perkembangan dasar luar malaysia

1
PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA Dasar luar Malaysia telah melalui beberapa perubahan selaras dengan perkembangan di dalam dan di luar negara. Dasar luar Malaysia terbahagi kepada lima tahap mengikut pemimpin negara Malaysia yang memerintah pada masa itu[2]. Dasar Luar Dalam Tempoh 1957 – 1969 Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah bercorak Pro-Barat, Pro-Komanwel dan Anti-Komunis. 1. Dasar Pro-Barat i. Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun 1957. Kerajaan British menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu diserang oleh mana-mana negara. ii. Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissez–faire). Perjanjian pelaburan ditandatangani dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. . Dasar Anti-Komunis i. Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat untuk membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan. ii. Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan memberi jaminan persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem. iii. Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan Komunis. Juga mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959. . Dasar Kerjasama Serantau i. Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama dengan Negara Thai dan Filipina. ii. Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963. iii. Menganggotai ASEAN pada tahun 1967. iv. Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). v. Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). [3]

Upload: yuuki-lin

Post on 17-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

dasar luarr

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar luar Malaysia telah melalui beberapa perubahan selaras dengan perkembangan di dalam dan di luar negara. Dasar luar Malaysia terbahagi kepada lima tahap mengikut pemimpin negara Malaysia yang memerintah pada masa itu[2].

Dasar Luar Dalam Tempoh 1957 1969

Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah bercorak Pro-Barat, Pro-Komanwel dan Anti-Komunis.

1.Dasar Pro-Barat

i.Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun 1957. Kerajaan British menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu diserang oleh mana-mana negara.ii.Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissezfaire). Perjanjian pelaburan ditandatangani dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun.

2. Dasar Anti-Komunis

i.Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat untuk membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan.ii.Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan memberi jaminan persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem.iii.Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan Komunis. Juga mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959.

3. Dasar Kerjasama Serantau

i.Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama dengan Negara Thai dan Filipina.ii.Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963.iii.Menganggotai ASEAN pada tahun 1967.iv.Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).v.Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).[3]