permainan kim

Upload: fadzilah-zakaria

Post on 01-Mar-2016

518 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

PERMAINAN KIM

TRANSCRIPT

PERMAINAN KIM

PERMAINAN KIM

Asal Usul

Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball OHara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia.Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Cara-Cara Permainan

Stesen Satu : Deria Mata dan Ingatan

Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang, botol, lilin, gunting, kunci, dan sebagainya.Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil.Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semula barang - barang yang dilihatnya dalam masa 3 minit. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.

Kepelbagaian :

Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas.Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut.

Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenangSebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas.

Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut.

Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.

Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang

Stesen Dua : Deria Sentuh

Pemain ditutup matanya dengan mengikat skaf. Satu beg kain hitam yang mengandungi 10 barang disediakan. Pemain dikehendaki memasukkan tangan ke dalam beg dan merasakan barang-barang itu dengan tangan. Contohnya : jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya.

Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang.

Setiap pemain diberi masa selama satu minit untuk menyentuh barang-barang itu Kemudian pemain dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang disentuhnya. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Stesen Tiga : Deria Rasa

Beberapa larutan/makanan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, kopi, milo, madu, jam, ribena, Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan/makanan untuk dirasa dengan lidahnya.Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan/makanan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Stesen Empat : Deria Bau

Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi, mangga hijau, dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan tersebutKemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Stesen Lima : Deria Pendengaran

Semua pemain diminta duduk dan menutup mata dengan skaf. Petugas menghasilkan 10 jenis bunyi dan pemain dikehendaki mendengar dan kemudian mencatatkan 10 jenis bunyi tersebut.

Contoh : bunyi loceng, kunci, ketuk pintu, koyakkan kertas, tuang air ke dalam cawan, tarik kerusi, jatuhkan buku ke atas lantai, dsbnya