perlembagaan bagi pertubuhan induk … · 8.korum bagi persidangan perwakilan dwi tahunan adalah...

23
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PENGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA Selepas ini disebut "Pertubuhan". (2) Takrif Nama : PERKASA adalah akronim bagi Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah NO. 6A, TINGKAT 1 BLOK 1, PUSAT PERNIAGAAN WORLDWIDE, JALAN 13/50, SECTION 13, 40000 SHAH ALAM SELANGOR dan alamat untuk surat-menyurat adalah NO. 6A, TINGKAT 1 BLOK 1, PUSAT PERNIAGAAN WORLDWIDE, JALAN 13/50, SECTION 13, 40000 SHAH ALAM SELANGOR atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT 1.Untuk menjamin perpaduan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam Jabatan Kastam Diraja, Malaysia. 1

Upload: lyhanh

Post on 10-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN BAGI

PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN

PERSATUAN PENGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN PENGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

     Selepas ini disebut "Pertubuhan".

(2) Takrif Nama : PERKASA adalah akronim bagi Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia

(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

NO. 6A, TINGKAT 1 BLOK 1, PUSAT PERNIAGAAN WORLDWIDE, JALAN 13/50, SECTION 13,40000 SHAH ALAM

SELANGOR

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

NO. 6A, TINGKAT 1 BLOK 1, PUSAT PERNIAGAAN WORLDWIDE, JALAN 13/50, SECTION 13,40000 SHAH ALAM

SELANGOR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

1.Untuk menjamin perpaduan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam Jabatan Kastam Diraja, Malaysia.

1

2.Untuk memaju dan membangunkan ekonomi, sosial, pelajaran, kebudayaan dan kebajikan para ahlinya mengikut mana-mana cara yang sah di sisi undang-undang.

3.Untuk menambah dan mentadbir tabung kewangan bagi mencapai tujuan dan cita-cita Persatuan.

4.Bersetuju sekiranya diputuskan oleh Persidangan Perwakilan untuk mengaudit, mencetak, menerbit dan mengedar apa-apa jurnal, majalah, berita atau lain-lain hasil penulisan bercetak bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan atau meningkatkan kepentingan ahli-ahli.

5.Pada amnya untuk melakukan apa-apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang bagi melaksanakan cita-cita Persatuan.

FASAL 4 KEAHLIAN

1. a)Ahli Biasa.

(i)Keahlian biasa hendaklah terbuka kepada semua Pegawai Kanan Kastam yang sedang berkhidmat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang memegang jawatan dari Penolong Penguasa Kastam hingga ke Timbalan Ketua Pengarah Kastam.

(ii)Semua Pegawai Kanan Kastam tidak termasuk Pegawai Kastam yang digazetkan sebagai Pegawai Kanan; dan perkhidmatan terknikal dan separa Iktisas bermakna kakitangan Jabatan berpangkat dari Penolong Penguasa Kastam hingga ke Timbalan Ketua Pengarah Kastam.

b)Keahlian Kehormat

(i)Ahli Kehormat adalah seseorang yang difikirkan patut mendapat penghormatan oleh Majlis Kerja dan ini tertakluk kepada persetujuan Persidangan Perwakilan.

(ii)Beliau juga hendaklah terdiri daripada sesorang yang pernah memberi sumbangan kea rah pembangunan dan kemajuan Persatuan atau di dalam apa cara jua pun pernah menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan Perkhidmatan Kastam.

2.Permohonan keahlian seperti di perkara 3 1.(a) hendaklah dibuat di dalam borang yang telah ditetapkan dan dimajukan kepada Setiausaha Agong yang kemudiannya akan memajukan permohonan tersebut kepada Majlis Kerja untuk diluluskan.

3.Setiap pemohon yang permohonnya telah diluluskan oleh Majlis Kerja, setelah membayar yuran masuk dan bayaran yuran bulanan pertama sepertimana yang ditetapkan hendaklah didaftarkan di dalam buku daftar keahlian sebagai seorang ahli dan diberikan satu salinan Perlembagaan Persatuan.

4.Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli

2

Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Chancellor Universiti berkenaan.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1.Mana-mana ahli boleh bersara daripada menjadi ahli pada bila-bila masa di bawah perkara 4(3) Perlembangaan, tetapi akan terus bertanggungjawab ke atas yuran-yuran dan segala hutang yang belum dibayar semasa tarikh pemberhentiannya.

2.Mana-mana ahli tersebut atau mana-mana ahli yang tidak lagi menjadi ahli setelah menjelaskan segala tanggungan terhadap Persatuan yang ingin menjadi ahli semula boleh berbuat demikian di bawah perkara 3(2) Perlembangaan. Majlis Kerja boleh, pada budi bicaranya, tidak mengenakan bayaran masuk ke atasnya.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

1.a)Yuran-yuran untuk Keahlian Biasa adalah seperti berikut :

Bayaran Masuk - RM10.00Yuran - RM120.00 setahun atauRM40.00 bagi 4 bulan atauRM10.00 bagi sebulan

(b)Kesemua yuran hendaklah dibayar pada hari pertama sesuatu tahun, hari pertama bulan keempat atau hari pertama tiap-tiap bulan, mengikut cara yang sesuai dan hendaklah dibayar di dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh yuran itu patut dibayar.

(c)Yuran Khas dan sumbangan dari ahli-ahli dan lain-lain bagi tujuan-tujuan tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Majlis Kerja atau Jawatankuasa Cawangan.

(d)Kesemua wang hendaklah digunakan untuk meningkat dan membangun cita-cita Persatuan.

2.Tunggakan-Tunggakan

(a)Mana-mana ahli yang membiarkan yuran-yurannya bertunggak melebihi 3 bulan, hendaklah dilucutkan keahliannya.

(b)Beliau kemudian akan kehilangan segala kepentingan-kepentingan di dalam persatuan.

(c)Mana-mana ahli yang dilucutkan keahliannya melalui Seksyen Kecil (2) (a) Perkara ini, boleh memohon kembali untuk menjadi ahli selaras dengan Perkara 3(2) Perlembagaan.

