persepsi ibu bapa pelajar-pelajar tingkatan 4 · pdf filemendatangkan kecederaan dan hukuman...

24
PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 SMK TAMAN UNIVERSITI 2 TERHADAP HUKUMAN MEROTAN KE ATAS MASALAH DISIPLIN PELAJAR CHIA SIEW HSIA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

Upload: truongxuyen

Post on 06-Feb-2018

280 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 SMK TAMAN UNIVERSITI 2 TERHADAP HUKUMAN MEROTAN KE ATAS MASALAH DISIPLIN PELAJAR

CHIA SIEW HSIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ......................................... Nama Penulis : CHIA SIEW HSIA Tarikh : APRIL 2009

Page 3: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

iii

DEDIKASI

Ibubapa yang tersayang

Terima kasih atas segala pengorbanan, sokongan dan nasihat

Yang diberikan selama ini

Suami dan anak yang dihormati

Terima kasih atas sokongan moral dan galakan

Yang tidak pernah putus

Adik-beradikku yang dikasihi

Terima kasih atas galakan

Yang tidak pernah jemu

Page 4: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang ikhlas kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Madya Dr. Hj. Mohamed Sharif Bin Hj.

Mustaffa atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberikan bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat dan dorongan sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada Pengetua SMK Taman

Universiti 2, En. Samsudin Bin Md Ariff di atas kerjasama yang diberikan untuk

menjalankan kajian ini. Tanpa keizinan beliau dan kerjasama dari pihak ibu bapa

pelajar sekolah ini, tesis ini tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna.

Tidak lupa kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Universiti

2 iaitu Cikgu Norsuriza Johar yang menolong saya mengedarkan dan mengutip

semula borang soal selidik daripada ibu bapa pelajar Tingkatan 4 di sekolah

tersebut.

Penghargaan yang tidak terhingga juga turut ditujukan kepada Bahagian dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran

Negeri Johor di atas kebenaran yang diberikan bagi menjalankan kajian ini.

Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu kejayaan projek penyelidikan ini. Terima kasih

diucapkan atas sokongan, dorongan, kerjasama, kata-kata semangat dan doa yang

diberikan.

Page 5: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa pelajar-

pelajar Tingkatan 4 SMK Taman Universiti 2 terhadap hukuman merotan ke atas

masalah disiplin pelajar. Tiga aspek utama dikaji ialah persepsi ibu bapa terhadap

konsep hukuman merotan, pelaksanaan hukuman merotan dan kesan merotan

pelajar di sekolah. Seramai 95 orang responden telah diberi soal selidik yang

mengandungi 2 bahagian utama. Analisis bahagian A soal selidik menghasilkan

jadual yang menunjukkan pelbagai latar belakang responden seperti bangsa, umur,

taraf pendidikan dan status sama ada anak mereka pernah dirotan. Bahagian B pula

mempunyai 32 item yang merangkumi 3 aspek utama yang dikaji. Dapatan kajian

yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social

Science (SPSS) 15.0 for Windows bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan dan

dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada

separuh ibu bapa berpendapat hukuman merotan boleh dilakukan asalkan tidak

mendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut dijalankan mengikut garis

panduan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,

hukuman merotan berkesan untuk mengawal disiplin pelajar. Pengkaji telah

mengutarakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu untuk menjelaskan

konsep dan pelaksanaan hukuman merotan di sekolah. Beberapa cadangan untuk

menambahbaik kaedah penyelidikan juga telah dibincangkan oleh pengkaji.

Page 6: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the parents’ perception on canning

Form 4 students of SMK Taman Universiti 2 who disobey rules of discipline. There

are 3 aspects in this research which includes the concept, implementation and

effects of punishing students with cane. There are 95 respondents who involved in

the survey that contains two main parts. Part A analysis shows the different

background of the respondents such as race, age, education background and to

check if their children ever get canning punishment. Besides, in part B, there are 32

questions which mainly to get the information about the 3 aspects of the studies.

