kemahiran berkomunikasi pelajar tahun akhir … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam...

25
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI BAKAL GURU AZILA BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Feb-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI BAKAL GURU

AZILA BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran
Page 3: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran
Page 4: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

i

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI BAKAL GURU

AZILA BINTI ABDULLAH

Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Page 5: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

ii

“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : Azila Binti Abdullah

Tarikh : 06 November 2007

Page 6: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

iii

DEDIKASI

Untuk abah dan emak tersayang lagi dikasihi

Haji Abdullah dan Hajah Halimah

Dengan doa restumu aku di sini

Memenuhi hajat dan harapanmu

Yang menggunung tinggi

Agar anakmu menjadi insan berjaya

Kepada suamiku tercinta

Mohd Muazzuddin Shah

Yang telah memberi semangat kepadaku

Segala pengorbanan dan doronganmu

Tidak mampuku balas semuanya

Juga abang, kakak dan adik kandungku yang tersayang

Air dicincang takkan putus

Begitulah pertalian darah antara kita

Takkan terlerai

Selagi hayat di kandung badan

Juga pensyarah pembimbing yang dihormati

Tuan Haji Mohd Mohsin Bin Uzir

Yang banyak membimbing dan memberi ilmu

Di sepanjang penyediaan penyelidikan ini

Hanya mampu aku nyatakan

Ungkapan jutaan terima kasih serta syukran jazilan

Page 7: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah swt dan dengan limpah

kurniaNya maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia projek saya, Tuan

Haji Mohd Mohsin Bin Uzir atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang

diberikan sepanjang penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Ribuan dan jutaan terima

kasih diucapkan.

Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan dalam meniti

perjuangan menuntut ilmu ini, iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir

hayat dipanjatkan pada Allah swt.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua

pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberikan pembalasan yang setimpal

dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap

dikenang ke akhir hayat.

Wassalam

Page 8: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk meninjau kemahiran

berkomunikasi dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM sebagai persediaan bakal guru.

Seramai 118 orang pelajar perdana tahun akhir dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan

dengan menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Data yang

diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social

Sciences (SPSS) 11.5 For Windows. Hasil analisis mendapati, majoriti responden

mengakui bahawa pada persepsi mereka, kemahiran komunikasi adalah penting bagi diri

mereka sebagai persediaan seorang guru. Manakala tahap penguasaan responden dalam

kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar juga berada pada tahap tinggi. Kajian ini

juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah

pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran bertanya dan kemahiran menulis.

Akhir sekali cadangan yang bernas telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap

penguasaan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar.

Page 9: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

vi

ABSTRACT

The research carried out is to conduct a survey among final year students of

Engineering and Technical Education Department, Faculty of Education in UTM on their

abilities in communication skill during their learning. As preparation for recruitment

purpose 118 final year Bachelor Degree undergraduates from Engineering and Technical

Education Department, Faculty of Education were selected to be involved in this research.

Distributing sets of questionnaires of students was carrying out the research. Data

collected were analysed using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 11.5

software For Windows. The form of result of the study shows that perceptions of majority

of respondent admit that communication skills is very important to themselves as well as

better preparation to them of becoming a teacher. Levels of communication skills of

speaking and listening also are at higher level. The result also showed that their levels of

communication skills are at moderate level. This including skills of asking and writing.

Lastly, sufficient ideas and suggestions are given out in order to increase student’s

abilities mastering communication skill.

Page 10: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Borang Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Tajuk i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Rajah xii

Senarai Jadual xiii

Senarai Nama Singkatan xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.2.1 Perbezaan latar belakang dan pengalaman 4

1.2.2 Perhatian yang terhad 4

1.2.3 Prasangka/Prejudis/Tanggapan Awal 5

1.2.4 Faktor situasi 5

1.2.5 Perasaan dan emosi 5

Page 11: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Kemahiran Berkomunikasi 10

