkata tentang ayat ini: “Ertinya hanya dirinya sendiri yang mendengar.”[8]

Dalam Tafsir Al-Qurthubi (Jld. 7, ms. 355) disebutkan, Abu Ja‟far Al-Nuhas berkata:

Tidak ada perbezaan, bahawa makna wadzkur Rabbaka fi nafsika (Dan sebutlah

serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu..) adalah dalam berdoa, Ibnu Abbas

mengetikan berzikir di sini ialah qira‟ah dalam solat. Ada pula yang berpendapat,

artinya bacalah al-Qur‟an dengan pengamatan dan pemahaman. Dunal Jahri

(“…dengan tidak pula menyaringkan suara …”) artinya tidak menyaringkan suara.

Hal ini sebagaimana firman Allah: [9

Page 109: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

…dan ambilah jalan (pertengahan) antara demikian itu

ertinya antara nyaring dan bisikan hati, hal ini menunjukkan bahawa

menyaringkan suara dalam berzikir adalah dilarang, berdasarkan keterangan-

keterangan di atas.[10]

Melalui firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas serta penjelasan daripada para ulama‟

pentafsir al-Qur‟an, dapat kita fahami bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri telah

memerintahkan hamba-Nya untuk berzikir kepadanya dengan suara yang perlahan.

Hadis-Hadis Tentang Tatacara Zikir Setelah Solat

Di sini penulis akan paparkan beberapa hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang

berkaitan dengan tatacara zikir sesudah solat.

Pertama:

: أم سلم زوحج الن ل اا عليو وسل ال ح

ليمو ان رسول اللو ل اا عليو وسل إذا سل منح ال و ام النساء ي حض سح

.ومكث الن ط ل اا عليو وسل مكانو يس ا

Ummu Salamah (radhiallahu „anha) isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) apabila memberi salam setelah solatnya, kaum wanita berdiri setelah baginda menyelesaikan salamnya; sedangkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri diam di tempatnya sebentar."[11]

Page 110: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Kedua:

ان الن ط ل اللو عليحو وسل إذا سل :عااش ال ح

دار ما ي ول عدح إ م ح الله أنح السالم ومنحي السالم : اح ي ح

رام الل واا ح ذا ااح رام : و رواي ابحن ح ) ار ح الل وا ح (. يا ذا ااح

A'ishah (radhiallahu „anha) berkata: "Nabi shalallahu 'alaihi wasallam apabila mengucapkan salam, (menunjukkan solat telah selesai); baginda tidak duduk kecuali sekadar mengucapkan 'Allahumma antas salam, wa min kas salam, tabarakta dzal Jalali wal Ikram (dalam riwayat lain disebut: yadzal Jalali wal Ikram).”[12]

Ketiga:

: لح اابر بحن رة , اك بحن رحب ال

نح تال رسول اللو ل اللو عليحو وسل ؟

ر .ن ع ح : ال ان رسول اللو ل اللو عليحو وسل إذا ل الحف ح

ل مصاله حل الشمح

اىلي وي نحشدون الشعحر ف يت دث أ ح ابو ي ح رون ديث ااح

.عليحو وسل اللو ويضح كون وي ت س ل

Berkata Simak bin Harb, aku pernah berkata kepada Jabir bin Samurah: "Pernahkah engkau duduk bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.

Page 111: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Jawab Jabir: "Ya! Biasanya setelah solat Subuh, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tetap duduk di tempat solatnya hingga matahari naik. Di saat itu, biasanya para sahabat ada yang bercerita tentang kisah jahiliyah, ada yang membaca puisi nasihat; dan jika mereka sampai tertawa baginda ikut sama tersenyum."[13]

Keempat:

ود عنح أبيو أنو ل م رسول اللو ل اللو عليحو وسل , عنح ابر بحن يليد بحن ااسح

. الة الصط ح ف لما ل انحر

Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya bahawa dia pernah solat bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam solat Subuh. Setelah selesai solatnya, baginda segera meninggalkan tempat solatnya.[14]

Kelima:

ارث الحفراسي أن أم سلم أ ح ر حها ال ابحن شهاب أ ح ر ح ىنحد بنح الح

د رسول اللو ل اللو عليحو ن أن النساء عهح ن منح الصالة مح وسل ن إذا سلمح

و رسول اللو ل اللو عليحو وسل ومنح ل منح الر ال ما شاء اللو

.ف ذا ام رسول اللو ل اللو عليحو وسل ام الر ال

Berkata Ibnu Syihab, aku diberitahu oleh Hindun binti Haarits al-Firasyyah, bahawa Ummu Salamah pernah memberitahukan: "Bahawa di masa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pada umumnya, kaum wanita segera meninggalkan

Page 112: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

tempat solat setelah salam. Sedangkan Rasulullah dan kaum lelaki yang ikut solat bersama baginda masih duduk sampai Rasulullah bangkit maka kaum lelaki segera bangkit pula."[15]

Keenam:

ر ي نحصر الناس منح أن ابحن ع اس ر هما أ ح ره أن رفح الصوحت بال ح اللو عن حتوب الحمكح

د الن ل اللو عليحو وسل و ال ابحن ع اس : ان عل عهح

.عحتو نح أعحل إذا انحصرفوا ب لي إذا س

Abdullah ibnu Abbas radhiallahu‟anhuma berkata bahawa orang ramai berzikir dengan suara yang kuat selepas berakhirnya solat berjemaah dan ini berlaku pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ibnu Abbas melanjutkan: “Aku dapat mengetahui apabila solat telah selesai dengan mendengar zikir tersebut.”[16]

Ketujuh:

ان رسول اللو ل اا عليو وسل إذا سل : عنح اللو بحن اللطب ح ي ول

.... إلو إ اللو :منح ال و ي ول بصوح و ااعحل

Abdullah ibnu Zubair (radhiallahu 'anh berkata): "Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila memberi salam daripada solatnya, mengucapkan zikir berikut dengan suara yang keras: "La ilaha illAllah..."[17]

Page 113: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Setelah diteliti hadis-hadis di atas ternyata terdapat tiga cara Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam berzikir sesudah solat:

a) Baginda shalallahu 'alaihi wasallam berzikir dengan suara yang Jahr (kuat).

b) Baginda shalallahu 'alaihi wasallam berzikir secara sirr (perlahan).

c) Baginda shalallahu 'alaihi wasallam segera meninggalkan tempat solatnya tanpa

berzikir[18]

Insya-Allah akan kita paparkan pendapat yang didukung ulama‟ Ahlus Sunnnah Wal

Jama‟ah terutamanya pegangan al-Syafi'i rahimahullah Ta'ala dalam bab zikir selepas solat dan

bagaimana beliau menghilangkan percanggahan yang seolah-olah kelihatan dalam hadis-hadis

di atas.

Pandangan al-Syafi’i Tentang Zikir Setelah Solat

Menurut al-Syafi'i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm:[19]

Saya (al-Syafi'i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir

kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. Kedua-duanya

menyembunyikan zikir kecuali bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus

orang belajar darinya. Allah Azza wa jalla telah berfirman:

... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau solatmu,

juga janganlah engkau perlahankannya...[20]

Page 114: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Iaitu, Allah sahaja yang Maha Mengetahui, ialah doa. Tidaklah engkau keraskan,

ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya

sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya mengira (berpendapat) bahawa yang diriwayatkan daripada Ibnu Zubair

adalah dari tahlilnya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Dan yang diriwayatkan

daripada Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami riwayatkan

dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam [zikir secara jahr (dengan suara yang kuat)

selepas solat seperti yang telah dipaparkan di atas - pen] .

Saya mengira (berpendapat) bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang

demikian itu kerana umumnya riwayat yang kami tuliskan bersama ini dan yang

lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan pembacaan tahlil dan

takbir.

Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berzikir

sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari solat tanpa zikir. Dan Ummu Salamah

menyebutkan berhentinya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sekejap sesudah solat

dan beliau tidak bezikir dengan keras (kuat).

Saya mengira, bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak berhenti yang

sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara.....

Page 115: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Inilah tafsiran al-Syafi'i rahimahullah terhadap hadis-hadis zikir selepas solat. Beliau

menyatakan zikir setelah solat secara jahr (kuat) yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas

radhiallahu‟anh adalah untuk para sahabat belajar dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tentang

bacaan untuk berzikir. Setelah para sahabat faham akan tatacaranya maka zikir selepas solat

itu diperlahankan atau disembunyikan dengan suara yang perlahan dan dikerjakan secara

individual.

Ibnu Hajar al-„Asqalani pengarang kitab Fathul Baari juga telah menurunkan kata-kata

al-Nawawi rahimahullah (kedua-dua mereka adalah tokoh hadis yang bermazhab Syafi'i)

sebagai berikut:

Al-Syafi'i memahami hadis ini (yakni hadis Ibnu Abbas) bahwa mereka

mengeraskan suara hanya beberapa waktu lamanya untuk mengajar sifat (cara)

zikir, bukan bererti mereka terus-menerus mengeraskan bacaan zikir. Adapun

pandangan yang terpilih adalah bahawa imam dan makmum sama-sama membaca

zikir dengan suara perlahan kecuali bertujuan untuk mengajar zikir tersebut

kepada orang-orang.[21]

Dalam Syarah al-Nawawi „ala Shahih Muslim (Jld. 5, m.s 84) dalam bab “Raf‟ush-Shaut

bidz-zikr” (menyaringkan suara dalam berzikir), berkata al-Nawawi berkenaan hadis Ibnu

Abbas:

Ini merupakan dalil tentang pendapat sebahagian salaf tentang sunat

mengeraskan suara takbir dan zikir setelah selesai solat wajib. Di antara ulama

muta‟akhirin yang menganjurkannya ialah Ibnu Hazm al-Zahiri. Ibnu Bathal dan

lain-lainnya menyatakan bahawa rakan-rakannya dan juga lain-lainnnya sepakat

tentang tidak adanya anjuran mengeraskan suara zikir dan takbir tersebut. al-

Syafi‟i rahimahullah menafsirkan hadis ini bahawa hal itu merupakan

pengulangan dalam jangka waktu yang tidak seberapa lama kerana Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam hendak mengajar sifat zikir kepada para sahabat,

bukan bererti mereka terus menerus mengeraskannya. Dia berkata: “Imam dan

Page 116: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

makmum hendaknya memilih untuk berzikir kepada Allah setelah solat dengan

menyembunyikannya (secara sirr). Kecuali jika ada orang yang hendak belajar

zikir itu dari imam, hingga imam tahu bahwa orang yang belajar itu sudah mampu

mempelajari darinya. Setelah itu imam harus menyembunyikannya. Begitulah

semestinya.” Perkataan ibnu Abbas: “Aku tahu jika mereka menyelesaikan

(solat)..” menurut zahir kalimatnya bahawa Ibnu Abbas tidak hadir dalam solat

berjemaah pada sesekali waktu, kerana usianya yang masih kanak-kanak.[22]

Selanjutnya tentang hadis Ibnu Abbas radhiallahu'anhuma, Ibnu Hajar al-„Asqalani

rahimahullah berkata:

Kemudian terjadi perbezaan tentang latar belakang mengapa Ibnu Abbas

berkata demikian. Al-Qadhi Iyadh mengatakan, bahawa Ibnu Abbas tidak hadir

mengikuti solat berjemaah kerana usianya yang masih kecil, dia tidak termasuk

di antara orang yang terus menerus menghadiri jamaah, maka beliau mengetahui

akhir solat dari hal tersebut. Ulama‟ selainnya mengatakan, kemungkinan Ibnu

Abbas hadir di akhir Saf, maka beliau tidak mengetahui akhir solat dengan

salam, akan tetapi beliau mengetahuinya dengan takbir. Ibnu Daqiq al Id

berpendapat, dari sini dapat ditarik kesimpulan bahawa saat itu tidak ada orang

yang menyampaikan takbir imam (muballigh) supaya didengar oleh orang-orang

yang berada di akhir saf.[23]

Akan tetapi setelah Ibnu Abbas dewasa dan memiliki ilmu, dia sendiri ikut menafsirkan

tadharru‟an wa khufyatan dalam surah al-A‟raf ayat ke 205 dengan berkata: “Ertinya secara

sembunyi, sirr.” Di tempat lain dia berkata menjelaskan sirr (zikir dengan suara perlahan – pen)

itu ertinya: “Hanya dirinya sendiri mendengar.”[24]

