peringkat keprihatinan terhadap tugas

2
Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas Peringkat keprihatinan guru yang kedua ialah keprihatinan terhadap tugas. Pada peringkat ini, guru memberi perhatian kepada cara-cara bagaimana dirinya boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Guru tidak lagi memikirkan tentang kemampuan mereka untuk menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan jayanya. Mereka tidak lagi mempersoalkan persepsi atau penerimaan murid terhadap diri mereka sebagai seorang guru. Pada peringkat ini guru sudah mempunyai keyakinan untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain. Guru memberi perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Perancangan pengajaran lebih berfokuskan kepada cara-cara memperbaiki strategi pengajaran dan juga terhadap penguasaan isi kandungan mata pelajaran. Guru pada peringkat keprihatinan terhadap tugas ini boleh dikatakan sudah atau mulai menjurus ke arah menjadi guru berkesan ataupun guru efektif. Menurut Sufean Hussin (2005) guru berkesan di sekolah digambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran, memiliki kesedaran belajar merupakan proses sepanjang hayat, berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingin dan memiliki motivasi personiliti yang tinggi sebagai seorang guru. Jadi guru pada peringkat kedua ini adalah termasuk dalam salah satu ciri-ciri guru berkesan iaitu mempunyai pengetahuan akademik yang mendalam tentang isi kandungan mata pelajaran. Kesimpulannya, guru yang berada pada peringkat keprihatinan terhadap tugas ini adalah seorang guru yang sudah stabil dari segi emosinya terhadap persepsi luar seperti murid, guru-guru lain dan juga pihak ibu bapa mengenai kemampuannya untuk mengawal kelas. Guru ini lebih menumpukan fokusnya kepada ilmu pengetahuan tentang pengajarannya di dalam kelas.

Upload: najmi-tajudin

Post on 12-Jan-2016

66 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ed

TRANSCRIPT

Page 1: Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Peringkat keprihatinan guru yang kedua ialah keprihatinan terhadap tugas.

Pada peringkat ini, guru memberi perhatian kepada cara-cara bagaimana dirinya

boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Guru tidak lagi memikirkan

tentang kemampuan mereka untuk menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas dengan jayanya. Mereka tidak lagi mempersoalkan persepsi atau

penerimaan murid terhadap diri mereka sebagai seorang guru.

Pada peringkat ini guru sudah mempunyai keyakinan untuk mengawal kelas

dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain. Guru

memberi perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas

pengajarannya dengan baik. Perancangan pengajaran lebih berfokuskan kepada

cara-cara memperbaiki strategi pengajaran dan juga terhadap penguasaan isi

kandungan mata pelajaran.

Guru pada peringkat keprihatinan terhadap tugas ini boleh dikatakan sudah

atau mulai menjurus ke arah menjadi guru berkesan ataupun guru efektif. Menurut

Sufean Hussin (2005) guru berkesan di sekolah digambarkan mempunyai

pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am

dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran,

memiliki kesedaran belajar merupakan proses sepanjang hayat,

berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingin dan

memiliki motivasi personiliti yang tinggi sebagai seorang guru. Jadi guru

pada peringkat kedua ini adalah termasuk dalam salah satu ciri-ciri guru

berkesan iaitu mempunyai pengetahuan akademik yang mendalam

tentang isi kandungan mata pelajaran.

Kesimpulannya, guru yang berada pada peringkat keprihatinan

terhadap tugas ini adalah seorang guru yang sudah stabil dari segi

emosinya terhadap persepsi luar seperti murid, guru-guru lain dan juga

pihak ibu bapa mengenai kemampuannya untuk mengawal kelas. Guru ini

lebih menumpukan fokusnya kepada ilmu pengetahuan tentang

pengajarannya di dalam kelas.

Page 2: Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Rujukan

Sufean Hussin. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd