persepsi pelajar tahun tiga (3) ijazah sarjana … · nombor tajuk muka surat 1.1.1 struktur...

35
PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (INSANIAH) NOORZAWANI BIN ZAINAL Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

Upload: vukhue

Post on 20-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB

TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI INSTITUT AGAMA ISLAM

NEGERI KEDAH (INSANIAH)

NOORZAWANI BIN ZAINAL

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus
Page 3: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus
Page 4: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus
Page 5: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

iv

DEDIKASI

Segala Puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Yang mengurniakan ‘inayah dan hidayah-Nya

Selawat serta salam ke atas Rasul junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Buat Ibu, Hajah Che Nen Mat Hashim dan Papa, Haji Zainal Abdul Razak yang disayangi

dan dikasihi

Berkat kasih dan dorongan

Yang banyak memberi kekuatan kepada anakanda

Sesungguhnya jasa mu tidak terbalas rasanya

Untuk Abang Jen dan Kak Za

Abang Ki dan Kak La serta tak di lupa kepada Zakwan

Yang telah banyak memberikan semangat kepada Adinda

Inilah penghargaan ku kepada kalian di atas bantuan dan semangat

Yang tidak jemu-jemu kanda berikan

Dan kepada saudara mara yang banyak memberikan semangat dan harapan

Moga-moga Allah merahmati kalian

Tiada kata-kata yang dapat daku berikan hanya doa sebagai iringan

Untuk guru-guru yang banyak memberi ilmu dan nasihat

Kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam susah dan senang

Semoga usaha dan pengorbanan kita membawa kita ke syurga

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta

masa dan kekuatan membolehkan pengkaji berjaya menyempurnakan laporan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini seperti yang dirancang.

Dalam kesempatan ini, ingin pengkaji merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Penyelia dan penasihat saya iaitu Ustaz Ahmad

Kilani bin Mohamed di atas bimbingan, nasihat dan teguran serta tunjuk ajar yang

dicurahkan sepanjang projek ini dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada pihak INSANIAH, terutamanya Haji Zakaria bin

Othman selaku Ketua Penolong Pendaftar, Encik Mat Zahir b. Hj. Mat Isa dan Puan

Rosnah bt. Ghazali serta pelajar-pelajar INSANIAH khususnya pelajar tahun tiga

Kulliyyah Bahasa Arab.

Terima kasih juga kepada semua yang banyak membantu secara langsung atau

tidak langsung, termasuklah kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam

menyiapkan laporan ini. Jasa dan pertolongan anda hanya Allah sahaja yang

membalasnya.

Jazakallahukhairan kasira...

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

vi

ABSTRAK

Persepsi para pelajar terhadap sesuatu bahasa, khususnya Bahasa Arab

sangat bergantung kepada sikap, keadaan dan latar belakang pendidikan yang

mereka terima. Semakin tinggi peringkat pengajian mereka, semakin pelbagai

tanggapan mereka terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Atas dasar dan inisiatif

ini pengkaji berusaha mengkaji persepsi pelajar tahun tiga Sarjana Muda Bahasa

Arab (Kulliyyah Bahasa Arab) terhadap pembelajaran bahasa Arab di Institut

Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH). Pelajar-pelajar ini telah mengikuti

kursus ini selama tiga tahun di institut tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat

aspek minat, pandangan serta pendapat mereka mengenai pembelajaran bahasa

Arab. Dapatan daripada kajian ini menampilkan kepelbagaian persepsi dan tahap-

tahap penguasaan serta kebolehan berbahasa Arab di kalangan pelajar tahun tiga

Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH. Kajian yang dibuat adalah berbentuk

deskriptif dan ditafsirkan secara kuantitatif.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

vii

ABSTRACT

Students perception towards a language especially the Arabic language depends

on their attitude, situational and educational background. The higher the level of

education is the more the perceptions towards the learning of Arabic language vary.

Therefore the researcher tried to investigate the third year students of Sarjana Muda

Bahasa Arab (Kulliyyah Bahasa Arab) perceptions towards the learning of Arabic

language in Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH). Basically the students

interest, views and opinions towards the learning of Arabic Language. The findings

showed that there were a variety of perception and different level of competencies and

capabilities in conversing using Arabic language among the students of the institute.

