pembangunan sİstem pengurusan harta · pdf filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk...

22
Prepared by : Jabatan Pengurusan Harta Tanah Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia Funded by : National Institute of Valuation (Inspen) Ministry of Finance Malaysia PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN Dl MALAYSIA (KES KAJIAN : MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)) VOT 68301 NAPREC REAL ESTATE RESEARCH FUND 2003

Upload: trandiep

Post on 07-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

Prepared by :

Jabatan Pengurusan Harta Tanah

Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi

Universiti Teknologi Malaysia

Funded by :

National Institute of Valuation (Inspen)

Ministry of Finance Malaysia

PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA UNTUK PIHAK

BERKUASA TEMPATAN Dl MALAYSIA (KES KAJIAN : MAJLIS

PERBANDARAN KUANTAN (MPK))

VOT 68301

NAPREC REAL ESTATE RESEARCH FUND

2003

Page 2: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA UNTUK PIHAK

BERKUASA TEMPATAN Dl MALAYSIA (KES KAJIAN : MAJLIS

PERBANDARAN KUANTAN (MPK))

VOT 68301

DISEDIAKAN OLEH :

PROF. MADYA DZURLLKARNIAN BIN DAUD

PROF. MADYA DR. BUANG BIN ALIAS

OLIVER VALENTINE EBOY

JABATAN PENGURUSAN HARTA TANAH

FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

UNİVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR.

Page 3: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu sistem pengurusan

harta tanah yang boleh digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia.

Kajian ini dijalankan kerana terdapat permintaan daripada pihak-pihak yang terlibat dalam

pengurusan harta tanah di bahagian yang berkaitan di Majlis-majlis Perbandaran dan Majlis

Daerah di Malaysia. Bagi membangunkan sistem ini, kajian keperluan pengguna telah

dilakukan dengan mengadakan temubual dengan pegawai —pegawai pengurusan

hartatanah di beberapa buah PBT. Daripada temubual yang dijalankan, cirri-ciri sistem

seperti data-data yang perlu disimpan, pangkalan data, antaramuka pengguna, pemprosessan

data dan format-format laporan dapat dikenalpasti. Kemudian, rekabentuk sistem dibuat dan

aturcara / program sistem dibangunkan. Sistem yang telah siap ditulis kemudiannya

diujipakai beberapa kali untuk mempastikan agar fungsi-fungsi yang disediakan dapat

berjalan dengan baik seperti yang telah ditentukan. Antara fungsi-fungsi yang disediakan di

dalam sistem ini adalah seperti fungsi kemasukan data, fungsi pemprosesan data, fungsi

carian data dan fungsi penyediaan laporan.

Ujipakai Sistem Pengursan Harta ini juga telah dibuat oleh Pihak Majlis Perbandaran

Kuantan (MPK) bagi menentukan bahawa Sistem Pengurusan Harta (PMS) ini telah

memenuhi keperluan pengguna. Hasil ujipakai ini menunjukkan bahawa Sistem PMS ini

telah memenuhi kehendak pengguna yang di buat semasa kajian keperluan pengguna

dijalankan di awal kajian. Pihak MPK berpuashati kerana Sistem PMS ini boleh

menjalankan kesemua fungsi-fungsi yang telah dikenalpasti di awal kajian iaitu fungsi-

fungsi kemasukan data, pemprosesan data, carian data, penyediaan data dan fungsi

penyediaan laporan. Sistem PMS ini mampu melaksanakan tugas utama iaitu proses dan

pengurusan kutipan sewa dan juga proses penyenggaraan harta dan aduan kerosakan harta

tanah. Pihak MPK akan menggunapakai S istem PMS ini d alam sedikit m asa lagi apabila

MPK ditugaskan untuk menguruskan sebuah kawasan perumahan yang akan diserahkan

oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Page 4: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN i

ABSTRAK ii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Metodologi Kajian 6

1.7 Susunan Bab 9

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Definisi Pengurusan 11

2.3 Definisi Pengurusan Harta Tanah 12

2.4 Objektif Pengurusan Harta Tanah 14

2.5 Fungsi Pengurusan Harta Tanah 15

2.6 Perisian Visual Basic (VB)

2.7 Definisi VB 25

Page 5: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

2.8 Penggunaan VB Dalam Sektor Harta Tanah 25

2.9 Kesimpulan 26

BAB 111 KAJIAN KES : MPK

3.1 Pengenalan 28

3.2 Kes Kajian 28

3.3 Bahagian Pengurusan Harta Majlis Perbandaran 30

Kuantan (MPK)

3.4 Sistem Maklumat Sewaan MPK 30

3.5 Latar Belakang Kes Kajian 31

3.6 Skop Perkhidmatan MPK 32

3.6.1 Pengurusan Bangunan 33

3.6.2 Penyelenggaraan Bangunan 34

3.6.3 Perancang 34

3.6.4 Pelesenan 34

3.6.5 Kewangan 35

3.6.6 Kejuruteraan 35

3.7 Kaedah Pengurusan Penyewaan di Kuantan 35

3.8 Sistem Maklumat Pengurusan Harta (PMS) 38

3.9 Cadangan Pembangunan PMS 39

3.10 Kesimpulan 41

Page 6: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

BAB IV METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Metodologi Kajian 42

4.3 Kelemahan-kelemahan Utama Sistem Sediada 43

4.4 Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (KHPS) 44

4.4.1 Peringkat Perancangan Konsep 44

4.4.2 Analisis Sistem 44

4.4.3 Pembangunan Prototaip 45

4.4.4 Rekabentuk Sistem 45

4.4.4.1 Model Rajah Hubungan Entiti ERI) 46

4.4.4.2 ObjektifPembentukan ERD 47

4.4.4.3 Kepentingan ERD 47

4.4.4.4 Komponen Utama ERD 48

4.4.4.5 Simbol Yang Digunakan Dalam ERD 50

4.4.4.6 Model Kajian 50

4.4.4.7 Entiti-Entiti Dalam Sistem PMS 52

4.4.4.8 Pengenalpastian Medan-medan Untuk 53

Setiap Table

4.4.4.9 Jenis Perhubungan Antara Entiti 53

4.4.5 Pembangunan Sistem 54

4.4.6 Ujipakai Sistem 54

4.4.7 Implementasi dan Penyenggaraan Sistem 54

4.5 Kajian dan Analisis Keperluan Pengguna 55

4.6 Kriteria Rekabentuk Sistem Pangkalan Data 56

4.7 Pemilihan Perisian Pembangunan Sistem Pengurusan 56

Page 7: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

Harta (PMS)

4.8 Kesimpulan 57

BAB V PEMBANGUNAN SISTEM PMS

5.1 Pendahuluan 58

5.2 Analisis Sistem Pengurusan Sewa MPK 58

5.3 Prinsip Pembangunan Sistem PMS 59

5.4 Cadangan Spesifikasi Peralatan

Dan Perisian Komputer

61

5.5 Pengaturcaraan Sistem 61

5.6 Rekabentuk Pangkalan Data Sistem PMS 62

5.7 Integrasi MS Access dengan Visual Basic 69

5.8 Rekabentuk Sistem PMS 70

5.8.1 Rekabentuk Pangkalan Data Keseluruhan

Sistem PMS

73

5.8.2 Rekabentuk Antaramuka Pengguna — Input data 77

5.8.3 Rekabentuk Antaramuka Pengguna — Output data 77

5.8.4 Rekabentuk Antaramuka Pengguna — Carian data 78

5.8.5 Rekabentuk Antaramuka Pengguna — Penyediaan

Laporan

78

5.9 Kesimpulan 79

BAB VI HASIL SISTEM DAN UJIPAKAI SISTEM PMS

6.1 Pengenalan 80

Page 8: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

6.2 Ujipakai Sistem Cara Pengendalian PMS 80

6.3 Login 81

6.4 Menu Utama 82

Menu Kemasukan Data Baru 83

6.4.2 Menu Carian 84

6.4.3 Menu Pembayaran 85

6.5 Laporan 87

6.6 Maklum Balas Ujipakai Sistem PMS oleh

Pihak MPK

88

6.7 Kesimpulan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN

88

7.1 Pengenalan 90

7.2 Masalah-Masalah Yang dihadapi 90

7.2.1 Proses Pengumpulan Data 91

7.2.2 Proses Analisis Data 91

7.2.3 Proses Rekabentuk 91

7.3 Perbandingan PMS Dengan Sistem Terdahulu 92

7.3.1 Perbandingan Dari Segi Ciri Sistem 92

7.3.2 Perbandingan Dari Segi Fungsi Sistem 93

7.4 Kebaikan Dan Kelemahan Sistem 94

7.5 Rumusan Dari Segi Pencapaian Objektif Kajian 95

7.6 Cadangan Terhadap Kajian Lanjutan 95

7.7 Rumusan 96

Page 9: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

BIBLIOGRAFI 98

LAMPIRAN 1 - Kawasan Kajian 101

LAMPIRAN 2 - Contoh Paparan Antaramuka Menu-menu Sistem PMS 102

LAMPIRAN 3 - User Manual Sistem PMS 110

Page 10: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan komputer dalam bidang pengurusan telah menjadi suatu trend yang semakin

popular. Dalam bidang pengurusan harta tanah, keupayaan dan kebolehan seseorang untuk

menggunakan komputer bukan sahaja merupakan satu keperluan, malah menjadi salah satu syarat

penting untuk seseorang itu bergerak lebih maju dalam bidang kerjayanya.

Penggunaan sistem pengurusan pangkalan data dalam pengurusan harta tanah telah banyak

menjimatkan masa dan kos kerana kerja-kerja penyimpanan data, pemprosesan data dan

penghasilan laporan dapat dijalankan dengan kemas dan tepat. Selain itu, kebolehpercayaan

maklumat yang dijanakan daripada satu sistem pengurusan pangkalan data adalah tinggi kerana ia

berupaya mengesan kesilapan yang berlaku. Tambahan pula, keupayaan sistem pengurusan

pangkalan data untuk melaksanakan arahan yang diberikan dan membuat keputusan berdasarkan

kriteria yang ditentukan telah membantu menjadikan pengurusan harta tanah menjadi lebih efektif.

Bidang harta tanah di negara kita sama ada dalam sektor swasta atau awam juga sedang

giat dalam proses untuk mengkomputerankan pengurusan harta tanah. Sebagai contohnya,

keputusan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di bawah Kementerian Kewangan

untuk melancarkan sistem pengkomputeran secara

REACCESS yang dibangunkan oleh Lim Boon Siang (2001) adalah berasaskan konsep 'Relational Database Management System ' (RDBMS) yang berupaya mengesan masalah Iewahan data (Redundancy ofdata).

Page 11: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

menyeluruh di selulllh pejabat cawangannya menj elang tahun 2003 telah membuktikan betapa

kuatnya pengaruh komputer dalam pengurusan harta tanah.1

Peralatan komputer yang semakin murah di pasaran juga merupakan di antara penyebab

pengurusan data melalui sistem komputer semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, aplikasi sistem pengurusan pangkalan data untuk meringankan beban kerja

pengurusan masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Ini adalah kerana penyimpanan maklumat masih lagi dilakukan secara manual dan aplikasi

penggunaan komputer tidak digunakan sepenuhnya.

Begitu juga dalam bidang pengurusan harta tanah di Majlis-majlis PBT di Malaysia,

penggunaan komputer masih lagi di tahap yang sangat rendah.

Kebanyakan PBT masih menggunakan kaedah manual dalam pengurusan harta tanah mereka.

Kalau ada pun penggunaan komputer dalam amalan pengurusan harta, hanyalah setakat data-data

disimpan dalam MS Excel atau Access. Data-data ini akan dirujuk apabila laporan-laporan perlu

disediakan tetapi proses pengurusan data dibuat secara manual.

Oleh itu, penyelidik akan menjalankan satu kajian terperinci bagi mengenalpasti

keperluan pengguna sebelum merekabentuk sistem dan seterusnya akan membangunkan satu

sistem maklumat yang lengkap iaitu Sistem Pengurusan Harta untuk digunapakai dalam kerja-

kerja pengurusan harta di sesebuah Majlis

PBT.

1.2 Pernyataan Masalah

Untuk menjalankan kajian ini, adalah perlu merujuk kepada kajian-kajian yang telah

dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu dalam bidang pengurusan harta tanah. Kajian ke

atas satu sistem maklumat yang telah dibangunkan untuk tujuan pengurusan bangunan iaitu

'Sistem Penyimpanan Rekod Berkomputer Di Dalam Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan' oleh

Marzuki Ghazali (1993), di

1 http://www.utusan.com.my/utusan/archives/03-10-1999/utusan malaysia/business/bs4 full.htm.

Page 12: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

dapati bahawa sistem tersebut hanya sesuai untuk kegunaan Perbadanan Nasional Berhad (PNB)

pada masa tersebut.

Kajian yang dilaksanakan di Majlis Perbandaran Kemaman (MPKem), didapati amalan

pengurusan harta masih lagi menggunakan kaedah manual samada bagi pengurusan penyewaan

mahupun pengurusan penyenggaraan harta. Kajian yang dilaksanakan ke atas Majlis Perbandaran

Kuantan pula mendapati bahawa urusan penyimpanan rekod penyenggaraan bangunan masih lagi

berorientasikan manual. Kaedah manual yang digunapakai ini melibatkan penggunaan kertas dan

fail yang terlalu banyak disamping pengaplikasian perisian MS Excel yang sangat minima.

Walaubagaimana pun, pengurusan penyewaan harta telah menggunakan sistem berkomputer

Unisys yang diuruskan oleh Bahagian Pelesenan menggunakan komputer utama mereka yang agak

sukar untuk diubahsuai atau ditambah fungsi lain kerana sistem tersebut telah dibangunkan oleh

syarikat komputer secara pakej dengan sistem-sistem lain (e.g. kutipan cukai harta, bayaran gaji,

kutipan bayaran lesen dan lain-lain). Sistem ini mula digunakan sejak tahun 1984 dan jelas sekali

ianya telah terlalu lama dan perlu diganti.

Keadaan ini juga sama bagi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di mana sistem

pengurusan penyewaan sediada diuruskan oleh Bahagian Pelesenan menggunakan sistem utama

mereka manakala sistem pengurusan penyenggaraan masih menggunakan cara manual.

Oleh itu, penyelidik merasakan Sistem Pengurusan Harta (PMS) masih kekurangan dari

segi fungsi dan ciri-ciri yang dibangunkan. Oleh itu, satu sistem pangkalan data pengurusan harta

tanah yang lebih efektif perlu dibangunkan dalam melaksanakan kerja-kerja pengurusan sesebuah

bangunan. Pengurusan harta yang dimaksudkan di sini ialah sistem yang boleh menjalankan bukan

hanya pengurusan penyewaan sahaja malah pengurusan penyelenggaraan, pengurusan aset dan staf

juga diambilkira.

Melalui temubual yang dijalankan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) iaitu temubual

dengan En. Abdul Rashid bin Mohamed dan Majlis Bandaraya Johor

Page 13: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

Bahru (MBJB) iaitu temubual dengan Pn. Syafini binti Mohi, didapati bahawa MPK dan MBJB

memang memerlukan suatu sistem yang mampu menjalankan kedua-dua modul iaitu pengurusan

penyewaan dan pengurusan penyenggaraan harta serentak di dalam suatu sistem PMS.

1.3 Objektif Kajian

Berpandukan kepada pernyataan masalah di atas, terdapat beberapa objektif kajian yang

penting dan perlu dicapai pada akhir kajian ini. Objektif-objektifyang dimaksudkan adalah

seperti berikut:-

i. Mengkaji sistem pengurusan harta di beberapa majlis PBT, iaitu MPKem,

MBJB dan MPK untuk memahami sistem manual yang diamalkan sekarang.

ii. Membuat analisis keperluan pengguna bagi mengenalpasti ciri-ciri dan fungsi penting

yang perlu dimasukkan ke dalam sistem pengurusan harta yang lengkap.

iii. Merekabentllk dan membangunkan satu sistem pengurusan harta tanah berkomputer

mengikut keperluan dan kegunaan majlis PBT yang berkaitan atau pun lain-lain majlis

PBT.

iv. Mengujipakai sistem maklumat pengurusan harta untuk menentukan tahap keberkesanan

sistem tersebut, disamping mencadangkan apa-apa penambahbaikan yang patut dilakukan

untuk tujuan kajian di masa depan.

1.4 Skop Kajian

Dalam kajian Projek ini, Skop kajian akan difokuskan kepada beberapa perkara seperti

berikut:-

Page 14: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

i. Kajian adalah lebih tertumpu kepada keperluan ciri-ciri, fungsi dan data yang sepatutnya

disimpan dalam satu sistem maklumat pengurusan harta tanah.

ii. Pengumpulan maklumat melalui kaedah temubual akan dilaksanakan di Majlis PBT iaitu

Majlis Perbandaran Kemaman (MPKem), Majlis

Perbandaran Kuantan (MPK) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Bagaimana

pun, penyelidikan Pembangunan Sistem (PMS) Pengurusan Harta ini lebih fokus kepada

keperluan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana mereka telah memberikan

komitmen yang lebih dan menunjukkan minat yang tinggi untuk menggunakan Sistem

PMS ini.

iii. Sistem dibangunkan dengan menggunakan kombinasi perisian Access 2000, penggunaan

aturcara VBA (Visual Basic for Application) dan integrasi

Seagate Crystal Report Pro.

iv. Aspek teknikal seperti penggunaan table, query, form, report, macro dan module tidak akan

dibincangkan. Ini bermakna bahawa perbincangan berkaitan rekabentuk aplikasi hanya

tertumpu kepada rekabentuk struktlłr dan hubungan antara entiti sahaja.

1.5 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini, adalah diharapkan PBT-PBT akan dapat menggunakan sistem

PMS ini atau dapat menjadikan hasil kajian ini sebagai liljukan utama bagi PBT berkenaan yang

berhasrat untuk membangunkan sistem PMS sendiri bagi menghasilkan sistem maklumat yang

lebih efektifpada masa depan untuk disesuaikan dengan keperluan sendiri berbanding dengan

sistem maklumat yang sedia ada di pasaran yang dibangunkan tanpa membuat kajian keperluan

pengguna di PBT yang berkenaan.

Selain itu, hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan akademik kepada pelajar-

pelajar, dalam membuat kajian di masa depan demi menghasilkan kajian yang lebih baik dan lebih

canggih mengikut peredaran teknologi di masa depan.

Page 15: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

1.6 Metodologi Kajian

Kajian Projek ini dapat dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu :-

a) Peringkat Pertama

Dalam peringkat ini, kaedah yang terlibat adalah seperti yang berikut :-

i. Penyelidikan masalah kajian

Dalam menentukan keperluan satu sistem maklumat pengurusan harta di MPK, adalah

perlu dijalankan kajian awal bagi mengetahui apakah masalah-masalah yang timbul iaitu

dengan menemubual pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan pengurusan

harta di MPK dan

MBJB.

ii. Pembentukan pernyataan masalah

- Setelah mengenalpasti isu yang timbul, satu pernyataan masalah akan dibentuk, iaitu

wujudnya kekurangan dan kelemahan dalam sistem pengurusan pangkalan data sedia

ada yang dijalankan secara manual.

iii. Penentuan Objektif kajian

- Berdasarkan pemyataan masalah yang dibentuk, objektifkajian akan dikenalpasti.

Terdapat empat objektif yang telah digariskan untuk dicapai pada akhir kajian ini

seperti yang diterangkan pada bahagian

iv. Penentuan Skop kajian

- Skop kajian juga ditentukan supaya kajian yang dibuat berada dalam lingkungan

keupayaan dan kemampuan penyelidik.

v. Kaedah kajian

Page 16: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

- Kaedah yang sesuai dan efektif perlu dikenalpasti supaya objektif kajian

yang dibuat dapat dicapai. Penerangan lanjutan akan dibuat di peringkat

kedua.

b) Peringkat Kedua

Peringkat ini merupakan peringkat pengumpulan data. Oleh itu, ia melibatkan

pengenalpastian data dan maklumat yang diperlukan untuk mencapai objektif yang

digariskan. Peringkat ini merupakan bahagian terpenting dalam kajian ini. Untuk

sumber data, ia boleh dikategorikan kepada dua, iaitu data primer dan data

sekunder.

i. Data Primer — Analisis Keperluan Pengguna (Temubual dengan pengguna) Ia

merupakan data-data yang dikumpul daripada temubual yang dijalankan di MPK

dan MBJB. Matlamat utama soal-selidik dijalankan adalah untuk mengenalpasti

ciri-ciri, fungsi dan jenis maklumat yang diperlukan dalam satu sistem maklumat

pengurusan harta yang ideal. Maklumat ini adalah penting untuk memastikan

bahawa sistem maklumat pengurusan harta yang dibangunkan dapat membantu

pihak MPK mengendalikan bangunannya. Selain itu, penyelidik akan cuba

mengemukakan cadangan yang bernas dan dapat memberi manfaat kepada pihak

pengurusan untuk menjadikan sistem tersebut lebih efektif.

ii. Data sekunder (Kajian Literatur)

- Data jenis ini diperolehi melalui pembacaan. Contoh-contoh sumber bacaan

adalah seperti Access 2000, Visual Basic Application (VBA) dan buku-buku

aturcara Visual Basic. Dengan itu, penyelidik dapat mengenalpasti ciri-ciri dan

fungsi yang boleh diintegrasikan dalam rekabentuk sistem.

- Selain itu, bahan rujukan yang berkaitan dengan rekabentuk pangkalan data juga

dirujuk. Ini penting kerana penyelidik perlulah memahami bahawa aspek

perhubungan (relationship) mełmpakan intipati dalam pembangunan satu sistem

maklumat yang lengkap.

Page 17: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

c) Peringkat ketiga

Peringkat ini merupakan peringkat penganalisaan data. Maklumat yang didapati pada

peringkat kedua akan dianalisis untuk dijadikan landasan dalam membangunkan sistem

baru. Pada peringkat ini, penyelidik telah berupaya menjawab pelbagai persoalan yang

timbul seperti .

i. Apakah ciri-ciri, fungsi dan data yang sepatutnya disediakan?

ii. Adakah keperluan pihak pengurusan harta telah dipenuhi dengan amalan sistem

pengurusan pada masa sekarang?

iii. Adakah sistem pangkalan data yang akan dibangunkan itu dapat meringankan beban

kerja pengguna?

d) Peringkat keempat

Proses rekabentuk sistem bermula dan proses ini akan mengambilkira peralatan

komputer yang ada digunakan oleh pihak pengurusan. Ketepatan data, kepelbagaian

fungsi dan ciri-ciri sistem akan menjadi konsep utama sistem pangkalan data.

e) Peringkat kelima

Sistem yang telah siap dibangunkan akan diujipakai untuk mengetahui tahap keberkesanan

sistem maklumat untuk mengendalikan urusan penyewaan dan penyenggaraan bangunan.

Melalui ujipakai yang dilakukan, penyelidik berupaya mendapat maklum balas daripada

pihak-pihak tertentu supaya kelemahan sistem dapat dikenalpasti.

Ujipakai dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu ujipakai permulaan dijalankan oleh

penyelidik sendiri. Ini adalah perlu supaya semua fungsi yang dibangunkan dapat berjalan

dengan baik sebelum dipersembahkan di MPK.

Page 18: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

Selepas itu, penyelidik akan menjalankan ujipakai di MPK. Peringkat ini adalah amat

penting kerana penyelidik dapat mengetahui sejauh mana sistem yang dibangunkan

diterima oleh pihak MPK. Tambahan pula, segala komen dan cadangan yang diberikan

adalah amat berguna kepada penyelidik dan juga para pelajar lain untuk merekabentuk

sistem yang lebih sempurna pada masa depan. Gambaran ringkas mengenai metodologi

kajian ini adalah seperti di Rajah 1.1.

1.7 Susunan Bab

Laporan ini telah dibahagikan kepada enam (7) bab kesemuanya. Bab satu (1) terdiri

daripada pengenalan kajian. Ia menerangkan latar belakang kajian secara ringkas, permasalahan

yang dihadapi, objektifkajian, Skop kajian, kepentingan kajian dan metodologi kajian yang

digunakan.

Bab dua (2) berkaitan dengan kajian literatur yang meliputi perkara-perkara pengurusan

harta tanah yang terlibat di dalam kajian secara umumnya.

Bab tiga (3) berkaitan dengan latar belakang kes kajian iaitu MPK. Penyelidik

akan menerangkan bagaimana pengurusan sesebuah bangunan dilaksanakan

Bab empat (4) akan membincangkan rekabentuk pangkalan data yang dilakukan,

penyelidik juga dapat mengenalpasti ciri-ciri dan fungsi yang perlu dimasukkan bagi

menghasilkan satu sistem maklumat pengurusan harta yang lengkap.

Bab lima (5) membincangkan pembangunan sistem baru untuk pengurusan harta tanah.

Segala fungsi, ciri-ciri dan struktur sistem akan dinyatakan.

Bab enam (6) menerangkan tentang penggunaan sistem maklumat pengurusan harta yang

dibangunkan. Huraian hasil sistem termasuklah penggunaan borang, laporan, cara mencapai data

dan sebagainya.

Page 19: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

Bab tujuh (7) menerangkan tentang huraian keseluruhan penyelidikan ini dengan membuat

kesimpulan dan cadangan untuk penyelidikan ini.

Rajah 1.1: Cartalir Metodologi Kajian

Page 20: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

BIBLIOGRAFI

Chua, C. Y. (2000). A Step-By-Step Guide : Visual Basic 6. Federal Publications Sdn. Bhd.,

Malaysia.

Crofts, M. (1989). Public Land Management — Land Audits and Asset Rents. Estates

Gazette.

Davis, H. (2000). Visual Basic 6. Peachpit Press, California.

Deakin, M. (2000). Property Asset Management : Towards a Pro-Investment Form. Journal of

Financial Management of Property and Construction.

Deakin, M. (2004). Property Management : Corporate Strategies, Financial Investments and

The Urban Environment. Ashgate Press, Aldershot.

DeCarlo, J. (1997). Property Management. Upper Saddle River, New Jersey.

Deitel, H. (1999). Visual Basic 6 : How to Program. Upper Saddle River, New Jersey.

Eliason, A. (1999). Visual Basic 6 : Environment, Programming and Applications.

Indianapolis.

French, N. (1994). Asset Registers and Asset Rents for Local Authorities: A Viable Property

Management Tool. Ashgate Press, Aldershot.

Goh, B. Y. (2002). Pembangunan Sistem Pengurusan Penyewaan (SMPP). Universiti

Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.

Hsia, M. (1989). User-Oriented Property Management Systems. Property Management, Vol 7.

James, D. (1980). Pronciples ofReal Estate Management. Institute of Real Estate

Management, Chicago.

Page 21: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

James, S. (1987). Analysis and Design ofInformation Systems. McGraw Hill Book Company.

Jenkins, D. dan Gronow, S. (1989). IT in Local Government Property Management.

Estates Gazette.

Jerome, K. (1987). Management Information Systems. Third Edition, Prentice Hall of India.

John, S. (1991). New Computer Software Helps Keep Track Of Commercial Properties.

Fairfield County Business Journal.

Johnson, Chris (2004), "Basic Research Skills in Computing Science", di

http://www.dcs.gla.ac.uk/-johnson/teaching/research skills/basics.htm.

Liew Kuo Ching (1997), "Pembangunan Sistem Maklumat Transaksi Harta Tanah", Tesis

Sarjana Muda, UTM, Skudai, Johor.

Marzuki Ghazali (1993), "Pembangunan sistem maklumat penyenggaraan harta untuk

Perbadanan Nasional Berhad", Tesis Sarjana Muda, UTM, Skudai, Johor.

Mike, M. dan Irene, M. (1988). How to Buy and Manage Rental Properties. A Fireside Book,

New York.

Partington, M. (1980). Landlord and Tenant. Weidenfeld and Nicholson, London.

Prandi, M. (2005). The Unofficial Guide to Managing Rental Property. Hoboken, New Jersey.

Roger, S. (2002). Software Engineering : A Practitioner's Approach. McGraw Hill

International, Singapura.

Saidi Atan (1996). Pembangunan Sistem Maklumat Untuk Unit Perolehan RISIDA. Universiti

Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.

Page 22: PEMBANGUNAN SİSTEM PENGURUSAN HARTA · PDF filepembangunan sİstem pengurusan harta untuk pihak berkuasa tempatan dl malaysia (kes kajian : majlis perbandaran kuantan (mpk)) vot 68301

Scarrett, D. (1993). Property Management. E&FN Spon, London.

Scarrett, D. (1995). Property Asset Management. E&FN Spon, London.

Senn, James A. (1984), :"Analysis and Design of Information Systems"

Tang, S. W. (2003). Pembangunan Sistem Automasi Penilaian Harta Tanah. Universiti

Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.

Veale, P. (1988). Managing Corporate Real Estate Assets. Massachussets Institute of

Technology, Cambridge MA.

William, W. (1983). The Practice ofReal Estate Management. Institute of Real Estate

Management, Chicago.

http://www.utusan.com.my/utusan/archives/03-10-1999/utusan malaysia/business/bs4

full.htm.