perkembangan perniagaan cenderamara di pasar payang kuala terengganu

38
940829115126 PERKEMBANGAN PERNIAGAAN CENDERAMARA DI PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU SINOPSIS Perniagaan merupakan satu aktiviti yang biasa digiatkan oleh seseorang individu tertentu untuk meraih pendapatan.Perniagaan terbahagi kepada dua domain utama iaitu berasaskan perkhidmatan dan pembuatan.Kajian ini bertemakan “perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu dan dilaksanakan atas matlamat untuk melihat perkembangan kedai cenderamata di lokasi kajian.Tumpuan kajian pula adalah untuk mengkaji bagaimana peniaga kedai cenderamata dapat meluaskan perniagaan mereka dan mengenalpasti tindak balas pelanggan terhadap perniagaan tersebut.Pasar payang terletak di Bandar Kuala Terengganu sering menerima ramai pelancong asing.Antara kaedah yang telah diaplikasikan untuk memudahkan tugasan ini adalah dengan menggunakan kaedah statistic deskriptif,temubual ,kaji selidik ke atas 30 orang responden,rujukan dan lain-lain.Hasikl kajian ini mendapati perkembangan perniagaan cenderamata berada pada tahap yang baik.Hal ini membuka ruang kepada perniaga untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka.Berdasarkan tinjauan di lokasi kajian,didapati kedatangan pelancong luar menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan ini.Sehubungan dengan itu,bagi memastikan perniagaan ini terus maju,pihak berkuasa tempatan hendaklah menambahbaik infrastruktur yang sedia ada untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke sini lantas membangunkan sosioekonomi para perniaga di kawasan itu

Upload: idrulhisham-ismail

Post on 26-Oct-2015

158 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

PERKEMBANGAN PERNIAGAAN CENDERAMARA DI PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU

SINOPSIS

Perniagaan merupakan satu aktiviti yang biasa digiatkan oleh seseorang individu tertentu untuk meraih pendapatan.Perniagaan terbahagi kepada dua domain utama iaitu berasaskan perkhidmatan dan pembuatan.Kajian ini bertemakan “perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu dan dilaksanakan atas matlamat untuk melihat perkembangan kedai cenderamata di lokasi kajian.Tumpuan kajian pula adalah untuk mengkaji bagaimana peniaga kedai cenderamata dapat meluaskan perniagaan mereka dan mengenalpasti tindak balas pelanggan terhadap perniagaan tersebut.Pasar payang terletak di Bandar Kuala Terengganu sering menerima ramai pelancong asing.Antara kaedah yang telah diaplikasikan untuk memudahkan tugasan ini adalah dengan menggunakan kaedah statistic deskriptif,temubual ,kaji selidik ke atas 30 orang responden,rujukan dan lain-lain.Hasikl kajian ini mendapati perkembangan perniagaan cenderamata berada pada tahap yang baik.Hal ini membuka ruang kepada perniaga untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka.Berdasarkan tinjauan di lokasi kajian,didapati kedatangan pelancong luar menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan ini.Sehubungan dengan itu,bagi memastikan perniagaan ini terus maju,pihak berkuasa tempatan hendaklah menambahbaik infrastruktur yang sedia ada untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke sini lantas membangunkan sosioekonomi para perniaga di kawasan itu

Page 2: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

ISI KANDUNGAN

SINOPSISPENGHARGAANPENGENALANOBJEKTIF KAJIANLOKASI KAJIANKAEDAH KAJIANDAPATAN KAJIANRUMUSAN DAN KESIMPULANRUJUKANLAMPIRAN

Page 3: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ENCIK AHMAD BIN OMAR selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk member tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja khusus ini.Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini.Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang tercinta iaitu ENCIK IDRUL HISHAM BIN ISMAIL dan PUAN SAODAH BINTI ABDUL RAHMAN kerana banyak membantu dan tidak jemu member nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan.Tidak lupa juga buat adik-adik yang dikasihi, saudara mara dan lain lain.Terima kasih kerana memberikan semangat.

Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi, NORASYIDAH BINTI ANUAR,AMIRA BINTI HAMDAN ,NABILAH AMALINA BINTI HALIM dan rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam Atas Bestari,Terima kasih kerana sudi membantu.Jasa anda semua amat dihargai.

Sekian,Terima Kasih kepada semua

Page 4: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

PENGENALAN

Perniagaan cenderamata merupakan salah satu bentuk perniagaan yang cukup sinonim dalam kehidupan masyarakat kita.Permintaan terhadap cenderamata amat meluas dalam kalangan peniaga dan menjadi pilihan utama kepada pelancong yang datang bertandang ke sesuatu tempat.Melalui kajian yang bertemakan”Perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang ,kuala Terengganu” ini,saya dapat menyingkap keupayaan perniaga dalam mengembangkan perniagaan mereka berasaskan cenderamata seperti barangan tembaga,koleksi baju,barangan hantaran dan “KEYCHAIN”.Setiap hari ,pasar payang sentiasa dikunjungi oleh ribuan pengunjung yang tidak putus putus walaupun kunjungan mereka mempunyai matlamat yang berbeza.Kajian ini akan mendedahkan sedikit sebanyak tentang peranan perniagaan cenderamata dalam memenuhi permintaan pengunjung yang mendambakan cenderamata yang bukan sahaja cantik malahan unik.Seterusnya,kajian ini akan meneroka perkembangan yang telah dicapai oleh perniagaan terbabit.

Page 5: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

KAJIAN INI DILAKSANAKAN BERDASARKAN OBJEKTIF YANG BERIKUT

a)Mengkaji faktor perkembangan perniagaan cenderamata sepanjang tempoh penubuhannya di pasar payang

b)Menyelidik masalah yang dihadapi oleh peniaga cenderamata semasa menjalankan perniagaan di pasar payang

c)Memahami kesan yang timbul daripada perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang.

Page 6: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

LOKASI KAJIAN

Pasar payang merupakan lokasi kajian dan bertindak sebagai kawasan lapangan selama kajian ini dilaksanakan.Pasar payang dipilih sebagai lokasi kajian kerana terdapat banyak perniagaan cenderamata yang beroperasi di sekitar kawasan ini bahkan turut menjadi tumpuan utuama pengunjung yang mengidamkan pelbagai jenis cenderamata.Lokasi ini terletak di pusat Bandar Kuala Terengganu dan menjadi salah sebuah hentian utama pelancong yang datang ke Terengganu.Selain cenderamata ,terdapat juga perniaga yang menjual makanan tempatan seperti kerepok lekor,pakaian,barangan basah dan barangan plastic.Pasar payang dibuka setiap hari dari pagi hingga ke lewat petang,Pasar payang juga dikenali sebagai pasar pusat dan terletak di persisiran sungai kuala Terengganu yang menjadi tempat persinggahan pelancong untuk ke pulau-pulau tertentu.Kedudukan pasar payang terletak antara Jalan kampong Cina dan Jalan Kota tetapi masih berada dalam lingkungan Kampung Panglina,Di sini disertakan beberapa rujukan yang berkait rapat dengan kawasan kajian

GAMBAR 1:PEMANDANGAN HADAPAN PASAR PAYANG

(KAEDAH LAPANGAN)

Page 7: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

FOTO 2:KOLEKSI CENDERAMATA BERBENTUK KEYCHAIN

(KAEDAH LAPANGAN)

Page 8: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

FOTO 3 CENDERAMATA BERBENTUK TEMBAGA

FOTO 4 CENDERAMATA BERBENTUK KRAF TANGAN

Page 9: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

PETA PASAR PAYANG,KUALA TERENGGANU

Sumber:www.cuti.my

Di sini

Page 10: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

PETA PASAR PA yANG KUALA TERENGGANU

Sumber:www.vacationtourz.com

Page 11: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

KAEDAH KAJIAN

Dalam mahu untuk mengumpul maklumat yang secukupnya berkaitan kajian ini,saya telah merangka beberapa strategi yang sesuai dan berkesan agar semua tugasan dapat dilaksanakan dengan lancer .Hal ini termasuklah dengan menjalankan temu bual,rujukan,soal selidik dan lain-lain.Kaedah-kaedah ini telah dilakukan secara individu tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga.Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut

a)Temu bual

Kaedah temu bual dilakukan kepada peniaga-peniaga cenderamata yang terdapat di pasar payang dan melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.Temu bual ini dibuat semasa peniaga sedang berehat.Soalan yang diajukan menyentuh segala aspek yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan

b)Soal Selidik

Kaedah soal selidik dijalankan ke atas 30 orang responden dan bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada pengunjung lokasi kajian.Untuk memudahkan urusan kajian ini,saya telah menyediakan boring soal selidk dilaksanakan secara rawak tetapi masih melibatkan pembeli di sekitar kedai cenderamata .Responden yang dipilih dikehendaki memberikan pendapat masing-masing berkenaan bahagian yang dikaji

c)Rujukan

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih banyak ,saya telah membuat rujukan tambahan dengan melayari laman web dan merujuk kepada bahan-bahan bercetak seperti buku rujukan dan penulisan ilmiah.Di sini,saya dapat menjana lebih banyak informasi tentang keistimeaan pasar payang,Kuala Terengganu dan keunikan yang dimilikinya.

d)Penelitian di perpustakaan

Pepustakaan juga menjadikan alternative sampingan dalam mendapatkan maklumat tentang perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu .Antara perpustakaan yang sering menjadi rujukan ialah perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.Resensi di perpustakaan hanya dilakukan pada masa senggang

