perlantikan guru pss sekolah

7
PENJELASAN PELAKSANAAN PELANTIKAN GURU PERPUSTAKAAN/MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PSS) 1

Upload: dora-woods

Post on 12-Jul-2016

93 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

spsk

TRANSCRIPT

Page 1: Perlantikan Guru Pss Sekolah

PENJELASAN PELAKSANAAN PELANTIKAN GURU

PERPUSTAKAAN/MEDIA SEKOLAH

(GURU PENYELARAS PSS)

Bahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia

2004

1

Page 2: Perlantikan Guru Pss Sekolah

PENJELASAN PELAKSANAAN PELANTIKAN GURUPERPUSTAKAAN/MEDIA SEKOLAH

(GURU PENYELARAS PSS)

1. PERKHIDMATAN / PERJAWATAN

1.1 Gelaran Jawatan

Guru Perpustakaan dan Media Sekolah secara hakiki(Di luar norma pengiraan perjawatan guru di sekolah)

1.2 Kategori

Sekolah Rendah = DGA 29Sekolah Menengah = DG 41

1.3 Gaji

Tiada perubahan (Lantikan setara)

1.4 Masa Bekerja

Waktu: Waktu persekolahan biasa. Bagi sekolah dua sesi, ia adalah di bawah kuasa Pengetua/Guru Besar

Cuti: Mengikut Perintah Am Bab C Bahagian Dua, Kelas B.

2. KRITERIA PEMILIHAN DAN PELANTIKAN GURU PERPUSTAKAAN / MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH)

2.1Kriteria pemilihan dan pelantikan Guru Perpustakaan / Media Sekolah (Guru Penyelaras PSS) adalah seperti surat pekeliling ikhtisas bertarikh 18 Julai 2005

2.2Bagi kriteria 3.3, 3.4 dan 3.6, pihak sekolah dibolehkan melantik guru-guru berkenaan walaupun tidak memegang jawatan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah pada ketika pelantikan hendak dibuat.

3. SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN / MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH)

3.1 Senarai tugas Guru Perpustakaan/Media Sekolah (Guru Penyelaras PSS adalah seperti surat KP(BTP-PSP)8810/11/1(03) bertarikh 6 Julai 2004.

2

Page 3: Perlantikan Guru Pss Sekolah

3.2 Beberapa perkara perlu diperjelaskan:

3.2.1 Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat i) Definisi Kemahiran Maklumat.

Kemahiran Maklumat ialah kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi mendapatkan dan mengolah maklumat secara cekap dan berkesan.

ii) Aspek-aspek Kemahiran Maklumat : a) Kemahiran Perpustakaan bagi kecekapan

menggunakan pusat sumber yang meliputi antara lain :- lokasi bahan- sistem katalog- susunan buku, majalah, akhbar dll.- bahagian buku, glosari, indeks dll.- menggunakan bahan rujukan- membuat nota kaki dan bibliografi

b) Kemahiran Belajar yang terkandung di dalamnya seperti kemahiran :

- berfikir- membaca- mendengar- melihat- mencatat nota- mengorganisasi dan menyampaikan

maklumat secara betul- membuat renungan dan rumusan

c) Kemahiran Komunikasi ialah kemahiran seperti untuk :- bertanya- menemuramah- memberi pendapat- berbahas- memberi ucapan- menyampaikan laporan

d) Kemahiran Hidup yang melibatkan kecekapan seperti :- mengurus masa- mengurus diri- berinteraksi dan etika- pembelajaran sepanjang hayat

3

Page 4: Perlantikan Guru Pss Sekolah

iii) Modul Pengajaran Kemahiran Maklumat.Bagi sekolah rendah, Penyelaras PSS boleh rujuk :

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan Pusat Sumber Sekolah & Kemahiran Maklumat Untuk Sekolah Rendah : Panduan Pengajaran & Pembelajaran (2002), BTP.

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan Pusat Sumber Sekolah & Kemahiran Maklumat : Sukatan dan Huraian (2002), BTP.

Bagi sekolah menengah, pada peringkat awal ini, buku-buku di atas boleh diguna. Walaubagainanapun, pengubahsuaian perlu dibuat berdasarkan tahap dan pencapaian murid-murid sekolah menengah.

IV) Waktu pengajaran – Mata Pelajaran: 6 hingga 8 waktu

Kemahiran Maklumat: Di dalam waktu persekolahan.- menggunakan waktu perpustakaan yang sedia

ada (terutamanya sekolah rendah)- mengintegrasikan dalam pengajaran

matapelajaran, contohnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dsb.(Catatan: Semasa Guru Penyelaras PSS mengajar, Guru Matapelajaran perlu bersama)

Di luar waktu persekolahan (waktu petang/pagi bagi murid sidang petang/hari Sabtu).

v) Jadual WaktuJadual waktu pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan semua kelas berpeluang mengikuti pengajaran Kemahiran Maklumat.

vi) Pengajaran KolaboratifGuru Penyelaras PSS berkerjasama dengan Guru Matapelajaran dan sama-sama merancang strategi pengajaran dan pembelajaran di mana Guru Matapelajaran menitikberatkan kontent dan Guru Penyelaras PSS menitikberatkan bahan-bahan media yang diperlukan untuk melengkapkan lagi pengisian matapelajaran tersebut.

4

Page 5: Perlantikan Guru Pss Sekolah

4. SURAT-SURAT PEKELILING DAN BUKU-BUKU RUJUKAN

Bagi membantu Guru Penyelaras PSS melaksanakan tugas dengan berkesan, surat-surat pekeliling dan buku-buku rujukan yang berkenaan seperti di bawah boleh dirujuk :

i) Dasar Pemilihan dan Panduan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah (1990), BTP.

ii) Program NILAM : Konsep dan Panduan Pelaksanaan Di Sekolah (1998), BTP.

iii) Standard Q : Penyediaan Minit Mesyuarat (2002), BTP.

iv) Surat KP(BTP-PSP)8810/11/1(03) Kriteria Pemilihan dan Senarai Tugas Guru Perpustakaan/Media Sekolah (6 Julai 2004), BTP.

v) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) 2000 (20 April 2000), KPM.

vi) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca Di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri (19 November 2001), KPM.

vii) Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca (22 Mei 1998), KPM.

viii) Surat Pekeliling Kewangan Bil.5/2002. Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah (16 Oktober 2002), KPM.

ix) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003. Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (26 Julai 2003), KPM.

5