persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5s … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap...

40
i PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA SUPARDI BIN AMALUDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI, 2012 brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UTHM Institutional Repository

Upload: others

Post on 30-Jul-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

i

PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S DI

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

SUPARDI BIN AMALUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI, 2012

brought to you by COREView metadata, citation and similar papers at core.ac.uk

provided by UTHM Institutional Repository

Page 2: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

v

ABSTRAK

Amalan 5S telah menjadi satu perbualan yang hangat di dalam sektor perkhidmatan

awam masa kini khususnya di dalam sektor pendidikan. Sistem 5S yang terkenal di

Jepun ini juga merupakan salah satu teknik pendekatan berkesan yang telah di

laksanakan di sana dalam memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan

persekitaran tempat kerja. Namun, kebiasaannya idea untuk melaksanakan amalan 5S

tidak diterima oleh semua pihak dan sudah menjadi lumrah terdapat penentangan dari

kakitangan terhadap sebarang perubahan yang diperkenalkan. Oleh yang demikian,

matlamat kajian telah dibentuk bagi mengenalpasti persepsi pengajar terhadap

perlaksanaan amalan 5S di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Kajian dijalankan

menggunakan soal selidik berskala likert. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai

Alpha Cronbach ialah melebihi 0.90. Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan

maklumat diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang

terdiri daripada pengajar-pengajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang dan

Petaling Jaya. Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian

“The Statistical Package For Social Science (SPSS)” bagi mendapatkan skor min,

sisihan piawai, Ujian–t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan tahap keyakinan

pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari semua aspek adalah berada pada

tahap yang tinggi dan tiada perbezaan yang signifikan antara keyakinan mereka

mengikut jantina dan pengalaman mengajar. Ini menunjukkan semua responden

berpuashati dengan pelaksanaan amalan 5S. Berdasarkan dapatan kajian ini, diharap

memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan telah

dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan perlaksanaan amalan 5S. Secara

keseluruhanya, semua responden bersetuju dengan kewujudan kepentingan dan

kepuasan ke atas perlaksanaan amalan 5S yang telah diperkenalkan di Kolej

Kemahiran Tinggi MARA.

Page 3: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

vi

ABSTRACT

Nowadays, 5S practice has become a major talk in civil service sectors especially in

education sectors. The 5S system, which is also popular in Japan, is one of the

efficient techniques used to motivate workers, increase their productivity and

working environment. The idea of implementing 5S practice will not be generally

accepted by all and it is common that there must be some staff who would not accept

the new changes. Therefore, the objective of this study is to identify educator's

perception towards 5S practice implemented in Kolej Kemahiran Tinggi MARA. The

initial study is carried out and the value of Alpha Cronbach is more than 0.90. Then,

the actual study is held and the information is obtained by passing around the

questionnaires to the respondents which are educators at Kolej Kemahiran Tinggi

MARA Beranang and Petaling Jaya. This study was done by using likert scale

surveys. Collected data was analysed by using "The Statistical Package for Social

Science (SPSS)" software to get the mean score, standard deviation, t-Test and

ANOVA. The results showed the confidence level of all 5S instructors in all aspects is

high and they are not affected by gender and teaching experience. This shows that all

respondents are satisfied with the implementation of 5S practice. Based on the

results, all related parties will gain the benefits of the practice and a few suggestions

were presented to increase the effectiveness of 5S implementation. As a conclusion,

all respondents agreed with the importance of 5S implementation which was

introduced in Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Page 4: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

vii

KANDUNGAN

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Penyataan masalah 6

1.4 Tujuan kajian 7

1.5 Objektif kajian 8

1.6 Soalan kajian 8

1.7 Hipotesis kajian 9

1.8 Kerangka konsep kajian 10

1.9 Kepentingan kajian 11

1.10 Skop kajian 12

1.11 Batasan kajian 12

1.12 Definisi termenologi 13

Page 5: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

viii

1.13 Rumusan 14

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Amalan 5S 16

2.3 Aspek pengetahuan 21

2.4 Aspek kualiti 25

2.5 Aspek persekitaran 31

2.6 Rumusan 34

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka bentuk kajian 35

3.3 Kerangka operasi 36

3.4 Populasi kajian 38

3.5 Sampel kajian 38

3.6 Instrumen kajian 39

3.6.1 Reka bentuk soal selidik 40

3.6.2 Kesahan 41

3.6.3 Kebolehpercayaan 41

3.7 Kajian rintis 42

3.8 Prosedur menjalankan kajian 43

3.9 Kaedah penganalisisan data 44

3.10 Rumusan 45

BAB 4 ANALISIS KAJIAN 46

4.1 Pengenalan 46

Page 6: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

ix

4.2 Latar belakang responden 47

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Pengalaman mengajar 47

4.3 Analisis kesan perlaksanaan amalan 5S dari 48

aspek pengetahuan

4.4 Analisis kesan perlaksanaan amalan 5S dari 50

aspek kualiti

4.5 Analisis kesan perlaksanaan amalan 5S dari 52

aspek persekitaran

4.6 Analisis perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 54

amalan 5S mengikut jantina

4.6.1 Perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 54

amalan 5S dari aspek pengetahuan mengikut

jantina

4.6.2 Perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 55

amalan 5S dari aspek kualiti mengikut

jantina

4.6.3 Perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 56

amalan 5S dari aspek persekitaran mengikut

jantina

4.7 Analisis perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 57

amalan 5S mengikut pengalaman kerja

4.7.1 Perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 57

amalan 5S dari aspek pengetahuan mengikut

pengalaman kerja

4.7.2 Perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 58

amalan 5S dari aspek kualiti mengikut

pengalaman kerja

Page 7: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

x

4.7.3 Perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan 59

amalan 5S dari aspek persekitaran mengikut

pengalaman kerja

4.8 Rumusan 60

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 61

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan dan kesimpulan 62

5.2.1 Persepsi pengajar terhadap perlaksanaan 62

amalan 5S dari aspek pengetahuan

5.2.2 Persepsi pengajar terhadap perlaksanaan 64

amalan 5S dari aspek kualiti

5.2.3 Persepsi pengajar terhadap perlaksanaan 66

amalan 5S dari aspek persekitaran

5.2.4 Perbezaan Persepsi pengajar terhadap kesan 67

perlaksanaan amalan 5S diantara jantina

5.2.4.1 Perbezaan persepsi pengajar terhadap 68

kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan diantara jantina

5.2.4.2 Perbezaan persepsi pengajar terhadap 69

kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

kualiti diantara jantina

5.2.4.3 Perbezaan persepsi pengajar terhadap 70

kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

persekitaran diantara jantina

Page 8: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

xi

5.2.5 Perbezaan Persepsi pengajar terhadap kesan 71

perlaksanaan amalan 5S diantara pengalaman

mengajar

5.2.5.1 Perbezaan persepsi pengajar terhadap 71

kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan diantara pengalaman mengajar