Page 12: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

e)Tinjauan ke lokasi kajian

Tinjauan ke lokasi kajian telah dilakukan pada setiap hujung minggu untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan realistik.Pemerhatian yang dibuat telah memudahkan pengumpulan dan pengolahan data.Saya memilih untuk meninjau lokasi kajian secara bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa pun

Page 13: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan terhadap perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu .didapati terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada perkembangan perniagaan cenderamata di lokasi terbabit.Hal ini bermakna,objektof kajian yang pertama iaitu mengkaji perkembangan perniagaan cenderamata sepanjang tempoh penubuhannya di pasar payang telah Berjaya dicapai.Kaedah yang praktis telah diaplikasikan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan perkembangan perniagaan cenderamata di sana.Antaranya termasuklah dengan mengadakan sesi temu bual bersama perniaga seramai 10 orang di lokasi kajian.Selain itu,kajian ini juga Berjaya menyingkap masalah-masalah yang dialami oleh para peniaga sepanjang tempoh perniagaan di pasar payang.Pemerhatian dan temu bual yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa perniagaan cenderamata tetap menghadapi pelbagai cabaran serta dilemma untuk meluaskan perniagaan dan mendapatkan lebih ramai pelanggan walaupun modal yang dilaburkan untuk membuka perniagaan ini adalah lebih kecil berbanding perniagaan besar.Bukan itu sahaja,kajian ini juga telah membuahkan hasil apabila tujuan kajian untuk mengkaji kesan perkembagan perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu telah Berjaya dipenuhi.Kesan perniagaan cenderamata ini dianalisis melalui kaedah pemerhatian,kaji selidik dan rujukan sumber.Jadi secara holistiknya,dapatlah dikatakan bahawa ,kesemua objektif kajian ini yang bertemakan “perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu “.

Page 14: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

Faktor perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang ,kuala Terengganu

Kajian mendapati terdapat beberapa faktor pemangkin yang telah membawa perubahan dan perkembangan terhadap perniagaan cenderamata di pasar payang,Kuala

Terengganu.Perkembangan ini dapat ditinjau melalui peningkatan jumlah premis perniagaan dan pertambahan penglibatan golongan muda dalam perniagaan cenderamata setiap tahun.Memang tidak dinafikan bahawa,kemajuan yang dicapai oleh perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu ini dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran.Antaranya adalah seperti yang berikut.

a)Penawaran pelbagai bentuk cenderamata

Faktor utama kemajuan perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu tidak lain ,tidak bukan ialah penawaran pelbagai bentuk/jenis cenderamata.Para peniaga amat menitikberatkan cita rasa pengguna yang bervariasi.Malah,kebanyakkan cenderamata yang ditawarkan mengikut gaya terkini dan digemari oleh semua golongan.Lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan kanak-kanak yang mendambakan aksesori yang cantik,unik dan menarik.Berdasarkan pemerhatian ke lokasi kajian,didapati pelbagai jenis cenderamata yang dijual di sana,termasuklah keychain,kipas tangan,payung penyu,aksesori,magnet,tulisan khat dan baju santai.Cenderamata yang dijual bercorak tradisional tetapi tidak mengabaikan konsep lontemporari.Hal ini Berjaya menarik minat lebih ramau pengunjung ke pasar payang terutamanya dalam kalangan pelancong luar Terengganu .

b)Bilangan pelanggan dari dan luar negeri Teregganu

Kemajuan perniagaan cenderamata di pasar payang ,Kuala Terengganu turut dipengaruhi oleh kedatangan pengunjung yang bertandang ke sini semata-mata untuk membeli-belah.Kebanyakkan pelanggan yang singgah di kedai cenderamata terdiri daripada pelancong dalam atau luar negeri Terengganu,tidak kira dari negeri Selangor ,Pahang ,Melaka ,negeri Sembilan dan sebagainya.Hari minggu dan cuti kelepasan am merupakan waktu yang agak sibuk memandangkan ramai pengunjung mula bersesak-sesak memasuki prmis-premis perniagaan untuk membeli-belah.Walaupun cenderamata hanyalah barangan sampingan,tetapi pengunjung tetap tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya sebagai kenangan di Terengganu .Berdasarkan data yang diperoleh melalui tinjauan ke lokasu kajian baru-baru ini,didapati dalam kalangan kanak-kanak bilangan pengunjung perempuan adalah lebih tinggi iaitu seramai 6 orang,manakala bilangan pengunjung kanak-kanak lelaki adalah seramai 4 orang.Pengunjung dalam kalangan remaha menunjukkan jumlah yang sekata iaitu 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan.Hal ini menunjukkan golongan remaja mempunyai minat yang sama

Page 15: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

terhadap cenderamata.Bagi golongan dewasa pula,kajian mendapati pengunjun wanita yang berkunjung ke pasar payang adalah jauh lebih banyak dengan berjumlah 7 orang dan berlainan dengan pengunjung lelaki yang berjumlah 3 orang sahaja.Begitu jyga dengan pengunjung lelaki dalam kalangan orang tua yang seramai 8 orang.Secara deduksinya,kajian mendapati jumlah pengunjung ke premis cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu membabitkan golongan muda dan tua adalah tidak konsisten antara lelako dan perempuan.

