persepsi pelajar mengenai pelaksanaan projek … · 2013-11-19 · iv penghargaan dengan nama allah...

23

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi
Page 2: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi
Page 3: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA

DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,

JOHOR

MASYITAH BINTI ABDULLAH

Tesis ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI, 2011

Page 4: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

ii

Page 5: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

iii

Buat Ayah dan Emak…

Abdullah Haji bin Hussein,

Siti Azidah binti Awang Bong,

Ku hargai semua pengorbanan kalian membesarkanku.

Teristimewa buat tulang belakangku…

Dr Mohd Khata Bin Jabor,

Dr Rohana Binti Hamzah,

Jasamu kukenang ke akhir hayat.

Buat teman-teman seperjuangan…

Hamidah Razali, Adibah Adnan, Aida Yusnita Md. Keya,

Siti Syazwani Md. Mudzaffar, Nursuraya Obeng,

Terima kasih atas segala-galanya.

Tidak dilupakan…

Normah Kadir,

Tidak pernah jemu menyokongku.

Jutaan terima kasih buat warga UTM

Di atas suka duka, pahit manis.

TERIMA KASIH YA ALLAH

Page 6: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat

serta taufik dan hidayah dari-Nya, penyelidik dapat menyiapkan kajian untuk Projek

Sarjana Muda yang telah diberikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Penyelidik ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan yang telah diberikan sama

ada berbentuk makalah atau secara lisan atau dalam apa jua bentuk maklumat yang

menyumbang kepada tugasan ini.

Di kesempatan ini juga penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih

kepada pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Mohd Khata Jabor yang telah

banyak membantu, mendorong, membimbing dan memberi teguran bernas kepada

penyelidik untuk menyiapkan projek ini. Terima kasih di atas segala bimbingan,

dorongan dan sokongan padu pensyarah penyelia.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ditujukan buat pihak Universiti

Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru di atas kerjasama yang telah diberikan

kepada penyelidik kerana melancarkan lagi perjalanan penyiapan kajian ini.

Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak secara langsung dalam usaha penyelidik menyiapkan kajian

untuk Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar mengenai faktor-faktor

yang mempengaruhi perlaksanaan Projek Sarjana Muda (PSM) di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Faktor yang dikaji adalah

dari aspek masa, sumber maklumat, penyelia dan penulisan. Seramai 73 orang

pelajar dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan

menggunakan set borang soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Borang

soal selidik mengandungi 40 item mengikut skala likert 5 peringkat. Nilai

kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah α = 0.79. Data dianalisis

menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) versi

17.0 untuk mendapaikan nilai kekerapan dan peratusan. Secara keseluruhannya,

dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dikaji merupakan antara

faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan Projek Sarjana Muda sekiranya tidak

dapat diatasi dengan baik.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

vi

ABSTRACT

This survey research was conducted to identify student perception about

factors which influence implementation of Undergraduate Project at Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. The factors studies are from the aspect

of time, information resources, supervisors and writing. 73 students have been

chosen randomly as the sample of this study. The investigation had been carried out

using questionnaire which was divided into two parts. Questionnaire contained 40

items following the Likert 5 Stage Scale. The reliability value of this research is α =

0.79. Data was analyzed using computer software Statistical Package for Social

Science (SPSS) version 17.0 to get the value of frequency and percentage. Research

finding shows that these factors in this research will affect their performance of

Undergraduate Project if not resolved properly.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 10: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

viii

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Pelajar 9

1.6.2 Penyelia 9

1.6.3 Pihak Universiti

Teknologi Malaysia 10

1.6.4 Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia (KPTM) 10

1.6.5 Kajian akan datang 10

1.7 Definisi Operasional 10

1.7.1 Persepsi 11

1.7.2 Pelajar SPC, SPE, SPH, SPI dan SPJ 11

1.7.3 Mata Pelajaran 12

1.7.4 Projek Sarjana Muda (PSM) 12

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Proses Penyelidikan 15

2.3 Pembelajaran Projek Sarjana Muda (PSM) 19

2.4 Kepentingan Penyelidikan Projek Sarjana

Muda (PSM) 21

2.5 Faktor-faktor pelaksanaan PSM 23

2.5.1 Masa 23

2.5.2 Sumber Maklumat 26

2.5.3 Penyelia 29

2.5.4 Penulisan 32

2.7 Penutup 34

Page 11: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Kerangka Operasi 39

3.4 Tempat Kajian 39

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 39

3.6 Instrumen Kajian 40

3.7 Prosedur Kajian 43

3.8 Kesahan dan Kajian Rintis 44

3.9 Penganalisaan Data 46

3.10 Jangkamasa Kajian 47

3.11 Andaian 48

3.12 Batasan Kajian 48

3.13 Penutup 49

BAB 4 PENGANALISAAN DATA KAJIAN 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Bahagian A 51

