perkaitan antara kepimpinan instruktional guru besar dengan kepercayaan dan komitmen guru.doc

Upload: cikgu-supian

Post on 07-Aug-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    1/19

    PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR DENGAN

    KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU

    Lokman Mohd Tahir; Khadijah Dad; Ro!i"a Rahma"Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

      E mail: [email protected]

    A#$"rak% Penyelidikankorelasi ini dirangka untuk mengenalpasti perkaitan antara amalankepemimpinan pengajaran guru besar dengan kepercayaan guru terhadap guru besar dankomitmen guru berdasarkan pandangan !" orang guru yang berkhidmat di #! buah sekolahrendah. Penyelidikanini dilaksanakan dengan menggunakan tiga instrumen utama iaitu instrumenkepimpinan pengajaran atau Principal Instructional Management Rating Scale $P%M&'( yang dibinaoleh )allinger * Murphy $#+-(, instrumen Trust Scale-Trust in Principal / oleh )oy dan Tschannen0Moran $1""(, dan 2omitmen Terhadap 3rganisasi oleh Meyer dan Allen $#++"4 #++-(. )asildapatan membuktikan baha5a amalan kepimpinan pengajaran guru besar mempunyai impakterhadap tahap kepercayaan guru, manakala tahap kepercayaan guru juga mempunyai impakterhadap komitmen guru terhadap sekolah. )asil daripada ujian berdasarkan pembinaan modelpersamaan berstruktur mendapati baha5a kepercayaan guru berperanan sebagai mediator kepadapemboleh ubah amalan kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen guru terhadap

    sekolah. Model persamaan berstruktur turut mendapati baha5a amalan kepimpinan pengajaranguru besar juga mempunyai nilai pemberatan regresi yang rendah terhadap komitmen guru disekolah.

    Ka"a kn&i6 2epimpinan pengajaran4 guru besar4 kepercayaan guru4 komitmen guru terhadapsekolah dan model persamaan struktur 

    A#$"ra&"6 This correctional study 5as designed to investigate the relationship bet5eenheadteacher/s instructional leadership practices 5ith teachers/ trust and commitment based on !"randomly selected teachers 7rom #! primary schools. &esearch instruments that being used in thisstudy 5ere based on )allinger * Murphy/s $#+-( instructional leadership namely P%M&' $Principal%nstructional Management &ating 'cale( 8uestionnanire4 )oy and Tsachannen0Moran $1""( trustscale0trust and Allen and Meyer $#++"4 #++-(/s organi9ational commitment 8uestionnaire $3:;(.

    Findings revealed that headteachers instructional leadership practices have signi7icant impactto5ards teachers/ trusts 5hile teachers/ trust also had signi7icant impact to5ards teachers/commitment to5ards the school. 'tructural e8uation model analysis also proved that teachers/ trustplays as signi7icant mediator bet5een headteachers instructional leadership practices 5ith teachers/commitment. '

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    2/19

    pemimpin sekolah yang mampu melaksanakan perubahan di sekolah turut menjadi indikator yang membe9akan antara sekolah yang berjaya dengan sekolah yang sebaliknya $

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    3/19

    menjurus kepada peningkatan dalam produktiviti $Meyer * Allen #++-4 Murray et al., #++#(.

    Umum mengetahui baha5a sta7 yang berkomitmen tinggi lebih mementingkan pekerjaan dan

    tugas dalam memenuhi kemahuan organisasi berbanding keperluan sendiri. 'ebaliknya, sta7 

    yang mempunyai tahap komitmen yang rendah pula didapati melakukan tingkah laku yang

    mengurangkan produktiviti seperti melambatkan kerja, tiada di tempat kerja, mementingkan hal

    peribadi dan tidak mahu bekerja lebih masa $Potvin, #++#(. 3leh itu, komitmen guru terhadapsekolah dianggap teras utama dalam menentukan kejayaan sesebuah sistem pendidikan

    sesebuah negara kerana guru adalah pelaksana setiap dasar pendidikan $=iPaola et al . 1""!4

    eith5ood et al . 1""B( yang telah digubal. Merujuk kepada de7inisi komitmen dalam bidang

    pendidikan, Firestone dan &osenbaum $#+( mentakri7kannya sebagai reaksi emosional dan

    a7ekti7 guru terhadap pro7esion. Manakala, takri7an beberapa sarjana $Mo5day et al ., #+1,

    =o5ns, #++#4 amon, #++#4 &osenholt9 * 'impson, #++"( komitmen guru adalah lambang

    ketaatan dan kepatuhan kepada sekolah, pro7esion, nilai dan etika kerja. Pendek kata, dapat

    dirumuskan baha5a komitmen guru terhadap sekolah merupakan 7aktor utama dalam

    merealisasikan aspirasi pendidikan kerana guru yang komited dan percaya kepada kepimpinan

    sekolah dianggap sebagai modal insan yang menjadi tunggak kepada pembangunan

    pendidikan sebuah negara. Justeru, guru yang berkomitmen tinggi dan percaya kepada

    kepimpinan organisasi akan sentiasa berpandangan positi7 malah beranggapan baha5a

    pemimpin dan sekolah akan mengutamakan mereka, menjaga malah memastikan kebajikan

    mereka tidak terabai. %ni membuktikan baha5a kejayaan sesebuah organisasi banyak

    bergantung kepada bagaimana pemimpin mengamalkan strategi dan tindakan kepimpinan yang

    e7ekti7 malah diterima oleh pengikut $Abdul 'hukor, #++#4 Ab A9i9, 1""(.

    KERANGKA TEORITIKAL

    Penyelidikanini secara umumnya telah menggunakan tiga model utama iaitu model kepimpinanpengajaran oleh )allinger $#+-(, model kepercayaan oleh Tschannen GMoran $1""( dan

    model komitmen oleh Allen dan Meyer $#++"4 #++-(.

