peribahasa pt3

Upload: dnyapkak573

Post on 03-Mar-2016

105 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Koleksi Peribahasa buku teks Tingkatan 1, 2 dan 3 PT3

TRANSCRIPT

BILPERUMPAMAAN/PEPATAHMAKNA

1Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2Alang-alang berminyak biar licinBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganKalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausanSangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5Bagai air mencari jenisnyaBerusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6Bagai ayam disambar helangMati tanpa sakit.

7Bagai cendawan tumbuh selepas hujanTerlalu banyak pada sesuatu masa.

8Bagai cincin dengan permataPasangan pengantin yang sepadan.Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.

9Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahuHidup dalam kemelaratan.Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

10Bagai layang-layang putus taliTiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11Bagai menatang minyak yang penuhMemelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12Bagai minyak dengan airOrang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

13Bagai murai dicabut ekorOrang yang suka bercakap.Perempuan yang suka bercakap banyak.Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-cabut ekor.

14Bagai pucuk dilancarkanAmat cepat.

15Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannyaPerangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

16Baik membawa resmi padi daripada resmi lalangTidak sombong; rendah diri.

17Belayar sambil memapan, merapat sambil belayarSesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

18Belum duduk sudah berlunjurBelum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19Berat mata memandang berat lagi bahu memikulBetapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20Berjagung-jagung dahulu sementara padi masakSementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempasLebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

22Biar mati anak jangan mati adatAdat yang tidak boleh dilanggar.

23Biar putih tulang jangan putih mataLebih baik mati daripada menanggung malu.

24Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum jugaPerselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkaratOrang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduhMemberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27Dimana ada kemahuan, disitu ada jalanSeseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28Genggam bara api biar sampai jadi arangMembuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan namaOrang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupaiHendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.

31Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihSetiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

32Ibarat burung, mata terlepas badan terkurungTidak ada kebebasan atau kemerdekaan.Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbauKepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.

34Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendahTentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan.

35Kalau tiada rotan akar pun bergunaSesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunyaKita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyangKalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38Perempuan serasan, lelaki pemaluPegangan hidup yang tidak serupa.

39Sebagai gembala diberi kerisOrang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayarSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

41Semacam besar pacak daripada tiangBelanja lebih besar daripada pendapatan.

42Seperti air dalam dulangNegeri yang aman sentosa.

43Seperti api di dalam sekamKejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari

44Seperti aur dengan tebingDua orang yang berkawan rapat dan saling membantuContoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.

45Seperti aur ditarik songsangPekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46Seperti embun dihujung rumputTidak kekal

47Seperti harimau menyembunyikan kukunyaOrang yang menyembunyikan kelebihannya.

48Seperti hujan jatuh ke pasirNasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana kedegilannya.

49Seperti lintah menghisap darahMeletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

50Seperti lipas kudungSelalu bergerak dengan cepat.

51Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanyaOrang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan hilang bisanya.

52Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciranTerlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.