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Bangsa 52

4.2.3 Umur 53

4.2.4 Kursus 54

4.2.5 Kategori Projek Sarjana Muda 55

4.3 Analisis Bahagian B 56

4.3.1 Faktor Masa 57

4.3.2 Faktor Sumber Maklumat 61

4.3.3 Faktor Penyelia 64

4.3.4 Faktor Penulisan 68

4.3.5 Faktor Klasifikasi Bidang Penyelidikan 71

Page 12: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

x

4.4 Analisis Keseluruhan 73

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 74

5.1 Pengenalan 74

5.2 Rumusan 75

5.3 Perbincangan 77

5.3.1 Bahagian A: Demografi Responden 78

5.3.2 Bahagian B: Soalan Selidik 79

5.3.2.1 Masa 79

5.3.2.2 Sumber Maklumat 81

5.3.2.3 Penyelia 83

5.3.2.4 Penulisan 84

5.3.2.5 Faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar semester

akhir sesi pengajian 2011/ 2012

semester 1 di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) 86

5.4 Cadangan 87

5.4.1 Pihak Universiti Teknologi Malaysia 87

5.4.2 Pelajar Universiti Teknologi Malaysia 89

5.4.3 Penyelia 90

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.6 Kesimpulan 92

BIBLIOGRAFI 93

LAMPIRAN 97

Page 13: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.4 Singkatan nama kursus pengajian 39

3.6 (a) Pengkelasan mengikut Skala Likert

Lima Mata 41

3.6 (b) Pembahagian item bahagian A

mengikut faktor demografi respendon 42

3.6 (c) Taburan soalan bagi persoalan kajian 42

3.8 Nilai kebolehpercayaan 45

3.9 (a) Kaedah skala 5 peringkat kepada skala

3 peringkat 46

3.9 (b) Tahap penilaian responden berdasarkan

peratus 47

4.2.1 Jadual taburan responden mengikut jantina 51

4.2.2 Jadual taburan responden mengikut bangsa 52

4.2.3 Jadual taburan responden mengikut umur 53

4.2.4 Jadual taburan responden mengikut kursus 54

4.2.5 Jadual taburan responden mengikut kategori

Projek Sarjana Muda (PSM) 55

4.3.1 Taburan responden mengikut peratusan bagi

faktor masa 57

4.3.2 Taburan responden mengikut peratusan

bagi faktor Sumber Maklumat 61

4.3.3 Taburan responden mengikut peratusan bagi

faktor penyelia 64

Page 14: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

xii

4.3.4 Taburan responden mengikut peratusan

bagi faktor penulisan 68

4.3.5 Taburan klasifikasi bidang penyelidikan

mengikut peratusan bagi faktor-faktor

yang mempengaruhi pelajar Fakulti

Pendidikan (SPC, SPE, SPH, SPI dan SPJ)

dalam pelaksanaan Projek Sarjana Muda

(PSM) 71

4.4 Taburan purata peratusan keseluruhan

bagi faktor-faktor yang mempengaruhi

pelajar sesi pengajian 2011/ 2012 semester 1,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor Bahru, dalam melaksanakan Projek

Sarjana Muda (PSM) 73

Page 15: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.2(a) Proses penyelidikan 17

2.2(b) Langkah-langkah dalam proses

penyelidikan 19

3.3 Kerangka operasi 38

SENARAI SINGKATAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

FP Fakulti Pendidikan

PSM Projek Sarjana Muda

JB Johor Bahru

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPTM Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

Page 16: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Krejcie. R.V Dan

Morgan D.W 97

B Borang Soal Selidik 99

C Surat Permohonan Individu 106

D Kesahan Borang Soal Selidik 108

Page 17: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Selaras dengan amalan program-program lain di Universiti Teknologi

Malaysia, Projek Sarjana Muda (PSM) adalah satu mata pelajaran penting dalam

pendidikan tinggi dan latihan profesionalisme. Ini selaras dengan hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) terhadap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agar

dapat melahirkan thinking teachers yang berupaya mengendalikan penyelidikan

secara kreatif dan inovatif di dalam mengurus kurikulum. Oleh itu, Projek Sarjana

Muda (PSM) bukan untuk menghasilkan tesis tetapi sekadar laporan akhir projek.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah sebuah kementerian yang

bertanggungjawab membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf

dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi

negara Malaysia sesuai dengan Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kementerian

Pelajaran Malaysia. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Usaha ini dijalankan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Dasar Falsafah

Pendidikan Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988).

Page 18: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

2

Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 1988) adalah untuk:

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,

berketrampilan dan sejahtera.

3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara.

4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

Malaysia.