Page 117: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Zainuddin bin „Abdul „Aziz al-Malibariy rahimahullah, pengarang kitab Fathul Mu‟in,

sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi‟i yang menjadi rujukan utama bagi masyarakat Islam di

Malaysia dan Indonesia, telah menulis:

Sunnah sesudah solat, zikir dan berdoa dengan suara perlahan. Maksudnya,

sunnah melakukannya dengan suara perlahan bagi munfarid (solat bersendirian),

makmum dan imam yang tidak bermaksud untuk memimpin hadirin atau

memperdengarkan doanya agar diaminkan oleh mereka.[25]

Maka secara ringkasnya pandangan al-Syafi‟i rahimahullah tentang tatacara berzikir

selepas solat adalah sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baihaqi rahimahullah dalam kitabnya

Sunan al-Kubra:

Bahawa zikir dan doa sesudah solat harus diperlahankan (secara sirr) kecuali

jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dikuatkan (secara

jahr) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui,

maka zikir dan doa itu haruslah diperlahankan (secara sirr semula – pen).[26]

Maka inilah pendapat Mazhab al-Syafi‟i yang sebenar tentang zikir sesudah solat. Apa

yang perlu difahami oleh para pembaca yang budiman bahawa sebenarnya hukum

mengeraskan suara dengan zikir di dalam masjid sehingga terganggu orang lain yang sedang

solat (samada makmum yang masbuk atau yang sedang solat sunat) adalah haram. Menurut

Zainuddin bin „Abdul „Aziz al-Malibariy rahimahullah:

Guru kami berpendapat: “Adapun mengeraskan suara zikir dan doa di dalam

masjid sehingga menganggu ketenangan orang yang bersolat maka ianya adalah

haram.”[27]

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah pengharaman ini dikecualikan ketika sedang

dijalankan majlis ilmu di masjid tersebut.[28] Pengharaman ini adalah berdasarkan kepada sabda

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Page 118: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

عن الح يا أن رسول اللو ل اللو عليحو وسل

وا ه ح بالح راءة رج عل الناس وى ح يصلطون و دح عل ح أ ح

إن الحمصل ي نا ربو عل و ل ف لحي نحلرح ما ي نا يو : ف ال

.و حهرح ب عحضك ح عل ب عح بالح رح ن

Dari al-Bayaadhiyyi radhiallahu‟anh, dia berkata: “Bahwa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam pada suatu ketika keluar kepada orang ramai (di masjid). Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca al-Qur‟an, maka sabdanya: “Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya „Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang dipercakapkan itu! Dan janganlah pula sebahagianmu mengeraskan suaranya mengatasi yang lain dalam membaca al-Qur‟an!”[29]

Sekiranya membaca ayat al-Qur‟an secara kuat dilarang kerana mengganggu orang lain

yang sedang bersolat, maka sudah tentu juga membaca zikir secara kuat atau beramai-ramai

adalah dilarang juga.

Selanjutnya ingin penulis tambah sedikit tentang kaifiyah (tatacara) berdoa yang

disyari‟atkan sebagaimana yang difirman oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berserta huraian dan

penjelasan para ahli tafsir tentang ayat tersebut:

Page 119: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.[30]

Mengenai sebab turunnya ayat doa yang terkenal ini, al-Qurtubi dalam tafsirnya (jld. 1,

ms. 219) menyebut:

Dari al-Shalat bin Hakim bin Mu‟awiyah bin Haidah al-Qusyairy, dari ayahnya,

dari datuknya, bahawa ada seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami dekat sehingga

kami cukup bermunajat (berbisik) kepada-Nya ataukah Dia jauh sehingga kami

berseru kepada-Nya (dengan suara nyaring?” Baginda diam sahaja. Lalu tak

seberapa lama kemudian Allah turunkan ayat di atas, “Wa idza sa‟alaka ibadi

„anni…”

…Setelah itu disebutkan riwayat Ahmad dari Abu Musa al-„Asya‟ari radhiyallahu

„anhu, dia berkata: “Kami pernah bersama Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam

satu peperangan. Setiap kali kami melalui jalan mendaki atau menurun di suatu

lembah, maka kami mengeraskan suara bertakbir. Maka beliau mendekati kami

seraya bersabda: “Wahai manusia, kasihanilah diri kalian, kerana kalian

tidak berdoa kepada yang tuli dan tidak pula yang jauh. Sesungguhnya yang

kalian seru lebih dekat kepada salah seorang di antara kalian daripada

tengkuk untanya. Wahai Abdullah bin Qais, bagaimana jika aku ajarkan

kepada mu satu kata dari simpanan syurga, iaitu la haula wa la quwwata illa

billahi” [31]

Page 120: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dari sini dapatlah kita fahami bahawa berdoa kepada Allah „Azza wa Jalla juga

disyari‟atkan dengan suara yang perlahan sahaja. Apa yang lebih utama adalah jika kita

panjatkan doa kepada Allah Ta‟ala ketika masih dalam solat. Menurut Ibnu Taymiyyah

rahimahullah dalam Majmu‟ al-Fatawa, Jld. 22, ms. 512-514:

Seseorang yang sedang bersolat sebenarnya sedang mengadu (bermunajat)

kepada Tuhannya, maka ketika dia memberi salam (menunjukkan berakhirnya

solat), selesailah sudah munajatnya. Oleh itu sewajarnya permohonan itu

dipanjatkan ketika bermunajat (dalam solat sebelum salam) kerana ianya lebih

mungkin untuk dimakbulkan jika dibandingkan dengan permohonan yang

dipanjatkan setelah dia selesai bermunajat (selesai solat).[32]

Antara waktu yang paling mustajab doa (berkemungkinan untuk doa dimakbulkan oleh

Allah Ta‟ala) semasa sedang bersolat adalah ketika sedang bersujud dan dalam tasyahhud

akhir setelah selawat sebelum salam. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

دد فربركأ ر س اد ر ار ر أ . ر س ار ير س آس اأ ر أدس ارنأ رب ر ر س ر ر ار

Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud itu.[33]

أ وإ ني أنح أ حرأ الح رح ن را عا أوح سا دا

Page 121: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ف ما الرط وع ف علموا فيو الرب عل و ل وأما السط ود

ت اب لك ح تهدوا الدطعاء ف من أنح يسح . فا ح

Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca al-Qur‟an di waktu rukuk mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud usahakanlah padanya berdoa dengan sungguh-sungguh, kerana besar kemungkinan (doa itu –pen) akan dikabulkan Tuhan.[34]

إذا شهد أ د ح ف لحيت عوذح باللو منح أرحب

يا والحممات منح ع اب ن الحم ح هن وع اب الح ح وفت ح

سو ا بدا لو عو لن فح .ومنح شر الحمسي الد ال يدح

Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu (Ya Allah aku berlindung kepada mu) dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari (fitnah) Dajjal. Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai dengan kehendaknya. [35]

Kesimpulan

Semoga dengan penjelasan ini maka umat Islam di Malaysia akan berlapang dada

dalam permasalahan zikir dan berdoa sesudah solat ini. Yang benar menurut sunnah Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam adalah zikir dan doa tersebut dibacakan secara individual dengan

suara yang perlahan. al-„Utsaimin rahimahullah menulis:

Page 122: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Bukan termasuk perbuatan sunnah apabila seseorang duduk setelah solat untuk

membaca zikir-zikir ataupun doa-doa yang ma‟thur (yang disebutkan di dalam

hadis) mahupun yang tidak ma‟thur dengan suara yang keras (jahr). Apalagi jika

bacaan semacam itu dikerjakan secara kolektif (bersama-sama), seperti yang

telah menjadi tradisi di beberapa daerah. Namun sayangnya tradisi yang berlaku

ini dianggap tidak benar jika tidak dikerjakan. Bahkan orang yang melarangnya

dianggap sebagai orang yang melarang syi‟ar agama. Padahal sebenarnya tradisi

seperti ini seharusnya ditinggalkan kerana tidak diajar oleh sunnah Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam .[36]

Jangan disebabkan kejahilan diri masing-masing, terjadi saling fitnah-menfitnah dan

memberi gelaran-gelaran dalam bentuk ejekan yang tidak baik. Firman Allah Subhanahu wa

Ta'ala:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah

bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka

keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka

yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.[37]

[1] Sila rujuk tulisan Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22hb Ogos 2004.

[2] Yunus (10): 36

[3] al-Nisaa‟ (4): 103. Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Majmu‟ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 375.

[4] Abdul Hakim bin Amir Abdat, al Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), jld.1, ms. 175.

[5] Di dalam bab seterusnya penulis akan membahaskan bacaan-bacaan zikir sesudah solat yang diamalkan oleh

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

[6] al-A'raaf (7): 205

Page 123: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[7] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jama‟ah M. Arifin Ilham, ms. 88.

[8] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jama‟ah M. Arifin Ilham, ms. 88.

[9] al-Israa‟ (17): 11

[10] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jama‟ah M. Arifin Ilham, ms. 94-95.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh asy-Syafi‟i di dalam Kitab al-Umm, jld.1, mukasurat 150 dan al-Baihaqi di dalam

al-Sunan al-Kubra, hadis no. 2827. Juga dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 837 dengan

lafaz yang sedikit berbeza, iaitu:

ل . و ومكث يس ا حل أنح ي وم ان رسول اللو ل اللو عليحو وسل إذا سل ام النساء ي حض سح

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 592.

[13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i, hadis

no. 1358.

[14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i, hadis

no. 1334.

[15] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i, hadis

no. 1333.

[16] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 841.

[17] ---: Dikeluarkan oleh al-Syafi‟i di dalam Kitab al-Umm, jld.1, mukasurat 150. Dikeluarkan juga oleh

Muslim di dalam Shahihnya – hadis no. 594 akan tetapi tanpa lafaz “dengan suara yang keras”.

[18] Hadis yang mengkhabarkan bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam setelah selesai solat baginda terus

bangkit tanpa berzikir, menunjukkan zikir selepas solat hanyalah sunat.

[19] al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 295-297.

[20] al-Israa' (17):110

[21] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 711.

[22] Dinukil daripada buku Koreksi Dzikir Jama‟ah M. Arifin Ilham, karya Abu Amsaka, Darul Falah, Jakarta

2003, ms. 107-108.

[23] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 712.

[24] Dinukil dari buku tulisan Abu Amsaka, Koreksi Dzikir Jama’ah M. Arifin Ilham, ms. 98.

[25] Zainuddin bin „Abdul „Aziz al-Malibariy, Fathul Mu‟in (edisi terjemahan oleh Drs. Aliy As‟ad, Klang

Book Centre, Klang 1988), jld.1, ms. 170.

[26] Dinukil daripada buku tulisan Hafiz Firdaus Abdullah, Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaiman Yang

Diajarkan Dan Dilakukan Oleh Rasulullah SAW, ms. 46

[27] Zainuddin bin „Abdul „Aziz al-Malibariy, Fathul Mu‟in, jld.1, ms. 172.

[28] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms.151

[29] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan ia dinilai sahih oleh Syu‟aib al-Arna‟uth dalam semakannya ke atas

kitab tersebut, hadis no. 19022 (jld. 4, ms. 344).

Page 124: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[30] al-Baqarah (2): 186

[31] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jama’ah M. Arifin Ilham, ms. 113-114.

[32] Dinukil daripada kerta kerja Hukum Berdoa Dan Cara Bertasbih Selepas Solat, ms. 9, tulisan Rasul Dahri.

Yang telah beliau bentangkan di markas Pertubuhan al-Khaadem, Damansara, Kuala Lumpur.

[33] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 482.

[34] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 479.

Catitan penyunting: Petunjuk sampingan dalam hadis ini adalah larangan membaca ayat-ayat al-

Qur‟an ketika rukuk dan sujud. Para pembaca hendaklah memerhatikan hal ini kerana sedia diketahui terdapat

sebahagian ustaz yang mengajar membaca ayat-ayat al-Qur‟an ketika sujud dalam solat atas alasan fadilat attau

petua tertentu.

Tidak boleh juga membaca doa yang berasal daripada ayat al-Qur‟an ketika sujud. Gantinya, doa

tersebut boleh dibaca ketika duduk tasyahud akhir sebaik sahaja sebelum memberi salam. Rujuk hadis

berikutnya berkenaan doa sebelum memberi salam.

[35] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‟i, hadis

no. 1310.

[36] Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 375.

[37] Aali ‘Imran (3):105

Page 125: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

11

ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT

Di dalam bab ini penulis akan membawa beberapa hadis Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam berkaitan zikir-zikir yang dibacakan oleh baginda setelah selesai bersolat. Mungkin

para pembaca akan sedar bahawa wujud perbezaan di antara zikir-zikir dari hadis Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam dengan apa yang biasa kita bacakan selama ini. Saranan penulis

agar kita semua tetap mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam kerana baginda adalah contoh ikutan kita yang terbaik yang wajib kita ikuti

sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[1]

Zikir-zikir baginda shalallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut:[2]

Pertama:

Tsauban radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila selesai bersolat, baginda beristighfar tiga kali, kemudian menyebut:

رام الل واا ح ذا ااح .الله أنح السالم ومنحي السالم ار ح

Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada-Mu asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang

Page 126: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” Al-Walid kemudiannya bertanya kepada al-Auzai, bagaimana cara beristighfar yang dimaksudkan? Al-Auzai menjawab:

ت غحفر اللو ت غحفر اللو أسح .أسح

(Dengan mengucapkan): Astaghfirullah (Saya mohon ampun kepada Allah), Astaghfirullah.”[3]

Kedua:

Abdullah ibnu al-Zubair radhiallahu 'anh berzikir sesudah selesai solat (dan beliau berkata, hal ini dilakukan juga oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam):

ده شريي لو إلو إ اللو و ح

ء دير د وىو عل ل ش ح مح . لو الحملحي ولو الح

. وحل و وة إ باللو

إلو إ اللو و ن عح د إ إياه

سن ل ولو ال ناء الح . لو الن عحم ولو الحفضح

ين ولوح ره الحكافرون إلو إ . اللو حلص لو الد

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Tiada daya mahupun tenaga kecuali dengan Allah.

Page 127: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tiada yang berhak disembah melainkan Allah. Tuhan empunya kurnia, empunya keutamaan serta puji yang sebaik-baiknya. Tiada Tuhan melainkan Allah, kami bulatkan pengabdian kepada-Nya semata-mata walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir.[4]

Ketiga:

Mughirah bin Syu‟bah radhiallahu‟anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam setiap kali selesai solat berzikir:

ده شريي لو إلو إ اللو و ح

ء دير د وىو عل ل ش ح مح . لو الحملحي ولو الح

معح لما من عح الله مان لما أعح يح و

دط د منحي ااح ف ذا ااح . و ي ن ح

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Ya Allah, tiadalah yang dapat menahan apa-apa yang Engkau berikan, tiadalah pula yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau tahan, dan tiadalah bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebesarannya itu.[5]

Keempat:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut sepuluh kali sesudah solat Maghrib dan Subuh

Page 128: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ده شريي لو إلو إ اللو و ح

ر ي ح د بيده ااح مح لو الحملحي ولو الح

ء دير . حي و ي وىو عل ل ش ح

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan, Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Maka dicatatlah ganjaran untuk setiap kali bacaan sepuluh pahala, dihapuskan sepuluh buah dosa, dinaikkan darjatnya sepuluh tingkat dan di samping itu menjadi tangkal bagi segala bahaya, dan penolak syaitan terkutuk, dan tak satu dosa pun yang akan dapat mencelakakannya kecuali jika syirik. Maka dia adalah orang yang terbaik amalannya, tak ada yang melebihinya kecuali orang yang lebih utama iaitu yang mengucapkan yang lebih baik pula.[6]

Kelima:

Muslim bin al-Harits al-Tamimi radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarnya untuk membaca zikir berikut tujuh kali sesudah solat Subuh, sebelum berbicara dengan sesiapa:

.الله أ رح منح النار

“Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka”

dan tujuh kali sesudah solat Maghrib:

ن الله أ رح منح النار .الله إ أسح لي ااح

“Ya Allah, aku memohon dimasukkan ke syurga, Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka” Sesiapa yang membaca zikir ini kemudian secara kebetulan meninggal dunia pada hari tersebut, nescaya Allah akan melindunginya daripada api neraka.[7]

Page 129: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Keenam:

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:

منح رأ ي الحكرحس دب ر ل الة

ن إ أنح . وت اح حن عحو منح د ول ااح

Barangsiapa membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai solat, maka tak ada yang akan menghalanginya masuk syurga kecuali maut.[8]

Ayat al-Kursi adalah seperti di bawah:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup,

Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka

Page 130: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.[9]

Ketujuh:

بحن عامر أنو ال : عنح ع ح

أمر رسول اللو ل اللو عليحو وسل

.أنح أ حرأ بالحمعوذات دبر ل الة

Dari „Uqbah bin „Amir, dia berkata: “Saya diperintah oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam agar membaca surah-surah al-Mu‟awwidzat setiap kali selesai solat.”[10]

Surah-surah al-Mu‟awwidzat adalah seperti di bawah:

Katakanlah: "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[11]

Page 131: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Katakanlah: "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."[13]

Tentang pembacaan zikir tasbih, tahmid dan takbir selepas solat maka ianya terdapat

variasi dari segi jumlah dan tatacara bacaannya dan kesemuanya bersumber dari hadis-hadis

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sahih. Tentang hal ini Muhammad Sallih al-„Utsaimin

rahimahullah berkata:

Bentuk Tasbih mana saja diamalkan maka hukumnya boleh berdasarkan kaidah

syar‟iyah: Bahawa bentuk ibadah dengan berbagai bentuk asalkan kesemuanya

ada sumber (yang sahih) maka disunnahkan untuk mengerjakan kesemuanya

dengan dilakukan berganti-ganti agar seseorang boleh melakukannya sunnah

dengan berbagai ragamnya.[14]

Berikut dikemukakan bentuk-bentuk bacaan zikir tasbih, tahmid dan takbir daripada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Pertama:

Membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali, kemudian ditutupi dengan:

ده شريي لو إلو إ اللو و ح

ء دير د وىو عل ل ش ح مح .لو الحملحي ولو الح

Page 132: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa sesiapa yang membaca zikir di atas, maka diampunilah kesalahan-kesalahan walaupun sebanyak buih di laut.[15]

Kedua:

Membaca Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahu Akbar 10 kali. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa jika hal yang mudah ini dilakukan secara terus menerus selepas solat nescaya ia akan memasukkan orang tersebut ke dalam syurga.[16]

Demikianlah beberapa zikir sesudah solat yang sabit datangnya dari Nabi shalallahu

'alaihi wasallam. Tentang bacaan surah al-Fatihah dengan ucapan “Ilaa Hadhratin Nabiyy” yang

dibacakan setiap kali setelah selesai solat fardhu sepertimana yang diamalkan di kebanyakan

masjid di Malaysia, maka ianya tidak ada sumber dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Shalih

al-Fauzan berpendapat bacaan tersebut: “Hukumnya adalah bid‟ah yang tidak pernah terjadi

pada masa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan juga pada masa Khulafa‟ al-Rasyidin.”[17]

Tentu sekali apa yang lebih utama untuk kita amalkan adalah amalan yang benar-benar telah

diputuskan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan meninggalkan amalan zikir yang ditokok-

tambah dari sumber yang tidak maksum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan

- apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.[18]

[1] al-Ahzaab (33): 21

[2] Catitan penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan zikir itu sendiri. Ini supaya

para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan zikir tersebut.

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 591.

[4] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 594.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 7292.

Page 133: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[6] Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no: 17990 (jld. 4, ms. 227) dan dalam sanadnya

terdapat kelemahan. Akan tetapi hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan yang lain, lalu ia dinilai hasan

lighairihi oleh Syu‟aib al-Arna‟uth.

[7] ---: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no: 18054 (jld. 4, ms. 234), dalam sanadnya terdapat

Muslim bin al-Harits dan beliau tidak dikenali di sisi ahli hadis kecuali Ibn Hibban, dimana beliau menilainya

thiqah. Para perawi selainnya adalah thiqah.

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no. 9928 dan „Amal al-Yaum wa al-Lail,

hadis no. 100; al-Thabarani dalam al-Mu‟jam al-Ausath, hadis no. 8068 dan Musnad al-Syamiyyin, hadis no.

824 dan al-Baihaqi dalam Syu„ab al-Iman, hadis no. 2395. al-Munziri menyebutnya dalam al-Targhib wa al-

Tarhib, hadis no. 2468 dan beliau berkata: “Diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Thabarani dengan sanad yang

salah satu daripadanya adalah sahih. Berkata syaikh kami – Abu al-Hasan: (Kesahihannya) adalah di atas syarat

al-Bukhari.” Al-Suyuthi menyebutnya dalam al-Jami‟ al-Shagheir, hadis no. 8926 dan beliau mensahihkannya.

Ibn al-Jauzi menganggap hadis ini adalah maudhu‟ akan tetapi ini telah ditolak oleh para ahli hadis yang lain

seperti Ibn al-Qayyim, Ibn Hajar al-„Asqalani dan al-Dimyathi. Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami‟ al-

Shagheir oleh al-Munawi, jld. 6, ms. 197.

[9] Al-Baqarah (2): 255

[10] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no. 17417 (jld. 4, ms. 155) dan ia dinilai sahih

oleh Syu‟aib al-Arna‟uth.

[11] al-Ikhlas (112): 1 - 4

[12] al-Falaq (113): 1 - 5

[13] al-Nas (114): 1 - 6

[14] Muhammad Bin Sallih al-„Utsaimin, Majmu‟ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 376.

[15] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 597.

[16] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih”, juga dinilai sahih oleh al-

Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 3410.

[17] Fayiz Musa Abu Syaikhah, Fatwa-Fatwa al-Fauzan, (edisi Terjemahan oleh Ali Murtadho Syahudi,

Pustaka Azzam, Jakarta, 2004), ms. 186

[18] al-Ahzaab (33): 36

Page 134: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

12

TATACARA PERLAKSANAAN

SUJUD SAHWI

Maksud perkataan sahwi dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalih al-

‘Utsaimin rahimahullah:

Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat,

untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat yang disebabkan kerana

lupa.[1]

Kebiasaannya di Malaysia sujud sahwi ini dilaksanakan seperti berikut:

1. Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum salam.

2. Bacaan dalam sujud هو Mahasuci Tuhan yang tidak) س ح ان منح ي نام و يسح

tidur dan tidak lupa).

Sebagaimana dalam bab-bab yang lalu, kita sentiasa menyarankan untuk berpegang

teguh dengan perintah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam untuk mencontohi baginda dalam

ibadah solat sebagaimana sabdanya: "Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku

bersolat”[2] maka sepatutnya dalam pengamalan sujud sahwi ini ianya juga harus sejajar dengan

tatacara yang dilaksanakan oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam.

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:

Page 135: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

“Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum salam atau sesudahnya

oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua cara ini memang diajarkan oleh

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.”[3]

Setelah meneliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, kita dapati sujud

sahwi ini dilakukan samada sebelum atau sesudah salam bergantung kepada situasi

kekurangan atau penambahan yang berlaku dalam solat. Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin

rahimahullah menyatakan:

Sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi dalam solat secara global ada tiga

hal iaitu:

1. Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah

rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.

2. Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan

rukun atau hal yang wajib dalam solat.

3. Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat

samada tiga atau empat.[4]

Sebelum kita meneruskan perbincangan di dalam bab ini, adalah baik sekiranya terlebih dahulu

ditegaskan bahawa penambahan atau pengurangan gerakan dalam solat secara sengaja boleh

membatalkan solat. Sujud sahwi hanya disyari’atkan ke atas kekurangan atau penambahan yang

berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Ini sebagaimana Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

.إذا زاد الر ل أوح ن ف لحيسح دح س حد ح

Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua

kali.[5]

Page 136: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Tatacara Sujud Sahwi Ketika Penambahan Dalam Solat

Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samada ketika masih bersolat atau

sesudah selesai mengerjakannya, ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud, duduk

antara dua sujud dan lain-lain, maka sujud sahwi hanya dilakukan sesudah salam. Sebagai

contohnya sekira seseorang itu ketika bersolat Maghrib dia telah mengerjakan empat rakaat

dan hanya sedar ketika tasyahhud akhir, maka dia sempurnakan tasyahhudnya lalu memberi

salam. Setelah itu dia perlu lakukan sujud sahwi lalu memberi salam lagi. Sekiranya dia hanya

teringat setelah memberi salam, maka dia perlu melakukan sujud sahwi serta merta lalu

memberi salam. Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru dia tersedar bahawa solat

Maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk ketika itu juga untuk mengerjakan

tasyahhud akhir dan kemudiannya memberi salam. Sesudah itu dikerjakan sujud sahwi dan

memberi salam sekali lagi. Dalilnya adalah dari hadis yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu

Mas‟ud radhiallahu‟anh:

ر حسا ل رسول اللو ل اللو عليحو وسل اللطهح

وما ذاك؟ : ف يل لو أزيد الصالة؟ ال

ب عحد ما سل : ال د ح . ليح حسا فس د س ح

Pada suatu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersolat Zuhur lima rakaat, lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah?” Baginda bertanya: “Mengapa demikian?” Para sahabat menjawab: “Anda telah melakukan solat lima rakaat.” Maka bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu.[6]

Ini berbeza sekali dengan amalan sesetengah umat Islam di Malaysia yang

menganggap solat yang terlebih atau terkurang rakaat secara tidak sengaja itu telah terbatal

lalu perlu diulangi keseluruhan solat tersebut. Sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

yang sebenarnya adalah tidak diulangi solat tersebut (menunjukkan solat itu sah) tetapi

dikerjakan sujud sahwi setelah memberi salam.

Page 137: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Termasuk juga dalam al-Ziyadah atau penambahan gerakan adalah memberi salam

sebelum solatnya sempurna. Contohnya seseorang sedang bersolat Asar lalu pada rakaat

kedua dia telah melakukan tasyahhud akhir dan memberi salam menunjukkan berakhirnya

solatnya itu. Ini dianggap penambahan kerana dia menambahkan salam di rakaat kedua

tersebut. Di dalam situasi sebegini sekiranya dia tersedar akan kesilapannya setelah berlalu

waktu yang lama, maka dia harus mengulangi solatnya. Namun begitu sekiranya dia tersedar

dalam waktu yang singkat seperti dua atau tiga minit setelah mengakhiri solatnya, maka dia

harus menyempurnakan baki solatnya yang dua rakaat lagi itu lalu memberi salam. Setelah itu

hendaklah dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Ini adalah sebagaimana yang

dikatakan oleh Abu Hurairah radhiallahu‟anh:

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami pada salah satu solat di siang hari (iaitu Zuhur atau Asar), ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: “Solat telah diqasarkan (dipendekkan)”. Di antara orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya:

يا رسول اللو أنسي أمح صرتح الصالة؟

أ ما ي ول ذو الحيديحن؟ : ف ال . اح أنح واح حصرح : ال

ف ت دم فصل ما رك سل ر . ن ع ح : ف الوا

وس د م حل س وده أوح أاحول رف رأحسو و ر

. ر وس د م حل س وده أوح أاحول رف رأحسو

“Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan?” Baginda bersabda: “Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan.”

Page 138: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: “Apakah benar yang dikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar.” Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud seperti biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali.”[7]

Tatacara Sujud Sahwi Ketika Terdapat Pengurangan Dalam Solat

Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam

perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud sahwinya dilakukan sebelum salam.

Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus bangun untuk

meneruskan rakaat yang ke tiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk mengerjakan

tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan melakukan sujud sahwi

selepas tasyahhud akhir dan kemudiannya barulah memberi salam. Sekiranya dia teringat

bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat ke

tiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk mengerjakan tasyahhud awal

tersebut. Dalil tentang hal ini adalah sebagaimana hadis dari Abdullah bin Buhainah

radhiallahu‟anh:

ر أن الن ل اللو عليحو وسل ل ح اللهح

اح حل ح ااولي ح عت ح ف ام الر ح

ليمو ر ف ام الناس معو إذا ض الصالة وا ن حتلر الناس سح

حل أنح يسل سل د ح .وىو ال فس د س ح

Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat Zuhur bersama mereka. Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (maksudnya, tidak melakukan tasyahhud awal), para makmumpun ikut berdiri bersama baginda; hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya, baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam.”[8]

Page 139: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Mughirah bin Syu‟bah radhiallahu‟anh pula telah berkata:

: ال رسول اللو ل اللو عليحو وسل

ل ح تت ااما ف لحي ح ف ل ح يسح عت ح إذا ام أ د ح منح الر ح

و داح السهح دح س ح تت ااما فال حل ح ويسح .ف ذا اسح

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua (dalam keadaan lupa untuk tasyahhud awal – pen) dan belum sempurna berdirinya maka hendaklah dia duduk kembali (untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut – pen), dan apabila telah sempurna berdirinya maka janganlah dia duduk (teruskan solatnya – pen) dan hendak dia sujud sahwi dua kali.”[9]

Tatacara Sujud Sahwi Ketika Berlaku Keraguan Dalam Solat

Menurut Muhammad bin Sallih al-„Utsaimin rahimahullah: “Syak (ragu-ragu) adalah

kebimbangan di antara dua hal tentang yang mana sebenarnya telah dilakukan.”[10]

Contohnya seseorang yang sedang bersolat Isyak dan dia terlupa samada dia sedang berada

dalam rakaat ketiga atau keempat, maka terdapat dua kemungkinan dalam keraguan tersebut

iaitu:

a) Dia memiliki keyakinan kepada salah satu antara dua hal tersebut. Contohnya dia

mempunyai keyakinan yang lebih bahawa dia sebenarnya berada dalam rakaat ke empat.

Dalam keadaan sebegini maka dia mengikut keyakinannya dan meneruskan solatnya.

Sujud Sahwi dilakukan sesudah salam dan kemudian dia memberi salam lagi. Dalilnya

adalah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas‟ud radhiallahu‟anh:

Page 140: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

رإر ر ر ص رحردسكسمأ فري صر ر ر ر ف رلأيرتر ر ص الص ر ر ف رلأيسترمص رلريأ ر ثسمص اريسسرلمأ ثسمص يرسأ سدس در ريأنر . ر أ

Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, maka hendaklah dia memilih yang (dianggap – pen) benar, lalu hendaklah dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud dua kali.[11]

b) Dia tidak memiliki keyakinan di antara dua hal tersebut. Contohnya dia tidak memiliki

kepastian samada dia sedang berada dalam rakaat ketiga atau keempat. Dalam keadaan

yang sebegini dia sepatutnya memilih rakaat yang paling sedikit iaitu rakaat yang ke tiga

lalu menyempurnakan solatnya dan melakukan sujud sahwi sebelum salam. Dalilnya

adalah sebuah hadis daripada Abdurrahman bin „Auf radhiallahu‟anh, daripada Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam:

ر أوا دة ص إذا شي أ د ح ال و ف ل ح يدح أمح نحت ح

علحها وا دة ف لحي ح

علحها نحت ح ل أمح ال ا ف لحي ح ر نحت ح وإذا اح يدح

علحها ال ا ر أ ال ا ل أمح أرحب عا ف لحي ح وإذا اح يدح

دح إذا ف ر منح ال و يسح

Page 141: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

وىو ال د ح . حل أنح يسل س ح

Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya, sehingga dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat, maka baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat. Dan jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai solat di waktu masih duduk (tasyahhud akhir - pen) sebelum memberi salam, iaitu sujud sahwi sebanyak dua kali.[12]

Demikianlah penjelasan tentang keadaan yang memerlukan sujud sahwi dilakukan

sebelum atau sesudah salam seperti yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam.

Bacaan Ketika Sujud Sahwi

Jika kita teliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan sujud

sahwi, ternyata baginda shalallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar bacaan khusus yang

perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika

sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:

در ر س أ ر . آر ربير ار ألرى ربر ر أ

Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.

Tentang bacaan هو Subhaana man laayanaamu walaa س ح ان منح ي نام و يسح

yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari sunnah Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf al-

Ummah termasuk imam-imam mazhab yang empat.

Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata:

Page 142: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi daripada

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Doa yang dibacanya (shalallahu 'alaihi

wasallam dalam sujud sahwi - pen) adalah sama seperti doa yang dibaca ketika

sujud biasa. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa bacaan saat sujud sahwi

adalah ال ينام وال يسهى ي سبحان من adalah tidak benar kerana ianya tidak pernah

diamalkan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabatnya. Tidak

ada dalil yang berasal dari sunnah yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu

sebenarnya adalah doa yang diperolehi dari mimpi sebahagian kaum sufi. Oleh

kerana itulah, jangan mengerjakan doa tersebut. Ambillah urusan agamamu dari

kitab-kitab hadis yang sahih.[13]

Begitulah amaran tegas dari Muhammad Abdussalam al-Syaqiry rahimahullah tentang

doa tersebut. Ini kerana doa tersebut merupakan perkara baru yang diada-adakan (bid‟ah) dan

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri telah memerintah kita dengan tegas untuk menolak

segala amalan yang tidak ada contohnya dari al-Qur‟an dan al-Sunnah:

دى ىدى مد ر الح ديث تاب اللو و ي ح ر الح ف ن ي ح

ع الل . وشرط اامور حد ا ها و لط بدح

Maka sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur‟an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan (bid‟ah) adalah sesat.[14]

Oleh itu sewajarnya untuk kita meninggalkan amalan tersebut dan tetap berada di atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

Page 143: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[1] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Risalah Sujud Sahwi, Majalah As-Sunnah, edisi 12/VII/1424H/2004M,

ms. 41.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[3] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms. 98

[4] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Majmu‟ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 382

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 572.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1226.

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 482.

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 829.

[9] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis

no. 1208.

[10] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Prostration For Forgetfulness In The Prayer, (edisi Bahasa Inggeris

diterjemah oleh Abu Talhah Dawood), ms. 11.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 401.

[12] Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 1656 (Jld. 1, ms. 190) dan dalam

sanadnya terdapat Muhammad bin Ishaq, seorang perawi yang terkenal melakukan tadlis. Akan tetapi yang

seumpama dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya – hadis no: 2663 daripada Abu Sa‟id al-Khudri dan

berkata Syu‟aib al-Arna‟uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban bi Tartil Ibn Balban: “Para

perawinya thiqah.” Justeru dalam semakannya ke atas Musnad Ahmad, Syu‟aib al-Arna‟uth mengklasifikasikan

hadis di atas sebagai hasan lighairihi.

[13] Muhammad Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Bid‟ah-Bid‟ah Yang Dianggap Sunnah (edisi terjemahan oleh

Achmad Munir Awood Badjeber & Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), ms. 76-77.

[14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 867.

Page 144: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

13

MENINGGALKAN QUNUT SUBUH

Kebanyakan umat Islam di Malaysia berpendapat sekiranya sesiapa yang meninggalkan

doa qunut pada solat Subuh secara sengaja seolah-olah dia telah melakukan satu perbuatan

yang telah menyalahi syari‟at dan menggugat kesempurnaan ibadah solat. Mereka melihat

qunut Subuh ini seakan-akan ianya berstatus wajib dalam solat Subuh. Mereka seperti tidak

mengerti bahawa di sisi mazhab al-Syafi‟i sekalipun ianya hanyalah sunat mu‟akad. al-Nawawi

rahimahullah dalam kitabnya al-Adzkar (ms. 111) berkata: “Menurut mazhab kami (iaitu al-

Syafi‟i), qunut disyari‟atkan pada solat Subuh dan hukumnya adalah sunat mu‟akad”[1]

Sebelum kita meneliti sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sebenar mengenai qunut

ini, seeloknya kita memahami pengertian qunut dahulu. Qunut dari segi bahasa bermakna

berdiri. Di dalam al-Qur‟an terdapat beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang boleh

menjelaskan kepada kita makna qunut dengan lebih mendalam seperti:

...bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya (qaanituun) [2]

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaan-Nya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturan-Nya (qaanituun).[3]

(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat (qaanitun) mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?[4]

...dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitab-Nya; dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat (al-qaanitiin).[5]

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardhu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk. (qaannitiin)[6]

Page 145: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Manakala dalam hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam terdapat penjelasan

baginda tentang qunut iaitu hadis daripada Jabir radhiallahu 'anh:

سئل رسول اللو ل اللو عليحو وسل أيط الصالة أفحضل؟

. الح نوت اول : ال

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya pekerjaan solat yang manakah yang lebih utama? Rasulullah menjawab: (Solat yang) panjang berdirinya (al-Qunut).[7]

Daripada ayat-ayat al-Qur‟an dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam di atas boleh

kita katakan: “Qunut artinya khusyu‟, selalu taat, doa, menghinakan diri kepada Allah, diam,

tunduk, mengekalkan ibadah, lama berdiri dalam solat.[8] Qunut dalam ibadah solat adalah

berdiri untuk berdoa sebelum rukuk (untuk qunut witir[9]) atau bangkit sesudah rukuk (qunut

nazilah[10] dan qunut witir pada akhir pertengahan bulan ramadhan). Bagi mereka yang

bermazhab al-Syafi‟i qunut juga diamalkan setelah bangkit dari rukuk pada solat Subuh yang

dilakukan secara berterusan setiap hari.