Package For Social Science (SPSS) 15.0 for Windows was applied to get the result

on frequency and percentage. The result has shown that more than 50% of the

parents do agree on canning punishment but it should not lead to injury. Besides,

punishment should be carried out according to Ministry of Education guidelines.

Canning is effective in controlling students’ discipline. Researcher has given some

suggestions to explain concept and implementation of canning in school. Some

suggestions have also been discussed in improving the methodology of the research

and may help in future researches.

Page 7: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI CARTA ALIRAN xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

Page 8: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

viii

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

1.9 Kesimpulan 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Konsep Disiplin 18

2.2.1 Masalah Disiplin Di Sekolah 20

2.3 Tindakan / Hukuman Merotan Bagi

Mengatasi Masalah Disiplin 25

2.4 Pelaksanaan Merotan Bagi Mengatasi

Masalah Disiplin 30

2.5 Kesan Merotan Terhadap Kawalan 34

2.6 Kesimpulan 39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 43

3.5.1.1 Soal Selidik 43

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 45

3.6 Kesahan Item Soal Selidik 46

3.7 Prosedur Kajian 47

3.8 Kajian Rintis 49

3.9 Analisis Data 50

Page 9: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

ix

3.10 Kesimpulan 51

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisis Data Bahagian A

- Latar Belakang Responden 53

4.3 Analisis Data Bahagian B

- Item Soal Selidik 58

4.4 Analisis Keseluruhan 69

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan 70

5.3 Perbincangan 71

5.4 Cadangan 79

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81

5.6 Kesimpulan 82

RUJUKAN 83

LAMPIRAN A – J 90 - 126

Page 10: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

x

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.2.1 Kes Pelajar Yang Terlibat Gengster dan Membakar

Premis Sekolah 22

2.3 Pelbagai Masalah Disiplin Sekolah 1993 27

3.4 Taburan Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5.1.1 Pengkelasan item-item soal selidik 44

3.5.1.2 Skala 4 Peringkat 45

3.9 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 51

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 53

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 54

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak

Yang Bersekolah 55

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 55

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Keluarga Sebulan 56

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 57

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Status Anak

Pernah Dirotan Di Sekolah 57

4.3.1 Maklumbalas Responden Terhadap Konsep

Hukuman Merotan Di Sekolah 59

4.3.2 Maklumbalas Responden Terhadap Pelaksanaan

Hukuman Merotan Di Sekolah 62

4.3.3 Maklumbalas Responden Terhadap Kesan Hukuman

Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan Kesalahan

Disiplin Di Sekolah 66

Page 11: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

xi

4.4 Peratusan Keseluruhan Mengikut Soalan Kajian 69

Page 12: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

xii

SENARAI CARTA ALIRAN

NO. CARTA ALIRAN TAJUK MUKA SURAT

3.7 Prosedur Kajian 48

Page 13: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

NUTP - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package for Social Science

UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

f - Frekuensi (kekerapan)

Page 14: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: Kuasa

Guru Merotan Murid serta Jenis Kesalahan

Dan Hukuman Yang Boleh Dikenakan Mengikut

Jenis Kesalahan 90

B Garis Panduan Baru (Peraturan-peraturan

Pendidikan: Disiplin Murid 1998) 97

C Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Mengenai

Disiplin Pelajar 98

D Borang Soal Selidik 115

E Pengesahan Borang Soal Selidik 121

F Surat Pengesahan Pelajar UTM 122

G Keputusan Nilai Alpha Bagi Kajian Rintis 123

H Surat Kebenaran Dari Kementerian Pelajaran Malaysia 124

I Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Johor 125

J Keratan Akhbar 126

Page 15: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masalah disiplin dan salah laku pelajar bukan lagi perkara baru yang

dihadapi oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Disiplin adalah bermaksud

kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama

ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan diri sendiri. Masalah salah

laku pelajar, khasnya pelajar sekolah menengah termasuklah bergaduh, berjudi,

mencuri, peras ugut dan sebagainya. Kes-kes salah laku pelajar berlaku di sekolah

bandar dan luar bandar, sekolah biasa dan sekolah berasrama penuh. Kajian yang

dijalankan oleh Wan Yusoff (2002) mendapati ibu bapa dan guru-guru sekolah

menganggap masalah salah laku sebagai masalah disiplin nombor satu di sekolah.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran (2003), dalam pembentangannya di

