pekeliling kemasukan ke universiti awam (ua), politeknik ... · 1.1 bpkp jpt menyelaras permohonan,...

20

Upload: hoangdien

Post on 15-Jul-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai
Page 2: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

ISI KANDUNGAN 1. PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 2

Program Pengajian UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ....................... 3

Penyelarasan Penawaran ............................................................................ 4

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID .............................................................. 4

3. e-PANDUAN ............................................................................................. 5

Syarat Am Kemasukan ................................................................................. 5

Syarat Khas .................................................................................................. 5

4. PERMOHONAN ........................................................................................ 6

Kategori Permohonan .................................................................................. 6

Sah dan Hantar ............................................................................................ 8

Semakan Permohonan ................................................................................. 8

Kemas kini Permohonan .............................................................................. 8

5. PEMPROSESAN DAN PEMILIHAN ......................................................... 9

Penentuan Aliran .......................................................................................... 9

Dasar dan Kriteria Pemilihan ........................................................................ 9

Markah Kokurikulum ................................................................................... 10

Pengiraan Merit .......................................................................................... 10

Proses Pemilihan jaya ................................................................................ 12

6. HEBAHAN .............................................................................................. 13

Surat Tawaran ............................................................................................ 14

7. RAYUAN ................................................................................................. 14

8. TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 15

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS ......................... 16

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA ................... 18

1

Page 3: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej

Komuniti dan ILKA Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan

bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan Jun / Julai yang dikategorikan kepada dua (2) saluran kemasukan iaitu :

a) Universiti Awam (UA) b) Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam

(ILKA)

UNIVERSITI AWAM (UA) Universiti Penyelidikan

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2. Universiti Putra Malaysia (UPM) 3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Komprehensif 4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 6. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Berfokus 8. Universiti Utara Malaysia (UUM) 9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 14. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 15. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

POLITEKNIK

Politeknik Premier

1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak (PUO) 2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,

Selangor (PSA) 3. Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor (PIS)

2

Page 4: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

Politeknik Konvensional/ METrO (33 Politeknik lain selain daripada Politeknik yang disenaraikan di atas)

KOLEJ KOMUNITI 99 Kolej Komuniti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

1. Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

• Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) • Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

2. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) • Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) • Institut Latihan Perindustrian (ILP)

3. Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

4. Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Institut Kemahiran MARA (IKM) • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

Program Pengajian UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

1.2 Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu,

Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

• Semua program pengajian di UiTM; • Asasi UIAM; • Asasi Sains UM; • Asasi UNIMAS; • Asasi UMS; • Asasi UniSZA; • Asasi STEM UMT dan • Sijil dan Diploma di IKM dan KKTM

1.3 Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang

berkelayakan : • Asasi Pengajian Islam UM; • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM; • Tamhidi USIM; • Asasi UKM, UUM; • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UMS, UniMAP, UniSZA,

Politeknik, IKTBN, BLKP, JMTI, ILP dan ADTEC;

3

Page 5: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

• Diploma Lanjutan di JMTI; • Sijil Lanjutan di IKTBN; dan • Sijil di Kolej Komuniti, IKBN, AKBG, ILP, BLKP dan IKM.

Penyelarasan Penawaran 1.4 Melaksanakan tawaran terbuka dengan Bahagian Matrikulasi KPM,

Bahagian Pendidikan Guru KPM dan Penaja bagi kemasukan ke UA sahaja. Pemohon boleh memilih mana-mana tawaran berdasarkan minat pemohon ke atas program pengajian yang ditawarkan.

1.5 Melaksanakan penyelarasan penawaran bersama agensi yang mengendalikan program TVET bagi Lepasan SPM untuk kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) iaitu :

a) Pemohon yang tidak mendapat tawaran UA dan berjaya

ditawarkan ke program Diploma Politeknik dan ILKA tidak dibenarkan mengemukakan rayuan ke UA.

