perenggan isi tffp

5
PERENGGAN ISI TEKNIK TFFP T : TOPIK F : FRASA 1 F : FRASA 2 P : PENEGASAN

Upload: asrul

Post on 04-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isi tffp

TRANSCRIPT

Page 1: Perenggan Isi Tffp

PERENGGAN ISITEKNIK TFFPT : TOPIKF : FRASA 1F : FRASA 2P : PENEGASAN

Page 2: Perenggan Isi Tffp

Ayat Topik (T)

• Ayat Topik ialah ayat untuk mengetengahkan isi bagi karangan. Isi pula ialah idea utama atau perkara penting yang merujuk kepada soalan karangan yang ditulis.

• Digalakkan ditulis dalam dua frasa:• Frasa 1-fokus isi• Frasa 2-pelengkap kepada fokus isi• Contoh: Remaja mestilah melengkapkan diri dengan ilmu

pengetahuan yang selari dengan perkembangan zaman.

Page 3: Perenggan Isi Tffp

F1 dan F2Frasa 1 Frasa 2

Remaja mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Yang selari dengan perkembangan zaman

Memang tidak dinafikan bahawa ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia . Orang yang berpengetahuan dapat meraih kejayaan dalam pelbagai bidang. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda dengan mengatakan bahawa tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad.

Bagi remaja, mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang selari dengan perkembangan zaman. Jelasnya, semua orang tahu bahawa ilmu pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi sangat pantas berkembang pada masa kini.

Page 4: Perenggan Isi Tffp

Penegasan/Rumusan Perenggan (P)

• Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagi perenggan berkenaan.

• Penanda wacana yang disesuaikan wajar digunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telah ditutup dengan baik.

• Contoh• Oleh itu, remaja haruslah menguasai ilmu dalam bidang

ini untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja di peringkat antarabangsa. Sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan,golongan remaja mestilah berusaha untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu masa kini dan masa hadapan.

Page 5: Perenggan Isi Tffp

Perenggan Lengkap• Remaja mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang

selari dengan perkembangan zaman. Memang tidak dinafikan bahawa ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia . Orang yang berpengetahuan dapat meraih kejayaan dalam pelbagai bidang. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda dengan mengatakan bahawa tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. Bagi remaja, mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang selari dengan perkembangan zaman. Jelasnya, semua orang tahu bahawa ilmu pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi sangat pantas berkembang pada masa kini. Oleh itu, remaja haruslah menguasai ilmu dalam bidang ini untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja di peringkat antarabangsa. Sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan,golongan remaja mestilah berusaha untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu masa kini dan masa hadapan.