1.8.2 Kemahiran Komunikasi Lisan 10

1.8.3 Kemahiran Bertutur 11

1.8.4 Kemahiran Mendengar 11

1.8.5 Kemahiran Menulis 11

1.8.6 Kemahiran Bertanya 12

1.8.7 Persepsi 12

1.8.8 Kerjaya sebagai guru 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Unsur komunikasi 13

2.2.1 Sumber 14

2.2.2 Penerima 14

2.2.3 Mesej 14

2.2.4 Saluran 14

2.2.5 Maklum balas 15

2.2.6 Gangguan 15

2.2.7 Kesan 15

2.2.8 Persekitaran 15

2.3 Model Komunikasi 16

Page 12: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

2.4 Kemahiran Bertutur 16

2.5 Kemahiran Menulis 17

2.5.1 Kemahiran Menulis Cepat 18

2.6 Kemahiran Mendengar 19

2.6.1 Aktiviti Mendengar 20

2.6.1.1 Menerima 20

2.6.1.2 Memahami 20

2.6.1.3 Mengingat 20

2.6.1.4 Menilai 20

2.6.1.5 Memberi respons 21

2.7 Kemahiran Bertanya 21

2.7.1 Jenis-Jenis Pertanyaan 22

2.7.1.1 Pertanyaan Terbuka 22

2.7.1.2 Pertanyaan Tertutup 23

2.8 Kemahiran Komunikasi Dalam Kerjaya Sebagai

Bakal Guru 24

2.9 Kajian-Kajian Lepas 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Populasi Kajian 27

3.5 Sampel Kajian 28

3.6 Instrumen Kajian 30

Page 13: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Kajian Rintis 35

3.9 Analisis Data 36

3.10 Penutup 37

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Bahagian A (Maklumat Diri Responden) 39

4.2.1 Jantina 39

4.2.2 Umur 40

4.2.3 Bangsa 41

4.2.4 Kursus 42

4.3 Analisis Data Bahagian B ( Soalan Kajian) 42

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 43

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 47

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 51

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 54

4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian Kelima 57

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 60

BAB 5 PENGENALAN, KESIMPULAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Kesimpulan 63

5.2.1 Rumusan Bagi Latar Belakang Responden 65

Page 14: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian Pertama 65

5.2.3 Rumusan Persoalan Kajian Kedua 68

5.2.4 Rumusan Persoalan Kajian Ketiga 71

5.2.5 Rumusan Persoalan Kajian Keempat 74

5.2.6 Rumusan Persoalan Kajian Kelima 76

5.3 Kesimpulan 79

5.4 Cadangan 79

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 79

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak UTM 80

5.4.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 81

BIBLIOGRAFI 82

LAMPIRAN Lampiran A – E 85

Page 15: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Rajah Model Komunikasi 16

3.4 Prosedur Kajian 33

Page 16: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

xiii

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

3.1 Populasi Kajian 29

3.2 Pengkelasan Skala Likert 31

3.3 Maklumat dan item instrumen kajian 32

3.5 Skala min 36

3.6 Penentuan tahap peratusan 37

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 41

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41

4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 42

4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min

terhadap kemahiran bertutur semasa dalam pembelajaran. 43

4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min

terhadap kemahiran mendengar semasa dalam pembelajaran. 47

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min

terhadap kemahiran menulis semasa dalam pembelajaran. 51

4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min

terhadap kemahiran bertanya semasa dalam pembelajaran. 54

4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min

bagi persepsi pelajar terhadap kemahiran komunikasi dalam

kerjaya sebagai bakal guru. 58

4.10 Purata Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 61

4.11 Min Bagi Setiap Persoalan Kajian Mengikut Keutamaan 61

Page 17: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

FP : Fakulti Pendidikan

JPTK : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

SPA : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPE : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPJ : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

SPH : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

PKPG : Program Khas Pensiswazahan Guru

SPSS : Statistic Package For Social Science ( version 11.5 For Windows)

IPT : Institut Pengajian Tinggi

Page 18: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran komunikasi merupakan satu elemen penting dalam era revolusi

komunikasi ini. Apabila seseorang bercakap dengan orang lain, mereka sering lupa

tentang diri mereka sendiri. Mereka mungkin tidak mempedulikan sama ada apa yang

mereka cakapkan itu difahami oleh orang lain. Sedangkan, komunikasi berlaku apabila

melibatkan interaksi dua hala supaya mesej yang ingin disampaikan dapat dikongsi dan

sama maknanya antara penyampai dan difahami oleh penerima. Mesej yang disampaikan

bukan hanya apa yang dicakapkan tetapi juga bagaimana untuk menyatakannya.

Komunikasi ditafsirkan sebagai proses pemahaman maksud yang disampaikan oleh

pengirim kepada penerima dengan tujuan kebaikan bersama. Ini adalah kerana sebarang

proses komunikasi yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna. (Mohd

Baharudin dan Mohd Khairie, 2003). Dalam diri manusia telah wujud satu keperluan

untuk perhubungan sosial. Mereka akan menyetujui bahawa manusia tidak boleh hidup

bersendirian. Mereka memerlukan orang lain untuk berhubungan atau berkomunikasi

dengannya.

