percubaan spm km 2013

Upload: mohd-burhanuddin

Post on 14-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    1/18

    SULIT 2215

    Bahagian Satu

    [40 markah]

    Jawab semua soalan.

    1.Hendaklah jadi kepala,

    buang perangai yang cela.

    Hendaklah memegang amanat,

    buanglah kianat.

    ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )

    a) Apakah jenis puisi di atas. [2 markah]

    b) Huraikan satupengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. [2 markah]

    2.

    Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin keempat

    orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka jin itupun datanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa

    pekerjaan tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik

    melawan? Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata PuteraJayapati, "Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di

    bawah mahligai ini'.

    ( Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan )

    Huraikan dua unsur cerita panji dalam petikan di atas. [4 markah]

    3. Maka kata naga itu, "Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga patik

    ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji telur itu maka dikasikan kepadatuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah,

    maka kata Raden Kesuma Ningrat, "Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang

    dapatkan singa, katakan aku hendak pulang". Maka pergilah landak itu.( Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Seuntai Kasih Secebis Harapan )

    Jelaskan dua nilai moral yang terdapat dalam petikan diatas. [4 markah]

    4. Pengalaman adalah payung ketabahannya

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    2

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    2/18

    SULIT 2215

    menempuh hujan ujian yang tajam

    keredaan adalah bekal usahanya

    merempuh hutan beban yang kelam.

    (Dipetik daripada sajak Sketsa Pengemis Kecil

    PadaLandskap Kota Raya, karya Chulan Chin )

    Nyatakan duapersoalan dalam puisi di atas. [4 markah]

    5. HULUBALANG : Ampun, tuanku. Lekas berundur, tuanku. Askar-askar Feringgi

    mencari tuanku di keliling Kota Melaka. Mereka sangat zalim dan kejam. Ramai orangkita ditawan dan dibunuhnya. Semua masjid dan madrasah dibakar. Lekas berundur dari

    sini, tuanku. (SULTAN MAHMUD terdiam sejurus dan tunduk termenung

    sambil memandang permaisuri dan sekaliannya). Kita semua terpaksa berundur,tuanku. Tapi....tapi, Datuk Bendahara dengan orang-orangnya masih berdegil

    menentang di luar kota...

    ( Dipetik daripada dramaBendahara Tepokoleh Shaharom Husain )

    Jelaskan dua latar masyarakat dalam petikan drama di atas. [4 markah]

    6. IMRAN: (Suara putus-putus) Sabar, Asma. Jangan putus asa. Bawa mengucap.Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat,

    Percayalah. Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua

    salah aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat,

    perkara sudah terjadi.

    ( Dipetik daripada dramaMenggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )

    Jelaskan duaperwatakan Imran dalam petikan drama di atas. [4 markah ]

    7. Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi

    pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur,aku menggeliat.Mengendurkanotot-otot yang tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di sekitar rumahku.

    Kabus pagi masih lagi belum mahu membiarkan suria menonjolkan diri. Dinginmenghambat ke seluruh tubuhku yang kurus.

    ( Dipetik daripada cerpenBenar kata Ayah oleh Ria Asmira )

    Berikan dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.[4 markah]

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    3

    [Lihat halaman sebelah

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    3/18

    SULIT 2215

    8. "Kau punya cita-cita, Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan.

    "Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah

    aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidupseperti ini, mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?'

    Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.

    ( Dipetik daripada cerpenDi Bawah Langit Takut-takutoleh Amalia Fauza Bohari )

    Huraikan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]

    9. " Emak sebenamya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa emak nak

    berkongsi." Di situ dia noktahkan ayatnya.

    ( Dipetik daripada novelJeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )

    (a) Siapakah Emakdalam petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?

    [2 markah]

    (b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emakdalam petikan di atas? [2 markah]

    10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan Anuariza. Dia

    mengakui ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib dan subuh tadi, diamendengar laungan azan yang begitu lunak dari masjid kampung. lbunya

    mengatakan Anuariza yang melaungkan azan apabila masuk waktu solat.