Kanak-kanak Remaja Dewasa Golonga tua0

2

4

6

8

10

12

Jumlah Pengunjung Premis Perniagaan Cenderamata Di Pasar Payang.

Column1perempuan

Sumber:kajian lapangan 2013

c)Harga jualan yang bepatutan

Kebanyakkan pelanggan yang disoal selidik bersetuju bahawa harga jualan barangan cenderamata di pasar payang,kuala terenggany yang berpatutan mendorong mereka untuk membeli cenderamata yang dijual itu,Tinjauan ke lokasi yang dibuat baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa harga cenderamata antara satu premis dengan premis yang lain tidak kurang bezanya.Harga setiap barangan adalah murah.Sebagai contoh,keychain bercorak biasa dijual pada harga RM1,manakala keychain berupa patung penyu pula dijual dengan pada harga RM2.50.Selain itu,kraftangan yang terdapat di pasar paying sangat menarik dan unik/Majoriti pengunjung pasar paying menjadikan keychain sebagai cenderamata pilihan mereka tatkala membeli-belah di pasar paying.Peratusnya mencecah 33% daripada 30 orang responden yang

Page 16: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

dikaju selidik .Dalam pada itu,jumlah pengunjung yang meilih aksesori magnetic sebagai cenderamata pilihan adalah seramai 6 orang dengan peratusnya sebanyak 20% .Sementara itu,pilihan yang ketiga terbanyak ialah kipas yang mencatatkan jumlah 5 orang pengunjung bersamaan 17% dan diikuti oleh pilihan cenderamata patung penyu.Permintaab=n terhadap patung berkurangan kerana harganya yang agak mahal jika dibandingkan dengan cenderamata yang lain.Walau bagaimanapun ,kajian mendapati seramik penyu juga mencatatkan jumlah penggemar yang sedikit sekadar pada 10%.Jumlah pilihan yang paling sedikit ialah baju santai.Hanya seramai 2 orang sahaja yang memilihnya.Hal ini mungkin disebabkan oleh tanggapan buruk penggunjung terhadap kualiti baju yang dijual.

13

7

17

33

20

Pilihan Cenderamata Oleh Pengunjundg di Pasar Payang

baju santaipatung penyukipaskeychainaksesori magnetik

Carta pai menunjukkan jenis cenderamata yang dipilih oleh 30 orang pengunjung di premis perniagaan cenderamata di pasir paying

(kajian lapangan 2013)

Page 17: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

d)Pelancaran Tahun melawat 2013

Usaha kerajaan negeri Terengganu dalam melancarkan tahun melawat terengganu (TMT) 2013 sedikit sebanyak telah meninggalkan impak yang besar kepada kemajuan perniagaan cenderamata di pasar payang,Kuala Terengganu.Rentetan itu,perniagaan cenderamata di pasar payang turut tidak terlepas daripada menerima tempiasnya ekoran jumlah pengunjung yang semakin bertambah dari semasa ke semasa .Hal ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan perkembangan perniagaan ini,di samping membantu meningkatkan pendapatan peniaga cenderamata.Objektif kerajaan negeri untuk mencapai sasaran sebanyak empat juta pelancong yang melawat Terengganu pada tahun ini. Sudah tentu akan membuahkan hasil kerana jumlah pelancong di pasir payang sahaja sudah ramai,promosi yang dijalankan secara bersepadu dan berterusan semestinya akan membuka jalan kepada penoaga-peniaga untuk menjana pendapatan mereka.Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian di kedai cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu.Kajian mendapati jumlah peancong luar yang membeli belah di sini lebih ramai.Mereka berada di pasar payang atas tujuan umtuk mendapatkan produk tertentu.Antaranya ialah barangan cenderamata sepeti baju korporat,baju bercetak,topi acara sukan ,baju upacara rasmi dan sebagainya.Walaupun begitu terdapat juga pelancong luar yang bertandang ke sini untuk membeli barangan tembaga dan kraftangan yang menarik

