pergertian kaunseling

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    1/8

    KAUNSELING

    PERGERTIAN KAUNSELINGKaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semuaorang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yangluas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat

    dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesamamereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalahdan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagikebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalambidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

    Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi,sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatanpenyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia

    juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Iniberdasarkan kepada kepercayaan:

    Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada

    kehidupan masing-masing.

    Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawabterhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antarakaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupundirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klienmembuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan

    kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses iniakan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapatmenentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuaninteraksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahanpada klien.

    Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi iamenolong klien memahami dirinya yang sebenar apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang bolehdilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidakboleh dilakukannya langsung.

    Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dankehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkankesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akandapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannyauntuk hidup dengan lebih sempurna.

    Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuatkeputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasarbahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

    TUJUAN KAUNSELING

    Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentangkaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuanterakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuanproses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawaklien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal

    1

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    2/8

    KAUNSELING

    sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya,maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.

    Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yangpanjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasildaripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri,penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir

    merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyaimasalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna,berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

    Lima tujuan kaunseling iaitu:

    1. Menolong mengubah tingkah laku klien.2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang

    terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan

    dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana danmengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia

    menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi

    masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubunganyang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannyadengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya danseterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan

    kehidupan individu.5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan

    bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

    Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorangindividu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untukmemberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap

    pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari prosesmembuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkanbantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman,pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama padasemua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkindiubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakanyang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikutkeperluan klien.

    Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:

    Memahami diri dan situasinya; Mengenal pasti keperluannya; Menerima realiti hidupnya; Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya; Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya; Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

    Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individuyang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuanhidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat

    2

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    3/8

    KAUNSELING

    dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khususyang ingin dicapai dalam masa yang singkat.

    Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkanmasalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikatyang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihatdari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini

    yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan,psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendirikerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistikterhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuanhidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnyadiberi perhatian yang wajar.

    Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses danperhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsikaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemaniklien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelahtujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakinberkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskanperjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

    PRINSIP KAUNSELING

    Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip danciri kaunseling adalah seperti berikut:

    1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengankehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan

    kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak

    individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini

    ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan

    semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.

    5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar

    merupakan kaunseling.6. Kaunselor memahami kliennya.7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien.

    Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai

    masalah psikologi.Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:

    1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang

    dirinya sendiri.4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.

    3

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    4/8

    KAUNSELING

    Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

    1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau

    kerunsingan.2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan

    kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan

    proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Halini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusantanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segalafaktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan

    fikiran yang kabur dan tidak rasional.4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling

    dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa

    untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi

    kesejahteraan diri sendiri.6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum

    untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

    KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA

    Membentuk Kejayaan Diri

    Menganalisa mengenali diri sendiri

    Menyediakan matlamat hidup

    Mempunyai wawasan sendiri

    Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup

    Sasaran Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan berjayadalam kerjaya

    Mengenal diri sendiri

    Anggapan kita mengenal diri sendiri

    Diri kita dari kaca mata orang lain

    Diri kita sebenar

    Tiga jenis manusia

    Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku

    Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku Mereka yang bertanya apa yang berlaku

    Penilaian diri

    Memahami diri sendiri kekuatan/kelemahan

    Motivasi kemahuan, semangat membara, keyakinan

    Disiplin diri menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri

    4

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    5/8

    KAUNSELING

    Keimanan Pedoman dan Pegangan hidup

    Keyakinan mempercayai kebolehan sendiri

    Daya tarikan personaliti dan imej diri

    Perasaan kebolehan mengawal perasaan

    Sikap Positif atau Negatif

    Tenaga- tenaga yang berterusan

    Semangat, kecergasan, kesungguhan

    Berfikir kreatif idea/strategi baru

    Sasaran sasaran dan standart diri sendiri

    Matlamat Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan

    Pengurusan masa Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak

    penting segera.Jenis-jenis matlamat

    Matlamat jangka panjang

    Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai Matlamat jangka pendek

    Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat jangka panjangMatlamat : Pendekatan "Smarter"