5.2.5.2 Perbezaan persepsi pengajar terhadap 72

kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

kualiti diantara pengalaman mengajar

5.2.5.3 Perbezaan persepsi pengajar terhadap 73

kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

persekitaran diantara pengalaman mengajar

5.3 Cadangan 74

5.3.1 Cadangan terhadap kajian 74

5.3.2 Cadangan untuk kajian lanjutan 75

5.4 Penutup 76

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 82

VITA

Page 9: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

xii

SENARAI JADUAL

3.1 Skala Likert 5 mata 40

3.2 Analisis kajian Alpha Cronbach 42

3.3 Pengkelasan skor min dan status 44

4.1 Taburan responden mengikut jantina 47

4.2 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 48

4.3 Taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi 49

persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek pengetahuan

4.4 Taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi 51

persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti

4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi 53

persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek persekitaran

4.6 Ujian-t bagi perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan amalan 5S 55

dari aspek pengetahuan mengikut Jantina

4.7 Ujian-t bagi perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan amalan 5S 56

dari aspek kualiti mengikut Jantina

4.8 Ujian-t bagi perbezaan persepsi terhadap perlaksanaan amalan 5S 56

dari aspek persekitaran mengikut Jantina

4.9 Anova sehala perbandingan persepsi terhadap perlaksanaan amalan 5S 58

dari aspek pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar

4.10 Anova sehala perbandingan persepsi terhadap perlaksanaan amalan 5S 59

dari aspek kualiti berdasarkan pengalaman mengajar

4.11 Anova sehala perbandingan persepsi terhadap perlaksanaan amalan 5S 59

dari aspek persekitaran berdasarkan pengalaman mengajar

Page 10: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konsep kajian 11

3.1 Kerangka operasi 37

Page 11: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

xiv

SENARAI SINGKATAN

ANOVA - Analysis of Variance

Ho - Hipotesis nol

Ha - Hipotesis alternative

IKM - Institut Kemahiran MARA

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi MARA

MARA - Majlis Amanah Rakyat

MPC - Perbadanan Produktiviti Malaysia

SPSS - Statistic Package For Social Science

Page 12: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Maklumat ringkas amalan 5S 82

B Carta gantt projek sarjana 83

C Borang soal selidik 85

D Pengesahan borang soal selidik 91

E Kajian rintis 96

F Surat kebenaran menjalankan kajian 99

G Dapatan Kajian 102

H Vita

Page 13: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu industri yang amat penting bagi memajukan sesebuah

negara. Ianya menentukan masa hadapan negara terutamamya pendidikan berasaskan

teknik dan vokasional apabila negara tersebut ingin menjadi negara maju

berlandaskan perindustrian (Wawasan 2020). Institusi pendidikan memainkan

peranan penting kearah pencapaian matlamat pendidikan negara iaitu mewujudkan

sistem pendidikan bertaraf dunia. Satu etika kerja yang mantap dan berkualiti tinggi

perlu diamalkan untuk memastikan semua tenaga pengajar mempunyai sifat-sifat

bertanggungjawab dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam

menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing (Ismail, 2001).

Pelbagai program peningkatan kualiti telah diperkenalkan seperti Pengurusan

Kualiti Menyeluruh (TQM), ISO 9000, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

dan amalan 5S. Amalan 5S telah menjadi satu program kualiti terkini yang telah

diperkatakan oleh pelbagai pihak samada sektor swasta dan sektor kerajaan.

Kejayaan amalan 5S sebagai satu pendekatan sistematik dan bersepadu dalam

pengurusan telah terbukti keberkesanannya terutamanya di sektor-sektor swasta di

Page 14: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

2 Jepun. Berdasarkan kajian Peterson & Smith (1998) mendapati perlaksanaan amalan

5S dapat meningkatkan kecekapan organisasi dan meningkatkan prestasi keseluruhan

organisasi. Kejayaan amalan 5S sebagai satu kaedah pengurusan yang dipercayai

olah pakar pengurusan sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan menyebabkan

ianya cuba dilaksanakan dengan segera di semua organisasi di Malaysia. Amalan 5S

adalah satu asas dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi

jika perlaksanaannya dilakukan dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh.

Amalan 5S adalah satu amalan yang telah diasaskan, dipopularkan dan

dipraktikkan oleh masyarakat Jepun. Perkataan 5S merupakan ringkasan daripada

lima perkataan Jepun iaitu Seiri (Organisasi), Seiton (Kemas), Seiso (Bersih),

Seiketsu (Seragam), dan Shitsuke (Disiplin). Ia disingkatkan kepada lima kunci

utama yang lebih memfokus kepada kualiti persekitaran yang menyeluruh. Selain itu,

amalan 5S dapat memberikan faedah untuk menjadikan pekerjaan lebih teratur,

selamat dan selesa. Menurut Peterson & Smith (1998), amalan 5S adalah satu sitem

yang merangkumi langkah-langkah dan prosedur-prosedur yang boleh digunakan

oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan untuk mengatur ruang bekerja

dengan cara paling baik untuk mengoptimumkan prestasi, keselesaan, keselamatan

dan kebersihan. Perkataan 5S yang mengambarkan budaya amalan 5S adalah seperti

yang digambarkan di LAMPIRAN A.

Konsep Amalan 5S mula diperkenalkan kepada syarikat-syarikat di negara

Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang

boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan

selamat didalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat

memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. Ia juga merupakan pendekatan

yang saintifik yang dilaksanakan untuk mengekalkan, memelihara dan

menambahbaikkan amalan-amalan asas penjagaan kebersihan. Sistem yang

dilaksanakan bertujuan mengubah secara kualitatif cara pemikiran dan pelakuan

manusia. Dengan melalui perubahan ini, diharap dapat memberi kesan terhadap

kualiti.

Menurut Straker (2010) beliau menyatakan salah satu sistem dari negara

Jepun yang sering digunakan adalah 5S. Amalan 5S sebenarnya adalah amalan harian

asas sahaja. Daripada amalan asas ini mereka telah berjaya mengembangkan kepada

Page 15: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

3 aktiviti – aktiviti kualiti yang lain berdasarkan persekitaran yang kemas dan

berdisiplin. Perlaksanaan 5S ini telah berjaya melibatkan semua pihak dan ini dengan

sendirinya adalah satu aktiviti yang mudah tetapi banyak memberi impak yang

berkesan. Apabila ramai yang sedar akan kehebatan aktiviti ini maka mereka dapat

melaksanakan dengan baik dan seterusnya tempat kerja menjadi kemas dan terautr.

Walaupun 5S berasal dari sektor industri, mereka telah dapat menterjemahkan

dengan baik kepada situasi tempat kerja yang lain, dari makmal research and

development (R&D) sehingga ke pejabat Pengarah Urusan.

Walau bagaimanapun, tanpa disedari, amalan 5S telah lama bertapak dalam

masyarakat Malaysia. Gotong-royong umpamanya merupakan konsep yang serasi

dengan amalan 5S, dimana aktiviti gotong-royong telah diwarisi secara turun

temurun. Lantaran itu, amalan ini telah diketengahkan dalam masyarakat yang

bekerja bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti persekitaran kerja (Mohamed,

2002).

Amalan 5S yang diamalkan akan membantu ke arah penambahbaikan

berterusan walau dalam apa jua situasi sekalipun. Penambahbaikan berterusan adalah

teras kepada sistem pengurusan persekitaran. Pengurusan persekitaran kerja yang

baik melalui amalan 5S mampu membawa kepada pengurangan dan penghapusan

risiko semasa bekerja. Tambahan pula, pengamalan amalan 5S mewujudkan

persekitaran kerja yang bersih dan kemas. Oleh itu, pelaksanaan 5S secara konsisten

akan meningkatkan mutu kerja, produktiviti dan menjadikan seseorang itu lebih

berdisiplin.