    Sewaktu kenduri kesyukuran di rumahnya malam semalam juga, Anuariza turut

    diberi kepercayaan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas imamkampung itu memulakannya.

    ( Dipetik daripada novelJeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )

    Berikan empat unsur lslam yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]

    Bahagian Dua

    ( 60 markah )

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    4

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    4/18

    SULIT 2215

    Bahagian A

    (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

    Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

    1. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan

    Zahir peruntungan yang telah sejati,

    Mendapat saudara handai sahabati,Ahli kebajikan menyejukkan hati,

    Setia amanah nyata dilihati.

    Budi yang sama ikhlas mesra,

    Menghabisi dukacita sengsara,

    Bukan balas intan mutiara,Melainkan rahmat dipohonkan segera.

    Jatuh padanya itu sekalian,Darjah kehebatan lagi kepujian,

    Nur keelokan rahmat ketinggian,

    Daripada itu hingga kemudian.

    Kerana fakir tiada terkuasa,

    Pada hamba lusuhlah jasa,

    Budi yang ihsan dipohon sentiasa,

    lkatan reda sama sebangsa.

    Sesungguhnya tenang rasa fikirku,Serta rahmat anugerah Tuanku,

    Yang telah menghasilkan maksudku,

    Memecahkan di hati yang terbuku.

    ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )

    a. Jelaskan tiga ciri bentuk syair di atas. [6 markah]

    b. Nyatakan tiga amalan masyarakat dalam memupuk hubungan kekeluargaandan persahabatan yang terdapat dalam syair di atas. [6 markah]

    c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang. ([8 markah]

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    5

    [Lihat halaman sebelah

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    5/18

    SULIT 2215

    2. BerdasarkanHikayat Caya Langkara, teks Seuntai Kasih Secebis Harapan:

    a. Nyatakan empat kejayaan watak Caya Langkara. [8 markah]

    b. Jelaskan enam ciri cerita lipur lara yang terdapat dalam hikayat ini. [12 markah]

    Bahagian B

    (Puisi Moden dan Drama)

    Jawab sama adaSoalan 3 atau Soalan 4

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    6

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    6/18

    SULIT 2215

    3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

    DI DADA MEREKA ADA KHALID

    Mereka tak pemah mengimpikan puja sanjungdan nama menggunung

    di dada mereka ada Khaliddi tangan mereka pedang keberanian

    di hati mereka berkubu keyakinan

    seorang mati seribu lagi bingkas

    mengipas bara perjuangan.

    Perjuangan suci tak pernah tunduk

    pada igau kematian

    mati hanya mampu menumpaskan pengecuthidup hanya bererti buat yang berani

    biar seribu tahun

    perjuangan luhur jalannya berlumpur.

    Di dada mereka ada Khalid

    singa garang di padang juangsetiap hari akan mereka nantikan

    musuh pulang mengusung walang

    musuh walang mengusung keranda teman.

    SHAHRUNIZAM ABDUL TALIB

    a. Jelaskan nada sajak di atas. [4 markah]

    b. Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [8 markah]

    c. Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan perjuangan. Bilangan baris sajak anda itu

    tidak kurang daripada lima belas baris. [8 markah]

    4. Berdasarkan dramaDongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :

    a. Jelaskan empatperwatakan Puteri Lelawati Ayu . [8 markah]

    b. Bincangkan tiga pengajaran dalam drama . [6 markah]

    c. Huraikan tiga latar masyarakat. [6 markah]

    Bahaglan C

    ( Cerpen dan Novel )

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    7

    [Lihat halaman sebelah

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    7/18

    SULIT 2215

    Jawab sama adaSoalan 5 atauSoatan 6

    5. Berdasarkan cerpenAnak-anak Pejuang, karya Ghazali Lateh;

    a. Huraikan tema cerpen tersebut. ( 4 markah )

    b. Nyatakan empat peranan Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )

    c. Jelaskan empat konflik batin watak Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )

    6. . Berdasarkan novelDari Lembah ke Puncakkarya Ghazali Lateh.

    a. Jelaskan lima bukti yang menggambarkan kegigihan Jalil dalam novel tersebut.( 10 markah )

    b. Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. ( 10 markah )

    KERTAS SOALAN TAMAT

    Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM 2012.

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    8

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    8/18

    SULIT 2215

    Bahagian Satu

    1. a. gurindam 2 markah

    b.i. Kita mestilah menjauhi/membuang sifat/perangai yang buruk/tercela sekiranya

    hendak menjadi pemimpin/ketua.Cth : Hendak jadi kepala,

    Buang perangai yang cela 1+1mii. Kita mestilah memegang amanah yang diberi.

    Cth: Hendaklah memegang amanat. 1+1m

    iii. Kita hendaklah menjauhi perbuatan khianat.

    Cth: buanglah khianat 1+1m

    Mak: 2 markah2. Unsur cerita panji

    i. Watak utama/watak-watak dari kalangan istana/putera- puteri rajaContoh: Putera Jayapati/Raja Gangga Wijaya. 1+1m

    ii.Ada watak pembantu

    Contoh: Jin keempat orang/Bakawan Narada. 1+1miii. Ada unsur sakti/luar biasa/dongeng/mitos

    Contoh: Putera Jayapati menyeru gurunya Bakawan Nara yang mengeluarkan pahlawan jin

    keempat/jin yang amat banyak. 1+1miv. Ada unsur peperangan

    Contoh: Pahlawan Jin keempa/rakyat jin/Putera Jayapati hendak berperang dengan Raja

    Gangga Wijaya. 1+1m

    v. Latar tempat di alam nyata / ghaibContoh: Di bawah mahligai. 1+1m

    Mak: 4 markah

    3. Nilai moral/murni/kemanusiaan

    i.Baik hati.Contoh: Naga menyuruh Raden Kesuma Ningrat mengambil dua biji telur

    burung merpati di dalam telinganya 2m

    ii.Keadilan.

    Contoh: Raden Kesuma Ningrat memberikan sebiji seorang telur burungmerpati putih kepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan Raden Kesuma Wati

    2m

    iii. Kepatuhan/kesetiaan/ketaatan.Contoh: Landak putih patuh/setia/taat kepada Raden Kesuma Ningrat

    yang menyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak pulang 2mMak: 4 markah

    4. Persoalan

    i.Pengalaman hidup 2mii. Ketabahan menghadapi ujian 2m

    iii.keredhaan menghadapi kesusahan/kesulitan 2m

    Mak. 4 markah

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    9

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    9/18

    SULIT 2215

    5. Latar masyarakat :

    i.Masyarakat berada dalam ketakutan. 2mii.Masyarakat rnenjadi mangsa / tawanan perang. 2m

    iii.Masyarakat kehilangan harta benda 2m

    iv.Masyarakat gigih/berani berjuang . 2mv.Masyarakat taat kepada ketua/ raja.. 2m

    vi.Masyarakat dalam keadaan huru hara menyelamatkan diri.2 mvii.Masyarakat yang zalim/kejam. 2m

    Mak. 4 markah

    6. Perwatakan lmran

    i. Seorang bersikap tenang. 2mii. Seorang yang mengakui kelemahan diri. 2m

    iii.Seorang yang keras hati. 2m

    iv.Seorang yang prihatin / mudah simpat 2mv. Seorang yang mudah insaf.. 2m

    Mak. 4 markah

    7. Gaya bahasa

    i. Personifikasi 1mContoh: Deru angin menyentuh seluruh badanku/Kabus pagi masih tagi

    belum mahu membiarkan suria menonjokan diri/Dingin

    menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus. 1m

    ii. Simile. 1mContohnya: Deru angin.yang menyentuh seluruh badanku bagaikan

    menggerakkan segala sendi pemalasku/Bagaikan kucing bangun tidur

    aku menggeliat 1m

    iii.SinkofContohnya: badanku/ pemalasku. 1m

    vi.Kata gandaContohnya: otot-otot 1m

    Mak: 4 markah

    8. Teknik penceritaan

    i. Dialog. 1m

    contohnya: " Kau punya cita-citra , Rini? Tanyaku sekadar mengalih

    tajuk perbualan. 1mii.lmbas muka. 1m

    Contohnya: jika tertcapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untukmenguba nasib bangsaku. 1m

    iii.Teknik deskriptif/penghuraian. 1m

    Contohnya: Ada segarit senyum tawar di sudut bibir gadis itu 1m

    9.

