perjumpaan 8

2
PERJUMPAAN 8 TARIKH: 5 MAC 2015 (KHAMIS) TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN STADIUM PUTERI GUNUNG LEDANG IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA PENSYARAH: EN HISHAMUDDIN BIN BASIRON PERKARA: KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-4 Pada 5 Mac 2015 bersamaan dengan hari Khamis, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka skelai lagi telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-4 bertempat di Stadium Puteri Gunung Ledang IPG Kampus Perempuan Melayu. PISMP Januari 2015 telah dipertanggungjawabkan sebagai ahli jawatankuasa pelaksana bagi kejohanan merentas desa pada tahun ini. Kesemua guru pelatih telah diwajibkan untuk melibatkan diri. Sesungguhnya, kejohanan ini telah berjaya merapatkan hubungan silatulrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa dan juga dengan para pensyarah. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori PPSIMP, PISMP dan juga GSTT. Aktiviti merentas desa bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran peserta. Beberapa guru pelatih daripada PISMP Januari 2013 yang diketuai oleh Noranida Binti Ropotoh telah memimpin semua peserta dalam aktiviti senamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan. Ini diikuti oleh bacaan doa yang dilafazkan oleh Nurfariha Binti Mohd Azam. Sebelum para peserta dilepaskan oleh, Pensyarah Unit GERKO, En. Shahrin bin Abidin telah memberikan taklimat pertandingan kepada semua peserta.

Upload: farah-farzana

Post on 22-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan merentas desa

TRANSCRIPT

Page 1: PERJUMPAAN  8

PERJUMPAAN 8

TARIKH: 5 MAC 2015 (KHAMIS)

TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN STADIUM PUTERI GUNUNG LEDANG IPG KAMPUS

PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

PENSYARAH: EN HISHAMUDDIN BIN BASIRON

PERKARA: KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-4

Pada 5 Mac 2015 bersamaan dengan hari Khamis, IPG Kampus Perempuan

Melayu Melaka skelai lagi telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa

Kali Ke-4 bertempat di Stadium Puteri Gunung Ledang IPG Kampus Perempuan

Melayu. PISMP Januari 2015 telah dipertanggungjawabkan sebagai ahli

jawatankuasa pelaksana bagi kejohanan merentas desa pada tahun ini. Kesemua

guru pelatih telah diwajibkan untuk melibatkan diri. Sesungguhnya, kejohanan ini

telah berjaya merapatkan hubungan silatulrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa

dan juga dengan para pensyarah. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu

kategori PPSIMP, PISMP dan juga GSTT.

Aktiviti merentas desa bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran

peserta. Beberapa guru pelatih daripada PISMP Januari 2013 yang diketuai oleh

Noranida Binti Ropotoh telah memimpin semua peserta dalam aktiviti senamrobik

sebagai aktiviti pemanasan badan. Ini diikuti oleh bacaan doa yang dilafazkan oleh

Nurfariha Binti Mohd Azam. Sebelum para peserta dilepaskan oleh, Pensyarah Unit

GERKO, En. Shahrin bin Abidin telah memberikan taklimat pertandingan kepada

semua peserta. Pada jam 3.00 petang, para peserta telah dilepaskan oleh Ketua Unit

GERKO, En. Mohamad Rosli bin Badron yang didahului oleh kumpulan GSTT diikuti

oleh para guru pelatih PISMP dan PPISMP.

Aktiviti ini telah berakhir pada jam 5 petang. Cik Siti Norkiah Binti Idris selaku

Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menyampaikan

ucapan penutupan dan menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.