Amalan 5S adalah cara untuk mengurus dan mengendalikan persekitaran

tempat kerja, serta aliran kerja yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan,

menghapuskan pembaziran, menambahbaikan aliran, mengurangkan atau

menghapuskan proses yang tidak munasabah. Ianya ialah satu kaedah untuk

mengendalikan tempat kerja, terutamanya bagi tempat kerja yang dikongsi bersama

seperti pejabat pentadbiran, bengkel atau lapangan kerja. Ianya juga bagi memastikan

persekitaran dan pekerja sentiasa terkawal dan dapat menghasilkan produktiviti dan

kualiti barangan atau perkhidmatan yang lebih berkualiti. Warwood dan Knowles

(2004) menyatakan bahawa jika 5S kurang dilaksanakan disesebuah organisasi, maka

Page 16: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

4 organisasi tersebut akan mengalami penurunan kecekapan, banyak pembaziran,

rendah moral, tiada kualiti dan kos juga akan meningkat.

Kaedah amalan 5S adalah permulaan bagi setiap program penambahbaikan.

Ianya ialah alat untuk membantu dalam analisis proses yang berjalan di tempat kerja.

5S adalah metodologi penciptaan dan pengekalan tempat kerja yang teratur, bersih,

sangat efektif dan berkualiti tinggi. Hasil dari perlaksanaan amalan 5S ialah

organisasi tempat kerja menjadi lebih efektif, pengurangan dalam persekitaran kerja,

penghapusan kerugian yang berkaitan dengan kegagalan atau kerosakan,

penambahbaikan dalam keselamatan dan kualiti kerja ( Ho, 1997).

Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik

berdasarkan amalan 5S merupakan satu pendekatan yang diterima dan dipraktikkan

secara universal. Amalan 5S dapat membantu organisasi merancang dan

melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

Di Malaysia, konsep amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun

1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-

nasional. Kini, banyak Agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan amalan 5S, malah

ada di antaranya yang telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Bagi memastikan Perkhidmatan Awam cemerlang dalam menyempurnakan

keperluan pelanggan dan menghadapi cabaran-cabaran persekitaran, konsep amalan

5S telah digunapakai. Polisi amalan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang

telah dikeluarkan ialah “Amalan 5S JPA bertujuan membentuk budaya persekitaran

berkualiti, dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan, sesuai

dengan tahapnya sebagai organisasi cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan

kepada pelanggan”.

1.2 Latar belakang Masalah

Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad

telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju

Page 17: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

5 pada tahun 2020. Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam salah satu

daripada kertas kerjanya yang bertajuk "Malaysia: Melangkah Ke Hadapan

(Wawasan 2020)" yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis

Perniagaan Malaysia pada tahun 1991. Wawasan tersebut secara tidak langsung telah

meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada

pembangunan negara. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, keperluan

sumber tenaga kerja mahir dan separa mahir merupakan perkara yang perkara yang

penting dalam memenuhi pelbagai sektor pekerjaan. Sehubungan dengan itu kerajaan

telah mewujudkan pelbagai institusi latihan di bawah pelbagai agensi untuk

menampung keperluan sumber tenaga kerja mahir dan separa mahir.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah sebuah agensi di bawah pentadbiran

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut memainkan peranan bagi

mendukung wawasan negara. Selaras dengan kepesatan perindustrian dan permintaan

terhadap sumber tenaga kerja, MARA telah mewujudkan Institut Kemahiran MARA

(IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) berdasarkan salah satu misinya

untuk menerajui bidang pendidikan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. MARA

telah menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat sijil dan diploma di IKM

dan KKTM. Di IKM, kursus latihan kemahiran dijalankan diperingkat sijil dalam

pelbagai bidang kemahiran seperti elektronik, elektrik, automotif, mekanikal,

bangunan dan lain-lain. Manakala kursus tahap diploma di KKTM pula dilaksanakan

bagi melatih pelajar dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan yang

melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perindustrian, perusahaan dan

perdagangan.

Alam sekitar yang bersih akan menjadikan persekitaran kerja selamat dan

selesa. Ia sekaligus akan meningkatkan motivasi pekerja untuk menjalankan setiap

tugas yang diamanahkan. Walau bagaimanapun, persekitaran yang tidak selesa akan

menyebabkan bertambahnya kemalangan di tempat kerja sekaligus menjejaskan

produktiviti. MARA telah menitik beratkan agar setiap IKM dan KKTM memastikan

persekitaran bengkel dan sekeliling berada didalam keadaan yang selesa dalam

menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek kebersihan perlu

diutamakan di dalam bengkel dan termasuk persekitaran bengkel perlu

dititikberatkan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

Page 18: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

6 berkesan. MARA juga memberi perhatian yang berat berkaitan dengan persekitaran

tempat kerja dalam memastikan keselamatan bagi setiap pengajar dan pelajar

terjamin. Masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan orang lain

seperti kemalangan yang melibatkan seorang pelajar merupakan satu isu sensitif yang

memerlukan perhatian yang teliti (Mustapha, 2000). Mesyuarat pengetua-pengetua

IKM se Malaysia pada tahun 2001 telah menyarankan agar satu mekanisme

diwujudkan untuk mengatasi masalah kebersihan, keselamatan dan keceriaan di

semua IKM.

Budaya amalan 5S pula mula diperkenalkan di MARA pada tahun 2007 dan 4

Institut Kemahiran MARA (IKM) telah dijadikan sebagai projek rintis iaitu IKM

Lumut, IKM Beseri, IKM Besut dan IKM Kota Kinabalu. Sehingga kini sebanyak 4

IKM dan 4 KKTM telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Productivity

Corporation (MPC). Walaupun banyak pihak yang telah sedar kepentingan amalan

5S sebagai salah satu kaedah pengurusan kualiti dan kesannya keatas pelanggan dan

sekeliling, namun begitu sistem yang berasal dari negara Jepun sebaliknya akan

memberi kesan negatif jika ia tidak dirancang, diselaras dan dipantau dengan

sebaiknya. Kegagalan organisasi untuk menyelia, menyebar dan mendidik warga

kerja mengenai kepentingan amalan ini akan menimbulkan beberapa masalah seperti

anggapan perlaksanaan amalan 5S akan membabitkan kerja yang sangat banyak dan

menambahkan beban kepada mereka.

1.3 Pernyataan masalah

Amalan 5S merupakan satu sistem pengurusan kualiti yang ringkas iaitu pembersihan

di tempat kerja atau lebih dikenali sebagai housekeeping. Namun, masih ada tenaga

pengajar yang beranggapan kerja-kerja ini merumitkan, membuang masa, remeh dan

bukan menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya. Seperti yang

dinyatakan dalam buku garis panduan amalan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam

(2011), terdapat beberapa tentangan dari kakitangan terhadap perlaksanaan amalan

5S. Tentangan ini juga dinyatakan didalam kajian Mohd Nizam (2010) yang

Page 19: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

7 menyarankan pihak organisasi perlu memberi perhatian kepada penentangan terhadap

perubahan semasa melaksanakan amalan-amalan 5S, terutamanya di dalam

organisasi-organisasi kecil yang menjalankan perniagaan “niche” atau yang

mengamalkan dasar perniagaan di mana mereka selesa dengan pencapaian semasa.

Kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

organisasi samada amalan 5S yang dijalankan ini memberi impak yang berkesan dan

tidak dari pandangan kalangan pengajar untuk kebaikan semua pihak termasuk

pengajar.

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengkaji persepsi tenaga pengajar di

KKTM terhadap amalan 5S bagi mengetahui sejauh manakah kefahaman mereka

terhadap amalan 5S dan persepsi terhadap perlaksanaan amalan 5S. Maka,

diharapkan melalui kajian ini, ianya dapat memberikan kesedaran tentang

kepentingan amalan 5S dalam meningkatkan produktiviti dan persekitaran yang

berkualiti.

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pengajar terhadap perlaksanaan

amalan 5S di Kolej Kemahiran Tinggi MARA . Tahap keyakinan terhadap

perlaksanaan amalan 5S akan dinilai mengikut persepsi tenaga pengajar adalah

berdasarkan kepada tiga aspek iaitu aspek pengetahuan, espek kualiti dan aspek

persekitaran. Selain itu, kajian ini akan melihat sejauh mana perbezaan secara

statistik persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S berdasarkan jantina dan

pengalaman mengajar.

Page 20: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

8 1.5 Objektif kajian

Berdasarkan penyataan masalah yang telah ditimbulkan, objektif kajian ini adalah

untuk mengenalpasti dan meninjau aspek ciri-ciri seperti berikut:

(i) Menentukan persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan.

(ii) Menentukan persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari aspek

kualiti.

(iii) Menentukan persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari aspek

persekitaran.

(iv) Mengenalpasti perbezaan persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S

di antara jantina.

(v) Mengenalpasti perbezaan persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S

di antara pengalaman mengajar.

1.6 Soalan kajian

Tujuan utama dalam penyelidikan ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan

mengenai persepsi tenaga pengajar terhadap kesan perrlaksanaan amalan 5S.

Persoalan yang ditimbulkan dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:

(i) Apakah persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan?

(ii) Apakah persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari aspek

kualiti?

(iii) Apakah persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari aspek

persekitaran ?

(iv) Adakah terdapat perbezaan di antara pengajar berdasarkan persepsi mereka

terhadap perlaksanaan amalan 5S mengikut jantina?

Page 21: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

9 (v) Adakah terdapat perbezaan di antara pengajar berdasarkan persepsi mereka

terhadap perlaksanaan amalan 5S mengikut pengalaman kerja?

1.7 Hipotesis kajian

Berdasarkan kepada persoalan-persoalan kajian yang menguji apakah persepsi

pengajar terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S. Beberapa hipotesis telah dirangka

bagi persoalan kajian yang keempat dan kelima dan adalah seperti berikut :

(i) Hipotesis pertama

Persoalan Kajian (iv) : Adakah terdapat perbezaan di antara pengajar

berdasarkan persepsi mereka terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S

mengikut jantina.

Hipotesis nol (Ho) : Tiada perbezaan statistik yang signifikan di antara

persepsi pengajar terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan, kualiti dan persekitaran mengikut jantina.

Hipotesis alternatif (Hα) : Terdapat perbezaan statistik yang signifikan di

antara persepsi pengajar terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan, kualiti dan persekitaran mengikut jantina.

(ii) Hipotesis kedua

Persoalan Kajian (iv) : Adakah terdapat perbezaan di antara pengajar

berdasarkan persepsi mereka terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S

mengikut pengalaman kerja.

Page 22: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

10

Hipotesis nol (Ho) : Tiada perbezaan statistik yang signifikan di antara

persepsi pengajar terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan, kualiti dan persekitaran mengikut pengalaman kerja.

Hipotesis alternatif (Hα) : Terdapat perbezaan statistik yang signifikan di

antara persepsi pengajar terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S dari aspek

pengetahuan, kualiti dan persekitaran mengikut pengalaman kerja.

1.8 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep digunakan bagi menjelaskan secara grafik atau dalam bentuk cerita

tentang kajian yang akan dijalankan. Kerangka konsep bagi kajian ini adalah seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Komponen utama kerangka konsep kajian ini adalah terdiri daripada

pengajar-pengajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Komponen kedua merupakan

tahap keyakinan pengajar terhadap amalan 5S yang dikaji melalui persepsi pengajar

terhadap perlaksanaan amalan 5S dari aspek pengetahuan, kualiti dan persekitaran.

Page 23: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

11

Masukan

Proses

Keluaran

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian (adaptasi daripada Asha’ari, N. L., 2006)

1.9 Kepentingan kajian

Diharapkan daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu bagi

melihat sejauhmana tahap pengetahuan, perlaksanaan dan keselarasan amalan 5S.

Seterusnya dapat dijadikan panduan kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA

khasnya dan juga organisasi MARA amnya, dalam menzahirkan amalan 5S dalam

persekitaran kerja seperti berikut:

(i) Kepentingan kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA

Kajian ini penting untuk memberikan informasi yang diperlukan untuk

mengenalpasti kelemahan dan merangka tindakan susulan dalam

mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan amalan 5S. Disamping itu,

melalui dapatan kajian ini pihak KKTM mengambil langkah-langkah yang

Pengajar KKTM

Pengetahuan

Pengajar KKTM yang berkeyakinan tinggi terhadap amalan 5S

Persepsi Pengajar

Kualiti

Persekitaran

Page 24: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

12

sewajarnya bagi tujuan penambahbaikan dalam meningkatkan lagi kualiti

pengurusan sistem organisasi.

(ii) Kepentingan kepada MARA

Kajian ini penting untuk memberikan maklumat yang bermanfaat untuk

menghasilkan satu persekitaran kerja yang berkualiti dan efektif. Kajian ini

juga mendatangkan kebaikan kepada MARA kerana selepas menjalankan

kajian ini, data dan maklumat yang diperolehi akan memberi input yang

berguna dan bermanfaat dalam menggalakkan perlaksanaan amalan 5S

dilaksanakan disemua agensi dibawah MARA

1.10 Skop kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi tenaga pengajar terhadap amalan

5S yang dijalankan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Dalam kajian ini, penyelidik

membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak

terlalu luas. Menurut Mohamad Najib (1999), penyelidik tidak akan dapat mengkaji

semua perkara yang berkaitan dengan masalah kajian yang berkaitan. Oleh itu, skop

kajian ini hanya mengkaji tentang persepsi staf terhadap amalan 5S dari tiga aspek

utama iaitu kefahaman, kualiti dan persekitaran. Responden kajian adalah tenaga

pengajar yang mengajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang terpilih.

1.11 Batasan kajian

Kajian ini hanya dijalankan terhadap tenaga pengajar yang terdapat di KKTM

Petaling Jaya dan KKTM Beranang. KKTM Petaling Jaya dipilih kerana institusi ini

merupakan KKTM yang pertama didalam MARA yang mendapat pengiktirafan 5S

daripada pihak MPC. Manakala KKTM Beranang pula merupakan institusi MARA

yang terkini mendapat pengiktirafan amalan 5S .

Page 25: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

13

Oleh itu, segala keputusan kajian yang dijalankan ini hanya terbatas untuk

dua institusi ini sahaja dan tidak boleh disamakan dengan jabatan-jabatan lain.