    S

    M

    A

    R

    T

    E

    R

    --

    -

    -

    -

    -

    -

    SpecificMeasuarable

    Attainable

    Reasonable

    Time bound

    Exciting

    Rewarding

    SpesifikBoleh diukur

    Boleh dicapai

    Berpatutan

    Jangkamasa

    Seronok / mengembirakan

    Ganjaran

    Prinsip pembentukan matlamat

    Matlamat mestilah matlamat anda sendiri Matlamat mestilah positif Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata Matlamat mestilah ditulis Matlamat mestilah specifik

    Mengapa tidak mempunyai matlamat

    Boleh dijangkakan

    Telah ditetapkan

    Takut kehilangan / kekalahan

    Takut kemenangan

    Pengharapan yang terlalu tinggi

    9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

    5

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    6/8

    KAUNSELING

    1. Kuasai masa anda"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"

    2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda."Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang bolehmelakukannya untuk selama-lamanya".

    3.Hapuskan ketakutan."Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuatanda tidak akan berjaya".

    4. Praktikan sikap positif

    5. Gambaran minda"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuanperjalanan tersebut".

    6. Bina imej diri positif

    7. Capai sebarang peluang yang mendatang"Peluang hanya datang sekali"

    8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu

    9. Ambil tindakan sekarang Jangan cakap-cakap kosong sahaja."Action speak louder than words""1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

    Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda

    Langkah 1

    Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut. Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada. Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.

    Langkah 2

    Fikirkan tindakan yang akan diambil Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda

    Langkah 3

    Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan

    Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukanLangkah 4

    Ikut setiap pilihan sampai tamat Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan

    Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu.

    Langkah 5

    Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan andaLangkah 6

    Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut

    langkah 2.Langkah 7

    6

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    7/8

    KAUNSELING

    Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan

    yang jitu.Hilangkan ketakutan

    Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.

    Fasa 1 Kenalpasti diri anda

    Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda

    Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik

    Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan

    Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

    Fasa 2 Ketegasan diri anda

    Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"

    Langkah 2 : Bertanya

    Bersikap positif

    Apa itu SIKAP

    Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi yang

    ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain. Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan diurus.

    Bagaimana Sikap di Perlihatkan

    Perkataan yang digunakan - "Boleh saya tolong.""Maaf,"

    Air muka - senyum

    Budi bahasa - Bersopan santunKurang sopan

    Nada bahasa - Lembut, marah

    Pembawaan diri (Imej) - Kemas, bersih

    Pakaian - Kotor, bersih

    Cara berjalan - Bertenaga, tak bermaya

    Posture - Tegap, Bongkok

    Sikap dan perhubungan manusia

    Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?

    Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:

    7

  • 8/9/2019 PERGERTIAN KAUNSELING

    8/8

    KAUNSELING

    Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika

    anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.Kaedah mengubah sikap

    Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika

    berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu dilakukan. Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang

    membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan

    atau simpati? Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan

    mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan

    persekitaran untuk bertindak? Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung

    negatif; mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan paksaan atau secara

    tidak langsung; menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan. Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya,

    menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau dorongan dan

    mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau kegagalan.17. Sikap

    Sikap orang yang berjaya

    Mengubah kelakuan sendiri Bekerja keras dan punya masa Tahu bila mahu bersikap tegas dan

    mengalah Menghormati orang lain dan sanggup belajar

    dari orang lain Menggunakan masa untuk maju Penekanan terhadap kemungkinan /

    (peluang)

    Menerima pendapat orang lain

    Sikap orang yang gagal

    Cuba mengubah kelakuan orang lain Terlalu sibuk membuat apa yang patut Mengalah bila disoal dan

    mempertahankan perkara yang tidak

    penting Tidak mahu melihat kelebihan orang lain

    cuma terhadap kelemahan mereka Gunakan masa untuk mengelakkan

    kritikan Penekanan terhadap masalah Tidak mahu menerima pendapat orang

    lain

    8