This study is descriptive in nature and the data was analyzed quantitatively

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SINGKATAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

I.0 Pengenalan tentang Latar belakang INSANIAH 1

1.1 Latar Belakang Kulliyah Bahasa Arab 5

1.2 Penyataan Masalah 19

1.3 Persoalan Kajian 20

1.4 Objektif Kajian 20

1.5 Kepentingan Kajian 21

1.6 Batasan Kajian 22

1.7 Definisi Istilah 23

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

ix

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 25

2.1 Kepentingan Bahasa Arab 25

2.2 Keistimewaan Bahasa Arab 27

2.3 Pembahagian Ilmu Bahasa 29

2.4 Kaedah-Kaedah Pengajaran Bahasa Arab 34

2.5 Sorotan Kajian Lepas 55

2.6 Kesimpulan 56

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 57

3.1 Reka bentuk Kajian 58

3.2 Tempat Kajian 58

3.3 Populasi dan Sampel 59

3.4 Instrumen Kajian 59

3.5 Tatacara Kajian 62

3.6 Analisis Data 62

3.7 Kesimpulan 63

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

x

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 64

4.1 Analisis Data Bahagian A :

Latar Belakang Responden 65

4.2 Analisis Data Bahagian B :

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat 72

4.3 Analisis Data Bahagian C :

Kebolehan dan Penguasaan Berbahasa Arab 83.

