peristiwa muakhat (ikatan persaudaraan di antara muhajirin dan ansar)

10
Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar) Dipetik dari web: www.darulkautsar.net Peristiwa ' muakhat' ialah ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Nabi s.a.w. di antara sahabat - sahabat Muhajirin dan Ansar. Ibnu Ishaq menulis: Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan di antara sahabat - sahabat Muhajirin dan Ansar. Maka Baginda s.a.w. bersabda mengikut apa yang sampai kepada kami dan kami berlindung dengan Allah s.w.t. dari mengatakan atas nama Nabi sesuatu yang tidak diucapkannya -" Bersaudaralah kamu kerana Allah dua - dua orang ". Kemudian Baginda s.a.w. memegang tangan Ali seraya berkata, " Ini saudaraku". Rasulullah adalah penghulu sekalian Rasul, ikutan orang - orang bertaqwa dan pesuruh Tuhan Semesta Alam yang tidak mempunyai bandingan dan tandingan dari kalangan hambaNya, dengan ini menjadi saudara kepada Ali bin Abi Thalib. Hamzah bin Abdul Muttalib Singa Allah dan Singa RasulNya dan bapa saudara Rasulullah s.a.w. menjadi saudara kepada Zaid bin Haritsah, hamba yang telah dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kepadanyalah Hamzah berpesan pada hari peperangan Uhud, sekiranya beliau gugur dalam peperangan itu. Ja'far bin Abli Thalib, Zuljanahain (yang mempunyai dua sayap yang terbang di dalam syurga) menjadi saudara kepada Muadz bin Jabal. - (Lihat Sirah Ibnu Ishaq m/s 234, Sirah Ibnu Hisyam jilid 2 m/s 108 - 110) Cerita dari Ibnu Ishaq ini perlu dinilai semula dan diuji dengan neraca riwayat dan dirayat untuk menentukan kesahihannya. Oleh kerana Ibnu Ishaq tidak mengemukakan sanadnya (dan untuk menggantikan 'sanad' dia telah bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang diceritakannya adalah

Upload: darulkautsar

Post on 21-Jun-2015

772 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Peristiwa ' muakhat' ialah ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Nabi s.a.w. di antara sahabat - sahabat Muhajirin dan Ansar. Ibnu Ishaq menulis: Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan di antara sahabat - sahabat Muhajirin dan Ansar. Maka Baginda s.a.w. bersabda mengikut apa yang sampai kepada kami dan kami berlindung dengan Allah s.w.t. dari mengatakan atas nama Nabi sesuatu yang tidak diucapkannya -" Bersaudaralah kamu kerana Allah dua - dua orang ". Kemudian Baginda s.a.w. memegang tangan Ali seraya berkata, " Ini saudaraku". Rasulullah adalah penghulu sekalian Rasul, ikutan orang - orang bertaqwa dan pesuruh Tuhan Semesta Alam yang tidak mempunyai bandingan dan tandingan dari kalangan hambaNya, dengan ini menjadi saudara kepada Ali bin Abi Thalib. Hamzah bin Abdul Muttalib Singa Allah dan Singa RasulNya dan bapa saudara Rasulullah s.a.w. menjadi saudara kepada Zaid bin Haritsah, hamba yang telah dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kepadanyalah Hamzah berpesan pada hari peperangan Uhud, sekiranya beliau gugur dalam peperangan itu. Ja'far bin Abli Thalib, Zuljanahain (yang mempunyai dua sayap yang terbang di dalam syurga) menjadi saudara kepada Muadz bin Jabal. - (Lihat Sirah Ibnu Ishaq m/s 234, Sirah Ibnu Hisyam jilid 2 m/s 108 - 110) Cerita dari Ibnu Ishaq ini perlu dinilai semula dan diuji dengan neraca riwayat dan dirayat untuk menentukan kesahihannya. Oleh kerana Ibnu Ishaq tidak mengemukakan sanadnya (dan untuk menggantikan 'sanad' dia telah bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang diceritakannya adalah sesungguhnya dari Rasullullah s.a.w.!) maka kita akan menilainya menggunakan kaedah dirayah..baca selanjutnya dalam artikel ini

TRANSCRIPT

Page 1: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan

Ansar)

 Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

 

Peristiwa ' muakhat' ialah ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Nabi s.a.w. di

antara sahabat - sahabat Muhajirin dan Ansar.