    K'ran*ka K'+im+inan P'n*ajaran o,'h -a,,in*'r ./0123

    )allinger dan Murphy $#+-( dan )allinger $#++4 1""( melalui model kepimpinanpengajarannya telah menyenaraikan sebelas amalan kepimpinan pengajaran yang harusdipamerkan oleh pengetua atau guru besar di sekolah. Antaranya ialah pengetua atau gurubesar perlu merangka dan merealisasikan matlamat yang dirancang secara bersama dengan5arga sekolah. ?eliau juga menetapkan matlamat tahunan sekolah secara ber7okus. =isamping itu, beliau juga memastikan matlamat sekolah yang dirangka itu berdasarkantanggungja5ab dan kebolehan guru yang akan melaksanakannya. 3leh itu, )allinger $#+-(telah menyenaraikan sebelas ciri0ciri kepimpinan pengajaran dikelompokkan kepada tiga

    dimensi utama iaitu menjelaskan dan mende7inisikan matlamat sekolah yang merangkumimerangka matlamat serta menyampaikan dan menyebarkan matlamat sekolah. =imensi keduaialah mengurus program pengajaran atau pengajaran mencakupi penyeliaan dan penilaianpengajaran, menyelaras kurikulum serta memantau kemajuan murid. =imensi yang ketiga ialahme5ujudkan atau menggalakkan iklim pembelajaran positi7 merangkumi tindakan sepertimenga5al 5aktu pengajaran dan pembelajaran, membudayakan perkembangan pro7esionaldan sta7, mengekalkan ketampakan, menyediakan insenti7 kepada guru, menekankankecemerlangan akademik serta menyediakan insenti7 kepada murid. ambaran tentangkerangka kepimpinan pengajaran oleh )allinger $#+-( diperlihatkan melalui &ajah # di ba5ah.

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    4/19

    Rajah / K'ran*ka K'+'mim+inan P'n*ajaran o,'h -a,,in*'r dan Mr+h( ./01234

    'ecara teori, pemimpin pengajaran bertanggungja5ab menyebar serta memberipenjelasan matlamat sekolah kepada 5arga sekolah iaitu guru0guru, kakitangan, pelajar, ibubapa dan ahli masyarakat supaya mereka memahami matlamat yang hendak dicapai olehpengurusan sekolah. =engan itu, semua pihak seperti ibu bapa dan guru dapatmenyumbangkan inisiati7 dan kerjasama bagi mencapai matlamat sekolah yang telah dibinasecara kolekti7. 'eterusnya, pemimpin pengajaran turut perlu menyelia dan menilai proses

    pengajaran di samping memastikan keutamaan guru diberikan perhatian selaras denganmatlamat yang ditetapkan oleh sekolah. Pemimpin pengajaran juga perlu menyemak hasil kerjaakademik pelajar malah menilai proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam usaha untukmempertingkatkan mutu pengajaran guru dan pencapaian akademik pelajar. 'elaku penguruskurikulum, pemimpin turut bertanggungja5ab memastikan mutu pengajaran guru, prestasiakademik pelajar, sumber dan bahan pengajaran pada tahap yang optimum untukmerealisasikan matlamat akademik sekolah. =i samping itu, pemimpin pengajaran turutbertanggungja5ab kepada pelaksanaan kurikulum iaitu melaksanakan proses membuatkeputusan secara kolekti7 apabila membuat polisi atau arahan mengenai kurikulum. Perananpemimpin pengajaran turut mencakupi peranan sebagai pemantau pembelajaran para pelajar secara berterusan melalui strategi atau tindakan seperti sering berjumpa secara individudengan guru bagi membincangkan mengenai kemajuan akademik pelajar di samping

    menggunakan keputusan peperiksaan bagi menilai, melakukan perancangan, menganalisismalah membuat keputusan dalam penentuan visi dan misi sekolah pada masa akan datang.

    Pemimpin pengajaran juga berperanan mengurus masa aktiviti pembelajaran di sekolahiaitu memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung tanpa adanya sebaranggangguan. =i samping itu, mereka juga turut perlu memastikan penguatkuasaan pada 5aktupengajaran bagi memastikan guru0guru menggunakan masa pengajaran dengan berkesan.'elain itu, pemimpin pengajaran juga harus mempamerkan tingkah laku terlibatsama atau

    2erangka 2epemimpinan %nstruksional

    MenjelaskanH

    Mende7inisikanMatlamat Sekolah

    Mengurus Program

    PengajaranH%nstruksional

    Me5ujudkanHMenggalakkan

    %klim Pembelajaran Positi7 

    1.Menga5al 5aktu P*P  $ protecting instruksional time(.1.Membudayakanperkembangan

    pro7esionalHsta7..Mengekalkan ketampakan>.Menyediakan insenti7 kepada

    guru.!.Menyediakan insenti7 kepada

    murid.B.Menekankan kecemerlangan

    akademik.

    1.Penyeliaan dan  penilaian

    instruksional1.Menyelaras

    kurikulum.Memantau

    kemajuan murid

    1.Merangkamatlamatsekolah

    1.MenyampaikanH  Menyebarkan

    matlamatsekolah

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    5/19

    tindakan partisipati7 dengan guru dan pelajar di ka5asan sekolah dalam menjayakan setiapaktiviti dan program kurikulum seperti memberi galakan, tunjuk ajar dan bimbingan bersama0sama dengan komuniti sekolah. 'elain itu, pemimpin pengajaran juga perlu memantau sertaberbincang dengan guru dan pelajar mengenai isu0isu dan masalah pembelajaran malah harusmemberi galakan, pujian dan insenti7 kepada guru0guru yang menunjukkan komitmen dantanggungja5ab dalam memajukan sekolah. =alam usaha memantapkan lagi pembangunan

    sekolah, pemimpin pengajaran turut perlu menghargai dan memuji guru yang berpotensi danberprestasi malah memberi perhatian kepada perkembangan pro7esional guru dan kakitangansekolahnya dengan memberi mereka peluang kepada guru mengembangkan kerjaya danmemastikan kegiatan latihan dalam perkhidmatan dilaksana dengan jaya selari denganmatlamat akademik sekolah.

