perhubungan dengan negara serantau.docx

13
Sejarah~Kerjasama Serantau~ 1.0 Pengenalan Kerjasama serantau merupakan usaha Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk menyekat peluasan kuasa dan pengaruh komunisme di dalam masyarakat antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua. Malah, pertubuhan kerjasama serantau selepas Perang Dunia Kedua bermula dengan pertubuhan pertahanan yang dilihat terpenting dalam suasana Perang Dingin. Walaubagaimanapun, wujudnya beberapa jenis kerjasama serantau yang  berkembang pada era Perang Dingin iaitu alliance, alignment, non-alig nment dan regionalism ataupun dikenali sebagai kerjasama serantau. Dalam erti kata yang lain, kerjasama serantau adalah konsep politik antarabangsa yang melibatkan kerjasama ataupun alignment antara negara yang berkedudukan geografi yang dekat antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama serantau tidak melibatkan kerjasama dalam  bidang keketenter aan sebaliknya kerjasama y ang lebih berfokus kepada aspek sosio-budaya, ekonomi dan politik antarabangsa iaitu mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah rantau. 2.0 Kerjasama Serantau di Asia Tenggara Kerjasama serantau di Asia Tenggara bermula pada tahun 1954 iaitu Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) yang ditubuhkan atas usaha AS. SEATO dianggotai oleh Thailand dan Filipina. Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis bertapak di Indochina. Selepas tahun 1960 an, kerjasama serantau mula berkembang dengan pesat dengan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada tahun 1961, diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina- Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan  penubuhan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) pada tahun 1967. Jika kita perhatikan, penubuhan ASA adalah disertai dengan Perisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961. Malah, tujuan ASA adalah menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan menubuhkan satu mekanisme yang berkesan untuk perundingan serta ingin menjadikan ASA sebagai sebuah pertubuhan bebas yang tidak terikat kepada mana-mana

Upload: sarimah-mpr

Post on 14-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 1/13

Sejarah~Kerjasama Serantau~

1.0 Pengenalan

Kerjasama serantau merupakan usaha Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk 

menyekat peluasan kuasa dan pengaruh komunisme di dalam masyarakat antarabangsa

selepas Perang Dunia Kedua. Malah, pertubuhan kerjasama serantau selepas Perang Dunia

Kedua bermula dengan pertubuhan pertahanan yang dilihat terpenting dalam suasana Perang

Dingin. Walaubagaimanapun, wujudnya beberapa jenis kerjasama serantau yang

 berkembang pada era Perang Dingin iaitu alliance, alignment, non-alignment dan

regionalism ataupun dikenali sebagai kerjasama serantau.

Dalam erti kata yang lain, kerjasama serantau adalah konsep politik antarabangsa yang

melibatkan kerjasama ataupun alignment antara negara yang berkedudukan geografi yang

dekat antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama serantau tidak melibatkan kerjasama dalam

 bidang keketenteraan sebaliknya kerjasama yang lebih berfokus kepada aspek sosio-budaya,

ekonomi dan politik antarabangsa iaitu mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah

rantau.

2.0 Kerjasama Serantau di Asia Tenggara 

Kerjasama serantau di Asia Tenggara bermula pada tahun 1954 iaitu Southeast Asia Treaty

Organization (SEATO) yang ditubuhkan atas usaha AS. SEATO dianggotai oleh Thailand

dan Filipina. Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia

Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis bertapak di Indochina. Selepas tahun 1960 an,

kerjasama serantau mula berkembang dengan pesat dengan penubuhan Association of 

Southeast Asia (ASA) pada tahun 1961, diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-

Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan

 penubuhan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) pada tahun 1967.

Jika kita perhatikan, penubuhan ASA adalah disertai dengan Perisytiharan Bangkok pada 1

Ogos 1961. Malah, tujuan ASA adalah menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi,

kebudayaan, dan menubuhkan satu mekanisme yang berkesan untuk perundingan serta ingin

menjadikan ASA sebagai sebuah pertubuhan bebas yang tidak terikat kepada mana-mana

Page 2: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 2/13

 blok kuasa. Sungguhpun begitu, ASA tidak mempunyai tujuan politik tetapi hasrat yang

tersirat menunjukkan arah politik dan keselamatan. Hal ini jelas dilihat, dengan keadaan

ekonomi yang lebih terjamin akan mengurangkan berkembangnya pengaruh fahaman

komunis.

Selepas kegagalan ASA untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan negara Asia

Tenggara, MAPHILINDO telah ditubuhkan bagi menggantikan ASA. Tujuan penubuhan

MAPHILINDO adalah mewujudkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara melalui

hubungan erat dengan negara-negara Asia Tenggara melalui konsep penyatuan rumpun

Melayu. Walaubagaimanapun, penubuhan MAPHILINDO yang sebenarnya adalah untuk 

menyelesaikan masalah pembentukan Malaysia yang di cadangkan oleh Tunku Abdul

Rahman dan memelihara hubungan baik Malaysia dengan Filipina dan Indonesia yang

terjejas oleh idea pembentukan Malaysia. Perundingan yang kerap di semua peringkat

diadakan di antara ketiga-tiga negara berdasarkan persetujuan memelihara perhubungan

 persaudaraan. Namun begitu, MAPHILINDO mengalami nasib yang sama dengan ASA

apabila Indonesia melancarkan Konfrontasi ke atas Malaysia pada 17 September 1963

sehingga gagal mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Selepas berakhirnya Konfrontasi, ASEAN telah ditubuhkan semasa Deklarasi Bangkok 

1967 yang telah membuka lembaran baru dalam kerjasama serantau di Asia Tenggara.Malah, matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi,

sosial dan perkembangan budaya serantau. Peryertaan dalam ASEAN diperluaskan kepada

negara Asia Tenggara yang lain seperti Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984 dan

Vietnam tahun 1995. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa, ASEAN merupakan

negara kerjasama serantau yang berjaya dan berkesan dalam mewujudkan hubungan baik 

antara negara anggota sehinggakan rantau Asia Tenggara menjadi aman damai dan stabil.

Kejayaan ini disebabkan oleh ASEAN mengamalkan dasar hidup bersama secara aman

yakni setiap negara di rantau ini mestilah menghormati kedaulatan dan keutuhan sesebuah

negara dan tidak boleh mencampuri urusan negara ASEAN yang lain.

Page 3: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 3/13

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KERJASAMA SERANTAU DALAM SOSIAL

3.1 KEKUATAN

3.1.1 Kerjasama Dalam Pendidikan

Melalui kerjasama serantau yang dilakukan antara negara ini, setiap negara dapat bertukar-

tukar pengetahuan dalam bidang pendidikan. Ini dapat dilihat melalui program-program

yang dilakukan oleh ASA ketika ianya masih berfungsi. Antara program yang dilakukan

adalah pertukaran tenaga pengajar antara ahli anggota. Pertukaran tenaga pengajar di antara

universiti contohnya, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dengan Universiti

Filipina pada tahun 1965. ASA juga bercadang mengadakan kemudahan latihan dan

 penyelidikan untuk kepentingan bersama dan mepertingkatkan pengajian tentang Asia

Tenggara.

Disebabkan ASA telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu, namun, kerjasama dalam

 pendidikan ini tidak terhenti disini. Malah, dalam ASEAN juga, negara ahli ligat melakukan

kerjasama dalam pendidikan sehingga tertubuhnya Southeast Asian Ministers Of Education

Organization (SEAMEO). SEAMEO ditubuhkan pada bukan November 1965 di Bangkok 

dan piagamnya ditandatangani pada Februari 1968. Selain itu, Indonesia juga pernah

menghantar 17 orang pensyarah bagi sesi pertama UKM yang dibuka pada 1970. Selaindapat mengeratkan perhubungan antara negara, ianya dapat menambahkan input-input yang

 berguna terutamanya dalam pendidikan. Peri pentingnya sumbangan Indonesia dalam

 perlaksanaan UKM dan dasar pelajaran kebangsaan dinyatakan oleh dua tokoh nasionalis

melayu, iaitu Datuk Professor Zainal Abidin Wahid dan Datuk Abdul Rahman Yaakub.

Kerjasama ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta persefahaman dan membantu

 pendidik agar mereka dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan kemasyarakatan di

negara masing-masing.

