persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan …

23
PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN DIPLOMA TERHADAP PROFESION PERGURUAN HASMAYUNI BINTI HASHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN DIPLOMA

TERHADAP PROFESION PERGURUAN

HASMAYUNI BINTI HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …
Page 3: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

i

PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN DIPLOMA

TERHADAP PROFESION PERGURUAN

HASMAYUNI BINTI HASHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 4: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …
Page 5: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …
Page 6: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

iv

Dedikasi

Untuk emak dan ayah yang sangat adik kasihi…..

Hashim bin Abd. Rahman dan Che Sun binti Rahman

Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…

Untuk akak dan juga adik-adik yang disayangi…

Untuk nenek dan pakcik yang begitu memahami

Pengorbanan yang tidak mungkin adik lupakan

Insya Allah…

Untuk dua insan yang sentiasa memberikan semangat…

Sarina binti Salleh dan Ruzianah binti Abd. Hamid

Terima kasih yang tidak terhingga…

Tidak lupa untuk insan yang tercinta…

Sesungguhnya kau ku jadikan sumber inspirasiku

Terima kasih atas segalanya… …

Page 7: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Puan Hajah Norani binti Mohd Nor yang banyak memberikan

bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima

kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu pelajar lelaki

lepasan politeknik dan diploma kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya

menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana banyak

memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini

dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan

rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba

kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Hasmayuni binti Hashim

Februari 2004…

Page 8: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi pelajar lelaki

lepasan politeknik dan diploma, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

terhadap profesion perguruan. Aspek yang dikaji merangkumi pemilihan profesion,

beban tugas, jaminan kerjaya, pendapatan yang diperolehi, ciri-ciri seorang guru, status

dan cabaran yang dihadapi oleh guru. Kajian ini melibatkan seramai 36 orang pelajar

iaitu keseluruhan pelajar lelaki tahun satu (Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup)

lepasan politeknik dan diploma. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan

maklumat adalah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan

perisian SPSS Version 11.0 For Windows untuk mendapatkan kekerapan dan peratus.

Dapatan kajian mendapati pelajar lelaki berpersepsi sederhana terhadap profesion

perguruan. Oleh yang demikian, diharapkan kajian ini dapat memberikan satu gambaran

kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu supaya lebih ramai

golongan lelaki menceburi bidang perguruan ini.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to get the perception of graduated polytechnic and

diploma student (male), Faculty of Education, University Technology Malaysia towards

teaching profession. The aspects to be studied were choosen profession, responsibilities,

future prospect, salary, status and challenges.The research to involve all the graduated

polytechnic and diploma student (male) in year one (36 people), Faculty of Education,

University Technology Malaysia.The instrument that been used in this research is

questionnaire. The data were analysed by using SPSS version 11.0 for windows to obtain

the frequency and percentage. This showed moderate perception towards teaching

profession. So, hopefully this finding will give a clear view to the person who responsible

to attract more men to join the profession of teaching.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI DOKUMEN xii

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xiv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

