pernyataan saksi kedua pendakwaan.doc

13
DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI MALAYSIA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: 10-NN0AA-001-10002-162 ANTARA PENDAKWA SYARIE SELANGOR PENDAKWA DENGAN KHAIRUL BIN HAJI HASSAN PEMBELAAN (NO. K/P: 870807-10-8977) ************************************************************** ************* PENYATAAN SAKSI KEDUA PENDAKWAAN ************************************************************** ************* Nama : Badrul Bin Azman No KP : 781209-10-3455 Warganegara : Malaysia Alamat : No 387, Jalan Permata, Taman Indah Jaya, 43650 Bangi, Selangor Pekerjaan : Pegawai Agama Pejabat Agama Daerah Sepang 1. Sila beritahu kepada mahkamah latar belakang Encik.

Upload: afidatul-azwa

Post on 09-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI MALAYSIA

DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI,

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

NO KES: 10-NN0AA-001-10002-162

ANTARA

PENDAKWA SYARIE SELANGOR

PENDAKWA

DENGAN

KHAIRUL BIN HAJI HASSAN

PEMBELAAN

(NO. K/P: 870807-10-8977)

***************************************************************************

PENYATAAN SAKSI KEDUA PENDAKWAAN***************************************************************************

Nama : Badrul Bin Azman

No KP : 781209-10-3455

Warganegara : Malaysia

Alamat : No 387, Jalan Permata, Taman Indah Jaya, 43650 Bangi, Selangor

Pekerjaan : Pegawai Agama Pejabat Agama Daerah Sepang

1. Sila beritahu kepada mahkamah latar belakang Encik.

Nama saya Badrul bin Azman bernombor kad pengenalan 781209-10-3455 dan berumur 36 tahun. Saya merupakan Penguatkuasa di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.2. Boleh Encik beritahu pada mahkamah apakah tujuan Encik datang ke Mahkamah pada hari ini?

Saya datang ke Mahkamah untuk memberikan kenyataan kerana saya merupakan Penguatkuasa Agama di Pejabat Agama Daerah Sepang yang menyiasat kes nikah sindiket yang dibicarakan pada hari ini.

3. Sudah berapa lama Encik menjadi Penguatkuasa Agama?

Semenjak saya mula bekerja 12 tahun yang lalu pada tahun 2002. Ketika itu saya berusia 24 tahun.

4. Ini bermaksud Encik tahu secara mendalam skop tugasan Encik?

Ya, saya tahu secara mendalam akan skop kerja saya.5. Boleh ceritakan kepada mahkamah mengenai skop tugasan anda sebagai seorang Penguatkuasa Agama?

Saya bekerja di bawah Encik Ismail. Selalunya saya akan mengikuti Pegawai Agama dalam serbuan yang dilakukan. Selain itu, saya juga dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap aduan atau tangkapan yang dilakukan. Setiap siasatan ini akan saya tulis di dalam Investigation Diary dan disemak serta disahkan oleh Pegawai Agama yang berkaitan agar semuanya mengikut prosedur yang ditetapkan.Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-3 kepada saksiID-3 INVESTIGATION DIARY BADRUL

6. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya, saya cam.7. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebutDokumen tersebut merupakan ID yang saya tulis sendiri, setelah serbuan dilakukan bagi tujuan rekod di Pejabat Agama kami.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-3

8. Adakah anda terlibat pada hari serbuan dilakukan di rumah Hussin dan Jamilah?

Ya. Saya mengikut Pegawai Agama yang terlibat pada ketika itu, Encik Ismail.Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-4 kepada saksiID-4 WARAN GELEDAH RUMAH JAMILAH9. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

10. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut. Dokumen ini ialah waran geledah yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk kami lakukan serbuan ke rumah Jamilah setelah mendapat aduan.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-411. Boleh ceritakan kepada mahkamah kaitan serbuan pada hari itu dengan kes kita pada hari ini?

Sewaktu serbuan dilakukan, Encik Hussin telah menunjukkan sijil nikah kepada pihak kami. Daripada situ kami dapati sijil nikah tersebut tidak sah. Kalau Encik Peguam ada menonton berita, isu hangat sekarang memang mengenai nikah sindiket. Maka, kami soal siasat Encik Hussin lebih lanjut dan mendapati beliau menggunakan agen iaitu tertuduh untuk mengadakan pernikahan di Thailand.Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-5 kepada saksiID-5 SENARAI BONGKAR RUMAH JAMILAH12. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

13. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen tersebut ialah Senarai Bongkar Rumah Jamilah yang diisi oleh penguatkuasa agama, mengandungi maklumat dan dokumen yang kami dapati semasa menjalankan serbuan.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-5

Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-6 kepada saksiID-6 SIJIL NIKAH PALSU14. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

15. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Ini merupakan sijil nikah yang kami peroleh daripada Hussin semasa jalankan siasatan terhadapnya. Dan siasatan lanjutan telah dilakukan untuk mengesahkan sijil nikah tersebut.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-616. Adakah terdapat orang lain yang bersama Encik Hussin dan Puan Jamilah di dalam rumah tersebut ketika serbuan dibuat?

Ketika serbuan dijalankan, yang berada dirumah ketika itu hanyalah Encik Hussin dan Puan Jamilah, tiada orang lain yang bersama mereka di dalam rumah ketika itu. 17. Apakah yang diperolehi sepanjang soal siasat bersama Encik Hussin?