Parlimen terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada masalah disiplin dan salah

laku pelajar. Sekolah-sekolah harus mengurus disiplin pelajar bagi melahirkan

generasi yang mengamalkan tingkah laku positif dan berdisiplin. Pendekatan-

pendekatan tersebut ialah berbentuk dengan izin, pencegahan (preventive), didikan

(educative), pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive). Secara umum,

pelajar akan diberitahu peraturan sekolah dan tatatertib yang harus dipunyai oleh

mereka. Amaran dan kaunseling akan diberi kepada pelajar sebelum tindakan tegas

dijalankan. Hukuman berat seperti merotan pelajar, berhenti atau buang sekolah

hanya dijalankan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti melawan

guru. (http://www.parlimen.gov. my/hindex/pdf/DN03112003.pdf)

Page 16: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

2

Keluhan daripada bekas guru disiplin, sebilangan besar bekas pelajarnya

"kepala samseng" (suka bergaduh, mencuri, pecah sekolah, peras ugut, merokok,

ponteng sekolah dan sebagainya) telah dapat dibentuk untuk menjadi insan yang

kamil walaupun mereka ini tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan

formal mereka (Kamarrudin Jusoh, 1997). Dengan menggunakan disiplin di

sekolah, mereka dapat diubah dan dibentuk. Setidak-tidaknya mereka akan

berterima kasih di atas disiplin yang pernah dikenakan sewaktu usia remaja mereka.

Mengikut laporan Mohd Ismail (2006), disiplin di sekolah mempunyai dua tujuan

besar. Pertamanya untuk memastikan para pelajar, guru serta kakitangan sekolah

berada dalam keadaan selamat. Kedua, menyediakan suasana pembelajaran yang

baik, aman dan selesa.

Hukuman merotan pelajar menjadi perkara yang amat dititiberatkan oleh

pelbagai pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak guru dan ibu

bapa. Tambahan lagi, keberkesanan merotan pelajar dalam mengawal disiplin

pelajar juga sering dipertikaikan. “Hukuman merotan” merujuk denda yang

dilaksanakan di sekolah-sekolah, iaitu menyebat pelajar-pelajar yang melanggar

peraturan sekolah. Antara salah laku yang dianggap melanggar peraturan sekolah

ialah merokok, ponteng, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, dan pelbagai

kesalahan yang lain. Lazimnya hukuman ini dijalankan secara terbuka iaitu di

hadapan pelajar-pelajar yang lain ketika perhimpunan sekolah. Di samping itu

terdapat juga hukuman merotan yang dijalankan secara tertutup.

Satu laporan yang ditulis oleh Nurul Izzah Sidek (2007), graduan

Kejuruteraan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

Gombak, Kuala Lumpur menyatakan bahawa merotan adalah suatu tindakan

terakhir dalam batas izin Kementerian Pelajaran. Guru-guru tidak boleh merotan

sebagai jalan keluar dari masalah. Malah jika merotan tidak boleh secara lepas dan

terbuka. Kalau pun rotan tidak dikenakan, hukuman alternatif tidak harus bersifat

mendera dan mengaibkan. Para remaja amat sensitif sekiranya dirinya diaibkan.

Jiwa melawannya akan bertambah tinggi lagi.

Page 17: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

3

Para ibu bapa dalam hal ini seharusnya menggunakan saluran yang betul

supaya tindakan yang dibuat dapat diuruskan dengan baik. Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG) umpamanya adalah salah satu saluran terbaik untuk menyelesaikan

perkara yang berbangkit. Tindakan merotan seharusnya digunakan sebagai jalan

terakhir menghukum pelajar. Namun begitu, ia haruslah dilakukan dalam batasan

mendidik, bukannya untuk melepaskan geram dan keterlaluan.

