perkhidmatan pengurusan harta

4
PROJEK PENGURUSAN HARTA PPR ISKANDAR (SRI STULANG) KERTAS KERJA CADANGAN KEPERLUAN KENAIKAN CAJ PERKHIDMATAN PENGURUSAN HARTA PPR ISKANDAR (SRI STULANG) UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM DISEDIAKAN OLEH PERNIAGAAN NAEM (0308534T) KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA: KB/D/02/494/357-050877

Upload: mazurah-mohamad-ikhwan

Post on 24-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Penyelengaraan dan Servis Bangunan

TRANSCRIPT

  • PROJEK PENGURUSAN HARTA PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

    KERTAS KERJA

    CADANGAN KEPERLUAN KENAIKAN CAJ PERKHIDMATAN PENGURUSAN HARTA PPR

    ISKANDAR (SRI STULANG)

    UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN

    BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

    DISEDIAKAN OLEH

    PERNIAGAAN NAEM (0308534T)

    KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA: KB/D/02/494/357-050877

  • PROJEK PENGURUSAN HARTA PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

    ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 1 TUJUAN/ OBJEKTIF 1 JUSTIFIKASI KEPERLUAN KENAIKAN CAJ PENGURUSAN 2 KESIMPULAN 2 LAMPIRAN 1 PROFIL SYARIKAT LAMPIRAN 2 PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 LAMPIRAN 3 CADANGAN CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

    HARTA PPR

  • PROJEK PENGURUSAN HARTA PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

    PERDAHULUAN

    Kertas kerja ini dibuat adalah bertujuan untuk memperkenalkan syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan Perniagaan Naem untuk membantu pihak Kerajaan Negeri dalam memelihara hartanah berkeadaan baik dan menyediakan persekitaran yang tenteram dan efisen.

    Sehubungan dengan itu juga, kertas kerja ini dibuat untuk memohon

    kenaikan caj perkhidmatan pengurusan harta PPR iskandar (Sri Stulang) ke jumlah caj sebanyak RM57.00 seunit.

    TUJUAN/ OBJEKTIF Bagi membantu dan memelihara hartanah berkeadaan baik dan menyediakan persekitaran yang tenteram dan efisen, Perniagaan Naem mensasarkan 2 tujuan utama untuk dicapai:-

    1. Kualiti Pada dasarnya, pengurusan harta ini bertujuan untuk

    menyediakan perkhidmatan sokongan bagi mengkoordinasikan pengurusan dan pentadbiran sewaan dan fasiliti. Oleh itu, Perniagaan Naem akan memastikan tujuan berikut dicapai: -

    a. Memastikan bangunan dalam keadaan selamat, kondusif, berkebolehan untuk digunakan disamping mengurangkan penggunaan tenaga.

    b. Mengekalkan kualiti bangunan c. Membuat perancangan yang teratur dan bersepadu kepada

    keperluan operasi dan penyelengaraan.

    2. Keselamatan & Kesihatan Isu keselamatan dan kesihatan sering menjadi isu social, dimana

    ramai masyarakat telah menimbul minat yang aktif terhadapnya. Pihak Perniagaan Naem telah mengunjurkan garis panduan bagi meminimasasikan/ mencegah kemalangan atau penyakit berlaku seperti berikut:-

    a. Mewujudkan prosedur kerja yang mengambil kira keselamatan penghuni, pelawat dan kakitangan.

    b. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan bagi memberi maklumat serta kesedaran untuk penghuni, pelawat dan kakitangan.

  • PROJEK PENGURUSAN HARTA PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

    JUSTIFIKASI KEPERLUAN KENAIKAN CAJ PENGURUSAN Bagi meralisaikan tujuan dan objektif Perniagaan Naem, adalah menjadi keperluan supaya caj pengurusan dinaikan ke RM57.00 seunit. Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara berikut: -

    1. Merujuk kepada subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011 (Akta 732), Perintah Gaji Minimum 2012 menyatakan gaji minima seseorang pekerja ialah RM900 sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing berkuatkuasa 1 Januari 2013.

    2. Kenaikan harga bahan minyak pada September 2013 akan melunjur kepada kenaikan harga peralatan @ bahan-bahan yang berkaitan dengan pembersihan, pengindahan kawasan, kawalan serangga perosak dan penyelengaraan bangunan.

    3. Penanggungan kos pengurusan oleh pihak pengurusan disebabkan

    oleh tunggakan sewa yang terakru oleh penyewa. Dimana pihak pengurusan harta perlu mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang dengan jangkaan kos untuk merealisasiakan perancangan selengaraan yang ditetapkan selain menanggung kos pembayaran bil-bil elektrik, air dan pembentungan yang terhad kepada kegunaan umum/ awam.

    KESIMPULAN Faktor yang penting dalam pengurusan harta adalah memastikan semua penghuni bangunan selesa, selamat dan sihat semasa menghuni sesebuah bangunan. Bagi mencapai faktor tersebut, perkhidmatan yang diberikan perlu mempunyai aspek yang bersepadu dalam perancangan, kewangan, prosedur, peraturan dan piawaian serta sumber manusia. Oleh itu, diharap kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan perhatian positif oleh pihak kerajaan negeri terhadap cadangan justifikasi keperluan kenaikan caj pengurusan.