permainan lari dalam guni

4
Permainan Lari Dalam Guni Cara Bermain 1. Semua peserta beratur dalam kumpulan masing-masing 2. Setelah wisel ditiup,peserta pertama dalam setiap kumpulan akan memulakan larian sampai ke kon untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni, lari ke garisan 2 untuk melekat stiker, seterusnya lari balik ke kon untuk meletakkan guni, akhir sekali lari sampai ke garisan penamat secara berganti-ganti. 3. Setelah sampai ke garisan penamat, peserta pertama mestilah menepuk tangan peserta yang seterusnya. 4. Permainan diteruskan sehingga masa 5 minit. Syarat-syarat/Peraturan: 1. Pertandingan ini terdiri dari 5 orang peserta dalam satu kumpulan(Opsyen). 2. Setelah wisel ditiup,peserta pertama dalam setiap kumpulan akan memulakan larian sampai ke kon untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni, lari ke garisan 2 untuk melekat stiker, seterusnya lari balik ke kon untuk meletakkan guni, akhir sekali lari sampai ke garisan penamat secara berganti-ganti. 3. Setelah sampai ke garisan penamat, peserta pertama mestilah menepuk tangan peserta yang seterusnya. 4. Peserta yang seterusnya tidak boleh menunggu di kon pertama untuk mendapatkan guni dan mendapat tepukan oleh peserta yang pertama (demi giliran yang seterusnya) malah perlulah menunggu gilirannya di garisan permulaan. 5. Sepanjang pertandingan ini, peserta boleh menggunakan apa-apa cara (kecuali bergulung) untuk sampai ke garisan

Upload: amanda-law

Post on 01-May-2017

409 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Lari Dalam Guni

Permainan Lari Dalam Guni

Cara Bermain

1. Semua peserta beratur dalam kumpulan masing-masing

2. Setelah wisel ditiup,peserta pertama dalam setiap kumpulan akan

memulakan larian sampai ke kon untuk mengambil guni, masuk ke dalam

guni, lari ke garisan 2 untuk melekat stiker, seterusnya lari balik ke kon untuk

meletakkan guni, akhir sekali lari sampai ke garisan penamat secara

berganti-ganti.

3. Setelah sampai ke garisan penamat, peserta pertama mestilah menepuk

tangan peserta yang seterusnya.

4. Permainan diteruskan sehingga masa 5 minit.

Syarat-syarat/Peraturan:

1. Pertandingan ini terdiri dari 5 orang peserta dalam satu kumpulan(Opsyen).

2. Setelah wisel ditiup,peserta pertama dalam setiap kumpulan akan memulakan larian sampai ke kon untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni, lari ke garisan 2 untuk melekat stiker, seterusnya lari balik ke kon untuk meletakkan guni, akhir sekali lari sampai ke garisan penamat secara berganti-ganti.

3. Setelah sampai ke garisan penamat, peserta pertama mestilah menepuk tangan peserta yang seterusnya.

4. Peserta yang seterusnya tidak boleh menunggu di kon pertama untuk

mendapatkan guni dan mendapat tepukan oleh peserta yang pertama (demi

giliran yang seterusnya) malah perlulah menunggu gilirannya di garisan permulaan.

5. Sepanjang pertandingan ini, peserta boleh menggunakan apa-apa cara

(kecuali bergulung) untuk sampai ke garisan penamat dengan lebih cepat

asalkan tidak mengganggu pergerakan kumpulan lain.

6. Semasa sesi berlari dengan guni pastikan peserta berada dalam guni untuk

sampai ke kon yang seterusnya.

7. Peserta elakkan melakukan perkara yang akan mengganggu kumpulan lain. Contohnya, tolak-menolak, memotong lorong kumpulan lain semasa

bertanding.

8. Sesiapa peserta dalam kumpulan melanggar peraturan selama 2 kali akan membatalkan penyertaannya.

9. Setiap peserta yang telah habis bertanding akan mendapat 2 stiker.

Page 2: Permainan Lari Dalam Guni

Keselamatan

1. Pastikan kawasan atau tempat bermain selamat iaitu di atas rumput atau

padang.

2. Pemain mesti memakai kasut jika bermain di padang untuk mengelak

sebarang kecederaan.

3. Pemain hendaklah berlari dalam guni mengikut landasan masing-masing bagi

mengelak perlagaan semasa sedang berlari.

4. Pemain mestilah berdiri ke belakang sedikit daripada pemain yang akan

berlari.

5. Semasa berlari pemain hendaklah memegang guni bagi mengelakkan

pemain tersadung dan mengalami kecederaan.

Pemarkahan

1. Kumpulan peserta yang paling cepat menghabiskan pertandingan akan

mendapat 100 markah, kumpulan peserta yang kedua cepat akan mendapat

90 markah, kumpulan yang ketiga akan mendapat 80 markah dan

seterusnya….kumpulan yang terakhir akan mendapat 10 markah sahaja.

2. Sesiapa peserta dalam kumpulan melanggar peraturan selama 2 kali akan

membatalkan penyertaannya.

Borang Pemarkahan

Kumpulan Kedudukan Markah

Page 3: Permainan Lari Dalam Guni

Gambar Rajah Permainan Lari Dalam Guni

Petanda:

Garisan 1:Permulaan dan Penamat (stesen stiker kedua)

Kon yang terdapat guni

Garisan 2:stesen stiker pertama

Arah larian peserta