e)Perniagaan cenderamata membantu ekonomi/pemdapatan Negara

Page 18: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

Perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang ,Kuala Terengganu juga dicetuskan oleh penglibatan orang ramai dalam perniagaan ini.Kebanyakan peniaga dicetuskan oleh penglibatan orang ramai dalam perniagaan ini.Kebanyakkan peniaga mula berjinak-jinak untuk membuka perniagaan cenderamata selepas menyedari keuntungan yang boleh dijana melalui perniagaan tersebut.Sesungguhnya penglibatan aktif orang ramai dalam aktiviti ini telah menyumbang kepada kemajuan perniagaan cenderamata sama ada secara drastic mahupun beransur-ansur.Temu bual yang dijalankan ke atas para peniaga cenderamata di pasar payang ,kuala Terengganu baru-baru ini membuktikan hamper 100% peniaga bersetuju bahawa peniagaan yang digiatkan oleh mereka menjadi nadi untuk meringankan beban hidup di samping menggalakan pendapatan mereka meskipun perniagaan itu diusahakan secara kecil-kecilan.Mereka berpendapat bahawa keuntungan merupakan faktor atau daya tarikan kepada seseorang individu untuk berkecimpungan dalam bidang perniagaan.Lantaran itu,mereka boleh memanfaatkan keuntungan itu bagi mengembangkan perniagaan yang sedia ada.Selain itu,keuntungan boleh menjadi pengukur prestasi sesebuah organisasi perniagaan,sama ada disifatkan Berjaya atau gagal.Nilai keuntungan dijadikan sebagai motivasi dan pembakar semangat kepada para peniaga cenderamata di pasar payang ,kuala Terengganu dan berhak dicontohi oleh masyarakat di luar sana.

f)Pemberian Cenderamata Dalam Sesuatu Majlis

Sudah menjadi satu kebiasaan dalam sesuatu majlis kerasmian seperti majlis perkahwinan ,berkhatam alquran,pertunangan dan majlis bercukur rambut,cenderamata akan diagihkan kepada tetamu yang sudi menghadirkan diri ketika majlis tersebut diraikan.Cenderamata dianggap sebagai ulas tangan tuan rumah kepada hadirin yang bertandang ke majlis yang dianjurkan oleh mereka.Trend pemberian cenderamata dalam majlis ini telah membantu perniagaan cenderamata untuk mengembangkan perniagaan mereka berikutan banyak tempahan yang diterima oleh peniga,terutamanya semasa majlis perkahwinan.Salah satu barangan yang sering menjadi pilihan ialah ulas tangan dan kipas batak dan pasu kertas.Selain itu,cenderamata juga dijadikan sebagai hantaran perkahwinan semasa pertunangan ataupun perkahwinan.Trend menjadkan cenderamata sebagai hantaran telah berkembang secara meluas bukan sahaja dalam komuniti bangsa melayu malahan komuniti bangsa-bangsa lain

Page 19: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

Masalah yang Dihadapi Oleh Peniaga Cenderamata Dalam Menguruskan Perniagaannya di Pasar Payang,Kuala Terengganu.

Sudah menjadi lumrah dan fitrah ,seseorang peniaga tidak akan terlepas dalam menghadapi bermacam-macam bentuk masalah untuk menguruskan perniagaan.Senario yang sama tetap melanda peniaga-peniaga cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu dalam menguruskan perniagaannya.Kajian yag dijalankan selama 16 minggu ini Berjaya menyingkap pelbagai masalah yang dialami oleh peniaga cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu .Sehubungan dengan itu,usaha-usaha yang pragmatic dan drastic perlu diimplementasikan demi menyelesaikan masalah yang dialami oleh para peniaga cenderamata supaya operasi perniagaan sentiasa berkembang maju.

a)Persaingan dalam perniagaan

Pemerhatian di lokasi kajian telah membuktikan bahawa persaingan merupakan masalah utama kepada perniaga untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.Peniaga perlu bersaing sesame sendiri untuk meraih pelanggan ke premis perniagaan mereka.Sebagai impaknya,terdapat premis perniagaan yang dikunjungi pengunjung ,manakala terdapat premis perniagaan yang sepi tanpa sebarang kunjungan daripada pengunjung.Kebanyakkan pengunjung memilih premis perniagaan cenderamata yang selesa dan menjual pelbagai bentul cenderamata,sesuai dengan cita rasa mereka.Dalam konteks ini,para peniaga perlulah bijak menggunakan pendekatan terbaik untuk meraih lebih ramai pelanggan ke premis perniagaan mereka.Langkah-langkah yang dicadangkan adalah dengan mengadakan jualan murah dan promosi berkala

b)Rungutan daripada pelanggan

Peniaga dan pelanggan merupakan individu yang berkepentingan dalam membantu mengembangkan sesuatu pernoagaan.Namun,kadang kala konflik turut belaku antara peniaga dan pelanggan.Begitulah yang dihadapi oleh peniaga cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu.Peniaga mengalami masalah dalam menguruskan pelanggannya,lebih-lebih lagi semasa urusan tawar-menawar sedang dijalankan.Hal ini demikian kerana,kebanyakkan pelanggan akan memaksa peniaga untuk memberikan harga yang jauh lebih murah berbanding jualan yang ditetapkan oleh peniaga.Apabila rundingan menemui titik kegagakan.pelanggan akan bertindak meninggalkan peniaga begitu sahaja,sedangkan peniaga telah bertungkus-lumus memujuk pelanggan.Untuk mengatasi masalah ini,peniaga dan pelanggan perlu bertimbang rasa semasa melakukan urusan jual beli supaya saling mendatangkan keuntungan kepada kedua belah pihak.