Seseorang dianggap berkomunikasi, jika apa yang dikomunikasikan itu

meninggalkan kesan. Manusia hidup saling bergantungan antara satu sama lain. Untuk

Page 19: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

2

merealisasikan hidup sedemikian, menyebabkan mereka perlu berkomunikasi atau

mewujudkan hubungan antara satu sama lain. Terdapat pelbagai kemahiran komunikasi

yang boleh dikuasai oleh setiap individu yang meliputi komunikasi bertutur, komunikasi

mendengar, komunikasi menulis dan komunikasi bertanya. Dengan demikian, bagi

penguasaan dan pengembangan ilmu, terlebih dahulu mereka perlu menguasai pelbagai

kemahiran tersebut.

Komunikasi adalah suatu proses yang berterusan. Manusia boleh bekerjasama

antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat melalui satu sistem komunikasi

yang baik. Menurut Halimah dan Norhayati (2003), manusia tidak boleh hidup

bersendirian seperti pernah dinyatakan “no man is an island”. Setiap orang memerlukan

orang lain untuk menyampaikan pendapat, berkongsi pengalaman, untuk berbual

bersama, berbincang bersama, bergurau bersama dan untuk “bergaduh dan bertengkar

bersama”. Pendek kata, manusia memerlukan manusia lain bagi segala urusan yang

dijalankan dalam dunia ini. Oleh itu, sebagai bakal guru kemahiran komunikasi

merupakan satu perkara utama kerana melalui komunikasi, ilmu dapat disampaikan

kepada anak murid dengan lebih tepat, jelas dan berkesan.

Komunikasi merupakan asas kepada setiap insan dalam penyertaan secara

berkesan dalam masyarakat. Setiap hari mereka akan memenuhi masa dengan kemahiran

berkomunikasi. Kesan komunikasi bergantung kepada kebijaksanaan penyampaian mesej

antara penyampai kepada penerima. Apa yang jelas, pertuturan dan penulisan yang baik

bergantung pada kemahiran yang boleh dipelajari oleh setiap insan. Kemahiran

berkomunikasi dapat ditingkatkan menerusi latihan demi latihan. Komunikasi adalah satu

proses pemindahan makna yang tersirat dari sumber kepada penerima untuk kebaikan

bersama. (Mohd Baharudin dan Mohd Khairie, 2003). Dalam keadaan ini, dapat dilihat

bahawa kemahiran komunikasi adalah aspek yang penting untuk diterapkan dalam

kerjaya perguruan.

Page 20: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

3

1.2 Latarbelakang Masalah

Umumnya, diketahui bahawa kemahiran komunikasi adalah penting dalam dunia

perguruan dan hal ini biasanya diuji semasa temuduga, memberi syarahan, kuliah,

ceramah, ucapan dan bermesyuarat. Kemahiran komunikasi juga meliputi kemahiran

membaca, kemahiran mendengar, kemahiran menulis, kemahiran menyoal, kemahiran

memberi penerangan yang jelas dan lancar ketika berinteraksi.

Dalam konteks sekolah, apabila guru menyampaikan pengalaman dan

pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu dinamakan berkomunikasi. Apabila mereka

berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengalaman dan pengetahuan masing-masing.

Apabila seseorang itu ingin menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan

disanjungi oleh anak-anak muridnya, salah satu kemahiran yang ada pada diri guru itu

ialah kemahiran berkomunikasi. Hal ini menimbulkan isu terutama kepada bakal pendidik

kerana kemahiran berkomunikasi merupakan elemen yang penting terutama dalam aspek

pengajaran dan pembelajaran apabila mereka bekerja kelak. Bakal guru memerlukan

pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknik-teknik berkomunikasi yang penting

bagi membantu mereka menjadi guru-guru yang lebih profesional dan berkesan di dalam

profesion perguruan. (Abdullah dan Ainon, 2000).

Manusia tidak boleh berada dalam keadaan tidak berkomunikasi kerana setiap

gerak-geri dan posturnya memberi mesej tertentu kepada pihak lain bergantung pada

tanggapan dan interpretasi pihak-pihak tertentu. (Zulkifli, 2000). Pada masa kini,

kebanyakan orang menerima hakikat yang manusia tidak boleh hidup tanpa komunikasi.