3

3.Mana-mana ahli yang berhasrat untuk berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi notis bertulis satu bulan kepada Setiausaha Agong dan menjelaskan segala hutang-hutangnya.

FASAL 7 MESYUARAT PERWAKILAN

1.(a)Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Persatuan hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb. Mei, pada tahun berkenaan. Masa, tarikh dan tempat persidangan hendaklah ditentukan oleh Majlis Kerja.

(b)Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan hendaklah mengandungi :

(i)Majlis Kerja(ii)Perwakilan Cawangan

2.(a)Tiap-tiap Cawangan adalah layak untuk memilih tidak lebih tujuh (7) orang Perwakilan dan lima (5) orang pemerhati ke Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan.

(b)Perwakilan-perwakilan dan pemerhati-pemerhati mestilah dipilih di Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan jika perlu, dengan cara undi sulit; jika tidak dengan cara mengangkat tangan sahaja.

3.Perwakilan-perwakilan dan pemerhati-pemerhati hendaklah memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan yang akan datang dan layak untuk pemilihan semula.

4.Hanya Perwakilan dan Majlis Kerja layak untuk mengundi di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan, tetapi Pengerusi Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan hendaklah undi Pemutus.

5.Pengumuman awal Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan menyatakan waktu, tarikh dan tempat persidangan, pencalonan ahli-ahli Majlis Kerja dan nama perwakilan dan pemerhati untuk persidangan, hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agong sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh persidangan ditetapkan kepada kesemua ahli-ahli Cawangan melalui Jawatankuasa Cawangan.

6.Usul-usul, nama-nama perwakilan dan pemerhati untuk persidangan dan pencalonan Ahli Majlis Kerja hendaklah dihantar ke tangan Setiausaha Agong tidak lewat dari 2 minggu selepas penerimaan pengumuman awal.

7.Setiausaha Agong kemudiannya hendaklah menghantar agenda persidangan kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum persidangan perwakilan termasuk akaun yang telah diauditkan pada tahun yang lepas.

8.Korum bagi Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan adalah sebanyak 34 orang perwakilan dan ahli-ahli Majlis Kerja atau 50% daripada perwakilan dan ahli-ahli Majlis Kerja yang mana kurang. Jika sekiranya korum tidak mencukupi pada masa

4

yang ditetapkan, persidangan hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh Majlis Kerja.

9.Jika sekiranya, selepas penangguhan pertama korum masih juga tidak mencukupi, ahli-ahli yang hadir hendaklah meneruskan persidangan tetapi mereka tidak menpunyai kuasa untuk meminda atau mengubah Perlembagaan atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan keseluruhan keahlian.

10.Tugas-tugas Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan adalah untuk memberi pertimbangan dan perhatian kepada kesemua ahli yang melibatkan kemajuan persatuan, menerima laporan daripada Setiausaha Agong, Bendahari dan Pemeriksa Kira-Kira, memilih ahli Majlis Kerja, membincang, menimbang dan memutuskan apa-apa perkara yang terdapat dalam agenda.

11.Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah tetap yang mana difikirkan sesuai.

12.Selepas Persidangan Perwakilan, Setiausaha Agong hendaklah menghantar salinan catatan Persidangan kepada ke semua ahli.

FASAL 8 JAWATANKUASA PUSAT

1.Perjalanan dan Pengurusan Persatuan di dalam tempoh di antara satu-satu Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan hendaklah terletak hak kepada Majlis Kerja.

2.Majlis Kerja hendaklah mengandungi :

a)Seorang Presidenb)2 orang Naib Presidenc)Seorang Setiausaha Agongd)Seorang Penolong Setiausaha Agonge)Seorang Bendaharif)Seorang Penolong Bendaharig)Seorang Pegawai Kebajikanh)Seorang Pegawai Publisitii)Wakil-wakli cawangan iaitu dua dari tiap-tiap cawangan yang mestilah terdiri daripada Presiden Cawangan dan Setiausaha Cawangan atau wakil-wakil mereka.j)Kesemua ahli-ahli Majlis Kerja dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan fungsi-fungsi eksekutif hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

3.Ahli-ahli Majlis Kerja hendaklah dipilih semasa Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan, jika perlu dengan undi sulit, jika tidak dengan cara mengangkat tangan sahaja dan akan menjawat jawatan itu sehingga pemilihan Majlis Kerja di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan yang akan datang.

4.Majlis Kerja boleh, jika ia memutuskan menubuh satu cawangan atau lebih cawangan dimana terdapat sekurang-kurangnya 20 ahli.

5

Pelbagai negeri di Malaysia disatukan di dalam kumpulan berikut :

i)Cawangan Kedah/Perlis : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Kedah, Perlis dan AKMAL Langkawi

ii)Cawangan Pulau Pinang : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang

iii)Cawangan Perak : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Perak

iv)Cawangan Selangor : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Selangor

v)Cawangan Wilayah : Semua stesen di bawah Pengarah Persekutuan K.Lumpur Kastam Negeri WilayahPersekutuan Kuala Lumpur

vi)Cawangan Melaka/Akmal : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Diraja MalaysiaKastam Negeri Melaka dan Akademi Kastam DirajaMalaysia Melaka

vii)Cawangan Johor/ : Semua stesen di bawah Pengarah PCKP Singapura Kastam Negeri Johor dan Pemungut Cukai KastamPersekutuan Singapura (PCKP Singapura)

viii)Cawangan Pahang : Semua stesen di bawah PengarahKastam Negeri Pahang

ix)Cawangan Sabah : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Sabahdan AKMAL Sabah

x)Cawangan Sarawak : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Sarawakdan AKMAL Sarawak

xi)Cawangan Terengganu : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam NegeriTerengganu

xii)Cawangan Kelantan : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Kelantandan AKMAL Timur

xiii)Cawangan KLIA : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Kuala Lumpur

6

International Airports (KLIA)

xiv)Cawangan Putrajaya : Semua Bahagian dan cawangan di bawah Ibu PejabatKastam Diraja Malaysia

xv)Cawangan N. Sembilan : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Sembilan

5.Majlis Kerja boleh membubarkan sesuatu cawangan, jika :

i)Di dalam masa enam (6) bulan berturut-turut jumlah keahlian kurang daripada 20 orang, atau

ii)Sesuatu cawangan menolak untuk mematuhi Pelembangaan Persatuan atau keputusan-keputusan persidangan perwakilan atau Majlis Kerja atau jika Majlis Kerja berpendapat cawangan telah melakukan kesalahan yang boleh merosakkan Persatuan atau

iii)Jika keputusan untuk membubarkan sesuatu cawangan itu melalui undi majoriti tidak kurang daripada 10 orang Ahli Majlis Kerja.

iv)Jika berlaku pembubaran sesuatu cawangan di bawah perkara 9(5)(I) ahali-ahli yang tinggal hendaklah diarah oleh Majlis Kerja untuk bersatu dengan cawangan terdekat.

6.Majlis Kerja hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa 3 bulan dan sekurang-kurangnya 50% daripada 9 orang ahli akan mencukupi korum. Notis mesyuarat hendaklah diberikan kepada semua ahli Majlis Kerja sekurang-kurangnya dalam masa 7 hari.

7.Mana-mana ahli Majlis Kerja yang mungkir menghadiri mesyuarat majlis 3 kali berturut-turut tanpa penerangan bertulis yang memuaskan dihantar kepada Majlis Kerja dilarang untuk menghadiri mesyuarat seterusnya.

8.Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Majlis Kerja boleh mempergunakan kesemua dan mana-mana kuasa dan menjalankan tindakan/perbuatan, kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab yang mungkin perlu untuk dicapai atau yang berguna untuk mencapai tujuan-tujuan dan kepentingan umum persatuan.

9.Majlis Kerja hendaklah mempunyai kuasa untuk sama-sama memilih dan menlantik ahli-ahli Majlis Kerja jika berlaku perletakkan jawatan, kematian atau persaraan dari perkhidmatan.

10.Majlis Kerja hendaklah mempunyai kuasa penuh untuk menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil dan melantik Pengerusinya, untuk membantu memajukan tujuan dan objektif Persatuan. Apa-apa tindakan oleh jawatankuasa

7

kecil boleh dibatalkan atau diubah suai oleh Majlis Kerja.

11.Majlis Kerja hendaklah memberi arahan kepada Setiausaha Agong dan lain-lain pegawai Persatuan ke atas perjalanan pengurusan Persatuan. Ia boleh membayar gaji kepada mana-mana orang yang difikirkan perlu untuk menjalankan kerja-kerja Pentadbiran Harian Persatuan dan boleh membenarkan pembayaran gaji kepada mereka dan boleh menetapkan tangga upah kepada mereka-mereka itu yang difikirkan sesuai. Ianya boleh menggantung atau membuang mana-mana pegawai atau kakitangan kerana kecuaian tugas, tidak jujur, tidak cekap, enggan untuk menjalankan keputusan Majlis Kerja atau lain-lain sebab yang difikirkan baik dan mencukupi untuk kepentingan Persatuan.

12.Catatan mesyuarat Majlis Kerja hendaklah dibawa pada mesyuarat biasa Majlis Kerja.

13.Di dalam keadaan ini dimana perkara-kara berbangkit timbul dan berkehendakan kelulusan Majlis Kerja dan bila mana-mana mesyuarat Majlis Kerja tidak dapat diadakan Setiausaha Agong boleh mendapat kelulusan bertulis dari ahli-ahli Majlis Kerja dengan cara menghantar surat. Syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi sebelum kelulusan ahli-ahli Majlis diterima :

a)Masalah yang timbul hendaklah digambarkan secara jelas di dalam surat yang diedarkan.

b)Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan ahli-ahli Majlis Kerja mesti samada memberi kelulusan atau bantahan ke atas cadangan itu dan keputusan hendaklah dengan undi terbanyak.

c)Setiausaha Agong hendaklah melaporkan hasil keputusan surat yang diedarkan tadi kepada Majlis Kerja di dalam Mesyuarat Majlis Kerja yang akan datang bagi tujuan untuk dicatat dalam minit.

14.Tafsiran perlembangan atau mana-mana bahagian daripadanya oleh Majlis Kerja adalah muktamad kecuali ditolak oleh Persidangan Perwakilan.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1.Presiden hendaklah :

a)Dalam masa menyandang jawatannya, mempengerusikan kesemua mesyuarat Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja, dan bertanggungjawab kesempurnaan perjalanan mesyuarat-mesyuarat tersebut. Ia hanya empunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani catatan-catatan mesyuarat pada masa ianya diluluskan.

b)Bersama-sama dengan Setiausaha Agong dan Bendahari Presiden juga hendaklah menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan. Beliau hendaklah menyedia urusan pentadbiran umum Persatuan dan berusaha untuk memastikan Perlembangaan dipatuhi oleh semua yang berkenaan.

8

2.Naib-naib Presiden hendaklah membantu Presiden dalam tugasnya dan seorang daripada mereka hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya dan mempunyai kuasa yang sama seperti yang ada pada Presiden.

3.Setiausaha Agong hendaklah :

a)Menjalankan kerja-kerja menguruskan Persatuan mengikut Perlembagaan dan hendaklah menjalankan arahan-arahan Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja.

b)Bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kepunyaannya di dalam bentuk dan cara yang mungkin diarahkan oleh Majlis Kerja. Beliau hendaklah menyediakan laporan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan.

c)Bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari, hendaklah menandatangi semua cek bagi pihak Persatuan.

d)Menyediakan Penyata Tahunan dan lain-lain Dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966 dan menghantarnya kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa yang ditentukan. Tiap-tiap ahli berhak untuk menerima satu salinan Penyata Tahunan.

e)Mengemaskini daftar keahlian yang mengandungi nama-nama, alamat-alamat ahli-ahli, nombor-nombor keahlian mereka dan tarikh mereka menjadi ahli persatuan.

f)Bertanggungjawab untuk memanggil nama-nama mesyuarat Majlis Kerja.

4.Penolong Setiausaha Agong hendaklah membantu Setiausaha Agong di dalam kesemua kerja-kerja Pentadbiran Persatuan dan memangku Jawatan semasa ketiadaan Setiausaha Agong.

5.Bendahari hendaklah:

a)Bertanggungjawab untuk membuat dan menyimpan dengan kemas buku-buku akaun Persatuan.

b)Bertanggungjawab ke atas keselamatan buku-buku akaun dan lain-lain dokumen yang berkaitan dan hendaklah tidak mengalihkannya daripada tempat asal pentadbiran kecuali dengan kebenaran khusus secara bertulis pada tiap-tiap kali oleh Presiden.

c)Bertanggungjawab bagi mengeluarkan resit resmi pada setiap wang yang diterima olehnya dan hendaklah memastikan tidak ada pegawai atau kakitangan Persatuan boleh menerima atau mengeluarkan resit kecuali mendapat kebenaran khusus secara bertulis pada setiap kali oleh Presiden.

d)Bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha Agong menandatangani kesemua cek bagi pihak Persatuan atau Majlis Kerja jika diminta oleh Presiden dan

9

Setiausaha Agong satu akaun yang benar dan betul ke atas semua wang yang diterima dan dibayar olehnya.

e)Bertanggungjawab untuk menyediakan anggaran belanjawan.

6.Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan tanggungjawabnya dan memangku jawatan semasa ketiadaannya.

7.Pegawai Kebajikan hendaklah bertanggungjawab menjalankan semua projek-projek penerangan seperti yang diarahkan oleh Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja.

8.Pegawai Publisiti hendaklah bertanggungjawab menjalankan semua projek-projek penerangan seperti yang diarahkan oleh Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja.

9.Wakil-wakil Cawangan di bawah Perkara 9(2) (I ) hendaklah hadir ke semua mesyuarat Majlis Kerja dan Persidangan Perwakilan.

FASAL 10 KEWANGAN

1.Tahun kewangan Persatuan atau cawangan hendaklah bermula dari dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

2.Semua wang kepunyaan Persatuan atau Cawangan dan yang tidak perlu mendapat kelulusan perbelanjaan semasa hendakah disimpan oleh Bendahari di dalam masa 7 hari di dalam bank yang ditetapkan. Akaun bank hendaklah atas nama Persatuan atau Cawangan dan nama bank tersebut hendaklah diberitahu kepada Pendaftar Pertubuhan.

3.Segala cek Persatuan atau Cawangan hendaklah ditandatangani oleh 3 orang pegawai utama Persatuan atau Cawangan iaitu :

(i)Presiden Persatuan atau cawangan atau jika ketiadaannya oleh Naib Presiden Persatuan atau Cawangan.(ii)Setiausaha Agong Persatuan atau Setiausaha Cawangan.(iii)Bendahari Persatuan atau Bendahari Cawangan.

4.Jika ketiadaan Setiausaha Agong atau Setiausaha Cawangan atau Bendahari Cawangan maka bolehlah jawatankuasa kawasan melantik seorang ahli Majlis Kerja atau Jawatankuasa Cawangan sebagai kepada pegawai yang tiada itu.

5.Bendahari atau Bendahari Cawangan boleh menyimpan panjar wang runcit tidak melebihi RM1000.00 pada sesuatu masa selebihnya hendaklah dimasukkan ke dalam bank atas nama Persatuan.

6.Perbelanjaan yang melebihi RM2000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu dariapda Presiden atau Setiausaha Agong bagi pihak Majlis Kerja. Perbelanjaan melebihi RM2000.00 oleh sesuatu

10

cawangan hendaklah mendapat kelulusan daripada Presiden Cawangan atau Setiausaha cawangan bagi pihak Jawatankuasa Cawangan.

7.Perbelanjaan pentadbiran Persatuan hendaklah diambl dari peratus sumbangan tabung am Persatuan. Peratus yang dibenarkan untuk perbelanjaan yang melebihi peratus tersebut tidak boleh digunakan tanpa mendapat kelulusan dahulu daripada Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan.

8.Perbelanjaan pentadbiran sesuatu cawangan hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa cawangan.

9.Persatuan hendaklah diperuntukan sebanyak 70% daripada yuran ahli.

FASAL 11 JURUAUDIT

1.Dua orang pemeriksa kira-kira kehormat hendaklah terdiri daripada ahli Persatuan tetapi bukanlah daripada ahli Majlis Kerja, atau Jawatankuasa Cawangan, hendaklah dilantik di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan atau Mesyuarat Agong Dwi Tahunan. Mereka hendaklah mengaudit akaun/kira-kira Persatuan atau cawangan pada penghujung tahun dan mengemukakan laporan kepada Majlis Kerja/Jawatankuasa Cawangan.

2.Akaun Persatuan atau cawangan yang telah diperiksa hendaklah dikemukakan di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan atau mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhandan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah danberkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punyaberdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegangjawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melaluisijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri denganmeteri Pertubuhan.

2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 PEMBUBARAN

1.Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah semua wakil cawangan/ahli yang hadir dalam sesuatu persidangan perwakilan yang dipanggil khas kerananya.

11

2.Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Persidangan Perwakilan.

3.Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran dan hendaklah ditandatangani oleh seorang pemegang jawatan utama dan tujuh orang ahli biasa.

FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

1.Ahli-ahli Majlis Kerja hendaklah dipilih semasa Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan, jika perlu dengan undi sulit, jika tidak dengan cara mengangkat tangan sahaja dan akan menjawat jawatan itu sehingga pemilihan Majlis Kerja di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan yang akan datang.

2.Majlis Kerja boleh, jika ia memutuskan menubuh satu cawangan atau lebih cawangan dimana terdapat sekurang-kurangnya 20 ahli.