Projek Sarjana Muda (PSM) ialah sebuah subjek yang harus di ambil oleh

siswazah dalam Ijazah Sarjana Muda dalam tahun akhir. PSM lebih kepada

pembelajaran kendiri, di mana siswazah didorong supaya mempelajari sendiri tajuk

PSM yang dipilih oleh pelajar itu sendiri dengan cara penyelidikan dan bantuan

pensyarah yang arif dengan tajuk berkenaan. PSM terbahagi kepada dua fasa iaitu

PSM satu dan PSM dua. PSM satu lebih kepada teori untuk tajuk PSM yang telah

dipilih oleh seorang siswazah. Manakala PSM dua lebih kepada praktikal dan

menghasilkan aplikasi berdasarkan tajuk PSM tersebut.

Dalam erti kata lain, Projek Sarjana Muda (PSM) merupakan kursus ilmiah

lengkap dalam skala kecil yang bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar.

Melalui Projek Sarjana Muda (PSM), pelajar perlu menjalankan penyelidikan

berkaitan dengan bidang pengajian yang diambil di Fakulti serta melaporkannya

dalam format standard penulisan ilmiah. Pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan

teori, kemahiran dan pengalamannya semasa menjalankan kajian ilmiah ini secara

berdikari dan dibimbing oleh penyelia masing-masing. Pelajar yang perlu

menjalankan kajian ilmiah ini adalah pelajar tahun akhir dan kajian ini adalah salah

satu daripada syarat untuk pelajar tahun akhir mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.

Penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar ini sangat berguna untuk masa hadapan

kerana ia membantu membawa Malaysia ke tahap yang setanding dengan negara

maju pada masa hadapan.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

3

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a

small country. But we do express our views on things. If we think

that people are practicing double standards, we just say so,

whether people listen to us or not is a different matter but we feel

that we have to give our comment based on the truth."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2002)

Penyelidikan merupakan kajian yang banyak menyumbang kepada

kepentingan negara (http://lelucon2020.blogspot.com, 2008). Terdapat beberapa

kepentingan penyelidikan. Antaranya ialah:

1. Negara maju disebabkan penyelidikan.

Penyelidikan dapat menghasilkan ilmu-ilmu baru. Ilmu baru ini akan

menghasilkan banyak teknologi baru kerana teknologi dihasilkan dari ilmu.

Teknologi dapat merealisasikan ilmu baru yang telah ditemui. Apabila telah ada

banyak teknologi baru, maka majulah industri, masyarakat, aktiviti dan

sebagainya. Pendapatan negara meningkat dan taraf hidup masyarakat pun turut

berubah menjadi moden.

2. Ilmu baru.

Penyelidikan boleh menghasilkan penemuan baru yang berbentuk ilmu baru.

Dengan penemuan ini, pelbagai bidang baru dapat diterokai. Ilmu boleh

meningkatkan taraf dan kualiti hidup manusia. Apabila ada ilmu baru, Malaysia

mampu menarik perhatian pelabur untuk melabur dalam bidang penyelidikan.

Pelabur yang melabur dalam penyelidikan akan membawa sekali sumber dan

kepakaran tambahan. Dengan ini, negara Malaysia akan lebih maju.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

4

3. Teknologi dan kepakaran.

Teknologi membantu mempercepatkan proses pembangunan negara. Ini

kerana bantuan teknologi menjadikan aktiviti pembangunan negara menjadi lebih

mudah dan pantas. Tenaga pakar tempatan perlu dilatih dalam menguasai bidang

berkaitan penggunaan teknologi yang dibina untuk melahirkan pakar.

4. Menaikkan paras ekonomi.

Negara memerlukan teknologi untuk memanfaatkan sumber yang ada seperti

sumber manusia, alam semulajadi, dan kewangan. Sumber yang dimanfaatkan

dapat menjana pengeluaran dan menambah pendapatan rakyat dan negara. Tanpa

teknologi, pembangunan ekonomi akan menjadi perlahan. Ini kerana sumber

bahan mentah perlu diproses untuk digunakan oleh pengguna.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar memerlukan pengurusan yang betul dari segi masa dan sumber

maklumat yang diperolehi dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda. Selain itu,

pelajar ini memerlukan bimbingan penyelia dalam memastikan penyelidikan yang

dijalankan mengikut panduan yang betul. Menurut Norlida Abdul Halim (1994),

pengurusan masa yang berkesan boleh memperbaiki mutu kehidupan manusia.

Kebanyakan masalah pengurusan masa disebabkan oleh ketidakmampuan seseorang

menghubungkan aktiviti dengan matlamat jangka panjang pada hari yang sibuk.

Apabila gagal merancang, matlamat jangka panjang hanyalah merupakan angan-

angan sahaja.