3.1.2 Kerjasama Dalam Kebudayaan

Kerjasama dalam kebudayaan dimulai dalam penubuhan ASA. Disebabkan Negara anggota

ASA merupakan negara yang hampir sama ataupun serumpun, maka, kerjasama dalam

 bidang kebudayaan penting supaya negara anggota dapat memahami kebudayaan masing-

Page 4: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 4/13

masing dan secara tidak langsung mampu untuk meningkatkan tahap kepercayaan antara

negara anggota.

Kerjasama dalm kebudayaan ini diteruskan dalam SEAMEO. Walaupun SEAMEO

merupakan pertubuhan yang lebih cenderung dalam bidang pendidikan, namun, tujuan

utama penubuhannya adalah menggalakkan kerjasama dalam kalangan Negara Asia

Tenggara dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Antara contoh kerjasama dalam

 bidang kebudayaan ini adalah pesta filem dan pertunjukan kebudayaan ASEAN.

3.1.3 Mengatasi Isu Pelarian

Peperangan saudara di Kampuchea ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi

 pelarian perang. Isu pelarian perang Kampuchea memberi masalah kepada negara Asia

Tenggara seperti Thailand yang menerima hampir 17,000 pelarian Kampuchea setiap bulan

 pada tahun 1979 . Selain Thailand, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah pelarian

ini. Menjelang 1988 pula, seramai 13 000 orang pelarian Vietnam ditempatkan di kem

 pelarian sementara di Sungai Besi dan Pulau Bidong di Terengganu. Selain itu, isu pelarian

ini juga menyumbang kepada dampak kemerosotan hubungan negara ASEAN dengan

Vietnam. Isu pelarian perang ini telah menyebabkan rantau Asia Tenggara menjadi tidak 

aman, iaitu kehadiran mereka ini menyebabkan masalah sosial dan penyakit serta

membebankan negara Asia Tenggara yang terpaksa menyediakan bekalan makanan danubatan bagi pelarian perang yang datang ke negara mereka dan menyebabkan kesukaran

menampung mereka. Bagi mengatasi masalah pelarian ini, ASEAN berpendapat keamanan

negara Kampuchea perlu dikembalikan.

Oleh itu, ASEAN telah menyusun beberapa strategi untuk mengatasi masalah tersebut

seperti meminta kerjasama daripada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang

 pelarian (United Nations High Commision for Refugees- UNHCR). Selepas itu, ASEAN

telah memujuk Vietnam menerima rancangan Perpindahan Secara Teratur dan memujuk 

 pelarian Vietnam supaya pulang ke negara asal mereka. Usaha untuk mencari negara ketiga

 bagi pelarian Vietnam sebagai penempatan baru. Malaysia berjaya mendapat sokongan

Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Belgium, Britain, Jerman Barat, Kanada, Norway,

Perancis dan Sweden untuk menerima pelarian Vietnam yang layak.

Page 5: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 5/13

3.2 KELEMAHAN

3.2.1 Tidak Mampu Mewujudkan Perpaduan.

Walaupun kerjasama serantau ini adalah berdasarkan rumpun yang sama, namun, ianya

masih tidak mampu untuk mewujudkan perpaduan antara negara anggota. Contohnya, ketika

 berlakunya konfrontasi Indonesia dan Malaysia, walaupun terdapatnya pertubuhan ASA

yang menjadi tunjang kepada kerjasama serantau pada ketika itu, ianya tidak menjadi

halangan bagi Indonesia untuk menjalankan penentangan kepada rancangan penubuhan

Malaysia. Begitu juga tuntutan Filipina terhadap Sabah dan Sarawak. Ini bermakna,

walaupun matlamat kerjasama ini adalah untuk mewujudkan perpaduan antara negara

anggota, namun, kepincangan perpaduan yang berlaku menunjukkan kerjasama ini adalah di

atas nama perpaduan semata-mata dan program-program penyemaian perpaduan adalah

 pada tahap yang terlalu sedikit.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KERJASAMA SERANTAU DALAM POLITIK 

4.1 KEKUATAN

4.1.1 Menggelakkan Campur Tangan Kuasa Asing

Menggelakkan campur tangan kuasa asing dalam urusan Asia Tenggara amat penting bagi

menggelakkan rantau Asia Tenggara menjadi tempat dalam mengembangkan pengaruh dankuasa besar dunia seperti Soviet Union dan AS yang boleh menjejaskan keamanan dan

kestabilan serta kedaulatan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Peranan kerjasama

serantau dalam menggelakkan campur tangan kuasa asing di rantau Asia Tenggara bermula

dengan penubuhan ASEAN pada tahun 1967.

ASEAN ditubuhkan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan negara-negara anggota

dan menggelakkan campur tangan kuasa asing di Asia Tenggara seterusnya mengekalkan

keamanan dan kestabilan rantau ini. Kemampuan ASEAN menggelakkan campur tangan

kuasa asing di Asia Tenggara dapat dilihat melalui prinsip asas berkecuali yang diamalkan

oleh negara-negara anggota ASEAN. Melalui konsep ini, kuasa asing terutamanya kuasa-

kuasa besar mesti keluar dari rantau ini. Konsep ini telah diperkukuhkan lagi melalui

 pengisytiharan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN (Zone of Peace,

Page 6: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 6/13

Freedom and Neutrality) pada tahun 1971 yang menjadi rantau Asia Tenggara bagi kawasan

 bebas dari sebarang kuasa dunia.

4.1.2 Kejayaan dalam Menangani Isu Kampuchea

Penyelesaian isu Kampuchea telah membuktikan kejayaan dalam kerjasama serantau yang

mampu membentuk suasana aman damai di Asia Tenggara. Isu Kampuchea bermula dengan

serangan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Dalam serangan tersebut, Vietnam

 berjaya mengulingkan pemerintahan Kampuchea yang dikuasai oleh Khmer Rouge atau

Demokratik Kampuchea (DK). Kerajaan Vietnam telah mendirikan kerajaan boneka di

Phnom Penh iaitu Rejim Heng Samrin pada Januari 1979 bagi menggantikan kerajaan

Khmer Rouge. Walaubagaimanapun, isu Kampuchea bertambah serius apabila berlaku

 perang saudara antara Rejim Khmer Rouge dengan Rejim Heng Samrin di Phnom Penh bagi

merampas semula tampuk pemerintahan Kampuchea. Perang saudara ini menyebabkan

ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang.

 Namun, negara ASEAN telah bertindak dengan segera dalam memainkan peranan penting

 bagi mengatasi konflik Kampuchea yang telah menganggu kestabilan dan keamanan rantau

Asia Tenggara. ASEAN telah mengutuk serangan Vietnam ke atas Kampuchea kerana

serangan tersebut bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh ASEAN iaitu konsep

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Mengikut konsep ini seluruh kawasan AsiaTenggara merupakan kawasan aman, bebas dan berkecuali dan mana-mana negara Asia

Tenggara tidak boleh menyerang atau mencampuri urusan negara Asia Tenggara.

Bagi mengatasi masalah ini, ASEAN telah membawa Konflik Kampuchea ke Mesyuarat

Menteri-menteri Luar ASEAN di Bangkok pada Januari 1979. Dalam mesyuarat ini,

ASEAN juga bersetuju untuk meminta bantuan dari PBB bagi mengatasi konflik 

Kampuchea yang menganggu keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara. Akhirnya

konflik Kampuchea berjaya diselesaikan secara aman pada tahun 1982 melalui penubuhan

kerajaan campuran di Kampuchea. Kemampuan ASEAN menyelesaikan konflik Kampuchea

dengan cara perbincangan dan tekanan serta menggelakkan menggunakan ketenteraan

menyebabkan rantau Asia Tenggara kembali menjadi aman damai semula.

Page 7: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 7/13

4.1.3 Penyelesaian Konflik di Asia Tenggara Secara Aman

Permasalahan isu ini diselesaikan tanpa melibatkan peperangan tetapi diselesaikan melalui

meja rundingan. Malah, negara yang berhak dalam menyelesaikan masalah ini adalah satu-

satunya negara yang ditubuhkan dalam menyelesaikan masalah bantahan Indonesia dan

Filipina terhadap cadangan pembentukan Malaysia. Negara yang dimaksudkan ialah

MAPHILINDO yang ditubuhkan oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia pada Julai 1963.

Melalui MAPHILINDO, ketiga-tiga negara bersetuju untuk duduk semeja bagi berbincang

dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi konflik pembentukan Malaysia. Hasilnya,

ketiga-tiga negara sepakat untuk menyelesaikan masalah ini secara aman dengan bantuan

PBB dengan meminta PBB menjalankan pungutan suara penduduk Sabah dan Sarawak 

mengenai pembentukan Malaysia.

Selain itu, Kerajaan junta Myanmar menjadi tumpuan dunia ekoran pelanggaran hak asasi

manusia dan demokrasi serta penahanan Aung San Suu Kyi. Aung San Suu Kyi ditahan

kerana beliau merupakan anak kepada Bogyoke iaitu Major Jeneral Aung San. Akibat

daripada itu, ASEAN telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini, namun

Myanmar ternyata tidak begitu berminat dengan penglibatan ASEAN dalam menangani isu

tersebut. Malah, Myanmar telah menjemput Setiausaha Rendah Hal Ehwal Politik PBB,

Ibrahim Gambari untuk ke Yangoon. Sedangkan, semasa ASEAN menghantar wakil,mereka tidak berkesempatan untuk bertemu dengan pemimpin Myanmar.

Walaubagaimanapun, ASEAN tidak menganggap bahawa situasi ini adalah tamparan bagi

mereka malah menganggap pembabitan PBB adalah langkah terbaik dalam mengendalikan

isu berhubung Myanmar memandangkan ASEAN amat mematuhi dan menggalakkan dasar 

tidak campur tangan.

Syed Hamid selaku wakil Menteri Luar ASEAN telah mengulangi pendirian ASEAN

 bahawa tidak akan meminggirkan Myanmar sebaliknya akan terus mengekalkan kedudukan

Myanmar dalam ASEAN kerana berminat dengan kebajikan rakyat Myanmar.

Walaubagaimanapun, ASEAN tetap dengan pendirian mereka iaitu meminta Myanmar 

mempercepatkan proses pembaharuan demokrasinya secepat mungkin dan menggesa

 pembebasan tahanan politiknya. Tambahan pula, ASEAN turut berpendirian bahawa besar 

Page 8: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 8/13

kemungkinan isu Myanmar dapat diselesaikan melalui rundingan dan tolak-ansur.

4.2 KELEMAHAN

4.2.1 Gagal Untuk Mewujudkan Kesepakatan Dalam Kalangan Anggota

Kegagalan ini dilihat dalam penubuhan ASA. Ini kerana, walaupun matlamatnya adalah

untuk mewujudkan keamanan, namun, kesepakatan antara negara angggota adalah kurang.

Ini ditunjukkan dengan konfrontasi Indonesia  –  Malaysia. Selain itu, selepas kewujudan

ASEAN, kesepakatan antara negara juga masih lagi kurang. Ini dapat dilihat apabila dalam

konsep ZOPFAN, terdapat juga negara anggota yang tidak bersetuju dengan konsep tersebut

terutamanya Vietnam. Ini kerana, Vietnam Utara memberikan reaksi yang agak negatif 

terhadap gagasan ZOPFAN dan mengemukakan konsep ZOGIPAN (Zone Of Genuine

Independence, Peace And Neutrality).

Perkara ini dinyatakan oleh wakil Vietnam Utara iaitu Nguyen Thanh Le pada 20 januari

1972 dalam sidang akhbar di Paris bahawa Vietnam Utara mahukan kawasan yang benar-

 benar berkecuali di rantau ini. Penegasan ini diulangi lagi oleh wakil Vietnam Utara di

Kuala Lumpur pada November 1972 ketika diminta mengulas mengenai pengecualian Asia

Tenggara. Ulasan tersebut antara lain ber  bunyi “ apa yang kita mahu adalah menubuhkan

kawasan berkecuali yang tulen, aman, bebas dan berkecuali meliputi negara-negara di rantau

ini” (Utusan Malaysia: 1972:8). 

Selain Vietnam Utara, Laos juga secara terang-terangan turut menentang ZOPFAN dan

 pendirian ini ditegaskan melalui wakli mereka yang mendakwa pengistiharan tersebut lebih

 bertujuan untuk mengaburi mata dunia terhadap tindakan Amerika Syarikat dalam konflik di

Indochina khususnya Vietnam, Laos dan Kemboja serta mengalihkan perhatian dunia

daripada perkara tersebut kepada tindak tanduk ASEAN. Oleh itu, daripada contoh di atas,

 jelas menunjukkan bahawa walaupun konsep yang diamalkan adalah di atas tiket ASEAN,

namun, kesepakatan dalam penubuhan konsep adalah dalam keadaan yang sangat

mendukacitakan.

Page 9: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 9/13

4.2.2 Kegagalan Mencari Penyelesaian.

 Namun, ASEAN juga gagal mencari penyelesaian bagi konflik Kepulauan. Antaranya

 perebutan kepulauan Spratly. Ini kerana semua negara ASEAN berminat hendak memiliki

Kepulauan Spratly bagi menikmati hasil kekayaan Kepulauan Spratly dan mereka tidak 

mahu berkongsi dengan negara lain. Konflik tuntutan terhadap Kepuluan Spratly bermula

 pada tahun 1950-an lagi. Tuntutan pertama terhadap Kepulauan Spratly bermula dengan

negara Filipina pada Mei 1956, yang mendakwa Kepuluan Spratly adalah hak miliknya

 berdasarkan penemuan yakni Kepuluan Spratly telah ditemui oleh penduduk Filipina yang

 bernama Thomas Cloma.

Kemuncak konflik ini berlaku pada tahun 1972, apabila Filipina secara rasmi

mengisytiharkan beberapa pulau di Kepulauan Spratly seperti Kepulauan Kayalan menjadi

milik Filipina. Selain itu, Vietnam juga mendakwa Pulau Spratly adalah hak miliknya.

Vietnam telah menghantar tenteranya berkawal di sekitar Pulau Spratly pada Julai 1956 bagi

mengelakkan negara lain mencerobohi Kepulauan Spratly. Malaysia dan Brunei juga tidak 

terkecuali menuntut hak terhadap Kepulauan Spratly dengan alasan kepulauan tersebut

terletak dalam Zon Ekonomi Eksklutif (ZEE) yang membenarkan negara mengurus dan

menggunakan sumber Kepulauan Spratly.

Pada tahun 1988, konflik tuntutan Kepulauan Spratly menjadi bertambah serius apabilaRepublik Rakyat China campur tangan dalam konflik Kepulauan Spartly dengan mendakwa

Kepulauan Spratly adalah milik China dan menghantar tenteranya berkawal di sekitar 

 perairan Kepulauan Spratly. Tindakan China ini telah menggugat keamanan dan kestabilan

Asia Tenggara apabila berlaku pertempuran antara tentera Vietnam dengan tentera China.

Walaupun konflik tuntutan Kepulauan Spratly ini telah dibawa ke ASEAN bagi mencari

 jalan penyelesaian, namun ASEAN gagal mencari penyelesaian bagi konflik ini kerana

semua negara ASEAN berminat hendak memiliki Kepulauan Spratly. Akhirnya, ASEAN

menyelesaikan masalah ini melalui meja rundingan dan menggunakan PBB sebagai tempat

terakhir untuk menyelesaikan konflik ini. Ini menunjukkan, ASEAN masih tidak mampu

menyelesaikan masalah hanya dalam kalangan ahli anggota tetapi terpaksa menggunakan

khidmat PBB.

Page 10: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 10/13

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KERJASAMA SERANTAU DALAM

EKONOMI

5.1 KEKUATAN

5.1.1 Mengurangkan Jurang Kemiskinan

Pasaran bebas yang dimaksudkan adalah semua produk keluaran negara anggota ASEAN

 boleh menembusi pasaran sesama negara anggota tanpa dikenakan sebarang tarif atau tarif 

yang minimum. AFTA yang dilaksanakan menerusi Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata

(Common Effective Prefential Tariff Scheme-CEPT) telah memberikan sumbangan kepada

 jumlah perdagangan antara negara anggota ASEAN iaitu peningkatan sebanyak 34 %

daripada kira-kira US$ 44 bilion pada tahun 1993 kepada US$ 59 bilion pada tahun 1994

dan berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama.

Pertumbuhan ekonomi yang baik mampu mengurangkan jurang perbezaan kemiskinan.

Malah, ASEAN turut menjalankan beberapa rancangan berpaksikan ekonominya mengikut

kawasan. Antaranya, menubuhkan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-

Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura

(IMS-GT) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). Kawasan

 pertumbuhan ini diwujudkan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam bidang

ekonomi seperti industri, infrastruktur, pelancongan, pertanian, telekomunikasi dan tenaga.Malah, menerusi rancangan pembangunan ekonomi mengikut kawasan ini, negara anggota

yang terlibat secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama sesama mereka

kerana rancangan bersifat ekonomi tidak akan berjaya jika negara anggota yang terlibat

tidak sama-sama menggembleng tenaga.

5.1.2 Mewujudkan Ekonomi Rantau ASEAN yang Stabil, Makmur dan Berdaya Saing

Rancangan ASEAN dalam penstrukturan ekonomi ternyata telah berjaya mewujudkan

ekonomi rantau ASEAN yang stabil, makmur dan berdaya saing. Misalnya, bagi

mengurangkan jurang perbezaan kemiskinan dan sosioekonomi, ASEAN telah

menggalakkan perkembangan kawasan pertumbuhan seperti BIMP-EAGA, IMS-GT dan

IMT-GT. Sekiranya difikirkan, konsep ini adalah penting bagi menggalakkan pembangunan

yang menggabungkan kerjasama bagi setiap ahli. Kerjasama yang wujud sudah pasti akan

mewujudkan hubungan yang baik antara negara anggota dan sebarang pertelingkahan dapat

Page 11: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 11/13

dielakkan.

Selain itu, ASEAN juga berusaha untuk mengatasi masalah kerjasama ekonomi serantau

dengan melaksanakan beberapa usaha iaitu pada tahun 1977, ASEAN telah menandatangani

Perjanjian Peraturan Perdagangan Istimewa ASEAN (Prefential Trading Arrangement-PTA)

untuk menambahkan perdagangan antara anggota-anggota ASEAN. Bukti kejayaan PTA

adalah pada 1989, sebanyak 14, 656 barangan telah dimasukkan ke dalam Senarai PTA.

Manakala, pada tahun 1982, ASEAN telah melancarkan Skim Pelengkapan Industri ASEAN

(ASEAN Industrial Complementary Scheme-AIC) untuk menggalakkan setiap negara

ASEAN mengeluarkan komponen tertentu dalam sesuatu industri berat misalnya automobil.

5.1.3 Perkongsian Sumber-sumber Alam dan Bahan Mentah

Kebergantungan antara negara amat penting dalam perkongsian sumber-sumber alam

khususnya bahan mentah dan sumber tenaga. Bagi Negara yang memiliki sumber alam yang

 banyak, pelbagai faedah yang boleh diperolehi. Malah, sesetengah negara atau kawasan

tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industri dalam

negara. Oleh sebab itu, negara terpaksa bergantung kepada negara luar bagi memperoleh

sumber kuasa tersebut. Misalnya, negara Jepun terpaksa bergantung kepada negara-negara

Teluk dan Asia yang lain bagi memperoleh bekalan petroleum. Negara-negara Teluk atau

Arab pula yang kekurangan sumber minyak kelapa sawit terpaksa bergantung kepadanegara-negara Asia Tenggara khususnya Malaysia untuk mendapatkannya.

Walaubagaimanapun, Malaysia juga bergantung kepada Thailand untuk mendapatkan

 bekalan beras.

5.1.4 Perkongsian Teknologi dan Galakkan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)

Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta

inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi juga merupakan kepentingan saling bergantung

antara negara. Tanpa teknologi sesebuah negara atau kawasan, tidak boleh dibangunkan

walaupun negara tersebut kaya dengan sumber alam. Melalui pemindahan dan perkongsian

teknologi moden, maka bidang-bidang pembangunan sumber alam, sumber tenaga,

 perindustrian, marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya di sesebuah negara boleh

dimajukan. Contohnya, dalam usaha untuk memperkembangkan Industri Berteknologi

Tinggi (HITEC) di Malaysia, negara bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara

Page 12: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 12/13

Jepun seperti teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan

mutu. Malaysia juga bergantung kepada perkongsian dan pemindahan teknologi maklumat

(IT) dari Amerika Syarikat. Antaranya ialah seperti idea dan teknologi MSC di negara ini

yang berkonsepkan teknologi lembah silikon di Amerika Syarikat.

5.1.5 Penubuhan Zon Ekonomi Eksklusif 

Zon Ekonomi Eksklusif merujuk kepada tuntutan hak negara-negara untuk menguruskan

sumber-sumber alam seperti ikan, petroleum dan gas di perairan pantai. Konsep Zon

Ekonomi Eksklusif telah dikemukakan dalam Perjanjian Undang-undang Laut Dunia 1979.

Perjanjian Undang-undang Laut Dunia 1979 telah menetapkan Zon Ekonomi Eksklusif 

 berdasarkan jarak 321 kilometer (200) batu dari pantai sesebuah negara. Perjanjian itu

menyatakan bahawa negara-negara berkenaan boleh menuntut sumber ekonomi yang ada di

lautan dan di dasar laut untuk kepentingan masing-masing.

Penubuhan ZEE banyak memberi faedah kepada negara anggotanya. Salah satu

kebaikannnya adalah Malaysia boleh menguasai kepentingan perikanan, minyak petrol, gas

dan beberapa buah pulau di Laut China Selatan. Selain itu, penubuhan Zon Eksklusif ini

akan membantu sesebuah negara dalam mempertahankan hak mereka. Penubuhan ZEE akan

membantu menyelesaikan sebarang masalah perebutan yang berlaku dalam keadaan aman

dan damai tanpa berlakunya pergaduhan antara sesama negara.

5.2 KELEMAHAN

5.2.1 Perebutan Ke Atas Kepulauan Spratly

Pelaksanaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) ternyata telah menyebabkan perebutan ke atas

Kepulauan Spratly. Hal ini kerana Kepulauan Spratly selama ini dituntut oleh Malaysia

sebagai kawasan bertindih. Kedudukan kepulauan ini di kawasan ZEE telah menyebabkan

 banyak negara bertelagah antara satu sama lain.

Tindakan Malaysia telah menimbulkan masalah yang menjejaskan hubungan Malaysia

dalam menghadapi tentangan daripada negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Negara Thai,

Vietnam dan Singapura. Negara Thai dan Malaysia telah berkonflik kerana tuntuan ke atas

kawasan perikanan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Filipina pula berkonflik kerana

tuntutan Filipina ke atas beberapa Kepulauan Spratly. Singapura dan Malaysia pula

Page 13: Perhubungan dengan negara serantau.docx

7/27/2019 Perhubungan dengan negara serantau.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perhubungan-dengan-negara-serantaudocx 13/13

 berkonflik kerana tuntutan ke atas Pulau Batu Putih di Selatan Johor dan Indonesia pula

menuntut Kepulauan Natuna dan Anambas. Oleh itu, ZEE yang menetapkan bahawa negara

Asia boleh menuntut sumber ekonomi yang ada di lautan telah mendatangkan

 pertelingkahan antara negara anggota kerana masing-masing ingin mempertahankan

kepentingan mereka.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penghujahan yang dikemukakan di atas, ternyata dasar kerjasama serantau yang

dijalankan dalam kalangan negara anggota di Asia Tenggara mempunyai kekuatan dan

kelemahan yang tersendiri dalam sosial, politik dan ekonomi. Malah, jika diperhatikan, pada

awal tahun 1947 iaitu semasa Perang Dingin berlaku di antara blok komunis dengan blok 

kapitalis menyebabkan keadaan dunia menjadi tidak aman. Keadaan ini juga berlaku di Asia

Tenggara apabila Asia Tenggara menjadi medan perluasan kuasa komunis dan kapitalis.

Selain itu, masalah dalaman Asia Tenggara seperti Konfrontasi Indonesia terhadap

Malaysia, tuntutan Filipina terhadap Sabah dan isu Kampuchea juga menyumbang kepada

ketidakstabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara.

Bagi mengatasi masalah ini, negara-negara Asia Tenggara telah membentuk kerjasama

serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Namun begitu, kerjasama serantau yang

ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal mengatasikonflik dalaman negara Asia Tenggara tetapi kerjasama serantau tersebut berjaya

mengurangkan ketidakstabilan rantau Asia Tenggara melalui dasar menyelesaikan masalah

dalaman tanpa melibatkan orang luar. Dasar kerjasama serantau yang berjaya mewujudkan

dan mengekalkan suasana aman damai di Asia Tenggara adalah ASEAN. Kejayaan ASEAN

mengatasi konflik dan mewujudkan suasana aman damai di Asia Tenggara adalah

disebabkan dasar berkecuali iaitu tidak mencampuri urusan negara lain yang dipegang oleh

negara anggota ASEAN.