Page 20: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

c)Lokasi yang terpinggir

Ramai pengunjur pasar payang,kuala Terengganu tidak mengetahui kewujudan kedai cenderamata di sini.Yang janya diketahui oleh mereka ialah perniagaan kerepok,barangan basah,sutera,batik,barangan plastic dan buah-buahan sahaja.Hal ini bermakan ,kedudkan premis perniagaan cenderamata yang terpinggir menjadi punca kepada kekurangan jumlah pengunjung premus perniagaan cenderamata.Rintihan turut disuarakan oleh para peniaga yang menginginkan premis perniagaan yang lebih strategic agar mudah dijumpai dan dicari oleh pengunjung,Walaubagaimanapun,kajian ini juga mendapati masih terdapat segelintir peniaga yang berpuas hati dengan lokasi perniagaan mereka.Mereka tidak memerlukan saiz premis yang besar kerana stok barangan mereka tidak begitu banyak dan seanya pula berpatutan.

d)peningkatan kos mengurus

Seiring denganperubahan arus semasa,kos barangan akan terus meningkat.Dalam menguruskan perniagaan cenderamata,peniaga tetap dihimpit dengan kemelut bebanan kos.Antara kos yang terlibat ialah kos stok cenderamata yang semakin meningkat dengan tidak menentu.Peniaga juga perlu menjelaskan kos utility yang ditanggung oleh mereka.Sewa premis juga menokok meskipun jumlahnya tidak terlalu ketara.Walaupun jumlahnya kecil,perbelnjaan untuk kos tersebut tentu sekali akan memberi kesan kepada keuntungan peniaga.Kkebanyakan peniaga mendapatkan stok secara hutang dan menanggung liabiiti semasa yang tidak terhad dan konsistem,Dalam situasi ini,peniaga terpaksa menjelaskan hutangnya kepada pemiutang dalam jangka masa yang ditetapkan oleh pemiutang.Dilema yang sering dihadapi oleh peniaga ialah ketidakhabisan stok dalam tempoh yang diramalkan .Apabila perkara ini berlaku,peniaga terpaksa membaa modal tambahan peribadi untuk menjelaskan hutangnya itu,sebagai akibatnye,kewangan perniagaan mungkin akan menjadi tidak stabil.Untuk mengatasinya,peniaga perlu bijak mengatur kadar ganti stok mereka supaya tidak dibebani hutang yang melambak.

e)Kekurangan pekerja mahir

Untuk melariskan jualan,pekerja yang mahir amatlah diperlukan.Pekerja mahir bukan sahaja diukur melalui cara berkomunikasi dan kelayakan akademik,tetapi personality diri juga perlu diambil kira.Namun demikian,di pasar payang kajian mendapati kebanyakan pekerja masih tidak mempunyai kemahiran secukupnya untuk menarik perhatian pengunjung ke premis perniagaan mereka.Sejujurnya,pekerja yang dilantik perlulah mempunyai criteria yang secocok dengan kerja yang dipertanggungjawabkan .Kekurangan pekerja yang mahir ini berlaku kerana golongan tertentu sahaja yang memohon bekerja sebagai pembantu kedai ,sebagai contoh pekerja

Page 21: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

yangmenggu keputusan peperiksaan dan bekerja sambilan .Mereka tidak terdedah dengan suasana perniagaan yang sebenar dan memerlukan inovasi selain kreativiti,Apabila perniagaan kekurangan modal insane yang mahir,secara automatiknnya peniaga akan bersemuka dengan masalah dalam menguruskan perniagaannya.Sehubungan dengan itupeniaga sepatutnya lebih peka dalam mencari pekerja yang memiliki pengalaman dan kesungguhan berserta kemahiran yang sepadan dengan tugas yang dipikul.

f)Tempoh menyiapkan tempahan yang banyak

Tempoh menyiapkan tempahan juga mencetuskan masalah kepada peniaga dalam menguruskan perniagaannya.Tempahan yang banyak terutamanya menjelang musim perkahwinan perlu diberekan dalam kadar yang segera supaya pelanggan berpuas hati terhadap khidmat yang diberikan.Namun begitu,kebanyakan tempahan yang dibuat oleh pelanggan pada saat-saat akhir tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana peniaga perlu meneliti terlebih dahulu cenderamata yang diingii oleh pelanggan.Proses ini memakan masa yang agak panjang.Jadi,apabia sesuatu tempahan dibuat pada saat-saat akhir ,peniaga terpaksa bergegas untuk mendapatkan cenderamata yang sesuai untuk memenuhi temoahan tersebut ,Hal ini sedikit sebanyak bakal mendatangkan kesusahan peniaga walaupun pulangan yang diterima adalah tinggi.Oleh itu,pelanggan perlu mengutamakan kepentingan orang lain,bukannya bersikap pentingkan diri,Jika tempahan dibuat secepat yang mungkin,tentu sekali peniaga boleh menyiapkan tempahan lebih awala atau tepat pada masanya.

