persepsi pelajar tingkatan 4 di sekolah · pdf file** jika tesis ini sulit atau ... batu pahat...

20
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buihanh

Post on 05-Mar-2018

236 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI

BENGKEL AUTOMOTIF

OMAR BIN NORDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh: ____ ____ Tarikh ___ __ _______________25 APRIL 2006

____________25 APRIL 2006

_ ________________________ Nama Penyelia __________ JOHOR.

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:

_ ____

(HURUF BESAR)

_______________________________ NO 338, JLN BANGAU, FELDA

_ __ _______ ________ ______________________EN. YUSOF BIN BOON _________________________________ KAHANG TIMUR, 8600 KLUANG

Saya _________________ ______________ ____________________________________OMAR BIN NORDIN ( 810130-01-6217 )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: _______ ____________________________________________________________

_______________________________________________________________

________________________

____

___________________________________________

SESI PENGAJIAN: ___ ____

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI

BENGKEL AUTOMOTIF

____________2005 / 2006 / 2

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

25 APRIL 2006

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai

dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal )

Tandatangan : ...........................................

Nama Penyelia : EN. YUSOF BIN BOON

Tarikh : ...........................................

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

i

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL

AUTOMOTIF

OMAR BIN NORDIN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

ii

“Saya akui Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penulis : OMAR BIN NORDIN 25 APRIL 2006Tarikh : ..........................................................

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

iii

DEDIKASI

Dedikasi ini ditujukan kepda insan yang tersayang

Ayahanda dan Ibunda

Nordin bin Abdullah dan Zaharah bt Abd Samad

Pengorbanan mu memang tiada galang gantinya

Yang dirindui selalu, teman, sahabat

yang membawa keceriaan dalam hariku.

Terima kasih atas sokongan keluarga yang lain,

abang dan adik-beradik ku

dan tidak kulupakan kerjasama dari rakan-rakan seperjuanganku.

Jasa dan pengorbanan kalian adalah yang membawa kekuatan untukku menempuh

hari-hari yang mendatang

&

Semoga akan mendapat balasan, kurniaan

Setimpal dari Tuhan.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya ke atas insan yang bergelar

khalifah di muka bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi

Muhammad S.A.W yang memberi petunjuk kepada sekian alam.

Penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Jabatan Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya bagi menyiapkan penulisan

ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah

memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada pensyarah pembimbing, En Yusof bin Boon di atas bimbingan, nasihat dan

tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh kajian ilmiah ini disiapkan. Tidak lupa

juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat secara langsung atau pun tidak

dalam menyiapkan penulisan ini.

Akhir sekali buat kedua ibu bapa dan keluarga, yang memberi motivasi dan

dorongan serta restu yang membawa kepada erti kejayaan. Semoga segala usaha ini

akan diberkati oleh Tuhan. Selamat semua, terima kasih.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi pelajar-pelajar tingkatan 4

yang mengikuti mata pelajaran automotif aliran pendidikan vokasional di Sekolah

Menengah Teknik Batu Pahat, mengenai amalan keselamatan di dalam bengkel.

Penyelidik menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel. Seramai 42 orang

pelajar dijadikan sampel dan kajian menggunakan soal selidik sebagai instrumen.

Soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dengan nilai Alpha 0.88.

Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer iaitu

Statistical Package For The Social Science (SPSS) Version 12.0 For Window. Data

dianalisis untuk mencari peratusan dan min. Dapatan kajian mengenai sikap pelajar

tehadap amalan keselamatan di bengkel automotif adalah tinggi dengan nilai min

4.13, diikuti dengan peranan guru dengan nilai min 4.03, faktor persekitaran bengkel

dengan nilai min 3.96 dan kefahaman dan pengetahuan dengan nilai min 3.76.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

vi

ABSTRACT

The objective of this study is to identify the perception of safety in the

workshop among form 4 students that has been attached automotive course at

technical school in Batu Pahat. The research involved 42 students as samples and

used questionnaire as the research instrument. Alpha value is 0.88. All the data

were analyzed by using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version

12.0 For Window. Analysis used is Average and Mean. Findings student’s attitude

indicate that have highest attitude with mean 4.13 and teacher’s accountability with

mean 4.03. Workplace environment with mean 3.96. Knowledge and skill with

mean 4.26.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

viii

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mantan Perdana Menteri YAB Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam

ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28hb. Feb.

1991 telah melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah wawasan 2020

dengan matlamat membawa “Malaysia ke arah sebuah negara yang maju dari segi

ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan” (Kerajaan Malaysia, 1991).

Bagi menuju ke arah sebuah “industrialized nation” yang maju sepenuhnya pada

masa itu, masyarakat Malaysia perlu menjadi sebuah masyarakat yang demokratis,

liberal, progresif, dinamis serta mempunyai daya ketahanan di samping memiliki

nilai-nilai moral yang utuh (Mastika, Ogos 1991).

Implikasi daripada perkembangan industri yang semakin meningkat maju,

negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan mempunyai kefahaman yang

tinggi mengenai keselamatan. Dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai

perkara yang utama ianya dapat meningkatkan budaya kerja selamat dan terjamin.

Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

2

melakukan kerja, pengetahuan dan kemahiran pelajar dan tempat kerja itu sendiri

serta peranan guru. Justeru Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di Malaysia

dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi

memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Pendidikan

vokasional bertujuan melatih para pelajar untuk menceburi alam pekerjaan serta

mendedahkan mereka kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa

bekerja kelak. Kefahaman mengenai keselamatan perlu dipupuk kepada setiap

individu pelajar untuk dipraktikkan ketika menjalani kerja amali, sama ada semasa di

sekolah atau di alam pekerjaan. Berita di dalam akhbar sering dipaparkan kesan

kemalangan yang telah mengakibatkan kerosakkan peralatan, mesin, harta benda,

individu dan lebih serius lagi yang telah mengorbankan nyawa (Berita Harian, 13

Januari 1997).

Dalam melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan, banyak wang telah dibelanjakan untuk meningkatkan

prasarana dan kemudahan sokongan serta pembangunan kurikulum. Sejajar dengan

hasrat demikian, maka perlaksanaan amalan keselamatan perlu juga dititikberatkan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menyedari pentingnya keselamatan diamalkan semasa bekerja, maka bermula

pada tahun 1987 sistem baru Pendidikan Vokasional diperkenalkan. Melalui sistem

ini pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada sekolah akademik

yang diterima masuk akan memilih salah satu aliran yang mereka minati, sama ada

aliran vokasional atau aliran kemahiran. Antara bidang kursus yang ditawarkan ialah

ketukangan, kejuruteraan, pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga.

Keselamatan bukan hanya untuk dibaca atau diamalkan ketika waktu tertentu

sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa dan ketika walau

di mana juga seseorang berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan

atau satu bentuk sikap. Seseorang tidak lahir bersama ketika lahir ke dunia.

Kebiasaan akan sebati bersama jika seseorang melakukan atau mengamalkan sesuatu

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

3

itu berulangkali. Keselamatan adalah perkara penting yang perlu dipatuhi oleh

semua pihak (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan

kesihatan. Penjagaan kesihatan bertujuan untuk mengelakkan daripada penyakit,

begitulah halnya dengan keselamatan.

Walau bagaimanapun seseorang mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi

sebarang kemungkinan. Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik yang

menjalankan kerja-kerja amali di bengkel tidak terkecuali dari mengamalkan

langkah-langkah keselamatan. Aspek keselamatan hendaklah sentiasa diingatkan

oleh guru terutamanya sebelum memulakan kerja amali. Cara ini akan dapat

memupuk sikap pelajar terhadap pentingnya amalan keselamatan pada diri sendiri

dan persekitarannya.

Semasa kelas amali automotif pelajar akan terlibat dengan penggunaan

pelbagai peralatan untuk kegunaan kerja enjin dan membaiki kenderaan. Pelajar

akan sentiasa terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan. Pelajar harus

mempunyai sikap yang positif terhadap amalan keselamatan, semasa melakukan

kerja amali di bengkel. Ianya bertujuan untuk keselamatan diri dan mengelakkan

daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja. Secara tidak langsung akan

menghasilkan kerja yang bermutu. Justeru dalam kajian ini, maklumat dan gambaran

yang jelas tentang pandangan pelajar terhadap amalan keselamatan dalam bengkel

akan dibincangkan untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

Keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai

hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat

bekerja yang bebas daripada bahaya. Kemalangan yang berlaku di bengkel boleh

menyebabkan kecederaan terutamanya kepada anggota badan yang terdedah kepada

bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Kecederaan akan menjadi lebih parah

sekiranya mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

4

Pada tahun 1970 Kerajaan Amerika Syarikat telah mewujudkan satu undang-

undang dan akta mengenai keselamatan. Akta tersebut dikenali sebagai

‘Occupational Safety and Health’ atau ringkasnya OSHA. Akta ini diperkenalkan

bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau

industri. Di Malaysia akta keselamatan iaitu PERKESO atau Pertubuhan

Keselamatan Sosial telah ditubuhkan pada tahun 1969. Akta ini bertujuan untuk

melaksanakan, mentadbir dan menguatkuasakan akta keselamatan sosial pekerja dan

peraturan-peraturan keselamatan sosial pekerja.