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID 2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli

Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

a) Pembelian mulai 25 Februari hingga 01 April 2019. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.

b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (myBSN). Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (myBSN) memerlukan pemohon / ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.

c) Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.

d) Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon perlu dikemukakan

semasa pembelian.

e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.

2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya

adalah SULIT.

4

Page 6: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

3. e-PANDUAN 3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA, Politeknik, Kolej

Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2019/2020 boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan URL seperti berikut :

a) Universiti Awam (UA): https://online.moe.gov.my/upu/epanduan/index.php

b) Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA :

https://online.moe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan SPM Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut Institusi Pengajian, Aliran dan Bidang.

3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan syarat am dan khas yang telah ditetapkan.

Syarat Am Kemasukan 3.4 Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP / MyKad sahaja

layak yang mengemukakan permohonan. Syarat am kemasukan selain warganegara Malaysia adalah :

a) UA dan Politeknik Premier Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM

b) Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA Boleh membaca, menulis dan mengira

Syarat Khas

3.5 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

5

Page 7: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

4. PERMOHONAN 4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan

ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 24 Februari 2019 dan 24 Mac 2019.

4.2 Permohonan akan dibuka mulai 25 Februari 2019 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 02 April 2019 jam 11.59 malam.

4.3 Pemohon Lepasan SPM diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Sistem UPUOnline sahaja di http://upu.moe.gov.my .

4.4 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon

dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program.

Kategori Permohonan 4.5 Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi

Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 hanya dibuka untuk kategori berikut :-

Kategori A Kategori B Pemohon Lepasan

SPM 2018 Pemohon Lepasan SPM

2017 atau 2016 4.6 Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline

untuk permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

4.7 Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat

Daftar Kali Pertama :- a) No Kad Pengenalan b) Alamat E-mel c) Nama Ibu d) Kata Laluan e) Kod Keselamatan f) Soalan Keselamatan Profil Akaun

4.8 Pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan

permohonan kali pertama :- a) No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan b) No. Unik ID c) Jenis Permohonan d) Program Pengajian e) Kategori

6

Page 8: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline

4.9 Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan

hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.

4.10 Pemohon perlu membuat pilihan program pengajian seperti berikut :

UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

Bilangan Pilihan 12

Wajib isi 5

Program Pengajian Temu Duga 1 hingga 4

4.11 Bagi pilihan program / kursus di Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA,

calon dibenarkan memilih program pengajian yang sama namun pusat latihan perlulah berbeza.

4.12 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan

tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline. 4.13 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan

tanda (*) dalam borang UPUOnline. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

4.14 Dalam borang UPUOnline, calon Lepasan SPM akan dipaparkan

dengan 12 pilihan program bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Calon perlu mengemaskini pilihan program yang layak enam (6) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Baharu

Daftar Kali Pertama Login Isi Maklumat

Peribadi Isi Maklumat

Keluarga

Maklumat Akademik

Isi Maklumat Pilihan Program

Pengajian

Isi Maklumat Lain- Lain

Semak semua maklumat yang

dimasukkan adalah betul

Klik Sah & Hantar

Paparan Slip Permohonan dalam format

PDF

7

Page 9: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

Sah dan Hantar 4.15 Pemohon wajib klik butang “Sah dan Hantar” bagi memastikan

maklumat permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah dan Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.

4.16 Setelah klik butang “Sah dan Hantar”, penyataan “Terima Kasih!

Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat seperti berikut:-

a) Tarikh permohonan; b) Masa permohonan; c) Rujukan permohonan; d) Semua maklumat permohonan yang telah diisi; e) Peringatan pengemaskinian pilihan program; dan Baharu f) Tarikh-tarikh penting hebahan dan panggilan temu duga.

4.17 Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan, laman web

ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar. Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak Slip”.

Semakan Permohonan 4.18 Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh

membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline yang mengandungi maklumat berikut :

a) Tarikh dan Masa Hantar Permohonan; b) Tarikh dan Masa Kemas kini Permohonan; dan c) Pilihan Program.

