persiapan ke arah keluarga bahagia

2
seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulang tahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri. 6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami. Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang. 7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri. Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri. 8. Memahami gelora jiwa isteri. Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidup- nya. 9. Membina kerjasama yang baik. Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mewujudkan keluarga bahagia. 10. Memenuhi keperluan peribadi. Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing- masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya. 1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna 2. Memberi nafkah kepada isteri 3. Menggaulinya dengan baik. 4. Cemburu hanya kerana agama dan kehorma- tan. Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. 5. Membimbing isteri. Di samping memiliki sifat- sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat-sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik. 6. Membimbing anak. Seorang suami yang ada- lah suami yang tidak mengabaikan tanggungja- wabnya, antaranya: Memberikan nama yang baik bagi anaknya, memberi nafkah dan bertanggung- jawab atas pendidikan anak dan sebagainya. Islam telah menyedia panduan yang terbaik untuk umatnya agar membina rumahtangga yang penuh kasih sayang. Akhirnya lahir Kedamaian dengan konsep mawaddah wa rahmah. Sehub- ungan itu sewajarnya insan yang bijak berfikiran matang membina kehidupan dengan melan- daskan acuan Allah. Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan. Kuala Lumpur: Darul Numan. Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Siti Nur Fatimah Ha- san. 10 Terminal Syurga Rumah Tangga KL: Telaga Biru Sdn Bhd Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Soal Jawab Remeh temeh Tentang Nikah Kahwin (Edisi Kemas Kini) KL: Tela- ga Biru Sdn Bhd Peranan Encik Suami Hari Ini: Antara Kewajipan Dan Reali- ti ,Dr. Husain Syahatah .KL; Pustaka Azhar . Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga Yang Disegerakan 'Adil Abdul Mun'im Abu Al-'Abbas KL;Inteam Publishing. Al-Qalam 1 Al-Qalam 4 Persiapan Ke Arah Keluarga Bahagia Oleh: Prof. Madya Ust. Dzulkefli bin Mamat ACIS UiTM (Terengganu) Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamucenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda- tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar-Rum: ayat 21) Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah SWT, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati- hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki. Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah SWT dan Pendahuluan Memilih Pasangan Hidup Kewajiban Suami Dalam Rumahtangga Penutup Rujukan

Upload: dangque

Post on 29-Jan-2017

501 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persiapan Ke Arah Keluarga Bahagia

seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulang tahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri. 6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami. Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri. Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri. Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidup-nya.

9. Membina kerjasama yang baik. Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mewujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi. Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna 2. Memberi nafkah kepada isteri

3. Menggaulinya dengan baik. 4. Cemburu hanya kerana agama dan kehorma-tan. Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. 5. Membimbing isteri. Di samping memiliki sifat-sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat-sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik. 6. Membimbing anak. Seorang suami yang ada-lah suami yang tidak mengabaikan tanggungja-wabnya, antaranya: Memberikan nama yang baik bagi anaknya, memberi nafkah dan bertanggung-jawab atas pendidikan anak dan sebagainya.

Islam telah menyedia panduan yang terbaik untuk

umatnya agar membina rumahtangga yang

penuh kasih sayang. Akhirnya lahir Kedamaian

dengan konsep mawaddah wa rahmah. Sehub-

ungan itu sewajarnya insan yang bijak berfikiran

matang membina kehidupan dengan melan-

daskan acuan Allah.

Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Siti Nur Fatimah Ha-san. 10 Terminal Syurga Rumah Tangga KL: Telaga Biru Sdn Bhd Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Soal Jawab Remeh temeh Tentang Nikah Kahwin (Edisi Kemas Kini) KL: Tela-ga Biru Sdn Bhd Peranan Encik Suami Hari Ini: Antara Kewajipan Dan Reali-ti ,Dr. Husain Syahatah .KL; Pustaka Azhar . Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga Yang

Disegerakan 'Adil Abdul Mun'im Abu Al-'Abbas KL;Inteam Publishing.

Al-Qalam 1 Al-Qalam 4

Persiapan

Ke Arah Keluarga

Bahagia Oleh: Prof. Madya Ust. Dzulkefli bin Mamat

ACIS UiTM (Terengganu)

Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamucenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar-Rum: ayat 21) Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah SWT, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-

hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah SWT dan

Pendahuluan

Memilih Pasangan Hidup Kewajiban Suami Dalam

Rumahtangga

Penutup

Rujukan

Page 2: Persiapan Ke Arah Keluarga Bahagia

Al-Qalam 2 Al-Qalam 3

menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, sering kali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak ( calon lelaki dan perempuan ) merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak atau pun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ian-ya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: Antaranya yang (pertama) pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga, (Kedua) mencari nafkah yang jujur dan berhasil, (Ketiga) pasangan ideal dalam erti bersikap baik terhadap isteri, dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat, menerima kekurangan dan kelemahan isteri, dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu,dapat menjaga kewibawa isteri, dapat membimbing isteri ke jalan yang baik, dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri, (keempat) bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak dan (kelima) pasangan yang baik lahir dan batin

.(Pertama) umur yang cukup dewasa. Kedewasaan bermaksud: dewasa fizikal, dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memerik-sa motif tindakannya sendiri. Dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya. Dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluar-gaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada. Dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.

Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25-30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20-25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat. (Kedua) Bekal menyara hidup. (Ketiga) mempunyai pengetahuan berumahtangga pengetahuan berumahtangga di-anggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi. (Keempat) sihat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

Ada beberapa faktor dalam memilih isteri. (Pertama)faktor keagamaan dan akhlak. (Kedua) faktor kecantikan dan kekayaan dan (ketiga) faktor keturunan dan kesuburan Sifat-sifat wanita yang mulia: 1. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya 2. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya 3. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela 4. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya 5. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya 6. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya 7. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama 8. Tidak menuntut cerai atau talak 9. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti 10.Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami 11.Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah

Persediaan Diri Untuk

Berkahwin

Memilih Isteri

Idaman

1. Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhkan larangan-Nya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya. 2. Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun. 3. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya. 4. Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. 5. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya. 6. Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu: 1. Tubuh badan yang sempurna. Sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin. 2. Akal fikiran yang sempurna. Berfikiran positif. 3. Pengetahuan agama yang sempurna. Untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan aja-ran agama sebagai panduan hidup 4. Membelanjakan sebahagian harta. Mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri: 1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri. Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakann-ya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharap-kan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas

ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri. Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab. Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewaji-pan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat. 4. Menghindari kritikan terhadap isteri. Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak ber-kasar,mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

• Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah

• Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin

• Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangka-la hilang keinginan untuk bersama

• Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri

• Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak

• Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik. Suami

Suami yang Memenuhi

Kewajiban

Suami yang Penuh

Sentuhan Kasih