perisianppbkoum

43
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN REKA BENTUK PERISIAN PPBK LATIH TUBI MATEMATIK: NOMBOR NEGATIF Elango a/l Periasamy Jabatan Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan Islam [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai reka bentuk sebuah perisian latih tubi Matematik bagi topik Nombor Negatif berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Satu dalam Bahasa Inggeris yang mengambilkira pengintegrasian proses Pembelajaran Masteri. Reka bentuk perisian merangkumi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal. Reka bentuk PPBK ini berasaskan kepada tiga teori pembelajaran iaitu teori konstruktivisme, minimalisme, behaviourisme serta tiga strategi pembelajaran iaitu strategi pembelajaran eksperiential, anjal dan aktif. Reka bentuk perisian PPBK ini juga menerapkan nilai-nilai murni. Ia mengambilkira konsep antara mukamesin-manusia untuk menghasilkan perisian yang mesra pengguna dan mampu memberi bimbingan segera kepada pelajar. Reka bentuk PPBK ini menyediakan fungsi 'artificial intelligent' untuk menghasilkan laporan prestasi pelajar. Kaedah penyelidikan ialah kaedah tinjauan. Instrumen kajian ialah CD-ROM dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan aspek reka bentuk isi kandungan, aspek reka bentuk pedagogi dan aspek teknikal memberikan nilai min dari 4.31 hingga 4.42. Ini menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan

Upload: nurshalizawati-mohd-rashid

Post on 05-Jul-2015

1.572 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: perisianppbkoum

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN REKA BENTUK PERISIAN PPBK LATIH TUBI MATEMATIK: NOMBOR NEGATIF Elango a/l Periasamy Jabatan Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan Islam [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai reka bentuk sebuah perisian latih tubi Matematik bagi topik Nombor Negatif berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Satu dalam Bahasa Inggeris yang mengambilkira pengintegrasian proses Pembelajaran Masteri. Reka bentuk perisian merangkumi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal. Reka bentuk PPBK ini berasaskan kepada tiga teori pembelajaran iaitu teori konstruktivisme, minimalisme, behaviourisme serta tiga strategi pembelajaran iaitu strategi pembelajaran eksperiential, anjal dan aktif. Reka bentuk perisian PPBK ini juga menerapkan nilai-nilai murni. Ia mengambilkira konsep antara mukamesin-manusia untuk menghasilkan perisian yang mesra pengguna dan mampu memberi bimbingan segera kepada pelajar. Reka bentuk PPBK ini menyediakan fungsi 'artificial intelligent' untuk menghasilkan laporan prestasi pelajar. Kaedah penyelidikan ialah kaedah tinjauan. Instrumen kajian ialah CD-ROM dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan aspek reka bentuk isi kandungan, aspek reka bentuk pedagogi dan aspek teknikal memberikan nilai min dari 4.31 hingga 4.42. Ini menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi perisian latih tubi ini melebihi 4.00. Justeru, nilai ini terletak di antara skala 'setuju' dan 'sangat setuju'. Oleh itu, reka bentuk perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri Berbantu Komputer bagi topik Nombor NegatifPENGENALAN Sistem Pendidikan Malaysia akan mengalami perubahan di mana keperluan penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi penekanan (Cheah 2002). Jadi, guru mesti bersedia menerima perubahan paradigma ini dan mula berusaha menggunakan komputer dengan baik. Ini adalah kerana Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) mendorong pelajar menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu. Perkara ini selaras dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru-guru dalam proses penghasilan bahan-bahan PPBK akan membantu mempertingkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya. PERNYATAAN MASALAH Perisian PPBK yang terdapat dalam pasaran masa kini kurang sesuai, tidak bermutu dan tidak menepati kehendak atau objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ow 2000). Justeru,

Page 2: perisianppbkoum

tanggungjawab menghasilkan perisian tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja kerana mereka tidak arif dalam aspek pedagogi (Mohd. Jasmy et al. 2001). Jadi, pedagogi sepertimana yang sesuai? Justeru, pengkaji menjalankan temu bual untuk mengenalpasti sejauhmanakah perlaksanaan pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sungai Pelek Daerah Sepang Negeri Selangor. Sebelum menjalankan temu bual, pengkaji berjumpa dengan pengetua sekolah berkenaan untuk mendapatkan kebenaran untuk menjalankan temu bual. Dengan sokongan moral daripada pengetua sekolah tersebut, pengkaji telah menjalankan temu bual dengan lima orang guru yang berpengalaman mengajar Matematik Tingkatan 1 sekurang-kurangnya lima tahun. Hasil daripada temu bual, pengkaji mendapati bahawa guru-guru masih menyediakan aktiviti rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai urutan pengajaran guru.Guru menjalankan ujian kefahaman, pemberian latihan rumah, penyemakan buku kerja, pemulangan buku kerja. Selepas tiga bulan ujian bulanan bagi topik-topik yang telah diajar dijalankan dan akhir sekali guru memberi latihan pengukuhan/pemulihan bagi topik-topik itu. Menurut mereka, aktiviti-aktiviti itu merupakan kriteria minima bagi seseorang guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Mereka menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dijalankan berdasarkan norma yang telah ditentukan oleh guru-guru yang terlibat. Walaubagaimanapun, mereka turut berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan norma ini akan secara tidak langsung mengabaikan pelajar-pelajar lemah kerana guru-guru tidak dapat meluangkan masa untuk memberi perhatian khusus. Menyedari keadaan ini, pada tahun 1995, Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) memberi penekanan kepada penggunaan konsep Pembelajaran Masteri yang diterapkan dalam aktiviti rancangan pengajaran guru-guru. Ini adalah kerana Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu pelajar untuk belajar secara konsisten, menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu pelajar apabila menghadapi masalah pembelajaran dan peruntukan masa yang mencukupi untuk pelajar mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas (Anderson & Block 1975). Justeru, guru-guru yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka mampu

Page 3: perisianppbkoum

menyediakan bahan-bahan tetapi perlaksanaannya secara praktik adalah tidak mungkin. Ini adalah kerana jumlah kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan, bilangan waktu pengajaran tidak cukup dan jumlah pelajar yang ramai iaitu sehingga 200 bagi seorang guru. Situasi ini menyukarkan pengimplementasian konsep Pembelajaran Masteri. Berdasarkan temu bual tersebut, kajian ini ialah bertujuan merekabentuk perisian PPBK latih tubi yang sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 1 dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, perisian latih tubi ini seharusnya mempunyai reka bentuk aspek isi kandungan, reka bentuk aspek pedagogi dan reka bentuk aspek teknikal yang memenuhi keperluan Pembelajaran Masteri serta kehendak kurikulum. Kerangka konseptual kajian adalah seperti dalam RAJAH 1 (rujuk LAMPIRAN).OBJEKTIF KAJIAN 1. Pembangunan reka bentuk perisian PPBK latih tubi yang menepati aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal. 2. Merekabentuk aspek isi kandungan perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif. 3. Merekabentuk aspek pedagogi perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif. 4. Merekabentuk aspek teknikal perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif. 5. Penilaian reka bentuk perisian PPBK latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal.DEFINISI ISTILAH Perisian Latih Tubi Capron (1997) mendefinisikan perisian sebagai suatu arahan atau aturcara yang dirancang langkah demi langkah bagi menukarkan data kepada maklumat yang menyebabkan komputer berfungsi. Manakala, menurut Abd. Samad (1998), perisian latih tubi ialah perisian yang dapat menyediakan latihan berulangkali dan berterusan dalam usaha meningkatkan kemampuan melatih mengingat kembali fakta-fakta kefahaman, melatih kemahiran mengingat dan mengaplikasikan konsep berkenaan. Dalam kajian ini perisian latih tubi merupakan sebuah perisian yang dapat melaksanakan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi subjek Matematik Tingkatan 1 tajuk Nombor Negatif. 125Pembelajaran Masteri Berbantu Komputer Menurut Jamaludin et al. (2000), pembelajaran dan pengajaran berbantu komputer bermaksud sebarang bentuk penggunaan komputer bagi membantu mempertingkatkan

Page 4: perisianppbkoum

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Manakala, pembelajaran masteri adalah berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua pelajar boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk pelajar itu menguasai pembelajarannya (Bloom 1981). Oleh itu, dalam kajian ini Pembelajaran Masteri Berbantu Komputer (PMBK) ialah penggunaan komputer dalam membangunkan reka bentuk sebuah perisian latih tubi bagi membantu pelajar mencapai Pembelajaran Masteri. PMBK memerlukan perancangan yang teliti persekitaran pembelajaran dari aspek reka bentuk Isi Kandungan, reka bentuk Pedagogi dan reka bentuk teknikal. Reka Bentuk PPBK Rees (1995) mencadangkan secara umum ciri-ciri yang perlu difikirkan semasa reka bentuk PPBK dibuat. Cadangan yang diutarakan oleh beliau ialah a).lihat kepada keperluan pembelajaran, b). lihat kepada kehendak pengguna, c).membolehkan pengguna untuk melaksanakan perkara-perkara yang tidak boleh dibuat dengan resos yang sedia ada d).Motivasikan pengguna untuk terus berinteraksi dengan perisian, e).pengguna mengawal pembelajarannya setakat mana mampu, f).Kos penghasilan mengikut bujet. Manakala, Hannafin dan Peck (1998) percaya bahawa keberkesanan PPBK adalah berasaskan prinsip bagi reka bentuk pengajaran dan kualitinya. Dalam kajian ini, reka bentuk PPBK mengambilkira gabungan teori-teori dan strategi pembelajaran serta penerapan nilai-nilai murni dalam reka bentuk perisian matematik latih tubi untuk tajuk Nombor Negatif. Ia juga mengambilkira konsep antara muka-mesin-manusia “interface human-machine”untuk menghasilkan perisian yang mesra pengguna dan mampu memberi bimbingan segera (satu kaedah penyelesaian langkah demi langkah yang unik dicipta oleh pengkaji) kepada pelajar. Reka bentuk PPBK ini juga menyediakan fungsi 'artificial intelligent' untuk menghasilkan laporan prestasi pelajar serta mencadangkan latihan susulan yang sesuai bagi pelajar berkenaan. Di samping itu, ciri 'Bookmark' digunakan bagi membantu reka bentuk Pembelajaran Masteri berbantu komputer.REKA BENTUK KAJIAN Reka Bentuk kajian melibatkan dua langkah. Langkah pertama ialah reka bentuk pembangunan perisian dan langkah kedua ialah Penilaian reka bentuk berkenaan. Reka Bentuk Pembangunan Pembangunan reka bentuk perisian PPBK latih tubi ini adalah berasaskan kepada Model Reka Bentuk Sistem seperti dalam RAJAH 2 (rujuk LAMPIRAN), hasil pengubahsuaian model Waterfall (Sommerville 2001). Model ini merangkumi lima fasa. Fasa 1: Kajian Permulaan, Fasa 2: Analisis Keperluan, Fasa 3: Reka Bentuk, Fasa 4: Implementasi dan Fasa

Page 5: perisianppbkoum

5: Penyelenggaraan. Penilaian PPBK latih tubi secara berterusan dalam bentuk formatif dijalankan di sepanjang fasa pembangunan. Kajian ini hanya melibatkan fasa 1 hingga fasa 3 sahaja. Fasa 1: Kajian Permulaan Fasa ini bertujuan mengenalpasti mengapa perlu dibangunkan PPBK Latih Tubi Nombor Negatif. Maklumat yang diperolehi daripada bahagian ini dimuatkan dalam Bahagian Pernyataan Masalah. Fasa 2: Analisis Keperluan Fasa ini melibatkan aktiviti menganalisis dapatan dari kajian permulaan dan juga bahanbahan rujukan tentang kandungan pembelajaran bagi tajuk Nombor Negatif untuk mengenalpasti matlamat, objektif, kumpulan sasaran, Pembelajaran Masteri, kesahan soalansoalan yang ingin diterapkan semasa penggunaan PPBK Latih Tubi, kaedah dan strategi penggunaan PPBK Latih Tubi semasa pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali merangka kandungan serta rancangan penilaian PPBK Latih Tubi. Fasa 3: Reka Bentuk Fasa reka bentuk bertujuan untuk menentukan bagaimana PPBK Latih Tubi Nombor Negatif akan dibina dan dilaksanakan berdasarkan apa yang diperlukan dalam spesifikasi keperluan sistem. Fasa ini akan meliputi segala yang dirancang dan menyenaraikan apa yang difikirkanuntuk membina PPBK Latih Tubi Nombor Negatif. Dalam fasa ini juga PPBK Latih Tubi Nombor Negatif yang direka bentuk mengambilkira konsep Pembelajaran Masteri, teori dan strategi pembelajaran Nombor Negatif serta penerapan nilai-nilai murni. Selepas itu, penilaian akan dibuat bagi memastikan PPBK Latih Tubi Nombor Negatif direka bentuk berdasarkan keperluan dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki. Fasa 4: ImplementasiDalam fasa implementasi perisian dibangunkan serta diintegrasikan kepada pengguna untuk dinilai bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik. Fasa ini tidak dijalankan dalam kajian ini.Fasa 5: Penyelenggaraan Dalam fasa penyelenggaraan, perisian akan diselenggarakan dalam proses menghasilkan sebuah perisian yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Fasa ini tidak dijalankan dalam kajian ini. Kajian yang merangkumi fasa 1 – fasa 3 ini memerlukan pendekatan struktur reka bentuk yang sesuai. Struktur reka bentuk perisian PPBK latih tubi ini adalah seperti dalam RAJAH 3 (rujuk LAMPIRAN). Struktur ini adalah pengubahsuaian daripada struktur latih tubi Allesi dan Trollip (1991). Ianya bermula dengan seksyen pengenalan, diikuti dengan

