peribahasa jwp

14
Peribahasa - Latihan 10 Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja. (i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri. (ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas. (iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja. Peribahasa - Latihan 9 Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah. (i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang. (ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa. (iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif. Peribahasa - Latihan 8 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut. Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Upload: zorriz

Post on 15-Jul-2016

187 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

bahasa malaysia peribahasa

TRANSCRIPT

Page 1: PERIBAHASA jwp

Peribahasa - Latihan 10Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja. 

(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri. 

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas. 

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

Peribahasa - Latihan 9Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah. 

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang. 

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa. 

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Peribahasa - Latihan 8Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut. 

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Peribahasa - Latihan 7Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut. 

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang. 

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri. 

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu

Page 2: PERIBAHASA jwp

Peribahasa - Latihan 6Lengkapkan peribahasa yang berikut. 

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian 

(ii) Banyak udang, banyak garam 

(iii) Lain hulu lain parang 

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain 

(v) Tak tumbuh tak melata 

(vi) Ada ubi ada batas

Peribahasa - Latihan 5Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah. 

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya. 

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat. 

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Peribahasa - Latihan 4Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. 

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Page 3: PERIBAHASA jwp

Peribahasa - Latihan 3Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut. 

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain. 

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya. 

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

Peribahasa - Latihan 2Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. 

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.

Peribahasa - Latihan 1Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai. 

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa ..... 

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad. 

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu....

Page 4: PERIBAHASA jwp

Amalan berjimat-cermat mendatangkan pelbagai manfaat. Huraikan langkah-langkah untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. 

  Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

  Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan.

  Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu, kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-

Page 5: PERIBAHASA jwp

kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

  Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat

Page 6: PERIBAHASA jwp

mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.

   Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.

  Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.

Page 7: PERIBAHASA jwp

Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Semenjak belakangan ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan masalah kejatuhan nilai mata wang. Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barang dan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Sikap boros dilarang oleh Allah. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkah-langkah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya.

1 Kesimpulannya, berjimat cermat dan menabung perlu dijadikan amalan dalam kehidupan kita untuk menjamin kecemerlangan hidup pada masa hadapan. 2Untuk itu, kita hendaklah menanam rasa keinsafan, terutama di kalangan generasi muda agar mereka mula berjimat cermat dan menabung semasa muda seperti peribahasa yang berbunyi “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” dan “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. 3 Dengan mengamalkan budaya ini, maka kita akan melahirkan masyarakat yang tidak boros dan senantiasa merancang masa hadapan mereka. 4 Saya berpendapat bahawa berjimat cermat merupakan alternatif yang paling bijak dalam membantu diri kita agar tidak berbelanja mengikut nafsu dan senantiasa memikirkan masa hadapan seperti kata pepatah “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan?

kemalangan didefinisikan sebagai suatu kejadian atau tragedi yang terjadi tanpa dirancang atau secara sengaja. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya boleh didefinisikan sebagai sebuah tragedi atau kejadian yang berlaku tanpa dirancang di atas jalan raya. Persoalannya kini, bagaimanakah kejadian tidak dirancang ini berlaku? Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Adakah disebabkan oleh kecuaian manusia atau sememangnya sudah menjadi hukum alam sejak azali lagi? Ayuh kita rungkaikan segala persoalan ini untuk membendung faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya ini daripada terus berlaku! 

Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakrifkan sebagai seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami isteri serta anak-anak.Selain itu, sebuah

Page 8: PERIBAHASA jwp

keluarga juga merangkumi datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara yang juga memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga.Secara tidak langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat membentuk akhlak mulia anak-anak.Oleh itu, kita perlu mengetahui peranan penting setiap ahli keluarga dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.

‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja yang di bawah usia lapan belas tahun. Remaja yang melakukan jenayah ketika di bawah umur akan dibicarakan di Mahkamah Juvana. Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah dari masa ke masa. Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan.

Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela.  Secara umum, sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang atau kumpulan individu yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan tanpa mengharapkan sebarang balasan.  Mereka melakukan pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, semangat sukarelawan semakin luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.

Page 9: PERIBAHASA jwp

Jawapan :-

(i) Ukur baju di badan sendiri.

(ii) Bagai telur di hujung tanduk.

(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

 Jawapan :-

 (i) Buah mulut. 

(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu. 

(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jawapan :-

i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut tempayan. 

ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain. 

iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Jawapan :-

(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam 

(ii) -biduk lalu kiambang bertaut 

(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Jawapan :-

(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian 

(ii) -banyak orang, banyak ragam 

(iii) -lain dahulu, lain sekarang 

(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain 

(v) -tak sungguh, orang tak kata 

(v) -ada budi boleh dibalas

Jawapan :-

(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat. 

(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. 

Page 10: PERIBAHASA jwp

(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Jawapan :-

(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 

(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat sagunya 

(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

Jawapan :-

(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain 

(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

Jawapan :-

(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Jawapan :-

i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.