perpaduan salaf dan khalaf

11
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah) www.darulkautsar .net Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi/Wahabi dan Asya’irah) Halaman Utama m/s. 1

Upload: abu-muhammad

Post on 08-Aug-2015

41 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi/Wahabi dan Asya’irah)

Halaman Utama m/s. 1

Page 2: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

Halaman Utama

1. PENGENALAN UMUM 1

2. Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah) 3

3. CADANGAN BACAAN LANJUT 8

Halaman Utama m/s. 2

Page 3: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi/Wahabi dan Asya’irah)

http://www.youtube.com/watch?v=0043FCUdrmg

Kelebihan dan kebaikan-kebaikan yang terdapat pada golongan Salafi/Wahabi

Pada asasnya golongan Salafi/Wahabi adalah pengikut ahlul-hadits (atau golongan Hanabilah, iaitu

pengikut Imam Ahmad bin Hanbal). Oleh itu yang pastinya ianya tidak terkeluar dari kelompok

Ahlus-sunnah wal jamaah.

Golongan Salafi/Wahabi banyak berjasa kepada Islam dalam membenteras  kekarutan dan amalan

yang sesat  yang berleluasa dalam masyarakat Arab. Golongan ini juga berperanan dalam

mendedahkan  golongan sesat seperti  Syiah.

Oleh  itu tidak hairanlah jika  Syiah, sebagai tindakbalas,  selalu memburuk-burukkan

Wahabi.  Adalah amat malang jika kita pula terpedaya dengan daayah Syiah ini dan

turut  memburuk-burukkan saudara kita dari golongan Salafi/Wahabi  ini.

Banyak kebaikan yang ada pada golongan Salafi/Wahabi dan dalam banyak perkara mereka lebih

tepat daripada kita.  Sebagai contohnya masyarakat kita masih lagi melakukan amalan  membazir

dan bid’ah yang ditentang oleh Salafi/Wahabi seperti menabur bunga atas kubur atau mengadakan

sambutan Maulidur Rasul. Contoh lain, raja-raja dari negara yang dikatakan  berfahaman Wahabi

dimakamkan seperti rakyat biasa menyebabkan ramai orang  bukan Islam begitu tertarik dengan

Islam dan seterusnya memeluk  Islam.

Kita sepatutnya berfikiran terbuka dan menerima apa saja amalan yang menepati syariat yang

diamalkan oleh golongan Salafi/Wahabi ini. Kita patut mencontohi golongan Salafi/Wahabi

dengan  keazaman  jitu mereka dalam membenteras amalan  bid’ah dan syirik.

Halaman Utama m/s. 3

Page 4: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

Perbezaan di antara golongan Salafi/Wahabi dengan golongan Asya’irah adalah di segi furu’

aqidah

Sebenarnya, perbezaan kita  dengan golongan Wahabi adalah dari segi furu` aqidah dan bukannya

usul aqidah.  Perbezaan dengan golongan Salafi/Wahabi tidak sama dengan perbezaan kita dengan

golongan Syiah di mana golongan Syiah  adalah nyata sesat dan terkeluar dari Islam. Golongan

Wahabi adalah dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak sesat.

 

Perkara-perkara yang patut diperbetulkan oleh golongan Salafi/Wahabi

Walau bagaimanapun begitu, tidak dinafikan bahawa  ada kelompok-kelompok dalam golongan

Salafi/Wahabi yang agak keterlaluan dengan menghukum golongan Asya’irah adalah

sesat.  Kesilapan ini adalah kesilapan sebagai manusia biasa maka hendaklah kita sama-sama

betulkan. Kita tidak  boleh mengatakan mereka sesat apatah lagi  mengkafirkan mereka.

Besar implikasinya jika kita mengatakan mereka sesat atau kafir, di antaranya kita tidak boleh

berimamkan mereka ketika bersembahyang di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.

Sepatutnya kita tidak membesar-besarkan dan fokuskan perhatian kita kepada kesilapan-kesilapan

ini. Kita sepatutnya akur bahawa kita sendiri pun tidak terlepas dari kesilapan-kesilapan

seumpama itu.

 

Antara kesilapan golongan Salafi/Wahabi

1) Golongan Salafi/Wahabi umumnya menganggap golongan Asya`irah sesat dan langsung tidak

menerima kelompok  ‘ahlun nazor’ sedangkan  pada hakikatnya ‘ahlun nazor ‘ juga diterima kerana

mereka juga menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan.

2) Golongan Salafi/Wahabi percaya  bahawa Imam Abul Hasan al-`Asy`ari hanya  bertaubat dan

mempunyai aqidah sebagaimana  ahli sunnah wal-jamaah di saat akhir hayatnya. Sebenarnya

Halaman Utama m/s. 4

Page 5: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

anggapan ini tidak benar kerana adalah tidak munasabah tidak ada seorangpun anak-anak murid

Abul Hasan al-`Ays`ari  yang ramai itu yang tahu atau sedar tentang kesalahan aqidahnya dan

menurutnya dengan membuta tuli sehinggalah saat-saat akhir hayatnya.

Adakah kita  yang hidup seribu tahun kemudian di zaman ini, lebih tahu daripada anak-anak

muridnya sendiri?