Walaupun kajian ini melibatkan dua tempat kajian, namun ianya secara tidak

langsung menggambarkan keadaan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA di seluruh

Malaysia.

1.12 Definisi termenologi

Dalam kajian ini, beberapa definisi istilah diberikan bagi mengelakkan kesalahan

tafsiran pembaca seperti berikut:

(a) Persepsi

Persepsi ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran ( tentang

sesuatu), pandangan menerusi pancaindera dan tanggapan. Persepsi dalam

kajian ini adalah pendapat responden terhadap perkara yang dikaji oleh

penyelidik.

(b) Pengajar

Pengajar didefinisikan sebagai orang yang ahli atau yang berkelayakan untuk

mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu dan kemahiran. Oleh itu,

pengajar dalam kajian ini ialah sekumpulan pengajar yang mengajar pelbagai

bidang disiplin di KKTM Petaling Jaya dan KKTM Beranang.

(c) Amalan 5S

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang

dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima langkah tindakan

pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S’ yang bermatlamatkan

pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso,

Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi

perkataan 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu,

Seragam dan Sentiasa Amal.

Page 26: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

14

(d) Kualiti

Kualiti bermakna “mutu”. Istilah ini merujuk kepada penggunaan untuk

menentukan taraf dan nilaian terhadap sesuatu sama ada baik atau buruk.

Kualiti bukan sahaja dinilai atau diukur pada daya pengeluaran atau

penghasilan serta perkhidmatan yang diberi, tetapi tercerna didalam semua

kegiatan, tingkah laku dan pekerjaan yang dibuat oleh seseorang itu. Kualiti

dalam sektor awam mengikut tafsiran yang diberikan oleh Sarji (1990) ialah “

kualiti hendaklah dikaitkan dengan keluaran atau perkhidmatan yang dapat

memuaskan hati orang ramai yang menjadi pelanggan kepada agensi-agensi

kerajaan. Kehendak orang ramai ini sangat perlu diutamakan kerana mereka

jugalah yang merupakan ‘stakeholders ’ kepada agensi-agensi kerajaan

memandangkan merekalah yang memilih kerajaan yang memerintah.

(e) Persekitaran

Persekitaran ialah kawasan sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar.

Menurut Khalid (2002) persekitaran adalah perihal sekeliling di mana ia juga

berkaitan dengan suasana, keadaan di sekeliling ataupun sesuatu keadaan.

Persekitaran merujuk kepada kawasan sekitar tempat yang dikaji dan juga

merujuk kepada keadaan ruang kerja di pejabat, bilik guru, kelas dan bengkel

sama ada pengudaraan, pencahayaan dan kebersihan berada dalam keadaan

baik dan selesa untuk bekerja dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.13 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan tentang pengenalan kepada kajian

yang telah dilaksanakan. Dalam kajian kes yang dilakukan di Kolej Kemahiran

Tinggi MARA, penyelidikan terhadap kesan perlaksanaan amalan 5S adalah

dilakukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan amalan 5S yang telah menjadi

satu fenomena untuk program peningkatan kualiti dan adakah amalan ini benar-benar

memberi impak yang berkesan kepada institusi yang mengamalkannya. Diharapkan

Page 27: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

15 hasil kajian dapat memberi maklumat kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA,

pihak MARA dan organisasi lain tentang kepentingan perlaksanaan amalan 5S demi

kebaikan bersama.

Page 28: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

16

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan melihat beberapa kajian, pandangan yang

mempunyai kaitan rapat dengan tajuk yang dikaji. Penyelidik akan menjelaskan

perkara – perkara yang berkaitan dengan amalan 5S, aspek pengetahuan, aspek

kualiti dan aspek persekitaran.

2.2 Amalan 5S

Amalan 5S pada asalnya merupakan amalan pengurusan yang dilaksanakan dalam

sektor swasta seperti syarikat dan kilang di negara Jepun. Daripada perkataan Jepun

ianya telah disesuaikan pula dengan patah perkataan dalam Bahasa Malaysia iaitu

Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal

(Shitsuke). Di bawah ini adalah penjelasan kelima lima amalan 5S.

Page 29: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

17

Sisih (Seiri) adalah S yang pertama dari perkataan 5S. Sisih adalah menyisih

dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja. Sisih

merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak

diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini

membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau

masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan. Barangan

yang tidak diperlukan akan dilupuskan (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2011).

Susun (Seiton) adalah S yang kedua dari perkataan 5S. Susun bermakna

menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan

semula ditempatnya. Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan

yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang

sama. Tujuan utama menyusun ialah menjimatkan penggunaan ruang, penyimpanan

barangan lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mengesan dan

mendapatkan barangan pada masa akan datang (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2011).

Sapu (Seiso) adalah S yang seterusnya. Sapu bermakna mencuci atau

membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai,

mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja. Persekitaran yang bersih diperlukan

oleh semua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain

meningkatkan kecekapan kerja, proses melaksanakan pembersihan juga boleh

mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan.

Tujuan pembersihan adalah untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang

melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan

disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada

pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Menjadi keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa

dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2011).

Seragam (Seiketsu) adalah S yang keempat dari perkataan 5S. Seragam

bermakna mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi

memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa. Seragam hanya dapat dilakukan

setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau

mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala

usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti

Page 30: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

18 yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja akan menyemai sifat kekitaan dan

cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja

bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard

Operation Procedure (SOP), Work Instruction (WI), Guidebook, Carta Alir (Process

Flow), gambar atau contoh fizikal dan sistem visual yang jelas (Jabatan

Perkhidmatan Awam, 2011).

Sentiasa Amalkan (Shitsuke) merupakan S yang terakhir di dalam siri amalan

5S. Sentiasa Amalkan bermakna melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan

sistem amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti

dalam organisasi. Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi

panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh,

berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja.

Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar

menerusi program latihan secara berkala (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2011).

Mohamed (2002) pula mendefinisikan 5S iaitu sisih (Seiri) atau mengasing

adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan

barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Manakala susun (Seiton) atau bahasa

yang tepatnya adalah menyusun dan melabel dilakukan setelah semua barangan yang

tidak digunakan diasingkan. Ini bertujuan memudahkan penggunaan dan

penyimpanan. S yang ketiga adalah sapu (Seiso) iaitu menyapu. Kebanyakan pekerja

akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar.

Amalan ini akan mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan

yang digunakan. Di ikuti dengan seragam (Seiketsu) yang dilakukan apabila aktiviti

sisih, susun dan sapu telah disempurnakan. Seragam adalah memelihara tempat kerja

sepanjang masa dari segi kebersihan dan penyusunan sehingga mendatangkan

keceriaan. Terakhir dalam turutan ini adalah sentiasa praktik ( Shitsuke) dimana

setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan kebersihan organisasi

serta tempat kerja.

Sejak tahun 1986, idea pengurusan pejabat daripada negara matahari terbit

ini telah pertama kali diperkenalkan di Singapura dan seterusnya tersebar ke seluruh

dunia termasuklah negara Malaysia melalui Dasar Pandang ke Timur. Amalan 5S

adalah satu asas dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti. Program ini menjadi

Page 31: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

19 pilihan dan popular disebabkan persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih,

kemas dan tersusun rapi. Kesan ini akan menyebabkan setiap kakitangan akan merasa

selesa dan gembira jika berada didalam persekitaran yang kemas dan bersih. Jika

pekerja gembira, mereka berkemungkinan untuk bekerja keras tanpa pengawasan dan

pengurusan pihak atasan (Henderson, 2004).

Di antara objektif 5S ialah membina amalan kepimpinan dan meningkatkan

infrastruktur untuk melaksanakan program peningkatan kualiti yang lain. 5S mula

dikenali orang ramai dan semakin popular kerana melalui pengalaman yang

berterusan, tempat kerja akan menjadi lebih tersusun, selamat dan hasilnya dapat

dilihat orang ramai. Selain itu, pekerja mudah untuk menambah idea baru dan 5S

juga mudah untuk dilaksanakan tidak kira sama ada organisasi kecil, sederhana dan

besar atau pun sama ada sektor perkilangan, perkhidmatan atau secara individu

(Muhamood, 2006).

Antara faktor utama untuk mejayakan amalan 5S adalah melalui komitmen

yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua warga kerja.

Sokongan dan komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang

menyemarakkan pelaksanaan Amalan 5S selain mampu memberi kesan yang

berpanjangan. Komitmen yang tinggi dari pihak pengurusan atasan dan penglibatan

dari semua pihak adalah faktor utama untuk kejayaan dan keberkesanan 5S. Ini

adalah disebabkan konsep 5S adalah satu amalan asas yang boleh dilaksanakan

dimana sahaja tanpa mengira jawatan dalam memastikan kebersihan dan keselamatan

berada ditahap yang terbaik (Eocha, 2000). Seperti yang disokong oleh Gapp &

Fisher (2008), beberapa keputusan penting di dalam aktiviti 5S terutama yang

berkaitan dengan belanjawan dan prestasi semasa mesti memperolehi sokongan dan

kelulusan dari pihak pengurusan.

Menurut West (1989), sokongan profesional boleh dilakukan melalui program

perkembangan profesional yang efektif berdasarkan beberapa prinsip seperti berikut:

(i) Peserta mesti dapat melihat bahawa mereka memiliki program itu

(ownership). Keputusan untuk menyertai program perkembangan kakitangan

adalah keputusan kakitangan itu sendiri tanpa sebarang unsur paksaan.

(ii) Program perkembangan profesional kakitangan adalah hak semua kakitangan.

Page 32: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

20 (iii) Program perkembangan profesional perlu mendapat sokongan organisasi.

Pemimpin organisasi perlu menyediakan kemudahan dan membekalkan

sumber kepada program latihan dalam perkhidmatan sebagai tanda sokongan

serta sebagai tanda kepercayaan mereka terhadap kepentingan program itu.

(iv) Program perkembangan kakitangan perlu dijadikan sebagai aspek budaya

organisasi yang menyokong idea program serta berkepercayaan bahawa ia

mendatangkan kebaikan dan faedah

(v) Program perkembangan haruslah didasarkan kepada satu penilaian keperluan

kakitangan dan juga penilaian berterusan keberkesanan program.

Salah satu kaedah melaksanakan 5S dengan jayanya adalah dengan

mengadakan pertandingan di antara pasukan-pasukan, jabatan-jabatan, syarikat-

syarikat dan lain-lain kumpulan bagi meningkatkan lagi kecekapan dalam

perlaksanaan sistem 5S. Pemberian anugerah seperti kenaikan gaji, bonus, kenaikan

pangkat dan sebagainya perlu diberikan kepada kumpulan yang berjaya hingga ke

akhir proses ini oleh pengarah syarikat. Ianya merupakan satu bentuk galakkan

supaya proses ini berjalan secara berterusan dan mempunyai potensi yang tinggi

untuk berjaya dalam masa yang singkat. Audit dalaman amalan 5S dalam organisasi

adalah kaedah terbaik membuat penilaian prestasi amalan 5S. Penilaian ini boleh

disusuli dengan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan

yang berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan. (Jabatan Perkhidmatan

Awam, 2011).

Hasil kajian Rod, Ron dan Kaoru (2007) dalam Tuan Mahmud (2010)

menekankan aspek penglibatan amalan 5S dalam konteks masyarakat Jepun dan

pendekatan pengurusan 5S yang diamalkan di negara Jepun. Kajian ini juga

mendedahkan dua faktor penting dalam melaksanakan amalan 5S iaitu melalui

teknikal dan falsafah 5S itu sendiri. Kedua-dua pendekatan ini merupakan komponen

dalam amalan 5S dan boleh diamalkan didalam budaya kerja seharian. Selain itu,

hasil daripada penyiasatan mereka, mendapati bahawa teori dan praktikal sangat

penting untuk diaplikasikan dalam amalan pengurusan 5S disamping persekitaran

kerja yang sebenarnya. Menurut kajian ini, pemahaman yang mendalam terhadap

konsep 5S ianya akan menjadikan sesebuah organisasi itu dapat menyelesaikan

masalah yang tersembunyi di dalam sesebuah organisasi. Antara kelebihan yang lain

Page 33: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

21 adalah organisasi dapat memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan orang yang

bekerja. Sistem amalan 5S juga merupakan satu konsep yang penting dan mampu

meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Apabila perlaksanaan amalan 5S berjaya dilaksanakan, ia akan membawa

banyak perubahan kepada organisasi tersebut. Salah satu objektif didalam amalan 5S

adalah untuk membina jati diri pekerja supaya mereka dapat bekerja secara

berpasukan, berdisiplin, bersikap positif dan menyumbang idea yang kreatif untuk

tujuan penambahbaikan. Amalan 5S didapati telah berjaya menanam dan

meningkatkan nilai–nilai positif didalam diri kakitangan seperti tanggungjawab,

kreatif dan inovatif, berdisiplin, kerja berpasukan, bangga dengan jabatan dan sayang

kepada organisasi.

2.3 Aspek pengetahuan

Pelbagai kaedah digunakan untuk memahami dan mendapatkan pengetahuan

mengenai amalan 5S samada melalui seminar, kursus, taklimat, pembacaan dan juga

pertanyaan. Menurut Shibli (2010), aplikasi 5S ialah suatu yang mudah difahami

serta tidak melibatkan kos yang banyak dan ianya boleh digunapakai di mana-mana

organisasi. Falsafahnya mudah difahami dan diikuti oleh semua orang dan tidak

memerlukan istilah yang susah dan rumit.

Ciri terbaik yang ada pada kaedah 5S ini ialah ianya mudah. Oleh sebab

itulah ianya senang diaplikasikan di mana-mana bahagian dalam syarikat. 5S adalah

satu terma yang penting bagi keutamaan dalam peningkatan sesuatu syarikat, maka

dasar perlu dibentuk bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti yang lain (Celebi, 1997).

Amalan 5S juga diterapkan di dalam kajian Kesseli & Semenoff (2009). Amalan 5S

adalah lebih dari kaedah, ianya merupakan sebuah falsafah yang bermatlamat untuk

meningkatkan kecekapan dengan menghapuskan pembaziran, meningkatkan aliran

kecekapan dan mengurangkan ketidakseragaman proses melalui penyusunan dan

pengurusan ruang dan aliran kerja.

