peribahasa yang terdapat di dalam dialog

2
Peribahasa yang terdapat di dalam dialog:- 1. Peribahasa : umpama aur dengan tebing Makna : hidup saling memerlukan antara satu sama lain Contoh ayat : Farah dengan Hana umpama aur dengan tebing kerana saling membantu dalam masalah pelajaran 2. Peribahasa : seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing- masing Makna : sikap mementingkan diri sendiri Contoh ayat : Hidup di rumah pangsa seperti enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing . 3. Peribahasa : seperti kera sumbang Makna : tidak suka bercampur gaul dengan masyarakat Contoh ayat : Lee Yan tidak banyak berkawan kerana dia bersikap seperti kera sumbang. 4. Peribahasa : ringan tulang Makna : sikap rajin bekerja Contoh ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang . 5. Peribahasa : ringan tangan Makna : sikap suka membantu atau menolong orang Contoh ayat : Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia ringan tangan. 6. Peribahasa : besar hati

Upload: fadzli-najmi

Post on 29-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa Yang Terdapat Di Dalam Dialog

Peribahasa yang terdapat di dalam dialog:-

1. Peribahasa : umpama aur dengan tebing

Makna : hidup saling memerlukan antara satu sama lain

Contoh ayat : Farah dengan Hana umpama aur dengan tebing kerana saling membantu dalam masalah pelajaran

2. Peribahasa : seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing

Makna : sikap mementingkan diri sendiri

Contoh ayat : Hidup di rumah pangsa seperti enau di dalam belukar yang

melepaskan pucuk masing-masing.

3. Peribahasa : seperti kera sumbang

Makna : tidak suka bercampur gaul dengan masyarakat

Contoh ayat : Lee Yan tidak banyak berkawan kerana dia bersikap seperti

kera sumbang.

4. Peribahasa : ringan tulang

Makna : sikap rajin bekerja

Contoh ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

5. Peribahasa : ringan tangan

Makna : sikap suka membantu atau menolong orang

Contoh ayat : Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia ringan tangan.

6. Peribahasa : besar hati

Makna : bangga

Contoh ayat : Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.