peribahasa

2
PERIBAHASA 1. Simpulan Bahasa - ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut Contoh : buka mulut (bercakap), langkah kanan(nasib baik) 2. Perumpamaan - perbandingan makna yang sangat jelas kerana didahului oleh perkataan ‘seolah-olah’, ‘ibarat’, ,’bak’, ‘seperti’, ‘laksana’, ‘macam’, ‘bagai’, dan ‘umpama’/ simile Contoh : ibarat mencangkul angin, macam ikan kena tuba 3. Pepatah - disebut juga perbilangan, ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam - makna ungkapan tidak berubah-ubah - berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam - memiliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu Contoh : tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati 4. Bidalan - pepatah/peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat Contoh : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna habis akal, barulah tawakal 5. Perbilangan -seakan-akan bidalan dan pepatah juga, tetapi perkataan-perkataannya berenggan-renggan dua atau lebih, disebut satu-satu seperti orang membilang, dan isinya hampir-hampir sudah jadi seperti undang-undang tetap. Contoh : Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah. Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda. 6. Lidah Pendita -perkataannya bijak, pendek, sedap didengar, benar -biasanya dipetik daripada buku-buku/percakapan orang yang bijak-bijak Contoh : Muafakat itu berkat, Dengan muafakat dapat diangkat Jangan pandang orang berkata Pandang apa yang ia kata 7. Tamsil aro/jpm Page 1

Upload: jenny

Post on 30-Jul-2015

398 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa

PERIBAHASA1. Simpulan Bahasa

- ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut

Contoh : buka mulut (bercakap), langkah kanan(nasib baik)2. Perumpamaan

- perbandingan makna yang sangat jelas kerana didahului oleh perkataan ‘seolah-olah’, ‘ibarat’, ,’bak’, ‘seperti’, ‘laksana’, ‘macam’, ‘bagai’, dan ‘umpama’/ simile

Contoh : ibarat mencangkul angin, macam ikan kena tuba3. Pepatah

- disebut juga perbilangan, ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam- makna ungkapan tidak berubah-ubah- berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat

resam- memiliki ciri-ciri puisi tradisional MelayuContoh : tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati4. Bidalan

- pepatah/peribahasa yang berfungsi sebagai nasihatContoh : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

habis akal, barulah tawakal

5. Perbilangan-seakan-akan bidalan dan pepatah juga, tetapi perkataan-perkataannya berenggan-renggan dua atau lebih, disebut satu-satu seperti orang membilang, dan isinya hampir-hampir sudah jadi seperti undang-undang tetap.Contoh : Hidup dikandung adat,

Mati dikandung tanah.

Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.

6. Lidah Pendita-perkataannya bijak, pendek, sedap didengar, benar-biasanya dipetik daripada buku-buku/percakapan orang yang bijak-bijakContoh : Muafakat itu berkat,

Dengan muafakat dapat diangkat

Jangan pandang orang berkata Pandang apa yang ia kata

7. Tamsil-ertinya yang asal adalah memberi misalan, dengan makna yang berkias yang membanding secara terang-terang tetapi panjang dan kerap mengandungi pengajaran dan teladan, baik dikatakan dengan pepatah yang sudah masyhur atau dengan perkataan yang direka-reka.Contoh : macam daun terap, bunyinya deguh-degah, tetapi jatuh ke tanah berdesir sahaja

8. Ibarat-bahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan perkataan yang berkias, zahir, perkataannya lain dan maksud yang dikehendaki lain. Ibarat juga terdapat dalam pantun kanak-kanak.

Contoh : ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

Kalau tuan pandai ibarat Apa binatang keris di kaki?

aro/jpm Page 1