    a. i. Solehah. 1m

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    10

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    10/18

    SULIT 2215

    ii. Anuariza. 1m

    b. Memberi jawapan terhadap lamaran Syed Mustafa yang mahu

    mengahwininya. 2mMak. 4 markah

    10. Unsur lslam

    i. Waktu-waktu dalam lslam/ subuh / maghrib. 1mii. Laungan azan. 1m

    iii. Masjid / rumah ibadat dalam lslam. 1m

    iv.Kenduri kesyukuran/ amalan hidup lslam 1m

    v. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW 1mvi. Nama nabi/ Nabi Muhammad SAW 1m

    vii. lmam / gelaran dalam lslam 1m

    Mak: 4 markah

    Bahagian Dua

    Soalan 1

    a. Bentuki. Berangkap

    Contoh: Terdiri daripada lima rangkap. 1+1m

    ii. Jumlah baris setiap rangkap sama banyak/empat baris .

    Contoh: R1 - R4. 1+1miii. Rima akhir sama/terikat/sekata.

    Contoh:semua rangkap rimanya aaaa 1+1m

    iv. Jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak/di antara tiga hingga

    lima perkataan..Contoh: Menghabisi dukacita sengsara ( tiga perkataan )

    Budi yang sama ikhlas mesra ( lima perkataan).......1+1mv. Jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak/di antara sembilan

    hingga dua belas

    Contoh: Bukan balas intan permata ( sembilan suku kata )

    Zahir peruntungan yang telah sejati (dua belas suku kata)1+1m

    vi. Berbentuk terikat / tidak bebas 2m

    Mak: 6 markahb. Amalan masyarakat.

    i. Hubungan kasih sayang/ kemesraan antara keluarga / sahabat 2mii. Selalu tolong-menolong keluarga yang memerlukan. 2m

    iii. Selalu berhubung/bertanya khabar ahli keluarga 2m

    iv. Sentiasa membuat kebajikan 2mv. Semangat setia kawan. 2m

    vi. Bersatu padu / mengamalkan semangat perpaduaan. 2m

    vii. Berbudi/ berbuat jasa dengan ikhlas 2m

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    11

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    11/18

    SULIT 2215

    Mak: 6 markah

    c. Mencipta Syair

    i. Tema 2m

    ii. Gaya Bahasa 2m

    iii. Bentuk. 2miv. Kreativiti. 2m

    Mak. 8 markah

    Soalan 2.

    a. Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara

    i. Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncakgunung Mesir 2m

    ii .Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja

    Saiful Muluk. 2m

    iii. Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Mesir. 2miv. Berjaya menyelamatkan diri daripada dibakar/dibunuh oleh

    Muqaddam dan Muqaddim di dalam gua. 2m

    v. Berjaya membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/TuanPuteri Ra'na Kaseen yang ditawan oleh Raja Peringgi. 2m

    vi. Berjaya mendapatkan balik kembang kuma-kuma putih yang

    dirampas oleh Raja Peringgi. 2mvii.Berjaya berkahwin dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Puteri

    Raja Madinah. 2m

    viii. Berjaya menjodohkan/mengahwinkan bondanya/Tuan PuteriSekandrum dengan Raja Madinah 2m

    ix. Dilantik sebagai pengganti Raja Madinah .2mx. Berjaya menawan dan mengislamkan ajar-ajar/Raja Jin K2m

    xi. Berjaya mengahwinkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna

    Dewi/Puteri Raja Peringgi 2m

    xii. Berjaya mengahwinkan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna

    Dewi Kemala/Puteri Raja Mesir 2mMak: 8 markah

    b.Ciri-ciri lipur lara dalam Hikayat Caya Langkara

    i. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja,

    contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/Caya Langkara iaitu putera Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam

    Saqat dll 2m

    ii. Berlatarkan istana,

    contoh: lstana Raja Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana RajaMesir/istana Raja Peringgi/dll. 2m

    iii.Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan

    putera-puteri raja/istana

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    12

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    12/18

    SULIT 2215

    contoh: Caya Langkara ( watak utama ) ialah putera Raja

    Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'na Kaseen ialah puteri Raja Madinah/

    Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ialah puteri Raja Mesir/TuanPuteri Ratna Dewi ialah puteri Raja peringgi/dll. 2m

    iv.Ada unsur pengembaraan/merantau,

    contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/TuanPuteri Ratna Dewi Kemala/Caya Langkara mengembara/merantau

    di dalam hutan untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir untukmendapatkan kembang kuma-kuma putih. . 2m

    v.Ada unsur peperangan,

    contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/

    rakyat Raja Jin/menteri/hulubalang/mangkubumi/pahlawan negeri

    Mesir/Peringgi 2mvi.Ada unsur percintaan/berkasih sayang,

    contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan Tuan

    Puteri Ra'na Kaseen 2mvii.Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs,

    contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun:

    Berkuda lagi berambu,

    Perca diambil akan cemara,

    Orang muda baharu bertemu,Marilah diambil akan saudara 2m

    viii.Ada unsur latar tempat di kayangan/alam ghaib,

    contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/RajaJin Kafir di kayangan/di alam ghaib. 2m

    ix.Ada unsur/latar tempat di alam nyata,

    contoh: di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di puncak

    gunung Mesir/di dalam gua/di hutan/di laut/ dll. 2mx.Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng,

    contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan melekatdi tapak tangan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/makanan naga kuna

    yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalu laju di laut/

    Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air

    laut/dll. 2mxi.Ada watak pembantu,

    contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin Kafir

    yang memeluk agama lslam/dll 2mxii.Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, ..

    contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjayamendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunungMesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri

    Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah

    sembuh daripada penyakitnya dengan hikmat kembangkuma-kuma putih. 2m

    Mak: 12 markah

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    13

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    13/18

    SULIT 2215

    Soalan 3.

    a. Nada

    i.PatriotikContoh : di tangan mereka pedang keberanian .2+2m

    Mak: 4 markah

    b.Gaya bahasa

    i. Pemilihan kata/diksi yang/tepat/berkesan/puitis

    Contoh: perjuangan/ luhur 1+1mii. Asonansi

    Contoh: di tangan mereka pedang keberanian ( pengulangan a )

    1+1miii. Aliterasi

    Contoh: di dada mereka ada Khalid ( pengulangan d ) 1+1m

    iv. Sinkof

    Contoh: tak 1+1mv. Anafora

    Contoh: musuh pulang mengusung walang

    musuh walang mengusung keranda teman. 1+1mvi. Metafora

    Contoh: pedang keberanian/bara perjuangan/padang juang 1+1m

    vii. ResponsifContoh: di dada mereka ada Khalid

    di tangan mereka pedang keberanian . 1+1m

    viii. AnaforaContoh: Musuh pulang

    Musuh walang 1+1mix. Pengulangan baris

    Contoh: Di dada mereka ada Khalid. 1+1m

    Mak. 8 markah

    c. Mencipta sajak

    i. Tema . 2m

    ii. Gaya bahasa 2miii. Bentuk 2m

    iv. Kreativiti 2m

    Mak. 8 markah

    Soalan 4.

    a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :

    i. Seorang yang penyayang

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    14

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    14/18

    SULIT 2215

    Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat menyayangi Nenek

    Kebayan Kembang Kasturi . 1+1m

    ii. Seorang yang suka merendah diriContoh : PLA selalu merendah diri dengan menyatakan

    dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui

    oleh Nenek Kebayan dan Mamat 1+1miii. Seorang yang setia

    Contoh : PLA tetap setia bersama neneknya untuk tinggaldi kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaituketurunan istana mempelawa untuk tinggal di istana. 1+1m

    iv. Seorang yang tidak suka meminta-minta

    Contoh : PLA berpendapat bahawa orang yang suka

    meminta-minta merupakan ahli neraka. 1+1mv. Seorang yang tabah

    Contoh : PLA tabah menghadapi kehidupan yang miskin

    di kawasan setinggan yang busuk dan kotor 1+1mvi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.