Dalil disyari‟atkan doa qunut dalam solat sunat witir adalah hadis berikut:

Hasan bin Ali radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat witir, iaitu:

د فيمنح ىديح وعاف فيمنح عاف يح الله اىح

و ول فيمنح وليح وباركح ل فيما أعح يح و شر ما ضيح

عليحي وإنو ي لط منح واليح إني حض و ي حض

رب نا و عاليح . و يعلط منح عاديح ار ح

Page 146: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Ya Allah, tunjukilah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan petunjuk, sejahterakanlah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan kesejahteraan, sayangilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau sayangi, berkatilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau berkati, hindarilah aku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi. Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. [11]

Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar cucunya untuk membaca doa

qunut di atas dalam solat witir, bererti membaca doa qunut ketika solat witir adalah sesuatu

yang disyari‟atkan. Manakala dalil disyari‟atkan doa qunut nazilah dalam solat fardhu adalah

hadis berikut daripada Abdullah ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:

را متتابعا ن رسول اللو ل اللو عليحو وسل شهح

ر والحمغحرب والحعشاء و الة الصط ح دبر ر والحعصح اللطهح

ع اا رة ده منح الر ح اللو لمنح ل الة إذا ال

وان وعصي ياء منح ب سليح عل رعحل وذ ح عو عل أ ح يدح

.وي من منح لحفو

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah berqunut sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir ketika i‟tidal sehabis mengucapkan “Samiallahuliman hamidah”. Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Bani Sulaim, Ra‟al, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.”[12]

Sementara itu Anas bin Malik radhiallahu‟anh juga telah berkata:

أن الن ل اللو عليحو وسل ان ي حن

Page 147: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

.دعا عل وحم إ إذا دعا الح ح وحم أوح

“Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas (bangun daripada rukuk) kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.”[13]

Bersandarkan dalil-dalil di atas, telah bersepakat ulama‟ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‟ah

akan sunnahnya doa qunut witir dan qunut nazilah. Sedangkan qunut secara berterusan dalam

solat Subuh, ulama‟ berbeza pendapat kesunnahannya.[14] Yang lebih tepat menurut Sayyid

Sabiq rahimahullah adalah:

Qunut dalam solat Subuh itu tidak disyari‟atkan kecuali apabila terjadi bahaya

(iaitu membaca qunut nazilah – pen). Dan kalau terjadi bahaya itu, maka bukan

hanya dalam solat Subuh sahaja disunatkan berqunut, tetapi juga di dalam

semua solat fardhu yang lain sebagaimana yang diterangkan di atas.[15]

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahu‟anhum tidak

mengerjakan qunut Subuh secara terus-menerus sepanjang hayat mereka melainkan jika

terjadi sesuatu musibah maka mereka membacakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu

termasuk solat Subuh. Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh:

ن الة الصط ح أن الن ل اا عليحو وسل ح ان ي ح

.وح دعا عل وحم إ إذا دعا ل وحم أ

Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah berqunut dalam solat Subuh kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin) atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir) (iaitu qunut nazilah – pen).[16]

ع ال : لح ا , عنح أ مالي ااشح

Page 148: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

يا أب إني دح ليح لح رسول اللو ل اللو عليحو وسل

ر وعمر وع حمان وعل بحن أ اال وأ بكح

نتون؟ ىا ىنا بالحكوف نحوا منح ح سن أ انوا ي ح

.أيح ب حدث : ال

Abi Malik al-Asyja‟i berkata, saya bertanya kepada ayahku: “Wahai bapaku! Sesungguhnya engkau pernah bersolat di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali bin Abi Thalib di Kufah selama lima tahun, apakah mereka melakukan qunut?” Jawab ayahku: “Hai anakku! Itu adalah perbuatan bid‟ah! [17]

Dari dalil-dalil di atas dapatlah kita fahami bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

dan para sahabat radhiallahu‟anhum tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh melainkan

qunut nazilah. Maka bukanlah satu kesalahan yang besar bagi mereka yang berpendapat qunut

Subuh itu tidak disyari‟atkan lalu mereka meninggalkannya. Tidak perlu untuk sujud sahwi

sekiranya meninggalkan qunut Subuh samada dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Apa

sepatutnya yang lebih diutamakan sekarang ini ketika musibah dan bencana melanda umat

Islam di serata dunia[18] adalah mengerjakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu

memandangkan ianya memang telah disepakati pengsyari‟atannya. Namun begitu apa yang

menghairankan qunut nazilah ini jarang-jarang dikerjakan walaupun keadaan umat Islam di

seluruh dunia begitu terhimpit sekarang ini. Abu Ubaidah menegaskan:

Membaca doa qunut (nazilah – pen) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan

bantuan berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh

kaum musimin supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam dengan cara berdoa (berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah

membaca sami‟allahu liman hamidah pada rakaat terakhir.[19]

Oleh itu marilah kita menyuburkan semula sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang

semakin jarang-jarang diamalkan di Malaysia iaitu membaca qunut nazilah. Semoga doa-doa

Page 149: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

kita dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dapat membantu meringankan beban

saudara-saudara seagama kita serta menghancurkan musuh-musuh Islam.[20]

[1] Dinukil daripada buku Hafiz Firdaus Abdullah, Menangani Persoalan Qunut: Dibaca Atau Tidak?,

(Jahabersa, Johor Bahru, 1999), ms. 58.

[2] al-Baqarah (2): 116

[3] al-Ruum (30): 26

[4] al-Zumar (39): 9

[5] al-Tahriim (66): 12

[6] al-Baqarah (2): 238

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 756.

[8] Definisi ini dinukil daripada kitab al-Masaa-il karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, jld.1, ms. 235

[9] Qunut Witir adalah doa qunut yang dibacakan dalam solat sunat witir.

[10] Qunut Nazilah adalah doa qunut yang dibacakan selepas bangkit dari rukuk dalam rakaat terakhir dalam

mana-mana solat fardhu ketika umat Islam menghadapi bahaya, bencana atau bala.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis

no: 1425. al-Nawai juga mensahihkannya dalam al-Majmu‟, jld. 3, ms. 472. Juga dikeluarkan oleh al-Nasai

dengan tambahan selawat pada akhir doa akan tetapi ini adalah dhaif sebagaimana nilai al-Albani dalam Dhaif

Sunan al-Nasai – hadis no: 1746.

[12] Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan berkata al-Nawawi dalam al-Majmu‟, jld. 3, ms. 482:

“Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang hasan atau sahih.” Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih

Sunan Abu Daud – hadis no. 1443.

[13] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no. 620 dan sanadnya dinilai

sahih oleh Muhammad Musthafa al-„Azhami dalam semakannya ke atas kitab tersebut. Juga dikeluarkan oleh

Ibn al-Jauzi dalam al-Tahqiq fi Masa‟il al-Khilaf, hadis no. 774. Berkata al-Zahabi dalam Tanqih al-Tahqiq:

“Sanadnya sahih, diriwayatkan oleh al-Khatib dalam Kitab al-Qunut.”

[14] Penulis tidak bercadang untuk memperdebatkan secara mendalam tentang kelemahan hadis-hadis berkaitan

dengan doa qunut dalam solat Subuh kerana objektif penulisan bab ini hanyalah untuk menerangkan kenapa ada

pihak yang tidak berqunut Subuh. Sekiranya pembaca budiman berminat untuk mengkaji dengan lebih lanjut,

sila dapatkan buku “Menangani Persoalan Doa Qunut: Dibaca Atau Tidak?” oleh Hafiz Firdaus Abdullah

terbitan Jahabersa.

[15] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms. 43

Page 150: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[16] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Hibban sebagaimana dinyatakan oleh al-Zaila„i (الزيلعي) dalam Nasb

al-Rayah (نصب الراية) fi Takhrij Ahadits al-Hidayah, jld.2, mukasurat 145. Juga disandarkan kepada Ibn Hibban

oleh Ibn Hajar al-„Asqalani dan beliau mensahihkan sanadnya. Rujuk al-Dirayah fi Takhrij Ahadits al-Hidayah,

jld.1, mukasurat 195. Ibn al-Humam juga mensahihkan sanadnya, rujuk Fath al-Qadir Syarh al-Hidayah, jld.1,

mukasurat 433-434.

Hadis sahih ini menggambarkan pegangan sebenar Anas bin Malik radhiallahu „anh berkaitan Qunut

Subuh. Oleh itu hadis ini secara tidak langsung menolak sebuah hadis yang sering digunakan sebagai hujah

untuk berqunut Subuh daripada Anas radhiallahu „anhu yang tidak sahih iaitu,

ن حيا ر ف رق ألدط ن الحف ح .ما زال رسول اا ل اا عليحو وسل ح ي ح

“Senantiasa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berqunut pada solat Subuh sehingga baginda

wafat.” (Hadis riwayat Ahmad, Baihaqi, Daruquthni, Hakim, Abdur Razzaq dan Abu Nu‟aim). Kelemahan

hadis ini terletak pada sanadnya yang terdapat seorang perawi bernama Abu Ja‟far al-Razi (Nama aslinya Abu

Ja‟far Isa bin Mahan al-Razi) yang telah dilemahkan oleh imam-imam hadis seperti Ahmad bin Hanbal, Abu

Zur‟ah, al-Fallas, Ibnu al-Madini, Ibnu Hibban, Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim, Ibnu Kathir, al-Zaila‟i dan

tokoh hadis abad ini, Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahumullah. al-Nawawi rahimahullah juga

mengakui kelemahannya namun beliau menyatakan hadis Anas tersebut mempunyai penguat dari beberapa

hadis-hadis lain yang beliau anggap sahih. Namun sebenarnya hadis-hadis tersebut kesemuanya memiliki

kecacatan yang berat dalam sanad sehingga tidak dibolehkan dijadikan penguat. Yazid bin Abdul Qadir Jawas

telah membuktikan dengan jelas tentang kelemahan kesemua hadis-hadis tersebut dalam sebuah artikel bertajuk

“Semua Hadits Tentang Qunut Shubuh Terus Menerus Adalah Lemah” dalam buku beliau Ar-Rasaail, Jld.1,

(Pustaka Abdullah, Jakarta, 2004). Silalah rujuk perbahasan beliau yang begitu mendalam tentang isu ini.

Jelas di sini terdapat dua hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu‟anh yang bercanggah antara satu

sama lain. Antara kaedah untuk mengatasi masalah hadis-hadis yang kelihatan bercanggah ialah jika hadis yang

bercanggah tersebut adalah antara hadis yang kuat (sahih atau hasan) dengan hadis yang lemah (dhaif atau

mawdhu‟), maka percanggahan itu dapat diatasi dengan mengunggulkan hadis yang kuat dan menolak hadis

yang lemah. Untuk mendalami kaedah-kaedah menangani hadis-hadis bercanggah sila rujuk buku karya Hafiz

Firdaus Abdullah bertajuk „Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah‟ yang diterbitkan oleh

Jahabersa, Johor Bahru, 2003.

[17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih”. Dinilai sahih oleh al-

Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no. 402.

