persepsi mahasiswi terhadap amalan ... - fp.utm.my · (kemahiran hidup) fakulti pendidikan...
TRANSCRIPT
PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN
BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR. SATU KAJIAN
TERHADAP MAHASISWI TAHUN AKHIR JABATAN
TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI RODIAH BT. JUSOH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA
SEMASA BELAJAR : SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya SITI RODIAH BINTI JUSOH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa 202, Kg. Tok Dir, Atas Tol, (Nama Penyelia) 21070 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tarikh: 25 APRIL 2006 Tarikh: 25 APRIL2006.
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penyelia : Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa
Tarikh : 25 April 2006
PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA
SEMASA BELAJAR. SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI TAHUN
AKHIR JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI RODIAH BT. JUSOH
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : Siti Rodiah Binti Jusoh
Tarikh : 25 April 2006
iii
DEDIKASI
Buat bonda yang dirindui Allahyarhamah Lijah Bt. Mat Zin
Walaupun dirimu tiada buat selamanya. akan ku abadikan kenangan terindah bersamamu. Biar rindu ini membeku di sanubariku. segala ilmu, kasih sayang yang
dicurahkan akan ku pahatkan dalam memori ingatanku. Sekalung Al-Fatihah buatmu, semoga rohmu dicucuri rahmat Illahi dan tergolong di kalangan orang-
orang yang beriman. Doaku moga kita dipertemukan di akhirat sana.
Istimewa buat ayahanda yang disayangi Jusoh Bin Mamat
Insan yang sentiasa mendoakan kejayaanku. Ku doakan agar diberi kesempatan untuk berbakti kepadamu walau ku sedar ia tidak mampu membayar keringatmu
untuk membesarkanku yang tak terhitung.
Buat kekanda-kekanda ku Zainun dan keluarga Gayah dan keluarga
Rahimah dan keluarga Mohd Ariffin b dan keluarga
dan Nur Amani Semarak kejayaan kalian menjadi obor kekuatan untuk ku terus merentas kehidupan
menuju kejayaan.
Buat anak-anak saudaraku Ketahuilah permata hati ku sayang, perjuangan kalian baru bermula.Teruskan
perjuangan hingga ke titisan darah terakhir
Buat teman-teman seperjuangan Segala kenangan pahit manis bersama kalian akan ku kenang. Moga ukhwah yang
terjalin akan kekal ke akhir hayat.
Buat para Pendidik ku sekalian Terima kasih di atas segala ilmu pengetahuan yang kalian curahkan.
Akhirnya... Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah. Ku doakan
agar kita berjaya mencapai keredhaan Allah. Insya Allah...
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi izin dan
kekuatan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung budi saya hadiahkan kepada penyelia saya iaitu Dr. Mohamed
Sharif Bin Mustaffa yang telah membimbing saya selama dua semester. Beliau tidak
lokek untuk berkongsi idea dan mencurahkan ilmu serta memberi tunjuk ajar kepada
saya. Beliau juga tidak jemu menjawab pelbagai soalan daripada saya.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
responden kajian rintis dan kajian sebenar saya yang memberi kerjasama yang baik
kepada saya. Mereka adalah pelajar perempuan tahun akhir dari Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menghadiahkan ucapan
jutaan terima kasih kepada keluarga dan sahabat seperjuangan saya yang telah
banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.
Sesungguhnya hanya Allah yang layak membalas segala jasa dan budi kalian
Semoga kita sentiasa beroleh rahmat dan lindungan daripada Allah s.w.t.
v
ABSTRAK
Amalan berumahtangga semasa belajar di kalangan mahasiswi tahun akhir telah
menarik perhatian penyelidik. Dalam konteks kajian ini, penyelidik memfokuskan
kepada persepsi mahasiswi terhadap erti perkahwinan, urusan rumahtangga dan
amalan berumahtangga semasa belajar. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang
mahasiswi beragama Islam tahun akhir di Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan dari
Fakulti Pendidikan, UTM. Borang soal selidik merupakan alat kajian yang
digunakan untuk melihat persepsi mahsiswi terhadap perkahwinan. Ia mengandungi
30 item berbentuk soalan objektif. Data-data yang diperolehi melalui borang soal
selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The
Social Science) Versi 11.0. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah alpha = 0.893.