    Contoh : PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku

    Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri./PLA menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata

    Tengku Mahmud tersebut 1+1m

    Mak: 8 markah

    b. Pengajaran dalam drama :

    i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjatatau kelas dalam kehidupan

    Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku

    Mahmud Baginda telah mengahwini anak Nenek Kebayan

    Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. 1+1m

    ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yangdiberikan kepada kita.

    Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah

    memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 18 tahun setelah

    kematian bondanya 1+1miii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.

    Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan

    sembahyang dan selalu membaca Al-Quran. 1+1miv. Kita hendaklah sentiasa mengawal anak-anak agar mereka

    tidak melakukan perkara yang tidak sihat.Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telahmenjadi penari joget tanpa pengetahuan Nenek Kebayan

    Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi

    pergerakan anaknya itu 1+1m

    v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.

    Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi 1+21

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    15

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    15/18

    SULIT 2215

    vi. Tabah menghadapi penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan

    Jepun suatu ketika dahulu. 1+1mMak: 6 markah

    c. Latar masyarakat :

    i. Masyarakat istana / golongan bangsawan.Contohnya:Tengku Mahmud Baginda ialah dari golonganbangsawan / istana. . 1+1m

    ii. Masyarakat Melayu setinggan

    Contohnya :PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi

    ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor 1+1miii. Masyarakat penyayang

    Contohnya :Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya,

    walaupun terpisah 18 tahun, baginda tetap mencarianaknya. 1+1m

    iv. Masyarakat yang suka bersedekah.

    Contohnya :Mamat dan Puteri menerima makanan danpakaian dari sedekah seseorang yang baik hati 1+1m

    v. Masyarakat yang mentaati perintah Allah

    Contohnya :lbu PLA telah meninggal dunia semasa sedangsolat walaupun dia seorang penari kelab malam 1+1m

    vi. Masyarakat yang rajin berkerja.

    Contohnya :Putera melakukan kerja kraf tangan untuk

    menyara hidup seperti membuat topeng/kipas 1+1mvii. Masyarakat miskin/setinggan.

    Contohnya : Nenek Kebayan /PLA tinggal di kawasan

    setinggan / kotor / daif. 1+1m

    viii. Masyarakat yang suka tolong- menolong.Contohnya :Mamat sentiasa membantu PLA dan

    Nenek Kebayan Kembang Kasturi . 1+1m Mak. 6 markah

    Soalan 5.

    a.Tema cerpen

    Semangat patriotik/Perjuangan kemerdekaan tanah air 2m

    Huraian: Pak Denan bekas pejuang tanah air inginbersama-sama meraikan hari kemerdekaan yang diadakan di Kuala Lumpur. Malangnya hasratPak Denan mendapat tentangan daripada anaknya.

    2m

    Mak: 4 markah

    b. Empat peranan Pak Denan

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    16

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    16/18

    SULIT 2215

    i. Seorang pejuang kemerdekaan negara 2m

    ii. Melumpuhkan Malayan Union.. 2m

    iii. Menjelajah ke seluruh negeri dan desa untuk membangkitkansemangat menentang penjajahan semasa mudanya......2m

    iv Menyedarkan anak-anaknya supaya mencintai tanah air.2m

    iv. Berperanan sebagai model/ pejuang tanah air.............2mMak: 8 markah

    c. Empat konflik batin/jiwa/dalaman/mental

    i. Kecewa.

    Contohnya : Pak Denan kecewa apabila anaknya Abdul Rahman

    menghalang hasratnya untuk datang ke Kuala Lumpur. 7mii. Sedih.

    Contohnya : Pak Denan sedih atas kematian isterinya. 2m

    iii.Terkilan.Contohnya : Pak Denan terkilan dengan sikap Abdul Rahman

    yang menolak rayuannya untuk menyaksikan sambutan hari

    kemerdekaan di Kuala Lumpur 2miv. Bimbang.

    . Contohnya : Pak Denan tambah bimbang apabila anaknya tidak

    pulang mengambilnya untuk ke Kuala Lumpur, sedangkanhari sudah malam 2m

    v. Marah.

    Contohnya :Pak Denan marahkan anak-anaknya yang datang

    meminta maaf kepadanya di Tugu Negara 2mMak: 8 markah

    Soalan 6.

    a. Kegigihan Jalil

    i. Kegigihan menebus kembali tanah pusaka ayahnya.

    Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang untuk

    menebus semula tanah tersebut. 1+1m

    ii.Kegigihan dalam menuntut ilmu.Contoh: Jalil berusaha gigih untuk meneruskan pelajarannya

    walaupun hidupnya miskin/tanpa ibu. 1+1m

    iii. Kegigihan mencari rezeki bagi menyara kehidupan.Contoh: Jalil gigih mengerjakan sawah walaupun kakinya

    luka. 1+1miv. Kegigihan berusaha untuk mengubah nasib.

    Contoh: Jalil sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur mencari

    kerja untuk mengubah nasib hidupnya dan seterusnya

    menyambung pelajaran dan berjaya membuka SyarikatAlam Hijau. 1+1m

    v. Kegigihan rnempertahankan hak.

    Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang dan

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    17

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    17/18

    SULIT 2215

    bersabar dengan karenah Pak Amat yang mungkir janji

    sehingga dia berjaya menebus semula tanahnya. 1+1m

    vi. Kegigihan mencapai cita - cita.Contoh: Jalil gigih bekerja dan mengembangkan syarikat

    perniagaannya hingga berjaya membina Taman Tema

    di kampungnya... 1+1mvii. Kegigihan untuk memajukan kampungnya.

    Contoh: Jalil berusaha membina Taman Tema untukmembangunkan kampungnya . 1+1m

    Mak: 10 markah

    b. Persoalan

    i.Kasih sayang anak terhadap ibu/dalam keluarga

    Contoh: Jalil tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan

    dengan kasar oleh Mak Teh. 1+1mii.Amalan musyawarah/gotong royong dalam masyarakat.

    Contoh: Penduduk kampung Bukit Nibung berbincang

    untuk mencari kata sepakat berkaitan pampasan tanahbagi pembinaan Taman Tema. 1+1m

    iii. Keazaman untuk mencapai cita-cita.

    Contoh: Jalil mempunyai keazaman untuk mendapatkankembali tanah pusaka yang dijual oleh ibunya 1+1m

    iv.Sumbang mahram dalam keluarga

    Contoh: Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang

    mahram terhadap darah dagingnya sendiri iaitu Biah. 1+1mv. lmpian merealisasikan cita-cita dalam hidup

    Contoh: Jalii bercita-cita untuk memajukan tanah bendang

    di kampung Bukit Nibung menjadi Taman Tema yang

    terkenal. 1+1mvi.Sikap terburu-buru membawa padah.

    Contoh: sikap Mak Teh yang tergesa-gesa menjual tanahpusaka arwah suaminya menyebabkan dia kehilangan

    segala-galanya 1 +1m

    vii. Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa hadapan

    Contoh: Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPMmelayakkan dia melanjutkan pelajaran ke pusat

    pengajian tinggi/UPM . 1 +1m

    viii.Kemiskinan/kesusahan bukan penghalang untuk mencapaikejayaan hidup.

    Contoh: Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan, namundia tetap berjaya dalam pelajaran 1 +1m

    ix.Amanah untuk ditunaikan.

    Contoh: Jalil menunaikan amanah arwah bapanya untuk

    mendapatkan geran tanah. 1 +1mx.Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik/ masyarakat.

    Contoh: Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan. 1 +1m

    xi.Amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    18

  • 7/30/2019 Percubaan Spm KM 2013

    18/18

    SULIT 2215

    Contoh: Mak Teh menemui Tok Su Dollah untuk

    mengetahui sama ada Muhsin melarikan Biah. 1 +1m

    Mak: 10 markah

    2215 2013 Peperiksaan Percubaan SPM SULIT

    19