4.4 Analisis keseluruhan item mengikut objektif 92

BAB V PERBINCANGAN. RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 98

5.1 Perbincangan 98

5.2 Rumusan 107

5.3 Cadangan 108

5.4 Cadangan Kajian Selanjutnya 109

5.5 Penutup 110

SENARAI RUJUKAN 111

LAMPIRAN 113

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

xi

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11

Satu

1.1.2 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Dua 12

1.1.3 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Tiga 13

1.1.4 Struktur Program Kulliyah Bahasa Arab bagi Tahun Empat

(Di Universiti Al-Azhar, Mesir) 14

1.1.5 Penawaran kursus Tahun Satu 15

1.1.6 Penawaran kursus Tahun Dua 16

1.1.7 Penawaran kursus Tahun Tiga 17

1.1.8 Penawaran kursus Tahun Empat 18

4.1.1 Maklumat Responden Mengikut Jantina 65

4.1.2 Maklumat Mengenai Umur Responden 66

4.1.3 Maklumat Latar Belakang Pendidikan Responden Sebelum

Memasuki INSANIAH 66

4.1.4 Kelulusan Responden Untuk Memasuki INSANIAH 67

4.1.5 Keputusan Peperiksaan STA/STAM/Syahadah 67

4.1.6 Keputusan Peperiksaan Bahasa Arab Tinggi 68

4.1.7 Masa Untuk Mengulangkaji Bahasa Arab Seminggu 68

4.1.8 Minat Responden Terhadap Kursus Sarjana Muda Bahasa Arab 69

4.1.9 Bahan Rujukan Bahasa Arab Mencukupi Di INSANIAH 70

4.1.10 Suka Bertanya Atau Berbincang Dengan Pensyarah 70

4.1.11 Selalu Berbincang Dengan Rakan-Rakan Dan Pensyarah

Mengenai Masalah Bahasa Arab 71

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

xii

4.1.12 Pembelajaran Di INSANIAH Mencukupi Persediaan Untuk

Ke Universiti Al-Azhar 71

4.2.1 Saya suka pembelajaran dalam Bahasa Arab 72

4.2.2 Saya berminat membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah 73

4.2.3 Saya gemar membaca sebarang majalah atau buku dalam Bahasa

Arab 73

4.2.4 Saya suka memahami serta meneliti nahu pada setiap buku atau

majalah yang dibaca 74

4.2.5 Saya gemar berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam Bahasa

Arab di luar sesi perkuliahan 75

4.2.6 Saya selalu menggunakan nahu yang betul ketika bercakap atau

bertutur 75

4.2.7 Saya akan membetulkan kesilapan nahu yang dilakukan oleh

rakan-rakan ketika bertutur 76

4.2.8 Saya akan mengulangkaji pengajaran yang lepas bersama

rakan-rakan 77

4.2.9 Saya sentiasa membawa kamus Arab semasa perkuliahan 77

4.2.10 Saya gemar merujuk kamus jika tidak memahami sesuatu

perkataan dalam Bahasa Arab 78

4.2.11 Saya selalu berlatih bertutur dalam Bahasa Arab dengan

rakan-rakan 79

4.2.12 Saya berminat mempelajari gaya bahasa (uslub-uslub)

Bahasa Arab 79

4.2.13 Saya suka mempelajari sastera Arab 80

4.2.14 Saya gemar meng "i'rab" perkataan-perkataan Arab 81

4.2.15 Ibu bapa dan keluarga yang memberi dorongan kepada saya

untuk mempelajari Bahasa Arab 81

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

xiii

4.3.1 Membaca dalam Bahasa Arab 83

4.3.2 Bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab 84

4.3.3 Memahami pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab 84

4.3.4 Memahami gaya bahasa yang termaktub di dalam nas al-Qur'an 85

4.3.5 Bersyarah dan berpidato dalam Bahasa Arab 86

4.3.6 Berdebat dalam Bahasa Arab 86

4.3.7 Menghasilkan puisi dan syair dalam Bahasa Arab 87

4.3.8 Boleh meringkaskan teks-teks Arab 88

4.3.9 Bertutur dengan orang Arab selain pensyarah di INSANIAH 88

4.3.10 Mengarang dalam Bahasa Arab 89

4.3.11 Menguasai ilmu Saraf 90

4.3.12 Menguasai ilmu Nahu 90

4.3.13 Mengenali gaya bahasa (uslub) dalam sastera Arab 91

4.4.1.1 Min dan kecenderungan respons bagi objektif kedua kajian 93

4.4.1.2 Min dan kecenderungan respons bagi objektif ketiga kajian 96

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

xiv

SINGKATAN

S.W.T Subhanahu wa ta’ala

s.a.w Sallaahu ‘alaihi wasalam

INSANIAH Institut Agama Islam Negeri Kedah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulunya

Kementerian Pendidikan Malaysia)

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SMA/U Sekolah Menengah Agama/Ugama

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

STA/U Sijil Tinggi Agama/Ugama

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

PSM Projek Sarjana Muda

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UUM Universiti Utara Malaysia

Ph.D Ijazah Doktor Falsafah

LAN Lembaga Arkreditasi Negara

PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

MARA Majlis Amanah Rakyat

IPT Institut Pengajian Tinggi

(t.t) tanpa tarikh

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan tentang Latar belakang INSANIAH

Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) ialah sebuah pusat

pengajian tinggi Islam milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang

ditubuhkan di bawah Enakmen INSANIAH Bil. 4 tahun 1995 di Dewan Undangan

Negeri Kedah Darul Aman serta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan

Malaysia melalui perakuan pendaftaran No. JPK (PPPS) 03-03/8/20. Dalam

Bahasa Arab, institusi ini dikenali sebagai "Al Jami’ah Al Islamiah Al Hukumiah Bi

Kedah Darul Aman" (Buku Panduan INSANIAH (t.t) : 1 ).

Moto INSANIAH “Kebahagiaan Dunia dan Akhirat”(Al-Baqarah ayat 201)

Falsafah penubuhan INSANIAH ialah;

• Mengutamakan kecemerlangan ilmu dan ketinggian tahap

profesionalisme.

• Pro aktif terhadap perubahan dan bersedia menyumbang secara berkesan

kepada keperluan masyarakat.

• Bersedia mengamalkan ilmu, berkongsi penemuan dan maklumat untuk

manfaat institut dan masyarakat.

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

2

• Menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap piawai etika

(ethicalstandard) yang dipersetujui, ketelusan, keadilan dan kesaksamaan.

• Beriltizam untuk meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan dalam

setiap tindakan yang melibatkan penggunaan sumber-sumber.

• Bertawakal kepada Allah.( Buku Panduan INSANIAH (t.t) : 2)

Misi INSANIAH adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi

Islam bertaraf dunia yang menjadi rebutan pelajar, piawai kepada para pesaing dan

simbol kebanggaan masyarakat kerana kecemerlangan program akademiknya,

keprofesionalan sumber manusianya dan kehebatan penyelidikannya.

Dalam penawaran perkhidmatannya, INSANIAH berjaya mencapai dan

mengekalkan keseimbangan yang harmonis dari segi tuntutan akhirat (ukhrawi) dan

dunia (duniawi) yang berubah-ubah selaras dengan moto dan falsafahnya.

Objektif yang diterapkan di INSANIAH ialah;

• Menawarkan program yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek

yang mampu berperanan sebagai ulama dan profesional Islam yang berilmu,

beramal dan bertakwa.

• Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran

Islam berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

• Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam

demi kepentingan ummah

• Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu

tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

3

• Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi

terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan,

penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.

Kampus INSANIAH terletak di Taman Wira Mergong, Jalan Sultanah,

05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman yang jaraknya kira-kira 4 kilometer dari

pusat bandar Alor Setar. Kampus yang dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul

Aman ini telah mula diduduki sepenuhnya pada bulan Februari 1998 dan boleh

menampung seramai 500 orang pelajar pada satu-satu masa. Ia berhampiran

Hospital Besar Alor Setar, Terminal Bas Shahab Perdana, medan selera dan pusat

membeli-belah.

Pengajian di INSANIAH diamalkan secara sistem semester yang mana

pelajar akan mengikuti pembelajaran secara kuliah, tutorial, perbincangan, ujian

pertengahan semester atau kerja kursus dan peperiksaan akhir semester

Tempoh Program Ijazah Sarjana Muda di INSANIAH dijalankan secara

berkembar dengan Universiti Al-Azhar Mesir, yang mana pengajian selama tiga (3)

tahun di INSANIAH kemudian menyambung pelajaran selama satu(1) tahun di

Universiti Al-Azhar Mesir. Antara program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan

di INSANIAH ialah Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Kulliyyah Usuluddin), Ijazah

Sarjana Muda Syariah (Kulliyyah Syariah) dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab

(Kulliyyah Bahasa Arab).

Syarat kemasukan bagi program-program Ijazah Sarjana Muda ialah terbuka

kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia, lulus Sijil Tinggi Agama

(STAM) atau lulus lain-lain sijil yang setaraf dengan STAM dan diiktiraf oleh

Universiti Al-Azhar serta diperakui oleh INSANIAH dan calon mestilah lulus Sijil

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

4

Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu bagi

mereka yang warganegara Malaysia sahaja. ( Buku Panduan INSANIAH (t.t) : 4)

Bagi program Diploma ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu. Diploma

Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Teknologi Maklumat dan

Diploma Tahfiz dan Qiraat. Semua program diploma dijalankan secara kawal selia

dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) kecuali Diploma Tahfiz dan Qiraat.

Tempoh pengajian bagi program diploma ialah 2 ½ tahun atau lima semester

kecuali program Diploma Tahfiz dan Qiraat yang dijalankan selama tiga (3) tahun

atau enam semester.

Yuran pengajian program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma ialah RM 1000

dan RM 500 yuran asrama bagi setiap tahun pengajian (dua semester) kecuali

program Diploma Tahfiz dan Qiraat ia adalah percuma yang ditanggung

sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah. Bagi pelajar antarabangsa, mereka

dikenakan tambahan 20% pada yuran pengajian.

Pengajian di peringkat Sarjana Muda menjadikan Bahasa Arab sebagai

bahasa pengantar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah-pensyarah di

sini terdiri dari kalangan pensyarah tempatan dan luar negeri khususnya dari

Universiti Al-Azhar Mesir. Terdapat 17 orang pensyarah dari Universiti Al-Azhar

Mesir yang bertugas di INSANIAH berkelulusan Ph.D. dalam pelbagai bidang.

Segala kurikulum di INSANIAH di peringkat Sarjana Muda sentiasa dikawal dan

dipantau oleh pihak Universiti Al-Azhar Mesir bagi memelihara kualitinya. (Brosur

Pengenalan INSANIAH)

Semua kursus-kursus yang ditawarkan di INSANIAH mendapat perakuan

daripada Lembaga Arkreditasi Negara (LAN). Pelajar-pelajar yang mengikuti

pengajaran di INSANIAH berpeluang mendapat bantuan pinjaman daripada

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

5

(MARA), Yayasan Islam Negeri (bagi negeri tertentu) dan Lembaga Biasiswa

Negeri Kedah serta beberapa agensi yang berkaitan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan di INSANIAH antaranya

asrama bagi para pelajarnya, bilik kuliah yang selesa, perpustakaan, makmal

komputer dan kemudahan internet serta beberapa kemudahan lain yang memberi

perkhidmatan kepada pelajar-pelajarnya.

1.1 Latar Belakang Kulliyah Bahasa Arab

Pengajian Bahasa Arab adalah satu disiplin pengajian yang merangkumi

pengajian bahasa, sastera, pengkajian, sejarah Islam dan sejarah perkembangan

tamadun Islam. Ia merangkumi aspek-aspek teori dan praktikal untuk memahami

al-Quran dan al-Sunnah serta mendalami gaya bahasa yang terdapat di dalamnya.

Di bawah struktur Kulliyah Pengajian Islam INSANIAH, Kulliyyah Bahasa Arab

ditubuhkan pada tahun 1995 Masihi bersamaan dengan 1416 Hijrah iaitu serentak

dengan penubuhan INSANIAH. Seperti Kulliyyah Usuluddin dan Kulliyyah

Syariah, Kulliyyah Bahasa Arab dijalankan secara 3+1 iaitu tiga tahun belajar di

INSANIAH. Setelah memperoleh diploma Kulliyyah Bahasa Arab dari

INSANIAH para pelajar akan menyambung pengajian pada tahun akhir di

Universiti al-Azhar al-Syarif, Mesir selama setahun bagi memperoleh Ijazah

Sarjana Muda. ( Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab (t.t) : 9)

Dengan wujudnya Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH dapat melahirkan

intelek muslim yang berilmu tinggi serta menghayati tuntutan al-Quran dan al-

Sunnah yang menjadi panduan umat Islam. Mereka diharap akan menjadi generasi

pemimpin masa depan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik,

pendakwah, ulama Islam, pengurus dan pentadbir yang berjasa selaras dengan

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

6

keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah menyahut cabaran

alaf baru bagi melahirkan generasi profesional yang mempunyai kekuatan ilmu,

berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-

prinsip Islam.

Justifikasi penubuhan Kulliyyah Bahasa Arab adalah berlandaskan rasional

berikut:

1) Bahasa Arab adalah sumber perundangan Islam iaitu al-Quran dan

al-Sunnah. Wujudnya Kulliyyah Bahasa Arab di INSANIAH adalah

sebagai asas bagi mendalami bahasa tersebut bagi membolehkan

pelajar-pelajarnya menterjemah, mentafsir dan merealisasikan

tuntutan-tuntutan dalam dua sumber perundangan tersebut.

Kesilapan memahami sumber-sumber tersebut yang tersurat di

dalam bahasa Arab akan membawa kepada kejumudan. Justeru

dengan adanya Kulliyyah ini, diharap akan dapat mengatasi segala

andaian negatif.

2) Arus globalisasi yang melahirkan dunia tanpa sempadan

memerlukan penguasaan di dalam pelbagai bahasa untuk

berkomunikasi atas tujuan perdagangan, perindustrian,pertahanan

dan diplomatik. Justeru adanya Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH

dapat melahirkan penutur-penutur, penterjemah-penterjemah dan

interpretor yang berkeyakinan dan mampu menguasai bahasa Arab

seperti penutur asal bahasa tersebut. Lahirnya penterjemah dan

interpretor akan membawa tersebarnya terjemahan-terjemahan

artikel yang berasal dari bahasa Arab dan dapat direalisasikan dan

dimanfaatkan oleh dunia Melayu. Dalam arena diplomatik diharap

interpretor yang berkebolehan dan kukuh menguasai bahasa Arab

dapat dilahirkan untuk membantu perjalanan dan hubungan dua hala

antara Malaysia dan negara-negara Arab.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

7

3) Rasionalnya apabila seseorang itu ingin mendalami keindahan

sesuatu bahasa, beliau mestilah menguasai terlebih dahulu

perjalanan sintaksis dan perbendaharaan bahasa tersebut. Wujudnya

Kulliyyah Bahasa Arab adalah untuk memperkukuhkan

pemerolehan bahasa Arab, dengan harapan seseorang itu dapat

mendalami keindahan bahasa tersebut dengan mendalami ilmu-ilmu

balaghah, al-nahwu, al-arudh wa al-qawafi, ‘ilm al-aswat, tarikh al-

adab wa al-nusus serta lain-lain subjek yang menjurus kepada

penguasaan bahasa dan keindahan yang tersirat di dalam bahasa

tersebut.

4) Aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang kondusif

adalah diutamakan di Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH.

Kehadiran profesional yang berbangsa Arab diharapkan dapat

mempraktikkan secara total setiap tuntutan yang diperlukan dalam

konteks pengajaran bahasa Arab. Dengan adanya penutur natif

(asal) bahasa Arab diharap dapat melahirkan tenaga pakar yang

mahir bertutur mengikut dialek dan lahjah Arab. Hal ini amat

berbeza berbanding dengan IPT tempatan yang lain yang

kebanyakannya mengambil tenaga pengajar tempatan untuk

mengajar bahasa Arab. Oleh itu, Kulliyyah Bahasa Arab

INSANIAH diwujudkan atas tujuan pemerolehan bahasa Arab dari

penutur natif bahasa tersebut.

5) Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH berperanan melahirkan

ilmuwan yang terbilang untuk mempraktikkan bahasa Arab di semua

peringkat pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah dan

berdiri seiring dengan dasar kerajaan yang menjadikan bahasa Arab

sebagai bahasa kedua yang harus dimiliki oleh setiap individu yang

inginkan kejayaan ke arah Wawasan 2020

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

8

Misi Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH memfokuskan serta bertekad ke

arah mencapai kecemerlangan pengurusan Kulliyyah, akademik dan sahsiah pelajar

melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, cemerlang dan

terbilang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Selaras dengan itu, pihak

pengurusan INSANIAH sering mengadakan perbincangan dengan dekan dan

pensyarah-pensyarahnya berhubung dengan pengurusan, perkembangan dan

masalah-masalah yang timbul terutama yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran. (Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab (t.t) : 11)

Objektif Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH ialah:

• Membekalkan tenaga manusia yang berkebolehan dalam bidang bahasa Arab

dan kesusasteraannya untuk peluang kerjaya sebagai pegawai, guru, penyelidik

yang setaraf dengan bidang lain.

• Melahirkan graduan yang mampu mentafsir sumber perundangan Islam seperti

al-Quran dan al-Sunnah dengan baik dan jelas tanpa menimbulkan sebarang

keraguan.

• Melahirkan tenaga mahir dalam bidang pendidikan bahasa Arab dalam empat

bidang utama iaitu menulis, membaca, bertutur dan mendengar serta mampu

menggubal kurikulum pendidikan bahasa Arab ke arah yang lebih mantap dan

berkesan dalam pendidikan di Malaysia.

• Melahirkan ilmuwan yang mampu berbicara dan mendalami tulisan para ulama

Islam yang kebanyakannya dalam versi Arab dan menterjemahkannya mengikut

perkembangan semasa tanpa mengetepikan kehendak-kehendak asal tulisan

para ulama tersebut.

• Melahirkan cerdik pandai dalam perhubungan dengan negara-negara Arab

dalam bidang perniagaan, perdagangan, ekonomi, politik, pendidikan dan

diplomatik.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

9

• Melahirkan penterjemah dan jurubahasa yang mahir serta berkebolehan.

1.1.1 Pembelajaran Bahasa Arab di Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH

Skop bidang pengajian yang ditawarkan oleh Kulliyyah Bahasa Arab

INSANIAH ialah berkaitan dengan bahasa di setiap tahun pengajiannya. Ianya

dijalankan secara kuliah, tutorial dan menyiapkan kertas projek atau bahas.

Pelajaran-pelajaran yang diterapkan di situ adalah seperti berikut:

1. Nahw

2. Sarf

3. Balaghah

4. Tarikh al-Adab wa al-Nusus

5. Tarikh al-Islam

6. Al-‘Arudh Wa al-Qawafi

7. Fan Kitabah al-Maqal

8. Fiqh al-Lughah

Di samping pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan bahasa, diterapkan

juga pelajaran-pelajaran berikut:

1. Al-Fiqh

2. Al-Tafsir

3. Al-Hadis

4. Tauhid

5. Pengajian Islam

6. Bahasa Inggeris

7. Bahasa Malaysia

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

10

Bidang-bidang bahasa yang terdapat dalam Kulliyyah Bahasa Arab ini

mencakupi Tatabahasa Arab, Balaghah, Sastera Arab, Sirah Nabawi, Sejarah

Tamadun Islam, Teknik Pengkajian dan sebagainya.

Dengan menguasai perkara-perkara tersebut, penampilan graduan Kulliyyah

Bahasa Arab lebih menonjol terutama yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan

pengkajian serta mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi

dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Komponen program pengajian (prasiswazah) Kulliyyah Bahasa Arab

INSANIAH terdiri daripada beberapa aspek.

1. Untuk layak dianugerahkan ijazah dari Kulliyyah ini pelajar

dikehendaki mengikut kursus atau menjalankan penyelidikan

mengikut keperluan, peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh

INSANIAH dan Kulliyyah Bahasa Arab.

i. Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab

memerlukan 93 jam kredit selama tiga (3) tahun atau

enam(6) semester di INSANIAH.

ii. Bagi melayakkan seseorang pelajar itu dianugerahkan

Ijazah Sarjana Muda, pelajar tersebut dikehendaki

menamatkan satu tahun (tahun akhir) di Universiti Al-

Azhar, Mesir. (Buku Panduan Akademik Kulliyyah

Bahasa Arab (t.t) : 13)

2. Struktur program ini umumnya, terbahagi kepada tiga (3) bahagian,

iaitu komponen kursus Teras INSANIAH (TI), komponen Kursus

Teras Program (TP) dan komponen Kursus Wajib LAN (WL)

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

11

Struktur program Sarjana Muda Bahasa Arab Kulliyyah Bahasa Arab terbahagi

kepada empat (4) tahun iaitu;

Jadual 1.1.1: Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Satu

Semester Kategori Bil Nama Kursus Jam Kredit I II

1 ZI1012 Bahasa Inggeris

2 / Kursus Teras INSANIAH

(TI) 2 ZI1022 Komputer 2 / 3 LK1012 Al-Quran dan

Tajwid 2

(1+1) / /

4 LK1022 Al-Nahw 2 / 5 LK1032 Al-Balaghah 2 / 6 LK1042 Al-Sarf 2 / 7 LK1052 Tarikh al-

Adab 2 /

8 LK1062 “Ilmu al-Lughah Wa Ma’ajim

2 /

9 LK1072 Al-Sirah al-Nabawiyyah

2 /

10 LK1082 Qa’ah al-Bahs

2 /

11 LK1092 Fan Qitabah al-Maqal

2 /

12 LK1102 Al-‘Arudh Wa al-Qawafi

2 /

13 SK1092 Al-Fiqh 2 / 14 UK1122 Al-Tafsir 2 /

Kursus Teras Program

(TP)

15 UK1132 Al-Tawhid 2 / LAN1001 Bahasa Kebangsaan A

16

LAN1002 Bahasa Kebangsaan B

3 /

17 LAN1003 Pengajian Malaysia

3 /

18 LAN1004 Pengajian Islam

3 /

Kursus

Wajib LAN (WL)

JUMLAH 39 20 19

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

12

Jadual 1.1.2: Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Dua

Semester Kategori Bil Nama Kursus Jam Kredit I II

Kursus Teras

INSANIAH (TI)

1

ZI1012 Bahasa Inggeris

2 /

2 LK2012 Al-Quran dan Tajwid

2 (1+1) / /

3 LK2022 Al-Nahw 2 / 4 LK2032 Al-Balaghah 2 / 5 LK2042 Al-Sarf 2 / 6 LK2052 Tarikh Adab

Wa al- Nusus 2 /

7 LK2062 ‘Ilmu al-Aswat

2 /

8 LK2072 Awzan al-Syi’r

2 /

9 LK2082 Al-Bahs al-Lughawi

2 /

10 LK2092 Tarikh al-Islam

2 /

11 SK2102 Al-Fiqh 2 / 12 UK2122 Al-Tafsir 2 / 13 UK2132 Al-Tawhid 2 / 14 UK2142 Al-Hadith 2 /

Kursus Teras

Program

(TP)

JUMLAH 2 15 13

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

13

Jadual 1.1.3: Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Tiga

Semester Kategori Bil Nama Kursus Jam

KreditI

II Kursus

Teras INSANIAH

(TI)

1

ZI3012 Bahasa Inggeris

/ 2

2 LK3012 Al-Quran dan Tajwid

2 (1+1)

/ /

3 LK3022 Al-Nahw 2 / 4 LK3032 Al-Balaghah 2 / 5 LK3042 Al-Sarf 2 / 6 LK3052 Tarikh Adab 2 / 7 LK3062 Al-Naqd al-

Adabi 2 /

8 LK3072 Al-Adab al-Muqaran

2 /

9 LK3082 Al-Lahjat Wa al-Qiraat

2 /

10 LK3092 Tarikh al-Islam

2 /

11 LK3102 Al-Bahs al-Balaghi

2 /

12 SK3102 Al-Fiqh 2 / 13 UK3142 Al-Hadith 2 /

Kursus Teras

Program

(TP)

JUMLAH 26 13 13

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Page 29: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

14

Jadual 1.1.4: Struktur Program Kulliyah Bahasa Arab bagi Tahun Empat (Di

Universiti Al-Azhar, Mesir)

Semester Kategori Bil Nama Kursus Jam

Kredit

I II

1 Al-Quran dan Tajwid

- /

2 Al-Nahw - / 3 Al-Balaghah - / 4 Al-Sarf - / 5 Tarikh Adab - / 6 Fiqh al-Lughah - / 7 Al-Adab al-Islami - / 8 Al-Bahs al-Lughawi - / 9 Al-Naqd al-Adabi - / 10 Usul al-Fiqh - / 11 Al-Hadith - / 12 Bahasa Inggeris - /

- - -

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Page 30: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

15

Berikut adalah senarai penawaran kursus mengikut tahun dan semester Kulliyyah

Bahasa Arab di INSANIAH

1.1.5 : Penawaran kursus Tahun Satu

TAHUN 1

Semester Kod Nama Kursus Taraf Kursus

Unit Kredit

I

LK1012 LK1022 LK1052 LK1062 LK1092 LK1102 SK1092 ZI1012 LAN 1003 ZI1022

Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Tarikh al-Adab ‘Ilmu al-Lughah Wa al-Ma’ajim Fan Kitabah al-Maqal Al-‘Arudh Wa al-Qawafi Al-Fiqh Bahasa Inggeris Pengajian Malaysia Komputer

TP TP TP TP

TP TP TP TI

WL

TI

2 2 2 2 2 2 2 2 3 3

JUMLAH 20

II

LK1012 LK1032 LK1042 LK1072 LK1082 UK1122 UK1132LLAN1001 LAN1002 LAN1004

Al-Quran dan Tajwid Al-Balaghah Al-Sarf Al-Sirah al-Nabawiah Qa’ah al-Bahs Al-Tafsir Al-Tawhid Bahasa Kebangsaan A Bahasa Kebangsaan B Pengajian Islam

TP TP TP TP TP TP TP WL WL WL

1 2 2 2 2 2 2 3 3

JUMLAH 19

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Page 31: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

16

1.1.6 : Penawaran kursus Tahun Dua

Tahun 2 Semester Kod Nama Kursus Taraf

Kursus Unit

Kredit

I

LK2012 LK2942 LK2052 LK2082 SK2102 UK2122 UK2132 ZI2012

Al-Quran dan Tajwid Al-Sarf Tarikh Adab Wa al-Nusus Al-Bahs al-Lughawi Al-Fiqh Al-Tafsir Al-Tawhid Bahasa Inggeris

TP TP TP

TP TP TP TP TI

1 2 2 2 2 2 2 2

JUMLAH 15

II

LK2012 LK2022 LK2032 LK2062 LK2072 LK2092 UK2142

Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Al-Balaghah ‘Ilmu al-Aswat Auzan al-Syi’r Tarikh al-Islam Al-Hadith

TP TP TP TP TP TP TP

1 2 2 2 2 2 2

JUMLAH 13

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Page 32: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

17

1.1.7 : Penawaran kursus Tahun Tiga

Tahun 3 Semester Kod Nama Kursus Taraf

Kursus Unit

Kredit

I

LK3012 LK3022 LK3032 LK3062 LK3072 LK3092 UK3142

Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Al-Balaghah Al-Naqd al-Adabi Al-Adab al-Muqaran Tarikh al-Islam Al-Hadith

TP TP TP TP TP TP TP

1 2

2 2

2 2

2 JUMLAH 13

II

LK3012 LK3042 LK3052 LK3082 LK3102 SK3102 ZI3012

Al-Quran dan Tajwid Al-Sarf Tarikh al-Adab Al-Lahjat Wa al-Qiraat Al-Bahs al-Balaghi Al-Fiqh Bahasa Inggeris

TP TP TP TP TP TP TP

1 2

2 2

2 2 2

JUMLAH 13

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Page 33: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

18

1.1.8 : Penawaran kursus Tahun Empat

TAHUN 4 (DI UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR) Semester Nama Kursus

Taraf

Kursus

Unit Kredit

I

Al-Sarf Al-Balaghah Tarikh al-Adab Al-Bahs al-Balaghi Usul al-Fiqh Al-Hadis

- -

- - - - - - -

- - -

II

Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Fiqh Lughah Al-Adab al-Islami Al-Naqd al-Adabi Bahasa Inggeris

- - - -

- - - - - -

- -

Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

Pertunjuk:

TP - Teras Program TI - Teras INSANIAH WL - Wajib LAN

Page 34: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

19

1.2 Penyataan Masalah

Program Ijazah Sarjana Muda di INSANIAH berteraskan bahasa

Arab yang mana hampir keseluruhan subjek-subjek diajar di dalam bahasa Arab

dan para pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan mereka yang berbangsa Arab.

Para pelajarnya adalah daripada kalangan lepasan Sekolah Menengah

Agama/Ugama (SMA/ SMU), Sekolah Arab, pondok-pondok pengajian serta

beberapa institusi pengajian yang lain yang mana mempunyai asas bahasa Arab.

Walaupun pelajar-pelajarnya mempunyai asas bahasa Arab, tetapi masih

ramai yang tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Hal ini akan

memberi kesan kepada pembelajaran mereka, kerana sebelum ini mereka hanya

menggunakan bahasa Arab semasa di kelas sahaja. Jadi ia akan menimbulkan

masalah kepada mereka semasa mengikuti kuliah di INSANIAH. Jika mereka

tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik bukan sahaja membebankan

mereka semasa belajar di INSANIAH malah ia memberi kesan ketika menyambung

pelajaran selama setahun di Universiti Al-Azhar Mesir. Pengajian di sana

kesemuanya di jalankan dalam bahasa Arab dan persekitaran di sana juga

menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa perhubungan. Oleh itu, penguasaan

bahasa Arab amatlah penting yang menjadi persoalan pokok kepada pelajar-pelajar

di INSANIAH untuk memantapkan kemahiran bahasa Arab mereka.

Page 35: PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA … · NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1.2 Struktur ... 1.1.6 Penawaran kursus

20

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan yang akan pengkaji bicarakan adalah seperti berikut;

1. Apakah latar belakang dan persepsi pelajar tahun tiga (3)

Sarjana Muda Bahasa Arab di INSANIAH terhadap

pembelajaran bahasa Arab.

2. Apakah faktor-faktor penting yang mempengaruhi minat dan

persepsi pelajar terhadap pembelajaran mereka.

3. Bagaimana kebolehan dan penguasaan berbahasa Arab di

kalangan pelajar tahun tiga (3) Sarjana Muda Bahasa

Arab di INSANIAH.

1.4 Objektif Kajian

Pengkaji telah menetapkan objektif kajian sebagai;

1. Mengenal pasti latar belakang dan persepsi pelajar tahun tiga

(3) Sarjana Muda Bahasa Arab di INSANIAH terhadap

Kulliyyah Bahasa Arab.

2. Mengenal pasti faktor-faktor yang menjadikan minat pelajar-

pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.