3) Golongan Salafi/Wahabi tersilap dalam menghukum sifat 20 itu salah dan bid`ah. Hakikatnya,

dalam al-Quran juga ada menyebutkan sifat-sifat yang tersebut. Golongan Wahabi juga

mendakwa  golongan `Asya`irah menghadkan sifat Allah hanya kepada 20 sifat sahaja sedangkan

golongan `Asyairah tidak pernah menghadkan  sifat Allah setakat 20 sahaja, sebaliknya  golongan

`Asya`irah mengatakan selain dari 20 sifat tersebut Allah juga bersifat dengan segala sifat

kamaalaat.

 

Antara kesilapan golongan `Asya`irah:

1) Kesilapan golongan Asya`irah  pula ialah mereka keterlaluan dalam mempertahankan fahaman

mereka sehingga tidak mahu langsung menerima kritikan. Imam al-Ghazali berpendapat tidak salah

mengkritik `Asya`irah sekiranya terdapat kesalahan.

2) Begitu juga dalam masalah sifat 20 yang mana sesetengah golongan `Asya`irah menganggap

tidak masuk syurga mereka yang tidak mengetahuinya.

Alangkah baiknya jika  kita dapat meneliti  suatu  hadits di mana Nabi s.a.w.  bertanya kepada

seorang hamba perempuan yang akan dibebaskan dengan pertanyaan “di mana Allah?” lalu hamba

itu menjawab: “Allah di langit.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Siapa aku?” maka

jawabnya; “Engkau Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia beriman.”

Pengikut Hanabilah, Wahabi dan Ahlul Hadits menerima hadits tersebut tanpa takwilan dan

menyerahkan kepada Allah apakah  maksud sebenar  ‘Allah di langit’ itu.

Jelas dari kisah ini  bahawa Rasulullah s.a.w. mengi`tiraf iman hamba tersebut tanpa bertanya

adakah dia tahu sifat 20.

Halaman Utama m/s. 5

Page 6: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

(Nota: Sebenarnya, sifat 20 itu bukanlah berasal dari Imam Abu Hasan Assya’ari kerana beliau

hanya memperkenalkan sifat 13 yang kemudian digabungkan dengan Maturidiyyah menjadikan

dua puluh kesemuanya).

 

Umat Islam hendaklah bersifat terbuka.

Kedua-dua golongan `Asya`irah  dan juga Salafi/Wahabi  sepatutnya bersifat terbuka  dan berlapang

dada dalam menerima kritikan dan pandangan pihak lain. Perbahasan ilmiah dalam suasana saling

menghormati adalah sesuatu yang sihat dan digalakkan  dalam Islam.  Janganlah kita saling sesat

menyesatkan antara satu sama lain.

 

Sumbangan  besar  Salafi/Wahabi  dan `Asya`irah kepada ummat Islam.

Hakikatnya, kedua-dua golongan Salafi / Wahabi dan Asya’irah ini telah memberikan sumbangan

yang amat besar kepada ummat Islam.

Sekiranya kita menafikan `Asya`irah maka kita menafikan ramai ulama dan tokoh-tokoh dari

kelompok ` Asya’irah yang  telah berjasa besar kepada Islam seperti Imam an-Nawawi, Hafiz Ibnu

Hajar, Badruddin `Aini, Ibnu Battol dan lain-lain lagi.  Alangkah sayangnya jika  pendapat mereka ini

tidak boleh dipakai  oleh umat Islam. Walaupun begitu, hakikatnya umat Islam di seluruh dunia

menerima  dan mendapat manafaat dari pendapat-pendapat mereka tidak kira dari golongan

Salafi/Wahabi atau Asya’irah.

 

Begitu juga sebaliknya,  terdapat ramai tokoh-tokoh dari golongan Salafi/Wahabi yang  telah

memberi sumbangan yang besar kepada ummat seperti Sheikh Abd Wahhab sendiri. Kita akan

kerugian besar jika menolak sumbangan dari tokoh-tokoh tersebut.

 

Panduan ulama’ dalam aqidah:

Sebagai panduan, ulama’ telah menetapkan kaedah bahawa : Jika terdapat sesuatu pendapat yang

menyebabkan sejumlah besar ummat Islam terutama ulama’-ulama`nya dianggap sesat, maka

pendapat itu tidak benar.

Halaman Utama m/s. 6

Page 7: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

Berdasarkan kaedah  ini, boleh disimpulkan bahawa  pendapat yang mengatakan samada

golongan Wahabi/Salafi  atau  `Asya`irah sesat adalah  pendapat yang salah.

 

Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4330

Halaman Utama m/s. 7

Page 8: Perpaduan Salaf dan Khalaf

Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)

www.darulkautsar.net

CADANGAN BACAAN LANJUT :-

1. Doa Awal Dan Akhir Tahun – Adakah Ia Benar Atau Bathil

2. Doa Setelah Solat Jenazah : Darimanakah Asal Usulnya ?

3. Fatwa Tentang Merayakan Sambutan Nisfu Syaaban

4. Hadis Tentang Allah Tengok Hamba Nisfu Syaaban

5. Henti Sambut Hari Valentine

6. Hujah Dan Dalil Tentang Kelebihan Tentang Mengadakan Sambutan

Maulidur Rasul Dan Sangggahan Terhadapnya

7. Imam Bukhari Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid

8. Keharusan Perempuan Yang Haid Membaca Al-Quran

9. Kesahihan Wirid Selepas Solat

10. Panduan Saf Kanak-Kanak

11. Perpaduan Solat Dan Khalaf

12. Sejauh Mana Bid’ah Membuat Bubur Asyura

13. Tidakkah Bid’ah Menyediakan Makanan Selepas Kematian

14. Umrah

Halaman Utama m/s. 8