Page 6: perisianppbkoum

pemilihan latih tubi dan set soalan yang hendak dicuba oleh pengguna. Justeru, perisian akan memaparkan soalan pertama dalam latih tubi dan set yang telah dipilih. Kemudian perisian akan menunggu respon daripada pengguna. Dalam bahagian respon ini, perisian akan membenarkan pengguna melakukan mana-mana langkah berikut: i). Jawab soalan berkenaan ii). Pilih soalan lain iii). Pilih set soalan lain dalam latih tubi yang sama iv). Pilih latih tubi dan set soalan yang lain v). mendapatkan bantuan segera di mana satu teknik penyelesaian yang unik akan dipaparkan atau vi). Semak jawapan. Langkah-langkah i) - vi) dapat dilakukan berulangkali mengikut kehendak dan keperluan pengguna. Dengan ini, pengguna akan mengawal proses pembelajaran masing-masing. Selepas itu, apabila pengguna sudah selesai menjawab soalan dari sesuatu set dari mana-mana latih tubi maka perisian boleh menyediakan satu laporan penilaian prestasi. Bentuk laporan dan perkara-perkara yang akan dinyatakan adalah seperti dalam LAMPIRAN. Laporan penilaian begini memerlukan kemahiran "artificial intelligent" diintegrasikan dalam perisian. Akhir sekali, apabila pengguna ingin berhenti, perisian membenarkannya berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja. Di samping itu, perisian ini akan merekodkan skor yang diperolehi oleh pengguna disepanjang masa penggunaannya dan pencapaian sepuluh pengguna yang mendapat markah tertinggi berserta nama pengguna akan disimpan. Selain daripada itu, perisian ini mempunyai ciri "Bookmark" yang akan mengekalkan jawapan pada ruangan jawapan sehingga pengguna ingin memadamkannya. Dengan ini, pengguna boleh berhenti dan menyambung semula sesuatu set soalan dengan soalan-soalan yang terjawab dikekalkan pada bila-bila masa.Reka Bentuk Penilaian Kajian ini adalah merupakan pembangunan dan penilaian reka bentuk perisian PPBK latih tubi Matematik bagi tajuk Nombor Negatif Tingkatan 1. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan keratan lintang (Cross Sectional) yang dijalankan ke atas sekumpulan guru Matematik. Kajian ini hanya dijalankan di lima buah Sekolah Menengah di Daerah Sepang, Negeri Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru Matematik. Pensampelan dijalankan secara rawak mudah. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk menilai reka bentuk perisian PPBK latih tubi dari aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis dijalankan dan nilai pekali Alpha Cronbach secara keseluruhan ialah

Page 7: perisianppbkoum

0.7896. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach mengikut konstruk ialah 0.7059 bagi konstruk isi kandungan, 0.6202 bagi konstruk pedagogi dan 0.6243 bagi konstruk teknikal. Walaupun tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang boleh digunakan bagi mengukur sesuatu alat ukur, pekali 129kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 sering digunakan (Mohd. Majid 1998). Oleh itu, soal selidik kajian ini boleh digunakan bagi mengukur objektif-objektif kajian ini.DAPATAN KAJIAN Persoalan kajian: Sejauhmanakah reka bentuk aspek isi kandungan perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif ? Hasil kajian menunjukkan seramai 78 orang guru (97.50%) menyatakan bahawa objektif umum perlu disediakan. Manakala, 79 orang guru (98.75%) menyatakan bahawa objektif khusus perlu disediakan. Seterusnya, seramai 79 orang guru (98.75%) menyatakan bahawa susunan aktiviti seharusnya mengambilkira kepelbagaian kebolehan kognitif. Kemudian, bagi soalan-soalan latih tubi 1 (Set 1 & Set 2) dan pilihan jawapan (A, B, C & D) yang disediakan, hasil kajian menunjukkan seramai 78 orang guru (97.50%) menyatakan kesesuaiannya untuk kegunaan pembelajaran Masteri bagi tajuk Nombor Negatif di kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, hasil kajian ke atas konstruk isi kandungan reka bentuk perisian latih tubi Matematik memberikan nilai min dari 4.18 hingga 4.74. Ini menunjukkan bahawa min bagi konstruk isi kandungan melebihi 4.00. Nilai ini terletak di antara skala setuju dan sangat setuju. Oleh itu, reka bentuk aspek isi kandungan perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif. Persoalan kajian: Sejauhmanakah reka bentuk aspek pedagogi perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif ? Hasil kajian menunjukkan 68 orang guru (85.00%) menyatakan bahawa pengedaran perisian dalam bentuk cd-rom membolehkan pengguna mengalami pembelajaran di luar sekolah. Kemudian, seramai 68 orang guru (85.00%) juga menyatakan bahawa pengedaran perisian dalam bentuk cd-rom membolehkan pengguna mengalami pembelajaran tanpa kongkongan masa. Di samping itu, bagi item pengguna seharusnya boleh kembali ke mana-mana soalan bagi proses pengamatan pembelajaran didapati 79 orang guru (98.75%) menyatakan persetujuan. Namun begitu, bagi item pengguna seharusnya boleh jawab soalan tanpa kongkongan masa didapati hanya 50 orang guru (62.50%) menyatakan persetujuan.Seterusnya, 79 orang guru (98.75%) menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan

Page 8: perisianppbkoum

dalam perisian seharusnya akses kendiri. Kemudian, 78 orang guru (97.50%) menyatakan bahawa perisian seharusnya membolehkan pengguna bebas meneroka. Di samping itu, 70 orang guru (87.50%) menyatakan bahawa Nilai "Berdikari" dapat diterapkan menerusi kemampuan perisian membenarkan pengguna mengendalikan perisian secara kendiri. Justeru, bagi item pengguna seharusnya bebas mengulangi soalan berulangkali didapati 75 orang guru (93.75%) menyatakan persetujuan. Sungguhpun begitu, namun bagi item pengguna seharusnya bebas memilih soalan menunjukkan hanya 59 orang guru (73.75%) menyatakan persetujuan. Di samping itu, kesemua 80 orang guru (100.0%) menyatakan bahawa kedua-dua item iaitu arahan dalam perisian seharusnya mudah diikuti dan paparan skrin perisian seharusnya tidak celaru. Manakala, 75 orang guru (93.8%) menyatakan bahawa kedudukan ikon-ikon seharusnya tidak celaru dalam perisian. Secara keseluruhannya, hasil kajian ke atas konstruk teknikal reka bentuk perisian latih tubi Matematik memberikan nilai min dari 4.05 hingga 4.81. Ini menunjukkan bahawa nilai min bagi konstruk pedagogi melebihi 4.00. Nilai ini terletak di antara skala setuju dan sangat setuju. Oleh itu, reka bentuk aspek teknikal perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif kecuali bagi item 17 dan item 25. Ini adalah kerana bagi item 17 serta item 25, nilai min ialah 3.56 dan 3.97 masing-masing. Justeru, nilai min bagi kedua-dua item ini kurang daripada 4.00. Nilai ini terletak di antara skala sangat tidak setuju dan tidak pasti. Persoalan kajian: Sejauhmanakah penilaian reka bentuk perisian PPBK latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal?Hasil dapatan nilai min keseluruhan aspek reka bentuk isi kandungan, aspek reka bentuk pedagogi dan aspek teknikal ialah 4.42, 4.34 dan 4.31 masing-masing. Ini bermakna min keseluruhan aspek-aspek itu memberikan nilai min dari 4.31 hingga 4.42. Justeru, nilai min keseluruhan bagi reka bentuk perisian latih tubi ini melebihi 4.00 dan nilai ini terletak di antara skala setuju dan sangat setuju. Oleh itu, reka bentuk perisian latih tubi ini sesuai dalam 132menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif. PERBINCANGAN Penilaian Reka Bentuk Perisian Latih Tubi Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa reka bentuk perisian latih tubi

Page 9: perisianppbkoum

Matematik ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif. Ini menunjukkan bahawa pengintegrasian tiga teori dan tiga strategi pembelajaran serta strategi penerapan nilai-nilai murni menerusi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal membolehkan pengwujudan suasana dan persekitaran pembelajaran masteri berbantu komputer. Dapatan ini disokong oleh pendapat Bennett dan Brennan (1996) yang mengkaji penggunaan perisian PPBK berasaskan multimedia dengan reka bentuk minimalist. Dalam reka bentuk PPBK mereka mencadangkan supaya pertimbangkan bukan hanya kepada teori- teori pembelajaran tetapi juga kepada persekitaran di mana pembelajaran itu mengambil tempat. Seterusnya, Jonassen et al. (1994) menyatakan bahawa media tidak seharusnya difokus hanya terhadap peranan media berkenaan tetapi juga terhadap proses pembelajaran dan jenis persekitaran pembelajaran.RUMUSAN Walaupun perisian latih tubi merupakan cara paling berkesan untuk menghasilkan objektif pembelajaran memperbaiki kemahiran memori hafal (rote memory), tetapi trend pendidikan kini mempersoalkan nilai pembelajaran rote yang dipromosikan melalui perisian begini (Morrison et. al. 1999). Jadi, jika kita perlu mengubah pandangan kita terhadap perisian latih tubi dari sebagai satu media yang menyampaikan arahan sahaja kepada satu alat untuk menyelesaikan masalah- masalah. Justeru, reka bentuk perisian latih tubi yang lebih efektif daripada buku teks mahupun latih tubi yang dikendalikan oleh guru perlu dihasilkan. 133Dalam reka bentuk perisian latih tubi Matematik bagi tajuk Nombor Negatif ini, pengkaji telah mengintegrasikan tiga teori pembelajaran, tiga strategi pembelajaran dan strategi penerapan nilai murni dalam usaha mewujudkan suasana Pembelajaran Masteri berbantu komputer. Ini dapat dilaksanakan dengan mengambilkira aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal semasa reka bentuk perisian latih tubi ini. Oleh itu, diharapkan reka bentuk latih tubi Matematik yang telah dibincangkan akan mempengaruhi penggunaan PPBK latih tubi dan PPBK akan mempengaruhi pembentukan semula pendidikan.

Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rashid Johar. 2000. Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Banting: AJM Publishing Enterprise. Jonassen, D.H., Campbell, J.P., & Davidson, M.E. 1994. Learning with media: Restructuring the debate. Educational Technology Research & Development 42(2): 31-39. 135Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Hj. Ismail, Shahidah Ibrahim & Rosnaini Hj

Page 10: perisianppbkoum

Mahmud. 2001. Penilaian teknologi instructional terhadap perisian multimedia bagi matapelajaran Biologi tingkatan 4 menggunakan program Makromedia Flash 5.0. Kertas kerja prosiding teknologi pendidikan kali ke- 14: Kepelbagaian dalam teknologi instructional, isu dan cabaran. Hotel Goldcourse, Kelang, 11-14 September. Mohd. Majid Kontig. 1998. Kaedah penyelidikan pendidikan. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Morrison, G.R, Lowther, D.L. & DeMeulle, L. 1999. Intergrating computer technology into the classroom. New Jersey: Prentice Hall. Ow Kam Weng. 2000. Pembelajaran tajuk sistem pengangkutan dalam manusia sains KBSM Tingkatan Dua melalui laman web. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.Bangi. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001a. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit Komputer Dalam Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001b. Pembelajaran masteri. Kementerian Pendidikan Malaysia. Rees, K. 1995. Design issues in computer-based education. Australian Journal of Educational Technology 11(1): 28-35 (atas talian) http://www.ascilite.org.au/ajet/ajet11/rees.html (21 Februari 2003). Sommerville, I. 2001. Software engineering. Ed. ke-6. England: Pearson Education Limited.

Sila rujuk Topik 9 dalam modul HBEF2303 untuk mendapatkan maklumat tentangkriteria penilaian kursus perisian.b. Huraian anda untuk setiap kursus perisian hendaklah disertakan dengan beberapaimej tangkapan perisian kursus (captured images of the courseware) supaya dapatmemberi gambaran yang jelas tentang fungsi perisian kursus itu. Imej bolehditangkap (captured) dengan menggunakan perisian freeware Gadwin Printscreen.Perisian tangkapan imej dalam bentuk freeware boleh dimuat turun daripada halamanweb berikut:http://www.gadwin.com/printscreen/c. Semua perisian kursus yang dimuat turun hendaklah disimpan dalam CD untukdiserahkan bersama dengan tugasan.d. Pelajar boleh berbincang dengan tutor untuk menetapkan format rancangan mengajaryang sesuai.e. Pelajar mungkin boleh melayari laman-laman Web berikut untuk mencari perisianpendidikan yang sesuai. Walau bagaimana pun, pelajar juga digalakkan menerokaiperisian kursus yang berfaedah dengan menggunakan search engines seperti Google,AltaVista, Lycos dan sebagainya.• http://www.educational-freeware.com/• http://freeware.intrastar.net/education.htm• http://www.prospector.cz/Freeware/Education-and-Science/• http://www.user.shentel.net/rbowman/files/myfree.htmPANDUAN TUTOR/ PENSYARAH1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar dalam hal penyediaantugasan mereka. Aspek-aspek yang dapat dibimbing termasuk:• Format laporan penilaian perisian kursus• Format yang sesuai bagi rancangan mengajar.Cara yang berkesan untuk mencari perisian kursus dengan search engines.2. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaanPenulisan.

Page 11: perisianppbkoum

3. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.4. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah danmemasukkan markah ke dalam OMES.4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.

సు�మారు� ఒక సు�వత్స�రు� క్రి త్స�Perisian kursus bagi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) boleh dikategorikankepada jenis-jenis yang berikut:• Tutorial• Latih-tubi• Permainan• Tunjuk cara• Simulasi• Ujian1. Bagi setiap kategori di atas, anda dikehendaki menerokai Laman Web untuk mencariserta memuat turunkan satu perisian kursus berbentuk PPBK yang berkaitan denganbidang anda. Untuk setiap perisian PPBK yang anda peroleh, anda dikehendakimenilai kesesuaian perisian kursus itu sebagai alat bantu pengajaran-pembelajaran.Huraian penilaian anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut:(a) Jenis kategori perisian kursus(b) Tujuan perisian kursus(c) Huraian tentang fungsi dan kegunaan perisian kursus yang dipilih dalampengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pilihan anda.(d) Huraian tentang kekuatan dan kelemahan dari segi aspek-aspek berikut:i. isi kandungan (ketepatan, kesesuaian dan skop)ii. aspek teknikal (Navigasi, ciri-ciri penyimpanan rekod, persembahandan kualiti)iii. Dokumentasi (sokongan teknikal dan panduan pengguna)( 15 markah)2. Sediakan satu rancangan mengajar (Rancangan Pengajaran Harian) yang lengkapuntuk satu waktu pengajaran yang bertempoh 1 jam dalam mana-mana satu matapelajaran pilihan anda. Persediaan mengajar itu hendaklah mengintegrasikanJENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, kita perlu melihat kepada fungsi danobjektif PPBK serta kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam bahagian ini,kita akan membincangkan tentang enam jenis PPBK iaitu:

Latih TubiLatih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan untuk menilai pemahamanpelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih tubi,pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum balasberdasarkan jawapan mereka.Alessi & Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yangsesuai digunakan dalam latih tubi. Berikut adalah caranya:(a) Pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalan-soalansecara rawak.(b) Tersusun di mana soalan di susun mengikut suatu susunan yangditentukan terlebih dahulu.(c) Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan,soalan-soalan yang dijawab dengan salah di susun semula dan di berikansemula kepada pelajar. Proses ini berterusan sehingga pelajar menjawabke semua soalan dengan betul.

Anda mungkin berpendapat bahawa latih tubi tidak menggunakan sepenuhnyakemampuan komputer. Sebenarnya, ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti:(a) PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisiankursus mengikut kesesuaian.(b) Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan

Page 12: perisianppbkoum

melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagianseterusnya.(c) Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasidan memberi maklum balas.

TutorialTutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkanbahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yangtersusun (Alessi & Trollip, 1991). PPBK jenis ini bertindak sebagai tutor yangmenyampaikan pengajaran. Tutorial yang dibangunkan dengan baikmembolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktivitipembelajaran mereka.

Tutorial juga digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990). Ianya juga dapatdigunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah (Alessi & Trollip, 1985)dan untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Ini semuadilakukan dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks.

Rajah 8.4 menunjukkan struktur tutorial secara amnya.

Tutorial bermula dengan bahagian pengenalan yang menerangkan kepadapelajar tentang perisian kursus yang digunakan termasuk objektif pembelajaran.Ini diikuti dengan persembahan bahan pengajaran. Seterusnya pelajar diuji samaada mereka telah menguasai pengajaran yang disampaikan. Bergantung kepadarespons pelajar, perisian kursus akan sama ada menyampaikan maklumatseterusnya atau memberi maklum balas atau melakukan proses pemulihan. Diakhir tutorial, pelajar akan diberitahu tentang pencapaian mereka dan maklumattentang penggunaan perisian kursus tersebut.

Tutorial membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan masing-masing.Pelajar yang cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat manakala pelajarlemah pula dibimbing melalui pemulihan (Alessi & Trollip, 1991). Di mana perlu,pelajar boleh mengulangi pelajaran sekerap yang diingini sehingga merekamemahami sepenuhnya kandungan pelajaran yang disampaikan.

PermainanPermainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainanmenggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajardan untuk menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan.Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainandalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuaidengan objektif pengajaran.

MacFarlane & Sparrowhawk (2002) juga telah menjalankan kajian terhadapkesan penggunaan permainan dalam pengajaran dengan menggunakan TheSims, Sim City 3000 dan beberapa lagi permainan. Kajian mereka mendapatibahawa guru-guru berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran didalam permainan adalah sesuai dengan kandungan kurikulum, tahappembelajaran pelajar adalah rendah. Walau bagaimanapun, dapatan positif telahdiperolehi dari segi:(a) Penyelesaian masalah;(b) Daya ingatan;(c) Semangat kerjasama di kalangan pelajar;

Page 13: perisianppbkoum

(d) Komunikasi antara pelajar; dan(e) Hormat-menghormati di antara pelajar.

SimulasiThomas & Milligan (2004) mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atausistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumattentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.

Jika digunakan sebelum menghadapi keadaan sebenar, simulasi memberi pelajarpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahamikesan suatu tindakan terhadap suatu sistem atau keadaan sebelum menghadapikeadaan sebenar

Eksperimen-eksperimen sains yang berbahaya yang melibatkan bahan-bahanradioaktif, bahan mudah terbakar dan bahan beracun sesuai dilakukan melaluisimulasi komputer sebelum eksperimen sebenar dilakukan.Penggunaan simulasi selepas suatu pengajaran akan mengukuhkan pemahamanpelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mereka mungkinperolehi semasa pembelajaran sebenar.

Sebagai contoh, dalam pembelajaran mengenai graf, selepas pembelajaran dikelas, pelajar boleh mengukuhkan lagi pemahaman mereka denganmenggunakan komputer untuk melukis graf dan melihat kesan perubahan padagraf tersebut apabila suatu pemboleh ubah diubah.

Tunjuk CaraTunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepadapelajar suatu prosedur. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajarmemahami suatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Iajuga sesuai digunakan untuk memahami suatu prosedur yang tidak boleh atautidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan,merbahaya atau terlalu kompleks.

Kaedah tunjuk cara boleh menggunakan beberapa siri gambar, simulasi atauanimasi. Dalam PPBK, pelajar biasanya diberikan peluang untuk melakukanprosedur tersebut secara interaktif. Latihan ini boleh dilakukan berulang kalisehingga mereka mahir dan lebih yakin apabila melakukan prosedur tersebutdalam keadaan sebenar.

UjianPPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajardengan cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benarsalahdan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentukayat atau karangan jarang digunakan.

Kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan mendapat maklum balas terhadappencapaian mereka dengan serta merta. Dalam ujian diagnostik, ia dapatmemaklumkan kepada pelajar dan guru kelemahan-kelemahan pelajar agar gurudapat merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.Berbeza dengan ujian, latih tubi dikendalikan sendiri oleh pelajar untuk menilaidiri mereka sendiri pemahaman mereka terhadap suatu pembelajaran.Ujian pula dikendalikan dalam situasi yang lebih terkawal. Maklumat yang diperoleh

Page 14: perisianppbkoum

hasil daripada ujian ini digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian pelajardan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PANDUAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Menyentuh tentang peranan guru sebagai pendidik dan pembentuk peribadi pelajar yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual, maka guru perlulah bertindak sebagai pemudah cara dalam penyampaian dan pemindahan ilmu. Apatah lagi bagi memupuk dan mengekalkan minat pelajar secara berterusan dalam proses P&P berkenaan. Oleh demikian, PPBK dilihat sebagai media atau pengantara dalam pendidikan yang mampu meransang dan menambah keberkesanan sesebuah proses P&P.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) didefinisikan sebagai penggunaan komputer untuk mengajar dalam bentuk tutorial, latih tubi, simulasi dan juga penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz dan sebagainya. Ia juga membawa maksud pengajaran yang dibantu komputer. Ini tidak bermakna bahawa komputer yang mengajar pelajar, sebaliknya guru menggunakan komputer semaksimum mungkin sebagai alat penyampaian pengajarannya. Oleh itu, PPBK hanyalah sebagai satu teknik untuk menggabungkan kelebihan guru dengan penggunaan komputer sebagai suatu medium atau alat bantu mengajar. (Nurul Najwa Ramli, 2004)

Namun, apa yang penting, guru-guru yang mengunakan komputer dalam sesi P&P perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran. Keupayaan dan kemahiran penggunaan komputer iaitu kebolehan memahami dan mengetahui perkara-perkara yang bersangkutan dengan komputer sama ada dari segi perkakasan asas, alatan sokongan, cara penggunaan, teori pengajaran serta cara mengaplikasikannya dalam P&P. Keupayaan mereka dalam penggunaan komputer dalam aktiviti-aktiviti menaip rumi dan jawi, menyimpan, menganalisis, menyediakan bahan bantu mengajar, membina perisian, mengakses maklumat dari internet, menggunakan audio dan video sama ada dalam bentuk CD ROM atau rakaman dan mencetak semua bahan yang berkaitan dgan bidang penddikan jg dikaitkan dgan kemampuan ini. (Mohd Hang Tuah Ismail, 2005).

Menurut Lee Ong Kim (1999) pula, dalam Mohd Hang Tuah Ismail, 2005 kemahiran-kemahiran asas tersebut ialah pertama; kemahiran dalam menggunakan hamparan kerja untuk data dan analisis yang mudah menghidupkan komputer dan memulakan operasi perisian yang hendak digunakan. Kedua; kemahiran berinteraksi dengan papan kekunci dan memegang serta menggerakkan tetikus. Ketiga; Beralih dari satu bahagian ke satu bahagian lain dalam perisian itu. Keempat; menggunakan pelbagai perintah dalam windows. Kelima; mengakses kepada internet. Enam; Menggunakan enjin carian untuk mencari bahan yang diperlukan. Tujuh; mencetak bahan untuk mendapat salinan bercetak. Lapan; menghantar dan menerima surat elektronik (e-mail). Sembilan; menyimpan dokumen pemprosesan perkataan dalam bentuk fail. Sepuluh; mencipta direktori dan sub-direktori. Sebelas; mendapat balik fail-fail yang telah disimpan. Dua belas; membuat salinan keseluruhan atau sebahagian dokumen. Akhirnya yang ketiga belas; menggunakan satu pengkalan data yang mudah

Dalam sesi pembelajaran pula, terdapat beberapa jenis pembelajaran yang berbantukan komputer iaitu latih tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Perisian latih tubi merupakan program yang membantu pelajar mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau menjawab soalan-soalan dan menyediakan jawapan yang betul. Dengan menggunakan perisian ini seperti buku kerja elektronik, membolehkan pelajar mengukuh dan mengulang kaji pelajaran. Ini ekoran komputer dapat memberi maklum balas yang sesuai kepada jawapan pelajar dan komputer juga dapat menilai pencapaian pelajar. (Abd. Ghafar Md Din, 2003) 

Perisian tutorial pula bertindak sebagai tutor, iaitu menyediakan segala maklumat dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang perlu diketahui dan dikuasai oleh para pelajar. Perisian tutorial ini mengajar penggunanya dan kemudian menyoal semula apa yang telah disampaikan. Komputer dapat menganalisis tahap pencapaian pelajar. Pelajar yang mencapai tahap yang memuaskan akan diberi pilihan untuk meneruskan pembelajaran dengan bahan yang lebih sukar. Pelajar yang rendah tahap pencapaiannya akan diminta mengulangi pelajaran sehingga

Page 15: perisianppbkoum

pelajar tersebut mencapai tahap yang diperlukan. (Abd. Ghafar Md Din, 2003) 

Berbeza pula dengan perisian simulasi yang menyerupai fenomena sebenar atau imaginasi untuk memperlihatkan bagaimana fenomena sebenar atau imaginasi itu berfungsi atau bertindak. Komputer akan memaparkan fenomena itu dalam bentuk visual beserta penjelasan. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer, seperti membuat analisis, memberi keputusan atau bertindak untuk mendapat suatu fenomena baru. Perisian simulasi merangkumi teks, grafik, animasi dan bunyi. (Abd. Ghafar Md Din, 2003). Sebagai contoh perisian multimedia Al-Quran. Perisian ini mempamerkan teks al-Quran dalam resam Uthmani yang lengkap dengan tanda barisnya, di samping audio bacaan dari qari-qari terkenal.( Hj. Abd Ghani & Norhashimi Saad, 1997 )

Pembelajaran berbantukan komputer juga terdapat dalam bentuk perisian permainan. Ia direka bagi meningkatkan motivasi pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti permainan yang boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Program ini biasanya berbentuk aktiviti latih tubi atau simulasi. Perisian permainan ini merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi dalam bentuk permainan.

Manakala perisian penyelesaian masalah pula ialah satu perisian yang mengajar secara langsung melalui huraian atau latihan langkah-langkah dalam mengatasi masalah. Program ini juga membantu pelajar memperoleh kemahiran-kemahiran mengatasi masalah dengan memberi pelajar peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada peringkat awal pelajar perlu mengenal pasti masalah dan apa yang perlu dilakukan. Pelajar kemudian perlu merancang strategi yang sesuai dan mendapatkan maklumat tentang strategi yang boleh diambil. Langkah terakhir ialah pelajar perlu mencuba salah satu strategi sehingga berjaya menyelesaikan masalah tersebut. ( Hj. Abd Ghani & Norhashimi Saad, 1997 ) Rumusannya, pembelajaran berbantukan komputer dalam Pendidikan Islam wajar diaplikasikan secara meluas agar mutu P&P Pendidikan Islam dapat dipertingkatkan lagi.

KAEDAH KOPERATIF,,TUTORIAL,,PENEROKAAN,,APLIKASI,,KOMUNIKASI,,LATIH TUBI,,PERMAINAN,,SIMULASI

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari  tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.

b. saling berinteraksi secara bersemuka,

Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

Page 16: perisianppbkoum

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

d. kemahiran koperatif

e. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji samaada  semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

 TutorialDidalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, kaedah  tutorial

digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

 Kaedah  tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.

Kaedah  tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah ia dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru.  Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.       Penerokaan

Kaedah penerokaan ialah kaedah  yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet.

Page 17: perisianppbkoum

Keadah penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjuk cara dibawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem.

Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara.Kaedah penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar  melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

 AplikasiKaedah aplikasi dalam pembelajaran yang beteraskan TMK digunakan

sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar   melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain.

Kaedah  aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi. Contohnya dalam  memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data.

Kaedah  aplikasi memberi kebaikan kepada pelajar dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam pekerjaan kelak.

KomunikasiKaedah  komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan

sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video Conference dan laman web.

Keadah  komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Seperti kaedah  yang lain, kaedah  komunikasi juga mempunyai kebaikan tersendiri. Antara kebaikan dalam kaedah  komunikasi ialah memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.

Page 18: perisianppbkoum

Latihtubi (Drill and Practice) Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan pengukuhan. Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Proses latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari. Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papankekunci. 

 Permainan Pendidikan (Educational Games) Keadah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. Permainan pendidikan dalam PPBK adalah permainan yang berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah para pengguna dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan merangsang pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Dengan ini ia membantu pelajar melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan PPBK yang berasaskan simulasi dan latihtubi boleh juga disampaikan melalui permainan. Permainan yang baik seharusnya mampu untuk mengasah pemikiran yang kreatif kerana dalam sesi permainan, pelajar akan cuba membuat keputusan berdasarkan syarat, logik dan hukum tetentu. Situasi ini juga dapat mencabar motivasi pelajar.

Simulasi (Simulation)Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sains tentang tajuk meosis, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan proses meosis. Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa dan kos-kos yang tidak perlu dapat dielakkan. Apa yang penting, pengguna simulasi dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media

Page 19: perisianppbkoum

teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet.

Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

Guru-guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran. Dengan ini, guru-guru dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

RANAN GURU DALAM PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(a) Motivasi(b) Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran(c) Meningkatkan produktiviti guru(d) Keupayaan pengurusan pembelajaran murid(e) Merupakan kemahiran yang diperlukan untuk era maklumat

3. Kesan Penggunaan TMK

(a) boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk(b) lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial(c) boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang kompleks(d) mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri

Page 20: perisianppbkoum

(e) mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain(f) boleh berkerja secara kolaboratif, dan(g) lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.

1.7 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Definisi PPBK Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis,1989). Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi dan penyelesain masalah( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ). Latihtubi Perisian kursus berciri latihtubi menawarkan latihan kemahiran yang telah pun dipelajari. Perisian kursus ini boleh digunakan oleh pelajar untuk aktiviti menambah kemahiran. Pelajar diberi soalan satu lepas satu untuk melatih kemahirannya dalam sesuatu konsep. Konsep ini mungkin berkaitan dengan fakta-fakta dalam sesuatu subjek dan sangat sesuai untuk ulangkaji bagi pelajar yang lemah. Pelajar diberi soalan dan memberi jawapan dan komputer kemudian akan memberi maklum balas kepada setiap jawapan pelajar. PPBK latih tubi sesuai digunakan selepas guru mengajar sesuatu konsep. Tutorial Tutorial mengajar sesuatu konsep. Ini kemudiannya diikuti dengan soalansoalan yang interaktif tentang konsep yang dipelajari. Tutorial mengajar konsep sama seperti pengajaran tradisional. Hanya pelajar berinteraksi dengan komputer dan bukannya guru. Simulasi Program simulasi memberi suasana yang menyerupai keadaan dan fenomena sebenar dalam dunia luar. Komputer akan memberikan satu visual atau penjelasan . Ia boleh menukar beberapa factor dalam situasi tersebut dan melihat kesannya. Pelajar diminta menganalisis, membuat keputusan dan bertindak untuk mendapatkan sebuah situasi baru. Program simulasi ini sangat memotivasikan pelajar kerana mereka sentiasa berinteraksi secara spontan dengan komputer. 1 - 40 Permainan Permainan merupakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mengikut satu peraturan dan biasanya membawa kepada kemenangan. Permainan melibatkan pelajar menggunakan kemahiran fizikal, mental dan sosial.

Page 21: perisianppbkoum

Permaian perlu diintegrasikan dengan kurikulum sekolah. Berbagai-bagai situasi pembelajaran boleh diwujudkan dalam bentuk permainan asalkan ia tidak terlalu mengasyik dan melalaikan pelajar sehingga mendatangkan kesan negatif Penyelesaian masalah Program ini melibatkan pelajar untuk mencarikan jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah yang diberikan. Ia adalah seperti simulasi dengan proses kognitif yang tinggi seperti pemikiran logik dan kritikal serta penaakulan diperlukan. Pelajar diberi masalah untuk diselesaikan.

Pembangunan Perisian Kursus  Pendidikan

 

1.2.1      Definisi

 

 Perisian kursus pendidikan ialah bahan atau modul pembelajan yang dihasilkan 

 menggunakan program komputer tertentu. Pada masa kini ia telah dihasilkan dalam  

 bentuk cd dan dvd agar mudah digunakan oleh guru dan pelajar.

 

Contoh Kandungan yang terdapat dalam perisian pendidikan yang dihasilkan oleh BTP adalah seperti berikut :

 

Matapelajaran : Sains

Judul : Daya Dan Gerakan

Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah (Tahun Enam)

Sinopsis : Perisian ini memuatkan kandungan mata pelajaran sains sekolah rendah, tahun enam tentang tema menyiasat alam fizikal. Isi kandungannya mencakupi konsep daya, kesan daya, daya geseran, dan kelajuan. Unsur-unsur kemahiran proses sains serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga diserapkan dalam perisian ini.

Perisian kursus multimedia interaktif mula dibangunkan pada tahun 1977 oleh BTP.

Semua perisian yang dibangunkan adalah bersifat recourse based berdasarkan kurikulum dan bertujuan membantu pelajar dalam aspek pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, Pendidikan Agama Islam, dan Kajian Tempatan.

Pada tahun 2000, penerbitan 100 judul CDRI meliputi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Sains Kemasyarakatan.

Bagi kategori Perisian Pendidikan, PRODUK YANG DIHASILKAN ialah :

1. Perisian Kursus Pendidikan (CDRI)

2. Cakera Padat Video Pendidikan (VCD)

Page 22: perisianppbkoum

3. Cakera Padat Audio Pendidikan (CD Audio)

4. Bahan Bercetak :

1. Buku Sumber Maklumat Perisian Kursus Pendidikan

2. Buku Panduan Guru

3. Direktori Perisian Kursus Pendidikan 

1.2.2  Proses reka bentuk pengajaran (Instructional Technology)

Apakah Reka bentuk Pengajan (RP)?

 Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

 

Richey (1986) pula medefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.

 

Keseluruhannya model Rekabentuk Pengajaran mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu :

 

a) menentukan keperluan pelajar

 

b) menentukan matlamat  dan objektif

 

c) membina prosedur penilaian

 

d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

 

e) mencuba sistem pengajaran

 

f) menilai keseluruhan sistem

 

PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa

Page 23: perisianppbkoum

mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri.DEFINISIAntara ketiga-tiga istilah (pengujian, pengukuran dan penilaian) berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.PengujianMenurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan

perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang

dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan

dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah

1991:2)”

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaanberapa baguskah prestasi murid yang diuji.Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.PenilaianPenilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Page 24: perisianppbkoum

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukurpencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILAIANSecara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri. Selain itu tujuan-tujuan lainnya ialah :

1. Sebagai penggerak / motivasi

Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya ujian, murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan murid-murid di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai terhadap objektif-objektif itu.

Page 25: perisianppbkoum

Juga memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa manusia perlu hidup dalam keadaan berharmoni dengan alam sekitarnya dan membina serta memupuk kemahiran murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari semasa ke semasa.setereusnya untuk merangsangkan murid supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS (penilaian kemajuan berasaskan sekolah).2. Sebagai alat mencari punca kelemahan

Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran. Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan.Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang deperolehi dari PKBS.Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.3. Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback)

Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya.Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-

Page 26: perisianppbkoum

anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.4. Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (PSR), Tingkatan 3 (PMB) dan Tingkatan 5 (‘O’ Level) adalah bertujuan untukmenentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah murid-murid atau pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah atau pengiktirafan (hadiah Brunei shell) kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.5. Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar

Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya mengadakan penilaian dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah murid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di dalam bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku.Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan

Page 27: perisianppbkoum

pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid berkenaan.. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, murid-murid yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan.6. Bagi pensijilan atau pengkelasan

Murid-murid di peringkat PSR, PMB dan peringkat ‘O’ akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, adalah jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil tersebut bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan tersebut.Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan universiti juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya.7. Bagi membuat ramalanUntuk meramalkan kejayaan murid pada masa akan dating atau sebagai alat prediksi. Penilaian bertujuan untuk mendapatkan informasi yang dapat memprediksi bagaimana kerja peserta didik pada jenjang pendidikan berikutnya atau dalam pekerjaan yang sesuai.Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu kursus atau latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan seperti Ujian Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak politeknik setempat, ujian kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk memilih para jurutera (penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Angkatan Tentera semasa memilih para pelatih juruteknik dan sebagainya.Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan murid.Contoh dari penilaian ini adalah ujian bakat skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian prognostik akan digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat bantu mengajar.8. Bagi membuat klasifikasi

Sebagai grading, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan kedudukan hasil kerja peserta didik dibandingkan dengan peserta didik lain. Kerana itu, fungsi penilaian untuk grading ini cenderung membandingkan anak dengan anak yang lain sehingga lebih mengacu kepada penilaian acuan norma (norm-referenced assessment), prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sederhana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam Kumpulan D atau untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran

Page 28: perisianppbkoum

sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.Oleh itu guru boleh menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan murid-murid mengikut prestasi masing-masing.9. Pemilihan

Keputusan penilaian sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih murid-murid ke jurusan-jurusan pendidikan yang sesuai dan sebagai asas untuk murid memilih pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan yang telah dipilihnya atau mengikut kepandaiannya.Juga sebagai alat seleksi, penilaian ditujukan untuk memisahkan antara peserta didik yang masuk dalam kategori tertentu dan yang tidak. Peserta didik yang boleh masuk sekolah tertentu atau yang tidak boleh. Dalam hal ini, fungsi penilaian untuk menentukan seseorang dapat masuk atau tidak di sekolah tertentu.Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua murid dapat dipilih serta dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan yang berbeza, wajar bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan masing-masing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza. Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.10. Penyelidikan

Dalam satu-satu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada berbagai-bagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh dari ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian-kajian mereka.

KESIMPULANDari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat tingkat penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan peranan utama dalam penilaian.Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung atau tak langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses pembelajaran. Untuk menilai sejauhmana siswa telah menguasai beragam kompetensi, tentu saja berbagai jenis penilaian perlu diberikan sesuai dengan kompetensi yang akan dinilai, seperti unjuk kerja (performance), penugasan (projek), hasil karya (produk), kumpulan hasil kerja siswa (portofolio), dan penilaian bertulis (paper and pencil test). Jadi, tujuan penilaian adalah memberikan masukan informasi secara komprehensif tentang hasil belajar peserta didik, baik dilihat ketika saat kegiatan pembelajaran berlangsung mahupun dilihat dari hasil

Page 29: perisianppbkoum

akhirnya, dengan menggunakan berbagai cara penilaian sesuai dengan kompetensi yang diharapkan dapat dicapai peserta didik.

Bibliografi Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din &

Mohamad Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti. Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku

Penduan : Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

 Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

 Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab Perguruan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

 Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.