Apabila pelajar gagal merancang dan menguruskan maklumat yang

diperolehi, maka akan timbul masalah-masalah dalam pelaksanaan Projek Sarjana

Muda. Oleh kerana itu, setiap pelajar dikehendaki memilih seorang atau lebih

penyelia untuk membimbingnya dalam menjalankan Projek Sarjana Muda mengikut

Page 21: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

5

format yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Projek Sarjana Muda Fakulti

Pendidikan (JKPSMFP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di sini, bermulalah

peranan penyelia dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan

pelajarnya dapat menghasilkan penyelidikan yang sempurna.

Menurut Buku Panduan dan Buku Log Projek Sarjana Muda (2010), penyelia

bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan dengan penyeliaan Projek Sarjana

Muda (PSM). Seorang penyelia diberi tanggungjawab menyelia antara lima hingga

10 orang pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda pada satu-satu masa. Penyelia secara

umumnya berperanan untuk membantu pelajar penyeliaannya mencapai segala

matlamat dan objektif PSM.

Pengurusan masa dan sumber maklumat dengan bijak serta bimbingan dari

penyelia membantu melancarkan lagi perjalanan aktiviti penyelidikan pelajar tahun

akhir yang mengambil kursus penyelidikan. Seterusnya, dapat melahirkan seorang

penyelidik yang berkaliber dan berkemahiran.

Penulisan ilmiah pula adalah karya yang ditulis dan disusun oleh seorang

penulis berdasarkan hasil-hasil penelitian ilmiah yang telah dilakukannya. Dari

definisi yang lain dikatakan bahwa karya ilmiah (scientific paper) adalah laporan

tertulis yang memaparkan hasil penelitian atau pengkajian yang telah dilakukan oleh

seseorang atau sebuah kumpulan dengan memenuhi kaedah dan etika keilmuan yang

dikukuh dan ditaati oleh masyarakat keilmuan (http://aryonelmessi.wordpress.com,

2011).

Penulisan ini menumpukan kepada sumber-sumber yang bertulis dan hasil

kajian daripada proses pengumpulan maklumat. Ia lebih kepada bentuk penyelesaian

masalah (Samarudin Rejab, 1992).

Page 22: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

6

1.3 Pernyataan Masalah

Projek Sarjana Muda (PSM) merupakan satu kajian ilmiah berkaitan dengan

pengkhususan pengajian di Fakulti yang mesti disediakan oleh pelajar tahun akhir

sebagai memenuhi salah satu daripada syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana

Muda. (http://webs.cs.utm.my)

Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji

persepsi pelajar dari segi pengurusan masa, sumber maklumat dan penyelia dalam

melaksanakan Projek Sarjana Muda dan memfokuskan kajian kepada pelajar Fakulti

Pendidikan iaitu kursus SPC, SPE, SPH, SPI dan SPJ. Selain itu juga, penyelidik

ingin melihat perbezaan masalah yang dihadapi pelajar PSM berdasarkan klasifikasi

bidang.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar (SPC, SPE, SPH,

SPI dan SPJ) mengenai pelaksanaan Projek Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan.

Antara objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk:

1. Mengenalpasti sama ada faktor masa mempengaruhi pelajar (SPC, SPE,

SPH, SPI dan SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda.

2. Mengenalpasti sama ada faktor sumber maklumat mempengaruhi pelajar

(SPC, SPE, SPH, SPI dan SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana

Muda.

3. Mengenalpasti sama ada faktor penyelia mempengaruhi pelajar (SPC,

SPE, SPH, SPI dan SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda.

4. Mengenalpasti sama ada faktor penulisan mempengaruhi pelajar (SPC,

SPE, SPH, SPI dan SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PELAKSANAAN PROJEK … · 2013-11-19 · iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi

7

5. Mengenalpasti sama ada klasifikasi bidang penyelidikan mempengaruhi

pelajar Fakulti Pendidikan (SPC, SPE, SPH, SPI dan SPJ) dalam

melaksanakan Projek Sarjana Muda (PSM).

1.5 Persoalan Kajian

Rasionalnya, persoalan-persoalan kajian adalah terjawab di dalam objektif

kajian itu sendiri. Maka persoalan kajian ini adalah:

1. Apakah faktor masa mempengaruhi pelajar (SPC, SPE, SPH, SPI dan

SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda?

2. Apakah faktor sumber maklumat mempengaruhi pelajar (SPC, SPE, SPH,

SPI dan SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda?

3. Apakah faktor penyelia mempengaruhi pelajar (SPC, SPE, SPH, SPI dan

SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda?

4. Apakah faktor penulisan mempengaruhi pelajar (SPC, SPE, SPH, SPI dan

SPJ) dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda?

5. Apakah klasifikasi bidang penyelidikan mempengaruhi pelajar Fakulti

Pendidikan (SPC, SPE, SPH, SPI dan SPJ) dalam melaksanakan Projek

Sarjana Muda (PSM).