Komunikasi adalah sesuatu yang asas seperti mana keperluan untuk makanan, tempat

tinggal dan pakaian. Begitu jugalah pentingnya komunikasi kepada manusia kerana

manusia tidak akan dapat makanan, pakaian mahupun tempat tinggal kalau mereka tidak

boleh berkomunikasi. (Prof. Madya Dr.Saodah, Dr. Narimah dan Prof. Dr. Mohd Yusof ,

2004).

Page 21: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

4

Menurut Zulkifli (2000), sekiranya bahasa pertuturan berbeza antara budaya,

bahasa gerak geri juga berbeza antara budaya. Budaya juga boleh menjadi punca salah

faham semasa berkomunikasi. Oleh itu terdapat perbezaan antara budaya dalam memberi

makna kepada bahasa gerak-geri dan juga perkataan. Makna sesuatu perkataan itu diberi

mengikut penggunaannya. Umur, tahap pendidikan dan budaya akan mempengaruhi

bahasa yang digunakan oleh seseorang.

Terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan komunikasi.

Antaranya ialah tahap kecerdasan dan pengetahuan sedia ada penerima, saluran yang

digunakan, gangguan persekitaran seperti kebisingan dan budaya penerima serta

pengirim. Untuk membina komunikasi yang berkesan bukanlah mudah kerana adanya

faktor-faktor yang telah dinyatakan. Antara faktor yang akan mempengaruhi dan

selalunya menimbulkan masalah untuk berlakunya komunikasi yang berkesan adalah

seperti berikut :

1.2.1 Perbezaan latar belakang dan pengalaman

Perbezaan suku bangsa, bahasa, tahap pendidikan, pengetahuan dan kemahiran

boleh menjadi sebab terhalangnya komunikasi yang berkesan. Ini berlaku kerana mesej

yang disampaikan tidak difahami dan dihayati sebagaimana dikehendaki oleh penyampai

mesej.

1.2.2 Perhatian yang terhad

Ramai manusia akan menapis mesej yang disampaikan dan hanya memberi

perhatian kepada mesej yang disukai atau yang sesuai dengan pegangan, pendapat atau

citarasanya sahaja. Ini akan menyebabkan berlakunya salah faham dan tindakan yang

bercanggah dengan apa yang dikehendaki.

Page 22: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

5

1.2.3 Prasangka/Prejudis/Tanggapan Awal

Prasangka atau tanggapan awal ini akan menyebabkan berlakunya halangan

mental dan akan mempengaruhi mesej yang diterima. Mesej yang diterima akan

ditafsirkan mengikut kehendak dan selera sendiri.

1.2.4 Faktor situasi

Faktor-faktor atau keadaan semasa akan membangkitkan atau memalapkan emosi.

Perasaan takut, marah, rasa tidak selamat dan kebisingan akan menyebabkan

penghantaran dan penerimaan mesej terganggu.

1.2.5 Perasaan dan emosi

Jika penerima dan penyampai mesej tidak peka kepada aspek-aspek emosi dan

perasaan, komunikasi yang dilakukan menjadi kurang berkesan. Terdapat banyak situasi

di mana perasaan dan makna di sebalik sesuatu perkataan itu lebih penting daripada mesej

itu sendiri. Penerima mesej akan menterjemahkan mesej yang disampaikan mengikut

perasaan dan emosinya.

Justeru itu, satu tinjauan perlu dikaji untuk mengetahui kemahiran berkomunikasi

dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, UTM sebagai persediaan sebelum mereka

bergelar guru.

Page 23: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

6

1.3 Penyataan Masalah

Kemahiran komunikasi amat diperlukan untuk menyampaikan segala maklumat

yang diperlukan sesama insan dengan tepat dan jitu. Kemahiran komunikasi ternyata

lebih berguna dan amat diperlukan terutama bagi bakal guru kerana mereka merupakan

penyampai yang berkomunikasi dan berinteraksi secara dua hala untuk menyampaikan

mesej dan ilmu kepada penerima iaitu anak-anak murid yang akan diajar kelak

Berkomunikasi secara bercakap, berkata atau tulisan merupakan sebahagian

daripada tugas dan tanggungjawab bakal guru setiap hari. Salah satu pendekatan

komunikasi yang sering digunakan terutamanya kepada bakal guru adalah pendekatan

kemahiran bertutur. Komunikasi bertutur merupakan pengucapan dan penggunaan bahasa

dalam bentuk percakapan dan penulisan yang disampaikan kepada individu lain dengan

tujuan perkongsian makna. Menurut Mohd Baharudin dan Mohd Khairie (2003), bertutur

boleh mengukuhkan sesuatu maklumat yang disampaikan apabila kita ingin menegaskan

tentang sesuatu perkara. Menerusinya maklumat dapat disalurkan secara terus atau

spontan. Kemahiran bertutur digunakan dalam pelbagai keadaan sama ada formal

mahupun tidak formal. Bertutur dalam kebanyakan keadaan merupakan komunikasi

secara bersemuka. Ini juga merupakan pendekatan yang sangat berkesan.