Page 34: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

22

Sistem amalan 5S adalah satu pendekatan yang mudah diaplikasikan pada

semua organisasi. Aspek yang hebat ada pada amalan 5S adalah kesederhanaanya

dan pengiktirafannya yang mudah. Amalan 5S bukanlah kajian yang meliputi untuk

sesuatu tempoh masa tertentu, sebaliknya ia adalah suatu kaedah yang

mempertahankan keperluan dalam penyeragaman dan penerusan semua

penambahbaikan yang telah dijalankan. Pendekatan 5S adalah ringkas tetapi satu

kaedah yang berpengaruh dalam memperolehi keputusan yang hebat (Tuan Mahmud,

2010). Kajian oleh Korkut (2009) mendapati 5S adalah pendekatan yang mudah di

aplikasikan oleh semua organisasi. Ianya ringkas dan mudah difahami oleh setiap

anggota. Lopes & Rodirguess (2002) juga menyatakan bahawa falsafah 5S senang

difahami dan tidak memerlukan pemahaman istilah yang susah.

Walaupun secara lahiriah konsep dan perlaksanaan 5S nampak mudah,

banyak organisasi menghadapi masalah dalam melaksanakannya. Ini mungkin

berpunca daripada gambaran asas 5S itu sendiri. Terdapat pengurus-pengurus dan

kakitangan eksekutif yang tidak memahami dengan jelas dan mendalam tentang

matlamat-matlamat utama yang ada dalam 5S. Oleh yang demikian, agak sukar untuk

menetapkan dasar yang sesuai bagi melaksanakan 5S selain daripada prinsip-

prinsipnya yang senang difahami (Tsuchiya, 1998).

Salah satu aspek terpenting dalam perlaksanaan amalan 5S adalah belajar

untuk memahami pelbagai kerenah dan kelakuan manusia. Agak mengejutkan

melihat perubahan tindak tanduk dalam rutin perkerjaan mereka. Hujah-hujah yang

baik dan logik dapat menyokong perubahan yang bakal dibuat terutama kepada

mereka yang mempunyai penentangan yang kuat terhadap perlaksanaan ini. Manusia

boleh dipaksa menerima perubahan, tetapi lazimnya perubahan yang dibuat hanya

bersifat sementara. Lama kelamaan mereka akan cenderung untuk kembali semula

kepada cara lama apabila tiada penguatkuasaan dijalankan. Kuncinya di sini ialah

warga kerja perlu diberi penerangan yang jelas disertakan dengan alasan yang kukuh

dan praktikal supaya mereka benar-benar memahami kaedah dan manfaat yang bakal

diperoleh. Apabila perlaksanaan kaedah baru dijalankan dengan sebaiknya, tiada

siapa yang akan kembali kepada kaedah yang lama.

Kaji selidik dari Rahman (2010) menunjukkan bahawa terdapat halangan-

halangan di dalam melaksanakan 5S dengan berkesan. Halangan paling ketara yang

Page 35: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

23 dikenalpasti adalah kurangnya komunikasi yang berkesan di antara pihak pengurusan

teratas dan pekerja bawahan, ini termasuklah kurangnya latihan dan kesedaran

tentang aktiviti 5S di kalangan pekerja.

Kelemahan dalam komunikasi secara langsung akan memberi kesan dalam

memutuskan sesuatu keputusan. Disebabkan amalan komunikasi yang tidak baik,

keputusan yang tidak tepat atau pun salah yang melibatkan pengurusan sumber-

sumber iaitu masa, belanjawan dan bahan-bahan. Akhirnya, semangat dan moral di

kalangan pekerja menjadi lemah. Dengan adanya penambahbaikan dalam komunikasi

dan penglibatan dalam sistem, maka kebanyakan organisasi akan berupaya

melaksanakan amalan 5S dengan berkesan. Manakala perkembangan amalan 5S

boleh jadi perlahan dalam sesetengah organisasi ini kerana sikap pekerja yang

berubah secara beransur-ansur dan mengambil alih tekanan rakan sekerja (Becker,

2001). Bila perlaksanaan ini berkesan, setiap pekerja daripada pihak pengurusan

hingga kepada staf bawahan, kelihatan seperti wujudnya amalan 5S. Dimana

kebanyakan usaha dalam perlaksanaan amalan 5S datangnya daripada atas ke bawah

dan 5S didorong daripada dasar dan menarik semua kakitangan di dalam sesebuah

organisasi melibatkan diri dalam menjayakan amalan 5S.

Sistem komunikasi yang berkesan perlu diadakan bagi menjayakan

perlaksanaan amalan 5S. Organisasi perlu menyediakan dan melancarkan sistem atau

kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan

keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kepada anggota lain. Beberapa

kaedah boleh digunakan misalnya:

(i) Melalui mesyuarat.

(ii) Menggunakan intranet seperti portal, blog atau laman web organisasi.

(iii) Informasi di papan kenyataan.

(iv) Poster dan risalah.

(v) Surat berita dalaman (Newsletter).

(Jabatan Perkhidmatan Awam, 2011).

Perlaksanaan keadah-kaedah 5S harus bermula dari pemberian latihan kepada

pekerja-pekerja yang produktif di dalam julat elemen 5S dan memberi kelebihan dari

penggunaannya. Adalah penting untuk semua peserta latihan memahami penggunaan

amalan 5S di tempat kerja sendiri bagi memastikan mereka bersetuju dan bersedia

Page 36: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

24 untuk menghadapi perubahan. Seperti yang dinyatakan dalam buku panduan Jabatan

Perkhidmatan Awam (2011), satu kemestian bagi organisasi yang ingin

melaksanakan amalan 5S perlu melatih semua peringkat anggota untuk mengamalkan

Amalan 5S. Latihan perlu diadakan kepada setiap kumpulan-kumpulan yang terlibat

dalam Amalan 5S dan anggota lain di dalam organisasi. Jawatankuasa perlu

merancang latihan asas Amalan 5S kepada setiap anggota. Ini bagi membolehkan

seluruh anggota organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam

Amalan 5S.

Seperti yang dicadangkan oleh Ho (1997), latihan adalah satu kunci utama

dalam kejayaan amalan 5S. Tanpa latihan yang sewajarnya, pekerja-pekerja tidak

dapat menyeragamkan aktiviti-aktiviti 5S. Selain daripada itu, pihak tertinggi

pengurusan harus menjadi pemain utama bagi memastikan aktiviti 5S berjalan seperti

yang telah dirancang.

AL Ramaiah (1999), merumuskan daripada kajian yang dilakukan oleh Gall

dan rakan (1984) dan Showers dan rakan (1984), pendekatan bimbingan khusus

(sebagai satu prosedur latihan dan pembangunan) memberikan bantuan psikologi dan

teknikal kepada guru-guru yang berusaha mensepadukan pengetahuan dan kemahiran

menerusi latihan dan perkhidmatan untuk digunakan dalam amalan pengajaran

seharian dalam bilik darjah. Berdasarkan rumusan tersebut, sokongan pihak

pengurusan di dalam meningkatkan profesionalisme guru amat diperlukan bagi

membantu mereka meningkatkan kecekapan pelaksanaan tanggungjawab.

Semasa latihan dijalankan, yang perlu ditekankan adalah melatih cara

penggunaan semua kaedah dengan menggunakan contoh yang sangat jelas, supaya

setiap peserta dapat memahami kaedah-kaedah yang merealisasikan unsur-unsur 5S.

