pergi ke pasar malam karangan

Download Pergi Ke Pasar Malam Karangan

If you can't read please download the document

Upload: rony-arokiasamy

Post on 25-Dec-2015

2.513 views

Category:

Documents


44 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Pergi Ke Pasar Malam (keperihalan)

Pada minggu lalu, saya mengikuti ibu saya pergi ke pasar malam.Pasar malam ini diadakan tidak jauh dari rumah saya.Aktiviti-aktiviti pasar malam ini bermula pada pukul 3.30 petang hingga 10.00 malam.Kami berjalan kaki ke sana.Ibu membawa bakul untuk meletakkan barang yang akan dibeli.

Apabila sampai di sana, kami melihat ramai orang membeli barang.Terdapat banyak gerai yang dibuka.Ada gerai yang berpayung dan ada yang tidak berpayung.Penjual menjual pelbagai barangan.Antaranya ubat-ubatan,pakaian,makanan, minuman dan-dan lain.

Suasana di pasar malam riuh-rendah.Suara penjual memanggil pelanggan.Pembeli tawar-menawar harga barang- barang.Barangan di pasar malam lebih segar dan harganya pun murah.Di satu sudut pasar malam kelihatan seorang lelaki tua berpakaian compang-comping menadah tangan meminta simpati.Saya menghulurkannya sekeping RM5.

Selepas itu, ibu pergi ke gerai menjual barangan dapur.Di situ, ibu membeli bawang,tepung,minyak dan lain-lain.Ibu pergi ke gerai barangan basah.Ibu membeli ayam,daging,sayur-sayuran dan lain-lain.Aku masukkan barang-barang itu ke dalam bakul.

Selain itu, saya mengajak ibu ke gerai jual burger.Di situ ibu membeli burger dan sosej.Ibu juga membeli sate untuk dibawa pulang.Saya sempat meminta ibu membeli alat permainan untuk saya dan adik.Saya mengambil sebuah anak patung dan sebuah kereta kecil untuk adik.

Pada pukul 6.00 petang,saya dan ibu pun pulang ke rumah.saya berasa letih tetapi gembira.Ibu berjanji akan membawa saya ke pasar malam lagi jika ada peluang lagi.