persepsi pelajar terhadap kegiatan … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang...

15
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH. SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR HAFIZAH BINTI SA’ARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngothien

Post on 23-May-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN MEROKOK DALAM

KALANGAN PELAJAR SEKOLAH. SATU TINJAUAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR

HAFIZAH BINTI SA’ARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan
Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan
Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN MEROKOK DALAM

KALANGAN PELAJAR SEKOLAH. SATU TINJAUAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR

HAFIZAH BINTI SA’ARI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2007

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

ii

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

iii

DEDIKASI

BUAT MAK DAN AYAH TERSAYANG

Terima kasih atas segalanya

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita

ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang

telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan

terima kasih kepada penyelia iaitu Tn. Hj. Kandar bin Selamat di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang

telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi

menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang mampu

membalasnya.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak pentadbiran dan para pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor kerana telah memberi

kerjasama yang baik dalam kajian ini serta rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.

Akhir sekali buat bonda, ayahanda, dan keluarga tersayang, segala doa restu

dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T.

dan dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai persepsi pelajar terhadap kegiatan merokok

dalam kalangan pelajar sekolah yang melibatkan 131 orang responden dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Instrumen kajian yang digunakan ialah

set soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan latar

belakang responden dan bahagian B yang menghendaki responden menjawab soalan

berdasarkan Skala Likert iaitu Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak

Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS) Data dan maklum balas yang

diperolehi diproses dan dianalisa secara kuantitatif menggunakan perisian SPSS (

Statistical Package for the Social Science) versi 13 bagi mendapatkan kekerapan,

peratus dan min. Keputusan kajian mendapati rakan sebaya adalah faktor yang lebih

kuat dalam mempengaruhi pelajar untuk merokok berbanding faktor ibu bapa.

Kajian juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai

kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan bolehlah

difokuskan kepada faktor dalaman pelajar sendiri yang lebih mendorong mereka

untuk merokok.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

vi

ABSTRACT

This research is about student perception in smoking habit among the

secondary school students which involved 131 respondents from Sekolah Menengah

Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. The research instrument is a set of questionnaires

which contains two parts, Part A is the respondent’s demographic information and

Part B is the Likert Scale Questions which are Totally Disagree (TD), Disagree (D),

Undecided (UD), Agree (A), and Totally Agree (TA). Data were processed and

analyzed quantitatively using SPSS (Statistical Package for the Social Science)

version 13 to get values percentage and mean of each factor. The finding indicates

friends as a strong factor influence the students to involve in smoking compare to

parents factor. Findings of this study suggested that future research should focus on

students’ inner factors that influence them to smoke.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN THESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN iii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 6

1.8 Batasan Kajian 7

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Merokok merupakan kelakuan yang biasa diamalkan dalam kalangan orang

lelaki dewasa di dalam masyarakat Malaysia sejak zaman berzaman. Walaupun

kemana kita pergi, pasti kita menjumpai orang yang merokok. Adalah satu

pemandangan biasa apabila lelaki dewasa merokok. Masyarakat menjadikan

kelakuan merokok sabagai satu cara hidup, iaitu menjadi ukuran status kedewasaan,

keranggian, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab (Sufean et al.,

2004).

Menurut Kamus Dewan (2005), rokok bermaksud tembakau yang digulung di

dalam daun nipah, kertas dan sebagainya. Tembakau mengandungi nikotin yang

merangsang saraf dan meredakan ketegangan perasaan (Sufean et al., 2004).

Pelajar sekolah menengah merupakan kumpulan remaja yang berusia 13

hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini mereka cenderung untuk mencuba meneroka

sesuatu yang baru tanpa mengendahkan implikasi buruk yang bakal berlaku. Antara

perkara yang biasa dicuba ialah merokok. Walaupun banyak pihak telah melakukan

banyak usaha untuk membendungnya, namun masalah ini masih berpanjangan dan

semakin membimbangkan.

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-

satunya punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Perangkaan di

peringkat antarabangsa menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia

dan mengakibatkan kematian kira-kira empat juta orang setahun atau satu kematian

bagi setiap lapan saat. Di Malaysia pula, terdapat kira-kira 10,000 kematian setiap

tahun yang dikaitkan dengan amalan merokok dan kadar tersebut semakin

membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan

terdapat 38 kematian sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada amalan

merokok (Utusan Malaysia, 11 Februari 2004).