[18] Antara musibah yang sedang melanda umat Islam sehingga memerlukan qunut nazilah adalah kekejaman

rejim Zionis di Palestine, pencerobohan tentera kuffar di negara-negara Islam seperti di Iraq dan Afghanistan,

penindasan umat Islam di India, Filipina, Wilayah Selatan Thailand, kesengsaraan umat Islam di benua Asia

yang dilanda ombak Tsunami dan lain-lain. Semoga Allah Ta‟ala melindungi pejuang-pejuang Islam yang

sedang berjuang di seluruh dunia. Ameen Ya Rabb al-„Alameen.

Page 151: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[19] Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 136- 137.

[20] Catitan penyunting: Para tokoh Mazhab al-Syafi‟i menekankan bahawa terdapat hadis-hadis sahih yang

menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca doa qunut Subuh. Doa qunut ini adalah

doa yang umum, bukan qunut nazilah. Saya berkata:

1. Darjat hadis-hadis tersebut masih terbuka kepada perbincangan sama ada sahih atau tidak.

2. Seandainya sahih, maka hadis-hadis tersebut yang bersifat umum diperincikan oleh hadis-hadis yang

menerangkan bahawa doa tersebut ialah qunut nazilah dan dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah.

Adapun doa qunut yang lazim dibaca sekarang ini, ia sepatutnya dibaca ketika solat witir dan bukannya solat Subuh.

Petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah amat jelas dalam hal ini.

Page 152: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

14

ADAKAH SOLAT PEREMPUAN

BERBEZA DENGAN LELAKI?

Apa yang lazim diajarkan di dalam kitab-kitab atau kelas-kelas pengajian Fardhu „Ain di

Malaysia ialah wujud perbezaan dalam sifat solat lelaki dan perempuan. Umpamanya bagi

perempuan apabila mengangkat tangan ketika Takbir hendaklah merapatkan tangan dan

ketiaknya. Sedangkan bagi lelaki hendaklah merenggangkan tangan dari ketiaknya. Ketika

sujud pula kaum perempuan hendaklah merapatkan pahanya kepada perutnya serta tangannya

pula dirapatkan kepada rusuk. Sedangkan bagi lelaki dijauhkan pahanya dari perut serta

tangannya direnggangkan dari rusuk kiri dan kanan. Sepanjang kajian penulis tidak wujud hadis

yang sahih menunjukkan ada perbezaan antara tatacara solat lelaki dan perempuan kerana

seluruh umat Islam hanya wajib mencontohi tatacara solat Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam. Menurut al-Albani rahimahullah[1]:

Tidak terdapat keterangan dari sunnah yang menerangkan adanya cara-cara

khusus untuk perempuan yang berbeza dengan cara yang berlaku untuk lelaki.

Bahkan sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: Solatlah kamu sekalian

sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[2] berlaku secara umum dan mencakupi

kaum perempuan. Ibrahim al-Nakha‟i menyatakan:

عل الحمرأة الصال عل الر ل فح .ة ما ي فح

Dalam solat, wanita mengerjakannya sama dengan cara yang dilakukan oleh

lelaki.[3]

Page 153: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

al-Albani rahimahullah juga telah membawa sebuah riwayat dari al-Bukhari dalam

kitabnya al-Tarikh al-Saghir, mukasurat 95 dari Ummu al-Darda‟[4] berbunyi:

ه , لحس الر ل أ ن ها ان ح تحل ال ا ج .و ان ح ف ي ح

Sesungguhnya (Ummu Darda‟) dalam solat, duduk seperti cara duduk lelaki,

padahal beliau seorang perempuan yang ahli fiqh.[5]

Selanjutnya kita akan membicarakan kedua-dua[6] tatacara solat yang dikatakan terdapat

perbezaan antara lelaki dan perempuan iaitu cara mengangkat takbir dan sujud. Dalam

membahaskan hal ini penulis mengambil kesempatan untuk mendedahkan secara ringkas

kepada para pembaca beberapa gerakan dalam solat yang sahih datangnya dari Nabi

Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam.

Tatacara Takbir Dalam Solat

Berkaitan dengan tatacara mengangkat takbir al-Syafi‟i rahimahullah dalam kitabnya al-

Umm telah meriwayatkan hadis berikut:

عنح ساا بحن ع حد اللو عنح أبيو أن رسول اللو ل اللو عليحو وسل

تت الصالة وإذا ر للرط وع و منحك يحو إذا اف ح ان ي رحف يديحو ح

ا لي أيحضا وإذا رف رأحسو منح الرط وع رف عه

د مح ده رب نا ولي الح اللو لمنح و ال

عل ذلي السط ود .و ان ي فح

Page 154: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Dari Salim bin Abdullah, dari bapanya bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam biasa mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya apabila (takbir) membuka (memulai) solat, dan apabila takbir rukuk. Apabila mengangkat kepala dari rukuk, baginda juga mengangkat kedua tangannya seperti itu sambil mengucapkan „Sami‟Allahu liman hamidah rabbana walakal hamdu‟ dan baginda tidak melakukan demikian saat sujud.[7]

Menurut al-Syafi‟i rahimahullah:

Dengan (hadis) inilah kami mengatakan, maka kami menyuruh setiap orang yang

mengerjakan solat, baik dia imam atau makmum atau solat sendiri-sendiri, lelaki

atau perempuan, bahawa mengangkat dua tangannya apabila memulai solat

(ketika takbiratul ihram), apabila takbir untuk rukuk dan apabila mengangkat

kepala dari rukuk. Adalah kesemua tiga golongan yang disebutkan tadi

mengangkat tangannya setentang dengan bahu.[8]

Jelas al-Syafi‟i rahimahullah sendiri tidak membezakan tatacara mengangkat takbir

dalam solat antara lelaki dan perempuan. Oleh itu ketika melakukan takbir dalam solat maka

hendaklah diangkat kedua-dua tangan dengan membuka jari-jari lurus ke atas dengan tidak

menggenggamnya sejajar dengan bahu. Adakalanya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

mengangkat tangannya ketika takbir setentang dengan hujung kedua telinga sebagaimana

yang diperjelaskan oleh Malik bin al-Huwairith radhiallahu‟anh:

أن رسول اللو ل اللو عليحو وسل

. ان إذا ر رف يديحو اذي ما أذن يحو ما ف روع أذن يحو

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila bertakbir (dalam solat) diangkat kedua tangannya sehingga sejajar dengan hujung kedua telinganya.[9]

Walaubagaimanapun al-Syafi‟i rahimahullah lebih cenderung kepada mensejajarkan

tangan dengan bahu.[10] Disyari‟atkan juga untuk mengangkat tangan ketika berdiri dari rakaat kedua setelah membaca tasyahhud awal:

Page 155: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

ر ورف يديحو عنح ناف أن ابحن عمر ان إذا د ل الصالة

ده اللو لمنح رف يديحو وإذا ر رف يديحو وإذا ال

رف يديحو ورف عت ح وإذا ام منح الر ح

. ذلي ابحن عمر إ ن اللو ل اللو عليحو وسل

Dari Nafi‟ bahawa Ibnu „Umar apabila masuk dalam (memulai) solat, dia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya, apabila rukuk dia mengangkat kedua tangannya, apabila mengucapkan „Sami‟Allahu liman hamidah‟ dia mengangkat kedua tangannya, dan apabila berdiri dari rakaat kedua dia mengangkat kedua tangannya. Ibnu „Umar menisbatkan hal itu kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.[11]

Tatacara Sujud Dalam Solat

Berkenaan dengan tatacara sujud pula al-Syafi‟i rahimahullah berkata:

Saya menyukai bagi orang yang sujud, bahawa dia bertakhwiyah. Takhwiyah itu

adalah mengangkat (menjarakkan) dadanya dari kedua pahanya. Dan bahawa dia

merenggangkan dua sikunya dan dua lengannya dari dua lambungnya (rusuknya).

Sehingga apabila tidak ada padanya yang menutup bahagian bawah dua bahunya,

nescaya terlihatlah warna dua ketiaknya. Tidak dia mempertemukan kedua-dua

lututnya. Dia merenggangkan kedua-dua kakinya[12]. Dia meninggikan punggungnya

dan tidak membengkukkannya (iaitu meluruskan bahagian belakang).[13]

Perhatikan sekali lagi bahawa al-Syafi‟i tidak membezakan tatacara sujud antara lelaki

dan wanita. Seterusnya mari kita lihat beberapa hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

berkaitan dengan tatacara sujud yang mencakupi kaum lelaki dan perempuan.

ن أن الن ل اللو عليحو وسل عنح ع حد اللو بحن مالي ابحن بي ح

Page 156: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

يديحو . ي حدو ب ياض إبح يحو ان إذا ل ف رج ب ح

Dari „Abdullah bin Malik bin Buhainah bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam apabila bersolat, baginda merenggangkan antara kedua tangannya hingga nampak warna putih ketiaknya.[14]

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah “merenggangkan antara kedua

tangannya” bermaksud bermaksud: “Menjauhkan tangan dari sisi badan (rusuk) yang ada di

dekatnya.”[15] Beliau melanjutkan bahawa jarak ukuran jauhnya renggangan tersebut adalah

sekiranya anak kambing yang kecil melalui dicelah renggangan tersebut nescaya ia boleh

melepasinya.

Di samping itu hendaklah kita juga mengangkat lengan serta siku kita ketika sujud dan

membiarkan hanya kedua tapak tangan yang terletak di tanah. Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

menyamakan orang yang meletakkan keseluruhan siku, lengan serta tapak tangan ke tanah

seperti sujudnya binatang buas. „Aishah radhiallahu‟anha berkata:

ش الر ل ذراعيحو افح اش الس . وي ن حه أنح ي فح

Dan (baginda shalallahu 'alaihi wasallam) melarang seseorang (dalam sujud) membentang kedua lengannya seperti binatang buas.[16]

Al-Barra‟ radhiallahu‟anh juga telah berkata:

: ال رسول اللو ل اللو عليحو وسل

ت فض ح . فيحي وارحف ح مرحف يحي إذا س دح

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila engkau sujud, maka letakkanlah kedua telapak tanganmu serta angkat kedua sikumu.”[17]

Hendaklah ketika sujud tujuh anggota badan mengenai tanah, lantai atau sejadah yang

digunakan untuk bersolat. Tujuh anggota badan tersebut adalah:

Page 157: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

1. Dahi dan hidung yang dikira sebagai satu anggota.

2. Dua telapak tangan.

3. Dua lutut.

4. Dua hujung jari-jari di kedua kaki.

Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Ibnu „Abbas radhiallahu‟anh:

: ال الن ط ل اللو عليحو وسل

ه ح ع أعحل عل ااح د عل س ح أمرحت أنح أسح

وأاحرا الح دم ح ت ح . وأشار بيده عل أنحفو والحيديحن والرط ح

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Aku diperintahkan untuk sujud menggunakan (di atas) tujuh tulang; di atas dahi[18] (dan baginda mengisyaratkan pada hidungnya), dua tangan, dua lutut dan hujung jari-jari kedua kaki.”[19]

Kewajipan Thuma‟ninah Ketika Sujud

Seperkara lagi yang sering diabaikan ketika bersujud (termasuk ketika rukuk, i‟tidal dan

duduk antara dua sujud) adalah thuma‟ninah. Thuma‟ninah adalah tidak melakukan gerakan

dalam solat ketika rukuk, i‟tidal, sujud dan duduk antara dua sujud sehingga dapat berada

dalam posisi tersebut secara sempurna, tenang dan tidak tergesa-gesa. Setengah ulama‟

memberi batas waktu yang diperlukan untuk thuma‟ninah adalah seperti tiga kali membaca

‘subhaana rabbiyal azhiim’ ketika rukuk dan sujud dan tidak sah sekiranya kurang dari itu.

Namun sebahagian ulama‟ lagi berpendapat bahawa thuma‟ninah adalah menyempurnakan

posisi badan sesuai dengan sunnah Rasul shalallahu 'alaihi wasallam dalam gerakan ketika

rukuk, i‟tidal, sujud dan duduk antara dua sujud dalam keadaan yang tenang.[20] Penulis

berpendapat thuma‟ninah sebenarnya adalah gabungan kedua-dua pendapat di atas.