3.Pelbagai negeri di Malaysia disatukan di dalam kumpulan berikut :

i)Cawangan Kedah/Perlis : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri KedahPerlis dan AKMAL Langkawi

ii)Cawangan Pulau Pinang : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri P Pinang

iii)Cawangan Perak : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Perak

iv)Cawangan Selangor : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Selangor

v)Cawangan Wilayah : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam WP K.Lumpur Persekutuan Kuala Lumpur

vi)Cawangan Melaka/Akmal : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Melaka dan Akademi Kastam Diraja Malaysia Melaka

vii)Cawangan Johor/ : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri JohorPCKP Singapura dan Pemungut Cukai Kastam Persekutuan Singapura(PCKP Singapura)

viii)Cawangan Pahang : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Pahang

12

ix)Cawangan Sabah : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Sabahdan AKMAL Sabah

x)Cawangan Sarawak : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Sarawakdan AKMAL Sarawak

xi)Cawangan Terengganu : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Terengganu

xii)Cawangan Kelantan : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Kelantandan AKMAL Timur

xiii)Cawangan KLIA : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Kuala LumpurInternational Airports (KLIA)

xiv)Cawangan Putrajaya : Semua Bahagian di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

xv)Cawangan N. Sembilan : Semua stesen di bawah Pengarah Kastam Negeri Sembilan

4.Majlis Kerja boleh membubarkan sesuatu cawangan, jika :

i)Di dalam masa enam (6) bulan berturut-turut jumlah keahlian kurang daripada 20 orang, atau

ii)Sesuatu cawangan menolak untuk mematuhi Pelembangaan Persatuan atau keputusan-keputusan persidangan perwakilan atau Majlis Kerja atau jika Majlis Kerja berpendapat cawangan telah melakukan kesalahan yang boleh merosakkan Persatuan atau

iii)Jika keputusan untuk membubarkan sesuatu cawangan itu melalui undi majoriti tidak kurang daripada 10 orang Ahli Majlis Kerja.

iv)Jika berlaku pembubaran sesuatu cawangan di bawah perkara 9(5)(I) ahali-ahli yang tinggal hendaklah diarah oleh Majlis Kerja untuk bersatu dengan cawangan terdekat.

5.Majlis Kerja hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa 3 bulan dan sekurang-kurangnya 50% daripada 9 orang ahli akan mencukupi korum. Notis mesyuarat hendaklah diberikan kepada semua ahli Majlis Kerja sekurang-kurangnya dalam masa 7 hari.

6.Mana-mana ahli Majlis Kerja yang mungkir menghadiri mesyuarat majlis 3 kali berturut-turut tanpa penerangan bertulis yang memuaskan dihantar kepada Majlis

13

Kerja dilarang untuk menghadiri mesyuarat seterusnya.

7.Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Majlis Kerja boleh mempergunakan kesemua dan mana-mana kuasa dan menjalankan tindakan/perbuatan, kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab yang mungkin perlu untuk dicapai atau yang berguna untuk mencapai tujuan-tujuan dan kepentingan umum persatuan.

8.Majlis Kerja hendaklah mempunyai kuasa untuk sama-sama memilih dan menlantik ahli-ahli Majlis Kerja jika berlaku perletakkan jawatan, kematian atau persaraan dari perkhidmatan.

9.Majlis Kerja hendaklah mempunyai kuasa penuh untuk menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil dan melantik Pengerusinya, untuk membantu memajukan tujuan dan objektif Persatuan. Apa-apa tindakan oleh jawatankuasa kecil boleh dibatalkan atau diubah suai oleh Majlis Kerja.

10.Majlis Kerja hendaklah memberi arahan kepada Setiausaha Agong dan lain-lain pegawai Persatuan ke atas perjalanan pengurusan Persatuan. Ia boleh membayar gaji kepada mana-mana orang yang difikirkan perlu untuk menjalankan kerja-kerja Pentadbiran Harian Persatuan dan boleh membenarkan pembayaran gaji kepada mereka dan boleh menetapkan tangga upah kepada mereka-mereka itu yang difikirkan sesuai. Ianya boleh menggantung atau membuang mana-mana pegawai atau kakitangan kerana kecuaian tugas, tidak jujur, tidak cekap, enggan untuk menjalankan keputusan Majlis Kerja atau lain-lain sebab yang difikirkan baik dan mencukupi untuk kepentingan Persatuan.

11.Catatan mesyuarat Majlis Kerja hendaklah dibawa pada mesyuarat biasa Majlis Kerja.

12.Di dalam keadaan ini dimana perkara-kara berbangkit timbul dan berkehendakan kelulusan Majlis Kerja dan bila mana-mana mesyuarat Majlis Kerja tidak dapat diadakan Setiausaha Agong boleh mendapat kelulusan bertulis dari ahli-ahli Majlis Kerja dengan cara menghantar surat. Syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi sebelum kelulusan ahli-ahli Majlis diterima :

a)Masalah yang timbul hendaklah digambarkan secara jelas di dalam surat yang diedarkan.

b)Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan ahli-ahli Majlis Kerja mesti samada memberi kelulusan atau bantahan ke atas cadangan itu dan keputusan hendaklah dengan undi terbanyak.

c)Setiausaha Agong hendaklah melaporkan hasil keputusan surat yang diedarkan tadi kepada Majlis Kerja di dalam Mesyuarat Majlis Kerja yang akan datang bagi tujuan untuk dicatat dalam minit.

13.Tafsiran perlembangan atau mana-mana bahagian daripadanya oleh Majlis Kerja adalah muktamad kecuali ditolak oleh Persidangan Perwakilan.

14

FASAL 15 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

1.Jawatankuasa cawangan hendaklah mengandungi:

a. Seorang Presidenb. Seorang Naib Presidenc. Seorang Setiausahad. Seorang Penolong Setiausahae. Seorang Bendaharif. Lima orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2.Jawatankuasa cawangan hendaklah dipilih di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan cawangan yang diadakan setiap dua tahun tidak lewat daripada 31 April jika perlu, secara undi sulit, jika tidak hanya dengan cara mengangkat tangan sahaja dan hendaklah mereka memegang jawatan itu sehingga pemilihan Jawatankuasa cawangan yang akan datang di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan.

3.a) Korum bagi Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan hendaklah sekurang-kurangnya 50% dari keseluruhan jumlah ahli yang berdaftar di dalam cawangan atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa.

b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

c) Mesyuarat Agong Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

4.Adalah menjadi kewajipan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan cawangan untuk memilih Jawatankuasa Cawangan, Perwakilan dan Pemerhati untuk Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan dan mencalonkan ahli-ahli Majlis Kerja dan meluluskan ketetapan, jika ada, untuk dipertimbangkan di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan. Dua orang Juru Odit Cawangan hendaklah juga dilantik.

5.Jawatankuasa cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali di dalam masa 3 bulan dan 50% daripada jumlah Ahli Jawatankuasa akan mencukupkan korum. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Cawangan sekurang-kurangnya 4 hari terlebih awal. Presiden Cawangan hendaklah mempengerusikan mesyuarat atau dengan ketiadaannya, oleh Naib Presiden. Jika kedua-duanya tiada ahli-ahli Jawatankuasa boleh memilih seorang daripada mereka untuk menjadi Pengerusi.

6.Pengerusi Jawatankuasa Cawangan hendaklah mempunyai undi pemutus.

7.Jika berlaku perletakan jawatan, kematian, persaraan atau pertukaran mana-mana Jawatankuasa cawangan, jawatannya hendaklah diisi dengan cara

15

perlantikan oleh Jawatankuasa cawangan dan hendaklah dilaporkan kepada Majlis Kerja.

8.Tugas-tugas jawatankuasa cawangan adalah untuk menimbangkan apa-apa perkara untuk dimajukan kepada Mesyuarat Majlis Kerja dan untuk menerima laporan mesyuarat Majlis Kerja dan secara umum untuk berhubung di antara ahli-ahli cawangan dan Majlis Kerja.

9.Perkara-perkara 7(7), 9(1), 9(12), 9(13), dan Perkara 14 di mana terpakai hendaklah digunakan, dengan penubuhan-penubuhan/ pindaan-pindaan dan penyesuaian yang mungkin perlu, berhubung dengan Mesyuarat Agong Dwi Tahuan Cawangan dan mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan.

FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN

1.Jawatankuasa cawangan hendaklah mengandungi:

a. Seorang Presidenb. Seorang Naib Presidenc. Seorang Setiausahad. Seorang Penolong Setiausahae. Seorang Bendaharif. Lima orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2.Jawatankuasa cawangan hendaklah dipilih di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan cawangan yang diadakan setiap dua tahun tidak lewat daripada 31 April jika perlu, secara undi sulit, jika tidak hanya dengan cara mengangkat tangan sahaja dan hendaklah mereka memegang jawatan itu sehingga pemilihan Jawatankuasa cawangan yang akan datang di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan.

3.a) Korum bagi Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan hendaklah sekurang-kurangnya 50% dari keseluruhan jumlah ahli yang berdaftar di dalam cawangan atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa.

b)Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

c)Mesyuarat Agong Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

4.Adalah menjadi kewajipan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan cawangan untuk memilih Jawatankuasa Cawangan, Perwakilan dan Pemerhati untuk Persidangan

16

Perwakilan Dwi Tahunan dan mencalonkan ahli-ahli Majlis Kerja dan meluluskan ketetapan, jika ada, untuk dipertimbangkan di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan. Dua orang Juru Odit Cawangan hendaklah juga dilantik.

5. Jawatankuasa cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali di dalam masa 3 bulan dan 50% daripada jumlah Ahli Jawatankuasa akan mencukupkan korum. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Cawangan sekurang-kurangnya 4 hari terlebih awal. Presiden Cawangan hendaklah mempengerusikan mesyuarat atau dengan ketiadaannya, oleh Naib Presiden. Jika kedua-duanya tiada ahli-ahli Jawatankuasa boleh memilih seorang daripada mereka untuk menjadi Pengerusi.

6.Pengerusi Jawatankuasa Cawangan hendaklah mempunyai undi pemutus.

7.Jika berlaku perletakan jawatan, kematian, persaraan atau pertukaran mana-mana Jawatankuasa cawangan, jawatannya hendaklah diisi dengan cara perlantikan oleh Jawatankuasa cawangan dan hendaklah dilaporkan kepada Majlis Kerja.

8.Tugas-tugas jawatankuasa cawangan adalah untuk menimbangkan apa-apa perkara untuk dimajukan kepada Mesyuarat Majlis Kerja dan untuk menerima laporan mesyuarat Majlis Kerja dan secara umum untuk berhubung di antara ahli-ahli cawangan dan Majlis Kerja.

9.Perkara-perkara 7(7), 9(1), 9(12), 9(13), dan Perkara 14 di mana terpakai hendaklah digunakan, dengan penubuhan-penubuhan/ pindaan-pindaan dan penyesuaian yang mungkin perlu, berhubung dengan Mesyuarat Agong Dwi Tahuan Cawangan dan mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan.

FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

1.Presiden hendaklah :

a)Dalam masa menyandang jawatannya, mempengerusikan kesemua mesyuarat Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja, dan bertanggungjawab kesempurnaan perjalanan mesyuarat-mesyuarat tersebut. Ia hanya empunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani catatan-catatan mesyuarat pada masa ianya diluluskan.

b)Bersama-sama dengan Setiausaha Agong dan Bendahari Presiden juga hendaklah menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan. Beliau hendaklah menyedia urusan pentadbiran umum Persatuan dan berusaha untuk memastikan Perlembangaan dipatuhi oleh semua yang berkenaan.

2.Naib-naib Presiden hendaklah membantu Presiden dalam tugasnya dan seorang daripada mereka hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya dan mempunyai kuasa yang sama seperti yang ada pada Presiden.

17

3.Setiausaha Agong hendaklah :

a)Menjalankan kerja-kerja menguruskan Persatuan mengikut Perlembagaan dan hendaklah menjalankan arahan-arahan Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja.

b)Bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kepunyaannya di dalam bentuk dan cara yang mungkin diarahkan oleh Majlis Kerja. Beliau hendaklah menyediakan laporan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan.

c)Bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari, hendaklah menandatangi semua cek bagi pihak Persatuan.

d)Menyediakan Penyata Tahunan dan lain-lain Dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966 dan menghantarnya kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa yang ditentukan. Tiap-tiap ahli berhak untuk menerima satu salinan Penyata Tahunan.

e)Mengemaskini daftar keahlian yang mengandungi nama-nama, alamat-alamat ahli-ahli, nombor-nombor keahlian mereka dan tarikh mereka menjadi ahli persatuan.

f)Bertanggungjawab untuk memanggil nama-nama mesyuarat Majlis Kerja.

4.Penolong Setiausaha Agong hendaklah membantu Setiausaha Agong di dalam kesemua kerja-kerja Pentadbiran Persatuan dan memangku Jawatan semasa ketiadaan Setiausaha Agong.

5.Bendahari hendaklah:

a)Bertanggungjawab untuk membuat dan menyimpan dengan kemas buku-buku akaun Persatuan.

b)Bertanggungjawab ke atas keselamatan buku-buku akaun dan lain-lain dokumen yang berkaitan dan hendaklah tidak mengalihkannya daripada tempat asal pentadbiran kecuali dengan kebenaran khusus secara bertulis pada tiap-tiap kali oleh Presiden.

c)Bertanggungjawab bagi mengeluarkan resit resmi pada setiap wang yang diterima olehnya dan hendaklah memastikan tidak ada pegawai atau kakitangan Persatuan boleh menerima atau mengeluarkan resit kecuali mendapat kebenaran khusus secara bertulis pada setiap kali oleh Presiden.

d)Bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha Agong menandatangani kesemua cek bagi pihak Persatuan atau Majlis Kerja jika diminta oleh Presiden dan Setiausaha Agong satu akaun yang benar dan betul ke atas semua wang yang diterima dan dibayar olehnya.

e)Bertanggungjawab untuk menyediakan anggaran belanjawan.

18

6.Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan tanggungjawabnya dan memangku jawatan semasa ketiadaannya.

7.Pegawai Kebajikan hendaklah bertanggungjawab menjalankan semua projek-projek penerangan seperti yang diarahkan oleh Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja.

8.Pegawai Publisiti hendaklah bertanggungjawab menjalankan semua projek-projek penerangan seperti yang diarahkan oleh Persidangan Perwakilan dan Majlis Kerja.

9.Wakil-wakil Cawangan di bawah Perkara 9(2) (I ) hendaklah hadir ke semua mesyuarat Majlis Kerja dan Persidangan Perwakilan.

FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN

Tahun kewangan Persatuan atau cawangan hendaklah bermula dari dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

2.Semua wang kepunyaan Persatuan atau Cawangan dan yang tidak perlu mendapat kelulusan perbelanjaan semasa hendakah disimpan oleh Bendahari di dalam masa 7 hari di dalam bank yang ditetapkan. Akaun bank hendaklah atas nama Persatuan atau Cawangan dan nama bank tersebut hendaklah diberitahu kepada Pendaftar Pertubuhan.

3.Segala cek Persatuan atau Cawangan hendaklah ditandatangani oleh 3 orang pegawai utama Persatuan atau Cawangan iaitu :

(i)Presiden Persatuan atau cawangan atau jika ketiadaannya oleh Naib Presiden Persatuan atau Cawangan.

(ii)Setiausaha Agong Persatuan atau Setiausaha Cawangan.

(iii)Bendahari Persatuan atau Bendahari Cawangan.

4.Jika ketiadaan Setiausaha Agong atau Setiausaha Cawangan atau Bendahari Cawangan maka bolehlah jawatankuasa kawasan melantik seorang ahli Majlis Kerja atau Jawatankuasa Cawangan sebagai kepada pegawai yang tiada itu.

5.Bendahari atau Bendahari Cawangan boleh menyimpan panjar wang runcit tidak melebihi RM1000.00 pada sesuatu masa selebihnya hendaklah dimasukkan ke dalam bank atas nama Persatuan.

6.Perbelanjaan yang melebihi RM2000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu dariapda Presiden atau Setiausaha Agong bagi pihak Majlis Kerja. Perbelanjaan melebihi RM2000.00 oleh sesuatu cawangan hendaklah mendapat kelulusan daripada Presiden Cawangan atau Setiausaha cawangan bagi pihak Jawatankuasa Cawangan.

19

7.Perbelanjaan pentadbiran Persatuan hendaklah diambl dari peratus sumbangan tabung am Persatuan. Peratus yang dibenarkan untuk perbelanjaan yang melebihi peratus tersebut tidak boleh digunakan tanpa mendapat kelulusan dahulu daripada Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan.

8.Perbelanjaan pentadbiran sesuatu cawangan hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa cawangan.

9.Persatuan hendaklah diperuntukan sebanyak 70% daripada yuran ahli.

FASAL 19 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

1.Jawatankuasa cawangan hendaklah mengandungi:

a. Seorang Presidenb. Seorang Naib Presidenc. Seorang Setiausahad. Seorang Penolong Setiausahae. Seorang Bendaharif. Lima orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2.Jawatankuasa cawangan hendaklah dipilih di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan cawangan yang diadakan setiap dua tahun tidak lewat daripada 31 April jika perlu, secara undi sulit, jika tidak hanya dengan cara mengangkat tangan sahaja dan hendaklah mereka memegang jawatan itu sehingga pemilihan Jawatankuasa cawangan yang akan datang di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan.

3.a) Korum bagi Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan hendaklah sekurang-kurangnya 50% dari keseluruhan jumlah ahli yang berdaftar di dalam cawangan atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa.

b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

c) Mesyuarat Agong Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

4. Adalah menjadi kewajipan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan cawangan untuk memilih Jawatankuasa Cawangan, Perwakilan dan Pemerhati untuk Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan dan mencalonkan ahli-ahli Majlis Kerja dan meluluskan ketetapan, jika ada, untuk dipertimbangkan di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan. Dua orang Juru Odit Cawangan hendaklah juga dilantik.

20

5. Jawatankuasa cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali di dalam masa 3 bulan dan 50% daripada jumlah Ahli Jawatankuasa akan mencukupkan korum. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Cawangan sekurang-kurangnya 4 hari terlebih awal. Presiden Cawangan hendaklah mempengerusikan mesyuarat atau dengan ketiadaannya, oleh Naib Presiden. Jika kedua-duanya tiada ahli-ahli Jawatankuasa boleh memilih seorang daripada mereka untuk menjadi Pengerusi.

6.Pengerusi Jawatankuasa Cawangan hendaklah mempunyai undi pemutus.

7.Jika berlaku perletakan jawatan, kematian, persaraan atau pertukaran mana-mana Jawatankuasa cawangan, jawatannya hendaklah diisi dengan cara perlantikan oleh Jawatankuasa cawangan dan hendaklah dilaporkan kepada Majlis Kerja.

8.Tugas-tugas jawatankuasa cawangan adalah untuk menimbangkan apa-apa perkara untuk dimajukan kepada Mesyuarat Majlis Kerja dan untuk menerima laporan mesyuarat Majlis Kerja dan secara umum untuk berhubung di antara ahli-ahli cawangan dan Majlis Kerja.

9.Perkara-perkara 7(7), 9(1), 9(12), 9(13), dan Perkara 14 di mana terpakai hendaklah digunakan, dengan penubuhan-penubuhan/ pindaan-pindaan dan penyesuaian yang mungkin perlu, berhubung dengan Mesyuarat Agong Dwi Tahuan Cawangan dan mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan.

FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Persidangan Perwakilan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan Persidangan Perwakilan meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

1. Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat perwakilan, Jawatankuasa Pusat bolehmemberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa Pusat, jikaperlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalamPerlembagaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yangtelah dibuat di dalam Mesyuarat Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat keatas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan MesyuaratPerwakilan.

FASAL 22 LARANGAN 21

1.Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba untuk menghalang atau dengan cara apa juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam kegiatan-kegiatan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam ordinan Kesatuan Sekerja 1959 (Trade Union Act 1959).

2.Persatuan hendaklah tidak ada mempunyai apa-apa gabungan atau hubungan di luar Malaysia.

FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera - Keterangan :-

2. Lambang - Keterangan :-

3. Lencana - Keterangan :-

FASAL 24 PEMEGANG AMANAHFASAL 25 PERTIKAIANFASAL 26 PEMERIKSA KIRA-KIRA KEHORMAT PERSATUAN ATAU CAWANG

1.Dua orang pemeriksa kira-kira kehormat hendaklah terdiri daripada ahli Persatuan tetapi bukanlah daripada ahli Majlis Kerja, atau Jawatankuasa Cawangan, hendaklah dilantik di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan atau Mesyuarat Agong Dwi Tahunan. Mereka hendaklah mengaudit akaun/kira-kira Persatuan atau cawangan pada penghujung tahun dan mengemukakan laporan kepada Majlis Kerja/Jawatankuasa Cawangan.

2.Akaun Persatuan atau cawangan yang telah diperiksa hendaklah dikemukakan di Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan atau mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan.

FASAL 27 PERLETAKAN JAWATAN

1.Mana-mana ahli boleh bersara daripada menjadi ahli pada bila-bila masa di bawah perkara 4(3) Perlembangaan, tetapi akan terus bertanggungjawab ke atas yuran-yuran dan segala hutang yang belum dibayar semasa tarikh pemberhentiannya.

22

2.Mana-mana ahli tersebut atau mana-mana ahli yang tidak lagi menjadi ahli setelah menjelaskan segala tanggungan terhadap Persatuan yang ingin menjadi ahli semula boleh berbuat demikian di bawah perkara 3(2) Perlembangaan. Majlis Kerja boleh, pada budi bicaranya, tidak mengenakan bayaran masuk ke atasnya.

FASAL 28 PERSIDANGAN PERWAKILAN LUAR BIASA

1.Persidangan Perwakilan Luar Biasa hendaklah dipanggil :

(a)Apabila Majlis Kerja merasakan ianya perlu.

(b)Apabila atau jika permintaan dibuat oleh mana-mana cawangan dengan menerangkan tujuan dan sebab-sebab untuk mengadakannya.

2.Persidangan Perwakilan Luar Biasa yang dituntut dibawah Perkara 8(1)(b) hendaklah dipanggil di dalam masa 2 minggu selepas permintaan diterima untuk menetapkan tarikhnya.

3.Notis dan agenda untuk Persidangan Perwakilan Luar Biasa hendaklah dikemukakan kepada semua Perwakilan dan Majlis Kerja oleh Setiausaha Agong sekurang-kurangnnya seminggu sebelum tarikh persidangan ditetapkan.

4.Perkara 7 hendaklah dipakai, dengan perubahan dan penyesuaian sekiranya perlu, mengenai had korum dan penangguhan Persidangan Perwakilan Luar Biasa kecuali jika sekiranya korum tidak hadir pada masa yang ditetapkan, persidangan hendaklah dibubarkan dan Persidangan Perwakilan Luar Biasa tidak boleh dituntut selepas sekurang-kurannya enam (6) bulan dari tarikh ini.

FASAL 29 PEMERIKSAAN BUKU-BUKU DAN AKAUN

1.Sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan di dalam Tabung Persatuan boleh dengan memberi notis 7 hari memeriksa semua buku-buku akuan Persatuan dan nama-nama ahli dalam masa yang munasabah di mana-mana sahaja di mana rekod itu didapati disimpan.

FASAL 30 LEVI

1.Persidangan Perwakilan boleh, setelah satu ketetapan diluluskan, jika perlu dengan cara undi sulit. Mengenakan levi ke atas semua ahli Persatuan, dan ke semua ahli hendaklah membayar levi tersebut.

2.Jika mana-mana ahli gagal untuk membayar levi dalam masa satu bulan selepas levi itu dikenakan, jumlah itu hendaklah dianggap sebagai tunggakan yuran kepada Persatuan dan ahli itu hendaklah dipecat.

23