Fakta yang sangat penting ialah peraturan-peraturan ini tidak hanya merujuk kepada

kedudukan yang produktif, tetapi juga merujuk kepada posisi pejabat, gudang dan

lain-lain ( Michalska, 2006).

Kejayaan aplikasi 5S adalah bergantung kepada latihan-latihan yang akan

diberikan kepada kakitangan-kakitangan dan pengarah-pengarah. Keputusan yang

dijangkakan dari pencapaian akan terpalit jika wujud ketidakseriusan walau sekecil

mana pun semasa latihan. Kajian-kajian jenis ini mesti di sokong secara berterusan

oleh program-program latihan yang terancang (Korkut, 2003).

Page 37: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

78

RUJUKAN

Anderson, S. (2007). Implement Lean Production in small companies. Northumbria

University: Tesis Sarjana.

Asha’ari, N. L. (2006). Ketrampilan Sosial di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Negeri Melaka. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Becker, J.E. (2001). Implementing 5S to promote safety and housekeeping.

Professional Safety, 46(8), 29-31.

Bluman, A.G. (2009). Elementary Statistics A Step by Step Approach. New York.,

Mc Graw Hill.

Celebi, H.T. (1997). 5S and total productive maintenance with total quality

perspective. Istanbul University, Institute of Science, Istanbul, Turkey.

Unpublished M.Sc. Thesis.

Daing Nasir, I. (2009. Februari 14). UMP pertama perkenal 5S. Berita Harian.

Halaman Wilayah 7.

Eocha, M.O. (2000). A Study of the Infuence of Company Culture, Communications

and Employee Attitudes on the Use 5S for Environmental Management at

Cooke Brothers ltd. Tarikh carian: 2 November 2011 dari

http://www.emeraldinsight.com

Gapp, R. & Fisher, R. (2008). Implementing 5S within a Japanese context: An

integrated management system. Management Decision, 46(4), 565-579.

Ghafar, M.N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Henderson, I. (2004). 5S Training – the 5S Housekeeping Approach within Lean

Manufacturing. Tarikh carian: 2 November 2011 dari

http://www.training_management.info/5S.html

Ho, S.K.M., 1997. Workplace learning: The 5S way. J. Workplace Learn., 19:185-

191.

Page 38: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

79 How, L.C. (2007). Faktor –Faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana.

Husin, M.N. (2006). Kajian Terhadap Pelaksanaan Amalan 5S Dalam Sistem

Pengurusan Kualiti Di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

(KUiTTHO). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Idris, N. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill.

Ismail, M.N. (2002). Kajian Persekitaran di Sebuah Kolej universitiTerhadap

Keselesaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Kolej Universiti

Teknologi Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Ismail, N.H. (2001). Laluan Ke Arah Pencapaian Sistem Kualiti MS ISO 9000: Satu

Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. Kolej Universiti

Teknologi Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Jabatan Perkhidmatan Awam (2011). Panduan Sistem Persekitaran Berkualiti

(QES/5S). Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Awam.

J. Michalska, D. Szewieczek, (2007). The improvement of the quality management

by the activity-based costing, Journal of Achievements in Materials and

Manufacturing Engineering 21/1. 91-94.

J. Michalska, (2006). The usage of the quality-cost analysis in a production process,

Journal of Achievements in Materials and Manufacturing Engineering 16.

190-198.

Kamus Dewan, Edisi 4 (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Pendidikan Vokasional Dalam Konteks

Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional.

Kesseli, J. & Semenoff, J. (2009). Practical Lean Management in a Chain Operated

Hypermarket Concept. University of Applied Sciences: Tesis Sarjana Muda.

Khalid, A. (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional

yang Telah di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:

Tesis Sarjana Muda.

Korkut, D.S. (2009). 5S activities and its application at a sample company, African

Journal of Biotechnology Vol. 8 (8). 1720-1728.

Page 39: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

80 Lebar, M.S. (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling

Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.

Lopes, R. & Rodirguess, J. (2002). Are the Housekeeping Programs Out of Date.

Tarikh carian: 20 November 2011 dari

http://www.pomsmeetings.org/ConfProceedings/001/Papers/QM-03.2.pdf

Marican. S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor:

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Michalska, J. & Szewieczek, D. (2007). The 5S methodology as a tool for improving

the organisation. Journal of Achievements in Materials and Manufacturing

Engineering volume 24. 211-214.

Mohammad Najib, A.G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed Noor, M.Y. (1994). Bimbingan dan Masalah Ponteng sekolah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohamed, Z. (2002). Aktiviti 5S : sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa praktik .

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

Mohd Majid, K. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nizam, A.R. (2010). Implementation of 5S Practices in the Manufacturing

Companies: A Case Study. American Journal of Applied Sciences 7, 8, 1182-

1189.

Mok, Soon Sang (1996). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Edisi

Baru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Moradi, M. (2011). Effects of Implementing 5S on Total Productive Maintenance: A

Case in Iran. ICQR, 2011 IEEE International Conference. 41-45

Muhamood, S.N. (2006). Amalan 5S di Makmal Pengajaran dan Pembelajaran di

kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia: Tesis sarjana.

Mustapha, H. (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar

4 STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di

Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Page 40: PERSEPSI PENGAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN AMALAN 5S … · 2016. 8. 3. · persepsi pengajar terhadap amalan 5S bagi aspek kualiti . 4.5 Taburan responden mengikut peratus, min dan

81 Omar, K. (27 Oktober 2010). 5S tingkat mutu perkhidmatan awam. Utusan

Malaysia. Halaman S 6.

Peterson, J. and Smith, R. (1998). The 5S Pocket Guide. Portland: Productivity Inc.

Rahman, M.N. (2010). Implementation of 5S Practices in the Manufacturing

Companies: A Case Study. American Journal of Applied Sciences 7 (8).

1182-1189.

Ramaiah, A.L. (1995). Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi Dan

Metodologi. Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

Sarji, A. (1990). Perkhidmatan Awam Yang Berkualiti. Kuala Lumpur: Institut

Tadbiran Awam.

Shibli, A.M. (2010). Mengubah Kebiasaan Kita. Tarikh carian: 2 November 2010

dari http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/amalan5s_4.html

Suhaimy, K.A. (1997). Satu Tinjauan TentangPersepsi Guru-Guru

TerhadapProgram atihan Dalaman Yang Dijalankan Di Sekolah-Sekolah.

Universiti Utara Malaysia: Tesis Sarjana.

Straker, D. (2010). 5S overview. Tarikh carian: 3 Disenber 2011 dari

http://www.paranetgroup.com/cm/pdfs/5SsOverviewbyStraker.pdf

Syed Arabi, I. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Selangor:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tovey P. (1994). Quality Assurance In Continuing Proffessional Education: An

Analysis. London: Routledge.

Tsuchiya, K. (1997). Super 5S Engineering. Tokyo: JPC-SED Press. Utusan

Publications and Distributors Sdn Bhd.

Tuan Mahmud, T.F. (2010). Perlaksanaan Amalan 5S di Bengkel Kejuruteraan di

Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Warwood, S.J. and Knowles, G. (2004). An investigationinto Japanese 5S Practicein

UK Industry. The TQM Magazine Volume 16(5). 347-353.

West, P. (1989). Designing a Staff Development Program. Journal of Higher

Education 13(1).