4.19 Jika pemohon tidak menyimpan / mencetak Slip Permohonan ketika

mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “SLIP PERMOHONAN”.

Kemas kini Permohonan 4.20 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon

selepas berjaya mengemukakan permohonan. 4.21 Pemohon perlu mengemaskini pilihan program enam (6) hari selepas

keputusan SPM diumumkan. Baharu

4.22 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

8

Page 10: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

4.23 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’. Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

5. PEMPROSESAN DAN PEMILIHAN 5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan

diproses dan dihantar ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA untuk memilih pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian / temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.moe.gov.my

Penentuan Aliran 5.3 Aliran Sains

Penentuan aliran bagi sains ialah pemohon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:

i. Matematik ii. Matematik Tambahan iii. Fizik iv. Kimia v. Biologi atau mata pelajaran berikut:-

Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian / Pertanian / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Perniagaan / Ekonomi Asas / Ekonomi / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Sukan / Pengurusan Makanan

5.4 Aliran Sastera

Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.

Dasar dan Kriteria Pemilihan 5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan

mengguna pakai :

UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

9

Page 11: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-

a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;

b) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;

c) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan; d) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik,

Kolej Komuniti dan ILKA; e) Lulus temu duga / ujian bagi program bertemu duga / ujian; f) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan g) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej

Komuniti dan ILKA.

Markah Kokurikulum 5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT.

5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang

terbaik dengan markah 10%.

Pengiraan Merit

A. KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA

5.10 Markah Akademik

Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut :

GRED MARKAH

A+ 18 A 16 A- 14 B+ 12 B 10

C+ 8 C 6 D 4 E 2 G 0

10

Page 12: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

5.11 Kaedah Pengiraan Markah Akademik

a) 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama. b) 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

5.12 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sains a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:

i. Matematik ii. Matematik Tambahan iii. Fizik iv. Kimia v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:

Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian / Pertanian / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Perniagaan / Ekonomi Asas / Ekonomi / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Sukan / Pengurusan Makanan Dan

b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain. 5.13 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sastera

a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut: i. Bahasa Melayu ii. Matematik iii. Sains iv. Sejarah v. Pendidikan Islam atau salah satu mata pelajaran

berikut: Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-Quran dan Al-

Sunnah / Pendidikan Moral; Dan

b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain. 5.14 Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut :-

Rajah 2 - Pengiraan Markah Akademik

Markah Mata

Pelajaran Terbaik

Markah Mata

Pelajaran Utama Aliran

Markah Akademik

11

Page 13: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%)

Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit

Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran 1.

Proses Pemilihan jaya 5.15 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan

Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.

5.16 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Berikut adalah gambaran pemprosesan pemilihan :

90 Markah

Akademik --------------

120

Markah Akademik

(90%)

Markah Kokurikulum

(10%)

Markah Akademik

(90%) Markah Merit

12

Page 14: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

6. HEBAHAN

6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA .

6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan pada Minggu Ke-2 Mei 2019 melalui saluran hebahan seperti berikut:

a) Internet

• https://jpt.utm.my • http://jpt.uum.edu.my • https://jpt.unimas.my • http://jpt.ums.edu.my • https://jpt.umt.edu.my

b) HOTLINE UPU : 03-8870 8200

c) SMS 15888 d) UPUPocket 2.0

13

Page 15: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT

seperti berikut : Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 W.P. Putrajaya No. Tel : (03) 8870 8200 E-mel : [email protected] Laman Sosial :

Surat Tawaran 6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti

dan ILKA mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web masing-masing.

6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui laman web UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam tempoh tujuh (7) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. Surat Tawaran hanya akan dikeluarkan selepas pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA tersebut.

6.6 Tawaran adalah muktamad.

7. RAYUAN 7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA serta TIDAK

mendapat tawaran Diploma di Politeknik dan ILKA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan.

7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas hebahan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA diumumkan.

7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA (2) pilihan program

pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.

7.4 Permohonan rayuan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibuat

terus kepada agensi / institusi berkenaan.Baharu

14

Page 16: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

7.5 Pemilihan bagi permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.

8. TARIKH-TARIKH PENTING 8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan

kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 :

Tarikh

Siaran Iklan 24.02.2019 dan 24.03.2019

Jualan No. Unik ID 25.02.2019 hingga 01.04.2019

Permohonan 25.02.2019 hingga 02.04.2019

Semakan Panggilan Temu Duga Minggu Ke- 3 April 2019

Hebahan Keputusan Minggu Ke-2 Mei 2019

Permohonan Rayuan Minggu Ke-2 Mei 2019

(Rayuan dalam tempoh 5 hari bekerja sahaja)

Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke 4 Jun 2019

15

Page 17: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

LAMPIRAN 1

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS

I. Contoh Aliran Sains mengambil 9 Mata pelajaran

BIL. MATA PELAJARAN GRED 1. Bahasa Melayu A+ 2. Bahasa Inggeris A+ 3. Pendidikan Islam A+ 4. Sejarah A+ 5. Matematik A+ 6. Matematik Tambahan A 7. Fizik A- 8. Kimia A 9. Biologi A-

II. Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran

Sains)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Matematik A+ 18 2. Matematik Tambahan A 16 3. Fizik A- 14 4. Kimia A 16 5. Biologi A- 14

JUMLAH 78

III. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran Sains)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Bahasa Melayu A+ 18 2. Bahasa Inggeris A+ 18 3. Pendidikan Islam A+ 18

JUMLAH 54

16

Page 18: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

LAMPIRAN 1

IV. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Merit = Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sains + Markah 3 mata Pelajaran Terbaik Markah MP Aliran Utama = 78 x 90 = 78 90 Markah MP Terbaik = 54 x 30 = 30 54 Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + MP Terbaik x 90 120 = (78 + 30) x 90 120

V. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah

Kokurikulum

+ =

= 81

MARKAH AKADEMIK

81

MARKAH KOKURIKULUM

8

MARKAH MERIT

89

17

Page 19: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

LAMPIRAN 1

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA

I. Contoh Aliran Sastera mengambil 9 Mata pelajaran

BIL. MATA PELAJARAN GRED 1. Bahasa Melayu A+ 2. Bahasa Inggeris A+ 3. Pengetahuan Moral B+ 4. Sejarah C+ 5. Matematik B 6. Sains B 7. Perdagangan / Perniagaan C+ 8. Ekonomi Asas / Ekonomi C 9. Ekonomi Rumah Tangga /Sains Rumah Tangga A

II. Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran

Sastera)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Bahasa Melayu A+ 18 2. Matematik B 10 3. Sains B 10 4. Sejarah C+ 8 5. Pengetahuan Moral B+ 12

JUMLAH 58

III. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran Sastera)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Bahasa Inggeris A+ 18 2. Ekonomi Rumah Tangga / Sains

Rumah Tangga A 16

3. Perdagangan / Perniagaan C+ 8 JUMLAH 42

18

Page 20: Pekeliling Kemasukan Ke Universiti Awam (Ua), Politeknik ... · 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan / Julai

LAMPIRAN 1

IV. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Merit = Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sastera + Markah 3 mata Pelajaran Terbaik Markah MP Aliran Utama = 58 x 90 = 58 90 Markah MP Terbaik = 42 x 30 = 23.3 54 Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + MP Terbaik x 90 120 = (58 + 23.3) x 90 120

V. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah

Kokurikulum

+ =

= 60.9

MARKAH AKADEMIK

60.9

MARKAH KOKURIKULUM

7

MARKAH MERIT 67.9

19