persamaan dan perbezaan antara tamadun cina dan tamadun islam

4
Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam Tamadun boleh didifinasikan sebagai suatu cara hidup yang boleh berkembang apabila manusia mula menetap di satu kota atau bandar di mana terdapatnya suatu organisasi sosial dan politik dikenali sebagai Negara (state).Namun ada segelintir pihak yang merujuk tamadun berkait rapat dengan masyarakat yang kompleks dan tinggal di bandar dan ada kalanya tamadun merujuk kepada masyarakat manusia seluruhnya.Tamadun juga boleh dianggap sebagai kepada tingkah laku yang standard.Contohnya tingkah laku orang bertamadun dan beradab berbeza dengan tingkah laku orang yang barbaric yang biadab. Dalam penulisan berbahasa Arab,beberapa penulis yang boleh dianggap sebagai pelapor dalam bidang pengajian ini antaranya Jurji Zaydan (1861-1914) dan Muhammad Farid Wajdi (1875-1954) di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh (1849-1905).Bagaimanapun penulis yang mendahlui dalam mengupas dan mengenengahkan tradisi pengajian ini ialah Ibnu Khaldun (1332-1406).Ibnu Khaldun menggunakan istilah umran bagi menjelaskan makna dan maksud-maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.

Upload: adnin-nadhirah-abd-malik

Post on 29-Jun-2015

1.487 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam

Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam

Tamadun boleh didifinasikan sebagai suatu cara hidup yang boleh

berkembang apabila manusia mula menetap di satu kota atau bandar di mana

terdapatnya suatu organisasi sosial dan politik dikenali sebagai Negara

(state).Namun ada segelintir pihak yang merujuk tamadun berkait rapat dengan

masyarakat yang kompleks dan tinggal di bandar dan ada kalanya tamadun merujuk

kepada masyarakat manusia seluruhnya.Tamadun juga boleh dianggap sebagai

kepada tingkah laku yang standard.Contohnya tingkah laku orang bertamadun dan

beradab berbeza dengan tingkah laku orang yang barbaric yang biadab.

Dalam penulisan berbahasa Arab,beberapa penulis yang boleh dianggap

sebagai pelapor dalam bidang pengajian ini antaranya Jurji Zaydan (1861-1914) dan

Muhammad Farid Wajdi (1875-1954) di samping beberapa tokoh lain seperti

Muhammad Abduh (1849-1905).Bagaimanapun penulis yang mendahlui dalam

mengupas dan mengenengahkan tradisi pengajian ini ialah Ibnu Khaldun (1332-

1406).Ibnu Khaldun menggunakan istilah umran bagi menjelaskan makna dan

maksud-maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.

Manakala dalam tradisi penulisan berbahasa Inggeris perkataan civilisation

digunakan secara meluas walaupun istilah ini juga buknlah istilah asal bahasa

Inggeris.Ada ketikanya istilah civilisation digunakan secara bertukar ganti dengan

culture walaupun dalam banyak keadaan kedua-keduanya merujuk kepada dua hal

yang berbeza.Sebagai contohnya Anwar Hashmi dalam buku A Short History of

Civilization yang memetik ungkapan Maclever “our culture is what we are,our

civilization is what we use”.Ini berbeza dengan pendangan penulis lain seperti Sidi

Ghazalba misalnya yang melihat tamdun sebagai “inherit” dengan kebudayaan.

Page 2: Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam

Persamaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam daripada boleh dilihat

daripada sudut budaya dan nilai-nilai sejagat yang telah sekian lama dikongsi oleh

mereka.Aspek kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan merupakan aspek pertama

yang dapat dilihat sebagai salah satu ciri persamaan antara Tamadun Cina dan

Islam.Kedua-dua tamadun ini menegaskan bahawa sikap hormat-manghormati

sayang-menyayang,tolong-menolong merupakan ciri penting dalam pembentukan

sebuah masyarkat yang sempurna.Selain itu,ajaran Confucius iaitu ajaran yang

terdapat dalam Tamadun Cina menekankan lima asas iaitu antara manusia dengan

manusia iaitu konsep kepatuhan anak terhadap ibu-bapa,kepatuhan adik kepada

abang,kepatuhan isteri terhadap suami,kepatuhan murid kepada guru dan juga

kepatuhan rakyat kepada rajanya.Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat

Tamadun Cina amat  mementingkan nilai-nilai murni kekeluargaan yang dapat

membentuk sebuah komuniti masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan

bekerjasasma tanpa mengira bangsa.Dalam tamadun Islam pula keluarga

merupakan egen sosialasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan

tanggungjawab yang amat berat bagi membentuk seseorang individu yang berguna

kepada masyarakat,agama,bangsa dan negara.Melalui aspek-aspek yang

ditekankan dalam ajaran Confuciusme keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-

anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan

suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Selain dari aspek kekeluargaan antara persamaan yang dapat dilihat antara

Tamadun Cina dan Tamadun Islam adalah aspek alam sekitar.Alam sekitar

merupakan aspek yang dititik beratkan dalam Tamadun Islam.Tamadun turut

bersetuju menyatakan bahawa alam sekitar amat penting dan perlu dijaga untuk

hidup bersama dengan manusia.Ajaran Confunisme percaya bahawa alam sekitar

perlu dijaga agar ianya tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan manakala

dari sudut Agama Islam pula menyatakan bahawa betapa pentingnya menjaga alam

sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan

kepentingan manusia sendiri.

Page 3: Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam

Idea Intelektual merupakan antara ciri persamaan yang terdapat antara

Tamadun Cina dan Tamadun Islam.Kebanyakkan Intelektual menyuarakan

pendapat yang sama dalam beberapa aspek penting seperti perkara yang

membabitkan soal kerajaan,sistem pemerintahan dan lain-lain lagi.Sebagai

contohnya kedua-dua kerajaan ini menggunakan raja sebagai gelaran untuk ketua

negara dan raja mestilah seseorang yang adil dan mempunyai akhlak yang

baik.Aspek pendidikan merupakan aspek persamaan terakhir yang dapat dilihat

antara Tamadun Islam dan Tamadun Cina.Kedua-dua tamadun ini percaya bahawa

pendidikan amat penting untuk membentuk peribadi seseorang individu.Oleh itu

tugas menyampaikan ilmu adalah tugas yang mulia dan kedua-dua tamadun ini

percaya proses penyampaian ilmu perlu dilakukan secara meluas.

Dalam aspek perbezaan pula