    K'ran*ka K'+'r&a(aan -o( 5 T$&hann'n6Moran .788934

    =alam penyelidikan ini, konsep kepercayaan dalam organisasi didasarkan kepada konsepkepercayaan oleh )oy dan Tschannen0Moran $#++4 1""(. Untuk mengukur kepercayaanguru terhadap sekolah skala kepercayaan $Trust-Scale - Trust in Principal ( yang telah dibina

    oleh Tschannen dan )oy pada tahun #++ dan diperkemaskan semula oleh Tschannen0Moranpada tahun 1"" telah digunakan dalam penyelidikan ini. %nstrumen yang dibina olehTschannen0Moran $1""( ber7ungsi untuk mengukur kepercayaan guru terhadap guru besar dalam penyelidikan ini. Menurut Tschannen0Moran dan )oy $#++(, kepercayaan adalahsesuatu aspek yang penting dalam bidang pendidikan kerana melalui ukuran tahapkepercayaan, tahap komitmen dan kepuasan kerja guru dapat ditentukan kerana aspekkepercayaan berperanan sebagai penengah atau penentu kepada penerimaan guru terhadapkepimpinan pengetua. Pendapat mereka telah disokong oleh :unningham dan resso $#++(yang menyatakan baha5a kepercayaan adalah asas utama kepada penghasilan sekolah yange7ekti7 serta berkesan. %ni bermakna, untuk menghasilkan sekolah yang berkesan serta sistempengurusan yang e7ekti7, aspek kepercayaan perlu diterapkan dengan sebaik mungkin olehpemimpin kepada pengikut.

    =alam mengukur tahap kepercayaan, )oy dan Tschannen0Moran $#++4 1""( telahmembina tiga instrumen yang mampu mengukur kepercayaan dalam bidang pendidikan iaituiaitu kepercayaan kepada pengetua, kepercayaan kepada rakan sekerja, dan juga kepercayaankepada pelanggan $pelajar dan ibu bapa(. =alam penyelidikan ini, instrumen kepercayaankepada pengetua telah diadaptasi dan diubahsuai oleh penyelidik dalam meneliti kepercayaanguru kepada guru besar seperti penyelidikan oleh okman dan Mu9ammil pada tahun 1"".'ecara teoritikal, model kepercayaan Tschannen0Moran mengandungi lima dimensi yang yangdigunakan untuk menilai dan mengukur kepercayaan dalam bidang pendidikan iaitu dimensibaik hati $benevolence( iaitu berkeyakinan baha5a pentadbir dapat bertindak tanduk sesuaidengan kemahuan dan akan melindungi guru, tidak akan melukakan hati atau perasaan guru$:ummings dan ?romily, #++B4 =irks, 1"""(. %a merangkumi aspek percaya baha5a pemimpinakan menjaga hal dan kebajikan guru0guru. =imensi kedua ialah dimensi bergantungan$reliability ( iaitu ukuran sejauhmana guru dapat bergantung kepada pemimpin iaitu pengetuaatau guru besar untuk melindungi jika berlaku sesuatu masalah. =imensi yang ketiga ialahdimensi kompetensi atau kecekapan $competence) iaitu kepercayaan baha5a pihak pengetuamerupakan pemimpin yang cekap dan percaya baha5a pengetua mampu melaksanakantugasan seperti yang dikehendaki berdasarkan kepada pia5aian yang ditetapkan. 'eterusnya,dimensi kejujuran $honesty) yang merangkumi per5atakan, integriti dan ketulenan tingkah lakupemimpin yang menjadi asas kepada kepercayaan oleh pihak guru merujuk kepadasejauhmana guru boleh mempercayai pengetua untuk melakukan tindakan dengan adil akan

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    6/19

    melindunginya semasa tertekan. =imensi yang terakhir ialah keterbukaan $openness( iaitumenerangkan bagaimana pemimpin bersikap terbuka dan dapat berkongsi maklumat denganguru. =alam menjelaskan modelnya, Tschannen0Moran $#+++, 1""( berpandangan baha5atahap kepercayaan guru amat berkait rapat dengan implikasi kepimpinan di sekolah iaitustrategi kepimpinan pengetua dilihat sebagai antara indikator penting dalam mengukur sejauhmana guru dapat mempercayai pemimpin sekolah. &ajah 1 di ba5ah menggambarkan

    kelima0lima dimensi dalam kerangka kepercayaan oleh Tschannen0Moran $1""(.

    Rajah 7 Mod', K'+'r&a(aan o,'h T$&hann'n6Moran .78893

    Komi"m'n T'rhada+ S'ko,ah

    Mathis * Jackson $1""1( mende7inisikan komitmen terhadap organisasi bermaksud tingkatkepercayaan dan penerimaan beban kerja terhadap tujuan dan matlamat organisasi sertamempunyai keinginan untuk berada secara tetap di dalam organisasi. &obbins dan Judge pula$1""-( telah mende7inisikan komitmen sebagai suatu keadaan seseorang individu memihakkepada organisasi serta tujuan0tujuan dan keinginannya untuk mempertahankankeanggotaannya dalam organisasi. Menurut Metcal7 * =ick $1"""( pula, komitmen terhadap

    organisasi merupakan ukuran keinginan untuk menjadi anggota dalam organisasi sertakeinginan menuju tahap keahlian tertinggi dalam organisasi. 2omitmen juga merupakangambaran penerimaan diri guru terhadap nilai0nilai dan tujuan organisasi tersebut. Manakala,'teers $#+--( dan Firestone * &osenblum $#+(.pula mende7inisikan komitmen organisasisebagai rasa identi7ikasi $kepercayaan terhadap nilai0nilai organisasi(, keterlibatan $kesediaanuntuk berusaha sebaik mungkin demi kepentingan organisasi( dan kesetiaan $keinginan untuktetap menjadi anggota organisasi yang bersangkutan( yang dinyatakan oleh sta7 terhadaporganisasinya.

    Mo5day et al. $#+1( dan Porter et al. $#+->( mende7inisikan komitmen terhadaporganisasi sebagai penerimaan 5arga yang bersi7at relati7 dalam mengidenti7ikasikanketerlibatan dirinya ke dalam struktur organisasi. )al ini dapat digambarkan melalui tiga 7aktor 

    iaitu yang pertama ialah penerimaan terhadap nilai0nilai dan matlamat organisasi. Faktor yangkedua, persiapan dan kesediaan untuk berusaha dengan sungguh0sungguh atas namaorganisasi dan ketiga pula ialah keinginan untuk mempertahankan keanggotaan di dalamorganisasi iaitu menjadi sebahagian daripada organisasi. 2omitmen terhadap organisasi berertiberusaha melebihi dari sekadar keanggotaan 7ormal, kerana ia meliputi sikap menyukaiorganisasi dan kesediaan untuk mengusahakan tingkat keupayaan yang tinggi bagikepentingan organisasi demi pencapaian tujuan dan matlamat. 2omitmen secara umumnyaberkait rapat dengan perasaan emosi, ide, 7alsa7ah dan nilai yang dipegang ataudiinternalisasikan oleh seseorang individu ketika menjalankan tugas $Mo5day et al.,  #+14

    =imensi

    2epercayaan

    2ejujuran

    (honesty)

    2ompetensi

    (competence)

    2ebergantungan(reliability)

    2eterbukaan$openness(

    ?aik hati$benevolence(

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    7/19

    Meyer * Allen, #++-(. ?erdasarkan takri7an dan perspekti7 yang dikemukakan oleh Mo5day et al , $#+1(, mereka telah memperincikan lagi takri7an komitmen terhadap organisasi ini melaluitiga 7aktor utama, iaitu kepercayaan dan penerimaan yang mendalam terhadap nilai danmatlamat organisasi, kesanggupan meningkatkan usaha0usaha oleh individu untuk mencapaimatlamat organisasi dan hasrat yang kuat untuk mengekalkan keahlian dalam organisasi.

    Rajah 9 Mod', Komi"m'n M'('r dan A,,'n ./0023

    ?agi penyelidikan ini yang merujuk kepada &ajah di atas, pengkaji telah menggunakanmodel komitmen organisasi oleh Allen dan Meyer $#++"4 #++-( bagi menjelaskan baha5aterdapat tiga dimensi komitmen yang utama iaitu komitmen a7ekti7, berterusan dan normati7.=imensi komitmen yang pertama ialah komitmen a7ekti7   (aective commitment) iaitu yangberkaitan dengan adanya keinginan guru untuk terikat pada organisasi iaitu individu menetapdalam organisasi kerana keinginan dan kemahuannya sendiri $!ant to). =imensi yang keduaialah  komitmen berterusan  (continuance commitment)  iaitu komitmen yang berdasarkankeperluan yang rasional iaitu komitmen yang terbentuk atas dasar untung rugi iaitudipertimbangkan atas apa yang harus dikorbankan bila individu menetap dalam sesebuahorganisasi atau keperluan untuk bertahan (nee" to). ?agi dimensi komitmen yang ketiga pulaialah komitmen normati7 $normative commitment) iaitu komitmen yang berdasarkan pada normayang ada dalam diri sta7, rasa keyakinan diri seseorang individu akan tanggungja5abnyaterhadap organisasi serta merasa harus terus berada di sesebuah organisasi atas dasar kesetiaan merujuk kepada ke5ajipan untuk terus berada dalam organisasi (ought to). 

    2onsep komitmen yang digunakan di sekolah bagi guru pula adalah merangkumi aspekkesungguhan guru di sekolah dan penglibatan mereka dalam semua tugas harian terhadapsekolah. Menurut

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    8/19

    $a( Adakah amalan kepimpinan pengajaran guru besar menjadi 7aktor peramal kepadakepercayaan guru terhadap guru besarK

    $b( Adakah amalan kepimpinan pengajaran guru besar menjadi 7aktor peramal kepadakomitmen guru terhadap sekolahK

    $c( Adakah tahap kepercayaan guru menjadi peramal kepada komitmen guru terhadapsekolahK

    $d( Adakah tahap kepercayaan guru berperanan sebagai mediator antara komitmen guruterhadap sekolah dan amalan kepimpinan pengajaran guru besarK

    METODOLOGI KAJIAN

    P'r$am+',an

    'ampel untuk penyelidikan ini merupakan !" orang guru dari #! buah sekolah rendah telahdipilih secara ra5ak atas andaian baha5a setiap orang guru mempunyai peluang yang sama

    untuk terlibat dalam penyelidikan ini. 2aedah pentadbiran instrumen penyelidikan berdasarkankonsep #"rop an" collect$  iaitu proses soalselidik diedarkan kepada setiap guru dan setiap gurudiberikan masa selama seminggu untuk memberikan maklum balas mereka terhadappernyataan item dalam soalselidik. &asional pemilihan dilakukan bersama guru atas rasionalbaha5a guru merupakan golongan yang banyak berurusan dengan guru besar dalam hal0halyang berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan polisi pendidikan dan program pengajarandan pembelajaran yang mampu memberi implikasi kepada ukuran kepercayaan dan komitmenguru terhadap sekolah.

    In$"rm'n"a$i

    %nstrumen penyelidikan ini mengandungi >" item dan mengandungi tiga bahagian utama iaitu

    ?ahagian A terdiri daripada item berkait dengan amalan kepimpinan pengajaran guru besar4?ahagian ? pula ialah item0item tentang kepercayaan guru manakala ?ahagian : mengandungiitem yang berkait dengan komitmen terhadap sekolah. %nstrumen kepimpinan pengajaranmenggunakan instrumen Principal Instructional Management Rating Scale/ yang dihasilkanoleh )allinger $#++4 1""( dan )allinger * Murphy $#+-( tetapi diubahsuai oleh penyelidikagar ia bersesuaian dengan objekti7 penyelidikan ini. ?agi dimensi menjelaskan danmende7inisikan matlamat sekolah, ia mengandungi empat item yang bertujuan untuk menilaipersetujuan guru terhadap tindakan guru besar dalam merangka matlamat sekolah4menjelaskan matlamat sekolah kepada guru0guru4 menyebarkan matlamat sekolah kepadasemua 5arga sekolah serta menyampaikan matlamat sekolah kepada ibu bapa murid sertamasyarakat sekeliling. =imensi mengurus program pengajaran atau pengajaran pulamengandungi empat item yang menggambarkan penilaian guru terhadap tindakan guru besar 

    dalam menjalankan penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran4 menjalankan penilaianke atas pengajaran dan pembelajaran4 menyelaras dan mengurus kurikulum serta memantaukemajuan murid. ?agi dimensi me5ujudkan atau menggalakkan iklim pembelajaran, lapan itemtelah dikonstruk iaitu bagi mengenalpasti strategi kepimpinan pengajaran guru besar dalammenga5al 5aktu pengajaran dan pembelajaran4 menggalakkan peningkatan pro7esional gurudan sta74 menyediakan insenti7 kepada guru yang cemerlang dalam pengajaran4 menyediakaninsenti7 kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik4 menguatkuasakan pia5ai ataustandard akademik4 mengekalkan ketampakan4 memberikan motivasi kepada guru dalampro7esion keguruan serta memberikan sokongan dan bantuan pro7esionalisme kepada guru.

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    9/19

    ?agi mengukur tahap kepercayaan guru terhadap kepimpinan pengajaran guru besar,skala 2epercayaan $Trust-Scale % Trust in Principal ( )oy dan Tschannen0Moran $1""4 #++(telah digunakan. %nstrumen ini mempunyai ## item yang merangkumi lima dimensi utama iaitukompetensi, keterbukaan, kebergantungan, kejujuran dan baik hati. %tem0item dalam instrumenmenggunakan 'kala ikert ima mata iaitu skor # $sangat tidak setuju( hingga skor ! $sangat

    setuju(. =imensi keterbukaan juga mengandungi dua item yang menguji kekerapan guru besar mereka memberitahu guru0guru tentang situasi atau isu yang sedang berlaku berkaitan denganpro7esion keguruan dan tahap persetujuan guru0guru terhadap kekerapan guru besar merekamembuat rundingan terlebih dahulu dengan guru0guru sebelum membuat sesuatu tindakan.=imensi yang ketiga pula iaitu kebergantungan mengandungi tiga item bagi mengukur tahapkepercayaan guru0guru terhadap integriti guru besar mereka, harapan guru terhadap guru besar mereka sebagai pemimpin4 persetujuan guru0guru dalam menerima guru besar mereka sebagairole mo"el$ . Terdapat dua item di dalam dimensi kejujuran yang mengukur kepercayaan guruberhubung tidak menaruh syak 5asangka terhadap guru besar, sejauhmana guru besar bertanggungja5ab dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin di sekolah. =imensi yangkelima iaitu dimensi baik hati mengandungi dua item yang berperanan mengukur penilaianguru0guru terhadap sikap baik hati guru besar dan sikap mengambil berat guru besar tentang

    kebajikan guru0guru.

    %nstrumen komitmen terhadap sekolah pula mengandungi tiga dimensi utama iaitudimensi a7ekti7, normati7 dan berterusan. =imensi a7ekti7 mengandungi lima item yang mengukur penerimaan guru0guru tentang sekolah tempat mereka berkhidmat merupakan tempat kerjayang terbaik kepada ka5an0ka5an4 tahap persetujuan guru0guru mengenai kesamaan nilai0nilaidiri dan nilai0nilai sekolah guru semasa bertugas4 kebanggaan guru0guru apabila memberitahuorang lain baha5a mereka adalah sebahagian daripada anggota sekolahnya4 persetujuan gurudengan dasar sekolah terutama perihal guru dan sta7. Manakala, dimensi berterusan pulamerangkumi tiga item yang mengukur sejauhmana ketidaksanggupan guru0guru untuk bekerjadi sekolah lain 5alaupun jenis kerja yang perlu dilakukan itu adalah sama4 mengukur sejauhmana sekolah berjaya merangsang mutu kerja guru0guru4 mengenalpasti tahap

    pencapaian yang boleh mereka perolehi sekiranya terus setia bersama sekolah tersebut bagisatu jangka masa yang panjang. Akhir sekali, dimensi normati7 mempunyai lima item yangmengukur tahap persetujuan guru0guru berhubung kesanggupan guru0guru berusaha kerasmelebihi jangkaan untuk membantu sekolah mencapai matlamat4 tahap kesediaan guru0guruuntuk berusaha keras melebihi jangkaan bagi membantu sekolah mencapai matlamat4persetujuan guru0guru tentang kesetiaan mereka terhadap sekolah4 kesanggupan guru0gurumenerima semua jenis tugasan yang diarahkan bagi memastikan mereka dapat terus kekalbekerja di sekolah tersebut dan mengukur sikap ambil berat guru0guru tentang nasib sekolah.

    Untuk penyelidikanrintis:  jumlah sampel ialah seramai " orang guru dari sebuahsekolah rendah kebangsaan yang tidak terlibat dalam penyelidikansebenar dan hasil keputusanmenunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan bagi konstruk kepimpinan pengajaran berada pada

    nilai Al7a &ronbach ".+. ?agi konstruk kepercayaan, indeks nilai kebolehpercayaan beradapada Al7a &ronbach, αL".+1+ dan indeks nilai kebolehpercayaan bagi konstruk komitmen

    terhadap sekolah pula berada pada Al7a &ronbach, α L ".+.

    ANALISIS DATA

    Penyelidikan ini secara keseluruhannya cuba meneliti sama ada kepimpinan pengajaran gurubesar menjadi 7aktor peramal terhadap tahap kepercayaan guru4 sejauhmana kepimpinanpengajaran guru besar menjadi 7aktor peramal terhadap komitmen guru terhadap sekolah dan

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    10/19

    meneliti sama ada kepercayaan terhadap guru besar menjadi penengah atau me"iator antaraamalan kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen guru terhadap sekolah.

    P'rama, K'+'mim+inan P'n*ajaran Gr B'$ar "'rhada+ k'+'r&a(aan *r

    Ujian regresi telah dilaksanakan dalam mengenalpasti peramal yang dilaksanakan oleh dua

    pemboleh ubah iaitu amalan kepimpinan pengajaran uru ?esar dan kepercayaan guru kepadauru ?esar. )asilnya, dapatan daripada ujian regresi ditunjukkan melalui Jadual # hinggaJadual di ba5ah.

    Jada, /% Ana,i$i$ R'*r'$i Ama,an K'+im+inan P'n*ajaran Gr B'$ar T'rhada+  K'+'r&a(aan Gr

    P'm#o,'h #ahK'+im+inan P'n*ajaran B'"a Ni,ai " Si*

     2onstan   #".!>1 .""" Membina matlamat .1+- B.! .""" Mengurus kurikulum 0.#" 0#.-1 ."B1

     Membina iklim pembelajaran .B"B #".>"+ ."""  L !"4 p'"."!

    Merujuk kepada analisis regresi pada Jadual #, secara terperinci didapati baha5adimensi membina iklim pembelajaran merupakan dimensi dalam kepimpinan pengajaran gurubesar yang berperanan sebagai peramal kepada kepercayaan guru terhadap guru besar $L".B"B4  p'"."!( diikuti oleh dimensi membina matlamat $L .1+-4  p'"."!(. 2esimpulannya,analisis regresi menunjukkan baha5a amalan kepimpinan pengajaran guru besar menjadi 7aktor peramal terhadap kepercayaan guru yang signi7ikan dan dua amalan kepimpinan pengajaraniaitu membina matlamat dan membina iklim pengajaran menjadi 7aktor peramal yang utamakepada kepercayaan guru.

    P'rama, Ama,an K'+im+inan Gr B'$ar "'rhada+ Komi"m'n GrJada, 7% Ana,i$i$ R'*r'$i Ama,an K'+im+inan P'n*ajaran Gr B'$ar T'rhada+

    Komi"m'n Gr T'rhada+ S'ko,ah

    P'm#o,'h #ahK'+im+inan P'n*ajaran B'"a Ni,ai " Si*

     2onstan   #1.### .""" Membina matlamat .#B" 1.B+ .""

     Mengurus kurikulum ."+ #.1+ .#+!

     Membina iklim pembelajaran .#-! 1.#+# ."1+

      L !"4 p'"."!.

    Jadual 1 di atas pula menyenaraikan amalan kepimpinan pengajaran guru besar yangterdiri daripada tiga konstruk iaitu membina matlamat sekolah, mengurus kurikulum danmembina iklim pembelajaran positi7 yang dihipotesiskan menjadi 7aktor peramal terhadapkomitmen guru terhadap sekolah. ?erdasarkan kepada data, 7aktor peramal utama dapatdikatakan baha5a amalan kepimpinan pengajaran guru besar menjadi 7aktor peramal yangsigni7ikan terhadap komitmen guru terhadap sekolah. %ni dibuktikan melalui dimensi membinamatlamat sekolah $ L ".#B"4 p'"."!( diikuti pula oleh dimensi membina iklim pembelajaran i7 $ L ".#-!4  p'"."!( yang menjadi 7aktor peramal kepada komitmen guru terhadap sekolah.

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    11/19

    2esimpulannya, analisis regresi menunjukkan baha5a amalan kepimpinan pengajaran gurubesar turut berperanan sebagai 7aktor peramal kepada komitmen guru terhadap sekolah.

    P'rama, K'+'r&a(aan Gr K'+ada Komi"m'n Gr T'rhada+ S'ko,ah

    Jada, 9% Ana,i$i$ R'*r'$i K'+'r&a(aan Gr T'rhada+ Komi"m'n Gr T'rhada+

    S'ko,ah

    P'm#o,'h #ahK'+'r&a(aan B'"a Ni,ai " Si*

    2onstan   1.>B ."#>2ompetensi ? .! !.!+ ."""

    2eterbukaan ."># ".B!# .!#B

    2ebergantungan .##1 #.!-# .##-

    2ejujuran ."1 >.B1- ."""

    ?aik )ati ."!+ ".# .>"B

      L !"4 p'"."!

    Jadual pula menunjukkan analisis tentang sejauhmana kepercayaan guru yang terdiridaripada lima konstruk utama iaitu kompetensi4 keterbukaan4 kebergantungan, kejujuran danbaik hati menjadi 7aktor peramal kepada komitmen guru terhadap sekolah. ?erdasarkan data,7aktor peramal utama komitmen guru terhadap sekolah ialah kompetensi uru ?esar $ L

    ".!4 p'"."!( diikuti pula oleh kejujuran $ L "."14 p'"."!(. 2esimpulannya, analisis regresimenunjukkan baha5a kepercayaan guru menjadi 7aktor peramal yang signi7ikan terhadapkomitmen guru terhadap sekolah.

    P'm#o,'h #ah K'+'r&a(aan Gr B'r+'ranan S'#a*ai M'dia"or an"ara Ama,anK'+im+inan P'n*ajaran Gr B'$ar dan Komi"m'n Gr T'rhada+ S'ko,ah4

    ?agi menja5ab soalan penyelidikan yang ketiga iaitu sejauhmana kepercayaan guru menjadi

    penengah atau mediator antara amalan kepimpinan pengajaran guru dengan komitmen guruterhadap sekolah, model persamaan berstruktur atau Structural uation Mo"eling  $' di ba5ah. )asilnya, kepimpinanpengajaran guru besar didapati mempunyai nilai pemberatan regresi terhadap tahapkepercayaan guru iaitu pada kadar nilai ".-- dan B" peratus amalan kepimpinan pengajaranguru besar didapati memang mempengaruhi kepercayaan guru terhadap guru besar manakalakepercayaan terhadap guru besar mempunyai nilai pemberatan regresi yang juga tinggi iaitupada nilai ".! dan menyumbang kepada > peratus kepada komitmen guru terhadap sekolah.amun demikian, amalan kepimpinan pengajaran didapati mempunyai nilai pemberatan regresipada kadar yang kecil terhadap komitmen guru terhadap sekolah dengan nilai ".1+ sahajaterhadap komitmen guru kepada sekolah. ilai 2hi kuasa dua ialah 1B+.#1>4 nilai 7it indeks pulaialah F% L ".+>4 &F% L ".+->4 %F% L ".+B4 T% L ".+- dan :F% L ".+B4 &M'

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    12/19

    mediator kepada amalan kepimpinan pengajaran dengan komitmen guru terhadap sekolahseperti yang digambarkan dalam &ajah > di ba5ah. .

    Rajah % Mod', P'r$amaan S"rk"r Ama,an K'+im+inan P'n*ajaran Gr B'$ar d'n*anK'+'r&a(aan Gr dan Komi"m'n Gr "'rhada+ S'ko,ah4

    PERBINCANGAN

    =apatan penyelidikanini telah membuktikan satu model perkaitan antara amalan kepemimpinanpengajaran guru besar dengan tahap kepercayaan dan komitmen guru terhadap sekolah sertamenyokong dapatan penyelidikanempirikal dan pandangan beberapa penyelidik yang lalu$2ramer et al., #++B4 ester * ?ro5er, 1""4 aschinger * Finegan, 1""!4 Can =yne, 1"""4&ajnandini et al , #+++4 'teers, #+--4 :ook * Eall, #+"4 Dahadi, #++4 Ahmad Iabidi et al.,1""B, Asri * )amrila, 1""-, A9har 1""(. Malah dapatan penyelidikanini juga turutmengukuhkan andaian baha5a amalan kepimpinan pengajaran guru besar boleh meningkatkan

    .B"

      K'+'r&a(aank'+ada

    Gr #'$ar 

    .BB

      2P2

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    13/19

    kepercayaan guru terhadap guru besar daripada segi aspek kompetensi, keterbukaan,kebergantungan, kejujuran dan sikap baik hati guru besar. 'eterusnya, tahap kepercayaanyang tinggi oleh guru terhadap kepimpinan guru besar akan memberi impak yang positi7 terhadap sikap proakti7, persepsi, tingkah laku dan hasil prestasi kerja guru0guru. Malah, parapenyelidik juga mendapati baha5a kepercayaan yang tinggi terhadap guru besar menyebabkanseseorang guru mempunyai sikap yang lebih positi7, peningkatan aras kerjasama serta bentuk0

    bentuk tingkah laku dan tahap prestasi kerja yang bertambah baik serta mampu menjanasekolah yang produkti7 dan cemerlang.

    Perbincangan hasil penyelidikan ini dirangka daripada tiga aspek utama iaitu amalankepimpinan pengajaran guru besar, tahap kepercayaan guru terhadap guru besar sertakomitmen guru0guru terhadap sekolah. 2etiga0tiga dimensi tersebut dipilih berdasarkan kepadarasional baha5a ketiga indikator tersebut berperanan penting dalam mempengaruhi danmemberi implikasi ke atas pembangunan akademik guru0guru dan murid serta keberkesanansekolah. 'ecara keseluruhannya, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan baha5a guru0guru menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap amalan kepimpinan pengajaran guru besar berdasarkan analisis regresi yang membuktikan dua daripada tiga dimensi dalam amalankepimpinan pengajaran guru besar sememangnya menjadi 7aktor peramal yang signi7ikan

    terhadap dimensi kepercayaan guru. =alam konteks ini, kapasiti guru besar dalam membinaiklim pembelajaran merupakan peramal utama kepada kepercayaan guru diikuti oleh prosespembinaan matlamat. =apatan tersebut juga telah membuktikan baha5a kepercayaan guruakan meningkat jika pengetua melaksanakan proses pembinaan iklim pembelajaran yangkondusi7 dan selesa di sekolah iaitu gambaran akan kepimpinan pengajaran yang berkesan.amun demikian, penilaian guru turut menyatakan baha5a komitmen guru terhadap sekolah

     juga akan meningkat jika guru besar melaksanakan proses membina matlamat sekolah kepadasemua 5arga sekolah. %ni membuktikan baha5a komitmen guru terhadap sekolah akanmeningkat sekiranya guru jelas dan mempunyai pemahaman tentang matlamat sekolah malahvisi pendidikan nasional amat bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin untukmemperjelaskan dan menterjemahkan matlamat kepada para guru di sekolah sebagaipelaksana dasar pendidikan nasional $Iahari, 1""14 Iulka7li, 1""4 Mohd Duso7, #++#(.

    Menerusi keputusan penyelidikananalisis regresi turut menunjukkan baha5a 7aktor peramal utama komitmen guru terhadap sekolah dijana oleh kompetensi diikuti pula olehdimensi kejujuran guru besar iaitu subdimensi kepada elemen kepercayaan guru terhadap gurubesar. )asil penyelidikanini membuktikan baha5a dalam menjana kepercayaan guru terhadapsekolah, pemimpin pendidikan turut perlu mempunyai kemahiran pengajaran yang terkini danterbaik berserta sikap pemimpin yang mengutamakan kejujuran dalam membimbing danmemimpin guru ke arah peningkatan kerjaya. Pemimpin yang berkompetensi dan jujur jugadianggap dua indikator kepimpinan yang penting dalam menjana komitmen guru keranapenguasaan ilmu oleh pemimpin menggambarkan kecekapan, kemahiran dan kompetensi gurubesar dalam bidang pengajaran untuk menjadi role mo"el  kepada guru. Manakala, pemimpinyang jujur turut menjadi asas sikap positi7 yang perlu dimiliki oleh pemimpin dalam menjadikan

    guru besar sebagai pemimpin teladan kepada guru. Amalan kepimpinan dijangka dapatmeningkatkan prestasi kerja serta komitmen kerja dan kepuasan kerja yang tinggi jika gurumempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan dan polisi pemimpin organisasi.=aripada dapatan ini dibuktikan juga baha5a pemimpin dan proses kepimpinan dilihatmerupakan pemboleh ubah yang penting dalam menentukan keberkesanan dan peningkatanprestasi kerja guru.

    =alam menentukan sama ada 7aktor kepercayaan menjadi penengah atau mediator kepada amalan kepimpinan pengajaran dan komitmen guru terhadap sekolah, data

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    14/19

    menunjukkan baha5a tahap kepercayaan merupakan aspek yang penting dalam menentukanpeningkatan komitmen guru terhadap sekolah. %ni dibuktikan baha5a nilai pemberatan regresidalam model '

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    15/19

     Abdul 'hukor Abdullah $#++#(. Pengurusan rganisasi % Perspekti Pemikiran "an Teori. 2ualaumpur6 =e5an ?ahasa dan Pustaka.

     Ahmad Iabidi, Abdul &a9ak dan Fathiah 'aini $1""B(. 2epimpinan Pengajaran =aripadaPerspekti7 %slam 2e Arah Pembentukan 2omuniti 'ekolah Dang :emerlang =alamPencapaian Akademik =an Akhlak. Masalah Pen"i"ikan, 1+6 !0#>.

