peristiwa 13 mei

3
PERISTIWA 13 MEI 1969 Peristiwa 13 Mei bermula beberapa hari setelah pilihanraya ketiga pada 10 Mei 1969 apabila Parti Perikatan, yang berkuasa sejak merdeka, gagal mendapat majoriti undi walaupun berjaya memenangi majoriti kerusi di Dewan Rakyat serta semua Dewan Undangan Negeri selain Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.Perikatan masih memperolehi majoriti kerusi kerana pembangkang dan Perikatan tidak bersatu serta pembahagian kawasan pilihanraya lebih menguntungkan parti yang berkuasa. Ada versi yang memberi gambaran bahawa parti pembangkang bukan melayu melalui penyokong mereka telah bermaharajalela setelah keputusan pilihanraya memberi tamparan besar terhadap Perikatan yang berkuasa sejak merdeka. Selain itu masalah ketidaksamaan yang menjadi asas serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudian, iaitu mengurangkan kemiskinan dan jurang sosioekonomi antara kaum demi memulihkan perhubungan antara kaum. Antara lain, ada versi menyatakan dengan memberi gambaran bahawa peristiwa 13 Mei merupakan akibat banyak faktor, termasuk perarakan pengebumian seorang aktivis Parti Buruh yang ditembak mati oleh polis setelah menyeru orang awam memulau pilihanraya 10 Mei 1969. Pihak komunis juga telah mendalangi rusuhan kaum, walaupun tiada bukti kukuh untuk menyokong tuduhan demikian dan Parti Komunis Malaya sendiri tidak menjangka apa yang telah berlaku.

Upload: wa-dino

Post on 29-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PERISTIWA 13 MEI1969

Peristiwa 13 Mei bermula beberapa hari setelah pilihanraya ketiga pada 10 Mei 1969 apabila Parti Perikatan, yang berkuasa sejak merdeka, gagal mendapat majoriti undi walaupun berjaya memenangi majoriti kerusi di Dewan Rakyat serta semua Dewan Undangan Negeri selain Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.Perikatan masih memperolehi majoriti kerusi kerana pembangkang dan Perikatan tidak bersatu serta pembahagian kawasan pilihanraya lebih menguntungkan parti yang berkuasa.Ada versi yang memberi gambaran bahawa parti pembangkang bukan melayu melalui penyokong mereka telah bermaharajalela setelah keputusan pilihanraya memberi tamparan besar terhadap Perikatan yang berkuasa sejak merdeka. Selain itu masalah ketidaksamaan yang menjadi asas serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudian, iaitu mengurangkan kemiskinan dan jurang sosioekonomi antara kaum demi memulihkan perhubungan antara kaum.Antara lain, ada versi menyatakan dengan memberi gambaran bahawa peristiwa 13 Mei merupakan akibat banyak faktor, termasuk perarakan pengebumian seorang aktivis Parti Buruh yang ditembak mati oleh polis setelah menyeru orang awam memulau pilihanraya 10 Mei 1969. Pihak komunis juga telah mendalangi rusuhan kaum, walaupun tiada bukti kukuh untuk menyokong tuduhan demikian dan Parti Komunis Malaya sendiri tidak menjangka apa yang telah berlaku.Diberitakan juga ketika diwawancara oleh Nadi Insan pada 1 Mei 1979, Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa Tun Abdul Razak telah mengkhianatinya. Menurut beliau, Razak merestui apa yang telah berlaku dan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Allahyarham Harun Idris untuk menimbulkan huru-hara yang membolehkannya mengambil alih teraju pemerintahan dengan sokongan pucuk pimpinan polis, angkatan tentera, serta golongan muda UMNO.

Versi lain timbul yang memberi gambaran berbeza sekurang-kurangnya 3 segi. Pertama, peristiwa itu telah membawa kepada rampasan kuasa, dimana golongan muda dalam pimpinan UMNO, yang dipimpin oleh Tun Razak, dikatakan telah merampas kuasa daripada Tunku serta penyokong setianya. Kedua, Pemuda Tahan Lasak, yang dipimpin Harun Idris, didakwa mencetuskan rusuhan itu kerana Perikatan kehilangan majoriti kerusi Dewan Undangan Negerinya, dengan demikian kuasa mereka ke atas kerajaan negeri terancam. ketiga, pihak polis dan sebahagian daripada angkatan tentera dituduh berat sebelah dalam usaha menangani dan mengamankan keadaan setelah keganasan bermula.