perkasakan dakwah umum di era kemenangan

4
PERKASAKAN DAKWAH UMUM DI ERA KEMENANGAN Di antara hikmah nabi Muhammad SAW berhjrah ialah kerana hendak Islam itu berkuasa bukan Islam dikuasai. Islam memerintah bukan Islam yang diperintah. Islam menjadi tuan rumah bukan Islam itu tetamu. Kalau risalah Islam yang baginda diamanahkan oleh Allah SWT hanya untuk solat dan tawaf di kabah, maka baginda tidak perlu untuk berhijrah dan meninggalkan kampung halaman yang tercinta. Tetapi demi Islam dan kedaulatanya maka baginda berhijrah untuk memastikan Islam ada pengkalan untuk menyebarkan Islam ke negeri lain. Alhamdulillah Pas bersama dalam pakatan rakyat telah di anugerahkan nikmat untuk membolehkan dakwah Islam bernafas setelah berada di zaman penjajahan moden yang tidak benarkan Islam di hayati dalam konteks seperti yang nabi saw ajar kepada kita. Maka di kesempatan inilah maka kita perlu untuk memperkasakan dakwah umum kepada masyarakat setelah mereka dibutakan hati dan telinga untuk mendengar kalimah Islam yang sebenar. Mereka berjaya meracunkan rakyat di negara ini mengenai Islam menurut acuan dan nafsu mereka sehingga mengelirukan rakyat di negara ini. Program dakwah umum mesti diperkasakan kerana masih ramai lagi yang jahil tentang agama terutama di kalangan orang Melayu. Melayu hanya boleh diubah minda mereka dengan ilmu dan agama sahaja. Kerja ini mesti diaktifkan secara agresif. Kerana 50 tahun Umno sudah berjaya meletakkan orang Melayu Islam berada di dalam keadaan jahil tentang tasawwur Islam yang sebenar. Umno sedar inilah caranya untuk mereka memerintah lama selagi rakyat tidak berilmu dan beragama. Umno kehilangan undi apabila pengundi di satu kawasan itu ialah orang beragama dan berilmu. Umno bermaharajalela apabila penduduk di kawasan yang mundur

Upload: mujahidfisabilillah

Post on 11-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

umum

TRANSCRIPT

Page 1: Perkasakan Dakwah Umum Di Era Kemenangan

PERKASAKAN DAKWAH UMUM DI ERA KEMENANGAN   

Di antara hikmah nabi Muhammad SAW berhjrah ialah kerana hendak Islam itu

berkuasa bukan Islam dikuasai. Islam memerintah bukan Islam yang diperintah. Islam

menjadi tuan rumah bukan Islam itu tetamu. Kalau risalah Islam yang baginda

diamanahkan oleh Allah SWT hanya untuk solat dan tawaf di kabah, maka baginda tidak

perlu untuk berhijrah dan meninggalkan kampung halaman yang tercinta.

Tetapi demi Islam dan kedaulatanya maka baginda berhijrah untuk memastikan Islam

ada pengkalan untuk menyebarkan Islam ke negeri lain. Alhamdulillah Pas bersama

dalam pakatan rakyat telah di anugerahkan nikmat untuk membolehkan dakwah Islam

bernafas setelah berada di zaman penjajahan moden yang tidak benarkan Islam di

hayati dalam konteks seperti yang nabi saw ajar kepada kita.

Maka di kesempatan inilah maka kita perlu untuk memperkasakan dakwah umum

kepada masyarakat setelah mereka dibutakan hati dan telinga untuk mendengar

kalimah Islam yang sebenar. Mereka berjaya meracunkan rakyat di negara ini mengenai

Islam menurut acuan dan nafsu mereka sehingga mengelirukan rakyat di negara ini.

Program dakwah umum mesti diperkasakan kerana masih ramai lagi yang jahil tentang

agama terutama di kalangan orang Melayu. Melayu hanya boleh diubah minda mereka

dengan ilmu dan agama sahaja. Kerja ini mesti diaktifkan secara agresif.  Kerana 50

tahun Umno sudah berjaya meletakkan orang Melayu Islam  berada di dalam keadaan

jahil tentang tasawwur Islam yang sebenar.

Umno sedar inilah caranya untuk mereka memerintah lama selagi rakyat tidak berilmu

dan beragama. Umno kehilangan undi apabila pengundi di satu kawasan itu ialah orang

beragama dan berilmu. Umno bermaharajalela apabila penduduk di kawasan yang

mundur dalam bidang agama dan tahap akademik yang rendah. Umno sedaya upaya

akan menyekat Islam tidak diberikan nafas baru. Mereka hanya mengajar Islam sebagai

ubat pelali  kepada rakyat di negara ini supaya rakyat tidak bertanya apakah jasa Umno

kepada Islam, dan untuk menjadi modal setiap kali pilihanraya.

Diantara program dakwah umum ialah:

a.Khutbah

Kerana inilah medan yang paling berkesan untuk memberi kefahaman Islam yang

sebenar. Kebanyakan orang Melayu dididik bahawa solat Jumaat wajib, walaupun

sembahyang lain dia tidak buat. Kesempatan inilah yang perlu kita ambil. Khatib perlu

dilatih supaya mampu menyampaikan ‘public speaking” yang baik untuk menarik sidang

Page 2: Perkasakan Dakwah Umum Di Era Kemenangan

pendengar yang hadir. Tajuk-tajuk yang disampaikan biarlah agak semasa dan sesuai

dengan budaya dan tahap pemikiran penduduk setempat, kerana ini adalah himpunan

mingguan umat Islam di dalam satu daerah. Mereka datang untuk mendengar arahan

dari pemimpin masyarakat.Jika khatib mampu mengarang teks sendiri atau berkhutbah

adalah satu kelebihan.  b.Kuliah maghrib. Tajuk-tajuk yang dibahas biarlah yang menjurus kepada kefahaman

Islam yang sebenar sehingga mereka memahami bahawa Islam sebagai al-Din

wadaulah. Perbahasan jangan hanya berkisar kepada soal feqah ibadah solat, wudhu’,

puasa, haji , haid dan nifas, tetapi biarlah lebih luas. Ia mesti juga membincangkan

mengenai muamalat yang berhubung dengan soal jual beli, aqad, hutang piutang,

pinjam meminjam.