Wallahu‟alam. Dalil disyari‟atkan thuma‟ninah adalah hadis dari Abu Hurairah radhiallahu‟anh,

dia berkata:

Page 158: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

د فد ل ر ل فصل أن الن ل اللو عليحو وسل د ل الحمسح

اء فسل عل الن ل اللو عليحو وسل

ف رد الن ط ل اللو عليحو وسل عليحو السالم

. ارح ح فصل ف ني اح صل : ف ال

فصل اء فسل عل الن ل اللو عليحو وسل

. ل ال اارح ح فصل ف ني اح : ف ال

: ف ال ره ف علمح سن غي ح . وال ي ب ع ي بالح فما أ ح

إ الصالة فك رح ا حرأح ما يسر معي منح الح رح ن : ال إذا مح

حمئن را عا ارحف ح عحتدل ااما ارح ح

دح دح حمئن سا دا ارحف ح حمئن السا اسح اسح

. حمئن سا دا اف حعلح ذلي ال ي لها

Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam masuk masjid dan masuk pula seorang lelaki lalu melakukan solat. Kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Namun Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak membalas salamnya lalu bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat.” Maka dia pun solat sekali lagi. Kemudian dia datang lagi dan memberi salam kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, maka baginda bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat (dan ini berulang sehingga tiga kali).” Lelaki itu berkata: “Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan yang lebih baik dari itu, maka ajarkanlah aku.” Baginda shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila engkau berdiri untuk solat maka takbirlah, kemudian bacalah yang mudah bagimu dari al-Qur‟an. Kemudian rukuklah hingga engkau tenang (thuma‟ninah) dalam rukuk, kemudian

Page 159: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

bangkitlah (i‟tidal) hingga engkau tegak (lurus) berdiri. Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thuma‟ninah) dalam sujud, lalu bangkitlah hingga engkau tenang (thuma‟ninah) dalam duduk (duduk antara dua sujud). Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thuma‟ninah) dalam sujud. Lakukan demikian dalam semua solatmu.”[21]

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah:

“Hadis dalam bab ini (Imam al-Bukhari menamakan bab ini „Perintah Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam Kepada Orang Yang Tidak Menyempurnakan Rukuk

Agar Mengulangi Solatnya‟) dijadikan dalil bahawa thuma‟ninah pada rukun-rukun

solat adalah wajib hukumnya, dan ini adalah pendapat jumhur (majoriti)

ulama‟.”[22]

Oleh itu wajib bagi seluruh umat Islam memerhatikan kesempurnaan thuma‟ninah[23]

ketika sujud dalam solat dengan melakukannya secara tenang dan sesuai dengan gerakan

yang diajar sendiri oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melalui hadis baginda yang sahih

sebagaimana yang telah penulis bentangkan di atas.

Demikianlah beberapa contoh pergerakan dalam solat yang Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam anjurkan secara umum kepada semua umatnya tanpa membezakan kaum lelaki

mahupun perempuan. Pendapat yang paling benar dalam hal ini adalah tidak ada perbezaan

dalam gerakan ketika solat antara lelaki dan perempuan. Penulis juga ingin tekankan

kepentingan menjaga thuma‟ninah dalam solat.

[1] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi, ms. 239.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[3] Catitan penyunting: Riwayat ini disebut oleh al-Albani dalam Sifat Shalat Nabi (Maktabah al-Ma„arif,

Riyadh 1996), ms. 189 dan beliau menyandarkannya kepada Ibn Abi Syaibah (1/75/2) dan mensahihkan

sanadnya. Akan tetapi semakan saya kepada kitab al-Musannaf, hadis no. 2788 oleh Ibn Abi Syaibah mendapati

lafaz yang ada di dalamnya ialah:

. حعد الحمرحأة الصالة ما ي حعد الر ل

Page 160: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Kaum wanita duduk dalam solat sebagaimana duduknya kaum lelaki.[4]

Ummu al-Darda‟ merupakan seorang tabi‟iyyah (mereka yang tidak sempat berjumpa Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam tetapi hanya berjumpa dengan para sahabat radhiallahu 'anhum). Beliau merupakan isteri

kepada Abu al-Darda‟ radhiallahu 'anh seorang sahabat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ummu al-Darda‟

terkenal sebagai seorang perempuan yang ahli fiqh.

[5] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi, ms. 240.

[6] Untuk mengetahui secara keseluruhan tatacara solat baik untuk kaum lelaki mahupun perempuan

sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam penulis mengesyorkan para pembaca

untuk mendapatkan kitab Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

yang banyak terdapat di pasaran. Buku ini terdapat dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa

Indonesia dan juga Bahasa Inggeris. Penulis juga menganjurkan para pembaca untuk mendapatkan VCD

bertajuk “Mencontohi Solat Rasulullah” oleh Rasul Dahri edaran Salafi (No Tel: 07-335 3635) yang

menunjukkan secara praktikal tatacara solat mengikut sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 735.

[8] Al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 248.

[9] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 391.

[10] Silalah rujuk kitab beliau bertajuk al-Umm (Kitab Induk), Bab Mengangkat Dua Tangan Pada Takbir

Dalam Shalat, jld.1, ms. 248.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 739.

[12] Disyari‟atkan juga untuk merapatkan kedua tumit kakinya (tetapi tetap merenggangkan kedua lutut) ketika

bersujud sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Thahawi, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim. Sila rujuk Sifat

Shalat Nabi oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani, ms. 174.

[13] Al-Syafi‟i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 248. al-Syafi‟i rahimahullah memang membezakan tatacara

sujud perempuan dan lelaki. Dia berpendapat sunat bagi perempuan untuk merapatkan sebahagian badannya

dengan badan yang lain dan dipertemukan perut dan pahanya. Namun begitu beliau tidak membawa sebarang

dalil dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tentang hal ini. Insya-Allah penulis akan menurunkan beberapa

hadis dari RasulullaH shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan tatacara sujud dan kesemua hadis tersebut

adalah bersifat umum mencakupi kaum lelaki dan perempuan. Manakala hadis-hadis yang menunjukkan adanya

perbezaan dalam gerakan dalam solat adalah hadis-hadis yang lemah sehingga tidak sah untuk dijadikan hujah.

al-Syafi‟i pernah berkata: “Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis

Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.” (Dinukil dari Sifat

Shalat Nabi oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani, ms. 58). Oleh itu sewajarnya kita mengutamakan hadis-

hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan meninggalkan pendapat al-Syafi‟i rahimahullah dalam hal ini.

Wallahu‟alam.

[14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 807.

[15] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 624.

Page 161: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

[16] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 498.

[17] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 494.

[18] Penulis melihat kebanyakan kaum lelaki apabila bersolat tanpa memakai penutup kepala dan sekiranya

rambutnya terjurai di hadapan maka mereka akan menarik rambut tersebut ke belakang untuk mengelakkannya

dari terkena dahi ketika sujud. Pada tanggapan mereka sekiranya rambut tersebut mengenai dahi tatkala sedang

sujud akan menjejaskan kesempurnaan sujud tersebut. Sebenarnya tindakan mereka ini adalah tidak selari

dengan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ibnu „Abbas radhiallahu 'anhu berkata:

ع أعحل و يك وحبو و شعر د عل س ح .ه أمر الن ط ل اللو عليحو وسل أنح يسح

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam diperintahkan untuk sujud dengan menggunakan (di atas) tujuh

tulang, dan baginda tidak menyingkap pakaian dan tidak pula rambut. (Sahih: Dikeluarkan oleh al-

Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 815)

[19] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 812.

[20] Sila rujuk perbahasan Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah dalam Fathul Baari, jld.4, ms. 582.

[21] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 793.

[22] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 582.

[23] Penulis juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk membahaskan secara ringkas tentang thuma‟ninah

ketika rukuk, i‟tidal dan duduk antara dua sujud. Ibnu Hajar rahimahullah ketika membahaskan tentang

thuma‟ninah dalam rukuk beliau telah menulis:

Dalam riwayat Ahmad disebutkan: “Apabila engkau rukuk maka tempatkan kedua tapak tanganmu

di atas kedua lututmu lalu bentangkan punggungmu serta stabilkan keadaan rukukmu (dengan

meluruskan bahagian belakang). Dalam riwayat Ishaq bin Abi Thalhah disebutkan: “Kemudian

beliau takbir lalu rukuk hingga menjadi tenang persendian-persendiannya serta menempati

posisinya.” (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 579-580)

Berkenaan dengan thuma‟ninah ketika i‟tidal, Ibnu Hajar rahimahullah telah berkata bahawa hendaklah berdiri

sehingga tegak, menggunakan dalil seperti berikut:

Dalam riwayat Ibnu Numair yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah disebutkan: “…hingga engkau

tenang (thuma‟ninah) dalam berdiri.”… Dan dalam satu lafaz Ahmad disebutkan: “Maka

tegakkanlah tulang belakangmu hingga tulang-tulang kembali ke persendiannya.” (Ibnu Hajar al-

Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 580)

Seterusnya Ibnu Hajar rahimahullah menerangkan tentang thuma‟ninah dalam duduk antara dua sujud:

Dalam riwayat Ishaq di sebutkan: “Kemudian baginda takbir lalu rukuk hingga duduk dengan baik di

tempat duduknya dan menegakkan tulang belakangnya.” Dalam riwayat Muhammad bin Amr

disebutkan: “Apabila engkau mengangkat kepalamu maka duduklah di atas pahamu yang kiri.”

Page 162: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Sementara dalam riwayat Ishaq: “Apabila engkau duduk di pertengahan solat maka tenanglah

(thuma‟ninah) dalam duduk, kemudian tahiyatlah (duduk tahiyat).” (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul

Baari, jld. 4, ms. 581)

Demikianlah secara ringkas cara Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam rukuk, i‟tidal dan duduk antara

dua sujud untuk membimbing kita dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan tersebut ketika solat dengan

thuma‟ninah. Ingin penulis tegaskan sekali lagi thuma‟ninah itu hukumnya wajib. Terdapat banyak riwayat

yang sahih tentang ancaman yang keras bagi mereka yang mengerjakan solat tanpa thuma‟ninah. Antaranya:

Zaid bin Wahab berkata: “Hudzaifah melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud,

maka dia berkata: “Engkau belum bersolat. Apabila engkau mati, nescaya engkau mati bukan di atas fitrah

yang Allah telah jadikan Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam di atasnya.” (Shahih al-Bukhari, hadis no.

791)

Ibnu Hajar berpendapat makna “tidak menyempurnakan rukuk dan sujud” sebagai tidak melakukannya

dengan thuma‟ninah bersandarkan kepada riwayat Abdurrazaq: “Beliau (lelaki yg ditegur Hudzaifah

radhiallahu‟anh) mematuk (rukuk dengan cepat tanpa thuma‟ninah) tanpa menyempurnakan rukuknya.” (Ibnu

Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 569)

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam juga telah mencela mereka yang tidak menjaga thuma‟ninah dalam solat

sebagai pencuri yang paling buruk.

رق ال و : دحري أن رسول اللو ل اللو عليحو وسل ال عنح أ سعيد ااح وأ الناس سر ال ي يسح إن أسح

ر ها؟ ال : الوا . يت ط ر وعها و س ودىا: يا رسول اللو و يح يسح

Dari Abi Sa‟id al-Khudri, dia berkata bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Pencuri yang paling buruk adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Kami bertanya: “Ya

Rasulullah bagaimana dia mencuri.” Baginda bersabda: “Dia tidak menyempurnakan rukuknya dan

sujudnya.” (Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no. 11532 (jld. 3, ms. 56) dan ia dinilai

hasan oleh Syu‟aib al-Arna‟uth)

Semoga kita jangan cuai untuk memperhatikan thuma‟ninah dalam solat baik yang fardhu mahupun yang sunat.