Secara keseluruhannya, responden memberi berpandangan positif terhadap amalan
berumahtangga semasa belajar. Daripada kajian ini, pengkaji telah mengemukakan
beberapa cadangan kepada pelajar wanita dan pihak pentadbiran UTM bagi
memberikan kesedaran mengenai kebaikan amalan berumahtangga semasa belajar.
Pengkaji juga telah memberikan beberapa cadangan kepada pengkaji lain yang ingin
melakukan kajian lanjutan.
vi
ABSTRACT
The topic of marriage custom during study amongst final year female students has
captivated researcher. In the context of this study, researcher focuses on female
students’ perception towards the meaning of marriage, marriage responsibilities, and
marriage custom during study. This study includes 35 Muslim final year female
students in Education and Engineering Department from Education Faculty, UTM.
Questionnaire is the method use to identify the students’ perception towards
marriage. It includes 30 objective items. The data is obtained by using SPSS
(Statistical Package For The Social Science) version 11.0. Reliability value of the
study is alpha = 0.893. To put it briefly, the respondents give positive feedback to
marriage custom during study. From this research, observers give some suggestions
for female students and UTM administration to give awareness about advantages of
marriage custom during study. Observers also give some suggestions to others who
will be going to make continuation research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1. 8. 1 Persepsi 8
1. 8. 2 Mahasiswi 8
1. 8. 3 Amalan 9
viii
1. 8. 4 Berumahtangga 9
1. 8. 5 Semasa 9
1. 8. 6 Belajar 9
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Perkahwinan Menurut Perspektif Islam 11
2.1.1 Perkahwinan Adalah Ibadah 11
2.1.2 Kemasyarakatan 1
2.1.3 Perkahwinan Merupakan Cara Untuk 12
Memperbaiki Akhlak dan Budi Pekerti
2.1.4 Perkahwinan Adalah Sunnah Rasulullah s.a.w 13
2.2 Perkahwinan mencegah masalah sosial 13
2.3 Tanggungjawab seorang isteri dan pelajar 14
2.3.1 Mentaati dan mematuhi suami selagi tidak 14
bertentangan dengan syariat
2.3.2 Menguruskan rumahtangga supaya 15
teratur dan sempurna
2.3.3 Menjaga kehormatan diri dan suaminya 15
2.3.4 Berhias hanya untuk suami 16
2.3.5 Memberi layanan kepada suami 16
2.3.6 Mendidik anak-anak dengan sempurna 16
2.3.7 Meminta keizinan daripada suami 17
2.3..8 Menjaga dan menghormati keluarga suami 17
2.4 Perkahwinan dari sudut kecemerlangan pelajar 18
2.5 Pengurusan kewangan 19
2.6 Bebanan di Antara Belajar dan Rumahtangga 20
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Tempat Kajian 23
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Kajian Rintis 26
3.7 Jangkamasa Kajian 26
3.8 Prosedur Kajian 27
3.9 Analisis Data 27
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 29
4.1 Analisis Data Dan Keputusan 29
4.2 Dapatan Kajian Bahagian A 30
4.3 Dapatan Kajian Bahagian B 37
4.4 Jumlah Keseluruhan 42
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 44
5.1 Perbincangan 44
5.1.1 Bahagian A : Biodata responden. 45
5.1.2 Bahagian B: Persoalan Kajian Pertama 47
5.1.3 Bahagian B: Persoalan Kajian Kedua 48
5.1.4 Bahagian B: Persoalan Kajian Ketiga 50
5.2 Rumusan. 51
5.3 Cadangan 52
5.3.1 Cadangan Lanjutan 53
5.4 Penutup 54
x
RUJUKAN 55
LAMPIRAN A 57
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan Skala Likert berserta dengan 25
markat skor
3.2 Nilai Alpha Bagi Pembolehubah Sampel Kajian 26
3.3 Perubahan Skala Likert 5 Pemeringkatan kepada 28
3 Pemeringkatan
3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 28
4.1 Menunjukkan umur responden 30
4.2 Menunjukkan umur responden berdasarkan kursus 31
4.3 Menunjukkan kursus responden 31
4.4 Menunjukkan status/ taraf perkahwinan responden 32
