perkembangan suku keempat 2005 - bank negara … · 2008-09-23 · perkembangan suku keempat 2005...

16
178 PERKEMBANGAN SUKU KEEMPAT 2005 Keadaan Ekonomi Antarabangsa Pertumbuhan negara perindustrian bercampur-campur pada suku keempat, manakala pertumbuhan negara serantau bertambah kukuh Pertumbuhan ekonomi global bercampur-campur pada suku keempat. Kadar pertumbuhan di Amerika Syarikat (AS) menjadi sederhana disebabkan oleh faktor- faktor khas, manakala pemulihan ekonomi di Jepun dan kawasan euro berterusan. Di rantau Asia, pertumbuhan di Republik Rakyat China (RR China) kekal kukuh, sementara pertumbuhan di beberapa negara serantau yang lain bertambah kukuh. Pada suku keempat, ekonomi AS berkembang pada kadar yang lebih sederhana iaitu sebanyak 1.1% (S3 2005: 4.1%). Pembelian kenderaan bermotor berkurang dengan ketara berikutan berakhirnya tempoh diskaun khas yang ditawarkan semasa suku ketiga. Pelaburan perniagaan turut terjejas akibat gangguan dalam penghantaran pesawat udara ekoran mogok. Selain itu, pengurangan dalam perbelanjaan pertahanan negara menyebabkan perbelanjaan kerajaan menjadi negatif. Eksport bersih turut mengurangkan kadar pertumbuhan dengan defisit eksport mencapai rekod baru disebabkan terutamanya oleh kenaikan import minyak akibat Taufan Katrina. Sementara itu pertumbuhan ekonomi Jepun bertambah kukuh dan berkembang sebanyak 5.5% (S3 2005: 1.4%), iaitu kadar pertumbuhan paling pesat dalam tempoh lima tahun. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih tinggi disebabkan oleh penggunaan swasta dan pelaburan yang menjadi kukuh berikutan pendapatan dan keuntungan syarikat yang semakin meningkat. Eksport yang lebih tinggi turut menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih kukuh. Sementara itu, indeks harga pengguna teras (tidak termasuk makanan segar) meningkat berturut-turut pada bulan November dan Disember, manakala pengeluaran perindustrian terus berkembang. Di kawasan euro, pertumbuhan kukuh sedikit pada suku keempat, iaitu pada 1.7% (S3 2005: 1.6%). Pertumbuhan terus disokong oleh permintaan luar negeri manakala perbelanjaan pengguna masih lembap. Di United Kingdom (UK), anggaran awal menunjukkan prestasi pertumbuhan adalah pada kadar 1.7% pada suku keempat (S3 2005: 1.7%).

Upload: vutruc

Post on 20-May-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

178

PERKEMBANGAN SUKU KEEMPAT 2005

Keadaan Ekonomi Antarabangsa

Pertumbuhan negara perindustrianbercampur-campur pada suku keempat,manakala pertumbuhan negara serantaubertambah kukuh

Pertumbuhan ekonomi globalbercampur-campur pada suku keempat.Kadar pertumbuhan di Amerika Syarikat (AS)menjadi sederhana disebabkan oleh faktor-faktor khas, manakala pemulihan ekonomi diJepun dan kawasan euro berterusan. Dirantau Asia, pertumbuhan di Republik RakyatChina (RR China) kekal kukuh, sementarapertumbuhan di beberapa negara serantauyang lain bertambah kukuh.

Pada suku keempat, ekonomi ASberkembang pada kadar yang lebih sederhanaiaitu sebanyak 1.1% (S3 2005: 4.1%).Pembelian kenderaan bermotor berkurangdengan ketara berikutan berakhirnya tempohdiskaun khas yang ditawarkan semasa sukuketiga. Pelaburan perniagaan turut terjejasakibat gangguan dalam penghantaranpesawat udara ekoran mogok. Selain itu,pengurangan dalam perbelanjaan pertahanannegara menyebabkan perbelanjaan kerajaanmenjadi negatif. Eksport bersih turutmengurangkan kadar pertumbuhan dengandefisit eksport mencapai rekod barudisebabkan terutamanya oleh kenaikan importminyak akibat Taufan Katrina. Sementara itupertumbuhan ekonomi Jepun bertambahkukuh dan berkembang sebanyak 5.5% (S32005: 1.4%), iaitu kadar pertumbuhan paling

pesat dalam tempoh lima tahun. Pertumbuhanini didorong oleh permintaan dalam negeri yanglebih tinggi disebabkan oleh penggunaanswasta dan pelaburan yang menjadi kukuhberikutan pendapatan dan keuntungan syarikatyang semakin meningkat. Eksport yang lebihtinggi turut menyumbang kepada pertumbuhanyang lebih kukuh. Sementara itu, indeks hargapengguna teras (tidak termasuk makanansegar) meningkat berturut-turut pada bulanNovember dan Disember, manakalapengeluaran perindustrian terus berkembang.Di kawasan euro, pertumbuhan kukuh sedikitpada suku keempat, iaitu pada 1.7% (S3 2005:1.6%). Pertumbuhan terus disokong olehpermintaan luar negeri manakala perbelanjaanpengguna masih lembap. Di United Kingdom(UK), anggaran awal menunjukkan prestasipertumbuhan adalah pada kadar 1.7% padasuku keempat (S3 2005: 1.7%).

