perisian sumber terbuka / open source software

11
Perisian Sumber Terbuka / Open Source Software NAMA AHLI KUMPULAN: SANTINIUS SAKIRI 06PTK08F1045 MUHD. ALIFF BIN KHAIDZIR 06PTK08F1049

Upload: wood

Post on 15-Jan-2016

83 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Perisian Sumber Terbuka / Open Source Software. NAMA AHLI KUMPULAN: SANTINIUS SAKIRI 06PTK08F1045 MUHD. ALIFF BIN KHAIDZIR 06PTK08F1049. Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Perisian Sumber Terbuka / Open Source Software

NAMA AHLI KUMPULAN:

SANTINIUS SAKIRI 06PTK08F1045

MUHD. ALIFF BIN KHAIDZIR 06PTK08F1049

Pengenalan

Sumber terbuka bermakna sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Definisi

Perisian sumber terbuka atau Open Source adalah perisian yang kod-kod sumbernya boleh dikongsikan bersama tanpa ikatan hakcipta yang ketat.

Secara ringkasnya kod-kod dan perisian sumber terbuka boleh dimiliki, dilihat, diubah dan disebarkan semula kepada umum asalkan ia mematuhi hakcipta asal sumber terbuka.

Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria iaitu:

Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya.

Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya.

Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama.

Tidak perlu berkongsi segala pembaharuan yang dilakukan terhadap kod sumber perisian bagi kegunaan dalam organisasi.

Ini bermakna hanya perlu berkongsi kod sumber berkenaan jika ia diedarkan di luar organisasi atau persendirian.

Perisian yang diterbitkan mengikut Lesen Umum tidak boleh ditarik balik.

Lesen Umum adalah tetap dan memiliki nilai pada undang-undang, terutamanya jika diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Syarikat atau individu hanya boleh mengenakan bayaran kepada pihak lain jika mereka menyediakan nilai tambah kepada perisian berkenaan atau perkhidmatan sokongan kepada perisian itu.

Aplikasi yang diatur cara menggunakan perkakasan sumber terbuka, bahasa, atau pangkalan data tidak disyaratkan sebagai OSS.

Aplikasi berasaskan web kini semakin popular dan ia banyak diatur cara menggunakan teknologi sumber terbuka.

Hasilnya, kos untuk membangunkan aplikasi berkenaan menjadi lebih murah. Syarikat yang membangunkan aplikasi berkenaan perlu menyemak sama ada kod yang dimanfaatkan itu tidak melanggari lesen.

Perisian OSS dicipta oleh profesional, bukannya amatur.

Sebahagian besar perisian sumber terbuka adalah dihasilkan oleh golongan pengaturcara komputer profesional yang bekerja dengan syarikat atau organisasi tertentu.

Perisian OSS boleh dijual bagi mendapatkan

keuntungan.

Walaupun pada tanggapan umum, OSS adalah percuma namun sebenarnya mereka yang terbabit dalam membangunkan perisian berkenaan boleh menjual atau menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan.

Kelebihan Sumber Terbuka (OS)

Percuma dan tidak terikat Boleh menyalin dan menyebarkan perisian dengan

banyak Tiada paksaan untuk menaiktaraf sesuatu perisian Bebas untuk pengedaran semula Mampu dipasang di dalam perkakas lama Perisian pejabat boleh dipasang dalam pelbagai sistem

operasi