perjumpaan

7
NAMA : HO WERN THENG TARIKH : 14 JANUARI 2015 (RABU) Pada perjumpaan kali pertama ini, ketiga-tiga pasukan unit beruniform telah berkumpul di Seri Banai untuk belajar upacara menaikkan bendera. Tuan Wan Aziz telah bertanggungjawab dalam sesi ini. Kami telah diberi taklimat dan berlatih di Seri Banai, selepas itu, kami barulah mengadakan upacara menaikkan bendera secara formal di depan White House. Selepas itu, semua unit beruniform telah mengadakan mesyuarat dengan pensyarah penasihat masing-masing. Tuan Wan Aziz, iaitu Ketua Pensyarah Penasihat Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah memperkenalkan diri dan memberi takimat. Beliau telah meminta kami untuk menubuhkan Ahli Jawatankuasa dan menyediakan buku log untuk sepanjang tahun. Setelah itu, ketiga-tiga unit beruniform telah bekerjasama untuk bergotong-royong memindahkan peralatan-peralatan sukan dari White House ke Bangunan Unit Kokurikulum. Pada tepat pukul 4.30 petang, kami telahpun siap memindahkan barang-barang tersebut. Melalui perjumpaan kali pertama ini, saya berasa sangat bersemangat dan gembira kerana telah belajar sesuatu yang baru iaitu cara dan protokol yang betul untuk upacara menaikkan bendera walaupun cuaca yang agak panas pada petang itu. Selain itu, gotong- royong tersebut telah mengingatkan saya bahawa kerjasama antara rakan- rakan adalah penting untuk memastikan kelancaran aktiviti di samping menjimatkan masa dan tenaga. NAMA : HO WERN THENG

Upload: jane-ho

Post on 08-Sep-2015

260 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KRS

TRANSCRIPT

NAMA : HO WERN THENGTARIKH : 14 JANUARI 2015 (RABU)Pada perjumpaan kali pertama ini, ketiga-tiga pasukan unit beruniform telah berkumpul di Seri Banai untuk belajar upacara menaikkan bendera. Tuan Wan Aziz telah bertanggungjawab dalam sesi ini. Kami telah diberi taklimat dan berlatih di Seri Banai, selepas itu, kami barulah mengadakan upacara menaikkan bendera secara formal di depan White House. Selepas itu, semua unit beruniform telah mengadakan mesyuarat dengan pensyarah penasihat masing-masing. Tuan Wan Aziz, iaitu Ketua Pensyarah Penasihat Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah memperkenalkan diri dan memberi takimat. Beliau telah meminta kami untuk menubuhkan Ahli Jawatankuasa dan menyediakan buku log untuk sepanjang tahun. Setelah itu, ketiga-tiga unit beruniform telah bekerjasama untuk bergotong-royong memindahkan peralatan-peralatan sukan dari White House ke Bangunan Unit Kokurikulum. Pada tepat pukul 4.30 petang, kami telahpun siap memindahkan barang-barang tersebut. Melalui perjumpaan kali pertama ini, saya berasa sangat bersemangat dan gembira kerana telah belajar sesuatu yang baru iaitu cara dan protokol yang betul untuk upacara menaikkan bendera walaupun cuaca yang agak panas pada petang itu. Selain itu, gotong-royong tersebut telah mengingatkan saya bahawa kerjasama antara rakan-rakan adalah penting untuk memastikan kelancaran aktiviti di samping menjimatkan masa dan tenaga.

NAMA : HO WERN THENGTARIKH : 21 JANUARI 2015 (RABU)Pada perjumpaan ini, hanya Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah mengadakan upacara menaikkan bendera. Selepas itu, Tuan Wan Aziz telah mengajar kami kawad statik yang asas, iaitu sedia, senang diri, rehatkan diri. Selepas itu, beliau telah memberi latihan kepada kami supaya dapat mengukuhkan kawad statik. Selepas satu jam, Tuan Wan Aziz telah memberi kuliah kepada kami di dalam White House. Beliau telah menayangkan satu video mengenai kawad kaki dan memberitahu kami bahawa sebagai seorang anggota Kadet Remaja Sekolah bukan sahaja harus tahu kawad kaki, namun harus pandai dan mahir dalam kawad kaki. Beliau juga telah menggunakan kesempatan ini untuk mengajar kami cara memakai uniform dengan cara yang betul dan kemas termasuk boot, topi, tali wisel, lencana kolar dan lain-lain lagi. Selepas itu, beliau telah mengajar lagu KRS dan meminta kami untuk menghafal lagu ini dan akan diuji pada minggu hapadan. Melalui perjumpaan ini, saya berasa gembira kerana telah belajar sesuatu yang baru lagi, iaitu cara memakai uniform yang kemas dan juga berasa bangga sebagai seorang anggota KRS apabila kami dapat menyanyi lagu KRS dengan penuh semangat walaupun inilah kali pertama mendengar lagu tersebut.

NAMA : HO WERN THENGTARIKH : 28 JANUARI 2015 (RABU)Seperti perjumpaan yang lepas, kami telah memulakan perjumpaan dengan upacara menaikkan bendera. Selepas itu, kami telah melatih kawad statik yang telahpun diajar oleh Tuan Wan Aziz pada minggu yang lepas sebelum tuan mengajar kawad statik yang baru. Pada perjumpaan ini, tuan telah mengajar kemahiran baharu mengenai kawad statik, iaitu pusingan termasuk berpusing ke kanan, kiri, belakang dan hadapan. Selain itu, kami juga belajar kawad dinamik yang asas, iaitu berjalan tanpa mengubah arah. Beliau juga mengingatkan kami supaya mengingat hukuman-hukuman yang diberi kerana akan diuji pada akhir semester. Seperti biasa, selepas satu jam, kami akan masuk ke dalam White House untuk menjalankan aktiviti yang lain. Pada perjumpaan kali ini, kami telah mengadakan perbincangan tentang perancangan aktiviti alam sekitar di Pulau Paya. Kami telah menubuhkan Ahi Jawantankuasa untuk aktiviti ini. Yap Kim Hon telah dipilih sebagai pengerusi manakala Ooi Chai Teng telah dipilih sebagai setiausaha. Selepas itu, Tuan Azman juga telah memesan kami untuk menubuhkan Ahli Jawatankuasa bagi Perkhemahan dan Pertauliahan 2015 yang akan diadakan pada semester depan. Sebagai seorang anggota KRS, saya telah bersiap sedia untuk memperoleh dan menguasai ilmu baru supaya dapat menjadi seorang pegawai KRS yang berilmu pengetahuan dan berjaya pada masa kelak.

NAMA : HO WERN THENGTARIKH : 4 FEBRUARI 2015 (RABU)Pada perjumpaan kali keempat, kami telah semakin mahir dalam mengadakan upacara menaikkan bendera. Seperti biasa, kami akan membuat latihan kawad kaki yang telah dipelajari pada minggu-minggu lepas. Selepas itu, barulah tuan akan mengajar kemahiran-kemahiran baharu. Tuan Mohd Khairul Nuzul telah menggantikan tempat Tuan Wan Aziz yang telahpun bertukar ke institusi perguruan yang lain. Kemahiran baharu yang telah diajar oleh tuan pada perjumpaan ini ialah ke kanan lurus, hentak kaki, paras dan buka barisan. Beliau dan Tuan telah mengulangkan hukuman-hukuman tersebut supaya kami dapat mengingatkannya dengan lebih kukuh. Selepas satu jam, kami pun mengadakan kuliah di dalam White House. Pada perjumpaan kali ini, beliau telah menerangkan sejarah penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Selepas itu, beliau juga telah menerangkan mengenai penilaian yang akan diuji pada akhir kursus. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengingatkan kami supaya membuat fail KRS yang juga akan dihantar pada akhir kursus. Saya tidak pernah membaca Buku Panduan Tunas Kadet Remaja Sekolah walaupun telah photostat pada perjumpaan kali pertama. Oleh itu, hari ini saya sangat berterima kasih kepada Tuan Mohd Khairul Nuzul kerana telah menjelaskan sejarah penubuhan kepada kami dan ini telah meningkatkan motivasi dan minat saya untuk membaca buku tersebut selepas perjumpaan ini.

NAMA : HO WERN THENGTARIKH : 11 FEBRUARI 2015 (RABU)Seperti biasa, kami akan menjalankan upacara menaikkan bendera pada tepat pukul 2.20 petang di depan White House. Kami melatih kawad kaki statik yang telah dipelajari pada minggu lepas. Namun, kami telah tidak melakukannya dengan betul walaupun sudah belajar beberapa kali. Oleh itu, pada perjumpaan ini, kami telah diminta untuk baring di dalam longkang supaya kami akan mengingat pengajaran ini. Kemahiran baharu pada perjumpaan ini ialah hormat ke depan dan selaku terima sijil. Kemahiran-kemahiran ini adalah lebih susah kerana pergerakannya yang lebih susah dan kompleks. Oleh itu, kami telah menggunakan masa yang lebih lama untuk melatih kawad dinamik ini. Selepas itu, Tuan Azman telah mengajar kami cara memakai aksesori dengan betul kerana perjumpaan ini merupakan kali pertama kami memakai uniform dengan aksesori. Beliau telah menerangkan kedudukan aksesori semasa memakai uniform. Sebagai contoh, name tag seharusnya memakai di sebelah kanan. Selepas perjumpaan ini, saya telah berjanji kepada diri sendiri bahawa akan melatih kawad kaki pada waktu senggang supaya tidak akan masuk ke longkang lagi.

NAMA : HO WERN THENGTARIKH : 25 FEBRUARI 2015 (RABU)Saya selaku Squad Leader pada perjumpaan ini berasa sangat gementar apabila menjalankan upacara menaikkan bendera. Namun, akhirnya saya dapat tenangkan diri dan menjalankan tugas dengan lancar dan baik. Seperti biasa, kami telah mengadakan latihan kawad kaki. Kemahiran baharu pada perjumpaan ini ialah tukar langkah dan belakang pusing semasa berjalan. Walaupun susah, namun adalah tidak sebegitu susah hormat ke hadapan dan selaku terima sijil. Pada perjumpaan ini, kami telah mendapat baju T-shirt KRS dan telah diminta untuk menukarkan baju selepas mendapatkannya. Selepas itu, Tuan Azman telah mengajar kami 6 ikatan, iaitu 2 jenis manuk, buku sila, lilit balak, figure of eight, bunga geti dan cara menyimpan tali dengan kemas. Beliau bukan sahaja mengajar kami bagaimana mengikat ikatan tersebut, namun juga menjelaskan fungsi-fungsi dan bilakah sesuai untuk menggunakan ikatan tersebut.Pada perjumpaan ini, saya telah belajar ikatan-ikatan asas yang akan membantu dan berguna kepada saya dalam kehidupan seharian. Saya berasa gembira kerana telah menyertai Kadet Remaja Sekolah kerana bukan sahaja belajar kawad kaki, namun juga belajar sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seharian.

NAMA : HO WERN THENGTARIKH : 4 MAC 2015 (RABU)Pada perjumpaan kali ini, kami telah bergabung dengan unit beruniform yang lain dan menjalankan aktiviti asas bantu mula. Tuan Sharani dan Tuan Khairul Nuzul telah mengajar kami tentang pertolongan cemas asas bagi merawat pesakit heat stroke. Tuan Sharani telah menerangkan tanda-tanda heat stroke terlebih dahulu dan sebab-sebab heat stroke. Selepas itu, barulah menerangkan bagaimana merawat pesakit tersebut. Ong Ching Ting telah dijadikan mangsa heat stroke, dan Tuan Khairul Nuzul telah menunjukkan cara CPR untuk menyelematkan mangsa tersebut sekiranya mangsa tidak bernafas. Langkah-langkah untuk menjalankan CPR ialah DRABC (Danger, Respond, Airway, Breathing, Circulation). Namun, beliau menerangkan bahawa biasanya mangsa heat stroke tidaklah sebegitu serius sehingga tidak benafas. Oleh itu, beliau mengajar kami untuk mengeluarkan kasut mangsa tersebut, mencari barang di sekeliling, misalnya batu bata dan meletakkan kaki di atas batu bata tersebut. Selepas mangsa telah bangun, maka kami bolehlah melakukan posisi pemulihan kepadanya. Setelah beliau menjelaskan cara-cara tersebut, kami telah diminta untuk mencari pasangan dan melatih teknik pertolongan cemas yang dipelajari. Dengan ini, kami barulah boleh memahami dan mengingatnya. Melalui perjumpaan kali ini, saya berasa sangat gembira dan seronok kerana telah mempelajari sesuatu yang baru dan dapat menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila perlu terutamanya murid-murid pada Hari Sukan kelak.