179

Dasar monetari global teruscenderung kepada pengetatan. FederalReserve Board (Fed) AS terus menaikkankadar faedah sebanyak 25 mata asas setiapkali pada bulan November, Disember danJanuari, lalu menjadikan kadar dana Fedkepada 4.50%. Dalam pernyataan dasarmonetarinya pada bulan Disember, Fed tidaklagi menyebut istilah “akomodatif” yang seringdigunakan, lantas menandakan bahawa kadarfaedah telah meningkat hampir kepada kadarneutral daripada kadar rendah 1% padapertengahan tahun 2004. Sementara itu,European Central Bank (ECB) menaikkankadar pembiayaan semula utama sebanyak25 mata asas kepada 2.25% pada 1Disember, iaitu peningkatan kali pertamadalam masa lima tahun.

Harga minyak mentah globalmenurun sedikit daripada paras tertingginyayang dicatat pada akhir bulan Ogos danberada sekitar USD60 setong pada sukukeempat. Keadaan cuaca yang sederhana diHemisfera Utara, pemulihan pengeluaranminyak AS di Teluk Mexico dan stok minyak ASyang mencukupi, kesemuanya telahmengurangkan kebimbangan terhadapkekurangan bekalan minyak. Namun begitu,harga minyak terus disokong oleh faktor-faktorasas seperti permintaan yang kukuh,terutamanya dari AS dan RR China, bekalanyang ketat, kekurangan kapasiti penapisan,risiko keadaan cuaca yang buruk serta risikogeopolitik di beberapa buah negara pengeluarminyak.

Pertumbuhan ekonomi di rantau Asiaterus kukuh dengan pertumbuhan lebih kukuhdi RR China dan prestasi negara serantau

yang lain yang bertambah baik. Pertumbuhandi Singapura, Filipina dan Korea lebih kukuhpada suku keempat berbanding denganprestasi pada suku ketiga. Eksport teruskukuh hasil pemulihan permintaan yangberterusan terhadap barangan elektrik danelektronik. Dari segi sektor, sektorperkhidmatan dan perkilangan kekal sebagaipemacu pertumbuhan.

Sementara itu, inflasi di kebanyakannegara serantau terus meningkat berbandingdengan suku ketiga disebabkan harga minyakyang lebih tinggi dan kesan sampingan (pass-through) daripada penghapusan penuh/sebahagian subsidi minyak. Untuk mengawalkenaikan inflasi dan mengehadkan kesanpusingan kedua, Indonesia, Korea, Thailanddan India telah menaikkan kadar faedah.

Dalam pasaran pertukaran asing,dolar AS menjadi kukuh berbanding denganmata wang utama, iaitu euro, sterling dan yen,disokong oleh perbezaan kadar faedah yang

180

berpihak kepada dolar. Sementara itu, nilaikebanyakan mata wang serantau meningkatberikutan dasar monetari yang lebih ketatserta aliran masuk modal ke pasaran ekuiti.Peso Filipina mencatat kenaikan nilai tertinggidisokong oleh penghantaran balik wang yangmencapai tahap tertinggi yang dianggarkansebanyak USD10 bilion oleh pekerja Filipina diluar negara serta sentimen pelabur yangbertambah baik berikutan kedudukan fiskalyang bertambah baik. Selepas naik nilaisebanyak 2.1% pada bulan Julai sejakperubahan rejim kadar pertukaran, yuan naiknilai lagi sebanyak 0.5%.Spekulasi bahawayuan akan naik nilai lagi berkekalan sepanjangtahun.

Perkembangan ekonomi Malaysia

Pertumbuhan ekonomi didorong olehsektor perkilangan dan perkhidmatan

Pada suku keempat 2005, ekonomiMalaysia berkembang dengan pertumbuhansebanyak 5.2% (S3 2005: 5.3%), disokongterutamanya oleh sektor perkilangan danperkhidmatan. Selepas mencatatpertumbuhan perlahan pada separuh tahunpertama akibat kitaran menurun industrisepara konduktor global, sektor perkilanganmenunjukkan tanda-tanda pemulihan yangketara pada suku keempat 2005. Nilaiditambah sektor perkilangan tumbuh denganlebih nyata sebanyak 7.3% (S3 2005: 3.5%),lantas menyumbang sebanyak 2.3 mataperatusan kepada pertumbuhan KDNK secarakeseluruhan. Prestasi kukuh sektor inididorong oleh peningkatan yang nyata dalamindustri keluaran elektronik dan elektrik, danturut diperkukuh oleh pengembangan yang

lebih ketara dalam industri keluaran kimia,tekstil, kelengkapan pengangkutan dankeluaran petroleum. Pada masa yang sama,pertumbuhan sektor perkhidmatan terusberkembang sebanyak 6%, disokong olehaktiviti penggunaan yang kukuh, di sampingprestasi yang menggalakkan dalam sektorperdagangan dan aktiviti perniagaan,termasuk kewangan. Sementara itu, sektorpertanian dan perlombongan mencatatprestasi yang lebih lemah pada suku tersebutdisebabkan oleh pengeluaran komoditi utamayang lebih rendah.

Pertumbuhan sektor perkilangan lebihkukuh

Pertumbuhan nilai ditambah sektorperkilangan menjadi kukuh kepada 7.3%(S3 2005: 3.5%) pada suku keempat 2005,mencerminkan peningkatan pengeluaranindustri berorientasikan eksport (8.7%,S3 2005: 4.6%) dan industri berorientasikanpasaran dalam negeri (-1.0%, S3 2005:-1.9%).

181

Pengembangan yang lebih kukuhdalam industri berorientasikan eksportdidorong terutamanya oleh peningkatan dalamindustri elektronik dan elektrik (10.4%, S32005: 4%), sejajar dengan pemulihan jualansepara konduktor sedunia. Industri elektronikdan elektrik tempatan memperoleh manfaatdaripada permintaan yang kukuh terhadapkomputer riba, disebabkan oleh sistem tanpawayar yang semakin popular serta permintaansedunia yang bertambah baik terhadap cipuntuk pelbagai aplikasi termasuk segmenautomotif dan telekomunikasi. Pengeluaranindustri keluaran kimia kekal kukuh danberkembang 11.6% (S3 2005: 8.6%), didorongterutamanya oleh permintaan luar negeri yangmenggalakkan terhadap keluaran plastikbuatan Malaysia. Sementara itu, industri tekstildan pakaian terus berkembang pada suku

terakhir 2005 (8.6%, S3 2005: 6.4%),sebahagiannya disebabkan oleh permintaanyang meningkat dari Amerika Syarikat (AS)memandangkan kuota yang dikenakan olehpihak berkuasa AS terhadap keluaran tekstilbuatan China telah dipenuhi sejak bulan Julai2005.

Peningkatan dalam pengeluaranindustri berorientasikan pasaran dalamnegeri disebabkan terutamanya oleh prestasikukuh industri kelengkapan pengangkutan(15.4%, S3 2005: 12.7%) dan keluaranpetroleum (13.5%, S3 2005: 5.2%).Pertumbuhan pengeluaran yang lebih tinggibagi industri kelengkapan pengangkutanmencerminkan pengukuhan dalam jualankenderaan penumpang pada suku keempat,disokong oleh pertumbuhan pendapatan yangberterusan, pakej pinjaman yang menarikserta pelancaran kelainan model sedia adayang baru. Sementara itu, pengeluarankeluaran petroleum yang meningkatdisebabkan oleh aktiviti penapisan minyakmentah yang pesat dan pengeluaran minyakpelincir yang tinggi. Industri yang berkaitandengan sektor pembinaan terus lembapekoran prestasi sektor pembinaan yanglemah.

Kadar penggunaan kapasiti sektorperkilangan secara keseluruhan kekal mapanpada tahap 75% pada suku keempat (S3:2005: 76%) dengan industri berorientasikaneksport dan pasaran dalam negeri masing-masing beroperasi pada tahap 78% dan 72%(S3 2005: masing-masing 78% dan 73%).

182

Nilai ditambah sektor perkhidmatanterus berkembang sebanyak 6% pada sukukeempat (S3 2005: 7.3%), mencerminkanpengembangan dalam kesemua subsektor.Subsektor perdagangan borong dan runcit,hotel dan restoran terus kukuh pada kadar7.1% (S3 2005: 10.0%). Bayaran bonus danJualan Akhir Tahun (1 Disember 2005 hingga31 Januari 2006), yang merupakan programbaru yang dilancarkan oleh KementerianPelancongan, telah merangsang pembeliandan perbelanjaan oleh pengguna danpelancong. Segmen kereta bermotor dalamindustri perniagaan pengedaran juga kukuh,disokong oleh pertumbuhan dua angka dalamjualan pada suku itu (14.1%; S3 2005: 9.7%).Subsektor kewangan, insurans, harta tanahdan perkhidmatan perniagaan turutberkembang (5.5%; S3 2005: 6.5%), disokongoleh aktiviti pemberian pinjaman bank yangmeningkat serta pertumbuhan yang lebihtinggi dalam pendapatan berasaskan fi. Disamping itu, terdapat pengembangan dalamaktiviti perbankan Islam apabila tiga buah anaksyarikat bank Islam dan sebuah bank Islamasing baru mulai beroperasi pada tahun 2005.

Subsektor pengangkutan,penyimpanan dan perhubungan berkembangsebanyak 5.5% disokong oleh pertumbuhankukuh industri telekomunikasi dan aktivitipengangutan yang lebih tinggi. Prestasi kukuhindustri telekomunikasi berkembang pesat,mencerminkan peningkatan langganan danpenggunaan perkhidmatan data dan suaradalam segmen selular. Kadar penembusanselular meningkat kepada 74.1% pada akhirtahun 2005 daripada 66.8% pada akhir bulanSeptember 2005, manakala trafik khidmatpesanan ringkas (SMS) meningkat 157.9%pada suku itu. Sementara itu, pertumuhanpesat segmen pengangkutan adalahdisebabkan peningkatan jumlah kargoberikutan peningktan aktiviti perdagangan(10.3%; S3 2005: 8.0%). Subsektorperkhidmatan Kerajaan dan utiliti terus mapandengan sokongan daripada emolumen yangbertambah dan penggunaan elektrik yangmapan pada suku keempat.

183

Prestasi sektor komoditi lebih lemahekoran keadaan cuaca yang buruk

Sektor komoditi utama mencatatprestasi yang lebih lemah pada suku keempat2005, sebahagiannya disebabkan oleh paraspengeluaran yang tinggi pada tempoh yangsama tahun 2004 dan sebahagian lagi olehfaktor berkaitan cuaca. Pertumbuhan sektorpertanian dan perlombongan terjejasdisebabkan oleh pengeluaran lebih rendahkomoditi utama seperti minyak sawit, getah,minyak mentah dan gas asli, serta aktiviti lainseperti penanaman padi, perikanan danpenanaman koko.

Dalam sektor pertanian, pengeluaranminyak sawit mentah merosot 6% kepada 3.7juta tan (S3 2005: +0.2%). Pengurangan inidisebabkan keseluruhannya oleh hasil tandanbuah segar (FFB) yang lebih rendahberbanding dengan hasil FFB yang nyata lebihtinggi pada tempoh yang sama pada tahun2004. Hasil FFB merosot 8.3% kepada 4.76tan sehektar (S4 2004: 5.19 tan sehektar). Di

samping itu, keadaan cuaca yang buruk jugamenjejaskan aktiviti tuaian pada akhir sukutersebut. Pengeluaran getah juga merosot4.5% disebabkan oleh hujan yang menghalangaktiviti penorehan oleh pekebun kecil yangmencakupi 95% daripada jumlah pengeluarangetah di Malaysia. Dalam keadaan bekalanyang ketat di negara pengeluar utama, disamping kenaikan harga getah tiruan ekorankenaikan harga minyak mentah, harga getahMalaysia menjadi kukuh dengan ketara kepada

184

purata 605 sen sekilogram (S3 2005: 552 sensekilogram). Keluaran tanaman padi juga lebihrendah pada suku itu disebabkan keadaancuaca yang buruk yang telah menjejaskanpengeluaran tanaman tersebut. Keadaan inidiimbangi sebahagiannya oleh prestasisubsektor ternakan yang lebih baik, disokongoleh permintaan dalaman dan luaran yangkukuh pada suku tersebut.

kaki padu standard sehari disebabkan olehpermintaan yang lebih rendah daripadapembeli luar negeri utama.

Aktiviti pembinaan mengalamikemerosotan yang semakin kecil

Aktiviti pembinaan merosot tetapi padakadar yang lebih perlahan iaitu 0.6% padasuku keempat 2005 (S3 2005: -1.4%).Walaupun subsektor kejuruteraan awam kekallembap, subsektor kediaman dan bukankediaman terus berkembang. Subsektorkediaman disokong oleh minat yangberterusan terhadap harta tanah baru,khususnya di lokasi-lokasi utama. Subsektorbukan kediaman, terutamanya segmenpejabat dan runcit, disokong oleh aktivitiperniagaan yang kukuh. Kadar penghuniandan sewa bagi segmen-segmen ini kekalmenggalakkan pada suku itu.

Sektor perlombongan terjejas akibatkemerosotan pengeluaran minyak mentah dangas asli. Keluaran minyak mentah (termasukkondensat) merosot 3% kepada 751,038 tongsehari pada suku keempat sebahagiannyadisebabkan oleh asas pengeluaran yang tinggipada suku keempat 2004 (S4 2004: 774,191tong sehari). Walau bagaimanapun,pengeluaran minyak mentah lebih tinggiberbanding dengan paras pengeluaran padasuku sebelumnya, iaitu 745,178 tong sehari.Bagi gas asli pula, pengeluarannya merosotsedikit, iaitu sebanyak 0.5% kepada 5,838 juta

Permintaan dalam negeri didorong olehaktiviti sektor swasta

Permintaan dalam negeri terusmeningkat pada suku keempat 2005, denganberkembang sebanyak 7.3% (S3 2005: 9.4%).

185

Pengembangan aktiviti sektor swasta terusmemacu pertumbuhan pada suku itumeskipun tahap harga secara amnya lebihtinggi dan kadar faedah meningkat.

dengan peningkatan keyakinan pengguna.Indeks Sentimen Pengguna InstitutPenyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)meningkat 13.6 mata kepada 116.1 mata padasuku keempat (S3 2005: 102.5 mata), yangmenunjukkan bahawa penggunaberpandangan lebih optimistik terhadapprospek ekonomi, tahap pendapatan danprospek pekerjaan. Penggunaan awamadalah lebih tinggi (12.8%, S3 2005: 5.9%)disebabkan terutamanya oleh peningkatanperbelanjaan atas emolumen, bekalan danperkhidmatan serta pertahanan.

Penggunaan swasta terusmemberangsangkan dengan mencatatpertumbuhan 9% pada suku keempat (S32005: 10.4%). Hampir kesemua penunjukpenggunaan utama menunjukkanpengembangan yang berterusan dalampenggunaan swasta, termasuk pertambahannilai transaksi kad kredit, pengeluaranpinjaman kredit penggunaan dan importbarangan penggunaan. Perbelanjaanpengguna yang kukuh itu disokong oleh faktoryang meningkatkan prospek pendapatanseperti peningkatan pasaran pekerjaan,pembayaran bonus akhir tahun, hargakomoditi yang tinggi dan perolehan eksportyang kukuh. Berdasarkan faktor-faktor ini,ditambah pula dengan promosi yang diadakansempena hari perayaan dan cutipersekolahan, telah mendorong perbelanjaansektor isi rumah pada suku itu. Pertumbuhanpenggunaan swasta juga adalah sejajar

Pertumbuhan pembentukan modaltetap kasar mencatatkan pertumbuhansebanyak 0.4% (S3 2005: 9.6%).Perbelanjaan modal sektor swasta kekalkukuh seperti yang ditunjukkan olehpeningkatan import jentera dan kelengkapanuntuk kegunaan sektor perkilangan danminyak dan gas huluan. Aktiviti pelaburandalam negeri bagi sektor perkilangan danminyak dan gas juga disokong oleh aliranmasuk pelaburan langsung asing yangberterusan pada suku keempat. Penunjukpelaburan utama yang lain, iaitu pinjamanyang diberikan kepada sektor perniagaan danpenjualan kenderaan komersial, juga

186

mencerminkan perbelanjaan pelaburan sektorswasta yang mapan. Indeks KeadaanPerniagaan MIER terus melebihi tanda aras100 mata sejak suku pertama 2005 (100.5mata, S3 2005: 102.7 mata), yangmenandakan keyakinan perniagaan kekalberdaya tahan. Sementara itu, perbelanjaanpembangunan Kerajaan Persekutuan terusmeningkat, dengan sebahagian besarperbelanjaan disalurkan kepadapembangunan kawasan pertanian dan luarbandar, penyediaan perkhidmatan pendidikanserta penyelenggaraan dan pembinaan jalanraya dan jambatan.

Pertumbuhan tahunan Indeks HargaPengeluar (IHPR) menjadi sederhana kepada7.1% (9% pada S3 2005) disebabkan olehkenaikan yang lebih perlahan dalam kategoriyang berkaitan dengan komoditi dan yangtidak berkaitan dengan komoditi.Penyederhanaan dalam IHPR bagi kategoriyang berkaitan dengan komoditi terutamanyadisebabkan oleh kenaikan harga minyakmentah yang lebih perlahan pada suku itu.Walau bagaimanapun, tidak termasukkomoditi, IHPR menjadi lebih sederhanakepada 1.7% (2.4% pada S3 2005),terutamanya disebabkan oleh kenaikan yanglebih perlahan dalam IHPR bagi makanan danbinatang hidup, barangan perkilangan danbarangan yang berkaitan dengan keluarankimia.

Inflasi kekal tidak berubah pada sukukeempat

Kadar tahunan inflasi, seperti yangdiukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP),kekal tidak berubah pada 3.4% pada sukukeempat2 (3.4% pada S3 2005). Walaupunterdapat penyederhanaan dalam kenaikanharga minuman dan tembakau sertapengangkutan dan perhubungan, hampirkesemua kategori IHP mencatat peningkatanberikutan berakhirnya kesan pelarasan hargapada tahun 2004.

Keadaan pasaran pekerja terusbertambah baik dengan bilangankekosongan jawatan meningkat danbilangan pencari kerja yang belumditempatkan serta pemberhentianpekerja menurun

2 Pengiraan dibuat berdasarkan asas rujukan tempoh IHP yang sebelumnya (2000 = 100).

187

Pada suku keempat, keadaan pasaranpekerja terus bertambah baik dengan bilangankekosongan jawatan baru jauh melebihibilangan pencari kerja yang belumditempatkan dan pemberhentian pekerja.

Jumlah kekosongan jawatan bagi sukukeempat yang dilaporkan kepada pihakberkuasa mencatat peningkatan tertinggisebanyak 182,838 jawatan, jauh lebih tinggidaripada jumlah tertinggi yang dilaporkansebelum ini pada suku ketiga (77,578jawatan). Lebih banyak kekosongan jawatandicatat dalam semua sektor ekonomi utama,terutamanya sektor perkilangan. Pada masayang sama, bilangan pencari kerja berdaftaryang belum ditempatkan berkurang pada akhirDisember (72,573 orang) kerana trendmenurun bilangan pencari kerja yang belumditempatkan yang bermula pada bulanSeptember (102,795) berterusan sehinggasuku keempat. Di samping itu, jumlahpemberhentian pekerja juga menurun padasuku keempat kepada 3,955 orang (S3 2005:4,875 orang). Keadaan keseluruhan pasaranpekerja yang positif juga dicerminkan dalamIndeks Guna Tenaga MIER yang meningkatsebanyak 8.9 mata dari suku sebelumnyakepada 113.3 mata pada suku keempat.

Perkembangan produktiviti pekerjajuga positif. Produktiviti pekerja, seperti yangdiukur oleh produk nilai jualan benar bagiseorang pekerja dalam sektor perkilangan,meningkat 7%, melepasi pertumbuhan upahbenar seorang pekerja sebanyak 0.6%.

Eksport dan import terus berkembang

Akaun perdagangan mencatatlebihan yang lebih besar sebanyak RM28.6bilion (S3 2005: RM23.3 bilion) denganpertumbuhan eksport sebanyak 12.6% (S32005: 7.5%) mengatasi pertumbuhan importsebanyak 7.5% (S3 2005: 8.6%).Pertumbuhan eksport yang lebih kukuhdisokong oleh pengukuhan eksportperkilangan dan pertanian.

Eksport Kasar

Sejajar dengan peningkatan kitaransepara konduktor global, pertumbuhan

188

eksport kasar melonjak kepada 12.6% padasuku keempat 2005 (S3 2005: 7.5%),disokong oleh peningkatan yang nyata dalameksport perkilangan dan pertumbuhan yangmapan dalam eksport komoditi.

Pertumbuhan eksport baranganperkilangan meningkat dengan ketara kepada13.1% (S3 2005: 6.3%), didorong terutamanyaoleh peningkatan eksport keluaran elektronikdan elektrik (14.7%, S3: 2005 6.8%) sejajardengan perkembangan industri separakonduktor global. Penghantaran keluaranelektronik dan elektrik, terutamanya separakonduktor, komputer dan komponennya sertajentera elektrik perindustrian adalah lebih tinggipada suku keempat. Sementara itu,pertumbuhan eksport keluaran kimia pulihkepada 4.7% (S3 2005: 1.3%), disebabkanterutamanya oleh permintaan yangmenggalakkan dari negara serantau sepertiSingapura, Jepun dan Indonesia. Eksportkeluaran getah terus kukuh kepada 19.4% (S32005: 10%), sejajar dengan pengembangankapasiti pengeluar-pengeluar tempatan yangberterusan bagi memenuhi permintaan luarnegeri yang kukuh terhadap sarung tangangetah.

Dalam sektor komoditi, eksportpertanian beralih arah mencatatkanpertumbuhan positif 2.9% (S3 2005: -0.1%)disebabkan oleh pertambahan perolehaneksport daripada getah, kayu balak dan kayusiap digergaji yang telah lebih daripadamengimbangi kemerosotan perolehan eksportminyak sawit. Sementara itu, eksport getahmenjadi kukuh dengan ketara denganpeningkatan 28.4%, disokong keseluruhannyaoleh kenaikan harga yang mapan (28.7%)

berikutan permintaan terhadap getah aslidaripada industri utama, khususnya industriautomotif yang melonjak dengan nyata. Inidisebabkan oleh harga pesaing utamanya,iaitu getah tiruan yang merupakan keluaranpetrokimia, terus meningkat sejajar denganharga minyak mentah yang bertambah kukuh.Sementara itu, eksport minyak sawit terusmerost 7.8% pada suku tersebut, disebabkankeseluruhanya oleh harga yang lebih rendah(-7.6% kepada RM1,466 setan).

Perolehan eksport mineral terusberkembang pada suku keempat denganmencatat peningkatan 22.7%, disebabkabeksport minyak mentah dan gas cecairasli(LNG) yang lebih tinggi. Eksport minyakmentah meningkat 37.4%, disokongterutamanya oleh harga yang tinggi, yangmeningkat sebanyak 25.5% kepada purataUSD60.48 setong. Peningkatan harga minyakdidorong oleh peristiwa geopolitik yang tidakmenggalakkan dan kebimbangan tentangpermintaan yang terus kukuh terhadap minyakoleh negara pengguna utama.. Sementara itu,eksport LNG meningkat 14.9% didorong olehkenaikan harga yang tinggi. Harga LNGMalaysia melepasi tanda aras RM1,000 setanpada suku itu (+17% kepada RM1,038 setan;S3 2005: +16.8% kepada RM986 setan),mencerminkan pertambahan permintaansedunia terhadap gas asli.

Perdagangan Malaysia dengan negaraserantau (tidak termasuk Jepun) terusberkembang 11.5%, dengan bahagianpasaran yang kekal tinggi sebanyak 46.6%.Pertumbuhan ini didorong terutamanya olehpertumbuhan eksport yang lebih kukuh kenegara ASEAN, RR China dan Korea.

189

Pertumbuhan eksport disokong olehpermintaan terhadap keluaran elektrik danelektronik, kelengkapan telekomunikasi,kelengkapan pengangkutan serta kelengkapanoptik dan saintifik. Eksport keluaran yangberasaskan sumber seperti keluaran getahdan plastik juga mencatat pertumbuhan yanglebih tinggi pada suku itu. Eksport ke NewZealand dan India kekal kukuh, masing-masing meningkat 42.1% dan 32.2%. Eksportke New Zealand disokong oleh besi dan keluliserta keluaran elektrik dan elektronik,sementara eksport ke India mencerminkanterutamanya keluaran berasaskan petroleumdan keluaran elektrik dan elektronik.

Yang ketara, eksport ke negara EUbertambah kukuh (11.2%) didorong oleheksport ke Jerman, Perancis dan Belanda.Eksport ke negara-negara itu terutamanyaterdiri daripada jentera elektrik, kelengkapanoptik dan saintifik serta keluaran kimia.Eksport ke Amerika Syarikat (AS) berkembang18.8% (S3 2005: 15.8%) mencerminkanpermintaan yang lebih tinggi terhadapkomputer, kelengkapan optik dan saintifik sertakeluaran berasaskan sumber seperti keluarankayu dan petroleum.

Dari segi import, Malaysia terusmendapatkan komponen dari negaraserantau, khususnya Singapura dan RRChina. Bahagian import dari negara serantaudikekalkan pada 49.1%, mencerminkanterutamanya import keluaran elektronik danelektrik, kimia dan keluaran logam.

Import kasar terus berkembangwalaupun pada kadar yang lebih sederhanasebanyak 7.5%. Pertumbuhan importberpunca daripada import terhadap inputuntuk eksport perkilangan dan importbarangan penggunaan. Import barangan

190

pengantara meningkat 7.7% sejajar denganpeningkatan permintaan global terhadapeksport elektrik dan elektronik. Import bahanutama yang digunakan untuk industri makanandan minuman disokong oleh permintaan yanglebih tinggi untuk musim perayaan.Pertumbuhan import bahan api dan minyakpelincir yang kukuh mencerminkanterutamanya harga minyak yang tinggi.

Import barangan modal kekal tinggipada RM15 bilion, mencakup 13.1% daripadajumlah import pada suku itu. Walaubagaimanapun, import barangan modalmenurun 5.9%, disebabkan sebahagiannyaoleh asas yang tinggi yang berpunca daripadaimport kelengkapan pengangkutan yang lebihbesar pada suku keempat tahun 2004. Importbarangan modal oleh industri terpilih terusmencatat pertumbuhan. Pengembangankapasiti dan peningkatan tahap teknologi untukmeningkatkan produktiviti dalam sektorperkilangan mendorong kepada pertumbuhanimport mesin dan kelengkapan yang lebihkukuh. Import kelengkapan pejabat, penjana,turbin dan motor elektrik untuk penjanaankuasa juga mencatat pertumbuhan yang

mantap. Import kelengkapan pertanianbertambah kukuh dengan pertumbuhan dalampengeluaran eksport pertanian. Importbarangan penggunaan meningkat sebanyak4.4% pada suku keempat 2005.

FDI meningkat dalam suasana aliran keluardana portfolio yang besar

Berdasarkan asas tunai, aliran masukdan aliran keluar kasar pelaburan langsungasing (FDI) masing-masing susut kepadaRM12.4 bilion dan RM10.1 bilion (S3 2005:masing-masing RM21 bilion dan RM20 bilion).Penyusutan itu mencerminkan terutamanyapenurunan ketara dalam urus niaga pinjamanjangka pendek antara syarikat daripadaoperasi perbendaharaan berpusat syarikatmilik bukan pemastautin di Malaysia. Mengikut

191

asas bersih, FDI meningkat kepada RM2.3bilion (S3 2005: RM1 bilion). FDI pada asastunai tidak termasuk perolehan tertahan danpelaburan dalam bentuk jentera dan peraltanyang diimport. Aliran masuk FDI bersifatmenyeluruh dan disalurkan terutamanya kedalam sektor perkilangan, perkhidmatan danminyak dan gas. Dalam sektor perkilangan,aliran masuk FDI terutamanya adalah kedalam subsektor elektrik dan elektronik dansubsektor berkaitan petroleum dan kimia.Sementara itu, aliran masuk FDI ke dalamsektor perkhidmatan disalurkan terutamanyake dalam subsektor kewangan, insurans danperkhidmatan perniagaan, dan juga subsektorrestoran, hotel, perdagangan borong danruncit.

Pelaburan luar negeri mencatataliran keluar kasar yang nyata lebih tinggisebanyak RM18.2 bilion (S3 2005: -RM5.5bilion), mencerminkan terutamanyapemberian pinjaman jangka pendek olehsyarikat milik bukan pemastautin di sektorminyak dan gas kepada syarikat berkaitan diluar negara berikutan operasi perbendaharaanberpusat. Sebahagian besar daripada alirankeluar ini diimbangi oleh aliran masuk untukpembayaran balik pinjaman jangka pendekantara syarikat pada suku itu. Setelahmengambil kira aliran masuk yang disebabkanterutamanya oleh pembayaran balik pinjamanantara syarikat dari luar negara, pelaburan luarnegeri mencatat aliran masuk bersihsebanyak RM1.9 bilion (S3 2005: -RM1.2bilion). Pelaburan luar negeri pada sukukeempat dibuat terutamanya oleh syarikat-syarikat daripada sektor perkhidmatan,khususnya subsektor pengangkutan dankomunikasi, mencerminkan pemerolehan

sebuah syarikat telekomunikasi di Indonesia.Dalam sektor perkilangan, pelaburan luarnegeri diterajui oleh industri separa konduktordan komponen elektronik yang lain, danindustri berkaitan pembinaan dan pembaikankapal.

Pelaburan portfolio mencatat alirankeluar bersih yang lebih besar sebanyakRM13.6 bilion (S3 2005: -RM0.2 bilion).Berbanding dengan suku sebelumnya, aliranmasuk kasar terutamanya ke dalam sekuritihutang menurun manakala aliran keluar kekalbesar mencerminkan terutamanya penjualanekuiti dan sekuriti hutang oleh pelabur asing.

Hutang luar negeri menurun

Jumlah hutang luar negeri Malaysiamenurun kepada RM195.8 bilion atauUSD51.3 bilion pada akhir tahun 2005 (S32005: RM203.3 bilion atau USD53.4 bilion) danbersamaan dengan 42.2% daripada KNK.Hutang luar negeri jangka sederhana danpanjang lebih rendah pada RM149.6 bilion (S32005: RM152.6 bilion), disebabkanterutamanya oleh pembayaran balik bersihhutang luar negeri yang lebih tinggi olehKerajaan Persekutuan sebanyak RM3.2 bilion,berikutan matangnya satu bon Euro.Perusahaan awam bukan kewangan (PABK)terutamanya syarikat-syarikat dalam sektorminyak dan gas, utiliti dan pengangkutan, jugamencatat pembayaran balik bersih sebanyakRM1 bilion. Sektor swasta mencatatpengambilan bersih pinjaman luar negeri yanglebih rendah sebanyak RM1.1 bilion (S3 2005:RM1.6 bilion), terutamanya keranapengambilan pinjaman yang lebih rendah padasuku itu.

192

Jumlah hutang luar negeri jangkapendek susut kepada RM46.2 bilion atauUSD12.1 bilion (S3 2005: RM50.8 bilion),mencerminkan terutamanya penguranganpeminjaman jangka pendek oleh sektorperbankan. Pada akhir tahun 2005, hutangjangka pendek mencakupi 23.6% daripadajumlah hutang luar negeri dan merupakan17.3% daripada rizab antarabangsa bersih.

Rizab antarabangsa

Rizab antarabangsa bersih BankNegara Malaysia berjumlah RM266.4 bilion

atau bersamaan USD70.5 bilion pada 31Disember 2005. Penurunan rizab pada sukukeempat mencerminkan terutamanya alirankeluar dana spekulatif jangka pendek. Walaubagaimanapun, aliran keluar dana jangkapendek ini berkurang pada bulan Disember.Rizab berjumlah RM270.4 bilion ataubersamaan USD71.6 bilion pada 15 Februari2006. Kedudukan rizab ini memadai untukmembiayai 7.7 bulan import tertangguh danialah 6.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Defisit fiskal bagi tahun 2005 menemuisasaran

Perbelanjaan pembangunan KerajaanPersekutuan lebih besar pasa suku keempattahun 2005, menjadikan defisit fiskalkeseluruhan bagi tahun 2005 bersamaan3.8% KDNK. Prestasi hasil kekalmemberangsangkan pada suku keempattahun 2005 berikutan cukai pendapatanpetroleum yang lebih tinggi. Dengan keadaanmudah tunai yang mencukupi dalam sistemperbankan domestik, defisit fiskal telahdibiayai sebahagian besarnya daripadapinjaman dalam negeri dan pengeluaran harta

193

boleh jual Kerajaan. Pada akhir tahun 2005,jumlah hutang terkumpul KerajaanPersekutuan ialah sebanyak RM228.7 bilion or46.2% daripada KDNK. Hutang luar negeriKerajaan Persekutuan adalah lebih rendahiaitu 6.1% daripada KDNK berikutankematangan satu Bon Euro pada bulanNovember 2005.