4.5 Menunjukkan status/ taraf perkahwinan responden 32
berdasarkan kursus
4.6 Menunjukkan aliran sekolah menengah responden 33
4.7 Menunjukkan aliran sekolah menengah responden 33
berdasarkan kursus
4.8 Menunjukkan kelayakan responden masuk 34
ke UTM
4.9 Menunjukkan responden pernah bekerja sebelum 34
masuk ke UTM
4.10 Menunjukkan pekerjaan bapa responden 35
4.11 Menunjukkan pekerjaan ibu responden 36
4.12 Menunjukkan pendapatan keluarga responden 36
4.13 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap erti 38
perkahwinan
4.14 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap 39
xii
urusan rumahtangga
4.15 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap 41
amalan berumahtangga semasa belajar
4.16 Menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi 43
persoalan kajian
xiii
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera)
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS Statistical Package For Sosial Science 11.0.
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 57
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kini pendidikan amat penting dalam kehidupan kita dalam menuju era
globalisasi. Ia menjadikan seseorang itu dilihat dengan darjat yang tinggi oleh
masyarakat sekeliling. Selain itu, ia juga boleh mengubah nasib seseorang, keluarga,
masyarakat seterusnya negara. Imam Al-Ghazali(Ahmad Tarmizi,1997) berpendapat
bahawa pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran kanak-kanak
dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk watak akhlak yang murni.
Negara kita beruntung kerana memiliki mahasiswa yang berintelektual.
Namun, kesedaran agama dan masalah akhlak di kalangan mereka berada di tahap
yang membimbangkan. Buktinya, masalah sosial remaja menjadi perbualan di setiap
ceruk masyarakat baik dari rakyat biasa kepada pemimpin negara. Masalah coupling
adalah antara perkara yang sering dikupas. Dari segi Islam, perkahwinan adalah cara
terbaik untuk mengatasi masalah ini sekiranya seseorang itu mencukupi syarat yang
telah ditetapkan oleh syariat.
Islam amat melarang perbuatan zina. Dalam masa yang sama, umatnya
diingatkan agar menjauhi perkara yang mendekatkan diri dengan maksiat tersebut.
Contohnya lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahramnya. Ia
bertujuan memelihara keturunan umatnya. Akibat daripada perbuatan itu telah
disebutkan di dalam al-Quran:
2
“Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina
perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina
perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina laki-
laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu
diharamkan bagi orang mukmin.”
(Surah An-Nur:3, 24:3)
Perkahwinan di dalam Islam adalah bertujuan untuk membentuk rumah
tangga yang kuat, saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi. Rumahtangga
merupakan masyarakat kecil, yang berusaha untuk mencapai tujuan mulia dan tinggi.
Islam amat menggalakkan umatnya mendirikan rumahtangga kerana ia adalah fitrah
manusia. Sebaliknya, Islam amat melarang umatnya bersikap mengabaikan
perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari aku
(yakni bukan dari umatku). Berkahwin adalah sunnahku, kerana
itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan
sunnahku.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad Bin Hambal)
Perkahwinan tidak melihat kepada kekayaan seseorang. Tetapi apa yang
penting adalah keikhlasan seorang suami dalam memberi nafkah kepada isteri dan
anak-anaknya. Faktor kewangan bukannya menjadi halangan yang besar untuk
mendirikan perkahwinan. Seharusnya, ia hendaklah dijadikan cabaran untuk lebih
bersungguh-sungguh mencari sumber pendapatan di samping meletakkan
kebergantungan kepada Allah Yang Maha Pemurah.