Page 11: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

ix

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Perguruan 9

1.8.3 Profesion 9

1.8.4 Status 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pemilihan Profesion 14

2.3 Beban Tugas 15

2.4 Jaminan Kerjaya 17

2.5 Pendapatan 18

2.6 Ciri-ciri Seorang Guru 20

2.7 Status Seorang Guru 24

2.8 Cabaran Profesion 25

Page 12: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

x

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Populasi Kajian 29

3.4 Responden Kajian 30

3.5 Tempat Kajian 30

3.6 Instrumen Kajian 30

3.6.1 Bahagian A 31

3.6.2 Bahagian B 31

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Prosedur Kajian 33

3.8.1 Kajian Rintis 33

3.8.2 Kajian Sebenar 34

3.9 Analisis Kajian 34

Page 13: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

xi

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Profil Responden 36

4.3 Persoalan Kajian Pertama 37

4.4 Persoalan Kajian Kedua 39

4.5 Persoalan Kajian Ketiga 42

4.6 Persoalan Kajian Keempat 45

4.7 Persoalan Kajian Kelima 46

4.8 Persoalan Kajian Keenam 48

4.9 Persoalan Kajian Ketujuh 50

BAHAGIAN KELIMA

RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Rumusan 53

5.3 Kesimpulan 54

5.4 Perbincangan 56

5.4.1 Pemilihan Profesion Perguruan 57

5.4.2 Beban Tugas Guru 57

Page 14: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

xii

5.4.3 Jaminan Kerjaya 58

5.4.4 Pendapatan Yang Diperolehi 59

5.4.5 Ciri-ciri seorang Guru 60

5.4.6 Status Seorang Guru 61

5.4.7 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Seorang Guru 62

5.5 Cadangan 63

5.5.1 Peranan Ibu Bapa 63

5.5.2 Peranan Kerajaan 63

5.5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 65

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

Senarai Dokumen Rujukan 66 - 69

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A 70 - 75

Page 15: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert

3.2 Nilai Penukaran Item

3.3 Kategori Nilai Peratus

4.1 Bilangan dan Peratus responden Mengikut Umur, Agama, Kelulusan Ikhtisas dan

Saudara Terdekat Seorang Guru

4.2 Peratus dan Kekerapan Bagi Respon Pelajar Terhadap Faktor Pendorong

Pemilihan Profesion Perguruan

4.3 Peratus dan Kekerapan Bagi Respon Persepsi Pelajar Terhadap Beban Tugas

Seorang Guru

4.4 Peratus dan Kekerapan Bagi Respon Persepsi Pelajar Terhadap Jaminan Kerjaya

Seorang Guru

4.5 Peratus dan Kekerapan Bagi Respon Persepsi Pelajar Terhadap Pendapatan Yang

Diperolehi Oleh Seorang Guru

4.6 Peratus dan Kekerapan Bagi Respon Persepsi Pelajar Terhadap Ciri-ciri Seorang

Guru

4.7 Peratus dan Kekerapan Bagi Respon Persepsi Pelajar Terhadap Status Seorang

Guru

4.8 Peratus dan Kekerapan Bagi Respon Persepsi Pelajar Terhadap Cabaran Yang

Dihadapi Oleh Seorang Guru

Page 16: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

xiv

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

AS - Amat Setuju

LDP - Program Latihan Dalam Perkhidmatan

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

% - Peratus

K - Kekerapan

Page 17: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perguruan merupakan satu profesion yang bertujuan untuk membentuk insan

yang sempurna. Jika kita lihat dari perspektif Islam, kedudukan seorang guru itu adalah

setaraf dengan pemimpin negara manakala tugasnya mendidik pelajar merupakan satu

ibadah yang sangat-sangat dituntut. Guru juga merupakan pelaksana kurikulum yang

memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan. Mereka diiktiraf sebagai sumber

tenaga utama yang menentukan mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Guru juga

bertangunggjawab untuk memandu arah perkembangan generasi akan datang.

Pada era tahun 60-an dan 70-an, profesion perguruan merupakan profesion yang

sangat disanjungi oleh segenap lapisan masyarakat. Masyarakat meletakkan guru pada

kedudukan yang tinggi dan mereka jugalah yang bertindak sebagai agen terpenting yang

bertanggungjawab untuk mengubah kehidupan sesebuah masyarakat.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

2

Malangnya, profesion ini semakin hari semakin terpinggir. Kekurangan guru

semakin meruncing khususnya dikalangan kaum lelaki. Profesion yang suatu ketika

dahulu sangat dipandang mulia oleh masyarakat, kini ianya tidak lagi dianggap

sedemikian. Profesion ini diceburi sekadar pilihan terakhir oleh pelajar-pelajar di

universiti. Lantaran itu, tahap kelayakan kemasukan yang rendah dan atas alasan inilah

ramai pelajar yang seolah-olah memandang sepi bidang perguruan yang dianggap kurang

mencabar (Dr. Sidek, 2001).

Sama ada sedar atau tidak, insan-insan yang bergelar guru pada hari ini adalah

terdiri daripada golongan pendokong utama yang berusaha bagi merealisasikan tugas

yang bertujuan untuk mencapai hasrat murni negara. Peranan guru seharusnya menjadi

lebih penting kerana guru adalah teras kekuatan sistem pendidikan negara (Dr. Tajul

Ariffin Noordin dan Dr. Nor’aini Dan, 1992). Peranan yang dimaksudkan disini ialah

dengan adanya guru yang professional akan dapat membentuk generasi muda yang

berpandangan jauh, progresif dan dinamik. Peranan guru juga memastikan wawasan 2020

ke satu matlamat yang terarah dan berinisiatif mewujudkan individu yang saintifik,

progresif, berilmu, beriman dan beramal (Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor’aini

Dan, 1992).

Malangnya, bidang ini hanya diceburi oleh golongan wanita sedangkan golongan

lelaki seolah-olah tidak berminat untuk menceburinya. Pelbagai ganjaran dan kemudahan

yang telah disediakan oleh pihak pendidikan semata-mata untuk menarik minat mereka

tetapi hasilnya tetap sama.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Negara kita mengalami kekurangan guru daripada kalangan lelaki sudah tidak

dapat dipertikaikan lagi. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar

4:6. Fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan

datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di maktab perguruan melebihi jumlah guru

pelatih lelaki (Kementerian pendidikan, 1999) Presiden Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP), Datuk N.Siva Subramaniam mengatakan walaupun

bidang ini dikuasai oleh wanita dan hanya 30 peratus yang memohon adalah lelaki untuk

mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI), ini bermakna kementerian harus

mengutamakan kaum lelaki. Ini jelas menunjukkan penglibatan kaum lelaki dalam

menceburi bidang perguruan di tahap yang sederhana.

Kong Cho Ha (2003), ketika membahaskan Rang Undang-Undan Perbekalan

2003 mengatakan kewibawaan guru wanita tidak perlu dipertikaikan tetapi kekurangan

guru lelaki adalah tidak wajar dipandang remeh kerana pelbagai masalah mungkin timbul

akibatnya. Institusi pengajian tinggi juga tidak terlepas dengan masalah ini di mana

jumlah pelajar perempuan melebihi daripada jumlah pelajar lelaki dan ini telah diakui

oleh bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Dr. Sulaiman Daud dengan mengatakan

ketidakseimbangan semakin ketara, malah di institusi pengajian tinggi sendiri kadar

wanita lebih jauh melebihi lelaki dan justeru itu beliau menyarankan supaya satu

penyelesaian perlu dicari. Begitu juga dengan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya

Fakulti Pendidikan, statistik yang diperolehi menjelaskan bahawa jumlah pelajar

perempuan 1879 orang, manakala pelajar lelaki 969 orang. Pelajar perempuan telah

melebihi pelajar lelaki sebanyak 910 orang.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

4

Fenomena ini tidak boleh dianggap mudah sebagaimana yang disangka.

Kekurangan guru lelaki meninggalkan implikasi yang agak mengejutkan. Kekurangan

guru lelaki, terutamanya di sekolah menengah, menimbulkan lompang yang agak besar.

Kekurangan guru lelaki akan menjejaskan perkembangan kegiatan kokurikulum seperti

sukan tertentu.(Kong Cho Ha, 2003). Ini menjelaskan bahawa sukan lasak seperti ragbi

dan pertubuhan pengakap sebagai contohnya memerlukan guru lelaki manakala ada juga

kes-kes kaunseling yang memerlukan khidmat guru lelaki berbanding guru wanita.

Ini mungkin terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang itu tidak berminat untuk

menceburkan diri mereka dalam bidang ini. Antaranya beban kerja, status profesion itu

sendiri dan yang paling penting adalah bayaran gaji yang diterima mungkin tidak mampu

untuk mempengaruhi minat mereka supaya menceburkan diri dalam bidang ini. Menurut

Kong (2000), faktor seperti gaji yang rendah, kurang ganjaran dan pengiktirafan serta

prospek dan masa depan yang tidak begitu terjamin berbanding dengan profesion lain

menjadi penyumbang utama mengapa golongan kaum lelaki kurang berminat untuk

menjadi seorang pendidik. Terdapat juga kaum lelaki yang menceburkan diri dalam

bidang pendidikan tetapi hanya separuh jalan dan kemudiannya memilih bidang lain yang

lebih terjamin. Mereka juga merasakan pekerjaan sebagai seorang guru terlalu

membebankan terutama apabila terpaksa melayan kerenah anak murid di samping beban

kerja yang tidak mampu untuk menarik minat mereka bagi menceburkan diri dalam

bidang ini. Lebih mengecewakan apabila kaum lelaki berpendapat bahawa profesion ini

hanya sesuai untuk kaum wanita di mana kaum wanita mempunyai sifat kesabaran dan

ketekunan berbanding dengan kaum lelaki.

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia bagi menarik minat mereka untuk meneroka bidang pendidikan, namun ianya

masih tidak berjaya menarik minat kaum lelaki. Antara program yang telah dilaksanakan

oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG). Kualiti profesionalisme dalam pendidikan bukannya

Page 21: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

5

bergantung kepada kemudahan fizikal, sebaliknya kepada tenaga sumber manusia iaitu

guru sebagai seorang pendidik dan pelaksana kandungan pengajaran yang bakal

disampaikan. Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohammad mengatakan jika kerjaya

doktor mempunyai sumpah untuk menjaga pesakit hingga sembuh, guru juga mesti

bertanggungjawab penuh terhadap prestasi pelajar yang dipimpinnya (Berita Harian,

2000). Tetapi ada juga pihak yang melihat betapa kerja sebagai seorang guru tidak begitu

menarik berbanding kerjaya lain. Malah sesetengah orang sinikal berpendapat kerjaya

guru adalah jalan terakhir untuk mencari rezeki selepas tidak mendapat pekerjaan di

tempat lain (Utusan Malaysia, 2003). Oleh itu, profesion perguruan perlu ditingkatkan

martabatnya dan jangan menjadikan profesion ini sebagai langkah kedua setelah gagal

mendapat tempat di dalam kerjaya.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk menaikkan status seorang pendidik, tetapi mengapa masih ramai golongan muda

mudi terutamanya kaum lelaki tidak berminat dalam profesion ini? Namun, kita harus

ingat bahawa guru ialah orang yang dianggap sebagai orang penting dalam kejayaan

seseorang. Jadi, mengapakah masih ramai kaum lelaki yang enggan menceburkan diri

mereka dalam bidang ini?

Lantaran daripada itu masalah inilah yang menjadikan pengkaji berminat untuk

menyelidik apakah sebenarnya persepsi kaum lelaki lepasan politeknik dan diploma di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap profesion perguruan.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

6

1.3 Pernyataan masalah

Apakah persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap profesion perguruan?

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar lelaki lepasan politeknik dan

diploma memilih profesion perguruan.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap

beban tugas seorang guru.

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap

jaminan kerjaya seorang guru.

iv. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap

pendapatan yang diperolehi oleh seorang guru.

v. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap

ciri-ciri seorang guru.

vi. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap

status seorang guru.

vii. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap

cabaran yang dihadapi oleh seorang guru.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR LELAKI LEPASAN POLITEKNIK DAN …

7

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian telah di bina di dalam kajian ini iaitu:

i. Apakah faktor yang mendorong pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma

memilih profesion perguruan?

ii. Apakah persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap beban

tugas seorang guru?

iii. Apakah persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap jaminan

kerjaya seorang guru?

iv. Apakah persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap

pendapatan yang diperolehi oleh seorang guru?

v. Apakah persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap ciri-ciri

seorang guru?

vi. Apakah persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap status

seorang guru?

vii. Apakah persepsi pelajar lelaki lepasan politeknik dan diploma terhadap cabaran

yang dihadapi oleh seorang guru?