Pada peringkat awal kami mendapati sijil nikah yang diberikan oleh Encik Hussin itu palsu. Maka kami jalankan soal siasat terhadap beliau. Beliau seterusnya mengatakan bahawa beliau mendapat pertolongan daripada sahabatnya, tertuduh, yang bekerja di syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pernikahan di Thailand. Tertuduh telah ditangkap untuk siasatan terperinci dan Encik Ismail kemudiannya mengarahkan saya untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mencari bukti untuk mensabitkan kesalahan.Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-7 kepada saksiID-7 WARAN GELEDAH PREMIS SYARIKAT18. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

19. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebutDokumen ini merupakan waran geledah untuk kami lakukan serbuan ke premis syarikat yag dikatakan tempat tertuduh berkhidmat. Kami jalankan penggeledahan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan urusan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah untuk mengesahkan perkhidmatan tertuduh sebagai ejen di syarikat tersebut.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-7Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-8 kepada saksiID-8 WARAN GELEDAH RUMAH KHAIRUL20. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

21. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Ini merupakan waran geledah yang dikeluarkan mahkamah untuk kami jalankan serbuan ke rumah Khairul bagi mengesahkan maklumat yang kami peroleh setelah ke premis syarikat Cepat Nikah Sdn Bhd. Kami telah jalankan serbuan dengan kehadiran tertuduh di kediaman beliau dan mendapatkan dokumen dan maklumat yang diperlukan.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-822. Bagaimana anda mengenal pasti sijil tersebut adalah palsu?Sijil nikah yang diberikan kepada kami itu tidak mengikut piawaian sijil nikah yang asli. Ia disahkan oleh pegawai agama kami iaitu En Ismail bin Yunus yang bertanggungjawab untuk mengesahkan samada sijil nikah itu dikeluarkan secara sah atau sebaliknya23. Ada menjumpai apa-apa sewaktu siasatan lanjut dilakukan?

Kami berjaya mendapatkan kontrak perjanjian pihak-pihak yang terlibat dengan urusan pernikahan ini berserta resit bayaran. Selain itu, serbuan ke rumah tertuduh juga mendapati bahawa terdapat banyak poster iklan perkhidmatan nikah tersebut berserta nombor telefon tertuduh. Kami juga menjalankan siasatan terhadap syarikat yang dikatakan tempat tertuduh berkerja dan mendapati tertuduh sudah lama berhenti kerja. Selain itu, isteri Encik Hussin juga ada menunjukkan email di antara tertuduh dan suaminya yang berkaitan dengan kes pada hari ini.Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-9 kepada saksiID9- SENARAI BONGKAR SYARIKAT24. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

25. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen ini ialah senarai bongkar setelah kami lakukan serbuan ke premis syarikat dan mengandungi maklumat yang didapati semasa siasatan dijalankan,Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-9Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-10 kepada saksiID10- SENARAI BONGKAR RUMAH KHAIRUL26. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

27. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen ini ialah senarai bongkar rumah tertuduh yang diisi setelah serbuan dilakukan.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-10Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-11 kepada saksiID-11 KONTRAK PERJANJIAN HUSSIN DAN HAJI ANUAR28. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

29. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen ini ialah kontrak perjanjian yang ditandatangani oleh En Hussin dan Hj Anuar dan menurut kontrak, saksi yang menandatangani ialah Hj Hassan iaitu bapa mertua tertuduh.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-11Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-12 kepada saksiID-12 RESIT BAYARAN RM300030. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

31. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen ini ialah resit pembayaran yang mengandungi tandatangan tertuduh sebagai penerima bayaran, dan menunjukkan bayaran sejumlah RM3000 oleh Hussin kepada tertuduh.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-12Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-13 kepada saksiID-13 POSTER IKLAN32. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

33. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen ini merupakan poster iklan khidmat nikah di Thailand yang kami peroleh semasa jalankan serbuan ke rumah Khairul, dan mengandungi nama dan no telefon tertuduh.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-13Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-14 kepada saksiID-14 PENDAFTARAN NO TELEFON34. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

35. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen tersebut merupakan pendaftaran no telefon di sebuah syarikat telekomunikasi iaitu kepunyaan tertuduh pada hari ini, dan disahkan oleh Celcom Bhd.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-14Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-15 kepada saksiID-15 COMPANY PROFILE36. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

37. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen tersebut merupakan profil Syarikat Cepat Nikah Sdn Bhd. menyatakan secara terperinci senarai organisasi iaitu staf mengikut jabatan serta menunjukkan tertuduh bukan lagi pekerja yang berkhidmat.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-15Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-16 kepada saksiID-15 BANK STATEMENT COMPANY38. Adakah anda cam dokumen tersebut?

Ya.

39. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen tersebut.Dokumen tersebut merupakan penyata akaun bank syarikat cepat nikah yang menunjukkan traksaksi pemindahan wang kedalam akaun. Setelah diselidiki, penyata itu menunjukkan bahawa tiada transaksi pemindahan wang kepada syarikat.Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-1640. Apa yang kamu lakukan terhadap bukti-bukti tersebut?

Saya terus melaporkan pada Pegawai Agama yang menguruskan kes ini, Encik Ismail. Seterusnya Encik Ismail memeriksa kesahihan bukti tersebut sama ada dengan memanggil pihak-pihak yang berkaitan untuk keterangan mahupun memeriksanya sendiri.

41. Adakah timbul apa-apa keraguan terhadap bukti-bukti yang diberikan?

Sepanjang siasatan dijalankan, segala bukti-bukti menunjukkan tiada keraguan.42. Adakah bukti-bukti tersebut diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan?

Ya, bukti-bukti tersebut diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan.