perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi di bandar lenggong

19
GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Nama Calon : ………………………………... Tingkatan : ………………………………... No K.P. : ………………………………... Angka Giliran : AH011K.......... Nama Sekolah : SMK DATO’ AHMAD Alamat : JALAN ALANG ISKANDAR 33400, LENGGONG, PERAK Tajuk : Perkembangan Sistem Perhubungan Tele komunikasi Di Bandar Lenggong, Perak. Guru Penilai : Encik Osman Bin Said Bi l. Aspek Markah Penuh Markah Diperoleh 1 Tajuk Kajian 1 2 Senarai Kandungan 1 3 Penghargaan 2 4 Pendahuluan 2 5 Objektif Kajian 2 6 Kawasan Kajian 8 7 Kaedah Kajian 2 8 Dapatan Kajian 25 9 Rumusan 2 10 Lampiran 2 11 Rujukan 2 12 Penilaian Umum 1 Aspek 1 7 Aspek 9 12 25 Aspek 8 25 Jumlah Markah 50 Tahap Pencapaian

Upload: man-said

Post on 05-Jul-2015

4.015 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Yang Terkini pada 16/6/2011

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

GEOGRAFI 23/2KERJA KURSUS

Nama Calon : ………………………………...Tingkatan : ………………………………...No K.P. : ………………………………...Angka Giliran : AH011K..........Nama Sekolah : SMK DATO’ AHMADAlamat : JALAN ALANG ISKANDAR

33400, LENGGONG, PERAK

Tajuk : Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong,

Perak.Guru Penilai : Encik Osman Bin Said

Bil.

Aspek Markah Penuh

Markah Diperoleh

1 Tajuk Kajian 12 Senarai Kandungan 13 Penghargaan 24 Pendahuluan 25 Objektif Kajian 26 Kawasan Kajian 87 Kaedah Kajian 28 Dapatan Kajian 259 Rumusan 210 Lampiran 211 Rujukan 212 Penilaian Umum 1

Aspek 1 – 7Aspek 9 – 12

25

Aspek 8 25Jumlah Markah 50Tahap Pencapaian

……………………..(Tandatangan Guru)

Page 2: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

BIL TAJUK M/S1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENDAHULUAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 KAWASAN KAJIANPETA LAKAR KAWASAN KAJIANPETA DAERAH

5.0 KAEDAH KAJIAN

6.0 HASIL KAJIAN

7.0 BAHAN GRAFIK : JADUAL, GRAF DAN PETA MINDA

8.0 RUMUSAN

9.0 RUJUKAN

10.0 LAMPIRAN

11.0 PENILAIAN UMUM

Page 3: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua. Puan Hajjah Sawibatun Islamiah Binti Haji Kamaruddin kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Osman Bin Said yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu …………………………….............. kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu ……………….. , ………………….. dan ………………….. yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar Bandar Lenggong yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

Page 4: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

2.0 PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Perkembangan Sistem perhubungan

Telekomunikasi di Bandar Lenggong, Perak.

Saya memilih tempat kerana ia berada di kawasan tempat tinggal

saya. Ini membantu saya mendapat maklumat dengan mudah.

Tempoh kajian ini dilaksanakan lebih kurang lima bulan bermula

bulan Februari hingga Julai tahun 2011.

Page 5: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mentakrif konsep dan jenis sistem perhubungan;

3.2 Mengemukakan faktor-faktor yang mempengaruhi system

perhubungan;

3.3 Mengenalpasti kepentingan sistem perhubungan telekomunikasi;

3.4 Menyatakan dan menghuraikan kesan perkembangan sistem

perhubungan telekomunikasi di kawasan kajian;

3.5 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan

perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi;

3.6 Menyatakan rasa syukur dan berbangga dengan kemajuan

perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi.

Page 6: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

4.0 KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Bandar Lenggong sebagai kawasan kajian saya. Ia

terletak dalam Mukim Lenggong dalam Daerah Hulu Perak. Bandar Di-raja

Kuala kangsar merupakan Bandar terdekat iaitu kira-kira 53 kilometer atau 30

minit perjalanan dengan menaiki kereta melalui pengangkutan darat iaitu

kemudahan jalan raya.

Bandar Lenggong terletak berhampiran dengan Banjaran Bintang Hijau di

bahagian barat dengan sebahagian besar adalah kawasan tanah pamah dan beralun.

Di antara tanaman komersial yang ada adalah getah, kelapa sawit dan dusun buah-

buahan. Selain daripada jalan raya, bandar ini juga mempunyai kemudahan asas yang

lain seperti elektrik, air dan perhubungan telefon. Selain itu terdapat juga kemudahan

seperti balai polis, balai bomba, pejabat pos, kemudahan bank, klinik, pejabat

Pentadbiran Tanah dan Daerah Lenggong, Pejabat Majlis Daerah Lenggong, dewan,

sekolah, kedai, padang dan taman permainan.

Keluasan kawasan kajian saya meliputi lingkungan 5 kilometer persegi.

Page 7: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

PETA DAERAH LENGGONG, PERAK

(Print daripada lawan web. Tidak perlu lukis)

Sumber : Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong (Tahun 2010)

(Tajuk, Bingkai, Petunjuk, Skala dan Arah Mata Angin)

Page 8: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

PETA KAWASAN KAJIANTajuk : Peta Bandar Lenggong, Perak

U

Petunjuk :

Sumber : Pemerhatian kawasan kajian.

Page 9: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan

maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :

Pemerhatian Saya telah memerhati pandang darat fizikal dan budaya di Bandar Lenggong (Lampiran 5)

Temu BualSaya telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 3 orang responden (Lampiran 6).

RujukanSaya telah mendapatkan beberapa bahan rujukan seperti Buku teks dan internet (Lampiran 7).

Page 10: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Sistem Perhubungan Telekomunikasi.

Sistem Perhubungan Telekomunikasi boleh ditakrifkan sebagai perkembangan perhubungan melibatkan penggunaan media cetak dan elektronik di sesebuah kawasan.

Contoh sistem perhubungan telekomunikasi ialah seperti telefon tetap, telefon awam, telefon mudah-alih, pos, perkhidmatan internet, akhbar, radio dan televisyen.

6.2 Faktor Yang Mempengaruh Perkembangan Sistem Perhubungan di Bandar Lenggong

6.2.1 Dasar KerajaanKerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai dasar

bagi meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Penduduk Lenggong misalnya beberpa pelajar sekolah terpilih telah menerima bantuan ‘notebook’ 1Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan penggunaan teknolgi maklumat.

6.2.2 Kemajuan TeknologiKemajuan teknologi telah menggalakkan penduduk Lenggong

bagi memperolehi peralatan telekomunikasi seperti telefon mudah-alih yang mampu dimiliki serta mesra pengguna.

6.2.3 Perkembangan EkonomiPeningkatan harga getah pasaran turut membantu

meningkatkan taraf hidup penduduk Lenggong bagi membeli peralatan telekomunikasi khasnya telefon bimbit.

Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana Bandar Lenggong mempunyai

sistem perhubungan telekomunikasi yang baik.

6.3 Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan

6.3.1 PendidikanGuru dan pelajar di sekolah Lenggong didapati menggunakan

pelbagai peralatan dan bahan telekomunikasi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah penggunaan bahan seperti keratan akhbar dan siaran internet bagi tugasan di sekolah mereka.

6.3.2 Peluang PekerjaanPembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti dan kedai

telekomunikasi seperti kedai telefon bimbit telah menggalakkan lagi

Page 11: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

minat golongan muda khasnya menceburi bidang ini mislnya sebagai juruteknik komputer.

6.3.3 Penyaluran MaklumatPelbagai maklumat terkini seperti teknologi dapat diperolehi

dengan mudah dan cepat. Contohnya teknologi terkini pertanian yang dipaparkan melalui siaran televisyen berbayar ASTRO.

6.3.4 PelanconganBandar Lenggong yang dikenali sebagai Bandar Warisan Arkeologi khasnya

bagi penduduk tempatan kini semakin terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negeri melalui pelbagai usaha promosi di internet dan radio.

Saya rasa bertuah kerana sebahagian besar penduduk amat memahami tentang kepentingan sistem perhubungan telekomunikasi dalam kehidupan seharian.

6.4 Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Di Bandar Lenggong

6.4.1 Masalah SosialMasalah sosial yang paling ketara adalah kesan akibat

penyalahgunaan internet bagi memperolehi bahan tidak bermoral dalam kalangan pelajar dan orang muda. Akibatnya ada antara mereka terjebak dalam kegiatan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

6.4.2 Pencemaran BahasaKesan ini muncul akibat penggunaan bahasa rojak dan tulisan

ringkas melalui khidmat pesanan ringkas telefon bimbit.

6.4.3 Pembaziran MasaAkibat penggunaan internet tanpa masa dlam kalangan

pelajar, mereka banyak menghabiskan masa di pusat perkhidmatan jalur lebar di kedai terlibat bagi tujuan peribadi seperti permainan komputer.

6.4.4 Maklumat Tanpa BatasanMemandangkan kawalan yang sukar, terdapat segelintir

penduduk berpendapat maklumat merbak tanpa batasan. Misalnya golongan kanak-kanak dapat melayari internet yang tidak bersesuaian dengan minda mereka.

Berdasarkan pengamatan saya, kesan negatif yang timbul daripada perkembangan telekomunikasi tiadk menjejaskan kualiti hidup penduduk ini.

6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Di Bandar Lenggong

Page 12: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

6.5.1 Kuat kuasa Undang-undangSatu langkah awal adalah meningkatkan penguatkuasaan

undang-undang siber sediada. Misalnya orang ramai boleh membantu pihak berkuasa menyalurkan maklumat jika terdapat kedai jalur lebar melebihi had masa pembukaan kedai mereka sehingga lewat malam.

6.5.2 Peranan dan Pemantauan PBTPihak Majlis Daerah Lenggong sebagai pihak berwajib perlu

sentiasa memantau premis perniagaan agar tidak menyalahgunakan premis mereka.

6.5.3 Peranan Dan Pemantauan Ibu BapaIbu bapa pula semestinya turut memantau aktiviti anak-anak

mereka supaya mempunyai jati diri bagi menggelakkan penyalahgunaan peralatan misalnya bagi tujuan mendapatkan maklumat sesuai dengan umur dan keperluan anak-anak.

6.5.4 Kempen KesedaranMasyarakat setempat pula turut mengambil peranan bagi

melaksanakan kempen kesedaran dalam kalangan penduduk mereka. Misalnya Kempen kesedaran melibatkan pihak polis.

Daripada langkah-langkah yang disarankan kerjasama semua pihak perlu

wujud agar kesan buruk sistem perhubungan telekomunikasi tidak berterusan.

Page 13: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

7.0 BAHAN GRAFIK

7.1 JADUAL

Jadual 1 : Faktor Yang Mempengaruhi Sistem Perhubungan TelekomunikasiBil Potensi Jumlah (Orang)

1 Dasar kerajaan 3

2 Kemajuan teknologi 3

3 Perkembangan ekonomi 2

4 Kemudahan asas 1

5 Petempatan baru 0

Sumber : Borang Soal Temubual

Page 14: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

7.2 PETA MINDA

Peta Minda Menunjukkan Cadangan bagi Mengatasi Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong.

Penguatkuasaan Undang-undang Pemantauan oleh Majlis Daerah Lenggong

Cadangan bagi Mengatasi Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

Kempen Kesedaran Pemantauan Oleh Ibu Bapa

Sumber : Borang Temubual

Page 15: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

8.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian saya dan rakan-rakan sekumpulan dapat diperhatikan bahawa perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi di Bandar Lenggong berlaku dengan pesat sejajar dengan era telekomunikasi semasa. Terdapat pelbagai system telekomunikasi seperti telefon tetap, telefon udah-alih, internet, radio, televisyen dan penerbitan bahan bercetak. Ini bermaksud penduduk mendapat pelbagai manfaat daripadanya dalam meningkatkan kemudahan prasarana di bandar ini dan seterusnya dapat meningkatkan kegiatan ekonomi pada masa kini dan pada masa akan datang. Responden juga dilihat faham halangan atau masalah yang mereka alami memang wujud dan memerlukan pendekatan seperti usaha meningkatkan kesedaran tentang baik buruknya penggunaan peralatan telekomunikasi.

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian mempunyai pelbagai kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Saya berharap kemajuan yang ada di kawasan kajian tersebut dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Page 16: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

9.0 RUJUKAN

Khaw, A.S.; Habibah, H.L dan Tan, K.L. (2004). KBSM Geografi Tingkatan 3. PTS Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Encik Razali bin Ahmad, Ketua Kampung Lenggong.

http://tanah.perak.gov.my/peta/huluperak.html

Google maps Address Lenggong, Perak

Page 17: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

10.0 LAMPIRAN1. Senarai Semak2. Surat Pengenalan Diri / SMKDA3. Surat Kebenaran Ibu Bapa4. Surat Kebenaran Lawatan / interview5. Borang Pemerhatian6. Borang Temubual (3 responden)7. Lain-lain

Page 18: Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

11.0 Penilaian Umum