 

Ibnu Ishaq menulis: Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan di antara sahabat - sahabat

Muhajirin dan Ansar. Maka Baginda s.a.w. bersabda mengikut apa yang sampai

kepada kami dan kami berlindung dengan Allah s.w.t. dari mengatakan atas nama

Nabi sesuatu yang tidak diucapkannya -" Bersaudaralah kamu kerana Allah dua - dua

orang ". Kemudian Baginda s.a.w. memegang tangan Ali seraya berkata, " Ini

saudaraku". Rasulullah adalah penghulu sekalian Rasul, ikutan orang - orang

bertaqwa dan pesuruh Tuhan Semesta Alam yang tidak mempunyai bandingan dan

tandingan dari kalangan hambaNya, dengan ini menjadi saudara kepada Ali bin Abi

Thalib. Hamzah bin Abdul Muttalib Singa Allah dan Singa RasulNya dan bapa saudara

Rasulullah s.a.w. menjadi saudara kepada Zaid bin Haritsah, hamba yang telah

dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kepadanyalah Hamzah berpesan pada hari

peperangan Uhud, sekiranya beliau gugur dalam peperangan itu. Ja'far bin Abli

Thalib, Zuljanahain (yang mempunyai dua sayap yang terbang di dalam syurga)

menjadi saudara kepada Muadz bin Jabal. - (Lihat Sirah Ibnu Ishaq m/s 234, Sirah

Ibnu Hisyam jilid 2 m/s 108 - 110)

 

Cerita dari Ibnu Ishaq ini perlu dinilai semula dan diuji dengan neraca riwayat dan

dirayat untuk menentukan kesahihannya. Oleh kerana Ibnu Ishaq tidak

mengemukakan sanadnya (dan untuk menggantikan 'sanad' dia telah bersumpah

dengan nama Allah bahawa apa yang diceritakannya adalah sesungguhnya dari

Rasullullah s.a.w.!) maka kita akan menilainya menggunakan kaedah dirayah

sebagaimana berikut:

 

(i) Jalinan persaudaraan yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. di antara sahabat Muhajirin

dan Ansar itu adalah dengan maksud supaya sahabat - sahabat Muhajirin tidak

kesepian dan bersedih hati kerana perpisahan dengan ahli keluarga dan sanak-

saudaranya di Makkah selain dari untuk sama - sama berganding bahu, bantu-

membantu terutamanya dalam memberikan peluang pekerjaan dan mewujudkan

Page 2: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

kesempatan - kesempatan untuk hidup berdikari bagi Muhajirin. Tetapi dalam riwayat

ini kita melihat beberapa orang Muhajir telah dipersaudarakan Nabi s.a.w. dengan

Muhajir juga termasuklah diri Baginda s.a.w. sendiri yang telah bersaudara dengan

Sayyidina Ali. Apa perlunya Rasulullah s.a.w. bersaudara dengan Sayyidina Ali kerana

sememangnya Baginda s.a.w. mempunyai pertalian darah dengan Sayyidina Ali

selain dari telah memelihara Ali semenjak kecilnya lagi. Rasulullah s.a.w dengan

kedudukannya tidak memerlukan 'persaudaraan' dalam konteks supaya boleh hidup

berdikari atau mendapat pekerjaan untuk hidup. Ikatan persaudaraan yang sebegini

sebenarnya menjatuhkan martabat Baginda s.a.w. sebagai nabi Allah!

 

Ketika menyebutkan kelebihan - kelebihan Rasulullah s.a.w. sebagai penghulu

sekalian Rasul, Rasulullah s.a.w ikutan orang - orang bertaqwa dan seterusnya tidak

lain kerana untuk menyatakan kelebihan Sayyidina Ali itu sendiri kerana tentunya

seorang yang dipilih sebagai saudara oleh Rasulullah s.a.w.. adalah seorang yang

cukup istimewa dan tiada tolok bandingnya.

 

Persaudaraan Nabi s.a.w. dengan Sayyidina Ali ditolak oleh para ulama' dan mereka

menganggapnya tidak sahih kerana persaudaraan yang diadakan itu adalah di antara

Muhajirin dengan Ansar supaya terjalin kasih sayang di antara mereka, justeru itu

persaudaraan Nabi s.a.w. dengan Sayyidina Ali begitu juga persaudaraan di antara

Muhajirin dengan Muhajirin yang lain sama seperti persaudaraan Hamzah dan Zaid

adalah suatu yang tidak berfaedah, begitu juga persaudaraan antara Muaz bin Jabal

dengan Ja'far.

 

ii) Seterusnya Ibnu Ishaq menyebutkan persaudaraan yang dijalinkan di antara

Hamzah dengan Zaid bin Haritsah sedangkan mereka berdua ini juga dari kalangan

Muhajirin. Untuk apa pula dipersaudarakan mereka berdua ? Mungkin Ibnu Ishaq

cuba memintas lintasan fikiran kita yang mungkin ragu dengan ikatan persaudaraan

di antara Nabi s.a.w. dengan Sayyidina Ali padahal mereka berdua adalah Muhajirin.

Untuk menenangkan kita, sengaja Ibnu Ishaq mempersaudarakan Hamzah dan Zaid

bin Haritsah, bukankah mereka berdua itu dari kalangan Muhajirin ?

 

(iii) Dalam riwayat tersebut di atas, Ja'far bin Abi Thalib telah dipersaudarakan

dengan Muadz bin Jabal. Bagaimana mungkin Nabi S.A.W mempersaudarakan Ja'far

dengan Muadz kerana Ja'far telah berhijrah ke Habsyah pada tahun kelima dari

kenabian s.a.w. iaitu lapan tahun sebelum Hjirah dan berangkat dari Habsyah ke

Madinah pada tahun ketujuh selepas Hijrah (semasa penaklukan Khaibar) sedangkan

Page 3: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

peristiwa mu'akhat ini berlaku lapan bulan selepas berlakunya Hijrah ke Madinah ?

Riwayat ini sebenarnya menunjukkan bercelarunya fikiran Ibnu Ishaq ini. Ibnu Katsir

membuat komentar terhadap riwayat Ibnu Ishaq ini dengan menulis bahawa

keterangan Ibnu Ishaq dalam riwayat ini boleh dipertikaikan. Malah Ibnu Hisham

sendiri mempertikaikan cerita ini. ((Lihat al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 3 m/s 227)

 

(iv) Dalam riwayat yang sama juga disebutkan persaudaraan di antara Salman dan

Abu Darda'. Ini juga tidak mungkin berlaku kerana di permulaan hijrah Nabi S.A.W,

Salman merupakan hamba kepada seorang Yahudi. Selepas memeluk Agama Islam,

beliau telah meminta dari tuan nya supaya memerdekakan beliau. Tuannya telah

meletakkan beberapa syarat yang berat yang mana terpaksa disempurnakan syarat -

syarat itu oleh Salman dalam masa empat tahun. Pada tahun yang ke-lima Hijrah

barulah Salman dimerdekakan. Bagaimana mungkin seorang yang terbelenggu

dengan belenggu perhambaan itu dipersaudarakan dengan seorang sahabat Ansar

pula ? Mungkin sekali di sebalik ikatan persaudaraan Salman dengan Abu Darda' itu

adalah agenda Ibnu Ishaq yang tersendiri memandangkan beliau (Salman) adalah

orang Farsi. Mengikut dakwaan orang - orang Syi'ah, beliau (Salman) mempunyai

ilmu - ilmu orang - orang dahulu dan orang - orang kemudian, malah beliau adalah

yang kelima dari 5 orang atau menurut riwayat yang lain ketiga dari 3 orang yang

tetap di atas keimanannya selepas kewafatan Nabi S.A.W, sedangkan sahabat-

sahabat yang

lain telah murtad.

 

Masalahnya bagaimanakah beliau (Ibnu Ishaq) boleh menerima seorang mukmin

sejati seperti Salman dipersaudarakan dengan seorang yang tidak tersenarai dari

kalangan yang tetap dengan keimanannya (menurut akidah Syiah) selepas

kewafatan Rasulullah s.a.w. Zubair bin Awwam dan Abdullah bin Mas'ud adalah di

antara yang dipersaudarakan di permulaan hijrah itu tetapi yang anehnya mereka

berdua dari kalangan Muhajirin juga !!

 

Seterusnya Zubair bin Awwam dan Abdullah bin Mas'ud adalah di antara yang

dipersaudarakan di permulaan hijrah itu dan mereka berdua pun dari kalangan

Muhajirin juga !!

 

(v) Ammar bin Yasir dan Huzaifah merupakan 2 orang yang tersenarai di antara

sahabat - sahabat yang dipersaudarakan Nabi S.A.W. meskipun kedua - dua mereka

dari golongan Muhajirin

Page 4: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

 

Hujah-hujah di atas telah membuktikan palsunya riwayat yang dikemukakan oleh

Ibnu Ishaq itu walaupun dipermulaan riwayatnya beliau menegaskan dengan pasti

dan penuh yakin bahawa, " Kami berlindung dengan Allah dari mengatakan atas

nama nabi s.a.w sesuatu yang tidak diucapkan oleh baginda. " tetapi bagaimana pula

dengan riwayat yang dikemukakan oleh Tirmidzi dalam Sunahnya dan Hakim dalam

Mustadraknya ?

 

 

HADIS TENTANG PERSAUDARAAN RASULLULLAH DENGAN ALI DALAM SUNAN

TIRMIZI DAN MUSTADTRAK HAKIM

 

Bagaimana pula dengan riwayat yang dikemukakan oleh Tirmidzi dalam Sunannya

dan Hakim dalam Mustadraknya ? Riwayat ini adalah sebagaimana berikut:

 

"Dari Ibnu Umar bahawa, " Setelah Rasulullah s.a.w mempersaudarakan sahabat -

sahabat Baginda s.a.w., maka Ali pun datang sambil menangis dan berkata, " Wahai

Rasulullah ! Engkau telah mempersaudarakan sahabat - sahabat yang lain tetapi

tidak mempersaudarakan saya dengan sesiapapun. " Maka Nabi s.a.w. pun bersabda,

" Engkau adalah saudaraku di dunia dan di akhirat". - (Lihat Sunan Tirmidzi jilid 2 m/s

236 dan as-Mustadrak jilid 3 m/s 14)

 

Sebelum membincangkan hadis ini terlebih dahulu perlu disedari oleh kita semua

bahawa musuh - musuh Islam dipermulaan sejarah Islam telah menggunakan

berbagai - bagai cara untuk memecahbelahkan umat Islam di zaman itu merancang

dengan rapi untuk mengelirukan ummah tentang sejarah awal mereka melalui orang

- orang tertentu seperti Ibnu Ishaq dan orang - orang yang menyelinap masuk di

kalangan Ahlus Sunnah dan menjadi sebagai perawi mereka.

 

Pendek kata sukar sekali untuk ditemui suatu kitab yang betul - betul bersih dari

puak - puak penyangak ini. Walaupun begitu kita merasa amat bertuah dan

berbangga kerana ulamak-ulamak kita telah meninggalkan pusaka yang amat

berguna untuk menilai, mengesan dan menjejaki golongan yang tidak

bertanggungjawab ini.

 

Perawi pertama di dalam hadis yang dikeluarkan oleh Tirmidzi ini ialah Hakim bin

Jubair yang merupakan seorang dha'if dan Syi'ah. Bukhari berkata Imam Syu'bah

Page 5: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

mempertikaikannya. Ahmad berkata bahawa Hakim bin Jubair ialah seorang yang

dha'if, mungkarul hadis (seorang perawi dha'if yang mana riwayatnya selalu

bercanggah dengan riwayat - riwayat perawi - perawi yang tsiqah). Nasa'i berkata, "

Dia seorang yang tidak kuat". Daruquthni menulis, " Dia seorang yang matrukul hadis

(seorang yang ditinggalkan hadisnya dan tidak dihiraukan ceritanya). Muadz

menceritakan bahawa, " Kami pernah meminta kepada Syu'bah supaya

dikemukakannya hadis - hadis Hakim bin Jubair. Dengan permintaan kami itu beliau

lantas menjawab, " Dengan mengemukakan hadisnya saya bimbang saya akan

masuk neraka." Fallas berkata, " Bahawa Abdul Rahman bin Mahdi tidak mahu

menerima riwayat - riwayatnya dan selalu berkata, " Walaupun riwayat - riwayatnya

adalah sedikit, namun kebanyakannya adalah mungkar (menyalahi riwayat - riwayat

orang yang tsiqah). " Jauzajani berkata, " Hakim bin Jubair adalah seorang pendusta

besar". Abu Hatim berkata,

"Dia seorang yang dhaif dan matrukul hadis selain dari seorang yang melampau

dalam fahaman Syi'ahnya" - (Lihat Mizanu al-I'tidal jilid 1 m/s 583 - 584, Tahzibu at-

tahzib jilid 2 m/s 383 dan lain - lain)

 

Perawi kedua dalam isnad Tirmidzi ini ialah Ali bin Qadim Abu al Hasan al-Khuzaa'i al-

Kufi. Yahya bin Ma'in mengatakan, " Dia seorang yang dhaif". Ibnu Adi menulis, "

Banyak dari riwayatnya menurut pandangan saya adalah mungkar". Ibnu Sa'ad juga

berkata, " Dia seorang mungkarul hadis dan dia seorang Syi'ah pekat". (Mizanu al-

I'tidal jilid 3 m/s 150)

 

Perawi terakhir dalam isnad Tirmidzi ialah Juma'i bin Umar at-Taimi. Dia telah

menukilkan hadis ini dari Abdullah bin Umar.

 

Imam Bukhari menulis tentang Juma'i bin Umar at-Taimi sebagaimana berikut, "

Walaupun dia telah mendengar hadis - hadis dari Ibnu Umar dan A'isyah namun

ulama' hadis mempertikaikan riwayat - riwayatnya." Ibnu Hibban menulis, " Dia

seorang Rafidhi (Syi'ah pekat). Dia mereka hadis sesuka hatinya." Ibnu Numair

berkata, " Dia terbilang di antara orang - orang yang paling dusta." Ibnu ' Adi pula

menulis, " Bahawa cerita yang dikemukakannya adalah mungkar. Kebanyakan

riwayat - riwayatnya tidak dikemukakan oleh orang lain ". (Mizanu al-I'tidal jilid 1 m/s

421)

 

Page 6: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

Jelaslah sudah bahawa terkumpul dalam isnad Tirmidzi itu tiga orang Syi'ah berturut -

turut. Dua daripadanya tertuduh mereka hadis. Perawi - perawi yang tertuduh

mereka hadis, riwayat - riwayatnya dihukum maudhu' dan palsu.

 

Isnad Hakim pula mengandungi dua orang perawi yang lain iaitu Ishak bin Bishr dan

Salim bin Abi Hafsah al-Ijli al-Kufi. Mereka menukilkan dari Jumai' yang disebut tadi.

 

(1) Ishak bin Bishr:

 

Imam Zahabi menulis bahawa Abu Bakar Ibnu Abi Syaibah, Musa bin Harun dan Abu

Zura'ah ar-Razi mengatakan dia seorang pendusta besar. Daraquthni menulis

bahawa, " Dia terbilang di antara orang - orang yang selalu mereka hadis. Dia

seorang pendusta besar dan pereka hadis". - (Lihat Mizanu al-I'tidal jilid 1 m/s 186,

Kitabu ad -Dhu'afa Wa al-Matrukin m.s. 61)

 

(2) Salim bin Abi Hafsah al-Ijli al-Kufi

 

Berkenaannya Fallas berkata, " Dia seorang dha'if, seorang Syi'ah pelampau." Nasa'i

berkata, " Tidak tsiqah". Ibnu ' Adi berkata, " Dia tercela kerana fahaman Syia'ahnya

yang melampau". Muhammad bin Bishr al-Abdi menceritakan bahawa, " saya pernah

melihat Salim bin Abi Hafsah - janggutnya sangat panjang tetapi dia sangat bodoh.

Dia selalu berkata, " Ingin sekali aku ikut serta dalam setiap peperangan yang

dilancarkan oleh Ali Alaihissalam". Jarir b. Abd. Hamid berkata, " Pernah saya melihat

Salim bertawaf Ka'bah sambil mengucapkan talbiah seperti ini, " Labbaika Muhlika

Bani Umayyah (Ku sahut seruanMu oh Tuhan yang membinasakan Bani Umayyah)."

 

Pernah Umar bin Dzar berkata kepada Salim bin Abi Hafsah, " Engkau telah

membunuh Sayyidina Utsman. " Dia bertanya," Bunuh macam mana?" Umar bin Dzar

menjawab, " Bila engkau senang hati dengan pembunuhannya bermakna engkau

telah membunuhnya". Husain bin Ali al Ju'fi menceritakan bahawa, " Saya pernah

melihat Salim bin Abi Hafsah. Dia berjanggut panjang dan sangat bodoh. Salim selalu

mengucapkan talbiah begini, " Labbaika qaatila Na'tsal (Ku sambut seruanMu wahai

Tuhan yang membunuh Na'tsal). " Na'tsal ialah nama seorang Yahudi di Madinah.

Golongan Syi'ah telah memanggil Sayyidina Utsman dengan Na'tsal (seolah - olah

mereka mahu mengaitkan Sayyidina Utsman dengan si Yahudi yang jahat itu)

 

Page 7: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

Ali bin al-Madini berkata," Saya pernah mendengar Jarir bin Abdul Hamid berkata, "

Bahawa saya telah meninggalkan riwayat - riwayat Salim kerana dia selalu

memusuhi dan menentang orang - oang Sunni bagi pihak Syi'ah". Ali bin al-Madini

berkata, " Orang - orang yang riwayatnya ditinggalkan oleh Syiah seperti Jarir tentu

sekali dia seorang Syi'ah melampau. " Bukhari menulis bahawa, " Dia tidak tsiqah". -

(Kitabu ad-Dhu'afa as-Saghir m/s 36). Khalab bin Hausyab pula menyatakan bahawa,

" Dia adalah kepala kepada golongan yang memburuk-burukkan Abu Bakar dan

Umar." - (Lihat Mizanu al-I'tidal jilid 2 m/s 110)

 

Sekarang lihat pula apa kata pengarang - pengarang kitab hadis maudhu' tentang

cerita ini :

 

Muhamamd bin Tahir al - Fattani al- Hindi menulis, " Semua riwayat - riwayat yang

menyatakan Sayyidina Ali telah dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan

dirinya termasuklah riwayat Tirmidzi adalah dha'if" - (Lihat Tazkiratu al - Maudhu'aat

m.s. 97). Nasiruddin al- Albani menulis bahawa Imam Ibnu Taimiyah ada menulis

dalam kitabnya 'Minhaju as-Sunnah' bahawa semua riwayat yang menyatakan Ali

dipersaudarakan dengan Rasulullah s.a.w. adalah maudhu'. Imam Zahabi juga

menulis demikian dalam 'Mukhtasar Minhaj as-Sunnah'- (Silsillah al-Hadis ad-Dha'ifah

Wa al-Maudhu'aat jilid 1 m.s. 356).

 

Imam Zahabi dalam Mizan al-I'tidal telah pun menulis bahawa riwayat Jumai' bin

Umair adalah mungkar. Dalam Talkhis Mustadrak pula beliau menulis, " Jumai' adalah

perawi yang tertuduh dan Ishaq bin Bishr al- kahili adalah seorang yang punah

ranah"- (Talkhis al-Mustadrak jilid 3 m/s 14)

 

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Sayyidina Ali telah dipersaudarakan oleh

Rasulullah s.a.w. dengan Sahl bin Hunaif al-Ansari. Lihatlah apa yang ditulis oleh Ibnu

Katsir, " Muhammad bin Ka'ab al-Qurazi berkata bahawa Ali telah berhijrah setelah

keluarnya Rasulullah s.a.w. dari Mekah. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan

supaya beliau membayar hutang - hutang Baginda s.a.w. dan supaya

mengembalikan barang - barang simpanan penduduk Mekahyang disimpan oleh

Baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w. memerintahkan beliau supaya mengiringi Baginda

s.a.w, setelah menyelesaikan semua perintah - perintah yang tersebut tadi. Selepas

berhijrah Nabi s.a.w. telah mempersaudarakan beliau dengan Sahl bin Hunaif." -

(Lihat al-Bidayah Wan an-Nihayah jilid 7 m.s. 224)

 

Page 8: Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di Antara Muhajirin Dan Ansar)

Daripada keterangan yang lalu, para pembaca sekalian dapat melihat bahawa perawi

- perawi dalam Isnad Tirmidzi dan Hakim yang meriwayatkan cerita ini sama bulu dan

warnanya dengan Ibnu Ishaq.

Saringan oleh : www.darulkautsar.net

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=188