ekoniaga yakin potensi niaga nasi ayam bagi berniaga · “kami lihat betapa besarnya potensi...

1
EATIYYAH MOHD SAID [email protected] SELAMA berniaga nasi ayam di Bu- kit Batok sejak 1992, Encik Teo Jew Kit perhatikan orang Islam gemar hidangan itu. Namun, mereka tidak melanggani gerai Jew Kit Hainanese Chicken Rice miliknya kerana ia tidak mempunyai sijil halal. Akhirnya, yakin dengan potensi pasaran halal, Encik Teo, pemilik rang- kaian gerai nasi ayam, membuka gerai nasi ayam halal pertamanya di Bukit Batok Central pada 2007. Perniagaan beliau sangat baik hing- ga beliau membuka sebuah lagi gerai se- kitar dua tahun lalu dan kemudian menubuhkan sebuah dapur pusat ber- sijil halal pada 2010. Kini, dapur pusat itu membekalkan produk halal, seperti sos, pes makanan dan sambal nasi ayam, bukan kepada gerai halalnya sahaja, bahkan lima cawangannya yang tiada sijil halal, ter- masuk dua restoran nasi ayam dan ma- kanan laut. Malah, sejak mempunyai cabang per- niagaan halal, penjualan keseluruhan syarikatnya meningkat 25 peratus. “Kami suka pelanggan Melayu. Mereka tidak cerewet, sabar dan mudah berurusan. Tetapi yang lebih penting ialah kami mahu menjual satu produk yang boleh dinikmati semua warga Singapura tidak kira apa agama pun. “Kami lihat betapa besarnya potensi pasaran halal ini dan dengan menjadi halal, kami dapat merebut pasaran pe- langgan lebih luas,” ujar Encik Teo, 46 tahun. Bapa dua anak itu yang mengasas- kan perniagaan nasi ayam bersama is- terinya, Cik Florence Toh, mendapat- kan panduan dan bimbingan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi menubuhkan gerai halal. Encik Teo berkata beliau tidak meng- hadapi banyak cabaran bagi menawar- kan produk halal. “Kami mengambil masa sebulan ba- gi memenuhi semua tuntutan halal dan tidak ada masalah langsung daripada se- gi resipi nasi ayam. “Dalam membuka gerai halal, kami mengenal pasti lokasi yang mempunyai ramai penduduk Islam,” ujar beliau. Sebanyak 80 peratus pelanggan di dua gerai halal itu ialah Muslim. Apabila ditanya mengapa mereka membuka sebuah dapur pusat halal, En- cik Teo menjawab: “Sebab kami berfikiran jauh dan memikirkan tentang masa depan. “Kami mahu terus maju dalam pasa- ran halal dan langkah ini akan me- mudahkan kami terus berkembang dalam pasaran halal. “Rancangan seterus kami ialah mem- buka sebuah restoran nasi ayam dan makanan laut halal dalam masa dua tahun mendatang.” Pasangan itu juga memandangkan berat aspek latihan pekerja. Kini, 18 pekerja mereka sedang men- jalani kursus Skim Kelayakan Kemahi- ran Tenaga Kerja (WSQ) dengan Ka- plan Singapore. “Pekerja kami sekarang dapat beker- ja sebagai satu pasukan dan berkomuni- kasi lebih baik. Konflik antara pekerja juga berkurangan, sekali gus memboleh- kan perniagaan lebih lancar,” ujar Cik Toh. Yakin potensi niaga nasi ayam halal MAHU TARIK PELANGGAN ISLAM: Encik Teo dan isterinya, Cik Toh, telah mendapatkan panduan dan bimbingan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi menubuhkan gerai halal mereka. – Foto TAUFIK A. KADER EKONIAGA “Kami suka pelanggan Melayu. Mereka tidak cerewet, sabar dan mudah berurusan. Tetapi yang lebih penting ialah kami mahu menjual satu produk yang boleh dinikmati semua warga Singapura tidak kira apa agama pun. Kami lihat betapa besarnya potensinya pasaran halal ini dan dengan menjadi halal, kami dapat merebut pasaran pelanggan lebih luas.” – Encik Teo Jew Kit. Berita Harian | Khamis, 30 Oktober 2014 Berita

Upload: others

Post on 20-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EATIYYAH MOHD [email protected]

SELAMA berniaga nasi ayam di Bu-kit Batok sejak 1992, Encik Teo JewKit perhatikan orang Islam gemarhidangan itu.

Namun, mereka tidak melangganigerai Jew Kit Hainanese Chicken Ricemiliknya kerana ia tidak mempunyaisijil halal.

Akhirnya, yakin dengan potensipasaran halal, Encik Teo, pemilik rang-kaian gerai nasi ayam, membuka gerainasi ayam halal pertamanya di BukitBatok Central pada 2007.

Perniagaan beliau sangat baik hing-ga beliau membuka sebuah lagi gerai se-kitar dua tahun lalu dan kemudianmenubuhkan sebuah dapur pusat ber-sijil halal pada 2010.

Kini, dapur pusat itu membekalkan

produk halal, seperti sos, pes makanan

dan sambal nasi ayam, bukan kepada

gerai halalnya sahaja, bahkan lima

cawangannya yang tiada sijil halal, ter-

masuk dua restoran nasi ayam dan ma-

kanan laut.

Malah, sejak mempunyai cabang per-

niagaan halal, penjualan keseluruhan

syarikatnya meningkat 25 peratus.

“Kami suka pelanggan Melayu.

Mereka tidak cerewet, sabar dan

mudah berurusan. Tetapi yang lebihpenting ialah kami mahu menjual satuproduk yang boleh dinikmati semuawarga Singapura tidak kira apa agamapun.