     Allen, .dan Meyer, J. $#++"(. The Measurement and Antecedents o7 A77ective, :ontinuanceand ormative :ommitment to 3rgani9ation. /ournal o  ccupational Psychology, 16 >0!.

     Allen, .J. dan Meyer, J.P. $#+>(. Testing the N'ide0?et TheoryO o7 3rgani9ational:ommitment6 'ome Methodological :onsiderations. /ournal o *pplie" Psychology , B+6-10-.

     Anderson, J * :oralyn '. $#+-(. %nstructional eadership ?ehaviours %n )igh 'chool Principals, Assistant Principal And =eparmant :hairpersons, The 0igh School /ournal , -" $1(6 ##! 0#1.

     Asri Marsidi dan )amrila Abdul atip $1""-(. Faktor07aktor Dang Mempengaruhi 2omitmenPekerja di 3rganisasi A5am. /urnal +emanusiaan, #"6 10>!.

     A9har Ahmad $1""(. Inluence o &ommunication Satisaction on rgani1ational &ommitment o *ca"emic Stas o 2niversiti +ebangsaan Malaysian  $U2M( presented at the rd%nternational :on7erence on 2no5ledge, :ulture and :hange in 3rgani9ation, Penang,Malaysia. ##0#> August 1"".

    ?lase, J. * ?lase, J. $#++(. 0an"book o Instructional 3ea"ership 0o! Really oo" Principals Promote Teaching an" 3earning.Thousand 3aks, :ali7ornia6 :or5in Press.

    :ook J. dan Eall T. $#+"(. e5 Dork. Attitude Measures o7 Trust, 3rgani9ation :ommitmentand Personal eed on0Ful7illment. /ournal o ccupational Psychology, !>6 +0!1.

    :ummings, . ., * ?romiley, P. $#++B(. The 3rgani9ational Trust inventory6 =evelopment andCalidation. =alam 2ramer, &. M., * Tyler, T. &. $

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    16/19

    =o5ns, A. $#++#(. * &ase Stu"y o the Relationship bet!een &ommunication 'atis7action an" rgani1ational &ommitment in T!o *ustralian 3rgani9ations. Unpublished Master/sThesis, University o7 2ansas, a5rence.

    G1". =icapai pada #

     April 1"#" daripada http6HH555.resnet.5m.eduHQmRtschH scholarship.phpH

    )ussein Mahmood $#++-(. +epemimpinan "an +eberkesanan Sekolah. 2uala umpur 6 =e5an?ahasa dan Pustaka.

    %shak 'in $1""#(. Pengaruh 2epemimpinan Pengajaran, 2epemimpinan Trans7ormasi danantian 2epada 2epemimpinan 2e Atas 2omitmen Terhadap 3rganisasi,

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    17/19

    2erja 'eminar asional Pengurusan dan 2epemimpinan Pendidikan 2e #1. Anjuran%nstitut Aminuddin ?aki, enting )ighlands, B G + =isember.

    2line, &. $#++(. Principle an" practice o Structure uation Mo"eling. e5 Dork6 uil7ordPress.

    eith5ood, 2. dan Jant9i, =. $#+++(. Trans7ormational eadership !#G>-+.

    eith5ood, 2. $#++>(. eadership 7or 'chool &estructuring. "ucational *"ministration:uarterly , "$>( 6 >+G!#.

    eith5ood, 2., Jant9i, =., * 'teinbach, &. $1""B(. &hanging lea"ership or changing times.

    Philadelphia6 3pen University Press.

    okman Mohd Tahir * M. l0Mu9ammil Dassin. $1""(. %mpak Psikologi uru )asil2epemimpinan Pengetua. /urnal Teknologi  , >6 #1+G#+.

    Mathis, &. * Jackson, J. $1""(. 0uman Resource Management. 'outhern :ollege6 Thompsonearning.

    Metcal7, ?., =an =ick, . $1"""(. %s the Force 'till Eith DouK Measuring Police :ommitment./ournal o Managerial Psychology , #! $(6 #10#.

    Meyer, J. P. and Allen, J $#+>(. Testing the 'ide0?et Theory o7 3rgani9ational :ommitment 6'ome Methodological :onsiderations. /ournal o *pplie" Psychology , B+6 -10-.

    Meyer, J., * Allen, . $#++-(. &ommitment in the 7orkplace Theory, Research an" *pplication.Thousand 3aks6 'age

    Mishra, A. $#++B(. 3rgani9ational &esponses to :risis6 The :entrality o7 Trust. =alam &. 2ramer * T. Tyler $

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    18/19

    Potvin, T.: $#++#(. (6 1># 0#!-

    &ousseau, =enise M., 'im ?. 'itkin, &onald '. ?urt, and :on :amerer $#++(. ot 'o =i77erent A7ter All6 A :ross0=iscipline Cie5 o7 Trust. The *ca"emy o Management Revie! , 1 $( 6+0>">.

    &obbins, ' * Judge, T. $1""-(. ssentials o rgani1ational 9ehavior. e5 Dork6 Prentice )all

    'teers, &. $#+--(. Antecedents and 3utcomes o7 3rgani9ational :ommitment.  *"ministrativeScience :uarterly, 11 6 >B G !B

    Tschannen0Moran, M. $1""(. Fostering 3rgani9ational :iti9enship ?ehavior. =alam E, )oy., *:,Miskel, Stu"ies in 3ea"ing an" rgani1ing Schools. :onnecticut6 %n7ormation AgePublishing.

    Tschannen0Moran, M. dan E. )oy. $#++(. A :onceptual and

  • 8/20/2019 PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL GURU BESAR DENGAN KEPERCAYAAN DAN KOMITMEN GURU.doc

    19/19

    Iahari Jaa7ar $1""1(. )ubungan di Antara aya 2omunikasi Pengetua =engan 2omitmen uru2epada 'ekolah 'atu Tinjauan di ?eberapa ?uah 'ekolah Menengah 2ebangsaan di=aerah 2uala 2rai 2elantan =arul aim. Tesis 'arjana Pengurusan, Universiti UtaraMalaysia.

    Iulka7li 2amaruddin $1""(. Penglibatan uru 6alam Membuat +eputusan, Sokonganrganisasi 6an +omitmen +er;a. Tesis 'arjana Pendidikan,Universiti 'ains Malaysia.