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau sama ada keutamaan

diberikan kepada beberapa aspek keselamatan ketika melakukan kerja atau

menjalankan aktiviti amali di dalam bengkel automotif.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kementerian Pendidikan telah mewujudkan pendidikan vokasional pada

tahun 1968 bagi tujuan melatih pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran. Tujuannya

adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam

pelbagai bidang pengkhususan seperti Amalan Bengkel Mesin, Automotif,

Penyejukan dan Penyaman Udara, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Binaan

Bangunan, Elektrik Kuasa dan Elektronik.

Terdapat tiga aliran dalam Sekolah Menengah Teknik (SMT) iaitu aliran

teknik, aliran vokasional dan aliran kemahiran. Aliran teknik bertujuan

menyediakan pelajar bagi pendidikan sains dan teknologi, pelajar lepasan aliran ini

berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Aliran vokasional

pula menawarkan mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi sebagai mata

pelajaran pengkhususan. Pelajar aliran ini akan menduduki peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) pada akhir tingkatan lima. Manakala bagi

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

5

pelajar aliran kemahiran adalah bertujuan menyediakan pelajar untuk menceburi

alam pekerjaan. Pelajar aliran kemahiran ini akan menduduki ujian Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM) yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

(MLVK).

Pelajar hari ini adalah pewaris kepimpinan pada masa hadapan, begitu juga

dengan pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik daripada aliran vokasional.

Mereka bakal menjadi pekerja mahir dan separuh mahir bagi menyahut seruan

kerajaan terhadap wawasan 2020. Justeru itu pendedahan subjek amali di bengkel

perlu menitikberatkan aspek keselamatan dan penjagaan diri agar pelajar tidak

terjebak kepada kemalangan dan kecelakaan.

Di Sekolah Menengah Teknik, pelajar aliran vokasional akan didedahkan

dengan kerja-kerja amali yang berkaitan dengan bidang kursus masing-masing.

Pengetahuan dan kemahiran pelajar tidak terbatas kepada kemahiran tentang cara

kerja sahaja namun berkait rapat dengan aspek keselamatan yang perlu diberi

perhatian serius bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,

ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang

sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh

kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya

(Hammadi,1985).

Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih

lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel-bengkel.

Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kesan luka, kecacatan

anggota dan kehilangan nyawa. Ini akan menjadikan sekolah yang pada mulanya

untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk

memastikan sekolah adalah intitusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

6

kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui sejauh mana sikap

pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel automotif. Di samping itu pihak

Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah mestilah sentiasa mengemaskini

kelemahan dalam perlaksanaan amalan keselamatan yang sedia ada.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Institut Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) pekerja berusia 29 tahun dan ke bawah

dikenal pasti paling ramai terbabit dalam kemalangan industri, terutama hilang upaya

kekal dan maut (Berita Harian, 3 Sept 1998 ).

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Biasanya

kemalangan yang berlaku di sekolah kurang didedahkan kepada media massa.

Kemalangan tersebut hanya direkod dalam buku rekod kemalangan sekolah.

Misalnya, kemalangan yang terjadi di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar

pada tahun 1991, seorang pelajar automotif mengalami kecederaan yang serius di

seluruh muka dan badannya akibat daripada kecuaian semasa menjalankan kerja

amali di dalam bengkel automotif (Buku rekod kemalangan, 1991). Kejadian

tersebut berlaku ketika pelajar tersebut sedang membaik pulih salur pengalir haba

(radiator hose) kereta, tiba-tiba salur air tersebut pecah, air panas tersembur dan

menyimbah tubuh pelajar berkenaan.

Satu kes di Sekolah Menengah Teknik Kajang berlaku pada tahun 1995, di

mana seorang pelajar yang sedang menguji kenderaan ketika melakukan kerja amali

telah terhumban ke dalam longkang bersama kereta tersebut (Buku Rekod

Kemalangan Automotif ,1995). Persoalannya mengapakah perkara tersebut boleh

terjadi. Satu lagi contoh yang dapat dinyatakan ialah pada 12 Feb 1992, seorang

guru di Sekolah Menengah Teknik Kajang telah melecur separuh tubuh badannya

akibat letupan semasa beliau membuka injap saluran gas di bengkel penyejukkan dan

penyamanan udara ketika pelajar baru hendak memulakan pelajaran amali di bengkel

(Rekod kemalangan, 1992). Peristiwa lain yang boleh dijadikan ikhtibar ialah

pernah terjadi kepada seorang guru Sekolah Menengah Teknik Bukit Katil Melaka

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

7

terkena renjatan elektrik semasa sedang membaiki kipas akibat daripada suis yang di

hidupkan oleh pelajarnya (Utusan Malaysia, 7 April 2001).

Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi

langkah-langkah keselamatan. Pelajar yang mahir dan berkebolehan adalah pelajar

yang mempunyai sikap mengutamakan keselamatan dengan sepenuhnya. Kesedaran

mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga

terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan

keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul

sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan

kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel.

Keselamatan di dalam bengkel menjadi kurang efektif jika bilangan pelajar

terlalu ramai, menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam

satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi

suasana melakukan aktiviti di bengkel. Pelajar bukan saja tidak selesa untuk

menjalankan kerja, besar kemungkinan kemalangan boleh berlaku dengan mudah.

Kesesakan ruang juga berperanan menyumbang kepada gangguan emosi,

pengudaraan yang tidak sihat dan suasana yang tidak teratur.

Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap

acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan

juga rakan sekerja. Sikap sebegini hendaklah dihindarkan supaya suasana di tempat

kerja dapat berjalan dengan baik dan selamat. Kesedaran pelajar terhadap amalan

keselamatan hendaklah dipupuk sejak dari awal lagi, agar amalan yang positif

sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu hasil kerja dapat

ditingkatkan dan suasana kerja selamat dapat diamalkan.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

8

1.3 Penyataan Masalah

Amalan-amalan keselamatan sangat penting untuk mengelakkan daripada

berlakunya kemalangan. Menurut Aaron dan Bohn (1980), pendidikan keselamatan

adalah satu keperluan sosial dalam kehidupan seseorang individu. Walaupun

pendidikan secara tidak langsung bermula dari rumah, namun ia hendaklah

diperkukuhkan lagi secara formal mengikut keperluan semasa.

Pendidikan di sekolah vokasional melibatkan pelajar yang berusia antara 16

dan 17 tahun. Pada usia tersebut pelajar kurang pendedahan serta pengalaman

mengenai situasi di dalam bengkel, terutamanya semasa penggunaan mesin, pelajar

mudah terdedah kepada kecederaan dan kemalangan. Memandangkan betapa

pentingnya amalan keselamatan dalam usaha menghasilkan pekerja mahir, maka

kajian perlu dibuat pada peringkat sekolah, bagi mengenal pasti persepsi pelajar

terhadap amalan keselamatan semasa melakukan kerja amali di dalam bengkel.

1.4 Objektif Kajian

Secara umum kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan

keselamatan dan kesihatan terhadap pelajar-pelajar yang mengikut kursus automotif

semasa menjalankan kerja-kerja amali dalam bengkel.

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti sikap pelajar terhadap kepentingan amalan keselamatan

semasa menjalankan kerja amali di dalam bengkel.

ii. Meninjau persepsi pelajar terhadap peranan guru terhadap amalan

keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.

iii. Mengenal pasti kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap amalan

keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF OMAR BIN NORDIN Laporan Projek ... Kemalangan

9

iv. Meninjau persepsi pelajar terhadap faktor persekitaran bengkel yang

mempengaruhi amalan keselamatan dalam bengkel.

1.5 Persolan Kajian

Persoalan kajian telah dibina bedasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan

di atas :-

i. Bagaimanakah sikap pelajar terhadap kepentingan amalan

keselamatan semasa menjalankan kerja amali di dalam bengkel.

ii. Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap peranan guru dalam mengamalkan

keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.

iii. Bagaimanakah kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap amalan

keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.

iv Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap faktor persekitaran bengkel yang

mempengaruhi amalan keselamatan dalam bengkel.