g)kegagalan pelanggan mengambil barangan tempahan

Memang tidak dinafikan bahawa ,terdapat segelintir pelanggan yang membuat tempahan bersikap acuh tak acuh terhadidap tempahan yang telah dibuat,mereka tetap keras kepala untuk mengambil barangan cenderamata yang ditempah.Lama kelamaan barangan tersebut masih tidak dituntut.Kesannya,peniaga terpaksa membatalkan tempahan yang dibuat dan terpaksa menanggung kerugian yang kadang kala boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis cenderamata itu.Sementelahan itu,kajian mendapati ramai peniaga menyatakan kekesalan akan sikap elanggan yang tidak menepati janji yang telah dibuat antara kedua belah pihak.Misalnya,pada mulabya pelanggan ingin membuat tempahan cenderamata sebanyak 1000unit.Akan tetapi,apabila cenderamata yang ditempah telah siap,pelanggan perlu menafikan jumlah tempahan yang dibuat,Mereka hanya mahu menerima sebahagian daripadanya sahaja.Bagi mengekang masalah ini,disarankan supaya para pelanggan perlu bersikap jujur dan budiman lebih-lebih lagi semasa membuat tempahan agar tidak membebankan peniaga cenderamata kelak.

Page 22: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

13

17

40

30

Pendapatan orang ramai terhadap tahap pengurusan perniagaan cenderamata di pengurusan perniagaan cenderamata di

pasar payang

lemahamat baikmemuaskan baik

33

27

30

10

Masalah pengurusan perniagaan cen-deramata di pasar payang,kuala tereng-

ganu

Persaingan LokasiRungutan PelangganLain-lain

Carta pai(i) menunjukkan peratus pendapat orang ramai terhadap tahap pengurusan perniagaan cenderamata dan carta pai(ii)menunjukkan masalah pengurusan perniagaann perniagaan

cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu .

Sumber (kajian lapangan)

Page 23: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

Page 24: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

RUMUSAN

Perniagaan cenderamata di pasar payang ,kuala Terengganu telah mengalami satu tempoh transformasi yang memakan masa selama beberapa tahun bergantung pada peredaran waktu yang pantas .Kemajuan perniagaan cenderamata ini dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu seperti kedatangan pelancong,penawaran pelbagai jenis cenderamata dan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT).Secara keseluruhannya ,kajian ini telah Berjaya meneroka serba sedikit tentang kemajuan perniagaan cenderamata di pasar payang,Kuala Terengganu ini pula dimajukan secara berterusan supaya dapat meningkatkan tahap sosioekonomi para peniaga.Akan tetapi,dalam mengusahakan perniagaan mereka ,peniaga tetap menghadapi variasi masalah .Hal ini termasuklah masalah persaingan,penerimaan rungutan pelanggan dan kedudukan premis yang tidak strategic.Perkara sebegini perlu dibendung melalui kaedah terbaik seperti menarik rambut di dalam tepung;rambut tak putus,tepung tak berselerak.Kajian ini juga Berjaya mengenal pasti kesan yang timbul daripada perkembangan perniagaan cenderamata di pasar payang,kuala Terengganu .Walaupun perniagaan ini diusahakan secara kecil-kecilan ,ia tetap mendatangkan kesan yang mendalam kepada para peniaga dan masyarakat sekeliling.Hasil kajian ini mendapati antara kesan perkembangan perniagaan cenderamata ialah pertambahan peluang pekerjaan ,peningkatan pendapatan bulanan peniaga dan perkembangan industry kecil dan sederhana(IKS).Bagi meluaskan perniagaan ini,pihak kerajaan perlulah bersikap terbuka dan proaktif dalam menyediakan dana dan bantuan khas kepada para peniaga terutamanya golongan bumiputera .Masyarakat hendaklah menyambut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada mereka kerana perniagaan itu satu punca utama rezeki.Usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh iltizam nescaya pasti akan membuahkan hasil.Semoga perniagaan di pasar payang ,Kuala Terengganu akan mengecapi kemajuan demi memenuhi objektif Tahun Melawat Terengganu 2013 yang dilancarkan baru-baru ini.

Page 25: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

RUJUKAN

1. Faridahwati Mohd. Shamsudin et al., 2000. STP Pengajian Am. Cetakan Pertama.

Selangor: Pearson Educational Malaysia.