Page 163: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

PENUTUP

Semoga dengan penerangan yang serba ringkas ini dapatlah dirungkaikan segala permasalahan

yang sering berlegar-legar berkaitan dengan solat fardhu. Hindarilah diri daripada suka menuduh orang

lain apabila melihat tatacara solat mereka berbeza daripada kebiasaan. Apa yang seharusnya dilakukan

adalah terlebih dahulu cuba memahami dalil-dalil yang mungkin ada dalam tatacara solat yang berbeza

tersebut. Ada kemungkinan juga bahawa amalan yang biasa diamalkan oleh diri kita sendiri itu yang

sebenarnya kurang tepat. Untuk memastikan kebenaran sesuatu amalan hendaklah kita menilai amalan

tersebut dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah nescaya kita tidak akan tersesat. Ini sebagaimana sabda

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang telah disebut pada permulaan buku ini: “Aku telah meninggalkan

kepada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitabullah

dan sunnah Nabinya.”

Apa yang penulis perhatikan, majoriti umat Islam di Malaysia dalam membuat penilaian samada

sesuatu ibadah itu sah atau tidak, mereka hanya bersandarkan kepada amalan kebiasaan orang ramai

yang diwarisi secara turun-temurun dan kemudian dilabelkan sebagai Mazhab al-Syafi’i. Amalan orang

ramai bukanlah satu pra-syarat terhadap kebenaran sesuatu amal ibadah. Malah Allah „Azza Wa Jalla

memberi amaran kepada kita bahawa adakalanya mengikut pendapat orang ramai boleh membawa kita

ke lembah kesesatan. Ini sebagaimana firman-Nya:

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi,

nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;

tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata,

dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.[1]

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja,

(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi

kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.[2]

Page 164: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Sedangkan budaya pasrah kepada amalan nenek-moyang yang diwarisi secara turun-temurun

merupakan budaya umat jahiliyah yang pernah diperangi oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini

sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apabila dikatakan kepada mereka:

"Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Qur‟an)

dan kepada Rasul-Nya (yang menyampaikannya)",

mereka menjawab:

"Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya".

Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa

dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?[3]

Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taklid buta);

Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad)

kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran,

melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata:

“Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama

dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja.”

Rasul itu berkata: “Adakah (kamu akan menurut juga mereka)

walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya

daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?”

Mereka menjawab:

Page 165: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

“Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya.”

Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan;

maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat

yang mendustakan Rasul-rasulnya.[4]

Sekali lagi ingin penulis tegaskan bahawa yang sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur

sekiranya terjadi perselisihan pendapat adalah dengan mengembalikannya kepada al-Qur’an dan al-

Sunnah. Ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah „Azza wa Jalla:

Wahai orang-orang yang beriman,

taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah

dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara,

maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur‟an)

dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [5]

Apa yang dapat penulis simpulkan di sini, Alhamdulillah tatacara solat Ahl al-Sunnah (atau yang

sering dicemuh dengan gelaran Wahhabi) yang dikatakan berbeza dari amalan kebiasaan orang

Malaysia, sebenarnya memiliki contoh dari hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sahih,

bahkan adakalanya lebih menepati Mazhab al-Syafi’i yang sebenarnya. Maka sewajarnya semua pihak

berlapang dada serta dielakkan atau dihentikan sahaja sikap tuduh-menuduh berkaitan dengan kecacatan

atau kesempurnaan ibadah solat pihak lain dan memberi gelaran yang tidak baik seperti “ini cara solat

puak Wahhabi” atau “ini bukan dari mazhab kita”. Sikap sebegini lebih membawa keburukan dari

kebaikan.

Page 166: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Di masa yang sama pihak Ahl al-Sunnah juga hendaklah berusaha untuk menghindari dari

memandang rendah tatacara solat pihak lain yang berbeza. Ada kemungkinan perkara yang dikatakan

terdapat perbezaan tersebut sebenarnya masih termasuk dalam perkara yang dikhilafkan oleh ulama‟ dan

juga mempunyai dalil yang sahih dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya memang benar amalan

yang berbeza itu adalah bid‟ah yakni tidak ada contoh dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam,

sewajarnya Ahl al-Sunnah mengelakkan konfrontasi dan berdakwah secara hikmah dalam menyatakan

kebenaran tersebut. Ini adalah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)

dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,

dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;

sesungguhnya Tuhanmu

Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,

dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.[6]

Semoga menerusi cara berdakwah yang berkesan, orang ramai akan lebih tertarik kepada ajaran

yang dibawa dan dapat mengelakkan perpecahan antara sesama umat Islam. Penulis memohon kepada

Allah Subhanahu wa Ta'ala agar buku ini akan mendatangkan manfaat kepada umat Islam di Malaysia.

Semoga ianya dapat menyatukan kita atas satu aqidah dan satu jalan sebagaimana yang diperintahkan

oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam al-Qur’an dan melalui Sunnah Nabi-Nya shalallahu 'alaihi

wasallam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus,

maka hendaklah kamu menurutnya;

dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam),

kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,

Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.[7]

Page 167: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

Sehubungan dengan ayat di atas, Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anh meriwayatkan:

(Pada suatu ketika) Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam

menggariskan kepada kami satu garisan lalu bersabda: “Inilah jalan Allah.”

Kemudian baginda menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya

dan di sebelah kirinya lalu bersabda:

Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut.

Kemudian baginda membacakan ayat:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus,

maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan

(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu)

mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.” [8]

Adalah harapan penulis yang menggunung tinggi agar buku ini akan dapat meningkatkan

keazaman semua pihak untuk bersungguh-sungguh dalam mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam dalam ibadah solat kerana ianya telah diwajibkan atas seluruh umat Nabi Muhammad

shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana sabdanya: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu

melihat aku bersolat.[9]

Apatah lagi mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam adalah bukti yang jelas yang

menunjukkan kecintaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmannya:

Katakanlah (wahai Muhammad):

"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,

Page 168: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[10]

Semoga dengan kesungguhan kita dalam mencontohi atau berittiba‟ kepada Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam kita akan termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan segala dosa kita

diampunkan oleh-Nya. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala memperkenankan permohonan

kami dan hanya kepada Dialah kami memohon pertolongan dan perlindungan sebagaimana firmannya:

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya

Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?

Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi

dan yang dapat memberi pertolongan.[11]

[1] al-An‟aam (6): 116 [2] Yunus (10):36 [3] Al-Maaidah (5): 104 [4] al-Zukhruf (43): 23-25 [5] al-Nisaa‟ (4): 59 [6] al-Nahl (16): 125 [7] al-An‟aam (6): 153 [8] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no: 4142 (jld. 1, ms. 435) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu„aib al-Arna‟uth. [9] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no. 631. [10] ali „Imraan (3): 31 [11] al-Baqarah (2): 107

Page 169: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

RUJUKAN.

1) 13 Masalah Yang Tidak Pernah Selesai Diperdebatkan, Abu Yusuf Abdurrahman, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2003.

2) Al Masaa-il (Masalah-Masalah Agama) Jld. 1,2,3 dan 4, Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qolam, Jakarta 2003-2005.

3) Al-Muhazzab Juz 1, Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf al-Fairuzabadi, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2002.

4) Al-Umm (Kitab Induk) Jld. 1 dan Jld. 2, Imam al-Syafi‟i, Victory Agencie, Kuala Lumpur 1989.

5) Amalkan Al-Sunnah Dan Tinggalkan Al-Bid‟ah, Mohammad Abdul Qadir Mandeeli, Makkah al-Mukarramah 1421H (Kertas Kerja).

6) Apakah Anda Pengikut Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Khalid Ibnu Su‟ud al-Ajmi, Najla Press, Jakarta 2003.

7) Ar-Rasaail, Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas Ar-Rasaail, Jld. 1, Pustaka Abdullah, Jakarta 2004.

8) Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama‟ Salaf, Dr. Yususf al-Qaradhawi, Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2003.

9) Berzikir, Bertahlil & Bertasbih Yang Sesat, Rasul Dahri, Johor Bahru 2003 (Kertas Kerja).

10) Bid‟ah-Bid‟ah Yang Dianggap Sunnah, Syaikh Muhammad Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Qisthi Press, Jakarta, 2004.

11) Bid‟ah & Percanggahannya, Rasul Dahri, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1998.

12) Bid‟ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2005.

13) Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari (Jld. 1, Jld. 4 dan Jld. 6), Ibnu Hajar Al Asqalani, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, Pustaka Azzam, Jakarta 2003.

14) Fathul Mu‟in, Syaikh Zainuddin bin „Abdul „Aziz al-Malibariy, Klang Book Centre, Klang 1988.

15) Fatwa-Fatwa Albani, Muhammad Nashiruddin al-Albani, Pustaka At Tauhid, Jakarta 2002.

16) Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, Fayiz Musa Abu Syaikhah, Pustaka Azzam, Jakarta 2004.

17) Fikih Sunnah (Jld. 1 dan Jld. 2), Syaikh Sayyid Sabiq, Victory Agencie, Kuala Lumpur 1990.

18) Hukum Berdoa & Cara Bertasbih Selepas Solat, Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2005 (Kertas Kerja).

19) Hukum Menggerakkan Jari Telunjuk (Dalam Tasyahhud), Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2003 (Kertas Kerja).

20) Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2002.

21) Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Dr. Abdullah Yasin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya 2003.

22) Kesucian Dan Sholat Dalam Islam, Hussain Yee, Pertubuhan Al-Khaadem, Petaling Jaya 2002.

23) Koreksi Zikir Jama‟ah M. Arifin Ilham, Abu Amsaka, Darul Falah, Jakarta 2003.

24) Koreksi Total Ritual Shalat, Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan bin Mahmud bin Salman, Pustaka Azzam, Jakarta 2001.

25) Madzhab Tanpa Madzhab, Dr M. Said Ramadhan al-Buthi, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2001.

Page 170: BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAt

26) Majmu‟ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah Dan Ibadah: Bab Ibadah, Syaikh Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Pustaka Arafah, Solo 2002.

27) Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid‟ah, Dr.Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2002.

28) Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi‟i Rahimahulah Ta‟ala, Dr Muhammad A.W. al-„Aqil, Pustaka Imam asy-Syafi‟i, Bogor 2002.

29) Marilah Mendirikan Solat, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000.

30) Marilah Kita Berselawat Ke Atas Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1999.

31) Membaca Niat, Adakah Wajib, Sunnah Atau Bid‟ah?, Rasul Dahri, Johor Bahru 2003 (Kertas Kerja).

32) Menangani Persoalan Qunut: Dibaca Atau Tidak?, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1999.

33) Mukhtasar Zaadul Ma‟ad Bekal Menuju Ke Akherat, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Peringkas Muhammad bin Abdul Wahhab al-Tamimi, Pustaka Azzam, Jakarta 1999.

34) Pelindung Diri Zikir Dan Doa Daripada Al-Kitab Dan Al-Sunnah, Sa‟id bin „Ali bin Wahf al-Qahtani, Penerbitan Salafi, Ampang 2002.

35) Panduan Fardhu „Ain, Ismail Kamus, At Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur 1997.

36) Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan , Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000.

37) Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2004.

38) Persoalan Yang Berkehendak Melaksanakan Untuk Mengatasi Dan mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Di Dalam Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat, Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Makkah al-Mukarramah 1423H (Kertas Kerja).

39) Perlukah Bermazhab, Muhammad Sulthan Al-Maksumi al-Khajandi, Penerbit Aras Sarana Widia, Jakarta 1999.

40) Risalah Ilmiah Albani, Muhammad Nashiruddin al-Albani, Pustaka Azzam, Jakarta 2000.

41) Shalat Jama‟ah: Panduan Hukum, Adab, Hikmah, Sunnah dan Peringatan Penting Tentang Tentang Perlaksanaan Shalat Berjema‟ah, Dr. Shalih bin Ghanim bin Abdillah al-Sadlani, Pustaka Arafah, Solo 2002.

42) Shalat Jum‟at Bersama Rasulullah: Hukum Dan Bid‟ah Shalat Jum‟at, Muhammad Nashiruddin al-Albani, Najla Press, Jakarta 2002.

43) Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, Muhammad Nashiruddin al-Albani, Media Hidayah, Yogyakarta, 2000.

44) Solat Qasar & Jamak, Ustaz Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2004 (Kertas Kerja).

45) Terjemah Tamamul Minnah: Koreksi Dan Komentar Secara Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq (Jld. 1 dan Jld. 2), Muhammad Nashiruddin al-Albani, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002.

46) Taklid Buta, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Darul Falah, Jakarta 2000.

47) Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaimana Yang Diajar Dan Dilakukan Oleh Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1999.