Kajian yang dijalankan ini akan menjelaskan persepsi ibu bapa terhadap

hukuman merotan, adakah ibu bapa setuju, menghalang atau apakah pendapat

mereka. Persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan penting untuk memahami dan

menyokong peraturan-peraturan di sekolah yang ditetapkan oleh KPM.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah adalah sesebuah institusi pendidikan yang menyediakan tempat

mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Program

pendidikan yang dijalankan pula sudah dirancang dengan teratur oleh bahagian-

bahagian tertentu dalam Kementerian Pelajaran. Menurut Rahmah (2006), ini

adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan

pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini

termasuklah menjadikan seorang pelajar itu berilmu, berdisiplin, berakhlak, beriman

dan bebas dari melakukan perkara yang menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Sejak akhir-akhir ini, peranan sekolah terutamanya sekolah menengah bukan

lagi semudah yang difikirkan. Institusi ini sedang menghadapi satu masalah yang

sangat serius iaitu masalah disiplin. Masalah disiplin ini mengakibatkan sekolah

tidak dapat atau tidak ”dibenarkan” menjalankan tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan. Dalam satu kajian mengenai disiplin didapati 70,749

orang terlibat dalam 53 kesalahan disiplin dalam tahun 1995. Antara kesalahan

yang dinyatakan ialah 17,056 kesalahan tiba lewat di sekolah, 16,026 kesalahan

ponteng sekolah, 3,591 kesalahan kelakuan tidak sopan, 3,244 kesalahan bergaduh,

Page 18: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

4

3,219 kesalahan memberontak, 3,014 kesalahan menggangu kelas dan 1,914

kesalahan terlibat dalam laku musnah (vandalisme). Kajian gangsterisme di sekolah

menengah (SM) harian yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pada 29 Mac

2000 mendapati kadar jenayah termasuk membunuh, merogol, menyamun, ugut dan

pukul dalam kalangan pelajar di negara ini meningkat dengan mendadak dan

membimbangkan (Varathan, 2003).

Kajian yang dilakukan oleh Laux (1986) mendapati bahawa ibu bapa, guru-

guru dan pentadbir sekolah menganggap masalah disiplin sebagai masalah nombor

satu di sekolah. Ada lagi kajian yang dijalankan di United Kingdom dan di

Amerika Syarikat menunjukkan bahawa masalah yang paling banyak dihadapi di

sekolah ialah masalah yang berkaitan dengan disiplin.

Sebenarnya, masalah-masalah berkaitan dengan tatatertib yang tidak baik

mempunyai akar umbinya di rumah dan di sekolah serta beberapa faktor lain pula

menambahkan kepada masalah ini (Laporan Seminar Kebangsaan Mengenai

Disiplin di Sekolah 1978). Oleh itu, semua pihak ini haruslah berganding tenaga

untuk mengatasi masalah disiplin ini.

Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting dalam pembentukan

tingkah laku seseorang individu. Ini bermakna keluarga dan sekolah adalah dua

unsur yang penting dalam proses sosialisasi seseorang. Kajian-kajian ini

sememangnya merupakan bukti kukuh bahawa pihak sekolah dan keluarga ada

peranan besar dalam menentukan disiplin seseorang pelajar (Woolfolk, 1993).

Sehingga hari ini, masih lagi terdapat pelajar-pelajar yang terbabit dengan

pelbagai masalah sosial atau kes salah laku seperti kes juvana yang menyebabkan

pihak polis terpaksa campur tangan terutamanya di sekolah yang terletak di

kawasan-kawasan bandar. Berita-berita ini sering didedahkan di dada-data akhbar.