Kementerian Kesihatan menganggarkan antara 50 hingga 60 remaja

memulakan tabiat merokok setiap hari dimana sebahagian besar daripada mereka

akan menjadi penagih rokok apabila dewasa dengan setiap orang akan

membelanjakan RM5,544 setahun untuk membeli rokok, pemetik api, kos rawatan

penyakit dan membaiki barang yang rosak setiap hari akibat rokok. Kos ini dikira

berdasarkan seorang yang menghisap 20 batang rokok yang berharga RM5.40

sekotak sehari (Mingguan Malaysia, 4 Julai 2004). Ini adalah satu pembaziran yang

ketara tentunya akan meningkat bergantung kepada harga dan jumlah rokok yang

dihisap setiap hari

Apa yang paling membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada

ketagihan dadah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Merokok dan

Kesihatan (ASH), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj

Rampal, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana kebanyakan penagih bermula

dengan rokok sebelum beralih kepada dadah. Beliau menyarankan karajaan

melaksanakan kempen ”Tak Nak Kepada Rokok” secara agresif dengan menjadikan

golongan kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan universiti sebagai sasaran utama

kempen tersebut. Ini kerana jika tidak dibendung lebih awal adalah tidak mustahil

golongan tersebut boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah. Oleh itu adalah

penting golongan ini diberi maklumat dan penerangan yang jelas tentang bahaya

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

3

merokok kerana percubaan mereka untuk merokok boleh menyebabkan ketagihan

yang sukar diubati (Utusan Malaysia, 14 November, 2004).

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2002 yang diketuai oleh Dekan

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Dr Sufean Hussin yang membabitkan

seramai 7,499 pelajar sekolah menengah di 500 buah sekolah di seluruh

Semenanjung mendapati seramai 5,628 (47.9 peratus) remaja merokok bagi tempoh

kurang setahun, 2,113 (28.2 peratus) merokok bagi tempoh tiga hingga enam tahun

dan 294 (2.6 peratus) merokok antara tujuh hingga sepuluh tahun. Kajian itu juga

menunjukkan bahawa seramai 6,750 (62.9 peratus ) remaja adalah perokok terbaru

iaitu kurang dua tahun dan dalam peringkat cuba-cuba (Berita Harian, 31 Mei 2004).

Golongan ini lebih mudah dipengaruhi untuk meninggalkan tabiat terbabit

berbanding 30.7 peratus lagi yang telah menjadi perokok tegar.

Kempen ‘Tak Nak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2004 melibatkan perbelanjaan berjumlah

RM20 juta bagi menyebarkan penyelidikan anti-merokok dalam tempoh lima tahun.

Beliau telah menandatangani Rangka Kerja Konvensyen Mengenai Kawalan

Tembakau (FCTC) pertubuhan Kesihatan Sedunia di New York yang mana

melibatkan persetujuan untuk melarang penyiaran, promosi dan penajaan barkaitan

tembakau melalui radio, televisyen, media cetak dan internet selama lima tahun.

Selain itu, semua acara dan kegiatan antarabangsa tidak dibenarkan untuk ditaja oleh

syarikat tembakau (Utusan Malaysia, 14 November 2005).

Ini adalah satu langkah bijak kerana pengiklanan rokok mempengaruhi

golongan kanak-kanak dan remaja untuk merokok. Tambahan pula, syarikat-syarikat

rokok mensasarkan golongan ini kerana mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan

yang memaparkan gaya hidup bergaya dan hebat.

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

4

Walaupun terdapat sesetengah pihak beranggapan merokok ini tidak memberi

apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain, namun anggapan ini

sememangnya tidak tepat kerana telah terbukti rokok membawa banyak implikasi

negatif. Implikasi negatif ini bukan sahaja kepada perokok, malah masyarakat dan

kerajaan turut menanggung beban keburukannya.

Jika dilihat dari konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat

dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan dan sebagainya. Memandangkan para

remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari

ini serta memakmurkan negara, maka mereka perlu menghindarkan diri daripada

perbuatan negatif ini bermula dari peringkat awal lagi.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dijelaskan, pengkaji

menyedari wujudnya kegiatan merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Kegiatan

ini dilihat semakin membimbangkan serta memberi implikasi yang sangat besar

kepada negara. Memandangkan isu ini telah menjadi semakin serius, satu kajian

perlu dibuat bagi membendung kegiatan ini. Oleh yang demikian, pengkaji ingin

mengkaji berkenaan persepsi pelajar terhadap kegiatan merokok dalam kalangan

pelajar sekolah.

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEGIATAN … juga mendapati pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kesan rokok dari sudut kesihatan. Sebagai cadangan untuk kajian lanjutan

5

1.4 Objektif Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, objektif yang perlu dicapai ialah :

i . Mengenalpasti sama ada faktor ibu bapa mendorong kepada kegiatan

merokok dalam kalangan pelajar sekolah.

ii . Mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya mendorong kepada kegiatan

merokok dalam kalangan pelajar sekolah.

iii . Mengenalpasti sama ada larangan dan peraturan sekolah dapat membendung

kegiatan merokok dalam kalangan pelajar sekolah.

iv . Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kesan rokok dari sudut

kesihatan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut :

i . Adakah faktor ibu bapa mendorong kepada kegiatan merokok dalam

kalangan pelajar sekolah?

ii . Adakah faktor rakan sebaya mendorong kepada kegiatan merokok dalam

kalangan pelajar sekolah ?

iii . Adakah larangan dan peraturan di sekolah dapat membendung kegiatan

merokok dalam kalangan pelajar sekolah?

iv . Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap kesan-kesan rokok dari sudut

kesihatan?