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di
antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari
hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka
dengan kurniaNya. dan Allah Maha Luas (pemberianNya),
Maha Mengetahui.”
(Surah An-Nur:32, 24:32)
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Mohd Taib (2004), berumahtangga merupakan sesuatu yang dituntut
oleh Islam. Bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya, berkahwin adalah wajib.
Tujuan perkahwinan dalam Islam bukan hanya untuk menghalalkan hubungan antara
seorang lelaki dan wanita, malahan untuk membina keluarga dan menyambung
zuriat, memakmurkan muka bumi Allah dan menjadikan manusia sebagai khalifah.
Pernyataan ini berdasarkan firman Allah:
“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang
telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan
daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan
daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan
wanita yang banyak.”
(Surah An-Nisa’,4:1)
Di samping itu, sabda Rasulullah s.a.w:
“Wahai sekalian kaum muda, barangsiapa di antara kamu ada
yang mampu maka hendaklah dia menikah. Kerana yang
demikian itu lebih menjaga mata dan memelihara kemaluan.
Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia
berpuasa, kerana puasa akan menjadi penawar baginya.”
(HR. Muttafaqun ‘alaih)
Namun begitu, kepentingan dan kewajipan perkahwinan seperti yang disebut
di atas seolah-olah tidak dipedulikan oleh sesetengah mahasiswa sekarang. Buktinya,
kini kita sering dikejutkan dengan amalan yang tidak sihat dan menjadi kebiasaan di
kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi seperti selalu keluar berdua-duaan di
antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, sedangkan perbuatan ini amat dilarang
oleh Islam. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:
4
“Janganlah seorang lelaki duduk bersunyian (menyendiri)
dengan seorang perempuan (ajnabiyyah) melainkan ia
(perempuan tersebut) bersama mahramnya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut Hani Maisara (2005), hadis di atas menunjukkan betapa Islam
sangat memelihara dan menjaga maruah setiap umatnya tidak seperti mana penganut
agama-agama lain yang batil. Demikian juga Islam menutup pintu (kemungkinan)
yang boleh membawa kepada musnah dan binasanya kemuliaan maruah serta harga
diri tersebut. Hukum haram berdua-dua (bersunyi-sunyian) itu tidak semestinya
apabila berlaku zina sahaja. Duduk bersunyi-sunyian itu sendiri adalah haram. Islam
bukan sahaja melarang umatnya melakukan zina, malah melarang dari mendekati
asbab-asbab (jalan-jalan) yang membawa dan menyampaikan kepada zina.
Walaupun ia telah ditegaskan oleh Islam, mahasisiwi yang terlibat dengan
masalah tersebut kelihatan tidak mengambil berat akan hal itu. Pelbagai tanggapan
yang dibuat kepada mereka sama ada mereka tahu atau tidak akan perbuatan mereka
merupakan satu maksiat. Ini mungkin berpunca daripada kurangnya didikan agama.
Ada juga berpendapat, mereka mengetahui perbuatan yang dilakukan itu
salah di sisi agama tetapi mereka berasa ia tidak salah kerana kesalahan itu sudah
menjadi satu kebiasaaan di kalangan mereka dan masyarakat Sepatutnya mereka
menyedari akan kesalahan mereka. Ini kerana Allah akan menurunkan bala bukan
sahaja kepada orang yang membuat kesilapan di dalam sesebuah masyarakat.
Bahkan Dia akan menurunkan kepada semua ahli masyarakat mereka. Umat Islam
telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. akan hal ini:
“Apabila di dalam suatu kaum banyak orang yang berbuat
maksiat secara terang-terangan, kaum itu pasti akan ditimpa
bencana wabak penyakit yang belum pernah dialami oleh kaum
terdahulu.”
5
Maka di sinilah, ahli masyarakat perlu berperanan bagi mengelakkan
kemungkaran ini berterusan. Umat Islam seharusnya bermuafakat dalam hal ini.
Gesaan ini adalah berdasarkan ayat Allah s.w.t.:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sebahagian mereka (adalah ) menjadi penolong bagi
sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang
ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan
rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(At-Taubah:71)
Untuk mengatasi maksiat tersebut berterusan, Islam amat menggalakkan
umatnya berumahtangga terutamanya bagi mereka yang memenuhi syarat
perkahwinan. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menyambut seruan ini.
Sebaliknya, terdapat ibu bapa yang melarang anak-anaknya daripada mendirikan
rumahtangga semasa belajar. Mereka lebih suka anak mereka menamatkan pelajaran
ke peringkat yang tinggi untuk menjamin pekerjaan yang bergaji tinggi. Sepatutnya
mereka perlu sedar, rezeki akan diturunkan dan dipermudahkan oleh Allah kepada
mereka yang berumahtangga.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada tiga perkara yang Allah bersedia menolongnya, iaitu
orang yang berjuang di jalan Allah, budak yang mencari wang
tebusan untuk membebaskan dirinya dan orang yang kahwin
dengan niat menjaga kesucian dirinya.”
(Tirmizi, Ibnu Habban dan Al-Hakim)
Ada juga sesetengah pihak berpendapat, sikap mahasiswa dan mahasiswi
sendiri yang suka mengejar kerjaya terlebih dahulu sebelum memikirkan hal
berumahtangga. Mereka bertindak sedemikian kerana untuk mendapatkan keadaaan
6
ekonomi yang kukuh sebelum berumahtangga. Akibatnya, mereka mengambil jalan
mudah untuk berhubung dengan pasangan tanpa mengendahkan batasan syariat.
Selain itu, mahasiswi berpendapat berumahtangga semasa belajar akan
menambahkan bebanan tugas iaitu sebagai pelajar dan isteri. Mungkin mereka
memikirkan cara untuk membahagikan masa di antara keluarga dan pelajaran.
Di samping itu, terdapat mahasiswi merasa hidupnya terkongkong apabila
sudah mendirikan rumahtangga. Mereka merasa tidak bebas untuk bergaul dengan
kawan-kawan mereka yang berlainan jantina. Mereka perlu faham bahawa Islam
tidak melarang umatnya untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Namun
begitu, mereka mestilah menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh
Islam sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran:
“Wahai manusia, kamu Kami ciptakan dari lelaki dan
wanita, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
berpuak-puak, agar kamu saling mengenal….”
(Al-Hujurat:13)
Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan masih ada mahasiswi
yang sengaja menabur pelbagai alasan untuk menolak daripada mendirikan
rumahtangga ketika belajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Persoalannya, sesetengah mahasiswi sekarang masih merasakan tindakan
berkahwin semasa belajar adalah membebankan mereka dari pelbagai aspek. Mereka
merasa tugas mereka semakin bertambah iaitu sebagai pelajar dan isteri. Ini
menuntut mereka membuat pengurusan masa yang teliti agar pelajaran mereka tidak
terabai. Kesannya, hanya segelintir yang mengambil keputusan untuk mendirikan
rumahtangga semasa belajar. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin meninjau
tanggapan mahasiswi terhadap amalan berumahtangga semasa belajar.
7
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini ialah:
1.4.1 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap perkahwinan
1.4.2 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap urusan rumahtangga
1.4.3 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap amalan berumahtangga
semasa belajar
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mencapai objektif
kajian. Berikut merupakan persoalan kajian:
1.5.1 Apakah persepsi mahasiswi terhadap perkahwinan?
1.5.2 Apakah persepsi mahasiswi terhadap urusan rumahtangga?
1.5.3 Apakah persepsi mahasiswi terhadap amalan berumahtangga semasa belajar?