Jumlah tangkapan pelajar dalam pelbagai salah laku meningkat iaitu pada tahun

1994 jumlah tangkapan 3247 pelajar, tahun 1995 jumlah tangkapan 4192 pelajar

Page 19: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

5

dan pada tahun 1996 jumlah tangkapan meningkat lagi dari tahun sebelumnya iaitu

sebanyak 4601 pelajar (MASSA, 1997).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala

Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18

tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995,

bilangan pelajar yang ditangkap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga

18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Ini belum lagi dicampur dengan jumlah

pelajar yang terbabit dengan kesalahan tingkah laku. Walaupun tidak semua

tangkapan kes juvana melibatkan pelajar sekolah tetapi secara rambangnya tahap

umur 10 tahun hingga 18 tahun melayakkan mereka dikategorikan sebagai pelajar.

Sekiranya mereka tidak terkandas dalam peperiksaan, dibuang sekolah atau malas

belajar mereka masih di alam persekolahan (Abd. Rahim, 1997).

Menurut Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SMK Taman Universiti

2 sebagai sebuah sekolah harian biasa memang tidak terkecuali daripada kes-kes

masalah disiplin pelajar. Tambahan beliau, di sekolah ini tidak pernah berlaku kes-

kes disiplin yang berat, yang melibatkan campur tangan polis cuma sekadar masalah

disiplin biasa seperti merokok, ponteng sekolah, rambut panjang, vandalisme, tiba

lewat ke sekolah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masalah tersebut telah

menunjukkan penurunan dari segi bilangan kes jika dibandingkan bilangan kes yang

lebih tinggi pada tahun sebelum ini.

Justeru itu, dalam usaha untuk menangani masalah disiplin yang semakin

tinggi dalam kalangan pelajar di Malaysia, usaha-usaha sentiasa dilakukan melalui

pelbagai cara termasuklah hukuman merotan, denda, amaran dan juga melalui sesi

kaunseling. Matlamatnya ialah kita berkehendakkan satu bentuk pendisiplinan

supaya sesuatu kejadiaan buruk dapat dielakkan. Pada tahun 1996, seorang kanak-

kanak di Kenya mati akibat dikenakan hukuman merotan menyebabkan ia menjadi

isu yang utama berkenaan merotan. Kes ini lantas mendapat perhatian Presiden

Persatuan Pan Afrika Lee Muthoga yang berpendapat bahawa sekiranya perbuatan

merotan itu ditadbir secara adil dan saksama ia boleh dijadikan alat yang berkesan

dalam menangani kes-kes disiplin di sekolah. Justeru itu dalam menangani sesuatu

Page 20: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

6

kes disiplin di sekolah, kita perlukan satu sumber rujukan bagi memudahkan guru

mengambil sesuatu tindakan (Mohd Rashid, 2006).

Dalam merancang buku panduan disiplin di sekolah pihak Kementerian

Pelajaran telah memberikan rasionalnya iaitu:

a.Sejak kebelakangan ini banyak isu-isu yang berkaitan hukuman

terhadap pelajar telah menjadi pengetahuan masyarakat umum.

Contohnya pelajar dirotan hingga cedera, pelajar dicubit hingga

berdarah, dijemur di tengah padang dan sebagainya.

b.Terdapat juga insiden-insiden yang berlaku secara senyap-senyap di

dalam bilik darjah dan juga persekitaran sekolah, pelajar-pelajar

disingkir dengan cara dipandang sepi atau dilontar kata-kata kesat.

Ketidakselarasan dalam mengambil tindakan salah laku pelajar telah

meninggalkan impak terhadap sekolah.

Akibatnya, rasa tidak puas hati masyarakat sudah pasti akan berlaku dan

akan menjejaskan kewibawaan guru sebagai pendidik. Rasional kenyataan

Kementerian Pelajaran Malaysia dipetik dengan penuh adalah bagi mentafsirkan

bahawa masih ramai lagi yang menentang sistem merotan di sekolah-sekolah dan

menyamakannya dengan sistem yang pernah mereka alami sebelum ini.

Seorang pendidik sememangnya mendapat pengiktirafan dan sangat

dihormati oleh masyarakat. Guru-guru bukan sahaja berperanan menyampaikan

ilmu pengetahuan tetapi memainkan peranan yang lebih besar iaitu memastikan

segala ilmu yang diberi dapat digunakan sebaik mungkin serta memupuk

keperibadian yang tinggi dalam setiap jiwa pelajarnya. Untuk memastikan agar

matlamat ini dapat dicapai, maka terdapat peraturan atau disiplin yang perlu

dipatuhi atau diikuti oleh setiap pelajar. Sehubungan dengan itu, apabila berlaku

perlanggaran disiplin atau peraturan sekolah dalam kalangan setiap pelajar, maka

tindakan tertentu sepatutnya diambil. Tindakan yang dilakukan meliputi hukuman-

Page 21: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

7

hukuman tertentu mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar (Ahmad,

1997).

Apabila hukuman ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin

dilaksanakan, terdapat beberapa isu dan spekulasi yang kedengaran terutamanya

berkenaan hukuman rotan. Isu ini telahpun menjadi hangat di kalangan masyarakat

terutamanya ibu bapa dan juga pihak yang memperjuangkan keadilan. Terdapat ibu

bapa yang tidak bersetuju dengan hukuman merotan pelajar, tetapi ada juga ibu

bapa yang dapat menerimanya dengan hati terbuka dan berfikiran positif untuk

kebaikan dan masa depan anak mereka (Mohd Rashid, 2006).

Menurut Mohd Ismail (2006), persoalan mengenai tindakan disiplin ke atas

pelajar khasnya “merotan” tidak habis-habis dibincangkan seperti mana yang

terdapat dalam New Sunday Times bertajuk “Spare the Rod”. Masalah disiplin ini

juga turut dibincangkan dalam perjumpaan untuk Pengetua dan Guru Besar dalam

Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke-3 Anjuran Institut Kepengetuaan, Universiti

Malaya pada 16-17 Mac 2004 yang bertujuan untuk membincangkan masalah

disiplin dan mencari jalan untuk mengatasinya.

Tindakan disiplin yang dilakukan oleh pihak sekolah juga turut menarik

perhatian pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, PIBG dan juga pihak Kementerian

Pelajaran. Menurut laporan Berita Harian, pihak KPM melalui Timbalan

Menterinya telahpun menegaskan bahawa kuasa merotan pelajar hanya diberi

kepada guru besar atau pengetua. Mereka boleh menyalurkan kuasa itu kepada guru

lain, tetapi guru yang diwakilkan kuasa itu tidak boleh mewakilkan kepada guru

lain.

Utusan Malaysia (2007) dalam ruangan Lidah Pengarang pula menyarankan

agar mencuba pendekatan merotan untuk mendisiplinkan murid sepertimana yang

dinyatakan oleh Presiden NUTP. Ini menjadi kemuncak berikutan terdapatnya

banyak kes disiplin yang kronik seperti buli, gangsterisma dan ponteng sekolah di

Page 22: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

8

kalangan pelajar. Sesungguhnya cadangan itu wajar dipertimbangkan baik pihak

kerajaan mahupun jawatankuasa menangani masalah gengsterisme di sekolah.

Dalam waktu yang sama, guru juga perlu menggunakan budi bicara bila mereka

boleh menggunakan kuasa merotan itu. Walaupun merotan bukan jalan keluar

kepada masalah disiplin di sekolah, tetapi tanpa kuasa diberikan kepada semua guru

untuk mendisiplinkan pelajar, usaha membendung gejala samseng, buli dan ponteng

sekolah sukar ditangani.