“Kami lihat betapa besarnya potensipasaran halal ini dan dengan menjadihalal, kami dapat merebut pasaran pe-langgan lebih luas,” ujar Encik Teo, 46tahun.

Bapa dua anak itu yang mengasas-kan perniagaan nasi ayam bersama is-terinya, Cik Florence Toh, mendapat-kan panduan dan bimbingan daripadaMajlis Ugama Islam Singapura (Muis)bagi menubuhkan gerai halal.

Encik Teo berkata beliau tidak meng-hadapi banyak cabaran bagi menawar-kan produk halal.

“Kami mengambil masa sebulan ba-gi memenuhi semua tuntutan halal dantidak ada masalah langsung daripada se-gi resipi nasi ayam.

“Dalam membuka gerai halal, kamimengenal pasti lokasi yang mempunyairamai penduduk Islam,” ujar beliau.

Sebanyak 80 peratus pelanggan didua gerai halal itu ialah Muslim.

Apabila ditanya mengapa merekamembuka sebuah dapur pusat halal, En-cik Teo menjawab:

“Sebab kami berfikiran jauh danmemikirkan tentang masa depan.

“Kami mahu terus maju dalam pasa-ran halal dan langkah ini akan me-mudahkan kami terus berkembangdalam pasaran halal.

“Rancangan seterus kami ialah mem-buka sebuah restoran nasi ayam danmakanan laut halal dalam masa duatahun mendatang.”

Pasangan itu juga memandangkanberat aspek latihan pekerja.

Kini, 18 pekerja mereka sedang men-jalani kursus Skim Kelayakan Kemahi-ran Tenaga Kerja (WSQ) dengan Ka-plan Singapore.

“Pekerja kami sekarang dapat beker-ja sebagai satu pasukan dan berkomuni-kasi lebih baik. Konflik antara pekerjajuga berkurangan, sekali gus memboleh-kan perniagaan lebih lancar,” ujar CikToh.

ENORHAIZA [email protected]

SINGAPURA kekal se-bagai negara terbaik bagimenjalankan perniagaanbuat kali kesembilan bertu-rut-turut, menurut Bank Du-nia.

D a l a m l a p o r a n‘Menjalankan Perniagaan’2015, negara ini mengetuaikriteria seperti menjalankandagangan rentas sempadandan melaksanakan kontrak.

Namun, indeks Singapu-ra susut sedikit daripada88.3 peratus tahun lalu kepa-da 88.27 peratus tahun ini.

Kekal di tangga keduadan ketiga ialah NewZealand yang mendapat86 .91 pera tus danHongkong dengan 84.97 pe-ratus.

Denmark dan Korea Sela-tan masing-masing men-duduki tangga keempat dankelima.

Indeks itu yang meneliti189 negara mengambil kirafaktor seperti tempoh bagimemulakan perniagaan,pembayaran cukai, kemuda-han mendapat kredit danmendapatkan elektrik.

“Walaupun Singapuramengekalkan kedudukanpertama, indeksnya merosotberbanding lima negara ter-atas yang melihat indeksmereka bertambah baik.

“Singapura mendapat pe-nilaian pertama bagi dagang-an rentas sempadan danmelaksanakan kontrak, ke-dua bagi menguruskan per-mit binaan, ketiga bagimelindungi pelabur minori-

ti, keenam bagi memulakanperniagaan, ke-11 bagi menda-pat elektrik, ke-17 bagimendapat kredit dan ke-19 ba-gi menghuraikan masalahpenutupan syarikat,’’ kata Ket-ua Kajian OCBC Bank, Cik Se-lena Ling, yang mengulas lapo-ran itu semalam dalam ken-yataan e-melnya.

Dalam mendapatkan kre-dit, prestasi Singapura mero-sot tiga mata walaupun daripa-da segi peratusan ia tidakberubah daripada tahun lalu.

Cik Ling menyatakan iabermakna negara lain telahmemperbaiki kedudukanmereka, membolehkan mere-ka mendapat peratusan lebihbaik berbanding Singapura.

Analisis Bank Dunia itumenunjukkan secara umumadalah lebih mudah menjalan-kan perniagaan di negara didunia, termasuk di negara se-dang membangun seperti Ni-geria, yang naik lima tanggake tangga ke-170.

Jepun bagaimanapun susutdua mata mencapai tanggake-29.

Amerika Syar ikatmengekalkan kedudukan ditangga ketujuh, manakala Bri-tain naik satu tangga ke tang-ga kelapan.

Di kalangan negara Asean,Malaysia memperbaikikedudukannya daripada tang-ga ke-20 tahun lalu bagi men-capai tangga ke-18.

Ia mendapat permarkahanyang baik dalam melindungipelabur minoriti.

Indonesia juga naik tigatangga ke tangga 114 tahunini.

S’pura kekalnegara terbaikbagi berniaga

Yakin potensiniaga nasi ayam halal

MAHU TARIK PELANGGAN ISLAM: Encik Teo dan isterinya, Cik Toh, telah mendapatkan panduan dan bimbingan Majlis Ugama IslamSingapura (Muis) bagi menubuhkan gerai halal mereka. – Foto TAUFIK A. KADER

EKONIAGA

“Kami suka pelanggan Melayu. Mereka tidak cerewet,sabar dan mudah berurusan. Tetapi yang lebih pentingialah kami mahu menjual satu produk yang bolehdinikmati semua warga Singapura tidak kira apa agamapun. Kami lihat betapa besarnya potensinya pasaran halalini dan dengan menjadi halal, kami dapat merebut pasaranpelanggan lebih luas.”

– Encik Teo Jew Kit.

Berita Harian | Khamis, 30 Oktober 2014 7

Berita SETEMPAT