perkara helaian - kementerian kerja raya malaysia (kkr) tindakan ggp kkr 2016.pdf · spesifikasi...

19

Upload: truongthuan

Post on 06-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PERKARA Helaian

PraKata Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya 4

Ringkasan Eksekutif 5

Profil Kementerian Kerja Raya 6

Sekilas Pandang Pelan Tindakan GGP 7

Pelan Tindakan GGP 8-17

Penutup 18

KKR Kementerian Kerja Raya

KeTTHA Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

MOF Kementerian Kewangan

JKR Jabatan Kerja Raya

CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia

LLM Lembaga Lebuhraya Malaysia

BK Bahagian Kewangan

BPF Bahagian Pengurusan Fasiliti

BPM Bahagian Pengurusan Maklumat

GGP Government Green Procument

CKUB Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

RP Rolling Plan

LCC Life Cycle Cost

KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar

RMKe-11 Rancangan Malaysia Kesebelas

KPI Key Performance Index

pH Penarafan Hijau

MYCrest Malaysian Carbon Reduction and Environmental

Sustainability Tool

ICT Information and Communication Technology

Dasar Teknologi Hijau yang diperkenalkan sejak tahun 2009 adalah di

antara kesungguhan pihak Kerajaan dalam menetapkan Teknologi Hijau

sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menjadikan

Malaysia sebagai Hub Serantau Teknologi Hijau.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) selaku agensi

pelaksana bersama Kementerian Kewangan (MOF) telah dan sedang

melaksanakan pelbagai inisiatif membangunkan Teknologi Hijau

termasuklah membangunkan inisiatif Perolehan Hijau Kerajaan (GGP).

Pelaksanaan GGP ini dapat memangkinkan pembangunan industri

tempatan berasaskan pengeluaran produk dan perkhidmatan mesra alam

kerana wujudnya permintaan yang tinggi bagi memenuhi keperluan

Kerajaan dan seterusnya menjadikan industri, harga produk serta

perkhidmatan mesra alam tempatan lebih berdaya saing.

Perolehan Kerajaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin

kepada pembangunan sosioekonomi kerana mewakili 12 - 15% daripada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menjelang tahun 2020 di bawah

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan telah menetapkan

sasaran 20% untuk pelaksanaan GGP.

Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku agensi peneraju dalam infrastruktur

awam turut terpilih bersama agensi–agensi Kerajaan lain untuk

pelaksanaan GGP khususnya dalam perolehan kerja. Dalam hal ini, KKR

telah menetapkan Pelan Tindakan GGP yang diharap mampu dijadikan

panduan kepada penggiat industri pembinaan. Adalah juga diharapkan

supaya Pelan Tindakan GGP KKR ini dapat dilaksanakan mengikut sasaran

yang ditetapkan supaya keberhasilannya merangkumi kecekapan

penggunaan sumber asli, pencemaran alam sekitar yang minimum dengan

kos efektif melalui penambahbaikan yang berterusan.

YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob

Ketua Setiausaha

Kementerian Kerja Raya

Pelan Tindakan Perolehan Hijau Kerajaan atau Government Green Procument

(GGP) Kementerian Kerja Raya disediakan untuk tempoh 4 tahun bermula dari

tahun 2016 sehingga 2020 bagi meningkatkan pengetahuan mengenai

kepentingan pembangunan infrastruktur bertunjangkan mesra alam kepada

pengiat industri pembinaan amnya. Pelan ini adalah selari dengan tiga (3) sub

Teras yang terkandung di dalam Pelan Strategik KKR iaitu di bawah sub Teras

1.3 : Memperluas Pengunaan Teknologi Yang Meningkatkan Nilai Tambah,

Teras 2.1.2 Mengunakan Konsep Life Cycle Costing (LCC) dan Teras 2.2

Mengalakkan Pembangunan Mampan Dalam Industri Pembinaan Negara.

Ketiga–tiga sub Teras ini menekankan pemilihan sumber bahan pembinaan

yang mesra alam yang dapat meminimumkan pencemaran alam.

Pelan Tindakan Perolehan Hijau Kerajaan KKR ini mengandungi empat (4)

Strategi iaitu Pengukuhan Dasar dan Kerangka Institusi, Penetapan Garis

Panduan dan Kumpulan Produk Yang Mesra Alam, Mewujudkan Program

Kesedaran dan Pembangunan Kapasiti serta Pemantauan dan Penilaian.

Strategi pertama antara lain mewujudkan jawatankuasa dan pusat rujukan

setempat atau focal point melibatkan agensi–agensi teknikal seperti JKR , CIDB

dan LLM. Tiga (3) projek perintis yang memenuhi kriteria mesra alam turut

dikenalpasti

Strategi Kedua pula mempromosi garispanduan GGP melalui saluran medium

yang sesuai supaya GGP menjadi budaya di kalangan warga Kementerian Kerja

Raya dan agensi selain diharap dapat dijadikan rujukan tambahan kepada

pengiat industri pembinaan swasta dalam membangunkan infrastruktur

berteraskan mesra alam.

Strategi Ketiga menetapkan program–program latihan bagi meningkatkan daya

saing dan kepakaran warga KKR dalam GGP manakala Strategi Keempat

membabitkan aspek pelaporan hasil pencapaian atau KPI.

MOTO

“ KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT”

VISI

“Peneraju Pembangunan Infrastruktur Dan Industri

Pembinaan Negara Yang Terunggul Menjelang Tahun 2020”

Tenaga Kerja

Memastikan pembangunan kapasiti dan keupayaan kontraktor, profesional dan tenaga kerja sektor pembinaan dilaksanakan selaras dengan dasar negara

Industri Pembinaan

Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara dan perkhidmatan profesional yang berdaya saing di pasaran global

Pembangunan Infrastruktur

Memastikan pembangunan infrastruktur dirancang, dilaksana dan disenggara dengan cekap dan berkualiti tinggi

MISI

4 Strategi

12 Program Tindakan

17 KPI

Bil STRATEGI PROGRAM /

AKTIVITI

KPI

1. Pengukuhan Dasar & Kerangka Institusi 4 6

2. Garis Panduan & Kumpulan Produk 3 3

3. Program Kesedaran & Pembangunan

Kapasiti

3 4

4. Pemantauan & Penilaian 2 4

NOTA

Peraturan perolehan Kerajaan sedia ada disemak agar selari dengan

GGP

Mewujudkan KPI sebagai pengukur

pencapaian pelaksanaan

Keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa

pelaksana projek – projek perintis

10

STRATEGI 1 PROGRAM / AKTIVITI PETUNJUK PRESTASI PELAKSANA CATATAN

Pengukuhan

Dasar dan

Kerangka

Institusi

Penetapan Petunjuk Prestasi

Utama (KPI) bagi pelaksanaan

GGP

Satu dokumen pelaksanaan GGP

KKR diterbitkan.

BK, KKR Jangka diterbitkan dalam bulan

Jun 2016

Mewujudkan pusat rujukan

setempat / jawatankuasa yang

akan menyelaras pelaksanaan

GGP di peringkat Kementerian

(setiap Bahagian) dan Agensi.

Sebanyak 4 Focal Point ditetapkan.

KKR/JKR/CIDB

/LLM

i. Focal Point Induk di

Bahagian Kewangan, KKR

ii. Focal Point JKR adalah

Cawangan Alam Sekitar dan

Kecekapan Tenaga

iii. Focal Point LLM adalah

BKUB dan Bahagian

Kewangan agensi

iv. Focal Point CIDB adalah

Bahagian PembInaan

Mampan, CIDB

Mewujudkan jawatankuasa

pelaksana projek perintis GGP

(kategori kerja)

i. 3 projek perintis Rolling Plan Satu

(RP 1) RMKe-11 telah dikenalpasti

(bangunan).

ii. Pasukan projek ditubuh untuk

pelaksanaan dan pemantauan

(Julai 2016)

iii. Pemilihan produk diperluaskan

kepada proses kerja yang dapat

mengurangkan karbon dan kitar

semula

MOF/KKR/JKR/

CIDB/

GreenTech

Malaysia

i. Pusat Pengajian

Pengurusan Pelancongan

Hospitaliti dan Alam Sekitar

UUM Colgis (PH JKR)

ii. Menaiktaraf Pusat Latihan

Keselamatan Perlindungan

Malaysia, Bandar Baru

Enstek, Negeri Sembilan

(MyCrest)

iii. Fakulti Pendidikan Teknikal

dan Vokasional di Kampus

UPSI Teluk Intan, Perak

Fasa 2 (MyCrest)

Menyediakan dasar/panduan

pelaksanaan GGP di peringkat

Kementerian (setiap Bahagian)

dan Agensi

Menyediakan pautan

Pekeliling/Bahan Makluman/Program

Kesedaran berkaitan dengan

pelaksanaan GGP di dalam Portal

KKR dan agensi (Jun 2016)

KKR, JKR,

CIDB dan LLM

Dilaksanakan setiap Bahagian

Teknologi Maklumat masing -

masing

Penambahbaikan dan adaptasi berterusan

terhadap garispanduan GGP sedia ada

Keutamaan pada produk dan

perkhidmatan yang mesra alam dan

mematuhi piawaian teknologi hijau

Impak kepada ekonomi dengan memberi kesan kepada pembangunan

industri tempatan

12

STRATEGI 2 PROGRAM / AKTIVITI PETUNJUK PRESTASI PELAKSANA CATATAN

Garis Panduan dan

Kumpulan Produk

Merujuk kepada garis panduan GGP

yang memperincikan skop,

spesifikasi dan kriteria utama dan

award kriteria.

Garis Panduan GGP

ditambahbaik di muatnaik

di dalam Portal

Kementerian dan Agensi

(Mei - Dis 2016).

BK, KKR

Menerimapakai Garis Panduan GGP

dan kriteria dokumen/garis panduan

contoh eco-label/energy star

rating/standard bagi penyediaan

spesifikasi dokumen tender

i. Sekurang-kurangnya 2

tender kerja bangunan

dokumen dan 2

sebutharga menerapkan

kriteria mesra alam di

dalam spesifikasi

2 tender (Perolehan

kerja bangunan)

2 sebutharga

(Bekalan dan

Perkhidmatan)

(November 2016)

KKR/JKR/CIDB/

LLM

i. BPF - Kerja

penyenggaraan

(arahan secara

dalaman)

ii. BPM – tender

untuk

pembekalan

server di Pusat

Latihan

Kecemerlangan

Teknologi Melaka

iii. BPJ – Sebut

Harga telah

disediakan dan

mengambil kira

aspek mesra

alam

STRATEGI 2 PROGRAM / AKTIVITI PETUNJUK PRESTASI PELAKSANA CATATAN

Garis Panduan dan

Kumpulan Produk

Membangunkan dokumen tender

yang menerapkan spesifikasi

perolehan produk dan

perkhidmatan hijau.

ii. 3 projek perintis didaftarkan

dengan MyCREST dan pH

JKR (2016-2020) untuk

kategori Kerja. Tarikh

penyediaan dokumen tender

adalah tertakluk kepada

pasukan pelaksana projek.

iii. 4 produk dikenalpasti

daripada 12 kumpulan

produk (untuk kategori

bekalan dan perkhidmatan) –

Mei sehingga Disember

2016

- Perkhidmatan pembersihan

- Peralatan ICT

- Cat

- Pengurusan Tenaga Fasiliti

Bangunan

BPF KKR

BPM KKR

CKUB JKR

CIDB

pH

Pusat Pengajian

Pengurusan

Pelancongan

Hospitaliti dan

Alam Sekitar

UUM Colgis

MYCrest

Menaiktaraf

Pusat Latihan

Keselamatan

Perlindungan

Malaysia, Bandar

Baru Enstek,

Negeri Sembilan

(MyCrest)

Fakulti

Pendidikan

Teknikal dan

Vokasional di

Kampus UPSI

Teluk Intan,

Perak Fasa 2

(MyCrest)

Keperluan untuk menyediakan modul

latihan GGP yang komprehensif dan

berterusan

Kolaborasi bersama institusi latihan bagi

peningkatan ilmu dan kemahiran

Pegawai perolehan di KKR dan agensi perlu

menghadiri kursus persediaan berkaitan

GGP

STRATEGI 3 PROGRAM / AKTIVITI PETUNJUK PRESTASI PELAKSANA

Program kesedaran

dan pembangunan

kapasiti

Peningkatan keupayaan menerusi program

latihan GGP dan Kos Kitaran Hayat

25 peserta mengikuti program latihan dan

sesi bimbingan ( 4 – 5 Mei 2016)

KKR/JKR/CIDB/

LLM

Pemindahan pengetahuan menerusi

program latihan Train of Trainers

i. Menetapkan 4 wakil Kementerian /

Agensi dilatih (Julai 2016)

ii. Pemindahan pengetahuan di sekurang-

kurang di 4 Bahagian /Agensi (Ogos

2016)

BK, KKR

Meningkatkan dayasaing dan kepakaran Sekurang-kurangnya 4 pakar terlatih

terlibat dalam penyediaan dan penilaian

teknikal tender GGP dan kos kitaran hayat

(tertakluk kepada peralatan elektrik

sahaja,contohnya lampu, ICT, penghawa

dingin)

Focal Point KKR,

JKR, CIDB dan

LLM

Permasalahan pelaksanaan Pelan Tindakan GGP KKR

perlu ditangani segera

Pemantauan berterusan

terhadap Pelan Tindakan GGP KKR

juga perlu dilaksanakan bagi

memastikan keberkesanannya

Penilaian bersistematik

diperlukan bagi mengukur kesan

pelaksanaan Pelan Tindakan GGP KKR

Tinjauan berterusan secara kaji selidik dan temu

bual melibatkan stakeholders berkaitan dapat membantu

penilaian Pelan Tindakan GGP KKR

STRATEGI 4 PROGRAM / AKTIVITI PETUNJUK PRESTASI PELAKSANA

Pemantauan dan

Penilaian

Pelaksanaan GGP dilaksanakan

mengikut aktiviti yang dinyatakan di

dalam Pelan Tindakan GGP 2016

Melaporkan pencapaian KPI GGP menjelang

November 2016

BK, KKR

Memastikan kesinambungan

pelaksanaan GGP yang efektif di

peringkat Kementerian dan Agensi

i. Pematuhan kepada aktiviti yg dinyatakan

dalam Pelan Tindakan GGP 2016

dilaporkan (Dis 2016)

ii. Focal Point dan Wakil Tetap menghadiri

Bengkel Pelan Tindakan GGP 2017

dengan key stakeholders dan kementerian

terlibat (November 2016)

iii.Peluasan pelaksanaan GGP di peringkat

persekutuan

(November 2016 -November 2017)

Focal Point KKR,

JKR, CIDB dan

LLM

Adalah diharapkan Pelan Tindakan Perolehan Kerajaan

Kementerian Kerja Raya ini dapat dimanfaatkan di antara warga

Kementerian dan agensi secara bersama dan dikongsi dengan

pengiat industri pembinaan negara ke arah mencapai kualiti

pertumbuhan pembangunan yang mesra alam.

Memandangkan Kementerian Kerja Raya merupakan agensi

Kerajaan yang mengendalikan perolehan kerja berskala besar,

Pelan ini diharap mampu memberi panduan dalam merealisasikan

hasrat Kerajaan untuk mengurangkan pencemaran alam

menjelang tahun 2020 dan seterusnya bagi kesinambungan

generasi akan datang.

Justeru itu, sebagai agensi sektor awam yang meneraju industri

pembinaan akan mengembleng semua usaha untuk menjadikan

pelan GGP ini ke arah kelestarian bumi.

CATATAN