Kesan daripada hukuman merotan juga menyebabkan terdapatnya pelajar

yang menyedari kesilapan masing-masing dan tidak mengulangi kesalahannya tetapi

terdapat juga pelajar yang menjadi lebih agresif dan berkemungkinan melakukan

kesalahan yang sama secara berulang. Lantaran itu sewajarnyalah hukuman

merotan ini dikaji daripada pelbagai sudut dan perlu mendapat pandangan daripada

pelbagai pihak serta para bijak pandai sebelum dilaksanakan ke atas pelajar.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili

350,000 guru di negara ini mengingatkan guru-guru supaya jangan takut

menghukum pelajar yang melanggar disiplin kerana nilai moral generasi muda

sekarang berada pada tahap yang membimbangkan. Presiden NUTP, Anuar

Ibrahim telah mengkritik sesetengah ibu bapa yang bersikap terlampau melindungi

anak-anak sehinggakan apabila anak mereka dirotan atas kesalahan disiplin, mereka

akan mengambil tindakan mahkamah atau menyerang guru (Azman Ibrahim, 2007).

Terdapat beberapa pendapat dari ibu bapa mengenai hukuman merotan. Ada

ibu bapa yang tidak bersetuju kerana mereka berpendapat bahawa guru tidak

sepatutnya masih main pukul dan bentak dalam mendisiplinkan anaknya. Selain itu,

ada juga yang mengatakan anaknya dipukul dengan pembaris sebanyak sepuluh kali

di tangan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah (Rahmah, 2006).

Terdapat pelbagai persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas

pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Oleh itu, kajian ini untuk

mengenal pasti persepsi ibu bapa yang sebenar terhadap hukuman merotan, supaya

Page 23: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

9

ia dapat memberikan gambaran sebenar kepada guru-guru di sekolah supaya

kerjasama dapat dijalankan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Hal ini

penting untuk memastikan objektif hukuman rotan dijalankan dapat dicapai.

Tambahan lagi, persefahaman antara guru dan ibu bapa boleh memastikan hukuman

merotan dilaksanakan atas dasar persetujuan semua pihak.

1.3 Pernyataan Masalah

SMK Taman Universiti 2 sebagai sebuah sekolah harian biasa memang tidak

terkecuali daripada kes-kes masalah disiplin pelajar seperti merokok, ponteng

sekolah, rambut panjang, bergaduh dan sebagainya. Terdapat pelbagai persepsi ibu

bapa mengenai hukuman merotan dan pelaksanaan merotan ke atas pelajar yang

melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Kesan daripada hukuman merotan juga

menyebabkan terdapatnya pelajar yang menyedari kesilapan masing-masing dan

tidak mengulangi kesalahannya tetapi terdapat juga pelajar yang menjadi lebih

agresif dan berkemungkinan melakukan kesalahan yang sama secara berulang.

Oleh itu, kajian ini untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan

4 SMK Taman Universiti 2 terhadap hukuman merotan, supaya ia dapat

memberikan gambaran sebenar kepada guru-guru di sekolah supaya kerjasama

dapat dijalankan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Hal ini penting untuk

memastikan objektif hukuman rotan dijalankan dapat dicapai. Tambahan lagi,

persefahaman antara guru dan ibu bapa mengenai hukuman merotan dapat

diselaraskan demi mencapai kemajuan bersama memajukan sekolah.

Page 24: PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 · PDF filemendatangkan kecederaan dan hukuman merotan patut ... The purpose of this study is to identify the parents ... 2.2.1 Kes Pelajar

10

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti:

a. persepsi ibu bapa terhadap konsep hukuman merotan ke atas pelajar

yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

b. persepsi ibu bapa terhadap pelaksanaan hukuman merotan ke atas pelajar

yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

c. persepsi ibu bapa terhadap kesan hukuman merotan ke atas pelajar yang

melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Untuk mencapai matlamat kajian ini, maka persoalan yang berkaitan adalah:

a. Apakah persepsi ibu bapa terhadap konsep hukuman merotan ke atas

pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah?

b. Apakah persepsi ibu bapa terhadap pelaksanaan hukuman merotan ke

atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah?

c. Apakah persepsi ibu bapa terhadap kesan hukuman merotan ke atas

pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah?