makmal kejuruteraan awam - universiti teknologi malaysia...jaringan industri & perhubungan...

6
Makmal Kejuruteraan Awam

Upload: others

Post on 04-Nov-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makmal Kejuruteraan Awam - Universiti Teknologi Malaysia...Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri. 64 42 Dalam Negara Luar Negara Hubungan

Makmal Kejuruteraan Awam

Page 2: Makmal Kejuruteraan Awam - Universiti Teknologi Malaysia...Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri. 64 42 Dalam Negara Luar Negara Hubungan

Jaringan Industri &Perhubungan Korporat

Usaha terkini UTM adalah kolaborasi bersama rakan industriPROTON, peneraju industri pemotoran negara didalampenubuhan makmal satelit penyelidikan. Makmal 'FutureDrive Laboratory' yang beroperasi di kampus UTM Johor

Bahru akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkansistem 'e-drive' yang banyak digunakan dalam kenderaan

hibrid dan elektrik selain difokuskan untuk R&D lanjutanbagi teknologi pemulihan dan penyimpanan tenaga.

Proton Technology Advisory Council di Lotus Group HQ, Norwich.

Page 3: Makmal Kejuruteraan Awam - Universiti Teknologi Malaysia...Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri. 64 42 Dalam Negara Luar Negara Hubungan

Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat

Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri.

6442

Dalam Negara

Luar Negara

Hubungan simbiosis universiti dan industri ini amat

signifikan kerana kedua-duanya saling memerlukan.

Dalam era Model Baru Ekonomi (MBE) misalnya,

hubungan kedua-dua pihak ini semakin penting apabila

negara memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran

tinggi. Oleh yang demikian, universiti sentiasa memberi

peluang dan ruang untuk mengadakan kerjasama dalam

pelbagai bidang penyelidikan dan pembelajaran. Pada

tahun 2011 sebanyak 106 Memorandum Persefahaman

(MoU), Memorandum Perjanjian (MoA) dan lain-lain

perjanjian telah ditandatangani dengan industri dan

institusi luar seperti Seagate International (Johor) Sdn

Bhd., Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd dan Cameron

International Malaysia Systems Sdn Bhd. Ini merupakan

langkah pertama yang bakal mengundang penglibatan

yang lebih serius dan formal.

Usaha terkini UTM ialah kolaborasi bersama rakan

industri PROTON, peneraju industri pemotoran negara

dalam penubuhan makmal satelit penyelidikan. Makmal

'Future Drive Laboratory' yang beroperasi di kampus

UTM Johor Bahru akan digunakan sepenuhnya untuk

membangunkan sistem 'e-drive' yang banyak digunakan

dalam kenderaan hibrid dan elektrik selain difokuskan

untuk R&D lanjutan bagi teknologi pemulihan dan

penyimpanan tenaga. Manakala makmal 'Active Safety

Laboratory' beroperasi di Kampus UTM Kuala Lumpur

memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan lanjutan

Jaringan Industri &Perhubungan Korporat

76

Page 4: Makmal Kejuruteraan Awam - Universiti Teknologi Malaysia...Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri. 64 42 Dalam Negara Luar Negara Hubungan

Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat

terhadap aspek dinamik kenderaan khususnya menerusi

teknologi berasaskan simulasi serta penilaian objektif

dan subjektif mengenai teknologi keselamatan aktif.

Kerjasama bersama PROTON juga telah memberi peluang

kepada staf akademik memainkan peranan utama dalam

pelbagai kegiatan penyelidikan dan inovasi di Syarikat

Proton Berhad. Usaha ini secara tidak langsung telah

meletakkan UTM sebagai penyumbang kepada

pembangunan industri kereta nasional.

Selain itu, UTM telah menjalinkan kerjasama dengan

CCM Chemicals Sdn. Bhd. (CCMC), iaitu sebuah syarikat

berasaskan industri kimia dan tersenarai di Bursa

Malaysia. CCMC telah bersetuju untuk menggunakan

hasil penyelidikan yang dibangunkan oleh penyelidik

UTM dan telah dipatenkan di mana produk tersebut

akan digunakan untuk memulihkan kawasan tadahan

air yang tercemar, menyerap logam berat yang

menggunakan sebatian semula jadi daripada tumbuh-

tumbuhan, penggunaan membran penapis air dan

produk-produk penapisan air.

Kerjasama strategik dengan Malaysia Bio-Xcell Sdn Bhd,

sebuah syarikat berasaskan bioteknologi juga dilihat

sebagai salah satu usaha membantu kerajaan menerajui

ekosistem bioteknologi di negara ini melalui pelbagai

inisiatif termasuk Program Penyelidikan dan

Pembangunan yang strategik yang dikenal pasti untuk

mengembangkan perkhidmatan dan kemudahan di

Hab Ekosistem yang terletak di koridor pembangunan

selatan, iaitu Iskandar Malaysia, Johor.

Ker jasama seterusnya ia lah dalam bentuk

pengembangan program pendidikan dan latihan

profesional sama ada pada peringkat ijazah lanjutan

atau kursus pendek. Hal ini membolehkan warga industri

mengetahui perkembangan terkini dalam sesuatu

disiplin ilmu. Universiti melalui UTMSPACE telah

mengetengahkan pembudayaan pembelajaran

sepanjang hayat yang berterusan kepada masyarakat

termasuk warga industri dengan tujuan men-

transformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

Senarai program pembelajaran sepanjang hayat.

Nama Program

Bahasa Inggeris & Program Persediaan

Program Kerjasama

Program Eksekutif

Bilangan Peserta

206

5,671

588

77

Page 5: Makmal Kejuruteraan Awam - Universiti Teknologi Malaysia...Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri. 64 42 Dalam Negara Luar Negara Hubungan

78

Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat

1. Ditchley Rountable anjuran UTM dan Centre For Islamic Studies, Oxford University2. Lawatan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad ke pameran Proton-UTM Electric Car Flagship Project di ICSM.

3. MoU antara UTM dan CCM Bhd.4. MoU antara UTM dan Hewlett-Packard Malaysia.

1

4

3

4

Page 6: Makmal Kejuruteraan Awam - Universiti Teknologi Malaysia...Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri. 64 42 Dalam Negara Luar Negara Hubungan

79

Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat

1. MoU antara UTM dan University of Columbia, The New York Academic of Science, Amerika Syarikat.

4. Lawatan ke Pameran Sempena Majlis Perasmian Makmal UTM-PROTON.5. MoU antara UTM dan Forest Research Institute Malaysia (FRIM).

3

4 5

2

2. Majlis menandatangi MoU antara UTM dengan BIOMALAYSIA 2011 dan IWA Development Congress.3. Majlis menandatangi MoU antara UTM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

1