perkembangan ilmu di perancis pada abad ke-17 hingga 19. · pdf filedicapai pada abad ke-18,...

1
Perkembangan Ilmu di Perancis pada Abad ke-17 hingga 19. Sejak zaman Renaisans, minat dalam ilmu pengetahuan telah timbul di Perancis. Minat terhadap ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat Perancis terbukti dengan penubuhan Académie des Sciences (Akademi Sains). Pada tahun 1666, Raja Louis XIV telah memperbaharui semula Akademi Sains negaranya bagi tujuan penyelidikan sains. Tempoh antara tahun 1750 hingga 1850, merupakan tahun-tahun yang dipenuhi dengan kegiatan penyelidikan dalam semua bidang sains (matematik, mekanik, astronomi, kimia, botani, dan anatomi,). Perancis telah memainkan peranan penting dalam kegiatan ini. Para ilmuan yang terkemuka telah memberi sumbangan yang paling besar dalam memperluaskan bidang pengetahuan sains. Antara kemajuan sains yang dicapai pada abad ke-18, ialah penemuan gas oksigen dan hidrogen oleh ahli kimia dan biologi Perancis yang bernama Antione-Laurent Lavoisier. Pada era Revolusi Perancis (1789), Akademi Sains diberi peranan mencipta sistem ukuran dan sukatan yang baru bagi kegunaan negara Perancis, pihak akademi tersebut telah berjaya menghasilkan sistem kiraan metrik. Selain dari memberi keutamaan kepada perkembangan sains, ilmu falsafah juga turut diberikan perhatian. Rene Descartes ahli matematik dan fizik berbangsa Perancis dianggap sebagai Bapa Falsafah Moden. Beliau telah berusaha untuk mengaplikasikan rasional kaedah induktif matematik ke dalam bidang falsafah. Ahli-ahli falsafah lain yang terkenal ialah Voltaire, Montesquieu dan Rousseau. Ahli-ahli falsafah Perancis menjadi terkenal dan idea-idea mereka berpengaruh pada Zaman Pencerahan (Enlightment) di Eropah. Dalam bidang sastera pula, kesusasteraan baroque ( penulisan yang teliti dan menggunakan gaya bahasa yang indah) berkembang di Perancis pada abad ke-17. Ia dinaungi sendiri oleh Grand Monarch Louis XIV. Ramai pengarang Perancis yang terkenal muncul pada era keemasan itu, antaranya ialah Corneille, Moliere, Racine, Madame de Sevigne, La Fontaine dan ramai lagi. Kesusasteraan Perancis menjadi contoh dalam penghasilan kesusasteraan di negara-negara Eropah yang lain dan menjadi kegemaran masyarakat Eropah pada masa itu. Pada abad ke-19, hasil penyelidikan seorang ahli kimia Perancis iaitu Louis Pasteur telah menemui punca terjadinya penyakit yang dihidapi manusia. Beliau telah mengemukakan teori bahawa penyakit adalah disebabkan oleh kuman. Dengan penemuan tersebut, ilmu perubatan telah memasuki era baru yang lebih maju.

Upload: phungdieu

Post on 14-Mar-2018

249 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Ilmu di Perancis pada Abad ke-17 hingga 19. · PDF filedicapai pada abad ke-18, ialah penemuan gas oksigen dan hidrogen oleh ahli kimia dan biologi Perancis yang bernama

Perkembangan Ilmu di Perancis pada Abad ke-17 hingga 19.

Sejak zaman Renaisans, minat dalam ilmu pengetahuan telah timbul di Perancis. Minat terhadap ilmu

pengetahuan dalam kalangan masyarakat Perancis terbukti dengan penubuhan Académie des Sciences

(Akademi Sains). Pada tahun 1666, Raja Louis XIV telah memperbaharui semula Akademi Sains negaranya

bagi tujuan penyelidikan sains.

Tempoh antara tahun 1750 hingga 1850, merupakan tahun-tahun yang dipenuhi dengan kegiatan

penyelidikan dalam semua bidang sains (matematik, mekanik, astronomi, kimia, botani, dan anatomi,).

Perancis telah memainkan peranan penting dalam kegiatan ini. Para ilmuan yang terkemuka telah memberi

sumbangan yang paling besar dalam memperluaskan bidang pengetahuan sains. Antara kemajuan sains yang

dicapai pada abad ke-18, ialah penemuan gas oksigen dan hidrogen oleh ahli kimia dan biologi Perancis yang

bernama Antione-Laurent Lavoisier.

Pada era Revolusi Perancis (1789), Akademi Sains diberi peranan mencipta sistem ukuran dan sukatan yang

baru bagi kegunaan negara Perancis, pihak akademi tersebut telah berjaya menghasilkan sistem kiraan

metrik.

Selain dari memberi keutamaan kepada perkembangan sains, ilmu falsafah juga turut diberikan perhatian.

Rene Descartes ahli matematik dan fizik berbangsa Perancis dianggap sebagai Bapa Falsafah Moden. Beliau

telah berusaha untuk mengaplikasikan rasional kaedah induktif matematik ke dalam bidang falsafah. Ahli-ahli

falsafah lain yang terkenal ialah Voltaire, Montesquieu dan Rousseau. Ahli-ahli falsafah Perancis menjadi

terkenal dan idea-idea mereka berpengaruh pada Zaman Pencerahan (Enlightment) di Eropah.

Dalam bidang sastera pula, kesusasteraan baroque ( penulisan yang teliti dan menggunakan gaya bahasa

yang indah) berkembang di Perancis pada abad ke-17. Ia dinaungi sendiri oleh Grand Monarch Louis XIV.

Ramai pengarang Perancis yang terkenal muncul pada era keemasan itu, antaranya ialah Corneille, Moliere,

Racine, Madame de Sevigne, La Fontaine dan ramai lagi. Kesusasteraan Perancis menjadi contoh dalam

penghasilan kesusasteraan di negara-negara Eropah yang lain dan menjadi kegemaran masyarakat Eropah

pada masa itu.

Pada abad ke-19, hasil penyelidikan seorang ahli kimia Perancis iaitu Louis Pasteur telah menemui punca

terjadinya penyakit yang dihidapi manusia. Beliau telah mengemukakan teori bahawa penyakit adalah

disebabkan oleh kuman. Dengan penemuan tersebut, ilmu perubatan telah memasuki era baru yang lebih

maju.