2. Wee Chow Hou, 1997. Pemasaran Praktis. Indonesia: Pustaka Delapratasa.

3. Zaidatol Akmazah dan Habidah Elias, 1987. Pengajaran Perdangangan dan

Keusahawanan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

4. Laman web utamaWikipedia. http://ms.wikipedia.org/w/index.php?

title=Perniagaan&oldid=2116932

5. Laman web utama universiti petra.

http://digilib.petra.ac.id/viewer.php?

page=1&submit.x=0&submit.y=0&qual=high&fname=/jiunkpe/s1/hotl/2010/jiunkpe-

ns-s1-2010-33404016-14937-fast_food-chapter2.pdf -->

6. Laman web utama wordpress.

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/osd.xml" title="Pengajian Perniagaan 1

STPM">

7. Laman web utama kelas 3jujur 2011.

http://2jujur2011.blogspot.com/2011/08/nota-bab-7.html

8. Laman web utama usahawan.

http://www.usahawan.com/umum/bagaimana-untuk-menjadi-peniaga-berjaya.html

9. Laman blog atiqaidrulhisham.http://atiqaidrulhisham-wawa.blogspot.com/2011/01/

kepentingan-perniagaan-kepada-kerajaan.html -->

Page 26: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

10. Laman utama internetworldstats.

http://www.internetworldstats.com/asia.htm

11. Wawancara secara bebas antara penulis dengan puan Rasyidah di Losong haji su.

12. AHMAD BIN OMAR2013 “PBS Pengajian Am” Kumpulan nota ceramah di kelas

6AB, SMK Sultan Sulaiman pada 7/2/2013

LAMPIRAN

Page 27: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

S.M.K SULTAN SULAIMAN ,20400 KUALA TERENGGANU

BORANG SOAL SELIDIK KERJA KHUSUS PENGAJIAN AM(900/4)

BAHAGIAN A:MAKLUMAT RESPONDEN

Nama:……………………………………………………………………………………………

Umur:………………………………………Pekerjaan………………………………………….

Alamat:……………………………………………………………………………………………………………………………………………Jantina……………………………………………

BAHAGIAN B:SOALAN SOAL SELIDIK

1)pengurusan perniagaan berada pada tahap yang baik YA/TIDAK

2)Layanan kepada pelanggan yang baik YA/TIDAK

3)lokasi premis perniagaan adalah strategic YA/TIDAK

4)Susunan barangan jualan adalah kemas dan sesuai YA/TIDAK

5)barangan cenderamata yang dijual menarik dan unik YA/TIDAK

6)Harga jualan barangan cenderamata berpatutan dan bersesuaian YA/TIDAK

7)Jumlah pengunjung terlalu ramai pada hujung minggu YA/TIDAK

8)Jumlah pengunjung terlalu ramai pada hujung minggu YA/TIDAK

Page 28: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

9)Peniaga mengamalkan budaya budi bahasa semasa berurusan YA/TIDAK

dengan pelanggan

10)keadaan di premis perniagaan bersih dan selesa YA/TIDAK

11)Pelbagai bentuk cenderamata yang ditawarkan di premis perniagaan YA/TIDAK

12)lokasi premis mudah dicari dan ditemui YA/TIDAK

Page 29: Perkembangan Perniagaan Cenderamara Di Pasar Payang Kuala Terengganu

940829115126

LAMPIRAN

BAHAGIAN C:SOAL SELIDIK BERDASARKAN SKALA

1=TIDAK SETUJU

2=TIDAK PASTI

3=SETUJU

4=SANGAT SETUJU

BIL SOALAN 1 2 3 41 Barangan cenderamata sangat digemari oleh semua golongan

termasuklah golongan remaja dan kanak-kanak2 Persaingan merupakan masalah utama kepada perniaga untuk

meraih lebih ramai pelanggan3 Kepelbagaian barangan cenderamata yang dijual di premis

perniagaan mampu menarik minat lebih ramai pelanggan untuk membelinya

4 Pperniagaan cenderamata dapat membantu membangunkan industry kecil dan sederhana(IKS)

5 Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT)telah menyediakan kemudahan asas kepada para pengunjung di pasar payang termasuklah di sekitar premis perniagaan cenderamata

6 Peniaga bijak menggunakan pendekatan yang terbaik untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan seperti kaedah memujuk dan mempromosi

7 Lokasi yang terpencil menyebabkan kedai cenderamata kurang dikunjungi pelancong yang bertandang ke pasar payang

8 Harga barangan cenderamata yang dijual adalah murah dan bersesuaian dengan jenis cenderamata tersebut

9 Rata-rata pelanggan kedai cenderamata ialah pelancong luar dan kedatangan mereka banyak membantu peniaga menjana pendapatan yang lebih tinggi

10 Secara keseluruhannya,pelanggan berpuas hati terhadap pengurusan,harga cenderamata,layanan dan suasana di premis cenderamata terbabit