Tajuk-tajuk jinayat seperti hudud, qisas dan tak’zir mesti dperluaskan supaya

masyarakat tidak keliru dengan mainan media Umno selama ini seolah-olah hukum

Islam adalah asing dan tidak relevan dengan masyarakat majmuk. Bab kenegaraan

mengenai kepimpinan dalam sebuah negara, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan,

kewajipan pemimpin kepada rakyat adalah satu tajuk yang perlu disebarkan kepada

masyarakat. Selama ini masyarakat sudah diracun  dengan pemikiran bahawa Islam

dan poilitik tidak boleh disatukan, perlu dipisahkan dalam kehidupan. Kerana Islam suci

manakala politik adalah kotor. Fikrah ini  mesti dibersihkan kembali daripada pemikiran

rakyat. C.Risalah tarbiah  yang ringkas  (sehelai kertas A4) dan mudah  untuk difahami diedarkan

setiap minggu pada hari Jumaat.  Sediakan petugas kita dari kalangan pemuda untuk

menunggu di pintu masjid supaya ahli jamaah dapat mengambil risalah tersebut dengan

teratur dan tersusun. Risalah dengan huruf dan tulisan yang menarik adalah satu

kelebihan. Isinya pun menjurus kepada soal kefahaman Islam yang syumul dan isu

semasa yang melanda umat Islam di negara ini.  d.Program kepada mereka yang menerima bantuan

Kebanyakan mereka yang miskin ini adalah menjadi mangsa kejahilan dan buta agama

di negara ini. Di samping kita berikan  bantuan dalam bentuk material kita juga perlu

hidangkan kepada mereka santapan rohani supaya menjadi benteng pertahanan yang

kukuh kepada mereka. Mereka perlu dibimbing kearah agama dan memberikan motivasi

dalam hidup mereka supaya berpegang tuguh dengan amalan Islam walau apa cara

sekalipun. Inilah sahaja yang mampu untuk menyelamatkan mereka daripada

kesusahan di dunia dan akhirat. Selama ini golongan miskin adalah menajdi umpan dan

stok penimbal untuk mengundi Umno/BN dalam setiap kali pilihanraya.

Kemiskinan mereka dieksploitasi untuk keuntugan politik bukan sebagai satu

tanggungjawab yang perlu ditunaikan kerana  mereka adalah warga negara yang perlu

juga mendapat pengagihan kekayaan di negara ini. Bukannya mereka itu menjadi kek

untuk dimamah dan dipijak. Golongan ini selalunya menjadi sasaran kepada penyebar

agama lain untuk mendiayahkan mereka supaya meyertai agama mereka. Kitalah yang

Page 3: Perkasakan Dakwah Umum Di Era Kemenangan

bertanggungjawab untuk melindungi maruah dan akidah mereka supaya mereka tidak

menjadi mangsa kepada sistem yang zalim pada hari ini.

e.Bacaan Yasin

Program ini adalah satu program yang perlu diperkasakan dan memang terbukti berjaya

menarik sokongan orang atas pagar. Kesempatan daripada ikatan Yasin dengan orang

Melayu Islam di negara ini cukup kuat. Sebab itu orang Melayu kebanyakan apabila

bertanya kepada mereka mereka membaca al-Quran atau tidak, meraka akan jawab

baca, iaitu membaca Yasin pada malam Jumaat. Ini hendak menunjukkan amalan ini

begitu teguh dan mantap dalam masyarakat maka usaha ini mesti diteruskan.

Walaupun program Yasin tetapi mesti diselitkan sedikit dengan tazkirah pendek. Bukan

senang hendak menghimpunkan mereka yang hadir ke program yang cukup bermakna

dalam masyarakat. Sekiranya ada kemampuan setiap kali pertemuan boleh ditafsirkan

satu atau dua ayat. Supaya mereka lebih menghayati dalam sanubari mereka dan rasa

seronok dengan apa yang mereka baca selama ini. Kita tidak mahu ia hanya satu

budaya semata-mata tanpa pengisian yang bermakna.

Biarlah mereka faham di dalam surah Yasin juga adanya kisah-kisah perjuangan seperti

kisah “Sahibu Yasin”, seorang tukang kayu yang beriman dan menyeru kaumnya untuk

beriman  dengan utusan yang sampai di kampung halaman mereka, .akhirnya orang

kampung itu marah dan memijak beliau sampai mati dan beliau mati syahid. Inilah

kebanyakan masyarakat tidak tahu apa yang mereka baca selama ini. Perkara ini mesti

di dedahkan. Kerana  masyarakat menganggap Yasin sebagai satu surah yang hanya

dibaca ketika hendak naik haji, masuk rumah baru, ketika orang nazak hendak mati.

Tahniah kepada Muslimat kerana memiliki produk yang cukup bernilai untuk dipasarkan

kepada orang ramai iaitu program bacaan Yasin.