peri bahasa

6
Peribahasa (Perumpamaan dan pepatah) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3 1. Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu. 2. Alang-alang berminyak biar licin Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. 3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. 4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. 5. Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. 6. Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit. 7. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa. 8. Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan. 9. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.) 10. Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

Upload: kalaimani25

Post on 10-Feb-2016

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Senarai peribahasa PT# dengan maksudnya berdasarkan buku teks

TRANSCRIPT

Page 1: Peri Bahasa

Peribahasa (Perumpamaan dan pepatah) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3

1. Air beriak tanda tak dalamBanyak bercakap tanda tiada berilmu.

2. Alang-alang berminyak biar licinBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lenganKalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausanSangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5. Bagai air mencari jenisnyaBerusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6. Bagai ayam disambar helangMati tanpa sakit.

7. Bagai cendawan tumbuh selepas hujanTerlalu banyak pada sesuatu masa.

8. Bagai cincin dengan permataPasangan pengantin yang sepadan.

9. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahuHidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.)

10. Bagai layang-layang putus taliTiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11. Bagai menatang minyak yang penuhMemelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12. Bagai murai dicabut ekorOrang yang suka bercakap.

13. Bagai minyak dengan airOrang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

Page 2: Peri Bahasa

14. Bagai pucuk dilancarkanAmat cepat

15. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannyaPerangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

16. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalangTidak sombong; rendah diri.

17. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayarSesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

18. Belum duduk sudah berlunjurBelum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulBetapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masakSementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21. Bagai murai dicabut ekorOrang yang suka bercakap.

22. Biar mati anak jangan mati adatAdat yang tidak boleh dilanggar

23. Biar putih tulang jangan putih mataLebih baik mati daripada menanggung malu.

24. Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum jugaPerselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25. Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkaratOrang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26. Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduhMemberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

Page 3: Peri Bahasa

27. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalanSeseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28. Genggam bara api biar sampai jadi arangMembuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29. Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan namaOrang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupaiSetiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

31. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihOrang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

32. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurungTidak ada kebebasan atau kemerdekaan.Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbauKepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja..

34. Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendahTentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian meninggalkan kesan..

35. Kalau tiada rotan akar pun bergunaSesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunyaKita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyangKalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38. Perempuan serasan, lelaki pemaluPegangan hidup yang tidak serupa.

39. Sebagai gembala diberi kerisOrang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

Page 4: Peri Bahasa

40. Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayarSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

41. Semacam besar pacak daripada tiangBelanja lebih besar daripada pendapatan.

42. Seperti air dalam dulangNegeri yang aman sentosa.

43. Seperti api di dalam sekamKejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari.

44. Seperti aur dengan tebingDua orang yang berkawan rapat dan saling membantuContoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing..

45. Seperti aur ditarik songsangPekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46. Seperti embun dihujung rumputTidak kekal.

47. Seperti harimau menyembunyikan kukunyaOrang yang menyembunyikan kelebihannya.

48. Seperti hujan jatuh ke pasirNasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

49. Seperti lintah menghisap darahMeletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

50. Seperti lipas kudungSelalu bergerak dengan cepat.

51. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanyaOrang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

52. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciranTerlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.