Kemahiran komunikasi penulisan yang berkesan merupakan satu lagi cara yang

boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Komunikasi penulisan yang

berkesan memerlukan pengetahuan tatabahasa dan keupayaan menggunakan perkataan

dengan mahir. Penulisan yang baik menyerlahkan kebiasaan dan keupayaan bercakap.

Komunikasi secara tulisan adalah sesuatu yang lebih kekal, formal dan lebih berkesan..

Kebijaksanaan mereka berkomunikasi bergantung banyak pada pertuturan, penulisan dan

pembacaan. Lebih baik kemahiran ini maka lebih berkesanlah mereka berkomunikasi.

Apabila berkomunikasi, baik penutur mahupun pendengar, mereka sama-sama

mendengar. Fungsi utama mendengar adalah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang,

Page 24: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

7

menjalinkan hubungan, berseronok dan menolong orang lain. (Abdullah dan Ainon,

2000). Apabila mendengar, seseorang itu melakukan lima aktiviti iaitu menerima,

memahami, mengingat, menilai dan memberi respons. Menerima bermaksud mereka

menerima mesej yang diucapkan dan juga memahami mesej dalam bentuk bahasa badan.

Memahami pula adalah memahami apa yang dimaksudkan oleh orang itu, termasuk apa

yang difikirkannya. Untuk komunikasi secara efektif, seseorang itu perlu mengingat apa

yang mereka dengar. Dalam proses mendengar, secara tidak mereka sedari mereka

sebenarnya banyak melakukan penilaian. Respons merupakan maklumat yang mereka

berikan kepada seseorang itu semasa dan selepas mereka mendengar orang itu bercakap.

Respons yang diberikan mestilah bersikap mendukung iaitu respons yang menunjukkan

mereka mendengar apa yang dikatakan. Sebagai pendengar yang aktif, kenalpasti mesej

yang ingin disampaikan sama ada yang dapat didengar atau dapat dilihat. (Zulkifli, 2000).

Kemahiran bertanya mendorong seseorang itu mencapai tujuan komunikasi

dengan lebih mudah. Kemahiran ini juga memberi peluang kepada orang-orang yang

berkomunikasi berasa bebas untuk mengemukakan perasaan hati, keinginan, harapan,

keraguan, idea dan pendapat kepada orang yang lain.

Kerjaya bermaksud perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan

kehidupan (Kamus Dewan, 1994). Bertepatan dengan maksud kerjaya tersebut, kerjaya

sebagai bakal guru ini memberi kehidupan yang bermakna dan berkualiti dalam

memajukan diri dan mempelbagaikan kemahiran yang diperolehi.

Oleh itu, kajian ini adalah untuk meninjau kemahiran berkomunikasi dalam

pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan, UTM sebagai persediaan sebelum mereka bergelar

guru. Pengkaji ingin menjalankan kajian berdasarkan pembolehubah yang meliputi

kemahiran komunikasi bertutur, komunikasi mendengar, komunikasi menulis, dan

komunikasi bertanya di samping persepsi para pelajar terhadap kemahiran komunikasi

dalam kerjaya sebagai guru.

Page 25: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR … · juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran

8

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, UTM yang

mereka aplikasikan semasa dalam pembelajaran meliputi aspek kemahiran

bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertanya.

1.4.2 Mengetahui persepsi pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, UTM mengenai kemahiran

berkomunikasi dalam kerjaya sebagai bakal guru.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kemahiran bertutur semasa dalam pembelajaran?

1.5.2 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kemahiran mendengar semasa dalam pembelajaran?

1.5.3 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kemahiran menulis semasa dalam pembelajaran?

1.5.4 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kemahiran bertanya semasa dalam pembelajaran?

1.5.5 Apakah persepsi pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan, UTM terhadap

kemahiran komunikasi dalam kerjaya sebagai bakal guru?