persamaan & perbezaan adat perkahwinan kaum melayu

12
PERSAMAAN ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA Antara ketiga-tiga kaum ini, walaupun berbeza kaum dan bangsa, namun terdapat beberapa persamaan yang dapat kita lihat menerusi adat perkahwinannya. Sebagai contoh, dalam adat perkahwinan antara Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai adat merisik, meminang dan bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan. Bagi adat merisik kaum Melayu, adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu dan bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka

Upload: muhammad-haziq

Post on 08-Dec-2014

1.064 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

PERSAMAAN ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA

Antara ketiga-tiga kaum ini, walaupun berbeza kaum dan bangsa, namun

terdapat beberapa persamaan yang dapat kita lihat menerusi adat perkahwinannya.

Sebagai contoh, dalam adat perkahwinan antara Melayu, Cina dan India,

masing-masing mempunyai adat merisik, meminang dan bertunang sebelum

melangsungkan perkahwinan.

Bagi adat merisik kaum Melayu, adat ini juga dipanggil meninjau atau

menengok.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang

dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.Ini penting, kerana dalam Islam

seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga

bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga,

adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini

akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu dan bapa

saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu

dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut

perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin

tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan

menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang

dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu

mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Bagi kaum Cina pula, adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang

gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama ,

keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk

mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa

kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan

taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar

mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara

lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat

Page 2: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika

merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang

keluarga dan asal keturunan.

Manakala bagi kaum India, dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi

perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain

seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap

pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga

juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung

dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan

saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan

membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh

ajen-ajen perkahwinan yang berdaftar.

Seterusnya, bagi adat meminang dan bertunang pula, dalam kaum Melayu,

setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan

menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan

akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi

menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua

belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat

bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan

hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk

memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan

kelak. Kemudian, Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan

dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara

terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan

bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri

daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta

hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang

telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Page 3: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang

masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan.Adat ini dipanggil

langkahbendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima,

tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi

implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan

melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa

adat bertunang ini dijalankan.Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara

berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum

majlis persandingan dijalankan.

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih

kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun

sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah

pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang

belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh

bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah

pihak.Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang.Sekiranya

pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan

belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak

perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua

kali ganda.Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana

wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan

cincinpertunangan atau cincintanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu

rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Bagi kaum Cina pula, setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang

keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk

berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan

perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil

tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan

memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang

Page 4: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada

kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya

untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan..Setelah kedua-dua

pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang

dijalankan.

Kemudian, hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia

hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat

tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah

buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai

dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada

masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan

permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .cincin

disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.

Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas

merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati

daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan

persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik

bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.

Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-

dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika

menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun

kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik

akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan

yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-

adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin

perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di

Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,

Page 5: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan

barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai

akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan

diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin

perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan,

semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Dalam kaum India, ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat

persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak

perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan

seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum

untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal

pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai

perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal

dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah

pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan

persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan

tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua

pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian

mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk

pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam

akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Page 6: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

PERBEZAAN ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA

Selain daripada persamaan adat perkahwinan kaum melayu, cina dan india, terdapat juga

perbezaan di antara setiap kaum dari segi adat perkahwinan. Contohnya, dalam adat kaum melyu

pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga

manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan

rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin

perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan

pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.

Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah

pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah

untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui

beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk

mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar

tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias

indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat

bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan

yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

Berbeza dengan masyarakat cina, mengikut kepercayaan mereka, pasangan

yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Perkahwinan mereka

dipengaruhi oleh faktor eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur dan implisit iaitu kedua-

dua belah pihak diberi kebebasan untuk memilih pasangan. Sebelum kedatangan barat,

adat perkahwinan dalam masyarakat Cina diatur sejak kecil kerana ini boleh

mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak dibenarkan

mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh pihak lelaki sahaja.

Masyarakat Cina pentingkan perkahwinan kerana dianggap akan melahirkan generasi

baru yang akan menggantikan generasi lama.

Bagi masyarakat cina, adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang

gadis yang dihajati bagi mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Setelah berpuas

Page 7: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

hati, seorang wakil dipilih untuk membincangkan perkara berkaitan mas kahwin dan hari

yang sesuai untuk perkahwinan. Bagi proses pinangan, masyarakat cina yang

mengamalkan nilai tradisional, ibu bapa kepada si lelaki akan menentukan bakal

menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk

mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan

kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau

langsung dikenali.

Segala ketetapan yang dipersetujui diberitahu kepada pihak lelaki dan ditunaikan

dengan sebaiknya.Hari pertunangan hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran

kedua pasangan kerana bimbang akan ditimpa musibah dalam perkahwinan. Upacara

bertukar cincin juga dilakukan dan dipakai sehingga hari perkahwinan. Gadis berkenaan

akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis,

umur dan tarikh lahir kepada tukang tilik untuk perhitungan hari yang sesuai bagi

melaksanakan perkahwinan. Menurut masyarakat cina, semakin besar mas kahwin

yang dibeikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Manakala dalam adat kaum india pula, sebelum perkahwinan adat

penyediaan Thaali dan Mukuurta Kaal akan dilaksanakan. Thaali

atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada

leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu

dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India

seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan

terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini

dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan

membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat

thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk

membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di

tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang

dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis

dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.

Page 8: Persamaan & Perbezaan Adat Perkahwinan Kaum Melayu

Kemudian, Mukuurtta Kaal akan dibuat. Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari

perkahwinan dilangsungkan. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang

masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok

tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga

30 sentimeter sebagai tanda perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan

yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu

tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara

atau mangga menggunakan kain bewarna merah.

Perbezaan yang dapat dilihat semasa upacara perkahwinan pula adalah dari

segi alatan, makanan, pakaian yang digunakan serta adat dan semasa upacara

berlangsung. Bagi masyarakat Hindu, upacara perkahwinan dilakukan

oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari

tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung

cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang

yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada

pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu

bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci

pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah

menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke

dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa),

memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya

pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan

berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini

menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.